Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, March 03, 2009

Membina Syurga dalam Rumahtangga? (Bahagian I)

Amat jarang sekali saya berkongsi inspirasi dalam wadah ini, kini.
Dulu ya, sering. Kini? Inspirasi saya terbiar kering tanpa sempat saya kongsi dengan sesiapa.
Kalau ada, mungkin dengan Abu Nufayl saja. Mujurlah dia yang banyak meniupkan semangat ketika saya berkongsi cita dengannya.

Benarkah sukar membina syurga dalam rumahtangga?


Ini bukan tentang Syurga Allah yang dijanjikanNYA di akhirat sana. Namun, pengertian syurga sedikit sebanyak didorong oleh kewujudannya. Syurga bagi saya, satu tempat yang damai, bersih, harum, menyenangkan, meginspirasikan, tenang. Itu pengertian saya tentang syurga. Mewujudkan syurga di rumah, memang satu cabaran yang amat sukar buat saya. Sukar, maknawiahnya bukan saja sukar fizikal, malah sukar dalam membentuk rohani & emosi, menyemai jiwa, membangun cita dan memupuk roh yang cintakanNYA.

Setiap tunggak keluarga (baca : ayah & ibu) masing-masing punya peranan yang besar di sini. Saya tidak bercadang membahaskan tentang peranan orang yang lebih tua, contohnya nenek atau datuk yang tinggal sekali dalam keluarga induk, kerana itu sudah diertikan sebagai keluarga besar (extended family).

Biarpun saya contohnya, tidak membesar dalam keluarga induk, malah membina jiwa dalam keluarga besar bersama nenek, sepupu dan bapa saudara...saya malah amat menghargai pengalaman ketika itu, dan kini, bersama keluarga sendiri; suami dan anak-anak, menyemai cintaNYA dalam setiap hati anggota keluarga. Pengalaman kini sangat mengujakan saya, yang seolah baru merasakan lengkapnya sebuah keluarga dengan adanya anggota yang dikatakan tunggak keluarga dan juga anak-anak sebagai pelengkapnya.

Biarlah saja topik kecil ini membawakan perspektif keluarga induk - ayah, ibu dan anak-anak, untuk lebih mudah dihadami dan dihayati. Tulisan ini adalah sedikit persepsi daripada saya, tentang membina syurga daripada perspektif keluarga induk yang sedang membesar dan membina jiwa.

Sekadar lontaran persoalan :

Kenapa ya, seorang ibu berpayah lelah mengemas rumah juga menghidang juadah, selepas pulang daripada bekerja di luar?

Kenapa agaknya, seorang bapa sanggup tidak melelapkan mata, atau mengorbankan siri tivinya untuk membaca sehelai dua buku, menyahut seruan Iqra' dariNYA?

Kenapa juga ya, si ibu dan bapa tadi kadang-kadang merasa stress (tekanan) jika keadaan di rumah tidak seperti yang diimpikannya? Contohnya, keadaan fizikal rumah yang tahap kekemasannya di bawah standard yang ditetapkan keluarga? Atau, karenah anak-anak yang makin menjadi-jadi walau perhatian & kasih-sayang telah diberi?

...

(bersambung)

Wednesday, January 28, 2009

WEEKEND HIGHLIGHT : 2 STORIES

CUTI 24-27 JANUARI 2009, JAHIT TUDUNG

Cuti lama hujung minggu lalu sempena Tahun Baru Cina, membolehkan saya menyiapkan projek menjahit tudung saya. Itu pun, hanya Isnin dan Selasa yang dapat diperuntukkan untuk menjahit. Alhamdulillah, 11 tudung siap. Campur 2 tudung awal yang saya buat...jumlah semua 13. Tapi bukan semuanya saya punya. Ada yang untuk dihadiahkan, ada pula untuk lelong.

Gambar? Belum lagi...baru hantar jahit tepi. Minggu depan, semasa outstation ke Pantai Timur sempena IQA...bolehlah saya melaram. ;)

Rasa kosong pula malam ni tanpa kain untuk dijahit. Nampaknya ada azam baru sebelum bertolak ke Kelantan, Jumaat ini. Saya kena beli kain lagi...penuhkan masa lapang. hehe. Bukan apa, practice makes perfect orang White Sand kata. :P

CUTI HUJUNG MINGGU : 10 JANUARI 2009, LIQA' & ZIARAH AJIKIK

Hari yang sangat menyegarkan. Ada Liqa' Usrah di lokasi pilihan, rumah Jie & Nuar di Kajang Perdana. Hari yang ditunggu Nufayl juga, bertemu dengan sahabat baiknya Fahim. Abu Nufayl dibuli beri tazkirah oleh incik mudin. Alhamdulillah, tak sia-sia Ummu Nufayl merungut-rungut...inputnya segar dan mengesankan (ataupun, nak bagitau yang Ummu Nufayl suka sangat dengan topik sirah dan pengajaran serta kaitannya dengan masa kini...heheh).


Usai tazkirah dan sesi makan-makan termasuk menyantap kek hari lahir Ziyad yang seminggu daripada tarikh tersebut...kami solat Zohor berjemaah. Kemudian, mulalah sesi Ziyad merampas Ummu Nufayl daripada Nuha. Terus tak nak berrenggang lagi dengan Ummu Nufayl. Nuha boleh tahan jelesnya juga. Si Ziyad siap nak ikut kami pulang. Comel sangat!

Dari Kajang Perdana, kami ke Universiti Notthingham...tak jauh, hanya beberapa kilometer daripada rumah Jie. Ziarah sepupu Ummu Nufayl, Fatin Amirah di sana. Lepak-lepak dalam bilik Mira (single room, Apartment Kapas) sambil menghabiskan stok makanannya. Dia dalam mood study sebab sedang dalam minggu peperiksaan. Saja kacau dia yang khusyuk dengan Engine Maths!

Kemudian, ziarah En. Hamid dan isteri yang baru mendapat cahayamata ke-empat. 4.5 kg & normal! Anaknya yang baru 10 hari...memang nampak besar betul! Lama juga di sana. Sambung pula ke gerai Char Koewtiaw yang sedap.

Tak jauh daripada gerai itu, kami ke Taman Mesra...hajatnya nak ziarah Pakcik Ismail Ahmad dan Makcik Khadijah yang sama-sama menunaikan haji 1428h. Tapi, masa beranjak ke Maghrib semasa kami dalam proses mencari rumah. Solat jemaah di Surau taman tersebut. Akhirnya, dengan bantuan En. Johari, penduduk yang terpilih untuk membantu kami (tanya soalan waktu dia menyiram pokok bunga)...kami dapat nombor lot rumahnya dan sesi ziarah bermula.



Pakcik Ismail sebenarnya adalah seorang penulis. Dulu, dia bekerja dengan DBP. Dia salah seorang pengasas Dewan Siswa(atau HSSBR?). Dia tak lain dan tak bukan ialah AJIKIK. Saya mengetahuinya semasa sembang-sembang dengannya sewaktu minum kopi di tingkat mezanine. Teruja sungguh saja apabila tahu dia adalah AJIKIK. Ceritanya nama AJIKIK diperoleh daripada pangkal namanya dan kawan-kawan satu biliknya yang rapat. Saya juga berkongsi dengannya tentang pengalaman saya, pernah 2 kali memenangi HSSBR. Dia sangat teruja dan kami banyak berkongsi cerita. Mama? Yang juga minat sastera, terus memperkenalkan Pakcik AJIKIK kepada kawan-kawan jemaah yang lain. Tapi...siapalah yang kenal orang sastera kan? Lagikan Sasterawan Negara ada yang tak kenal.

Kami ditaqdirkan rapat dengannya dalam perjalanan haji kami. Mereka adalah contoh pasangan romantik dan sangat seadanya semasa di sana. Bayangkan, semasa sa'ie...selangkah pun dia tidak meninggalkan isterinya yang berjalan sambil memegang/'bergayut' bahunya. Hikmahnya jelas terasa pada saya dan suami. Ingin benar mencontohi.

Apa pun, ziarah ke rumahnya juga memberi pengajaran...bahawa kenapa bersilaturrahim itu sangat dianjurkan. Pakcik AJIKIK yang sangat tajam dan kuat ingatannya membuatkan kami terpana kerana kami yang muda ini, kadang-kadang kurang mengambil tahu/ mengingati tentang sahabat lain. Sesuatu untuk diteladanikan?

Hari Sabtu, 10 Januari cukup indah...kerana senyuman yang diterima atas ziarah kami sangat mengesankan. Menyentuh jiwa.

Apa lagi yang perlu saya tulis. Tak terungkap. Hanya jiwa bisa merasa.
Cukuplah catatan untuk hari ini.
Saya memilih untuk meneladani.

Anda? Apa pilihan anda?

:)

Monday, January 12, 2009

Sejak 2 hari sebelum tahun 2009 menjelma, pelbagai kisah yang kita baca dan dengar tentang nasib saudara kita di Palestin. Pelbagai gambar penderitaan mereka kita tatapi.

Entah mungkin adakah umat Islam yang masih berpaling ketika isu Palestin dibicarakan?
Entah kenapa mungkin mereka tidak menyahut sepatah menyatakan kebencian kepada Israel?
Entah mungkin apa silapnya kita jadi malu atau takut bersuara menyatakan benci kezaliman dan penindasan?
Entah bila lagi kita mahu membaca Qunut Nazilah buat saudara yang teraniaya?
Jika hingga Qunut Nazilah pun kita tidak endahkan? Apa lagi cara dan gaya kita membantu saudara di sana?

Tuhan! Ampunkan!

Memang suara tanpa langkah, buat cerita jadi buta.

Cerita Palestin, boleh baca di mana-mana,
ref :
http://www.palestine-info.co.uk/en/,
http://www.palestinkini.info/,
http://ifamericansknew.org/.

Yang ingin saya kongsi, bukan cerita atau kisah atau sejarah tentangnya. Tapi rasa yang bercambah dan langkah resah yang boleh kita manfaatkan bersama. Pelbagai cara disuarakan, sebagai satu langkah untuk kita 'menyuarakan penentangan kepada Israel/Amerika' atau 'menentang terus pihak yang menzalimi (Israel/Amerika)'.

1. Boikot Amerika/ Israel
rujuk : PPIM - Boikot
Lumpuhkan ekonomi dan kekayaan Israel walau anda mampu hanya dengan 1 sen.
Jika seluruh umat Islam melakukannya, pasti mereka akan terasa. Walau rasanya sekadar satu gigitan semut cuma, tapi sekurang-kurangnya kita telah melakukannya. Mahu dengar cerita Honston, si Gajah yang penyayang? Nanti saya kisahkan!

2. Doa, Qunut Nazilah
Bacalah! Kuasa doa tiada tandingannya.
Apalah sangat jika doa untuk mereka pun kita tak mampu. Betapa lemahnya iman kita.

Rujuk di sini : Qunut Nazilah dan panduannya - oleh MUIS

3. Sumbangan walau satu ringgit buat Palestin kepada pihak yang dipercayai.
Mereka memerlukan lebih daripada wang anda sebenarnya (baca tulisan Ustaz Nik Adli). Jika kita telah melakukan 2 yang di atas, jangan ragu-ragu bahawa mereka juga memerlukan sumbangan. Banyak yang boleh dilakukan daripada sumbangan ikhlas anda.
Mereka telah lama menjadikan rumput sebagai makanan.
Rumah mereka dibom.
Hospital dan ubat kekurangan.
Elektrik hatta di hospital pun dimatikan.
Pesakit menderita.

Semoga setiap sumbangan yang ikhlas dan disalurkan melalui cara yang betul akan bernilai (kepada mereka) lebih dan berganda-ganda. Sumbangkanlah bahagian anda kepada agensi-agensi contohnya, MERCY. Sangat jelas ke mana arah tujuan mereka daripada sumbangan anda.


Baca tulisan-tulisan mereka tentang Palestin dan sumbangan kita, di sini :
- Ustaz Nik Adli
- Muhtar Suhaili
- Elisataufik
- SaifulIslam
- Yasmin Ahmad
- UmmuHani

Wednesday, July 30, 2008

Kembara Merentasi Masa & Jarak (Isra'Mi'raj)

Giliran Ummu Nufayl pula menulis.

Hari in 27 Rejab - Hari Isra' dan Mi'raj.
Malam tadi...lebih 1400 tahun dulu seorang kekasih Allah dibawa dari Makkah ke Masjidil Aqsa dan dari situ, ke Sidratul Muntaha serta bertemu Allah.

Sabtu malam lalu, sejak berpindah ke Aman Perdana yang berada dalam DUN Meru (semangat bawah PAS tu!)...kami sempat ke Forum Isra' Mi'raj, 26 Julai di Kg Bukit Kapar. Panelnya : Dr. Hassan Ali, Dr. Jamnul Azhar Mulkan (drp Kedah), dan Dr. Abd. Rani (DUN Meru) sendiri. Perasan tak semuanya doktor (samada PhD atau Doktor Perubatan, kedua-duanya memartabatkan perjuangan Islam dengan ilmu).

Aku masih ingat ceramah Dr. Jamnul Azhar ketika di SMKAP ketika tingkatan 2 atau 3 dulu, dengan bukunya ISLAM DAN SAINS (atau SAINS dan ISLAM). Sangat segar! Kawan-kawan SMKAP masih ingat?

Berbalik tentang forum. Memang kupasannya masih & sangat menarik. Antara yang menarik tentang Isra'Mi'raj yang diperkatakannya, tentang kembara antara jarak dan masa dalam Isra'. Bagaimana Rasulullah s.a.w. boleh bertemu dan mengimamkan Nabi Adam dan nabi-nabi lain di Masjidil Aqsa sedang ketika itu semuanya telah wafat, dan di alam masa manakah Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dengan sekalian nabi-nabi itu?

Apa kaitannya dengan hadis "As-syuyukh la yadkhulul jannah" (mafhumnya : Orang tua tak masuk syurga), dengan salam Nabi Adam kepada Nabi Muhammad, "...yakni, anakku, sahabatku Muhammad". Mereka sebaya? Diriwayatkan dalam syurga, wanita berusia 17 tahun dan lelaki berusia 25 tahun. Jadi memanglah tak ada orang tua dalam syurga! :)

Kenapa Allah terlebih dahulu memberi salam kepada Nabi Muhammad selepas Rasulullah s.a.w. melepasi Sidratul Muntaha?
-Ada pendapat mengatakan betapa istimewanya Nabi Muhammad (iya, memang Baginda manusia istimewa, yang digabungkan nama Allah dan nama baginda, LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH).
-Ada juga yang mengatakan kerana Nabi Muhammad tidak nampak Allah...wallahua'lam.
Cara Rasulullah s.a.w menjawab salam daripada Allah juga menunjukkan Baginda seorang yang tidak mementingkan diri dan sangat menyayangi umatnya.

Pelbagai lagi yang menarik dikongsi ketika forum tersebut. Sayangnya saya selalu berulang-alik menemani Nufayl ke tandas kerana dia cb. :)

Hari ini masuk hari ke-4 saya pula, demam+cb+muntah+lemah-lemah (sebab tak makan!).



Apa lagi tentang Isra'Mi'raj?
Iya Nuha! Mestilah tentang Fatma Nuha!

Semalam, jam 12.39 malam...genap 2 tahun hijriah Fatma Nuha dilahirkan. Ya, malam Isra'Mi'raj. Kawan-kawan yang melawat sebelum Nuha diberikan nama tentu ingat, sebelum bernama...Nuha digelar...puteri Isra' Mi'raj...heh! (beria-ia Ummu Nufayl bagitau, tu bukan nama Nuha).

Moga Nuha mewarisi ketinggian ilmu dan budi pekerti dan menjadi mukminah solehah yang hafizah. Semoga mewarisi tekad semangat Rasulullah s.a.w, kekasih Nabi yang cintakan Allah dan umatnya...Nuha jadi anak Ummi dan Abah yang menyayangi Ummi, Abah, Abang dan semuanya. Sayang Iman, Ilmu, Quran. Ameen!



Tengok gambar kat atas ni. Dah besar dah Nuha! :)

Wednesday, July 09, 2008

Rakyat Solehah

Salam,

Lama tak ketemu. Menyepi sebentar. Mengisi ruang yang ada dengan menadah tangan mengharap bantuan dan redha Illahi. Sentiasa ada ruang muhasabah untuk diri ini. Melihat ke depan tetapi lupa pada tempat kita berpijak bukanlah satu tindakan bijak. Kerana dari tempat inilah baru kita boleh melangkah ke depan.


Rasa gerun bila jadi rakyat kepada pimpinan yang bermasalah. Baik pimpinan peneraju kerajaan, mahupun pimpinan alternatif. Bukan risaukan mereka, tapi risaukan diri, anak-anak dan keluarga.

Apa agaknya salah kita sebagai rakyat; hingga mungkin ini merupakan satu hukuman Allah pada kita dengan memberikan suasana sebegini di kalangan pemimpin kita semua? Mungkinkah pejuang-pejuang Islam sudah lupa pada doa 'Allahumma ashlihi ar'ra'ie wa ra'iyyatihi?'. Kita pohon kebaikan, amal soleh dan segala kesempurnaan untuk dikurnia Allah pada pimpinan kita. Tetapi rangkap kedua doa adalah untuk kita.

Terpanggil untuk mengatakan bahawa, tidak mustahil, dan ia pernah terjadi, apabila rakyatnya tidak soleh, maka pimpinan maksiat menjadi hukuman buat rakyat sebegini. Aku pohon perlindungan moga-moga bukanlah kami sekeluarga tergolong dalam kelompok rakyat ini.

Tidak mahu memanjang bicara, kepada para pejuang Islam, bila berselisih antara kita, musyawarahlah, dan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber rujukan muktamad. Nabi Nuh tidak dapat membantu anak baginda, Kana'an, walaupun itu anaknya. Kerana bahtera yang dibina bukanlah untuk penderhaka agama Allah. Terpaksalah dibiarkan. Dan penderhaka itu, walaupun lari ke gunung yang tinggi, banjir tetap menenggelaminya. Kerana bukanlah puncak gunung dan kekuasaan itu yang menyelamatkan kita. Tetapi aqidah Islami dan jalan agama yang lurus! Biarlahsiapa kita dengan penderhaka itu sebelum ini. Biarlah sudah lama dibelai dimanja. Biarlah sudah kenyang diberi makan dan memberi maka akan penderhaka itu. Sebaik sahaja ia menjadi penderhaka kepada agama Allah, nasihat diberi tidak terpakai, maka apakah kita yakin tubuh lemah ini mampu menahan api nerakaNya? Cukuplah. Gila kuasa bukan makanan lazat di kubur! Kembalilah pada landasannya. Kembalilah. Imam, tak betul bacaan fatihahnya, ditegur tidak mahu dengar, maka wajib mufaraqah kita daripadanya! Walaupun tidaklah hingga membatalkan solat sendiri!

p/s : Ada yang bertanya bila hendak diulas isu mubahalah. Katanya maklumat yang diterima tak dapat dicerap. Terlalu high level, dan ada pula yang terlalu nampak bodoh. Mahukan penerangan simple katanya.

Cukup saya katakan, bukanlah penting diri, tapi memang sibuk berkemas. InsyaAllah, pada yang ingin berkongsi, lepas kami pindah, kita buat satu usrah tajuk ini di rumah baru. Banyak sangat isunya hendak diulas di laman maya. BUKAN ADA GUNA PUN - Shafi'e Afdal -seorang lagi pengebom berani mati nampaknya muncul. Sehingga tarikh itu, pesanan saya, kalau kerja kita tukang paip, biarlah mekanik yang baiki enjin motobot yang rosak. Dan kadang-kadang, bagi sesetengah isu, bukanlah semudah yang kita lafazkan. Tidaklah semudah itu. Tidak semudah itu! Kerosakannya tidak tertanggung! Bawa kereta laju, disaman polis trafik, jika hendak dibayar saman itu, bukanlah terus kepada anggota polis tersebut, tetapi hendaklah ke kaunter pembayaran saman atau balai trafik berhampiran. Senang kan analoginya?! .


Wassalam

Friday, May 09, 2008

Soalnya siapa?

Sedih. Sedih! Sedih!!!

Esk esk...baru ja aku letakkan respek kepada SS Dr Mufti kita, dah ada isu lain pulak. Memang kali ini dia cetuskan tapi bukan dia yang war-warkan kepada masyarakat. Who did? Check it out there @ FT's blog.

Syiah vs Sunni pulak. Ke Wahabi/Salafi? Argh!! Kenapa perlu dibeza-bezakan dan perlu dipertelagahkan? Kalau dah ini bab áqidah/ tauhid... kembalilah kepada sumber hukum yang asal. Áqidah kita satu. Tauhid kita pun kepada YANG SATU saja.

Jadi, usahlah buang masa yang tu salah, yang ni salah. Salafi salah, Wahabi salah.Buat sunnah salah, tak buat sunnah salah.Bidaáh salah, tak buat bidaáh betul.

Sebenarnya, perkara-perkara ini boleh mengelirukan masyarakat umum. Sementelah isu begini membuka peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengemukan pelbagai dakwaan tentang kebenaran masing-masing. Jadi, siapa akhirnya yang tersepit? Dan, siapa yang kemungkinannya menjadi mangsa akibat kejahilan dan termakan dengan sogokan dakwaan yang pelbagai ini?

Umat Islam secara amnya tak ramai yang furnished dengan maklumat menyeluruh tentang perbezaan golongan-golongan ini. Asal-usulnya. Apa persamaannya. Apa amalannya. Apa kelebihannya. Apa kekurangannya.

Kalaulah benar pun nak di highlight kepada masyarakat umum, bloggers etc.
Bagi saya, penjelasan secara 'adil dan jelas meliputi semua pihak & perkara perlu dibuat oleh pihak yang ádil. Diulangi 'adil. Kerana, penjelasan oleh pihak yang berkepentingan atau pembelaan yang jelas hanya membuatkan masyarakat yang kritikal bertindak lebih jauh samada menyokong atau menentang.

Macam politik pulakkan, perlukan pihak yang tidak berkepentingan?
Sedang Islam itu suci dan syumul. Dan, kita as the practitioners...sesuci itukah kita? Jauh sekali!

Dan, yang membawa kesucian Islam dengan ilmuannya itu, tidakkah terasa bertanggungjawab untuk menjelaskan (biarpun tiada yang bertanya secara bertulis atau terus kepadanya)?

Janganlah dibiarkan masyarakat terbiar tanpa bantuan pada saat mereka memerlukan.
Jangan hanya apabila kerosakan telah dilakukan baru masing-masing bangun nak memberi jawapan. Ketika mereka bertanya inilah, berilah jawapan yang ádil buat mereka, supaya kesucian Islam itu terserlah dan menyinar hati muslim dan mukmin di saat mereka memerlukan.

Pelbagai isu berlaku di negara Islam Malaysia yang rukun damai ini. Perlukan penyelesaian, tapi dibiarkan terkontang-kanting tanpa penyelesaian teguh. Kenapa ya? Jadi, penjaga-penjaga agama Allah...kenapa dibiar perkara ini berlaku?


Kenapa? Anda hairan saya bercakap tentang apa?

Ada dua perkara.

1. Sunni vs Syiah
seperti yang saya bebelkan di atas. Saya tidak terkejut SS Dr Mufti Perlis mengeluarkan pendapat itu. Bukan dia seorang yang berpendapat begitu sebenarnya, dan dia cuma menyatakan mengikut saluran yang betul. Samada benar atau tidak pendapat itu, wallahuálam. Allah lebih tahu. Dan, tindakan FT yang terlalu membela itu membuatkan saya lebih 'ragu' lantas meletakkan tanggungjawab kepada yang mencetuskan isu itu secara rasmi (walau tidak mewar-warkannya kepada masyarakat) untuk tampil dan memberi penerangan kepada masyarakat dan tidak membiarkan masyarakat umum 'mencari kebenaran' terlalu lama. Kedua-dua pihak ada benarnya, dan kedua-dua pihak ada dasarnya. Bukan soal mereka. Soalnya umat Islam!

2. Makanan Halal di mana sebenarnya?
Makan makanan yang dimasak oleh orang Islam itu hukumnya harus. Gerai Mak Cik Timah jual nasi campur tak ada tanda halal Jakim tapi kita memang makan di situ hari-hari. Pak Mat Geliga jual kuih pagi-pagi pun tak ada tanda halal Jakim tapi setiap kali dia picit hon motornya itu, semua tetangga kerumun nak beli sarapan.

Masalahnya di mana? Bila banyak restoran besar-besar, restoran francais dan restoran di hotel-hotel. Kita tak nampak tukang masaknya. Islam atau bukan Islam? Halalkah bahan-bahannya? Sucikah peralatannya? Jakim kata hotel tak buat permohonan. Hotel kata badan berkuasa tak efisyen. Chef Melayu kata, hotel dah biasa guna BMW/Mercedes takkan nak tukar guna Perodua Kancil. So sebenarnya, halal ke tak makanan kat hotel tu???

Rakyat marhaen mungkin tak terlibat secara langsung, sebab kosnya yang mahal etc etc. Jemputan majlis buka puasa oleh Syarikat yang setahun sekali itu mungkin nampak menarik, tapi boleh dielakkan sebab masih bersifat optional. Tapi, kalau anda kakitangan kerajaan yang dibawa kursus ke satu-satu hotel di luar kawasan anda. Anda dijamu makan. Sapa nak sahkan kehalalannya? Hotelnya lima bintang dan dikatakan tiada sijil halal Jakim?

Tuhan! Adakah saya berada di negara 'Islam' Malaysia? Kenapa kerajaan tidak boleh berbuat 'SESUATU' untuk just go and check the kitchen/restaurant dan put the label on it HALAL atau TIDAK HALAL. Senang cerita! Kami pun boleh pilih ikut suka. Kerajaan lagilah...boleh update senarai hotel panel untuk berkursus/ berprogram hanya guna hotel HALAL saja. Syarikat besar macam T* ni pun boleh guna panduan tu.

Jadi, hotel yang TIDAK HALAL tu teruskan menerima tetamu non-muslim dan yang tidak sensitif dengan isu darah daging ni lah.

Bukan sedikit, dalam Buletin Utama 2 hari lepas menukilkan 50% kuasa membeli utk hotel ni di tangan orang Islam. Orang Islam bawa lebih 1 billion ke dalam poket mereka setiap bulan.

Jadi? Mainkan peranan anda!

Tuntut HALAL di negara 'Islam' Malaysia!

Wednesday, May 07, 2008

Ready to explain?

Lot of story to tell.


- Fly with Nuha, the second time
Hows Nuha? Only the pics can explain how excited she was to fly to her bro & Abah.




- Kuliah Tuan Guru Nik Aziz, Friday morning @ KB -2nd May
Although not able to attend the Cheras ceremony with Tok Guru but the kuliah we attended in KB cherished us enough :) This time, we have been there from the start. Even I got space in front of Tok Guru, can see his face clearly but from the back, at muslimah area.

Its all about tafsir surah Ar-Rahman. A touched explaination on every sentence of Allah that make my heart so deep into "Fa bi ayyi aalaa'i rabbikuma tukazzibaan"


- From Pasir Puteh to Taiping, a chit-chat with Nufayl on tauhid topic
Actually, it is inspired by nasyid. From the lyrics, we brought towards a heavy chit-chat with Nufayl. Actually he started it. Since the questions were from a 3 1/2 yo kid, I consider it heavy ;). He asked about God, Allah, where is Allah, how big Allah is, can he meet Allah, can he met Nabi Muhammad, about akhirat, about syurga and neraka. He was like very keen to know and am like want to laugh looking at his 'seriousness'...but deep inside, thank to Allah who open the al-fahmu to him and al-yusra to me to answer (since Abu Nufayl busy speeding on the road ;)).

The conclusion from the chit-chat and the QnA session, he want to be a nice kid to ensure he can meet Allah & Rasulullah s.a.w in life hereafter. Ask him what he want to be. His answer will be 'Nufayl nak jadi anak soleh'.

And when I asked him, what is anak soleh. His answer is :
*Share food with Nuha
*Sembahyang
*Doa Ummi & Abah (his doá is like this, "Ya Allah, selamatkanlah Ummi, selamatkanlah Abah)"
*Obey to Ummi & Abah

Errmm..until yesterday, just I heard him screaming (before that he was like controling himself especially towards his sister, Nuha). I think the school influence coz he kept telling that he had fighting (lawan-lawan ultraman) with his frens after long leave (since Wednesday last week until Monday).

btw, Ummi & Abah always doá for Nufayl & Nuha to be anak, mukmin yang soleh & solehah.


p/s: Nufayl got new word ; 'mega-mega' which means awan-awan. He kept asking the meaning and finally he practically set-up sentence on mega-mega already. Really like the word I think! Heh...puitisnya! ;)


- Just got the link, interesting! I just try...heh!

What Hany Fariza Means






You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.
You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.

You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.
Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.




True or not? Lets observe! :)

Thursday, April 17, 2008

Membentuk Syukur?


Saya tersentuh!

Semalam, saya bertemu dengan sahabat yang sama-sama menunaikan kewajipan di Tanah Suci hujung tahun lalu dan awal tahun ini. Kami berpisah selepas kali terakhir bertemu di Makkah apabila dia bertolak ke Madinah, sedang saya masih di Makkah. Saya ingat, sebelum Haji...kami bertemu ketika saya sedang mencari saf untuk solat Zuhr di Masjidil Haram. Pandangan mata bertaut lantas masing-masing terjerit nama sahabat lalu dia melambai dan memberi ruang untuk saya dan mama solat di sebelahnya. Dan sesungguhnya pertemuan di Masjidil Haram ini berlaku sejurus selepas saya teringatkan dia ketika saya dalam perjalanan ke Masjidil Haram. Ya...sekilas namanya terlintas di fikiran, lalu Allah temukan kami di sini.

Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon. Usai haji, dia ada mengajak saya bertemu, tapi ketika itu saya demam dan tak dapat menunaikan hajat itu. Selepas berjaya mengatur pertemuan di laluan saíe baru, dia pula demam. Sebelum dia bertolak ke Madinah, kami outing bersama selepas Isyak dan makan-makan di at-Tazajj, restoran makan segera di Marwah al-Haram Mall.

Tadi, saya nampak kelibatnya seolah menunggu saya ketika suami saya baru parking di lobi pejabat suami. Dia & Nufayl turun di lobi dan saya sibuk bersalam-salam dengan mereka.

"Kejap!", kata saya.

Selesai bersalam-salaman, dia tunjuk perut saya dan bertanya,
"Ko dah berapa bulan?"
Saya kaget. Kenapa dia tanya begitu. Perut saya buncitkah?
Tiba-tiba terlintas di hati saya apa yang berlaku sebelum ini. Allah! Sungguh saya lupa!

"Oh...dah tak ada!", jawab saya kepadanya.
Dia pula mengambil giliran; kaget. Kenapa?

"Dah tak ada. Aku bleeding, seminggu lepas balik Malaysia.", aku jelaskan padanya.

"Aaa...maksud ko...gugur?", dia minta penjelasan lagi.

Aku mengiyakan.

"Patutlah aku tengok kempis je perut ko. Patut dah 6 bulan kan?"

"Aahla...kalau tak dah besarlah perut aku ek!", aku ketawa. Menelan kepahitan dengan ketawa, ya itu yang selalu aku lakukan.

"Agaknya, penat sangat kat sana kot. Lasak!", tekanya.

Aku hanya tersenyum sambil menceritakan keadaan sebenar padanya,
"Sebenarnya, waktu aku gugur tu...13 minggu. Baby dah tiada heartbeat dan tidak membesar. Dia hanya sebesar 6 minggu. Menurut doktor dah 7 minggu dia tiada dalam rahimku."

"Maksud ko waktu ko tahu tu...8 minggu kan? 'Dia' dah tak ada?"

Aku hanya mengiyakan.
Aku hanya menambah, yang sering aku katakan kepada mereka yang bertanya,
yang sering menyejukkan hatiku di saat gundah.

"Dia tidak sempat 'hidup' dalam rahimku. Hanya ditemankan Allah untuk perjalananku ke sana. Biar apa pun, aku tetap bersyukur...kerana Allah meminjamkannya kepadaku...dan hikmahnya, perjalanan kerjaku di sana lancar. Biar sebentar, aku bersyukur atas hikmahnya itu."

Itulah hikmahnya yang dibuka hijabnya pada fikir áqalku. Yang sering kuguna untuk pujuk diri ini. Bagiku, setiap ketentuannya itu besar hikmahnya. Tak semua benda kita boleh kongsi di saat kita resah atau bersedih. Dan, bagi yang mengenali diri ini...mereka tahu. Apabila saya mula bercerita, itu maksudnya...saya dah redha dengan perkara itu.

Biar apa pun yang berlaku, kita sebagai hambanya...patut bersyukur! Dalam tulis komen saya kepada Ummu Auni, saya berkata...biarlah sakit itu mengambil tempat dalam diri kita. Telah ditentukanNYA. Kita jalankan saja kerja kita sebagai hamba - bersyukur! Biar susah, biar payah...dan kalau mudah membentuk hati, bersyukurlah atas kemudahan itu. Kerana DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Dan, jika kita hambaNYA yang bersyukur...tentu kita tidak akan menyalahkanNYA. Apatah lagi, untuk wanita yang tidak seimbang thyroid level ini...kebarangkalian gugur lebih tinggi. Jadi, untuk apa dikesalkan? Sudah dua anugerahnya. Mereka sempurna áqal dan fizikalnya. Itu lebih daripada cukup untuk disyukuri.
31 Julai. Ya! Tarikh adik Nufayl & Nuha dijangkakan menjengah dunia. Tapi dia tidak ditaqdirkan begitu. Walau Ummi & Abah pernah teruja dengan 'yang ditiup rohnya di Madinah al-Munawwarah' ini (menurut Imam Syafie roh ditiupkan pada minggu ke-10, ketika itu kami di Madinah), dan Ummi dah beli satu suit baju tidur di Makkah dan sehelai selimut kain kapas di Jeddah (barang baby terawal yang saya beli sepanjang sejarah mengandung), biar apa pun...kami redha dengan ketentuanNYA!

Thursday, April 10, 2008

Care to know?

Let me update only a little on this.
After reading Sufiah's shocking confession, I wonder what her mom would say if am beside her and really close to her for heart-to-heart talk.

Its hard. But it is a reality.
She confess, publicly!!!

It is good that the menteri at least learn to listen to rakyat and claim to dismiss the mission to "Safe Sufiah."

Oh btw, you can approach the family via their blog Yusof Family & see the pics of them all. Also, if you interested, you can subscribe to the newsletter. Their site of story (the real facts) for a balance info, since media coverage filter it anyway.

After all, I extremely agree with what her x-husband said, "My view is that people can blame childhood to a certain extent, but there also comes a point where you have to take responsibility for your own actions."

I believe he in a very 'good' hand now. In the hand of Allah. And she? Hmmmh...!

Monday, April 07, 2008

Puspawangi dan Musang Berjanggut


Saya tidak berani memberi komen tentang sumbangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee terhadap perkembangan Islam di Malaysia. Namun dari segi nilai kemasyarakatan, beliau kerap kali dilihat telah berjaya menampilkan kewibawaan dalam wawasan berfikirnya terhadap apa yang bakal berlaku pada zaman-zaman seterusnya.

Tertarik dengan salah satu dialog beliau dalam filemnya Musang Berjanggut, mafhumnya antara lain (tidak sempat untuk menggeledah balik rak cd untuk mendapatkan dialog 100% sebenar)

“Saya akan kahwini perempuan, bukan betina!”

Lanjutan itu, Tun Nila Utama @ Raja Muda Pura Cendana telah berjalan dan mengembara, membawa bersama seuncang beras yang bercampur aduk dengan garam dan rempah ratus. ‘Perempuan’ menurut baginda adalah yang berjaya mengasingkan semua ramuan itu dengan sabar, tekun dan rela hati. Ramai gadis yang ditemui, menawan rupanya tetapi tidak berjaya, ataupun tidak cukup sabar mengasingkan kandungan uncang tersebut, lalu tidak ‘terpilih’ untuk dikahwini baginda. Akhirnya baginda bertemu dengan Puspawangi yang cukup sabar dan tekun walaupun ibu Puspawangi pada satu ketika turut mengomel tentang ‘kegilaan’ Tun Nila Utama yang membawa uncang sedemikian serta juga ‘kegilaan’ anaknya mengasingkan semua ramuan itu.

Saya ingin melihat dari perspektif Tun Nila Utama. Pertamanya, manusia di atas muka bumi ini rambutnya sama hitam (dan ada juga berwarna-warni), tetapi hati adalah milik masing-masing. Tidak boleh ditilik dengan pandangan mata kasar tetapi perlu diuji. Kerana hanya ada dua jenis manusia di muka bumi, baik atau jahat. Jika baik, tidak jahatlah dia, jika jahat, tidak baiklah dia. Jika perempuan, bukan betinalah dia, jika betina, bukan perempuanlah dia.

Keduanya, ramuan yang dicampur adukkan itu dan kemudiannya minta diasingkan. Ini adalah satu ujian yang unik. Kerana ia memperlihatkan kepada kita Tun Nila Utama tidak begitu risaukan paras rupa. Juga tidak begitu melihat kepada sejarah kehidupan dan latar belakang keluarga, biarpun kaya mahupun miskin. Beberapa gadis yang ditemui sebelum pertemuan baginda dengan Puspawangi, keluarga mereka cukup baik, mesra dan peramah. Ini secara teorinya tidak memungkinkan anak-anak mereka boleh menjadi betina. Namun ia dibuktikan sebaliknya. Kurangnya kesabaran dalam diri ‘betina-betina’ tadi, kurangnya ketekunan, kasarnya tutur dan budi setelah mereka dewasa adalah pilihan betina-betina itu sendiri setelah keluarganya memainkan peranan yang besar dalam pendidikan asas dan sebagainya.

Akhirnya Puspawangi, yang tidak begitu disokong oleh ahli keluarganya sendiri dalam memisahkan ramuan kerana dikatakan cari penyakit dan buat kerja gila, tetapi hasil inisiatif sendiri, pilihannya sendiri, ketekunan dan kerelaan hati beliau telah membolehkan beliau mengahwini Tun Nila Utama. Itulah perempuan pilihan putera kepada Raja Alam Syahbana.

Filem ini digarap sebegitu rupa, dan saya ingin menggunakan cermin Islam untuk melihat potensi wawasan pemikiran ini pada kacamata kita selaku manusia pada zaman ini.

Dalam post terdahulu, saya telah secara ringkas menghuraikan bagaimana potensi diri manusia boleh terjaga dan juga boleh tercemar. Kali ini, saya suka untuk menekankan bahawa, jika mempersalahkan orang lain apabila kita menjadi betina, binatang, mahupun dajal sekalipun bukanlah satu tindakan yang bijak. Saya terpanggil untuk melihat perilaku ini sebagai salah satu daripada eskapisme individu itu sendiri atau masyarakat yang simpati dengannya. Pada kita ; yang jelas itu jelas. Jika perempuan, perempuanlah, jika betina, betinalah. Jika manusia itu waras, maka manusialah dia, jika tidak waras, maka jadi manusia gilalah dia.

Perdebatan tentang proses yang menyampaikan seseorang manusia itu sampai ke tahap betina, gila atau waras amat subjektif. Tetapi kita harus sedar, sampai ke satu peringkat atau tahap, manusia di anugerahkan Allah swt aqal untuk berfikir dan menilai segala baik buruk dengan menggunakan aqal sendiri. Sampai bila kita hendak mempersalahkan orang yang sebelumnya? Jika kita gagal pada tahap yang kita sepatutnya sudah mampu berfikir, maka itulah kegagalan kita. Bukan salah orang lain.

Kereta baru, bila dibeli, kerap rosak, memang pada peringkat awalnya kita akan persalahkan pengeluar kereta itu. Tetapi apabila sudah terlalu kerap rosak dan membuat onar, biasanya kita akan nyahkan kereta itu dari garaj kereta itu ; bukan pengeluarnya ; kerana kereta itu yang bermasalah. Selagi boleh repair, kita repair, sampai satu tahap, humban saja!

Kita panas baran, suka melahu, meraban dan berleter, siapa peduli tentang asal-usul kita. Biasanya kita akan dibenci atau disukai berdasarkan diri kita sendiri. Kita suka berpolitik kotor, atau berpolitik lembik, jangan salahkah rakyat bila kita tewas. Kita memilih jadi pelacur, baik mengaku sahaja memang kita yang ingin kehidupan sebegitu, senang bagi masyarakat melabelkan kita sebagai haiwan durjana, tak perlu teragak-agak lagi. Tak perlu belas ihsan lagi. Dan selepas segalanya sudah terang, barulah kita tahu doa apa yang patut dibaca untuk itu dan untuk ini.

Wahai insan, terimalah hakikat, dalam dunia ini, memang banyak faktor penyebab untuk kita jadikan alasan untuk menyelamatkan diri sendiri. Tetapi percayalah, sampai ke satu tahap, menjadi tanggung jawab kita sendiri bagi memastikan diri kita ini selamat dunia dan akhirat. Apa pilihan yang kita buat, itulah kita, dan terimalah akibatnya.


Maka berbahagialah orang yang waras aqalnya dan menyandarkan pada iman sebarang keputusan yang ingin diambil dalam hidupnya. Bukan menjadi betina, mahupun orang gila. Gandakan usaha, banyakkan berdoa, ikhtiar dan tawakkal jadi sandaran hidup muslim. Buatlah pilihan seperti yang dibuat Puspawangi agar dapat kita kahwini putera raja!


Wallahua’lam.

Monday, March 31, 2008

2 Hari Baru Jumpa!

2 hari baru jumpa?
Iya, dua hari sebelum saya bertolak pergi...baru jumpa dengan yang dicari sekian lama!

Kisahnya begini...
Ketika menelusuri hari di tanah kelahiran Rasulullah s.a.w, tanah yang dipilihNYA menjadi tanah haram...saya sering berharap untuk bertemu dengan Tok Guru Melayu yang diceritakan ada mengajar di dalam Masjidil Haram.

Suasana sebelum usainya Haji...terlalu ramai. Membuatkan saya & suami tak sempat mencari halaqah ilmu yang disampaikan dalam bahasa Melayu di Masjidil Haram. Saya bisikkan pada suami, seusainya Haji nanti...harap-harap kita dapat bertemu dengan halaqah tersebut dan dapat mengikuti pengajiannya.

Sesi soal jawab dengan Mufti Mesir & Mufti Makkah jumpa.
Halaqah ilmu Bahasa Urdu pun jumpa.
Halaqah ilmu Bahasa Arab pun jumpa.
Tapi halaqah ilmu Bahasa Melayu tak jumpa-jumpa.
Namun begitu, kami teruskan mencari dalam hari-hari yang terus berlari di sana. Sehingga tak kami sedar saat itu tinggal beberapa hari untuk bertolak ke Madinah al-Munawwarah. Saya bisikkan kepada sahabat jemaah Muslimah, untuk terus mencari & harap bertemu dengan Tok Guru Melayu yang diceritakan.

Keesokannya, kesesakan yang menghalang kami daripada solat di dataran Kaabah rupanya ada hikmahnya. Kami tersekat di kawasan solat berhawa dingin, dekat bab al-Malik Fahd. Selepas solat, kami meneruskan perjalanan untuk ke belakang Maqam Ibrahim. Tak jauh dari tempat hawa dingin itu, saya terdengar suara Tok Guru mengajar. Dalam bahasa Melayu! Cepat-cepat saya tarik suami...dan tergendalalah kami di situ mendengarkan kuliah Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Mandeley. Ingatkan orang jiran, Indonesia...rupanya Sheikh Muhammad Abdul Qadir asalnya daripada Kedah! Alhamdulillah!

Benarlah, ada kata orang...kalau nak cari Sheikh ni, cari di penjuru Yamani, dalam kawasan masjid. Setiap kali selepas Maghrib membawa hingga ke Isya'. Kalau tak silap kuliahnya cuti hari Khamis malam Jumaat.

Kuliahnya ringkas sahaja.
Sesi 1 : Penceritaan sirah Rasulullah s.a.w.
Sesi 2 : Soal-jawab. Tak terbatas kepada sirah sahaja, malah terbuka kepada persoalan fiqh etc.

~~~
Selasa, 8 Januari 2008 : Kisah Perang Uhud, dengan kisah Handzalah as-syahid yang dimandikan malaikat. Kenapa?

Rabu, 9 Januari 2008 : Kisah Perang Khandak/Ahzab, dengan kisah Huzaifah. Kenapa dia merasakan dirinya sebesar kuman? Dan, kenapa dia didoakan Rasulullah s.a.w menjadi temannya di syurga?


Kisah selanjutnya di tulisan akan datang khusus untuk kisah-kisah tersebut.

Thursday, March 27, 2008

Bahagiakah Esok?

Bahagiakah esok?

Esok mungkin adalah hari gembira untuk sesetengah orang.


Semalam dapat gaji. Esok pula insyaÁllah ada rezeki tambahan. Hari pembayaran bonus 2007 bagi semua yang sama kompani dengan saya. Alhamdulillah!!!


Bagi saya, esok hari yang gembira.
Kenapa gembira?

Mestilah, rezeki yang dianugerahkan olehNYA...mestilah disambut perasaan penuh kegembiraan & kesyukuran, tanda kejayaan dunia....semoga dapat membantu kita mencapai kejayaan di akhirat.

:) Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan merasa menjadi yang 'lebih' daripada kebanyakan orang.


Apa perasaan saya ketika mula-mula mengetahui...antara yang dalam unit kami, saya antara yang dipilih untuk mendapat 'lebih'? Ketika diberitahu oleh bos saya...mula-mula macam tak percaya. Dalam pada itu, saya bersyukur...kerana buat pertama kalinya...pada tahun 2007, saya mula mengerjai KPI saya dengan usaha sendiri. Jika tahun-tahun sebelum ini, ketika di Technical Support...keputusan KPI saya adalah purata pencapaian semua unit under GM...keputusan KPI saya = keputusan KPI GM. Tak ada feel of belonging! Tapi, tahun lepas saya berusaha untuk keputusan kami. Mengekalkan waiters=0, completion of SRR ahead of target, PO issuance within 1 month of LOI/LoR, sama-sama berusaha untuk mengekalkan pencapaian CAPEX etc. Banyak lagi tak tersenarai di sini. Dan, hasilnya...unit kami berhasil menjadi no.1 dari kalangannya di Malaysia untuk tahun 2007. Kenangan manis!


Memang! Semuanya hasil teamwork. Apabila saya mendapat 'lebih'...timbul rasa kasihan kepada kakitangan lain yang lebih senior. Tapi kata seorang Manager yang juga sama dengan saya, ini masa kita...masa mereka akan tiba juga. Ini baru pertama kali saya dapat merasai kemanisan ini. Saya bertemu dengan seseorang yang tidak pernah mendapat seperti orang kebanyakan. Dia menitiskan airmata apabila menceritakan tahun ini dia dapat seperti orang kebanyakan kerana pindah bahagian. Saya seperti tak tertelan kemanisan ini. Melihatkan wajah seorang Manager yang sebaya bapa saya menelan pahitnya realiti yang dia hadapi. Peluang mendapat lebih pada tahun ini membuatkan saya faham apa rasanya itu. Manis-manis kelat...heh. Apa pun yang kita dapat sebenarnya, bukan hak mutlak kita. Ingatlah, rezeki untuk diberikanNYA untuk kita untuk kita salurkan kepada yang berhak. Siapa? Mungkin saudara kita, atau sahabat kita, atau siapa saja yang memerlukan.


Apa pun, jazakallahulkhoiran kathira buat suami yang banyak memberi sokongan, anak-anak yang memahami, buat seorang ketua yang menghargai, buat collegues yang bersatu dalam menjalankan tugas, buat staf-staf yang memberi kerjasama penuh. I love being here!


Apa pun, sejak seminggu lepas saya bekerja keras membuat perancangan kewangan. Mestilah! Nak masuk...mestilah dirancang. Nanti, yang keluar tak sempat terancang...melopong tengok RM jadi rm.


:)


Macam-macam perancangan ada.
-Nak beli barang.
-Nak beli baju.
-Nak bagi kat Mak.
-Nak Saving.
-Nak melabur.

Saving kat mana? Melabur kat mana? Pastinya, untuk dapat pulang berganda. Berapa ganda? Ikut Fund lah yer? ;)


Apa pun nak dibuat dengan rezeki daripada Allah tu, buatlah...asal tak melanggar syariat.

Pesan saya,
ada satu lagi cara membelanjakan rezeki tersebut dan insyaÁllah janjiNYA...kita akan dapat pulangan 10 kali ganda daripada apa yang kita berikan. 10 kali ganda tu banyak mana? Kiralah sendiri!



Sedekah.


Jangan lupa...bukan setakat pulangan di dunia, tapi juga di akhirat.





Sekadar berpesan-pesanan...dan juga berkongsi peluang jika ada yang berminat boleh terus hubungi orang yang berkenaan atau saya.


ISSA memerlukan sumbangan untuk membeli tanah tapak untuk dibangunkan sekolah. Founder ISSA, adalah sahabat kami (FitrahZH & Geng DCBA) - Pn Sabariah Faridah/ Kak Fari. Targetnya untuk mendapatkan 1100 orang menyumbang RM1000 seorang untuk mencukupkan RM1.1juta. Tapi saya faham...jika kita tak mampu untuk menyumbang RM1000 pun...cukuplah sekadar termampu. Boleh melalui saya untuk saya kumpulkan sebelum salurkan kepada ISSA.


Amal jariah antara pahala berterusan (seolah auto-debit kad) yang akan menemani kita setelah kembali ke 'sana' kelak. Boleh rujuk poster di atas untuk keterangan lanjut.





~~~~
Watawa saubilhaqqi watawa saubissabr
"Berpesan-pesanlah dengan kebenaran, dan berpesan-bepesanlah dengan kesabaran"

Sunday, March 23, 2008

Binatang-Binatang Ternak

Memelihara potensi yang dianugerahkan Allah swt adalah menjadi kewajipan setiap hamba Allah. Baik secara ubudiyahnya (bagi yang beragama Islam), mahupun secara fitrah manusia itu sendiri (tidak kita apa agamanya sekalipun) ; pemeliharaan ini akan berlangsung secara sedar mahupun tidak sedar.

Tidak ada manusia, walaupun sebodoh mana sekalipun diri mereka, akan memperbodohkan diri sendiri. Tidak ada sehina mana sekalipun manusia akan menghina diri sendiri. Itulah sebabnya, segila mana manusia, tidak akan mengaku mereka gila. Itulah fitrah manusia. Oleh kerana itulah, kita, baik sedar atau tidak sedar, sentiasa merasakan diri kita betul, walaupun hampir semua orang, makhluk dan tumbuhan di muka bumi ini mengatakan kita salah. Itulah fitrah kejadian manusia. Mempertahankan potensi diri.

Walaubagaimanapun, ada batasnya bila kita mempertahankan potensi diri. Allah dan RasulNya telah menggariskan dan membataskan semua ini agar kita semua, manusia yang lemah ini tidak terlajak jalan hingga tidak boleh diundur kembali.

Batasan syarak cukup banyak, ia tidak terlalu menyusahkan, dan tidak pula terlalu senang hingga boleh dipermainkan. Daripadanya, terbit pula batasan dan suruhan dalam bermuamalah yang disandarkan pada batasan syarak tersebut.

Walaupun secara asasnya muamalah itu kaedahnya diharuskan dengan apa sahaja caranya, tetapi bila muncul tegahan agama, ia wajib dihentikan. Antara batasan syarak yang terkandung dalam syarat-syarat muamalah ialah menghormati pemimpin selagimana ia mematuhi hukum Allah dan tidak menghalang ibadah dilaksanakan oleh rakyatnya.

Namun ini adalah kaedah asas bermuamalah yang juga dikenali sebagai amal-amal kebaikan yang dilakukanbagi memakmurkan hidup manusia.

Ada satu lagi perkara yang lebih besar, iaitu, mencegah kemungkaran, yang mana ia lebih tinggi statusnya berbanding berbuat amal kebaikan. Hamba Allah swt, di antara pergi melawat jiran sebelah, dengan menegur pasangan muda yang berpelukan di hadapan rumah jiran, maka menegur kemungkaran itu lebih wajib kepadanya berbanding pergi berziarah ke rumah rakan dan jiran.

Dari sinilah boleh diterbitkan kesimpulan, memajukan negara, walaupun niatnya untuk maslahah (manfaat) rakyat jelata, tetapi mencegah judi, arak dan maksiat adalah lebih wajib bagi pemimpin berbanding membina rumah flat kosong yang tidak kepingin didiami oleh rakyat jelata yang dirobohkan rumahnya.

Tidak kiralah siapa yang memerintah , prinsip asasnya tetap sama. Memajukan ekonomi sesebuah negeri atau negara tidak sepenting memastikan ekonomi akan berkembang tanpa dibayangi unsur riba. Kita harap semua pihak dapat melihat perkara ini dengan saksama.

Hasil kerana kita terlalu ghairah dengan amal kebaikan, yang kita banggakan sebagai amal baik kita di dunia, kita terlupa, sudah terlalu banyak maksiat dan kemungkaran yang kita biarkan, dan ia akan menjadi 'road block' kepada kita di hari Akhirat kelak.

Wal'yazubillah. Imbang-imbangkanlah, tidak terlepas tanggung jawab seseorang muslim menceGah sesuatu kemungkaran walaupun beliau telah pun membebaskan seribu orang hamba. Kealpaannya dan kecuaiannya tetap akan menjadi penghalang jalan mudah untuk ke syurga. Berhati-hatilah kita semua. Dan syabas kepada mereka yang cukup jelas dan telah mengamalkan konsep ini dalam hidupnya! Itulah antara kaedah terbaik memelihara potensi diri.
Sekadar coretan tengah malam. Sambil membaca isu-isu terkini beruk-beruk berdemonstrasi di beberapa tempat, Ketua-ketua kerajaan negeri BN yang katanya menang tetapi terpaksa tukar baju, rumah dan kehilangan elaun. Ada juga dari parti yang mempertahankan kedaulatan Sultan, tetapi wakil-wakilnya sebulat suara mengetepikan peranan dan kedaulatan istana dalam pemilihan menteri besar. Inilah yang dikatakan serpih paku dulang diketuk, mengata orang dia yang beruk. erk.. kurang hikmah? Lembut la tu kan? ..

Daripada apa yang ditulis dek kumpulan beruk biadap yang kurang ajar di bawah. Baca tulisan kain rentang ini.

















"Kami nak Idris, Natang (binatang) - siapa binatang itu? Ahmad Said? atau pihak Istana? "



Barulah kita faham, betapa besarnya kuasa Allah yang sejak azali lagi berfirman bahawa dalam segala helah dan tipu daya makhluqnya, maka Allah yang Maha bijaksana dan Maha licik tipu dayanya.

Firman Allah, " wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin".. maaf saya tidak suka tulis ayat al-quran dengan tulisan rumi, tetapi ayat ini rasanya semua orang akan baca betul kan..

Ingatlah mempertahankan potensi diri manusia, keluarga, parti, negeri mahupun negara mestilah berlandaskan syarak, bukan kerana bangsa. Kaedah yang menyalahi syarak tidak akan bertahan lama, jika pun bertahan, mereka akan terus di'istidraj'. Leka dan ghairah dengan kuasa dan pangkat yang sebenarnya punca bala hari akhirat. Percayalah, BN sedang ditimpa bala dan fitnah dunia, agar penongkat-penongkat bumi yang sedang tidur bersama ketuanya...






...sedar bahawa mereka sepatutnya terjaga hasil kebencian dan kemeluatan manusia terhadap mereka sudah mendcapai satu tahap tertentu. Apa kata orang mereka sendiri

Doakanlah kemunafikan politik dan binatang-binatang ternak ini - ataupun lebih hina daripada itu, akan diberikan keinsafan oleh Allah swt. Kita sayang manusia-manusia ini, kalau binatang ternak, ada manfaat juga disembelih...

Ketika manusia tidak mampu memelihara potensi-potensi kurniaan Ilahi itu dan merosaknya, jadilah mereka sama seperti haiwan bahkan keadaan mereka lebih buruk lagi, sebagaimana ditegaskan di dalam Al-Quran:

"Ulaaika kal an’am bal hum adhal"

"Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi"


Wallahua'lam

Wednesday, March 19, 2008

12 RabiulAwwal Datang Lagi

Kegemaran Nufayl mendengar nasyid Nabi Anak Yatim seolah petandanya.
Saya pun sudah terlupa yang RabiulAwwal sudah tiba. Apabila esok diumumkan cuti (sedang saya telah merancang perkara untuk dibuat esok=kerja), saya baru tersedar. Oh...Maulidur Rasul!

Nufayl hampir hafal dengan lirik Nabi Anak Yatim.
Tanya, siapa nama ayah Nabi, jawabnya "Abdullah."
Tanya, siapa nama ibu Nabi, jawabnya "Aminah."
Tanya, di mana Nabi dilahirkan, jawabnya "Mekah."
Apabila sampai lirik, "Hidupnya yatim, yatim piatuTiada ayah, tiada ibu"...Nufayl kata. "Tok Ki Nufayl ada lagi." Naper yer Nufayl kata gitu. Entahlah! hehe.. :D

:) Apa pun, Alhamdulillah...semoga ada berkat dalam setiap usaha kita.

Mengimbas sedikit perjalanan ke/di bumi kecintaan Rasulullah s.a.w.

10 Januari lalu, saya kembali menjejakkan kaki ke tanah kecintaan Rasulullah s.a.w., Madinah al-Munawwarah. Hawa sejuknya menyapa kami. Mesra. Angin seolah basah. Menyegarkan kami yang mengantuk setelah perjalanan panjang 7 jam daripada Makkah ke Madinah (termasuk 4 perhentian semuanya!)

Kami tiba di perkarangan MasjidinNabawi seusainya solat Asar berjemaah diadakan. Selesai mengangkat hand-carry bag, kami rehat sebentar dan kemudian, mula melangkah ke Masjid Nabawi untuk solat berjemaah Maghrib.

Apa yang terkesannya di Madinah? Bagi saya, itu lebih bermanfaat dikongsikan bersama...daripada rentetan kisah dan cerita perjalanan di sana (yang kebanyakannya hotel-masjid-hotel-masjid....sampai balik).

Di sana, saya bertemu dengan Hanan anak pribumi yang sebaya denganku bertugas sebagai polis al-Haramain dan 'A'isyah yang berasal daripada Madinah dan berkhidmat sebagai al-muálimah dan Nin, pembantu rumah Indonedia di sana. Juga tak lupa Esma, gadis Turki yang sebaya dengan saya. Orang Turki selalunya susah nak berkomunikasi dengan mereka. Tak ramai antara mereka yang pandai berbahasa Inggeris atau Arab. Saya sering memberikan mereka pilihan jika hendak berkomunikasi, tapi mereka cakap Turki saja! heheh. Tapi taqdir menemukan saya dengan Esma. Namanya Esma Gul. Katanya namanya membawa maksud bunga mawar (dalam bahasa Turki). Dia boleh berbahasa Arab sikit-sikit. Jadi kami dapat berkomunikasi....berkongsi pengalaman masing-masing menunaikan haji. Walaupun 'broken'...tapi kami boleh faham...oklah! ;)

Alhamdulillah...syukur kerana saya diizinkan Allah mempunyai asas Bahasa Arab hasil menuntut di SMKAP & SMKAA dulu. Walau hanya belajar pada zaman sekolah dahulu 1993-1997...10 tahun lalu, tapi saya tak pernah lupa. Vocabs mungkin kurang daripada dahulu...tapi minat saya pada Bahasa Arab membuatkan seolah-olah ajaran Ustaz dahulu masih segar dalam ingatan...buat bekalan saya di sana.
Jadi bolehlah saya bersembang berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing dengan Esma Gul, dan bersembang berkongsi petua jaga kesihatan dalam cuaca sejuk Madinah & amalan daripada Hadith Abu Dardak dengan 'A'isyah si guru sehingga dijemput menziarahinya. Hanan, si polis al-Haramain...dengannya saya sempat bersembang dengannya dalam Bahasa Inggeris seketika semasa menjaga trafik (a.k.a jemaah) daripada melalui kawasan yang ada darah (dalam masjid). Petugas Masjid Nabawi sungguh-sungguh mencuci kesan darah itu (mungkin ada tapak kaki jemaah yang luka hingga meninggalkan kesan darah pada lantai masjid) walau kesan itu hanya 3-4 titik darah yang telah diseret-seret dalam 1 meter jaraknya. Apa pun darah tetap najis. Begitulah sungguh-sungguh mereka menjaga kesucian Masjid Nabi!
Paling bererti tentulah apabila dapat menziarahi baginda yang dikasihi. Paling mengesankan apabila dapat ziarah Raudhah yang disebutkan baginda,
"Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telagaku."
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
Seperti biasa, untuk muslimat ada had-had masa untuk ziarah maqam Rasulullah s.a.w dan Raudhah as-Syarifah. Sesi 1 : Pagi, 7am-10am. Sesi 2 : Slp Zohor, 1pm-3pm. Sesi 3 : Slp Isyak, 9pm-12pm. Muslimat hanya dapat melihat maqam dari arah tepi (kanan)...dah tak boleh tengok daripada arah hadapan. Panggung/Mehrab Tahajjud (tempat Rasulullah s.a.w. sering buat solat tahajjud pun sudah dibina pagar dan diletakkan rak al-Quran) - boleh dilihat daripada tepi kanan juga.
Kunjungan kali pertama, ada sedikit kejadian rempuhan jemaah Malaysia oleh jemaah negara lain (ziarah maqam Rasulullah & Raudhah diaturkan mengikut giliran kumpulan-kumpulan yang dipecahkan mengikut negara). Tapi Alhamdulillah tiada kematian malam itu, walau hari sebelumnya dicatatkan ada kematian melibatkan jemaah muslimah Malaysia akibat rempuhan di Raudhah as-Syarifah. Biar apa pun, doá dipanjatkan kepada Allah di tempat maqbul doa, di tanah kecintaan Rasulullah s.a.w itu.
Kunjungan kedua dan seterusnya, Alhamdulillah dipermudahkanNYA. Kena bersabar sedikit, dan DIA berikan yang terbaik. Apa pun Geng DCBA, pengalaman kita ketika di bawah ziarah Masjid Nabawi, Maqam Nabi dan Raudhah dan masuk daripada pintu Babus Salam masih pengalaman emas yang sukar ditukar ganti. Cuma istimewanya di bumi barakah ini, setiap kunjungan feelnya berbeza...tinggal kita dan hati kita untuk menghayatinya.
Apa kunci kepada penghayatan? Pastilah Iman jawapan utama. Kemudian Ílmu fissudur. Ingat, Ilmu yang berkat akan membentuk Iman yang kuat. Ilmu yang lekat adalah Ilmu dalam hati. Ia keluar untuk diamalkan/dihayati apabila keadaan memerlukan. Sangat rugi jika Ilmu dibiarkan dalam buku...kerana amat terhad access kita kepada buku tersebut apabila keadaan memerlukan.
Renung-renungkanlah sejarah. Kerana, dalam setiap catatan sejarah itu ada iktibar. Untuk kita fahami, nilaikan dan hayati semangat perjuangan, kesedaran & keinsafannya. Moga kita jadi insan yang lebih baik daripada hari semalam.
Benar, sirah Rasulullah s.a.w. ada kisah agung yang MESTI kita hafal. Saya sedih apabila ada yang tidak langsung berminat mahu mengenali tanah kecintaan Rasulullah s.a.w sedang kita sudah berada di bumi itu. Apa guna beramal jika kita tidak benar-benar tahu. Sedang, jika kita tahu...DIA akan memberikan bantuan untuk kita lebih faham dan mengamalkan kebaikannya dalam hidup kita. Kita sebagai umatnya yang diberi sedikit kesedaran harus beramal dengan dorongan ilmu, bukan ikut-ikutan semata, dan sebarkanlah itu yang termampu.
Sesungguhnya terlalu banyak untuk dikongsi sedangkan ruang masa sangat sempit. Semoga kita
dapat kebaikan daripada apa yang saya kongsi bersama.
Wallahu'alam bissawab.

Sunday, March 09, 2008

RedhaMu yang Kami Dambai


Terlebih dahulu, tahniah BN atas kejayaan mendapat MAJORITI MUDAH. Heh he. Heh he.. hehehe… Tahniah ya. MUDAH JA. MUDAH JA.

Tahniah buat Perdana Menteri yang negeri sendiri rebah di depan mata, dan buat KJ, yang menang di Rembau, KALAH di MALAYSIA. Huk huk..

Ohh.. lupa. Ini versi serius (ka)

Syukur pada Allah, perih dan jerih, ratusan, ribuan malahan ratusan ribu, jutaan ahli, baik pendokong mahupun penyokong telah pun dibalasi nikmat Allah swt.

Sahabat-sahabat seperjuangan, perjuangan belum selesai, malah baru menjadi satu permulaan yang berat. Mengekalkan kemenangan bukanlah semudah menggapainya, sedangkan menggapainya itu pun langsung tidak boleh dikatakan mudah.

Kita panjatkan syukur ke hadhrat Illahi. Pemimpin utama negara yang telah pun secara sedar tidak sedar, telah mengkhianati latar belakang suci agamanya, pendidikannya dan kesucian nama keturunannya yang terhormat telah pun diberikan sedikit peringatan oleh Yang Maha Esa. Selaku saudara seIslam, kita pohon agar dilemparkan setitis keinsafan dari onar yang telah dibuat selama ini.

Keruntuhan rejim hipokrit ini di beberapa negeri kali ini harus kita sambut dengan pengharapan kepada Allah swt agar melemparkan sedikit kekuatan kepada perjuangan ini demi mematuhi syariatNya di samping memenuhi harapan dan amanah rakyat kepada pemimpinnya.

Sedikit kelesuan yang berlaku di negeri yang amat kita sayangi, jiran Kelantan, harus disambut dengan keinsafan bahawa Allah swt, dalam memberikan nikmat kepada kita, tidak pernah lupa memberikan didikan dan tarbiyah kepada hamba yang disayanginNya, agar kita sentiasa ingat untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan dan redha dengan sedikit kehilangan dalam segala macam kemewahan nikmat yang telahpun diberikan.

Suara hati rakyat kali ini, menepati munajat demi munajat, doa demi doa, ikhtiar demi ikhtiar pejuang-pejuang kita yang insyaAllah, kita percaya sentiasa diselit dengan keikhlasan dan ketekunan. Moga istiqamah dalam perjuangan.

Kepada ‘ibu’ yang tewas kepada ‘anaknya’, bukalah buku resipi, masak sedap-sedap. Bekas bakal menteri besar, tumpukanlah pada usaha tani seperti penanaman tembakau atau seumpamanya. Jawatan penggawa dan penghulu juga masih boleh dipohon oleh beberapa menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen yang selamat ‘dibungkus’ oleh keberkatan munajat dan usaha rakyat. Jangan lupa, bancuh jalan tar untuk masuk ke rumah sendiri dan jiran sebelah selepas ini.

Buat media dan pengembalanya (yang asalnya sudah mangkat nampaknya), marilah kita balik kepada agama Allah, berlaku adillah. Terlalu banyak kedai plastik yang terpaksa menamatkan perniagaanya lebih awal sebelum pilihan raya kerana bekas plastiknya diborong bagi menahan tadahan muntah pendengar yang mual dan loya dengan ‘kezaliman dan kemunafikan’ laporan yang diberikan. Ingatlah, dacing karat bukanlah tandingan makhluq Allah Yang Maha Agung, namanya al-Mizan.

Buat menantu kepada seorang pemimpin negara yang negerinya sendiri tewas tersembam, juga kepada rakan-rakanya yang sekapal, setabiat dengan beliau, secara peribadi, saya berpendapat sikap liar, keangkuhan, kebiadapan dan kecetekan sikap tuan terhadap para ulama telah turut menyumbang kepada muntahnya dan jeliknya hati suci rakyat terhadap perjuangan yang tuan-puan dokong. Mengadaplah dan hulurkanlah salam kemaafan pada banyak hati yang telah pun tersentuh. Cukuplah dosa terhadap Allah akibat melanggar syariat Allah yang tuan-puan tanggung, jangan ditambahi dengan dosa terhadap sesama manusia. Bila menang, berbaktilah pada rakyat seadanya, walaupun otak yang bergeliga itu bukanlah berguna sangat untuk diguna diceruk Rembau. (Hairan bila tidak dimanfaatkan untuk rakyat Lembah Pantai – kalau tidak mungkin boleh kami ameenkan satu lagi kecederaan parah terhadap parti tuan yang taksub bangsa itu)

Yang disayangi, dan dirindui Tuan Guru Nik Abdul Aziz, munajat Tuan Guru, air mata tuan guru, kecekalan, kelembutan, kezuhudan, kesederhanaan Tuan Guru telah berjaya menyejuk tidak sedikit hati yang panas, memperbetulkan tidak sedikit kecelaruan pemikiran ummah, dan inilah yang pasti akan kami rindui sepanjang usia dan zaman kami ini.

Saya belum berminat membuat analisa, kerana ramai lagi dan banyak lagi sumber yang boleh dirujuk, sekadar merujuk rasa hati kecil ini, dipanjatkan harapan kami insan yang lemah agar langkah perjuangan Islam seterusnya akan menjejak tapak realiti, tidak dibayangi kegilaan pada kuasa, ketakabburan terhadap kemenangan dan keterlupaan terhadap harapan sebenar rakyat pada kepimpinan sementara ini di dunia fana. Biarlah kita sama-sama bersedia dan tidak alpa dengan ‘ujian’ Allah swt ini.

Matlamat kita hanyalah satu, redha Allah membawa syurgaNya. Dan keperibadian teras kerohanian ‘ubudiyyah ini, baik oleh orang Ketereh, Bachok, Rembau, Kepala Batas mahupun siapapun tuan, tidaklah perlu dirawat, selama-lamanya! 18 Tahun Tok Pade Lagi!

Takziah Pak Lah dan angkatan tuan. Anda telah pun gagal. Sekurang-kurangnya dari perspektif moral dan morale. Takziah.


Teringat kata mantan PM Malaysia (yang masih hidup segara dan bebas berkeliaran tu) – 1 – “Pak Lah Bohong!” , dan “Saya ambik, taruk, err.. dalam tahanan ISA. Dia bukan buat salah apa pun!”, yang kita rasa sedikit sebanyak membantu penyokong atas pagar kita. Allah Maha Besar dan doa alFadhil allahyarham mantan Presiden PAS suatu ketika dahulu telah pun menjadi kenyataan.

Akhir kata, kepada sahabat yang telah dan sedang merasai kenikmatan kemenangan ini, ingatlah, tiada kekuasaan yang kekal melainkan Allah swt. Penuhilah amanah ini sedapatnya, sebelum pinjaman ini ditarik kembali Allah swt, pada bila-bila masa.

Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadah dan cara hidupku, matiku, hanya keranaMu ya Allah ya Rabbal ‘alameen. Alhamdulillahi ‘ala kulli haal. Jangan lupa sujud syukur!

Wallahua’lam.

Wassalam.

Friday, February 29, 2008

Antara Khadijah atau Fatimah?

"Antara Khadijah atau Fatimah, yang mana pilihan suri-suri sekalian? Isteri Rasulullah atau puteri baginda? Apa ada pada kedua beranak ini? Hingga perlu jadi pilihan suri?"(tiada kaitan dengan gambar di atas)

Oklah...nak keluar daripada topik PRU la sat buleh? :)
Hujung minggu ini, saya tinggalkan 'rumah maya' ni dengan catatan ni.
Rehat jap daripada topik politik. Nanti sakit jantung! ekekek...(no wonder many politicians have heart problem ha?!)

Saya sangat tertarik dengan kisah benar, pengalaman Aini yang dikongsi dalam blognya.
Sebenarnya ini lanjutan daripada perkongsian pengalaman, harapan & azam para ibu & bapa yang berkomentar dalam posting Aini tu.
Saya pun ada komen juga...tulisan di bawah...adalah hasil suntingan & ada sedikit penambahan daripada komen saya di blog Aini. :)
Seronok baca pengalaman ibu-ibu semua dan untuk Cord yang bernas, terima kasih!
Terima kasih kerana berkongsi. Rasa kaya dengan pengalaman apabila dapat berkongsi begini.

Masa baca posting Aini : Cerita Maid, macam-macam perkara terlintas dlm kepala.
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang bermain di fikiran saya sekarang. Perancangan yang belum diputuskan, telah diunjukkan kepada suami tetapi belum ada jawapan yang pasti.
Salah satunya, ya...pembantu rumah!

Bila saya mula memikirkannya?
Di Makkah, ketika ziarah ke Jabal Nur tempat Rasulullah s.a.w mengasingkan diri, mencari erti tenang...jauh daripada kekalutan Musyrikin Makkah tika itu. Dan bagaimana isterinya, Saidatina Khadijah sanggup bersusah payah berjalan kaki menghantarkan makanan kepada suami tercinta, tanpa sekelumit nafs ammarah dalam dirinya.
Rasulullah s.a.w bertanya, "Kau datang dengan apa Khadijah?"
Jawab Khadijah, "Berjalan kaki wahai suamiku, Muhammad" (ketika ini Rasulullah s.a.w masih belum dilantik sebagai Rasul).
Jabal Nur itu tinggi...dari lembah ke puncaknya...mengambil masa 1 jam bagi pendaki amatur.
Bayangkan seorang wanita...lebih kurang 55 tahun sanggup keluar dari rumahnya berjalan kaki ><5-7km>
Usah pergi jauh, kita sebagai isteri, sanggupkah?

Kadang-kadang, baru suami parking kereta jauh sikit, mulut kita tak berhenti membebel, merungut...suami tak ingat pada kita, biar kita jalan jauh. Astaghfirullah!

Selepas ziarah ini, semasa di Madinah saya mentela'ah Isi Kandungan Terjemahan al-Quran Bahasa Melayu (Indonesia) yang dicetak di Madinah al-Munawwarah. Saya pasti, ramai antara kita yang ada Terjemahan al-Quran itu dan pernah baca perkara yang sama dengan saya.

Ok...mari kita kongsi bersama.

Antara peranan Saidatina Khadijah sebagai seorang isteri kepada Rasulullah s.a.w. yang menyumbang kepada kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. ialah tidak membebankan suaminya dengan isu-isu rumahtangga yang kecil-kecil yang boleh diselesaikan sendiri. Jadi Rasulullah s.a.w dapat menumpukan perhatiannya kepada dakwahnya dan penyebaran agama Islam.

Terasa pulak saya, sebab saya & suami ni semuanya kongsi. Sama-sama pergi kerja, balik rumah, sama-sama letih...jadi, sama-sama/gilir-gilir jaga anak & buat keja rumah yang perlu. Waktu seorang buat kerja rumah, seorang lagi kenalah jaga anak. Nufayl tak menuntut banyak sangat cuma kadang-kadang dia mahukan Ummi/Abahnya berada di sampingnya dan terlibat dalam aktivitinya. Nuha selalunya memerlukan sepenuh perhatian setiap masa. Jarang sekali membiarkan kita buat kerja dengan lenang. Manja ya Nuha?

Jadi, dalam keadaan begitu...kemas rumah pun suami akan tolong bila dia rasa nak tolong. Memasak apabila keadaan memerlukan. Memanglah sebagai isteri/ibu kita memastikan kerja-kerja rumah kita selesaikan...tapi apa pun, saya terasa banyak pulak menyusahkan dia. Memang harapkan dia tolong. Ya lah...kalau dia tak tolong, sapa lagi kan...anak pun kecik lagi (btw, Nuha dah boleh diharap tolong simpan barang...anak dara cermat!). Terutamanya, masa saya tak sihat utk uruskan hal rumah etc. Selalu pulak tu tak sihat tu :P

Kesian dia. :)

Saya kata pada suami, "Saya nak jadi macam Khadijah la. Membantu suami dari segenap aspek kehidupan, berkhidmat dgn penuh kecintaan. Tapi, kalau nak jadi cam Khadijah...dia ada Ummu Aiman (pembantu)...hihi...so, kena la ada pembantu, jadi Abang tak payah la fikir hal-hal rumah yang kecil-kecil ni sangat & boleh tumpukan kepada cita-cita Abang. Dan saya pula boleh tumpukan perhatian kepada hal anak-anak & suami instead of doing never-ending-house chores."

Jawab suami saya, boleh katanya. Tapi ada satu lagi pilihan, kalau nak jadi macam Fatimah pun boleh. Puteri Rasulullah s.a.w tu tak ada pembantu...semua kerja rumah dia buat sendiri. Dan ingat apa pesan Rasulullah s.a.w kat Fatimah bila Fatimah mengeluh penat? Besar sangat pahalanya kan? Dan, zikir Fatimah jangan dilupa...buat tips mengubat penat.

Itu jawapan suami saya.

:) Saya senyum saja. Hingga kini, saya & suami belum buat keputusan. Apa pun, saya masih ingat...saya berbincang dengan suami tentang Khadijah & Fatimah.

Dia berkata, "Biar apa pun tindakan yang si isteri buat, mestilah menyenangkan hati suami. Jika nak jadi Fatimah pun tak apa, tapi janganlah sambil buat kerja membebel. Kalau begitu, baik tak payah buat. Abang redha kalau rumah bersepah sikit asalkan hidup kita sejahtera, gembira suami-isteri & dengan anak-anak. Tapi kalau rumah bersih tak ada secalit habuk pun, tapi seringnya menyakitkan telinga, tak sejahtera juga. Jadilah isteri yang menyenangkan hati suami."

(heh...nampak sangat, kalau penat mengemas sket, mulut dah bising kan? Masalah kita pulak yang allergic dengan rumah yang bersepah, walaupun suami kata tak apa.)



Benar, masih banyak lagi kekurangan diri. Untuk jadi sempurna seorang isteri, ibu...masih jauh lagi perjalanan...moga dipermudahkan TUHAN. Dan, lantaran itu, sebenarnya tidak salah menerima pembantu. Lagikan Khadijah ada pembantu. Jadi, usah rendah diri jika terpaksa merelakan diri dibantu. Apatah lagi, jika tujuan kita dibantu itu untuk melancarkan pergerakan & perjuangan...alangkah mulianya.


Usahlah dibandingkan segenap aspek hidup kita dan 2 wanita agung yang saya sebutkan. Jauh panggang dari api antara kita dan mereka. Dia, seorang isteri kepada Kekasih Allah yang pandainya melayan suami hingga suami pun tak pernah melihat muka masamnya di hadapan suami, apatah lagi tinggi suara.




Macam Aini juga, dengan kesihatan saya yang terumbang-ambing...keluarga & rakan-rakan terdekat selalu menyarankan saya ambil pembantu. Tapi belum terbuka hati kami ni. :)

Pesan Cu (Makcik) saya selepas cubaan kami mendapatkan adik kepada pembantu rumahnya untuk bekerja dgn kami tak jadi,"Buat solat hajat banyak-banyak, minta do'a supaya dapat pembantu yang baik. Tak dapat adik Hasanah (pembantu rumahnya) pun takpa. Orang lain pun ada yang baik, insyaÁllah. Alhamdulillah setakat ni...pembantu rumah Cu semuanya baik-baik.Kami bukan kenal pun...ambil melalui agensi etc juga. Doalah banyak-banyak, minta pada Allah supaya dia beri petunjuk & bantuan...semoga dapat membantu keluarga kita dan tak jadi ancaman/ bawa keburukan kpd kita."
[Makcik Hany ni antara yang kuat menyarankan agar ada pembantu.]


Sama macam yg Cord kata juga. Doa & minta kepadaNYA. Makcik Hany tu 5 orang dah pembantu dia - 1 Malaysian, 3 Indon, 1 Sudanese...tukar pun sebab dia pindah randah Miri-KL-Sudan-Saudi. Itu saja lah yang ingin dikongsi.

Jadi, selepas baca coretan ni...agak-agak, antara Khadijah & Fatimah...
kita nak jadikan yang mana sebagai contoh suri yang ingin dicontohi, yang ingin diserapkan ada hidup ini?




:) Pejam mata & renunglah diri.


p/s: Sebenarnya, kita boleh lihat kondisi ini daripada pelbagai perspektif. Contohnya dari segi perkongsian kehidupan, khidmat suami kepada isteri dan sebaliknya, kebersamaan tanggungjawab apabila suami-isteri bekerja etc...saya sebutkan dari aspek contoh aplikasi & apresiasi kepada 2 wanita agung dalam Islam kepada para isteri.

[Nama dua wanita yang saya sebutkan dalam artikel ini adalah wanita agung dalam Islam, Saidatina Khadijah bt. Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w, dan Saidatina Fatimah, puteri Rasulullah dan isteri Saidina Áli ibn Abi Talib...kedua-duanya contoh yang agung kepada umat Islam.]


Wednesday, February 13, 2008

PRU - SELAMAT BERJUANG! MARI BERJUANG!

Penangguhan sebentar (sebentar sahaja) posting coretan haji. Hari ini parlimen bubar.
Bukan hari-hari pun parlimen bubar kan? Jadi, mari kita sama-sama ucapkan selamat berjuang kepada 30 parti politik yang wujud di seluruh pelusuk Malaysia (belum lagi mengambil kira calon bebas cap ayam, kunci, kipas, kepala harimau, ikan, mesin taip dan lain-lain lagi yang seumpamanya).

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun, dan tidak nampaknya tidak cukup haul kali ini atas faktor-faktor yang hanya Allah yang mengetahuinya. Mungkin kerajaan sekarang merasakan sudah cukup amalnya kepada rakyat, jadi awallah bubarnya. Atau risau agaknya dosa tidak tertanggung, terlalu lama memerintah, lebih baik dilepaskan cepat amanah tersebut. Wallahua'lam.

Walau apapun, Pilihan Raya Umum (PRU - kadangkala boleh dibaca FRU), akan ditempuhi pada 8 Mac 2008 ini. 080308. Cantik juga angka-angkanya.

Apa yang akan berlaku
Maka para calon perlulah bersedia membayar deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri. Kurang dari 1/8 dari jumlah undi keseluruhan, terbakarlah wang tersebut. Jika menang, itulah hasil 'pelaburan' mereka. Ke mana hendak disalurkan hasil pelaburan itu? Jalan Allah atau jalan syaitan, itu terpulanglah pada manifesto parti dan DIRI masing-masing.

Itu deposit, belum lagi perbelanjaan lain. Mau diundi, mesti ada umpan. Mengikut peraturan asas, Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi: RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri. Terlebih belanja, atau tidak dilaporkan, maka oleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SOALANNYA.. Cukupkah jumlah tersebut bagi sesetengah pihak? Hah.. Tengoklah nanti. Kalau calon dan parti itu miskini harta benda? bagaimana? Kenalah dibantu ya. Baru adil. Mari kita saling membantu!

Sahabat-sahabat sekalian, PRU dalam konteks dunia hari ini (baca Malaysia) adalah sesuatu yang dibenarkan demi menegakkan keadilan dalam proses pemilihan pemimpin yang bakal menentukan bukan sekadar nasib di dunia rakyatnya, tetapi ganjaran dan azab di akhirat kelak.

Dan harapan pengundi, biarlah pemimpin yang bakal dipilih mampu membantu pemilihnya pula. Jangan kenyang sorang. Apa yang dikatakan 'berjasa'?

Kita lihat sedikit fakta sejarah. Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Apa yang dibuat pemimpin ketika itu? Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London dan berunding. Rundingan tiga minggu ini membuahkan Perjanjian London 1956 mengandungi persetujuan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka. Alhamdulillah. Nampak hasilnya. Dikenang jasanya.

Jangan dabik dada pula. Orang dulu dan orang sekarang lain gayanya. Dan mereka pernah terputus nasabnya pada Tahun 1988 yang mana ketika itu terdapat terdapat 53 cawangan dalam tujuh bahagian PARTI BESAR ini didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Cawangan-cawangan ini didakwa telah mengirim 78 orang perwakilan ke persidangan peringkat bahagian yang kemudian mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung. Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan ketidak sah'an' parti tersebut. Kemudian barulah lahir semula makhluq itu dan usahlah gegak gempita menyamakan jasa 'orang sekarang' dengan 'orang dahulu'. Bangkai gajah jangan ditutup. Allah Maha Adil.

Walau apapun, kita harap, mereka yang bertanding kali ini, biarlah jasanya dikenang sehingga mati. Dan bukan egonya, lahapnya, takburnya, buruk lakunya, kepincangan akhlaknya, munafiknya, pengkhianatan amanananya dan wal'iyazubillah, sikap kufurnya terhadap nikmat Allah yang menjadi ingatan rakyat jelata. Menang hari ini, esok pergi melancong, guna duit rakyat. Bila bersedekah, guna duit rasuah. Bila makan, minta tidak perlu dibayar.

Ingatlah rakan-rakan sekalian, memang kita tidak boleh memilih akhirat untuk diguna di dunia ini pada hari ini juga. Jadi kesannya tidak segera. Tetapi ingatlah, suatu masa, harinya pasti tiba. Kita akan ditanya apa yang telah kita lakukan. Apa pilihan kita. Bagaimana kita laksanakannya. Adakah itu yang dikehendaki syara'. Adakah ada unsur syubhah? Adakah ada unsur subahat? Ikhlaskah kita? Atau takutkah kita? Besar jiwa kita, atau kecil jiwa kita?

Pengalaman dipanggil Allah ke Tanah Suci, tatkala melihat baitullahil haram, membuat air mata menitis. Kerana apa? Terbayang suatu ketika dahulu, Rasulullah solat sendirian di hadapannya. Dicemuh dikeji, dilempar segala macam objek, dipukul, dipulau. Tetapi kini, sudah tidak cukup tanah sekitarnya. Masjid terpaksa diperluaskan, jutaan umat kini mengisi ruang kosong yang satu masanya hanya dilintasi kaum jahiliyah dalam keadaan bogel dan kufur.

Percayalah, ketakutan sahaja yang menghalang kita dari melakukan perubahan. Dan Rasulullah SAW adalah agen perubahan teragung yang teramat berani, cekal, tekad dan istiqamah dalam menjayakan perubahan. Kita tidak dijanji syurga, jadi apa salahnya merebut peluang ke syurga sebelum terlambat.

Segalanya kerana Allah, RasulNya dan agamaNya. Bukan kerana bangsa. Ingat, bukan kerana bangsa. Jika kerana negara, pastikan ia tidak lari dari konsep takrifan Islam yakni, wataniyyatu ‘l-hanin (cintakan negara), wataniyyatu ‘l-hurriyyah wa ‘l 'izzah (menjunjung nilai-nilai kemerdekaan dan kehormatan) dan wataniyyatu ‘l-fath (semangat juang untuk mengembangkan Islam.

Jika nasionalisme mula menjadi qaumiyyatu ‘l-udwan, dilanda elemen 'asabiyah perkauman, atau mula bercampur aduk dengan nilai sekular, oleh pembawa amal fasiq, yang tidak segan silu membelakangkan ulama, hatta agama, sabda rasul dan firman Allah sekalipun satu huruf, maka tunggulah kehancuran manfaat amalan baik kita di hari akhirat kelak! Wal'iyazubillah.

Tuesday, February 05, 2008

Terasakah di hati kita?

Jika cubit paha kiri, paha kanan terasakah?
Jika adik yang jatuh, abang sakitkah?
Jika ibu sahabat yang meninggal, kita sedihkah?

Ini bukan setakat cerita cubit, sakit, dan soal nyawa seorang sahabat. Bukan setakat sahabat.
Mereka adalah saudara. Saudara seIslam. Mereka yang áqidahnya sama dengan kita.
MengESAkan ALLAH.
Membenarkan Rasulullah s.a.w.
Menghidupkan Kalamullah.
Menjalankan syariáh.

Dalam kondisi serba ketat, serba sempit, serba dhaif.
Jangan kata air-cond, kipas pun tak ada. Jangan kata kipas, elektrik pun tiada.
Jangan kata mahligai, rumah berteduh pun payah.
Jangan kata KFC, sesuap makanan pun bertempur.
Tak terungkap kepayahan mereka dengan kata-kata. Jika ada rasa dalam hati, bacalah seruan & amaran Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ini.

Imam Masjidil Haram beri amaran

Sempadan Gaza, Mesir ditutup sepenuhnya

dan, gadis ini...nampaknya kembali bertabir di balik sempadan Palestin-Mesir. Hingga bila? Belum ada ketentuan.


Memetik tulisan Catrin Ormestad di blognya :

The border to Egypt is open, but Palestinians are still not able to travel abroad for work, studies or medical treatment. Cigarette prices may have plunged, but the cost of basic goods like sugar, rice and flour is soaring, and most gas stations are still closed. Jerry cans of gasoline, brought in on donkey carts, cannot compensate for the loss of the Israeli supply. The blackouts are still making life uncomfortable and the winter nights unbearable, and there is still no escape from the Israeli bombs and artillery shells.

Soon, the Israeli iron wall will be replaced by Egyptian barbed wire, cigarette prices will surge, and the only lasting memory of the days of freedom will be the graffiti on a wall in Rafah: "Egypt in the heart." Nothing has changed in Gaza.

~~~~~~~~~~

Jadi, konklusinya...apa kita boleh buat.
Gunakanlah senjata paling ampuh ada pada kita.
Ada wang, sedekahkanlah.
Ada tenaga & kemampuan, berjihad...silakanlah.
Ada luang & senggang, doákanlah mereka. Selagi ada nyawa, kita masih ada masa untuk mensedekahkan doá. Semoga setiap bicara kita denganNYA untuk mohon perlindungan & keselamatan saudara kita yang diancam di sana mendapat keredhaan & dimakbulkanNYA.

Jangan pula kita jadi saudara yang sibuk dengan urusan sendiri,
hingga berdo'a pun lupa.

Bersedekahlah, walau hanya dengan doá.

Friday, September 07, 2007

Tunjal

Tak sempat-sempat nak nulis apa-apa. Ada keluangan sekejap ni, bolehlah.


1. Setuju dgn Cpol dalam tulisannya : Kreatif Tanpa Sensitif
Masih jahil atau degil, hingga sewenang-wenangnya menunjal-nunjal 'aqidah sebegitu rupanya.
Yang tak tahu, akan rasa ok. Yang tahu, mengucap saja apabila menyaksikan adegan sebegitu sbg iklan kemerdekaan!
Bila Cpol menulis gitu, alhamdulillah!

ref :
*Iklan kemerdekaan - adegan bertafakur & meletakkan kalungan di tugu negara.

*upacara ini pada Hari Pahlawan (lihat gambar)

* Fatwa mengharamkan letak kalungan bunga & bertafakur di tugu negara.





2. Nak hapuskan babi pun tak boleh, apa dah jadi dengan negaraku terchenta ni? Biar ternak-ternak jadi 1 juta agaknya. Waktu tu, kalau nak musnahkan pun...dah tak cukup ruang nak lupuskan. Ish! Ish!

Ulamak, kalau tak searus boleh diharamkan...tak boleh masuk tivi/media.
Lagu pun...kalau yang merosakkan 'aqidah...lambat baru respons.

Erm...akhir zaman, nak buat macam mana! Eh...kalau anda orang yang berkuasa...tak boleh kata gitu kan? Kena la ambil tindakan!

Kalau diikutkan panjang rasanya nak pot-pet 2x ni. Tapi, sabar ja lah. Banyak tugas menanti. Yang penting, sedar. Hati tak boleh mati. Kalau tidak, samalah kita biarkan hati kita ditunjal-tunjal. Lagikan 'aqidah pun dipermainkan...apatah lagi kita rakyat marhaen ni.