Showing posts with label tagging. Show all posts
Showing posts with label tagging. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Mum of the year award from Puteri Kiut

Thanks Kak Nita . Susah-susah saja bagi award ni :)
It seems that the award comes with a set of rules which are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

- Paling terasa bersalah, kalau 'terrrrr'marah anak-anak ketika mereka terrrrbuat salah/silap ketika niat mereka ingin menolong Ummi/Abah. Contohnya, mereka nak tolong Ummi ambikkan aiskrim dalam peti ais tapi caranya salah menyebabkan habis barang atas rak dalam peti ais tumpah + raknya patah. Waktu mula2 nampak tu, menjerit la jugak sebelum Ummi boleh cool down. ;) (err..cerita sebenar ke? :P)

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

- Nufayl kadang2 sangat berhikmah dalam tuturkatanya. Baru-baru ini, dia ingin mengajak kami menonton Teater Sirah Junjungan sekali lagi (minggu lepas, kami ke IB - 11/3). Dengan berlapik dia bertanya, tempat teater Nabi Muhammad bukak bila. Apabila Ummi jawab, dia tengah dibuka sekarang, Nufayl kata, "Takdelah, Nufayl dengar hari tu dia kata nanti datang lagi." So sweet kan!

- Nuha penuh ekspressi. Sekarang suka sangat menyanyi-nyanyi. Kalau bercerita, mulut, mata-kening, hidung...penuh mimik muka. Jenuh Ummi dan Abah nak faham ceritanya, yang baru pandai berkata-kata...penuh pelat. Belum pandai menyebut perkataan dengan jelas, tapi berminat bercakap. ;) Mujur ada Nufayl yang selalu berperanan sebagai tukang translate. ;)

- Nufayl suka sangat minta Ummi kisahkan cerita Nabi Muhammad. Selalunya, dalam kereta...jenuhla Ummi recall sirah, bercerita dalam bentuk yang kanak-kanak sukai. Selalunya, petang dari opis ke rumah juga dalam perjalanan jauh, contohnya baru-baru ini dari Perlis ke KL (adeh! Semoga anak-anakku mencintai kekasihNYA). Abu Nufayl tak kena sebab dia drive. Tapi last week, Ummi yang drive dr ofis ke rumah...menyaksikan Abu Nufayl pula memainkan peranan sebagai tukang cerita. Gelak ajer Ummi sebab lepas habis satu cerita, Nufayl dan Nuha asyik minta lagi. ;)

- Sekarang, dengan hobi baru menjahit (especially tudung), anak-anak pun join Ummi beraktiviti. Ummi selalunya buat kerja dalam bilik sebelah ruang menonton di atas. Mereka samada ambil buku dan ajak Ummi baca dalam bilik kerja Ummi, atau ajak Ummi bersembang sambil Ummi menjahit. Seronok juga melayan depa yang sentiasa mahukan perhatian tapi quite sporting ;). Tapi Nuhalah yang paling comel, kalau nak tidur pun...dia akan ambil bantal dan ketika sedang sembang, dia diam saja...baru Ummi perasan dia dah tertidur. So sweet!

- Nuha sekarang, mentang-mentang dah dapat mulut. Makin petah dengan pelatnya tu. Abang Nufayl pun selalu 'terkena' dengan dia. Kadang-kadang dia usik "ada hantu" dan Abangnya ketakutan. Semalam di Dungun (kami otw T'ganu-KL), ketika kami di kedai servis aircond..Ummi ke kedai sebelah, belek-belek majalah. Nufayl panik & tanya, "Mana Ummi?". Nuha dengan serba tahunya berkata, "Ummi akde, aik bashh (Ummi takde, dah naik bas)." Kalut Nufayl. Bila Ummi kembali ke kedai servis aircond tu, Abu Nufayl cerita. Nuha senyum-senyum nakal sahaja.

Ummi perhatikan, mulutnya cepat saja dengan jawapan. Bila abang yang suka bertanya, "Ummi, dalam air ada apa?". Laju Nuha jawab "Itan!" (Ikan!)
Oh ya! Dia juga selalu mengambil t'jawab bila Ummi marahkan mereka berdua. "Siapa buat camni bla bla bla?" Nuha laju je jawab, "Adik!". Si Abang masih terkebil-kebil (takut kena marah).

- Of course, hati Ummi dan Abah paling bahagia apabila melihatkan kemesraan dan harmoni hubungan abang dan adik. Nuha suap Nufayl, Nufayl suap Nuha. Nufayl ajarkan adik mewarna (padahal dia pun bukanlah pandai sangat kan, kalo tak dah dapat no.1 masa pertandingan ari tu :P). Nuha yang mengambil hati dengan kiss Nufayl kat pipi kalau nak mintak tolong. Dan juga, waktu mereka bergelak ketawa seolah lucu tak terkata dan kita tidak faham bahasa mereka pun, tumpang ketawa! ;)

- Yang ni Ummi paling suka tentang Nufayl sejak dia kecil. Kalau nak tidur, mesti nak peluk sambil sembang pelan-pelan atas katil. Bisikkan nasihat-nasihat dan dia selalunya berkongsi cita yang sama. Oh, he makes me feel sooooooooooo special!
*p/s: tengok gaya tidur pun sepesen budak berdua ni...ish ish! ;)

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

- Kak Zaza

-Nida Cord
-UmmuAdam

yg lain...rasa cam dah ditag ;)

Monday, May 26, 2008

Tag : My 7 Facts

Orang Bangi yang tag. Mula-mula saya tak perasan kena tag jugak. Almaklum, semuanya dia guna nama gelaran ;)

My 7 Facts

1. Bergelar anak yatim sejak berusia 6 tahun selepas abah tercinta meninggal dunia selepas berperang dengan leukimea. Hidup dengan Mama, ibu tunggal yang cekal membesarkan tiga anaknya (dan saya puteri tunggal, yang sulungnya). Pengalaman hidup sebagai anak yatim yang kehilangan abah, anak kepada Mama yang kemudiannya berkongsi pengalaman-pengalaman hidupnya sebagai isteri, ibu, dan pelbagai lagi mehnah sebagai ibu tunggal dan jalan yang dipilihnya selepas itu. Semuanya banyak mengajar saya erti kehidupan dan kematangan. Memberi saya bekal yang berharga dalam menelusuri hidup sementara di dunia dan abadi di 'sana'. Biar apa, hingga kini DIA telah menganugerahkan 'redha' dalam hati ini hingga biar apa pun yang berlaku dalam keluarga. Saya sentiasa merasa bersyukur atas nikmat dan pemberianNYA, yang bagi saya AMAT MAHAL, sebenarnya.

2. 5 tahun selepas abah tercinta kembali kepada al-Khaliq kerana sejenis kanser...puterinya pula didiagnos dengan penyakit bernada serupa tapi berbeza. Kali ini giliran saya dengan Cancer Thyroid, dalam usia 11 tahun. Yang paling mencabar dalam keadaan tersebut, pastilah Mama. Dalam kebersendiriannya melayari hidup, dia terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan atau tidak thyroid saya dibuang pada ketika saya masih dalam alam kanak-kanak dan memerlukan kelenjar & hormon tersebut untuk tumbesaran fizikal & mental. Walaupun kalenjar berpenyakit dan gengnya itu dibuang pada 1991, 9 tahun saya ditaqdirkan hidup dengan penyakit tersebut yang menjalar-jalar sesuka hatinya (pernah merebak ke peparu, sabar sajalah! Saya sangat anti ROKOK!!!) dan hidup dengan rutin rawatan yang banyak membantu mematangkan saya. Biar apa pun rawatannya, ia bukan kemoterapi yang paling ditakuti oleh pesakit kanser. Saya tidak merasakan itu. Perubatan nuklear, radioiodine bagaimana pun salah satu kaedah rawatan unik yang cara penjagaannya dan kesannya perlu difahami pesakit dan orang sekelilingnya. Pengalaman ini melatih saya untuk ketahanan mental yang kuat dan erti usaha, tawakkal, dan redha kepadaNYA. Dan tahun ini, saya menyambut tahun ke-8 saya bebas cancer. InsyaƁllah untuk selamanya. Doakan!

3. Mungkin kerana rentetan-rentetan hidup yang saya coretkan di ataslah, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran peringkat menengah di kampung halaman saya sahaja (SMKAP + SMKAA), berdekatan dengan Mama dan keluarga. Tika itu saya masih dalam rutin rawatan dan saya tak mahu menyusahkan Mama jika dia terpaksa berulang-alik lebih daripada yang sepatutnya untuk saya. Saya tidak boleh pentingkan diri. Saya masih ada adik-adik yang memerlukan perhatian Mama, bukan saya seorang (yang telah banyak mengambil masanya). Dengan yang demikian, saya telah menolak tawaran ke SBP/MRSM. Selepas UPSR - tawaran ke SSP saya tolak. Selepas PMR - tawaran ke MRSM Taiping & KISAS saya lepaskan. Saya tidak menoleh sejak saya memilih untuk menolak, melainkan saya membuktikan kepada diri saya, guru-guru dan pastilah yang pertama sekali, Mama bahawa saya tidak silap dalam membuat keputusan kerana saya akan menjadi yang terbaik biar dalam apa jua keadaan. Dan, saya berusaha....

4. Saya suka berdikari dan sangat tidak suka menunggu. Ketika di zaman persekolahan, Mama terlalu penat untuk pergi hantar saya/kami adik beradik ke sekolah dan mengambil kami. Semasa sekolah rendah, dia francaiskan kepada Pak Lang Malik, si pemandu Van. Semasa sekolah menengah, saya selesa bergerak dengan jadual bas. Namun, semua perjalanan ini membuatkan saya perlu menunggu. Penantian memang satu penyiksaan! Itu yang saya rasa setiap kali terpaksa menunggu. Jadi, ada beberapa perkara yang mungkin boleh menenangkan saya; membaca buku ilmiah/novel/majalah (kini, dulu & selamanya) atau nota (ketika zaman belajar) atau melayari net melalui pda phone (zaman bekerja, terkini). Atau kalau tiada bahan bacaan, alamatnya saya bakal mencuka (jika lupa mengawal diri, pasti saya akan menyakitkan hati orang...mesti selalu ingatkan diri supaya manis-maniskan muka, terutama dengan suami), atau jika dengan Mama dulu (tuisyen dsb), saya pasti mendahuluinya dalam mencari jalan pulang sendiri. Saya memang tak betah menunggu (Mama tak kisah, baginya suka begitu). Oh...dengan suami, saya tak bisa melakukan ini lagi, kerana ada 'pantang'nya yang mesti saya ikut kini. :)

5. Kawan-kawan yang rapat saya, mereka memang 'kenal' saya. Antaranya 'kenal' saya melalui rapatnya persahabatan zaman belajar (study group, rumah sewa - Apartment 1D & Zeta 204), pengembaraan bersama (Jalan2x Ke T'ganu dgn Warga Aptmt 1D-1998, Pondok Sri Permai, Kelantan -2000, Delegasi Cyber-Bumi Anbiya' (Jordan-Mesir-Madinah-Makkah)-2001, Kembara Hajj (Makkah-Madinah)-2007). Semuanya tak perlu saya sebut nama, tapi saya pasti setiap mereka tahu mereka dalam kumpulan mana dan sejauh mana rapatnya mereka dengan saya. Saya banyak belajar daripada mereka. Dan, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua.

6. Saya berkahwin dikira dalam kelompok awal. Antara kelompok awal juga bagi geng MMU, dan antara yang terawal bagi geng SMKAA. Kini, dalam usia 28 tahun saya adalah Ummi bagi 2 permata hati - putera dan puteri. Saya dan suami sangat gembira meneroka dunia rumahtangga dan keibubapaan yang bagi kami, pasti tidak boleh dijalani dengan prinsip try-and-error. Kerana itu, kami sering melengkapkan diri kami dengan ilmu supaya pendidikan anak-anak serta tarbiyah mereka terarah, terarah dan islamik. Sering saya katakan kepada kawan-kawan saya (terutama yang masih belum kahwin dan masih mengejar cita-cita), "I consider myself as young mom!". Ada satu lagi fakta yang tak mungkin saya lupa. Saya dapt suami yang ketika dahulu saya pernah berkata tidak suka kepada 3 ciri-ciri ini :- Tak suka orang telinga capang, Tak suka anak no. 2, Tak suka orang Kelantan. Dan alhamdulillah, Allah menganugerahkan kepada saya apa yang saya perlukan...kerana ketika saya katakan apa yang saya tidak suka itu, saya tidak lebih hanyalah hambaNYA yang TIDAK TAHU. Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan si dia yang sering mendampingi hati ini untuk sering mendampingiMU. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat. Ameen!

7. Saya sangat suka bercerita tapi juga kuat berahsia. Juga digelar 'mysterious girl'. Zaman sekolah, nombor telefon rumah pun tak ramai yang tahu. Siapa yang pernah kena tahulah bagaimana nak dapatkan no telefon rumah saya (waktu tu tiada telefon bimbit). Kalau anda rasa saya banyak bercerita di sini. Nyata anda belum kenal saya. Ada terlalu banyak cerita dan pengalaman hidup yang saya bungkus baik-baik kerana menjaga hak dan amanah diri dan orang yang terdekat. Yang saya ceritakan, baru sekelumit pengalaman yang setelah saya timbang-timbang, tapis-tapis (kena tapis, mohon Allah jauhkan riya')...ada kebaikan yang boleh dikongsi bersama. Maka, saya kongsikan tanda kasih kepada sahabat-sahabat.


Saya nak tag...

1. Cik terasa sejuk-sejuk bayu menghembus mega-mega
2. err...tatau
3. saya minta masa untuk berfikir siapa yang hendak ditag ok
4. ;)
5. :)
6. :P
7. :>

Wednesday, July 04, 2007

Charity Tag?!

Thanks to Mudin who tagged me.

This is charity tagging. The originator, Mr. Idham created/started this meme as contribution to Darul Izzah Orphanage. For every completed meme, Mr. Idham will contribute RM127 for this orphanage for bus & their daily needs.

1. A person is only as good as when he follow HIS rules
2. Friendship is always about understanding, appreciating & sincerity.
3. To love is to accept & to be accepted.
4. Money makes me feel dizzy! heheh
5. I miss my late daddy, Fuad Saleh.
6. My way of saying I care is by "how do you do?"
7. I try to spread love and happiness by sharing them with all I know.
8. Pick the flowers when you feel like to.
9. To love someone is to cheer them up.
10. Beauty is in the eyes of beholder and in the heart of the owner.
11. When I was thirteen, what I remember the most was umrah & Ramadhan in al-Haram.
12. When I was twenty one, I remember celebrated birthday across 3 countries (Saudi Arabia, Jordan & Qatar)
13. I am most happy when my kids grown as anak soleh/solehah.
14. Nothing makes me happier than somebody understand me more than I expect they do.
19. Money is not everything but something -tools to maintain your life here.
20. The most touching moments I have experienced is watching myself, my Nuha delivered safely.
26. One thing I must do before I die is perform Hajj.


Ok...the tagging goes to Zueika & Siti.