Showing posts with label bicara siasah. Show all posts
Showing posts with label bicara siasah. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Bola Golf di Padang Tenis?

Bismillahi walhamdulillah wassolaati'al Rasuulillah.

Saya tidak tahu orang lain, tetapi jika saya ke pasaraya atau farmasi, atau apa-apa kedai sekalipun untuk mencari barang, akan saya pastikan saya telah membandingkan semua jenis produk yang sama tetapi berlainan jenama. Bagi memastikan saya dapat yang terbaik.

Antara modus operandinya adalah membaca kandungan dan keterangan penggunaan atau fungsi produk itu baris demi baris. Dan jika ada yang saya musykil, satu lagi tabiat saya ialah, saya akan mencari promoter yang tidak suka buat-buat tahu sesuatu produk.

Tuan puan barangkali pernah bertembung bila kita minta keterangan mengenai sesuatu produk, wakil jurujual akan MEMBACA kembali apa yang tercatat pada kotaknya kepada kita. Saya biasanya akan menegur secara terus,

"kalau baca yang tulisan pada kotak, saya pun boleh baca. Bukan itu tujuan saya panggil awak"

Tetapi untuk menghormatinya, saya akan meneruskan bertanya, contohnya

"daripada pengalaman awak, macamana produk ini berbeza dengan yang itu", "apa kelebihannya berbanding yang sana"

atau soalan seumpamanya.

Bagi jurujual yang suka buat-buat tahu dan tidak tahu mengalah, mereka sedaya upaya akan cuba menunjukkan mereka boleh menjawab soalan kita. Dan kadangkala, suatu masa, kita sudah dapat 'sense' beliau agak teragak-agak dalam intonasi dan 'body language'nya.

Biasanya pada peringkat ini, saya akan (baca terpaksa) 'bunuh' beliau bagi mengelakkan beliau menambah dosa berlagak tahu walaupun tidak tahu. Soalan yang biasa saya tanya biasanya berkaitan produk itu yang sudah pasti ia betul, tetapi saya tanya dalam bentuk yang sebaliknya. Dengan kata lain menterbalikkan fakta dan mengemukakan soalan berbentuk ujian.. contoh :

"Kalau kabel plug kereta ni saya tukar, RPM kereta akan lagi efisyen ka?. Maksud saya, kalau sebelum ini 120km/h @ 3000RPM, lepas tukar boleh jadi 120km/h @ 2750RPM?"

Jika jawapan beliau "YA", maka pada waktu itulah saya akan melangkah kaki keluar dari ruang pameran/kedai tersebut. Kerana yang pastinya RPM kereta bergantung kepada transmisi, bukan kabel plug. Selamat tinggal kepada produk itu hari itu..

:)

Gunanya langkah di atas ialah, saya ingin memastikan, saya dapat nasihat daripada orang yang betul. Jika blog, saya membaca dari penulis blog yang betul. Jika ceramah, saya dengar ceramah daripada orang yang betul. Dan jika buku, saya wajib pastikan penulisnya memang penulis yang betul.

Pasti saya akan elakkan graduan bidang kimia memberikan nasihat kepada saya berkaitan kaedah membaiki enjin kereta. Melainkanlah ada bukti empirikal yang beliau berpengalaman dalam bidang itu melalui lain cara. Semuanya perlu disemak. Kerana jika tidak disemak, dari sinilah wujudnya (contoh) orang menulis bukan dengan tulisan, tapi dengan emosi tidak terkawal.

---------------

Merenung kembali. Mungkin sudah lama dididik dengan langkah-langkah berhikmah, saya jarang memilih untuk terus menghukum. Kita perlu beri ruang pada sesuatu atau seseorang membuktikan sesuatu dalam satu 'time frame' yang bersesuaian. Tetapi kita tidak boleh cuai menganalisa setiap saat. Kita berikan mereka ruang, tetapi bukan peluang untuk mengambil kesempatan. Dan setiap ruang yang diberikan kita juga perlu turut sama memenuhinya.

Dalam isu kebelakangan ini, saya yakin, rentetan peristiwa yang berlaku khususnya dalam perebutan kalimah Allah, sudah mula menampakkan kesimpulannya. Pandangan A - kesimpulannya B. Pandangan C, kesimpulannya D. Dan tibalah waktu untuk menilai hujah-hujah mana yang berlandaskan emosi, sentimen bangsa dan politik, dan hujah manakah yang berupaya menjamin ketenteraman sejagat. Saya tidak mau mengulas sekali lagi di sini. 2 penulisan lepas, saya sudah menyentuh tentang perkara ini dan tidak mahu mengulanginya buat kesekian kali.

Saya berhujah bahawa mempertahankan kalimah Allah tidak boleh mengatasi kita keutamaan kita mempertahankan syariatNya. Kerana Allah itulah Tuhan kita, bukan kalimah itu. Tetapi saya janggal bila ada yang memisahkan pendapat ini mengatakan bahawa, pertahankan syariat wajib. Pertahankan kalimah tidak wajib. Itu pendapat yang menyeleweng, kerana mempertahankan nama baik orang yang kita sayangi, lebih-lebih lagi Allah juga ADALAH JUGA SYARIAT! . Jangan keliru. Kita bukan menghujah secara 'memansuhkan' antara 2 perkara. Tetapi membuat 'pertimbangan' yang mana lebih aula' dalam satu-satu keadaan di mana kedua-duanya penting. Dan bila kita terlajak membuat kesimpulan dalam keadaan emosi, kesan jangka panjangnya sebenarnya 'membunuh' entiti yang kita sayangi. Sebab itulah jika kita terlalu bersifat provokatif dalam mempertahankan sesuatu, ia sebenarnya akan memberikan imej yang tidak baik kepada zat/objek yang kita pertahankan itu. Sebab itulah Rasulullah mempertahankan kesucian tempat ibadah, tetapi tidak menghayunkan pedang kepada seorang badwi yang kencing di situ. Akhirnya, bertambah seorang umat Islam!..

Seperkara lain, kita semua tahu, rakan penulis kita, telah pun menyerah diri sekaligus ditahan pihak berkuasa akibat keterlanjuran kata beliau dalam penulisan blognya. Dan banyak pihak memberikan pelbagai pendapat. Saya menyokong agar beliau diberikan peluang untuk berubah. Dan pada masa yang sama, keceluparan lampau perlu diasuh kembali. Penulisan yang terlalu didominasi disiplin "propaganda emosi" tidak boleh dibiarkan bertaburan di alam maya, mahupun alam kertas. Tulisan beliau sudahpun pernah menjengah hamburan kutukan dan makian kepada Ummul Mu'minin dan Imam-Imam Mazhab adalah suatu perkara lain yang patut diperhatikan dan diperbetulkan. Cuma nasib beliau malang kerana akhirnya terperangkap akibat bahasa kasarnya dalam memberikan ulasan berkaitan pengisytiharan kemangkatan seorang pembesar tanah air. Secara peribadi, selagi perilaku beliau ini tidak berubah, saya tidak tergerak menyokongnya, khususnya kesan terhadap agama Islam. Namun kita tidak boleh lupa mendoakannya berubah ke arah yang lebih baik setiap masa. Kadang kala perkara baik perlu dipelajari melalui jalan yang susah.

Yang menarik perhatian juga, saya lihat, ada masa juga diberi kepada seorang peguam yang suka terkenal, yang memilih untuk menyaman sahabat seagama sendiri atas urusan agama yang boleh dihujahkan dan dimusyawarahkan - agar beliau menyedari kesilapan itu. Dan beliau nampaknya memilih untuk tidak menggunakan masa yang diberikan dan terus menyuarakan kerelaannya dipecat daripada organisasi beliau. Baguslah begitu. Sebegitu ramai pembesar bejat yang lain untuk disaman dan dimaki, sahabat sekatil yang ditembak.

Ketergesaan itu datangnya daripada syaitan.

Setiap sesuatu ada langkah dan prosedurnya. Jangan gopoh. Ada maruah yang perlu dihormati. Ada tokoh yang perlu disanjungi. Ada syariat yang perlu diperhalusi. Dan di sinilah datangnya hikmah. Buat bekal orang beriman. Walau ilmu penuh di dada, langkah tuan tidak semestinya tepat sepanjang masa. Waktu tepat, tempatnya mungkin salah. Tempatnya benar, waktunya mungkin terlewat.

Hanya Allah yang Maha Bijak dan Maha Mengatur segala sesuatu. Maha Suci Allah. Taatilah syariatnya, sepenuhnya, dan bukan pilih-pilih ikut kehendak nafsu dan fahaman akal tanpa ilmu.. dan jadilah jurujual yang tidak buat-buat tahu dalam bidang anda. Kepura-puraan atau amal tanpa ilmu, akan mencerminkan kelemahan peribadi kita satu masa kelak!

Sekadar coretan kosong, mungkin . Wallahua'lam.

Wassalam

Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru? & Home Sweet Home!

Assalamualaikum warahmatullah.


1. Selit sebentar. Selamat tahun baru 2010 buat rakan dan sahabat sekalian. Saya agak janggal mengucapkannya. Adakah orang menyambutnya selamat, atau tahunnya sahaja selamat? Atau kedua-duanya tidak selamat?

2. Saya sudah terlepas mengucapkan selamat tahun baru 1431H tempoh hari kerana berada dalam situasi yang terlalu kritikal untuk berfikir apa pun. Hanya sambutan dengan tikar solat, solat dan doa sahaja yang mampu pada tika itu.

3. Tahun baru kali ini dimeriahkan dengan kenaikan harga gula, hadiah daripada kerajaan Malaysia. Saya tidak tahu apakah untungnya peneroka ladang tebu hasil kenaikan ini. Dan berapa kayakah petani-petani di kampung dengan hadiah kerajaan 1Malaysia ; 20senGula ini.

4. Kita juga 'menyambut' tahun baru GREGORIAN yang diperkenalkan Pope GregoryXIII ini dengan hadiah daripada Mahkamah Tinggi yang membenarkan kembali penggunaan perkataan Allah pada penerbitan Herald Hakim yang bijaksana telah membuat satu keputusan yang secara sivilnya perlu diterima. Pada saya, isu ini adalah perkara cabang dalam bab aqidah. Perkara asasnya adalah SIAPA ALLAH pada i'tiqad kita. Dan apa yang telah kita laksanakan dan tinggalkan dalam menegakkan kepercayaan bahawa Allah ada Ilah yang tiada sekutu baginya. Secara positifnya, memandangkan yang berebutkan nama ALlah itu adalah penganut agama bukan Islam, baiklah kita mengambil sangka yang baik, mudah-mudahan, setelah berebut nama ALlah ni, mereka sedar bahawa, ini adalah tuntunan Allah SWT kepada agama yang sesat supaya pada suatu hari mereka mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan ALlah. Jika mereka merosakan sistem ini, tiada kurangnya pada kita. Kita tetap Islam. Mereka tetap akan dibakar api neraka jahannam sekiranya tidak sempat kembali ke cara hidup yang diktiraf Allah iaitu Islam. (Islam bukan sekadar 'religion')

5. Yang membimbangkan adalah, perkara asasnya dalam aqidah, ialah membuat yang disuruh, meninggal yang dilarang Allah. Apa faedahnya memperjuangkan NAMA Allah. Menggunakan pula AGAMA ISLAM sebagai paksi sesebuah negara, tetapi pada malam sambutan tahun baru, setiap tahun, diadakan konsert, melibatkan percampuran lelaki dan wanita, terlepas Isyak dan Subuh, tidak pula mengerjakan solat sunat khusuf walaupun serentak dengan itu adalah malam gerhana bulan separa? Belum disebut dengan pembaziran wang meletupkan bunga api, mercun dan bom? Dan sambutan Tahun Baru setiap tahun yang pada asalnya HARUS, pada saya sekarang sebenarnya sudah mencapai status HARAM.

6. Ketika awal Muharram? Pak Lebai Hadhari, mahupun Salafi, mahupun Wahabi, tidakkah nasihatkan PM dan konconya untuk sama-sama dari Asar ke Isyak berjemaah dan beribadah dengan rakyat di masjid?

7. Jangan sebut lagi sambutan Krismas lebih meriah berbanding Hari Raya Aidiladha yang tenggelam, walau itulah satu daripada dua sambutan sebenar yang diiktiraf oleh Islam, ALlah dan RasulNya?

8. Saya tersenyum biri-biri, hinggakan Pusat Zakat sendiri dalam iklannya, 'Bayarlah Zakat Sebelum 31 Disember'. Nampak betul, tetapi cuba kaji lebih mendalam, kaedah kiraan genap haulnya mengikut kalendar mana? Syabas 1Malaysia Hadhari!

9. Jika perkara sebeginilah kebanggaan kita, nyahlah dengan 1Malaysia. Nyahlah Islam Hadhari. Ia lebih kepada kemunafikan kerajaan Islam Malaysia dan rakyatnya (yang terjebak) dan tiada untungnya memakai topi Islam, jika itu perilaku kita. Bukan ingin berfikiran negatif, tetapi di mana ruang positifnya?

Selamat Tahun BaTu 2010. Jumpa lagi. Ummu Nufayl kembali ke FitrahZH hari ini, insyaAllah. Dan gambar di bawah, Ummu Nufayl bersama salah seorang doktor (pakar neuro) kesayangannya sejurus sebelum discharge (010110)


Wassalam

Abu Nufayl

Saturday, November 28, 2009

Bi Adab... atau Biadap dalam Masyarakat?

Assalamualaikum warahmatullah.

Pujian dan syukur pada Allah SWT. Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan.

Masih tidak ketahuan, bila tarikhnya cahayamata seterusnya menjengah dunia. Sepatutnya 9 Zulhijjah yang lepas. Hari ini sudahpun 11 Zulhijjah. Masih tenang dan santai dalam perut Ummu Nufayl. Biarlah. Hanya ALlah yang Maha Berhak menentukan detik masa itu.

Tempoh belakangan ini, Abu Nufayl ambil keputusan menyepikan diri. Menurut jejak langkah Ummu Nufayl yang telah pun mengisytiharkan mogok blog. Mogok-mogok beliau, hari pertama dan kedua overduenya, sempat lagi masak juadah raya. Bravo...

Berbalik... Dengan posting terakhir yang lepas, isu-isu susulan makin hebat, tajam dan menghiris.

Hebat dengan fitnah dan unsur fitnah. Tajam menikam hati-hati manusia lain tidak kira sesama Islam atau tidak. Dan pastinya menghiris dan melumatkan adab-adab Islami yang wujud selama ini.

Ujian ALlah datang tidak mengenal golongan sasarnya. Baik Parti Sekular gila bangsa yang cuba memakai topeng Islam seperti UMNO. Baik parti non-Islamik. Baik Jamaah Islamnya. Baik pendukung Islam. Mahupun penyokong tepi jalan. Semuanya boleh terpalit. Asal sahaja ALlah mengkehendaki.

Kurang hikmah kalau saya memanjangkan bicara. Takut timbul unsur memfitnah. Tetapi apa yang jelas, adab Islami yang selama ini menyusun atur keharmonian dan kesejahteraan umat sudah mula ditinggalkan. Dan ini perlu diperingatkan.

Adab berhujah antara ulama. Membahas sesuatu perkara sehingga mencapai suatu kesepakatan. Dan kemudian barulah dialirkan kepada khalayak ; nampaknya adab ini sudah dilupakan oleh pakar-pakar agama dalam menyuarakan hukum kepada orang awam. Tahlil bidaah, berzanji tak boleh, Doa qunut tidak betul. Itu hanya tiga contoh mudah. Semua ini menjadi alat mainan kepada orang awam. Dan mainan ini dibekalkan oleh agamawan PHD, kadangkala. Hentam menghentam di surau-surau antara dua aliran rancak berlaku. Si tua dan muda sudah mula bermasam muka. Membawa jauh hati masing-masing. Akhirnya surau yang sepi kerana kurangnya jamaah bersolat. Inilah bala bencana akibat meninggalkan adab.

Malah, sudah wujud ceramah dan kuliah yang ada unsur-unsur memperlekehkan Ulama-ulama terdahulu. Bukan itu sahaja, apabila diulas, menghasilkan pula gelak ketawa penuturnya. Dan juga pendengarnya. Astaghfirullah.

Betapa kurang ajarnya golongan agamawan ini. Lupakan orang awam. Mereka jahil dan hanya ingin memetik bahagian yang ingin didengar. Baru sahaja menggenggam Masters, PHD, sudah mula bicara laksana mujtahid. Dan membiarkan Imam-Imam besar sebelum ini ditertawakan khalayak. Pada saya, agamawan-agamawan seperti ini adalah sampah kepada suatu juzuk harum yang ada dalam Islam. ADAB.

Kemudian, hasilnya, lahirlah pula agamawan lain, menghentam pula agamawan tidak beradab tadi. Melalui kuliah, ceramah dan blog. Baguslah, menjadi pembela. Tetapi adakah ini caranya hikmah yang diajar Rasulullah? Memarahi orang kafir sendiri dibuat oleh Rasulullah dengan penuh hikmah dan ada manhajnya sendiri. Bersemuka, sampaikan dahulu. Kemudian berbincanglah kaedah terbaik tanpa perlu mengheret orang awam yang jahil ke lembah gelak ketawa, malahan membakar api kebencian antara sesama Islam.

Bala dan bencana ilmu sudah mula menimpa golongan cerdik pandai. Perasaan ujub tidak disedari sudahpun dizahirkan melalui senjata ilmu yang ada di dada. Baik di Lembah Klang yang katanya bertamadun, mahupun, di ceruk utara Semenanjung yang dikatakan mundur.

Mundur? Utara? Perlis? itu lupakan dulu kegilaan kuasa dan peluru. Mundur, memang Perlis mundur. Walapun parti Barisan Nasional yang perasan yang memerintah sekian lama. Lampu jalan pun tak mampu pasang. Tembolok penuh juga.

Yang saya maksudkan Kelantan. Sedang pun dihujani krisis adab. Saya bukan ingin menghurai isi krisis, kerana itu juga biadab kerana saya bukanlah ahli keluarga Tok Guru, bukan juga ahli keluarga orang yang tidak suka ahli keluarga Tok Guru itu. Tetapi melihat dari perspektif Islam, menggunakan blog atas nama mempamerkan dan menegakkan kebenaran adalah satu tindakan bodoh jika ia melibatkan keaiban sesama Insan. Betul atau salah tindakan sebegini? Tanya sajalah, jika Rasulullah masih hidup, dan kita bicarakan keaiban orang dengan meneriakkannya di atas Kaabah agar semua penduduk Makkah datang dan mendengarnya, apa rasanya sabda Rasulullah? Jangan cerita tentang niat di hati tuan, puan, haji dan hajjah. Itu hanya Allah yang tahu. Lidah boleh bercabang. Jari boleh berkait.

Dan mulalah, bicara atas bicara. Semua mula mengambil sikap defensif dan kemudiannya ofensif. Membalas melalui alam maya, blog juga. Tidak kiralah artikel pendek, panjang, mahupun surat terbuka dan sebagainya. Semua ini ketika menulis dirasakan sebagai mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran. Tetapi setiap butir bicara sebenarnya memamah keikhlasan diri. Mempamer peribadi diri. Mengaibkan pula orang lain. Ini menghancurkan adab dan hikmah. Mendedahkan kepada salah tanggapan. Dan akhirnya, tidak menyelesaikan masalah, malah menambah masalah dan fitnah.

Tidak kiralah siapa anda. Kadangkala watak sebenar yang disanjung pada awalnya, tercalar hanya kerana sikap tuan puan, ustaz dan ustazah, dan bukan ustaz mahupun bukan ustazah yang bertelingkah di alam maya, dalam blog yang dibaca oleh pelbagai peringkat pemikiran manusia. Dan penuh pula dengan oportunis ditunjangi syaitan

Satu peringatan yang ringkas tetapi rasanya bermakna sekurang-kurangnya untuk diri saya dan keluarga. Di dalam perkara agama sekalipun (yang mana niatnya baik) ; setiap urusan itu haruslah diserahkan kepada ahlinya. Allah memperingatkan manusia agar merujuk kepada ahlinya dan tidak memandai-mandai. Oleh itu, dalam soal memberikan pandangan, para salafussoleh mengamalkan perbincangan pada taraf yang sama kufu' terlebih dahulu (sesama ahlinya / pihak yang terlibat) di dalam satu wacana khusus para ulama untuk mendapatkan kesepakatan – dengan mengambil kira semua faktor. Pada akhirnya barulah keputusan itu disalurkan kepada orang ramai. Ketika ini,kita terpengaruh dengan medium ala pasca-modenisme, yang menganggap semua taraf medium/wacana adalah sama – atas nama ‘kebebasan bersuara’. Dan semua orang patut mendengar apa sahaja.

Katalah, semua ini berlaku kerana melibatkan unsur politik, dan politik itu sukar dibaca. Baik, saya bersetuju. Dan sebagai tukarannya, tuan puan juga perlu bersetuju, politik juga tertakluk kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.. boleh?

Akhir kata, janganlah pada akhirnya, dengan hujah yang memperdayakan diri sendiri, mujadalah dan muamalah sesama manusia yang sepatutnya BI-ADAB (dengan adab), kini menjadi pertarungan BIADAP ADAB!

Wallahua'lam.

Abu Nufayl.

Thursday, May 28, 2009

Kuasa? Mogok Lapar? Ilmu Ulama' , Komunis Dajal?

Bulan ini agak mencabar minda. Tidaklah teruk sangat cabarannya, tetapi mampulah buat manusia berfikir sedikit sebanyak.

Kuasa?

Isu Perak? Biarlah dulu. Jangan layan orang gila. Masih lagi berpuasa dari mengulasnya. Isu pemilihan PAS? Ya, memang ada pencalonan, dan akan adalah pemilihan. Tahniahlah kepada bakal pemenang. Takziahlah juga. Seperkara yang pasti pasti lebih ramai yang tidak akan menang berbanding yang menang. Walaupun begitu, apa yang penting perjuangan mesti diteruskan.

Walau siapapun menang. Walau apapun jawatan. Jika aqidah perjuangan dikorbankan, ia tetap akan dipanggil tewas. Malah mungkin boleh diistilahkan pengkhianat pada perjuangan pada jalan Allah ini. Dan saya percaya, tidak ada yang begitu. Cuma dilebih-lebihkan sahaja oleh lidah-lidah syaitan tunggangan KERAjaan pemerintah yang memang tidak takut pada azab api neraka. Kuat sungguh mereka ni.

Mogok lapar?
Yang ini agak menarik. Apa yang pasti, menzalimi tubuh badan itu haram. Menyiksa jiwa juga haram. Tetapi apa mahu bising? Pejuang Islam bukannya mogok lapar. Mereka berpuasa sunat. Puasa sunat itu sunnah. Dapat pahala. Dan berkebetulan kita boleh tunjukkan tanda protes pada masa yang sesuai, disertakan dengan puasa sunat. Baguslah begitu. Jangan diniatkan kerana parti atau isu sudah! Kerana ibadah itu hanya milik Allah. Tidaklah boleh diniatkan sahaja aku puasa sunat protes kerana Allah Ta’ala. Atau tidak boleh juga diniatkan sahaja aku puasa sunat kerana nak protes, lillahi ta’ala. Itu sudah lari dari amalan sebenar Islami.

Ulama’ Berilmu
Cuma simpati saya pada para sesetengah tokoh agama. Baik mufti, baik ustaz. Mereka ini kadangkala kurang membaca media tempatan. Jadi apabila disogokkan dengan soalan wartawan yang memang sudah pre-bias ketika menyoal, pastilah mereka akan menjawab dengan nada yang dikehendaki. Saya masih sangka baik pada ulama’. Cuma saya yakin, mereka kurang membaca. Ya, kurang membaca mainan media massa dan mainan politik. Itulah sukarnya mencari pemimpin agung seperti Rasulullah. Agama handal, politik handal, pengetahuan am juga mestilah handal. Jika tercicir salah satu, di zaman fitnah ini pula, maka jadi mangsalah tokoh-tokoh agama ini. Tuan-tuan Ustaz dan Tuan-tuan Mufti, tambahkan pembacaan anda. Luaskan pengetahuan am. Dalami sedikit seni berpolitik. Barulah tidak tercatuk ditipu syaitan! Barulah akan ada juga komen dan teguran tentang hukum mendedahkan aurat bagi wanita muslim, ataupun isteri pemerintah negara. Hukum berjabat tangan dengan bukan mahram. Hukum tahan manusia tanpa bicara. Kadang-kadang mereka juara. Kadang-kadang bisu dan pekak. Inilah sindrom ketidakstabilan ilmu pada zaman fithan.

Komen saya di atas langsung tidak meliputi ulama’ upahan Kerajaan Pemerintah. Mereka bukan kurang membaca, tetapi golongan ini memang jahat. Jahat prinsip. Jahat akhlaq. Ilmu hanya menjadi alat. Dan tidak boleh dipakai menyampaikan ummah ke Taman Syurga.

Chin Peng? Komunis?
Ini paling menyentuh benak saya minggu ini. Ia memerlukan manusia berfikir dan terus berfikir. Perlu ada pendapat peribadi. Perlu ada perdebatan syariat. Perlu juga ada asas sirah Islamiyyah. Perlu juga ada unsur akhlak.

Pendapat peribadi?
Siapa yang mahu setuju? Saya sendiri anak bekas tentera. Komunis mana yang boleh dikatakan baik? Walau apapun perjuangan mereka, matlamat mereka tidaklah boleh menghalalkan cara. Dan komunis ini telah pun menghalalkan segala cara. Membunuh, merogol, menyula, dan bermacam-macam keharaman lagi telah dihalalkan oleh mereka. Inilah binatang, menghalalkan yang haram. Tidak kiralah komunis atau kerajaan. Bila yang haram dihalalkan. Jangan sebut bunuh, bila judi dilesenkan, bila arak dilepaskan, bila aurat ditayang-tayangkan. Binatanglah mereka ini. Kerana tiada aqal untuk berfikir dan menerima arahan dan tegahan Allah swt. Menderhaka dan mengkhianati Islam.

Dari segi aqidah. Dan juga syariat. Perlu kita ingat, jangan terlajak jalan. Mengiktiraf komunis, boleh membawa kepada mengiktiraf komunisme. Dan apa bezanya dengan kita mengiktiraf agama Hindu, Kristian dan Buddha? Komunisme pada sudut pandang aqidah tidak akan bertemu pangkal dengan agama Islam. Walaupun mereka ini semulia malaikat sekalipun, jika fahaman aqidahnya tewas, siapa kita untuk mengiktirafnya?

Juzu’ ketiga bab Chin Peng, bab komunis, ini boleh jadi sedikit ‘roadblock’ emosi kita. Walaubagaimana kejamnya Hinduh memamah isi tubuh Sayyidina Hamzah r.a, walaubagaimana dahsyatnya penentangan Abu Sufyan, walaubagaimana zalimnya kafir Quraysh, layanan terakhir diberikan oleh Rasulullah adalah tidak tumpah seperti melayan dan menunaikan hak mereka sekurang-kurangnya sebagai manusia. Penuh akhlaq dan hemah. Walaubagaimana kejamnnya Yahudi dan Kristian, Salahuddin al-Ayyubi tidaklah membabi buta membunuh mereka dalam mana-mana peperangan. Pintu damai sentiasa dibuka. Kerana itulah akhlaq Islam. Dan inilah yang menarik tentang ajaran Islam. Bukan teorinya, tapi praktiknya!

Sedikit selingan, ada yang memetik kisah Rasulullah dan pengemis Yahudi buta, tetapi saya tidak cenderung ke arah itu, kerana sangsi dengan sahih atau tidaknya kisah ini dari segi sanadnya. Siapa yang memulakan cerita, ataukah itu hadis? Perkataan yang diguna juga memusykilkan saya dari segi kesahihan matannya. Tetapi selain kisah itu, ratusan malahan ribuan kisah lain yang memperihalkan kesantunan umat Islam terhadap penganut agama lain.

Jangan risau, 'roadblock' tadi bukan ingin menghalalkan kemasukan Chin Peng. Saya teguh dengan pendirian untuk menyisihkan pengkhianat prinsip perjuangan, pendusta aqidah, penyembelih keharmonian dan dajal pada zamannya ini untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.

Namun pada masa yang sama, kaedah menolak, mestilah berhemah. Mestilah ada santunnya. Dan apa kata, pada suatu hari, petualang ini memeluk agama Islam, bertaubat dan menyerah diri kepada kita untuk menghukumnya? Kalaupun bukan dia, sahabatnya yang lain? Apakah status kita pada masa itu? Saya kira ini juga satu cepu minda yang bermain di fikiran saya ini.

Kerana apa? Kerana selain Chin Peng ini, apa kurangnya kedajalan yang umat Islam di Negara ini lakukan. Mengkhianati dan menjahanamkan kemuliaan syariat Islam itu sendiri. Cuai solat, mabuk, dedah aurat, pegang bahu perempuan bukan mahram, menahan tanpa bicara, berbohong atas nama Allah. Rampas kuasa. Rasuah. Tembak penunjuk perasaan dengan peluru hidup, salahguna rakyat. Persoalan saya, neraka mungkin tempat beliau. Tetapi adakah kita pasti Syurga akan jadi milik kita?

Wallahua’lam.

Monday, November 10, 2008

Syahid & Taqdir

Syahid?

Trio pengebom Bali kembali ke Rahmatullah dengan izin Allah, melalui asbabnya peluru yang ditembakkan ke jantung mereka. Rasanya ini lebih molek dijadikan maudu' perbincangan. Kerana bukan tembakan atau hukuman itu yang mematikan mereka. Allah yang Maha Berkuasa. Dan waktu kematian itu telah ditentukan sejak azali lagi.

Dan cara hidup mereka, sebagai ikhtiar yang diusahakan sendiri telah membolehkan peluru menjadi asbab kematian mereka apabila menembusi jantung, menggagalkan darah dipam ke otak, dan tamatlah riwayat hamba-hamba Allah ini.

Yakinlah, jika mereka seperti rakyat Malaysia yang suka bawa kenderaan secara melulu, mereka tetap akan meninggal pada waktu yang sama, tetapi asbabnya adalah kemalangan jalan raya. Masuk gaung dan sebagainya. Waktunya tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Adakah mereka syahid? Ia diperdebatkan. Seluruh alam memuji dan ada yang mencela trio ini. Secara peribadi, saya kesal dengan perdebatan seumpama ini. Bukanlah perkataan syahid itu, tetapi tentang isu syurga neraka. Siapa kita untuk 'menempatkan' mereka di syurga atau neraka? Serahkanlah kepada Allah swt.

Apa jenisnya syahid itu,

“Menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, menceritakan kepada kami Malik dari Sumyyin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah r.a : bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Syuhada itu ada lima,yaitu orang yang mati terkena cacar, orang yang mati karena sakit perut/taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan, dan orang yang syahid di jalan Allah”

(Al-Bukhari, Kitab As-Sayru Wal-Maghazi: 2617)

Dan ada beberapa tambahan lagi oleh para ulama' seperti meninggal ketika melahirkan anak dan semupamanya yang melibatkan penderitaan dan penyiksaan tertentu dalam tempoh kematiannya.

Pembahagian kategori syahid pula adalah syahid dunia & akhirat, syahid dunia dan dan syahid akhirat.

Syahid dunia akhirat, pastilah pejuang Islam di jalan Allah yang ikhlas perjuangannnya menegakkan agama Allah. Pastinya pejuang berpaksikan nasionalisme tidak termasuk dalam kategori ini. Pengurusan jenazahnya adalah dikebumikan dalam keadaan beliau terkorban. Subhanallah. MasyaAllah. Syahid ini syurgalah habuannya.

Syahid dunia, adalah sepertimana pejuang Islam yang terkorban dalam peperangan menentang kuffar, sedangkan niatnya (yang kita tidak tahu) adalah mungkin untuk mengejar harta rampasan (ghanimah) atau mendapatkan nama dan gelaran. Penyelenggaraannya adalah seperti mereka yang terbunuh fi sabilillah jua. Kerana niat tidak dapat ditentukan oleh kita manusia biasa. Namun di akhirat, hanya Allah yang menentukan nasibnya melalui hisabNya yang Maha Adil.

Syahid akhirat ini ada beberapa keadaannya seperti di sebutkan sebelum ini. Namun jenazah mereka ini diuruskan seperti jenazah dalam kematian biasa. Wallahua'lam.

Bagi menyebut si fulan itu dan si fulan ini sebagai syuhada', dalam Islam, menyebut sesiapa yang meninggal sebagai syahid menurut pandangan di kalangan para penulis kitab dan ilmu rijal (salah satu cabang dalam ilmu hadits), jika saat-saat dan tanda kematiannya memenuhi sebab-sebab dan keadaaan syahid, maka dia harus disebut sebagai Syahid.

(Ats-Tsamratul Jiyaad Fii Masaa-ili Fiqhil Jihaad)


Walaubagaimanapun, ini bukanlah menyatakan dia akan masuk syurga atau tidak, itu hak mutlak Allah SWT, tetapi lebih kepada membantu dalam kaedah pengurusan jenazah tersebut.

Perjuangan yang dilalui oleh para syuhada' bukan dapat diukur dengan jumlah tetakan dan tikaman yang diterima. Ia merentas jauh dari itu. Lebih jauh dari apa yang kita dapat fahami. Hanya Allah yang Maha Adil dan Maha Layak Menghukum.

Perang jihad, sebagai perumpamaannya, mestilah bersyarat kepada hukmah ihsaniah Islamiah. Oleh sebab itulah, segala tindakan kekerasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dilarang atau tidak diiktiraf amalan JIHAD.

Undang-undang peperangan seperti tidak memerangi warga awam, berbuat baik kepada tawanan perang, wanita dan kanak-kanak, tidak merosakkan harta benda dan sebagainya telah termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah sejak beribu tahun yang lalu sebelum wujudnya Konvensyen Geneva dan lain-lain yang seumpamanya lagi.

Walaubagaimanapun, pihak pemerintah juga diingatkan agar jangan membuat kemaksiatan, kemungkaran dan kesyirikan sehinggakan syarat-syarat JIHAD itu sendiri tercapai untuk para pencinta syahid ini menjadi begitu teruja dengan detik syahid ini hinggakan timbullah kejadian yang tidak diingini hinggalah kepada keganasan.

Kerjasama dan tunduk melampau kepada telunjuk kuffar, maksiat yang melampau, hedonisme hinggakan boleh menggugat amal ibadah khusus sekaligus mencalar aqidah penduduk setempat, tekanan kepada jati diri penganut agama Islam, sokongan kepada pemusnah kesejahteraan dan nyawa umat Islam, semua ini boleh menjadi 'trigger' atau 'burning platform' untuk darah panas ini menggelegak dan menembus perisai fizikal keselamatan negara.

Jika Indonesia dengan Balinya, Malaysia mungkin ada Bangsarnya, ada segitiga emasnya di ibu kota dan beberapa tempat maksiat laknat yang berupaya menghidupkan api yang membara. Dan ini harus dikawal, disekat, agar status negara Islam ini dapat benar-benar memperolehi rahmat dan berkat dari Allah swt.

Cuma satu perkara sahaja yang perlu ditanam di dalam hati, bagi pelaku maksiat dan pengunjung kuffar yang terkorban, sebabnya sudah jelas diberikan oleh Allah swt lagi, usahlah pertikaikan hukuman Allah ini atas kekufuran dan kederhakaan pada Yang Maha Pencipta. Waktunya pada ketika itu, dan sebabnya mereka sendiri yang cari.

Manakala yang tidak termasuk dalam golongan kuffar dan derhaka ini, percayalah, memang 12 Oktober 2003 itulah tarikh kematian mereka. Cuma asbabnya dan tempatnya berkebetulan di sana. Jika bukan di Bali, di England pun meninggal juga.

Dan kepada para mangsa yang TIDAK SEPATUTNYA dijadikan mangsa kepada trio pengebom Bali ini, takziah diucapkan dan mohon agar Allah mencucuri rahmat atas kalian. Kalian mungkin syahid akhirat akibat mati terbakar dan melecur. Masing-masing ada bahagiannya tersendiri.

Apa yang penting, janganlah salahkan orang lain secara total atas ketentuan yang telahpun dijanjikan Allah swt sejak dari kita tiada di atas muka bumi ini lagi!

Wallahua'lam

nota : walau apapun semangat dan tekad trio ini sehingga ke detik akhir hukuman, jika ianya benar-benar kerana Allah, boleh dikagumi, dengan senyuman dan keyakinan penuh benarnya tindakan mereka. Jarang manusia sanggup melihat senapang dihalakan ke dada tanpa menutup matanya sedangkan tubuh sudah terikat pasrah. Mereka meminta agar mata tidak diikat. Tetapi jika jalan mereka ini salah, biarlah Allah swt yang memberikan hukuman akhirNya. Kita hanya boleh melihat, tafsiran hanya Allah Maha Mengetahui.

al-Fatihah buat semua Muslimin dan Muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.

Wednesday, July 23, 2008

Sirah Pembenteng Jiwa : Menelusuri Era Fitnah dan Kecelaruan


Salamullah alaikum, Salam sejahtera.

Saya terkesan, sebak dan pilu bila menelusuri dan menghayati sirah tahun ke 36 hijrah ; yakni saat-saat genting Islam suatu ketika dahulu. Dengan ijtihad yang jelas dan tegas, wanita yang terkenal dengan kelembutan, kesopanan dan kesederhanaannya keluar dari tempat tinggalnya menuju ke Basrah. Setelah beberapa peristiwa demi peristiwa di pertengahan jalan dan beberapa pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak (Saidatina A'isyah dan Saidina Ali - panjang untuk diperincikan di sini), di pertengahan jalan Ummul Mukminiin A'iesyah, Talhah dan Zubayr telah pun sudi bertemu dengan al-Qa'qa', utusan Amiirul Mukminiin Saidina Ali Karramallahuwajhah r.a..



Satu muzakarah dibuat dan Ummul Mukminiin, Talhah dan Zubayr telah pun menyambut baik cadangan pelan damai yang dikemukakan. Pada masa yang sama menjunjung prinsip asas yang menjadi faktor kedatangannya 'bertemu' pasukan Saidina 'Ali yakni mendapatkan keadilan terhadap peristiwa pembunuhan Saidina Uthman al-Affan. Pembunuh Khalifah ke 3 mesti ditangkap dan diadili, dan 'pertembungan' ini akan berakhir. Inilah ketegasan dalam berijtihad yang dipegang erat oleh kecintaan Baginda S.A.W ini. Teman hidup yang pernah bersama Rasulullah dalam ruangan berukuran 12 x 12 kaki, dengan dinding dan atap rendah dari batang pelepah kurma, ditabiri secarik kain. Juga antara insan yang tidak pernah punyai lebihan wang dan makanan sehingga ke keesokkan harinya kerana kelembutan hatinya yang tidak tega melihat kesusahan orang lain.


Di pihak Saidina 'Ali, penegasan dibuat bahawa keadilan akan tertegak, dan memohon pihak Saidatina A'isyah memberikan bai'ah dengan redha dan bersabar sehingga keadilan tertegak. Cuma masanya pada ketika itu, umat Islam masih dalam keadaan kebingungan dan huru-hara selepas kewafatan Saidina Uthman. Terdapat perpecahan yang jelas, dan usaha menangkap kumpulan yang terbabit dengan pembunuhan tersebut berpotensi menimbulkan perpecahan dan pergeseran serius antara umat Islam ketika itu. Itulah pula kewarasan dan kebijaksanaan Khalifah Islam ke 4 ketika itu.

Dan sedikit tempoh masa dipinta, disertakan dengan komitmen terhadap janji yang dimateri. Janji yang pasti akan dipenuhi, sebagaimana teguhnya hati Baginda suatu tempoh masa dahulu untuk menempati ruangan tidur Rasulullah SAW, menunggu senjata tajam menghunjam perut dan dadanya hanyasanya ingin menyelamatkan Rasul Agung dari ancaman puak kuffar.

Muzakarah dan musyawarah berakhir, utusan pulang, menemui Khalifah, pasukan tentera Amiirul Mukminin itu juga turut berangkat ke Basrah, dan pertembungan antara tentera kedua-dua pihak berlaku dalam suasana serius tetapi damai pada hari yang tersebut.

.... “Orang-orang pun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka.


Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!” Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?”


Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!” Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad ‘Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]

Maka tercetuslah Perang Jamal. Mengorbankan (menurut beberapa pendapat yang berlainan dan ada yang berbeza) sepuluh ribu umat Islam. Termasuklah Talhah dan Zubair r.anhuma di pihak Ummul Mukminiin.


Bagaimana kita lihat, bukannya perang yang diniatkan oleh kedua-dua manusia agung ini. Walaupun ada pengikutnya yang melihat sedemikian.

Dan tingginya thiqah dan wala' Thalhah dan Zubair serta pengikut lain terhadap Ummul Mukminiin, serta Ammar bin Yasir sahabat-sahabat lain terhadap Ammirul Mukminin Ali r.a.

Sedangkan masing-masing mengetahui 'Panglima' pasukan yang bakal 'dihadap' itu adalah manusia agung yang punyai kredibiliti tersendiri. Yang lebih teguh dari sesiapa jua yang lain di dunia ini dalam menegakkan dan mempertahankan Islam dan Rasulnya walaupun hingga ke peringkat titisan dan tumpahan darah dan jiwa.

Cuma kekacauan dan kecelaruan yang dicetuskan oleh SYAITAN MANUSIA seperti Shurayh ibn Awfa' dan Abdullah bin Saba' akhirnya memerangkap kesucian dan kesetiaan mereka. Mencetuskan pertembungan yang tidak perlu. Dan akhirnya menjadi rentetan perpecahan dan fitnah yang seterusnya sehingga ke hari ini.

Dan sekarang kita dilanda dengan zaman fitnah era baru. Kita tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Yang kita tahu, kita ada pimpinan yang perlu diberikan wala' dan thiqah kita kepada mereka. Kerana kita tahu mereka lebih daripada diri ini ; sayang dan kasih kepada jamaahnya. Perbezaan pendapat yang digembar-gemburkan seolah-oleh satu tsunami mungkin sebenarnya hanya perbezaan ijtihad furu' yang tidak melonglaikan aqidah perjuangan Parti Islam SeMalaysia.


Asalmana kita boleh memberikan panduan dan peringatan terhadap campurtangan dan fitnah syaitan manusia yang makin mengganas sekarang, panjatkanlah tangan dan tadahilah tangan memohon rahmatNya. Belum terlambat untuk kita melakukan apa jua tindakan yang berhikmah dan difikirkan perlu. Dan ingatlah ‘keperkasaan’ sebenar para sahabat ini adalah, walau dalam suasana perang sekalipun, sabda Rasulullah menjadi kata putus bagi segala tindakan.

Ketika senjata bertemu antara 2 sahabat yakni Saidina 'Ali dan Zubayr al Awwam, sabda Rasulullah telah mencegah pertumpahan darah antara keduanya. Begitu juga setelah Zubayr melihat Ammar bin Yassir turut serta dalam pasukan Saidina 'Ali, beliau teringat tentang sabda Rasulullah SAW kepada Ammar,

"Wahai Ammar, ingatlah, pada suatu hari engkau akan diperangi (dari pihak Islam sendiri) yang menjadi penderhaka dalam kerajaan Islam" ...


maka beliau (Zubayr) berundur dari medan perang namun dibunuh di sebuah kawasan oleh Amru ibn Jarmuz ketika tidur di Wadi al Siba'.


Talhah pula terkorbah setelah dipanah (oleh Marwan bin Hakam), terkena kakinya lalu melekat pada kudanya dan kuda tersebut menggila hingga beliau akhirnya kehilangan terlalu banyak darah, lemah dan akhirnya wafat.


Dan, sahabat-sahabat sekalian ingatlah, di penghujung episod peperangan, Saidatina A'isyah menghulurkan kitab al-Quran kepada qadhi Basra (Ka'b ibn Sawwar) sebagai isyarat kepada bala tenteranya berdamai, namun puak Abdullah bin Saba' si munafik terlihat dan dipanahnya Ka'b, menyebabkan isyarat itu tenggelam begitu sahaja.
Hinggalah suatu ketika yang sudah tidak tertahan lagi, Ummul Mukminiin mengangkat dan menadah tangannya ke langit dengan doanya memohon agar pembunuh Uthman dihapuskan diikuti oleh bala tenteranya, didengar pula oleh Saidina 'Ali dan tentera baginda lantas dilafazkan ayat yang sama beramai-ramai.

Terlalu panjang pendetailannya, namun kesudahannya, kemurnian dan keharmonian ajaran Islam yang tertewas pada ketika itu. Walaupun begitu penghujung pertempuran memberikan gambaran yang menyentuh hati apabila ketua-ketua tentera dari pihak 'Ali memberikan salam dan bertanyakan khabar Ummul Mukminin, termasuk Amirul Mukminin sendiri. Malahan, baginda sempat mendoakan kesejahteraan dan pengampunan dosa umat Islam yang terlibat dalam pertempuran. Menyolati jenazah-jenazah dari kedua-dua belah pihak dan mendoakan mereka.


Saidatina 'Aisyah sendiri telah dilindungi dengan arahan Saidina Ali sendiri. Dibekalkan pulang pembantu dan pelindung untuk menjaga keamanan dan keselamatannya

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Pesanan kali ini,

“Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Muhammad Ibnu Sirin, Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264)

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (al-Israa : 36)

Carilah disebalik rangkap, insyaAllah kita akan ketemu apa yang patut dilakukan sekarang, dan apa yang patut ditelah.

Nota kaki :
Ada orang tegur post sebelum ini. Berdosa tau katanya kutuk-kutuk orang. Kali ini saya tunggu, sapa yang bakal kata saya boleh dapat pahala posting yang semacam ini. :). Bunyi macam baik kan. Begitulah dakwah, kadang-kadang ombak berdesir, kadang-kadang tsunami menghempas. Ikut musimlah. Jangan pula makan ubat batuk bila kaki luka. Bebal namanya tu. ups.. terlepas juga.

Akhirul kalam, inilah yang sempat saya belek malam tadi, dalam waktu yang cukup singkat, untuk menjadi bekal dan benteng berdepan dengan musim kecelaruan ini. Harap dapat dikongsi rohnya. Ameen.

Wassalam.

Sunday, July 20, 2008

Mari Mengenal Spesis Bodoh Dan Bebal

Salam,

Dan saya tidak akan mohon maaf dari sesiapa pun yang terkena batang hidungnya kali ini.
Jika ada yang tergolong dari spesis ini, memang sah! Memang sah kena pi tabika balik!

1. Mengisytiharkan Malaysia negara demokrasi, berpelembagaan. Tetapi keluar perintah mahkamah untuk menangkap 'seorang' warga negara Malaysia yang bukannya penjenayah jika beliau hadir ke parlimen. KOMEN : Jahil Perlembagaan!

1. Mengarahkan dan menyokong sekatan jalan raya. Gelaran tambahan : bacul, dayus serta mabuk dan gila kuasa. Laporan inteligen konon. Inteligen ka vitagen? Makan gaji buta ka?Kenapa? tanyalah budak tadika, mereka pun boleh jawab! KOMEN : Naikkan harga minyak. Kemudian buat roadblock. Goblok!

2. Meluluskan, membeli dan mengguna dengan rela kenderaan mewah bukan buatan tempatan belum pun sampai setengah tahun mendapat kuasa. Inilah contoh munafik perjuangan negara bangsa. KOMEN : Pengkhianat undi rakyat dan industri automobil kesayangan negara.

3. Meminta, memaksa, menasihatkan penyerahan DNA buat kesekian kalinya, walaupun DNA sedia ada sudah enam kali diambil atas kesalahan sama masih boleh digunakan hingga ke zaman anak cucu cicit. Alasan yang diberikan, kerana sudah tidak boleh dijadikan perbandingan DNA dulu dan sekarang. keh keh keh. KOMEN : Mutation kot!

4. Anda adalah Menteri Dalam Negeri, dan mengesyorkan suspek memenuhi keperluan polis sedangkan kes masih dalam siasatan. KOMEN : Buta!

5. Anda sudah nazak, tetapi menyatakan kepada semua orang, saya akan serahkan nyawa saya 2 tahun lagi. keh keh keh. KOMEN : Tak sedar diri

6. Akuan bersumpah dibuat. Dan suspek hanya dipanggil diambil keterangan sekali. Kemudian terus pembuat akuan bersumpah didakwa atas tuduhan memfitnah. KOMEN : Lantak korang lah! Munkar nakir tunggu. Sapa betul, betullah!

7. Lepas tu, satu lagi akuan bersumpah juga dibuat. Ambil keterangan sekali. Saksi dua tiga ekor. Pastu senyap jaaaa! Menteri Dalam Negeri kata, saya tak rasa dia buat!. Dannn..... Kenapa tak ambil DNA juga? Bukan ke ada isu 18SX jugak ke? KOMEN :Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang direjam! dan konco-konconya.

8. Anda janji dengan orang jumpa pukul 2.00. Pukul 1.00 dia tak sampai, tangkap dia sebab AKU TAU DIA TAK AKAN DATANG PUNYA. Kata inteligen. Team sama yang kasi nasihat buat roadblok tu kot. Tak cukup gaji tu kot. KOMEN : Salah satu ciri munafik adalah, bila berjanji maka dikhianatinya akan janji itu! Satu lagi, memang lawak si bodoh!

dan.. 9.. Anda ada peruntukan. Ada team inteligen lagi. Boleh ramal dan menujum. Dan pejabat anda menjadi tempat orang cari perlindungan. i.e Balai Polis dsbgnya. Tapi lif pun tak diselenggara. KOMEN : Mana pergi duit tu???

Saya ganggu siasatan? Tanya sapa ajar saya! hehe.. inteligen. inteligen! Dalam banyak-banyak si bodoh, yang paling pandai pastilah inteligen Malaysia.. keh keh keh...

Dah la tu. Ada orang dah hantuk kepala! ..

Ada orang tanya, kita nak sokong sapa dalam kes zaman fitnah ni. Jawabnya, betul atau salah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak sokong keperibadian secara taksub. Tapi kebenaran biasanya senang diagak jika hati kita bersih dan masih ada sinarnya.
Paling penting, usah terlibat sekali dengan golongan pemfitnah. Salah satu mesti betul, dan salah satunya mesti bohong. Serahkan pada Allah. Dan jikapun mana-mana pihak bersalah, pintu taubat sentiasa dibuka! Tak payahlah cakap banyak. Lebih baik bertaubat dari jadi defensive dan tambah dosa!

Itu ajalah. Salam hormat. Jangan berbalah. Yahudi dok tengok! Lebih baik bermubahalah. ehh! ... bermuzakarah?! hurmmm.. ermm..

Tahalluf? Nanti dulu! Nanti tinggal tok imam sorang kat belakang... :)

Friday, May 09, 2008

Soalnya siapa?

Sedih. Sedih! Sedih!!!

Esk esk...baru ja aku letakkan respek kepada SS Dr Mufti kita, dah ada isu lain pulak. Memang kali ini dia cetuskan tapi bukan dia yang war-warkan kepada masyarakat. Who did? Check it out there @ FT's blog.

Syiah vs Sunni pulak. Ke Wahabi/Salafi? Argh!! Kenapa perlu dibeza-bezakan dan perlu dipertelagahkan? Kalau dah ini bab áqidah/ tauhid... kembalilah kepada sumber hukum yang asal. Áqidah kita satu. Tauhid kita pun kepada YANG SATU saja.

Jadi, usahlah buang masa yang tu salah, yang ni salah. Salafi salah, Wahabi salah.Buat sunnah salah, tak buat sunnah salah.Bidaáh salah, tak buat bidaáh betul.

Sebenarnya, perkara-perkara ini boleh mengelirukan masyarakat umum. Sementelah isu begini membuka peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengemukan pelbagai dakwaan tentang kebenaran masing-masing. Jadi, siapa akhirnya yang tersepit? Dan, siapa yang kemungkinannya menjadi mangsa akibat kejahilan dan termakan dengan sogokan dakwaan yang pelbagai ini?

Umat Islam secara amnya tak ramai yang furnished dengan maklumat menyeluruh tentang perbezaan golongan-golongan ini. Asal-usulnya. Apa persamaannya. Apa amalannya. Apa kelebihannya. Apa kekurangannya.

Kalaulah benar pun nak di highlight kepada masyarakat umum, bloggers etc.
Bagi saya, penjelasan secara 'adil dan jelas meliputi semua pihak & perkara perlu dibuat oleh pihak yang ádil. Diulangi 'adil. Kerana, penjelasan oleh pihak yang berkepentingan atau pembelaan yang jelas hanya membuatkan masyarakat yang kritikal bertindak lebih jauh samada menyokong atau menentang.

Macam politik pulakkan, perlukan pihak yang tidak berkepentingan?
Sedang Islam itu suci dan syumul. Dan, kita as the practitioners...sesuci itukah kita? Jauh sekali!

Dan, yang membawa kesucian Islam dengan ilmuannya itu, tidakkah terasa bertanggungjawab untuk menjelaskan (biarpun tiada yang bertanya secara bertulis atau terus kepadanya)?

Janganlah dibiarkan masyarakat terbiar tanpa bantuan pada saat mereka memerlukan.
Jangan hanya apabila kerosakan telah dilakukan baru masing-masing bangun nak memberi jawapan. Ketika mereka bertanya inilah, berilah jawapan yang ádil buat mereka, supaya kesucian Islam itu terserlah dan menyinar hati muslim dan mukmin di saat mereka memerlukan.

Pelbagai isu berlaku di negara Islam Malaysia yang rukun damai ini. Perlukan penyelesaian, tapi dibiarkan terkontang-kanting tanpa penyelesaian teguh. Kenapa ya? Jadi, penjaga-penjaga agama Allah...kenapa dibiar perkara ini berlaku?


Kenapa? Anda hairan saya bercakap tentang apa?

Ada dua perkara.

1. Sunni vs Syiah
seperti yang saya bebelkan di atas. Saya tidak terkejut SS Dr Mufti Perlis mengeluarkan pendapat itu. Bukan dia seorang yang berpendapat begitu sebenarnya, dan dia cuma menyatakan mengikut saluran yang betul. Samada benar atau tidak pendapat itu, wallahuálam. Allah lebih tahu. Dan, tindakan FT yang terlalu membela itu membuatkan saya lebih 'ragu' lantas meletakkan tanggungjawab kepada yang mencetuskan isu itu secara rasmi (walau tidak mewar-warkannya kepada masyarakat) untuk tampil dan memberi penerangan kepada masyarakat dan tidak membiarkan masyarakat umum 'mencari kebenaran' terlalu lama. Kedua-dua pihak ada benarnya, dan kedua-dua pihak ada dasarnya. Bukan soal mereka. Soalnya umat Islam!

2. Makanan Halal di mana sebenarnya?
Makan makanan yang dimasak oleh orang Islam itu hukumnya harus. Gerai Mak Cik Timah jual nasi campur tak ada tanda halal Jakim tapi kita memang makan di situ hari-hari. Pak Mat Geliga jual kuih pagi-pagi pun tak ada tanda halal Jakim tapi setiap kali dia picit hon motornya itu, semua tetangga kerumun nak beli sarapan.

Masalahnya di mana? Bila banyak restoran besar-besar, restoran francais dan restoran di hotel-hotel. Kita tak nampak tukang masaknya. Islam atau bukan Islam? Halalkah bahan-bahannya? Sucikah peralatannya? Jakim kata hotel tak buat permohonan. Hotel kata badan berkuasa tak efisyen. Chef Melayu kata, hotel dah biasa guna BMW/Mercedes takkan nak tukar guna Perodua Kancil. So sebenarnya, halal ke tak makanan kat hotel tu???

Rakyat marhaen mungkin tak terlibat secara langsung, sebab kosnya yang mahal etc etc. Jemputan majlis buka puasa oleh Syarikat yang setahun sekali itu mungkin nampak menarik, tapi boleh dielakkan sebab masih bersifat optional. Tapi, kalau anda kakitangan kerajaan yang dibawa kursus ke satu-satu hotel di luar kawasan anda. Anda dijamu makan. Sapa nak sahkan kehalalannya? Hotelnya lima bintang dan dikatakan tiada sijil halal Jakim?

Tuhan! Adakah saya berada di negara 'Islam' Malaysia? Kenapa kerajaan tidak boleh berbuat 'SESUATU' untuk just go and check the kitchen/restaurant dan put the label on it HALAL atau TIDAK HALAL. Senang cerita! Kami pun boleh pilih ikut suka. Kerajaan lagilah...boleh update senarai hotel panel untuk berkursus/ berprogram hanya guna hotel HALAL saja. Syarikat besar macam T* ni pun boleh guna panduan tu.

Jadi, hotel yang TIDAK HALAL tu teruskan menerima tetamu non-muslim dan yang tidak sensitif dengan isu darah daging ni lah.

Bukan sedikit, dalam Buletin Utama 2 hari lepas menukilkan 50% kuasa membeli utk hotel ni di tangan orang Islam. Orang Islam bawa lebih 1 billion ke dalam poket mereka setiap bulan.

Jadi? Mainkan peranan anda!

Tuntut HALAL di negara 'Islam' Malaysia!

Monday, March 31, 2008

Fitnah Dunia

Sedih. Bacalah di sini: Tragedi Sufiah.
Benarlah, yang pentingnya mendidik anak biar jadi soleh/solehah. Ke mana kemuliaan dunia jika IQ tinggi tapi hidup jadi 'terumbang-ambing'? Hidup akhirat apatah lagi.
Benarlah, bukan mudah mendidik anak pada zaman sekarang ini. Didik supaya pandai yang satu ini, belum tentu pandai yang lainnya. Cabaran untuk ibu bapalah.

Teringat zaman dulu-dulu. Tok, Nyang kita bukan berpendidikan pun. Tapi anak-anak berbudi-bahasa, survival walaupun kerja kampung. Asalkan jangan pilih jalan 'itu'. Astaghfirullah!

Sedih, memang sedih.

Semoga kita berjaya membentuk generasi al-Quran. Artikel SaifulIslam sangat menarik dengan penelitiannya terhadap beberapa insan genius; Sukarnya Menjadi Genius.

p/s: Tersenyum tengok Nufayl solat...dah bunyi al-Fatihahnya. Nuha pula dengan gelagat hampar sejadahnya. Tapi perjalanan masih jauh. Moga mereka menjadi sedekah jariah Ummi & Abah. Ameen.


~~~
Politik sikit, heh.

Dah terbukti sebab apa dia diambil masuk kabinet kembali, tukang sokong walaupun dah ramai yang membangkang.

Sunday, March 09, 2008

Allahu Akbar!!! Sejarah Tercipta!

Alhamdulillah!!!
Allahu Akbar! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!


Betapa Allah menurunkan nikmatNYA, membenarkan Islam makin beraja di negeri ini - Kelantan, Kedah & Selangor, insyaÁllah dengan gabungan PAS & PKR. Pilihan bijak, pilihan tepat - memilih untuk menjulang haq.

Dan betapa BN yang selama ini 2/3 nya jarang terlepas.
Dan hari ini, 2/3 pun mereka tak mampu. DIA yang tak benarkan. Betapa banyaknya hati yang disingkapNYA, untuk lebih mengerti kebenaran dan meletakkannya di tempat yang haq. Allahu Akbar!

InsyaÁllah Úlamak akan terus memerintah Kelantan & akan men'suci'kan Kedah serta bekerjasama untuk meneruskan pembangunan jiwa Selangor yang selama ini karat dengan Dacing. Alhamdulillah! Segala pujian hanya layak baginya.

Satu per satu keputusan disertai dengan pujian dan takbir kepadanYA.


Walau benar, saya sangat kecewa dengan beberapa keputusan. Paling saya kecewa apabila tokoh agama yang disegani yang popular dan disebut-sebut menang pada peringkat awalnya...akhirnya diumumkan 'kalah'...memang saya belum percaya...dan saya sangat berfikir apa helah mereka hingga Ustaz Haron Din jadi 'kalah'.

Memang, sepanjang saya di Perlis...di sana sangat 'sepi'. Angin perubahan...hanya pada anak-anak muda dan orang tua yang mengerti senario politik semasa. Yang lainnya, hanya ikut yang mana bagi RM100 bla bla bla. Orang kampung, hanya tahu hidup mereka dibantu...tidak dikacau. Mereka tiada tol/kenaikan tol. Petrol pun tak banyak pakai...naik motor saja. Harga barang naik? Harga makanan di Perlis tetap murah (berbanding KL etc lah!).

Saya tak nafikan gelombang itu ada. Terutama di kalangan orang muda. Di kalangan orang dewasa (a.k.a >50thn...mereka ada kesedaran)... Yang pasti, ia lebih hebat daripada 2004, dan agar matang daripada 1999. Sebab itu, saya sangat terkejut dengan keputusan di negeri kecintaan saya. Menang besar mereka...hampir 100%, tak terasa 'genuine' pada kami. Sangat pelik pada beberapa keputusan yang 'lewat' sangat diumumkan dan ada kejutan berbanding keputusan awal yang dikatakan.

Biarlah, apa pun...kita yang diajar oleh Guru menjadi hamba yang bersyukur...tetap perlu menyatakan kesyukuran. PRU-10, 1999 pun tidak sebegini keputusannya, memihak Pembangkang. Sayangnya, pakatan pembangkang tidak sekuat 1999. Semoga hari ini menjadi titik tolak, supaya pembangkang menjadi lebih bersedia dengan pakatan yang rapi. Saya kira DAP cukup kuat di Perak, Pulau Pinang. PAS & PKR di Kelantan, Kedah, Selangor tak lupa di Terengganu. Kubu kuat BN dah pecah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka. Juga Parlimen KL yang hanya 1 dimenangi BN. Oh...untuk keputusan detail...sila-silalah layari site yang lebih afdhal yer! :)

Bagi saya, benar kata Prof. Agus...pengundi muda akan menentukan halatuju negara. Mereka ini intelektual, melihat isu dan tidak lagi to'to' kepada parti seperti generasi terdahulu. Bagi saya, tamparan paling besar BN ialah kalah di Parlimen KL, Parlimen Selangor (menang 4 kerusi sahaja), DUN Selangor kerana...mereka ini órang bandar' yang intelek & yang selalu dikaitkan dengan 'kerajaan'. Jika di bandar oun orang tolak BN...nampaknya...orang di negeri kecintaan saya...kenalah belajar 'cerdik-cerdik'kan diri...macam Kelantan & Kedah. Belum cakap Perak & Pulau Pinang yang saya kira memang buat dunia mereka 'terbalik'.

:)


Bila lagi kita nak bersatu?

Sekarang? Bila lagi nak hunjamkan kerajaan zalim BN?
Bila lagi nak julangkan Islam dan menyebarkan rahmat yang diturunkan 1428 tahun lalu ke seluruh umat Malaysia?

Sekaranglah masanya, kita kongsikan...dengan amanat yang diamanahkan oleh rakyat kepada Barisan Alternatif.


Suara Rakyat mula bergema!!!



p/s: Mata saya belum boleh lelap selagi tiada pengumuman rasmi tentang Selangor & Perak. Keputusan di SPR Online pun belum penuh. Tak nak mengakui? Kedah dah ada pengumuman di Harakahdaily.

Wednesday, February 27, 2008

7 Dalil Kenapa Rakyat Kena Undi BN?

Agak kesuntukan masa. Luang hujung minggu dan sedikit hari bukan hujung minggu dihabisi di markas-markas yang menuntut pelbagai jenis bantuan. Bukan sekadar tenaga, tetapi kewangan, idea dan kepakaran. Saya pulang sebentar ke Kelantan negeri kesayangan.

Cerita satu

Bagi sahabat-sahabat yang mengenali saya hingga ke tempat kerja khususnya, hari ini perlu jadi titik tolak kita merekabentuk kembali keberanian, syajaah dalam diri. Saya petik satu cerita. Beberapa detik yang lepas, saya, selaku salah seorang pegawai di bahagian 'menjaga orang', menerima email rungutan berbunyi,

"Tuan, kenapa email ofis diguna untuk tujuan berpolitik?", sambil dikepilkan email kisah ceramah al Fadhil Ustaz Dato Dr Harun Din beberapa hari lepas yang antara lain menyindir bekas MB Perlis (SUDAH BEKAS KAN?!!)

Selaku anggota yang berpegang kepada disiplin Syarikat, satu email susulan dikeluarkan sebagai teguran kepada anggota yang meng'kehadapankan' kisah ceramah itu agar mematuhi 'IT Governance Syarikat" Kita ikhlas melaksanakan tanggungjawab. Kisah hari ini,

Bos Besar Syarikat yang sama dalam satu *sidang video, baik secara berseloroh, mahupun serius, mengakhiri sidang dengan ucapan, "Undilah Barisan Nasional". Maka terlintas di fikiran kita, kepala apa yang tidak dapat berfikir dan menilai perbuatan ini?! Jadi kenapa yang mengundi Barisan Alternatif tidak berani bersuara? Takut orang tahu?

Cerita kedua lanjutan cerita pertama

Abu Nufayl ada rakan sepejabat, Naib Ketua Pemuda Umno bahagian. Aktif dan sangat aktiflah. Tiada halangan kata beliau kerana kita BERPERSATUAN bukan berpolitik. Oleh itu, kenapa hendak dirisaukan sangat ahli PERSATUAN PAS, PERSATUAN KEADILAN mahupun PERSATUAN BEBAS? Teruskan! Ada alasan yang kukuh di sini.

Cerita ketiga lanjutan cerita kedua

Sahabat Abu Nufayl tadi menujukkan satu keratan artikel berbunyi

" '18' Comey dah no ni. Bo bo (dah-dah) lah." Ambo nok BN! " Ditujukan khusus kepada rakyat Kelantan merujuk kepada usia pemerintahan PAS di Kelantan.

Lantas saya menghampiri sahabat tadi yang sedang memperagakan artikel tersebut dan buka cermin mata, buat-buat agak kabur dan baca artikel tersebut dengan suara sederhana.. bunyinya

"62 tahun. Nok mapuh doh. Bo bo la. Kawe nok Pas!" dengan merujuk kepada Parti Tua Bangka yang sedang memerintah negara sekarang dengan beberapa tokoh tua bangka yang tidak sedarkan diri. Sampai ada yang sampai kena rakam video baru nak sedar!

Sesudah saya 'baca' artikel itu, semua gamam dan terdiam sebentar. Kemudian disambut hilaian ketawa penyokong yang selama ini takut-takut nak bersuara di pejabat.

Cerita keempat lanjutan cerita ketiga

Asalnya ia patut jadi cerita awal. Sebenarnya kami ketika perbincangan untuk gerak saraf Parlimen PP, telah pun merekacipta kembali artikel tersebut setelah terbaca ketika selesai majlis pengenalan calon pada hari penamaan calon yang lepas. Artikel makan diri!

Cerita kelima tiada asalannya

Gambar YDP Agong terpapar di kaca tv sebentar tadi. Rakaman Baginda sedang bertitah merasmikan Masjid Kristal (KRISTAL??!!), di Kuala Terengganu. Beritanya, Pembangkang kutuk Masjid Kristal yang Agong rasmi. Saya nak tanya, kenapa nak libatkan institusi beraja? Raja payung rakyat, bukan bahan nak ditimbang dengan dacing karat. Kalau nak sentuh sentimen raja, mari kita balik ke Kelantan,

Tahun 2008 disiytiharkan Tahun Melawat Kelantan, baginda Sultan Kelantan yang rasmikan. Najib pula lancarkan Tahun Merawat Kelantan! Inilah penghinaan langsung kepada rakyat Kelantan yang menjunjung tinggi Sultan yang memayungi rakyat. Pinjam kata sahabat kita "Apa ke jadahnya!" Kami tak nak derhaka pada Sultan kami. Tapi Najib sudahpun ajar rakyat Kelantan derhaka!

Cerita ke enam lanjutan cerita kelima

Merawat Kelantan? Rawat dulu penculik-penculik kanak-kanak di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Rawat dulu penternak babi dan penduduk sekitarnya. Rawat dulu kelab malam. Rawat dulu pusat perjudian. Rawat dulu pemimpin berskandal. Rawat dulu pemimpin negara beragama Islam peluk perempuan bukan mahram. Rawat dulu lidah yang suka buat lawak bohong pasal tarikh pilihan raya! Ingat! Di Kelantan tida ada semua itu. Panggung wayang pun tidak ada. Buktinya, baca pengakuan Orang Besar KRU, mafhumnya

"Saya harap Kelantan UMNO ambil. Kami tak boleh buat bisnes kat sana. Tidak ada peluang. Malah pawagam pun tak ada..."... Haa, buktinya kan dah jelas. Sapa kata rakyat Kelantan nak pawagam? Tengok wayang apa? Pemimpin kat hotel???!!

Cerita ketujuh, yang last la dulu kot buat hari ini..

Perjalanan dan persinggahan sebentar di negeri Kelahiran sebelum, pada dan sejurus gelanggang dibuka secara rasminya untuk PRU 12 ini memberikan banyak pengajaran.

1. Kalau nak jadi calon, cari penasihat yang berguna. Cara nak selesaikan hutang dan lepaskan diri dari muflis pun penasihat kena tahu!

2. Jika terdapat konflik dalam diri kita terhadap keperibadian calon di mana-mana kawasan, ambilah kebaikan (maslahah) yang lebih besar iaitu ummah. Menyokong parti adalah untuk kepentingan ummah. Parti Islam adalah wadah mendapat ganjaran Allah di akhirat. calon Parti Islam pula hanyalah wadah mendapat Parti Islam tersebut. Abaikan sebentar rasa kurang senang (jika) ada. Berikan wala' - ketaatan pada parti dan pimpinannya, jangan biarkan syaitan menguasai pemikiran kita. Bukan matlamat menghalalkan cara, tetapi wadah mampu menyampaikan kita kepada matlamat, maka pilihlah! Pastinya bukan DACING KARAT BIRU!

3. Jangan termakan kata kata BN yang meremehkan manifesto Pas dan BA. Kata Menteri wanita Paling Veteren, "apa, diorang ingat Petronas sapa punya?." Lagi kata BN, "mana ada dana BA mahu bagi rakyat??" Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan, dana milik kerajaan memerintah. Bukan milik parti! Jika Pas dan BA memerintah, maka kerajaan BA la pemegang amanah dana tersebut. Apahal? Umno, BN ingat tu harta datuk dan nenek depa ka?.. Hah.. udah... itu aja!

Tuan-Puan, kenapa saya tulis begini kali ini? INI NEGARA DEMOKRASI! Walaupun medianya jadi HAIWAN TUNGGANGAN KERAJAAN SEMENTARA, kita faham.

menjadi antara tajuk berita TV3 malam ini. :) ... Akhirul kalam, buat tatapan rakyat negara Islam Hadhari.

Bukan personal attack, tapi , berani buat berani tanggung, tambah lagi pemimpin negara, dari dipapar di padang mahsyar kan elok insaf dulu!


Wallahua'lam

Abu Nufayl

Sunday, February 24, 2008

Kempen apa yang kita suka & tak suka?

Macam-macam yang kita dengar menjelang PRU-12 ni.

Sebelum PRU ni (selepas rombakan kabinet)...ada beberapa fasa kempen.
1. Kempen sebelum penamaan calon
2. Kempen hebat selepas penamaan calon
3. Hari Mengundi yang kempen telah diharamkan tapi perang saraf poster, pesan-pesan di pos undi tetap ada.

Macam yang saya tulis sebelum ini, no.1 dalam media-media perdana buat saya rasa loya. Gatal tekak.

Hari ini penamaan calon, sayang saya tak dapat keluar. Anak demam. Suami outstation. Bukan demam biasa. Demam panas mencecah 40 darjah. Saya anggap itu ujian. Saya menyumbang dengan cara saya...kalaupun tak boleh keluar ke gelanggang secara terus.

1. Kempen cara Melayu yang saya paling tak suka.
2. Kempen cara sogok terhormat & propoganda, saya paling meluat.
3. Kempen cara

1. Apa kempen cara Melayu?
Itulah...cara tohmah-menohmah tu.
Hujung-hujung telinga saya dengar, ada golongan yang memperlekeh Nurul Izzah yang bertanding menentang penyandang kerus Parlimen itu (ala ex-Menteri Wanita)...
kata mereka, "Eleh...Nurul Izzah tu nak lawan Sha*****...cakap Bahasa Inggeris pun tak fasih."
Fikir positif saya, mereka ni tak pernah dengar dia bercakap agaknya.
Kalau pun nak cakap...ziarah la dulu laman maya Nurul Izzah ni. Agak-agak tukang cakap tu, lagi terer agaknya. Kokpun English dia tu tak terer sangat, apa itu kriteria paling PENTING?
Apa pun, mereka telah selamat jadi calon (maknanya pencalonan diterima). Baca di sini.

notakaki : Saya rasa Orang paling Veteren dlm BN...agaknya paling terer cakap English kot. Siapa tu? Cari sendiri. Sebab...saya tak suka cara tohmah-menohmah ni.

2. Apa kempen sogok & propoganda?
Ini khusus bagi golongan tertentu lah. Yang 'menguasai' pastinya.
Hairan, lepas bubar pun masuk 'menguasai'. Sudahlah tak bagi ruang untuk pembangkang...
lebih-lebih pulak dia promote parti kerajaan (apa itu parti kerajaan? Macam tak boleh berpindah tampuk pimpinan pulak kerajaan itu...maklumlah sinonim dengan dengan namanya).
Yang peliknya, ada soalan camni dalam satu bual bicara PRU.
-saya tak ingat ayatnya penuh...tapi intinya, "...bagaimana dengan media alternatif? BN perlu guna media alternatif?"
Sedang media perdana semua dalam tangan 'mereka'....media alternatif (blog/internet) lagikan nak conquer? Sedang pembangkang...itu saja yang boleh mereka guna. Terpaksalah kerah daripada setiap sudut untuk mencapai masyarakat.
Soalan si pengerusi forum tu pulak...memang macam wakil BN pulak dia.

3. Yang nombor 3 tu...siapa pernah mengundi taulah.
:)


Apa pun, saya tak nafikan...inilah senario negara kita setiap kali PRU.
Sampai bila? Sampai kita berubah!

dalam posting akan datang...kita kongsi lagi...kenapa kita perlu berubah (daripada perspektif sayalah!)

Macammana kempen yang saya suka?
:)

btw, saya suka tengok klip video ni. Dalam gelak, dalam sinis...mereka mengkritik.
Cubalah tengok...dalam klip ini ada klue bagi jawapan notakaki no. 1 tadi.

notakaki lagi :
1. Tahniah untuk Wan Ubaidah (DUN KIJANG, PAS) kerana menang tanpa bertanding. Saya suka baca apa kata Datuk Husam di sini. Tapi frust sikit je lah, pasal DUN Chempaka. Jam 11.45 am dapat berita yang DUN Chempaka, Tok Guru menang uncontested. Tapi sayang, SPR tolak bantahan. Baca di sini.

2. Saya suka baca kata-kata Dr. Badrul Amin ni (masih ingat kisah Pakistan yang saya sebutkan dalam post yang lalu?) :)

3. Cerita tentang tanah air saya (Little State Big Drama...hehe) boleh di baca Pergolakan Pilih Calon Umno Perlis, alkisah si Tamak Kuasa, Kisah gagal buktikan letak jawatan senator pun diterima, Kisah Hari Penamaan Calon dan senarai calonnya di sini.

dan...laman web khas untuk tawan Kangar : http://tawankangar.wordpress.com/

Tuesday, February 19, 2008

I can't help myself from talking about this!

Bila KPN kata "Jangan mainkan isu perkauman.", saya hanya tersenyum. Siapa yang mainkan isu perkauman? Ada mereka tu kaum Melayu PUNYA, ada kaum lain punya (tak boleh campur-campur). Parti yang berasaskan agama, dikatakan mempergunakan nama Islam. Tapi alangkah baiknya kita ada Islam...kan itu dapat menyatu. Kenapa yang itu juga dikata memecah belah? Sedang dalam Islam itu ada semua kaum. Tak payah buat komponen-komponen!

Kemudian, apabila parlimen bubar...sepatutnya semualah...para menteri kabinetnya bubar. Yang ada kerajaan sementara...menterinya pun semuanya atas kesementaraan itulah!
Tapi heran...dalam tv bukan baik banyak lagi program lancar. Satu-satu keluar dalam tv...berita pukul 8 tu lah! Cerita 'dekat dengan pondok'lah. Adeh!

Satu contoh je lah...sebab nak sebut banyak-banyak, takut muntah pulak saya (seriyes loya!).
Pelajar miskin MRSM dapat bantuan khas

Kenapa nak tunggu parlimen bubar baru nak lancar? (skrg ni patutnya, rehatlah...selesaikan isu-isu berbangkit je! tapi tak!) Ulang sebut...bukan satu, tapi banyak program-program & insentif kerajaan kepada rakyat (terutamanya golongan miskin), yang kadang-kadang sebelum ni...jarang dengar cerita mengenai program kerajaan kepada mereka. Bila nak pilihanraya saja...makin melimpah!!!

Dan, kenapa ini Timbang semula BM dalam Sains, Matematik – Abdullah di ambang pilihanraya? Nak ambil hati rakyat?

Cukup...tak boleh cakap banyak-banyak. Hormon Ummu Nufayl bukan stabil lagi. Nanti muntah. Cukuplah! Pandai-pandailah memilih!

Di Pakistan, drp Pilihanraya mereka...Pembangkang diramal menang besar di Pakistan.
Bilalah orang Malaysia ni nak 'seberani' tu ye?

Cakap pasal ni, teringat saya sembang-sembang dengan seseorang tahun lepas, kenapa orang Kelantan suka guna term 'orang kelantan' untuk menceritakan kebiasaan, sikap etc...pada masa yang sama...orang negeri lain jarang guna term...contohnya, 'orang perlis' (baik cakap contoh negeri sendiri, kang sebut orang selangor kang...kena marah pulak! hehe). Pada saya itu satu generalization (sampai skrg pun saya tetap kata itu satu generalization).

Tapi kalau kita nak tengok drp sudut yang lain...memang orang kelantan je yang lain daripada yang lain di Malaysia ni...tengok saja dalam PRU yg lepas-lepas. Mereka mengubah kepimpinan negeri PAS-UMNO-PAS. Mereka ada 'keberanian' tu. Orang negeri lain bila yer. Kami bincang lagi...apa bezanya kita & mereka. Kata orang itu...mereka ada keturunan Indo-China agaknya. Darahnya lain...gegak bergerak cecah mengubah ;).

p/s : Errr..saya kata...kita darah apa yer? :)



**********

Sikit pasal Nufayl. Dia mula bersekolah 12 Feb, Selasa.

Mula hari Khamis, 14 Feb (hari ke-3)...dia dah mula nangis taknak ke sekolah. Sebabnya dia dengar mamanya (pengasuhnya) cerita pada Ummi & Abah yang Zaki (kawan baik dia di rumah mama) merajuk sebab Nufayl dah tak ada kat rumah mama, pi sekolah. Bila jumpa Zaki, si Zaki tarik muka dengan Nufayl. Termenung panjang Nufayl...terus merengek...tak mahu ke sekolah...nak ke rumah mama. Untuk hari Khamis & Jumaat, jenuh kami pujuk dia. Bukan nak paksa, tapi dah mula ke sekolah...tak naklah ajar dia ponteng mudah-mudah. Sebelum sampai sekolah, merengeklah dia...bila sampai & jumpa kawan...alhamdulillah ok.

Semalam (Isnin 18 Feb), bagi can dia di rumah mama...main dengan kawan baik dia Zaki. Hari ini, dia dah tak nangis ke sekolah. Dengan senang hati, dia cium tangan abah & babai.

Itu cerita karenah Nufayl. Cerita perkembangannya pulak,
Hari pertama dia ke sekolah, baliknya dia ke pejabatku. Ada seorang kakitangan (setahun lagi nak pencen) menegurnya. Sebelum ini, Nufayl...kalau orang yang dia tak biasa tegur gitu...dia agak reserve dan tak layanlah. Tapi, tengoknya dia dah ok...jawab namanya "Aleef Nufayl bin Jenal"..bla bla (bersembang) - increase confidence level.

Hari Jumaat (hari ke-4)...masa tengah baca doa tidur (aku ajar dia baca doa...tapi taklah tekankan suruh dia hafal..ajar melalui perbuatan kita hari-hari saja & bagi dia dengar lagu doá TILMIZ)...dia kata...dengar Nufayl nak baca doa "...raja'tana wa ina ázabanna". Wah..alhamdulillah...Nufayl dah hafal doa makan! Part "Allahumma bariklana fima" je dia lupa. Bila baca doa tidur pun..dia dah boleh baca sendiri!

Baru hari ke-4 tu!

Hari ini...dia nyanyi lagu ABC sampai habis. Walaupun ada yang mumbling...tapi oklah!
Alhamdulillah!!!

Wednesday, February 13, 2008

PRU - SELAMAT BERJUANG! MARI BERJUANG!

Penangguhan sebentar (sebentar sahaja) posting coretan haji. Hari ini parlimen bubar.
Bukan hari-hari pun parlimen bubar kan? Jadi, mari kita sama-sama ucapkan selamat berjuang kepada 30 parti politik yang wujud di seluruh pelusuk Malaysia (belum lagi mengambil kira calon bebas cap ayam, kunci, kipas, kepala harimau, ikan, mesin taip dan lain-lain lagi yang seumpamanya).

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun, dan tidak nampaknya tidak cukup haul kali ini atas faktor-faktor yang hanya Allah yang mengetahuinya. Mungkin kerajaan sekarang merasakan sudah cukup amalnya kepada rakyat, jadi awallah bubarnya. Atau risau agaknya dosa tidak tertanggung, terlalu lama memerintah, lebih baik dilepaskan cepat amanah tersebut. Wallahua'lam.

Walau apapun, Pilihan Raya Umum (PRU - kadangkala boleh dibaca FRU), akan ditempuhi pada 8 Mac 2008 ini. 080308. Cantik juga angka-angkanya.

Apa yang akan berlaku
Maka para calon perlulah bersedia membayar deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri. Kurang dari 1/8 dari jumlah undi keseluruhan, terbakarlah wang tersebut. Jika menang, itulah hasil 'pelaburan' mereka. Ke mana hendak disalurkan hasil pelaburan itu? Jalan Allah atau jalan syaitan, itu terpulanglah pada manifesto parti dan DIRI masing-masing.

Itu deposit, belum lagi perbelanjaan lain. Mau diundi, mesti ada umpan. Mengikut peraturan asas, Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi: RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri. Terlebih belanja, atau tidak dilaporkan, maka oleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SOALANNYA.. Cukupkah jumlah tersebut bagi sesetengah pihak? Hah.. Tengoklah nanti. Kalau calon dan parti itu miskini harta benda? bagaimana? Kenalah dibantu ya. Baru adil. Mari kita saling membantu!

Sahabat-sahabat sekalian, PRU dalam konteks dunia hari ini (baca Malaysia) adalah sesuatu yang dibenarkan demi menegakkan keadilan dalam proses pemilihan pemimpin yang bakal menentukan bukan sekadar nasib di dunia rakyatnya, tetapi ganjaran dan azab di akhirat kelak.

Dan harapan pengundi, biarlah pemimpin yang bakal dipilih mampu membantu pemilihnya pula. Jangan kenyang sorang. Apa yang dikatakan 'berjasa'?

Kita lihat sedikit fakta sejarah. Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Apa yang dibuat pemimpin ketika itu? Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London dan berunding. Rundingan tiga minggu ini membuahkan Perjanjian London 1956 mengandungi persetujuan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka. Alhamdulillah. Nampak hasilnya. Dikenang jasanya.

Jangan dabik dada pula. Orang dulu dan orang sekarang lain gayanya. Dan mereka pernah terputus nasabnya pada Tahun 1988 yang mana ketika itu terdapat terdapat 53 cawangan dalam tujuh bahagian PARTI BESAR ini didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Cawangan-cawangan ini didakwa telah mengirim 78 orang perwakilan ke persidangan peringkat bahagian yang kemudian mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung. Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan ketidak sah'an' parti tersebut. Kemudian barulah lahir semula makhluq itu dan usahlah gegak gempita menyamakan jasa 'orang sekarang' dengan 'orang dahulu'. Bangkai gajah jangan ditutup. Allah Maha Adil.

Walau apapun, kita harap, mereka yang bertanding kali ini, biarlah jasanya dikenang sehingga mati. Dan bukan egonya, lahapnya, takburnya, buruk lakunya, kepincangan akhlaknya, munafiknya, pengkhianatan amanananya dan wal'iyazubillah, sikap kufurnya terhadap nikmat Allah yang menjadi ingatan rakyat jelata. Menang hari ini, esok pergi melancong, guna duit rakyat. Bila bersedekah, guna duit rasuah. Bila makan, minta tidak perlu dibayar.

Ingatlah rakan-rakan sekalian, memang kita tidak boleh memilih akhirat untuk diguna di dunia ini pada hari ini juga. Jadi kesannya tidak segera. Tetapi ingatlah, suatu masa, harinya pasti tiba. Kita akan ditanya apa yang telah kita lakukan. Apa pilihan kita. Bagaimana kita laksanakannya. Adakah itu yang dikehendaki syara'. Adakah ada unsur syubhah? Adakah ada unsur subahat? Ikhlaskah kita? Atau takutkah kita? Besar jiwa kita, atau kecil jiwa kita?

Pengalaman dipanggil Allah ke Tanah Suci, tatkala melihat baitullahil haram, membuat air mata menitis. Kerana apa? Terbayang suatu ketika dahulu, Rasulullah solat sendirian di hadapannya. Dicemuh dikeji, dilempar segala macam objek, dipukul, dipulau. Tetapi kini, sudah tidak cukup tanah sekitarnya. Masjid terpaksa diperluaskan, jutaan umat kini mengisi ruang kosong yang satu masanya hanya dilintasi kaum jahiliyah dalam keadaan bogel dan kufur.

Percayalah, ketakutan sahaja yang menghalang kita dari melakukan perubahan. Dan Rasulullah SAW adalah agen perubahan teragung yang teramat berani, cekal, tekad dan istiqamah dalam menjayakan perubahan. Kita tidak dijanji syurga, jadi apa salahnya merebut peluang ke syurga sebelum terlambat.

Segalanya kerana Allah, RasulNya dan agamaNya. Bukan kerana bangsa. Ingat, bukan kerana bangsa. Jika kerana negara, pastikan ia tidak lari dari konsep takrifan Islam yakni, wataniyyatu ‘l-hanin (cintakan negara), wataniyyatu ‘l-hurriyyah wa ‘l 'izzah (menjunjung nilai-nilai kemerdekaan dan kehormatan) dan wataniyyatu ‘l-fath (semangat juang untuk mengembangkan Islam.

Jika nasionalisme mula menjadi qaumiyyatu ‘l-udwan, dilanda elemen 'asabiyah perkauman, atau mula bercampur aduk dengan nilai sekular, oleh pembawa amal fasiq, yang tidak segan silu membelakangkan ulama, hatta agama, sabda rasul dan firman Allah sekalipun satu huruf, maka tunggulah kehancuran manfaat amalan baik kita di hari akhirat kelak! Wal'iyazubillah.

Tuesday, October 30, 2007

Sampai Hati Buat Tak Tahu

Dengar-dengarkan...

Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu


Dengar di sini

Baca di sini

Baca ucapan si tetamu di sini

Thursday, August 30, 2007

Hari Merdeka ke-50?

Kami dah kembali. Menghuni TeratakFZH semula. Meninggalkan JannatulHany di tempatnya.


Buat pengantin baru, selamat melayari bahtera bahagia. Juga ambil amanah & tanggungjawab sbg cabaran. Baru kerja 2 hari, dah cuti semula esok..hingga Ahad. 3 hari tu!!!





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-50, esok! Apa ya acara & agendanya?

Merdeka? Betul ke? Kalau benar, kenapa agaknya sayang sangat nak lepaskan Common Law?
Mungkin macam Jamal Abdillah kata, dadah itu macam 'kekasih'.

Itulah agaknya rasa pemimpin kita dengan Common Law & warisan drp Barat kot. 'Kekasih' la kot?!

Apalah harga kemerdekaan jika diri masih dibelenggu 'kekasih' / dijajah 'kekasih'?





p/s: Ummu Nufayl teringin nak rasa hirup udara bebas pada Hari Kebangsaan ke-50 nanti.
Harap-harap bau kopi. Janganlah bau Coke dah lah. Atau...minta dijauhkan bau wine/Guinness.
Errr...tapi, kilangnya tak jauh di hujung Jln Klang Lama sana.




Emmm...mungkin itulah yang besarnya...MERDEKA itu.

Wednesday, July 25, 2007

Teh Susu

TEH SUSU!

Malaysia, sebuah negara demokrasi. Dan juga diperakui sebagai sebuah negara Islam. Oleh itu, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi Islam. Baca - demokrasi cara Islam. Rasanya itu definisi ideal Malaysia, menurut persepsi pemerintah yang amat dicintai. Lupa tambah, demokrasi Islam Hadhari..

Maka, prinsip demokrasi dalam negara Islam hadhari ini perlulah selari dengan prinsip Islam. Seperti teh dan susu. Jika minum teh, lain rasanya. Minum susu lain pula rasanya. Jika mahu dicampur teh dan susu, perlulah menerima rasa air yang bernama teh susu, bukan hanya teh, bukan hanya susu. Mudah bukan?! ..

Mari kita lihat teh susu di Malaysia. Maaf.. demokrasi negara Islam hadhari ini.

Perlu kita ceritakan tentang demokrasi? Ramai di sini ahli sejarah, jadi tidak perlulah kita ulang fakta-faktanya secara keseluruhan. Sekadar ulangkaji, jika ingin merujuk. Bermula tahun 1215, lahirnya Magna Charta Libertatum, bagi mengelakkan perang saudara antara raja dan bangsawan (baca, ADA MOTIF PERSONAL), seterusnya bermacam lagi fahaman dari puluhan malahan ratusan ahli falsafah seperti Locke, Spinoza, Voltaire, Montesquieu dan Rousseau dan John Stuart Mill maka, kemudian dengan pelbagai peristytiharan seperti oleh Declaration of Independence oleh Thomas Jefferson dan seterusnya pendek cerita satu ketika muncullah pula Universal Declaration of Human Rights (UDHR) yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris, Perancis.

Apa yang menarik, UDHR mengandungi 30 artikel yang digariskan PBB (dibaca: pihak yang menang Perang Dunia II). Dan pada ketika yang sama ketika itu, negara-negara Islam kebanyakannya masih lagi dijajah barat, lantas penerimaannya di kalangan negara-negara yang masih dijajah amat sinis.

Ketika itu pun sudah kelihatan, cakap tak serupa bikin di peringkat antarabangsa. Mentang-mentanglah menang perang. Pada masa yang sama diisytiharkan UDHR, pada masa yang sama mereka masih menjajah. Coraknya serupa di mana-mana. Bila-bila masa. Eh, hai-hati bila menulis!..

Negara Amerika adalah antara yang mendaulatkan prinsip demokrasi. Samalah seperti Malaysia. Cuma kita demokrasi berpelembagaan. Yang mana demokrasi berpandukan dan berteraskan perlembagaan. (atau kadangkala demokrasi memimpin perlembagaan? - mungkin saya kurang arif dengan definisi ini - saya bukanlah budak sejarah, politik, ekonomi atau falsafah dari Oxford!)

Balik cerita asal, seterusnya wujudlah pelbagai senario menarik di negara Islam ini. Jika dilihat pada prinsip Islam yang mendaulatkan Ilah, pastinya Allah penentu segala segala macam disiplin, peraturan dan perlembagaan. Allah hakim yang Maha Tinggi. Tiada jenis perlembagaan boleh memodifikasi ketetapan hukum Allah. Contohnya jika kategori hudud, hududlah. Qishas, maka qishaslah!. Jangan pula semuanya didefinisikan sebagai dalam bab ta'zir, hanya kerana alasan kita berbilang kaum. Macamlah zaman Nabi tiada kaum dan agama lain. Tapi baguslah, Malaysia, sebuah negara Islam, masih menghormati semua ini. Baguslah. Kan?

Mendaulatkan dan mentauhidkan Allah tidak semestinya menunjukkan Islam tiada sistem kepimpinan yang mantap. Prinsip musyawarah ada untuk diamalkan. Suara ramai masih lagi berpaut pada ketetapan Allah dan Rasulnya. Dalam negara musyawwarah, pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyatnya ; rakyat pula wajib bermuhasabah terhadap pemerintahnya. Barulah NGAM! ..

Di Malaysia, amat bagus, kerana sentiasa ada musyawarah di dalamnya. Contohnya jika rakyat DIRASAKAN berbuat salah, khususnya terhadap pemerintah, maka mereka dijemput ke lokap beberapa hari untuk bermesra dengan pemerintah dan penguasa. Jika didapati tidak bersalah, maka murah hatinya mereka dibebaskan. Itulah indahnya hubungan antara rakyat dan pemerintah. Saya gembira dengan keadaan ini. Sebab itulah saya yakin bila ada kata-kata

"kita tidak akan menyekat penulis-penulis blog, tetapi mereka mestilah bertanggung jawab atas tulisan mereka".

Definisi 'bertanggung jawab' ini harapnya dibuat dengan bertangungjawab. Jika tidak, munafiklah mereka ini. Bukan saja nak kata, tapi telah terbukti dalam sejarah. Merujuk kepada satu zaman lampau, Socrates telah dikenakan hukuman mati atas tuduhan meracuni pemikiran pemuda-pemudi Athens. Beliau dikatakan mengajar (baca : Rujuk Akta Hasutan 1948 dan/atau Akta Rahsia Rasmi 1972) pemuda-pemudi ini untuk bertanya-tanya. Kerajaan Athens gusar keadaan ini akan membawa kepada mempersoalkan kekuasaan mereka. Akhirnya dengan kematian Socrates, pemuda-pemudi Athens akhirnya ditakut-takutkan untuk terus berbuat demikian. KONONNYA!. Kebebasan bersuara dikawal oleh ketakutan. Perlu diingat, Athens kuno adalah yang terawal menggunapakai amalan demokrasi tulen! ..


Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga

Sahih Muslim

Bila berbual dengan rakan-rakan 'lain' tentang keadaan ini, mereka mengatakan kita terpaksa menerima keadaan ini, dan jangan terlalu ideal. Kerana kita bukanlah negara Islam tulen. (Islam tidak tulen?, pulak!!). Dihujannya lagi, bukan Rasulullah, atau para sahabat agung yang memerintah kita sekarang. Pasti (dibaca : CONFIRM 200%) ada kelemahan. Kerana kita negara demokrasi, bukan syura. PULAK! .. Teh ka susu ni...?

Daripada kenyataan rakan tersebut, saya rujuk pula kes-kes di negara yang mendaulatkan demokrasi. Antara pengisian demokrasi mereka pula ialah :

"But what should the government do in cases where the news media or other organizations abuse freedom of speech with information that, in the opinion of the majority, is false, repugnant, irresponsible, or simply in bad taste? The answer, by and large, is nothing. It is simply not the business of government to judge such matters. In general, the cure for free speech is more free speech. It may seem a paradox, but in the name of free speech, a democracy must sometimes defend the rights of individuals and groups who themselves advocate such non- democratic policies as repressing free speech. Citizens in a democratic society defend this right out of the conviction that, in the end, open debate will lead to greater truth and wiser public actions than if speech and dissent are stifled."

U.S. Department of State's Bureau of International Information Programs

Saya rasa kita sudah mula keliru. Jadi apa prinsip yang sebenarnya kita ikut? Kepala ular, tubuh manusia? Atau kepala manusia tubuh buaya? Apa namanya haiwan ini? Teh ka, susu ka? Teh susu? pun bukan. Tsu? Hsu? Tu? Haha.. ups.. Jaga akhlaq...!

Saya hanya berbicara dari ruang lingkup mikro sahaja dulu. Hanya salah satu elemen demokrasi. Dan dibandingkan dengan satu elemen kecil syura. Sudah nampak kekelabuannya. Dan syarat-syarat menjadi Imam, mestilah sempurna bacaannya. Pemimpin mestilah sempurna fikirannya. Pemandu mesti terang penglihatannya. Jika Imam tak betul sangat tajwidnya, pemimpin tidak fokus pegangannya, dan pemandu kelabu penglihatannya, pergilah buat langkah pembetulan terlebih dahulu. Atau jika degil kepalanya tidak mahu, biarkanlah mereka menjadi Imam, pemimpin dan pemandu berseorangan. Syok sendiri! Sebagai pengikut, tidak semestinya prinsip You Jump, I Jump - Titanic perlu diamalkan selalu. Ini kerana ; sabda Rasulullah SAW,

‏قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

"Janganlah seseorang Mukmin itu terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali"
HR Abu Hurairah


Bertitik tolak daripada itu, marilah kita sama-sama membantu menyelesaikan kekeliruan ini, agar tidak diwarisi oleh generasi yang akan datang. Caranya jelas. Masanya juga kian hampir! ..

Dan satu lagi pesanan, janganlah dibuka ruang untuk kita diperangkap. Patuhilah adab dan kaedah yang telah disarankan Islam yang sempurna sifatnya ini, jika ingin berdebat atau berdiskusi. InsyaAllah, selamat dunia akhirat. Lillahi Ta'ala.

Ingat prinsip teh dan susu. Dan jika teh susu pula, janganlah susunya masam!!
Hingga ketemu lagi! ..

Wallahua'lam.