Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

MUTAKHIR Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

Innalillahi wa inna ilahi raajiúnn.
Kemalangan ini berlaku dekat kampung halaman saya dan di Jalan Padang Melangit.
Jarang berlaku kemalangan di jalan tu. Takziah buat keluarga Tok ni.

MUTAKHIR
Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

KANGAR: Seorang penjual minyak angin terbunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori di Jalan Guar Jentik-Padang Melangit dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitenden Che Man Mat Dros berkata, badan Ahmad Kasa, 78, dari Padang Sera, Kedah hancur dalam kejadian 10.30 pagi.

“Seluruh badannya hancur menyebabkan organ dalamannya terkeluar dan botol-botol minyak angin juga dilihat bertaburan di jalan raya,” kata Che Man.

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Guar Jentik menghala Padang Melangit dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian.

Che Man berkata, pemandu lori berkenaan menghilangkan diri dan setakat ini tiada laporan dibuat berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik di Balai Polis Padang Besar, Inspektor Shazlan Mohamad melalui talian 04-9490825 atau 013-9398189 untuk membantu siasatan. - Bernama

Thursday, May 15, 2008

Tentang Palestin?


Hari ini, menyahut seruan ramai; dia, dia, dia dan dia untuk menulis tentang Palestin...
saya terpanggil untuk bercerita tentang ini.

Intro

Ketika saya kecil, antara peraturan-peraturan di rumah yang kami diami di Skyfield (baca : Padang Melangit), adalah hanya boleh tengok RTM1. RTM2 banyak cerita cina. TV3 banyak cerita orang putih. Semua tu Tok tak berkenan. Sebab kami tinggal di rumah Tok, jadi tak banyak boleh dikomplen...kami ikut saja. Antara rancangan tivi kegemaran Tok ialah; Bola, Gusti dan Berita. Tiga rancangan ni...kena bagi can kat Tok tengok kalau ada. Jadi, Berita Jam Lapan dan Dunia Jam Sepuluh antara slot wajib yang Tok tengok dan kami pun sama-sama tumpang tengok.

Setiap kali tengok Dunia Jam Sepuluh, hati bagai diruntun-runtun melihat penderitaan rakyat Palestin yang bagai tak kunjung sudah. Satu konflik ke satu konflik. Usah cerita pasal perang saudara di Bosnia dan Iraq.
Sebagai kanak-kanak (baca : pelajar sekolah rendah), saya melihatnya sebagai SATU. SATU konflik. Satu kisah. Satu rentetan cerita. Kisah daripada berita dapat saya fahami. Tapi, 'aqal saya yang masih mentah itu selalu terfikir-fikir...bagaimana ia bermula.
Mama seorang guru lepasan ijazah. Minornya Sejarah. Majornya Sastera. Seringkali apabila saya tidak dapat memahami tentang sejarah...saya bertanya kepadanya. Dan dia pun bercerita.
Tapi, 'aqal mentah saya bagai tidak dapat menghubung-kait kisah dan peristiwa itu dengan puncanya. Satu-persatu saya cungkil dan semakin itu saya sukar unutk memahaminya.
Semakin saya cungkil, kisah dan konflik itu semakin panjang, kisahnya semakin merumitkan untuk saya fahami. Dengan kisah silam...apatah lagi kisah semenjak Nabi Musa diselongkar dan dikaitkan dengan pelbagai rentetan peristiwa semasa.

TENTANG PALESTIN
Akhirnya, saya bertemu dengan dua buah buku terbitan DBP, hadiah daripada RTM - Radio 3 Kangar antara hadiah, hasil penyertaan kami dalam Album Keluarga.

1. Protokol Komplot Zionis ancam dunia terbitan 1990.
2. Projek PL 5 - sebuah novel oleh Shaari Isa terbitan 1988.

Yang pertama saya baca tentulah novel Projek PL 5. Mama sungguh-sungguh memberi galakan. Walau tidak mengisahkan secara terus tentang krisis di Palestin tapi cukup membuatkan saya faham permusuhan yang berlaku Israel-Palestin. Antara novel milik keluarga yang saya sering ulang-baca dan aset berharga bagi kami.

Dan, Protokol Komplot Zionis yang saya baca kemudiannya memberikan saya gambaran tentang krisis yang berlaku...bukan saja dengan Palestin rupanya. Tapi dengan semua penduduk dunia.

Kemudian, semakin kita menginjak dewasa...semakin luas pembacaan...dan semakin mendalam pemahaman. Semakin saya rasa mengerti konflik ini. Cukuplah saya kongsilah rajah ini untuk kita mengerti apa yang berlaku sejak 1946-2000 (dan kini!).

Nak dikongsikan apa dalam buku itu, tiada dalam tangan saya di KL ini.
Jadi, sedikit maklumat untuk kesedaran kita.

Perkembangan Bilangan Penduduk Palestin
(semasa Penjajahan British)
Arab Yahudi
1918 : 600 ribu, 91.6% 55 ribu, 8.4%
1948 : 1.4 juta, 68.3% 646 ribu, 31.7%
sumber : ISMA

'PENGECUTAN' TANAH PALESTIN

Mengimbas 1948 : Dengan perancangan licik, tipu muslihat, akhirnya Yahudi Zionis yang dibantu penjajah British berjaya menguasai negara Palestin.
Dan bermulalah pembentukan negara haram Israel (yang tidak diiktiraf Islam tetapi diiktiraf US) pada 15 Mei 1948 dan 'penguasaan 78% bumi Palestin'.
Lebih 800,000 (60% daripada 1.4 juta) umat Islam Palestin diusir dengan cara kekerasan. Mereka ke khemah pelarian di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lebanon dan Syria.
sumber : ISMA
Kini, berjuta-juta umat Islam Palestin menjadi pelarian. Rumah tanpa bekalan elektrik. Sekadar tempat berlindung yang bila-bila masa boleh dibom dan diterbak dengan senjata ganas Israel di 'negara Israel'.

komen : Ermm...saya rasa pendek sangat tulis pasal Palestin. Inilah jadinya, kalau intro saja sudah panjang!

Tuesday, May 06, 2008

Alhamdulillah!
Hati saya terdetik syukur yang mendalam. Moga Islam terus bertunjang di negeri Darul Sunnah kelahiran dan kecintaan saya ini. Semoga orang-orang yang dipertanggungjawabkan menjaga rakyat dan agama dapat bekerjasama terus menegakkan syiarNYA.

;)

---PETIKAN DARI BLOG DR. ASRI, MUFTI PERLIS---

Menang- Menang Dalam Isu ‘Jom Heboh’

Jom Heboh TV3 telahpun bermula di Perlis. Dari 3 hingga 4 May. Mufti telah mengemukakan garis panduan untuk Jom Heboh. Mudah dan jelas.

Apa kesudahan cerita antara SS Mufti Perlis dan TV3?

Hanya MB Perlis Dr Mohd Isa Sabu boleh menyelesaikannya. Garis panduan Jom Heboh hanya boleh dilaksanakan oleh beliau. Mahu atau tidak, terpulang kepadanya.Kesudahan menang menang adalah penyelesaian terbaik. Garis panduan SS Mufti dilaksanakan dan Jom Heboh TV3 dapat berjalan dengan lancar.

MB Perlis berjaya mengakhiri isu ini dengan keputusan menang-menang.
TV3 akan terus dengan Jom Heboh di Perlis dan akur dengan semua tuntutan Perlis termasuk tidak akan menurunkan Faizal Tahir.

Konsert pula tetap dijalankan namun dijanjikan bebas dari unsur Rock dan Dangdut (barangkali budayanya). Konsert akan berakhir pada pukul 11.30 malam.

TV3 juga ada menyediakan surau di tapak expo dengan bilal yang akan melaungkan azan bila masuk waktu solat. Manakala pada waktu itu, semua aktiviti akan dihentikan sementara.

Mereka juga akan menyediakan program agama berbentuk ceramah dan forum.
Semua yang cintakan kebaikan mengharapkan Jom Heboh dapat berjalan dengan suasana baik dan terkawal.

Sekalung tahniah kepada SS Mufti, MB Perlis dan TV3 kerana berjaya bersikap matang dalam mengatasi isu ini.

Juga tahniah kepada PAS Perlis dan sayap pemudanya yang sentiasa berada di belakang SS Mufti mendokong garis panduan untuk Jom Heboh TV3. Bukan atas sebab politik tetapi demi kebaikan umat Islam perlis.

Negeri-negeri lain patut mencontohinya.




------

Media? Hanya highlight isu Faizal Tahir! Sedang intipati peraturannya dilindungi. Dan nampak seolah memusuhi sesetengah pihak sedangkan usahanya mencakupi amanah yang lebih besar.

Juga tertarik dengan sajak Dr Asri yang ini, Biarlah Aku Di Daerah Ini.

Thursday, April 10, 2008

Care to know?

Let me update only a little on this.
After reading Sufiah's shocking confession, I wonder what her mom would say if am beside her and really close to her for heart-to-heart talk.

Its hard. But it is a reality.
She confess, publicly!!!

It is good that the menteri at least learn to listen to rakyat and claim to dismiss the mission to "Safe Sufiah."

Oh btw, you can approach the family via their blog Yusof Family & see the pics of them all. Also, if you interested, you can subscribe to the newsletter. Their site of story (the real facts) for a balance info, since media coverage filter it anyway.

After all, I extremely agree with what her x-husband said, "My view is that people can blame childhood to a certain extent, but there also comes a point where you have to take responsibility for your own actions."

I believe he in a very 'good' hand now. In the hand of Allah. And she? Hmmmh...!

Monday, March 31, 2008

Fitnah Dunia

Sedih. Bacalah di sini: Tragedi Sufiah.
Benarlah, yang pentingnya mendidik anak biar jadi soleh/solehah. Ke mana kemuliaan dunia jika IQ tinggi tapi hidup jadi 'terumbang-ambing'? Hidup akhirat apatah lagi.
Benarlah, bukan mudah mendidik anak pada zaman sekarang ini. Didik supaya pandai yang satu ini, belum tentu pandai yang lainnya. Cabaran untuk ibu bapalah.

Teringat zaman dulu-dulu. Tok, Nyang kita bukan berpendidikan pun. Tapi anak-anak berbudi-bahasa, survival walaupun kerja kampung. Asalkan jangan pilih jalan 'itu'. Astaghfirullah!

Sedih, memang sedih.

Semoga kita berjaya membentuk generasi al-Quran. Artikel SaifulIslam sangat menarik dengan penelitiannya terhadap beberapa insan genius; Sukarnya Menjadi Genius.

p/s: Tersenyum tengok Nufayl solat...dah bunyi al-Fatihahnya. Nuha pula dengan gelagat hampar sejadahnya. Tapi perjalanan masih jauh. Moga mereka menjadi sedekah jariah Ummi & Abah. Ameen.


~~~
Politik sikit, heh.

Dah terbukti sebab apa dia diambil masuk kabinet kembali, tukang sokong walaupun dah ramai yang membangkang.

Sunday, March 09, 2008

Allahu Akbar!!! Sejarah Tercipta!

Alhamdulillah!!!
Allahu Akbar! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!


Betapa Allah menurunkan nikmatNYA, membenarkan Islam makin beraja di negeri ini - Kelantan, Kedah & Selangor, insyaÁllah dengan gabungan PAS & PKR. Pilihan bijak, pilihan tepat - memilih untuk menjulang haq.

Dan betapa BN yang selama ini 2/3 nya jarang terlepas.
Dan hari ini, 2/3 pun mereka tak mampu. DIA yang tak benarkan. Betapa banyaknya hati yang disingkapNYA, untuk lebih mengerti kebenaran dan meletakkannya di tempat yang haq. Allahu Akbar!

InsyaÁllah Úlamak akan terus memerintah Kelantan & akan men'suci'kan Kedah serta bekerjasama untuk meneruskan pembangunan jiwa Selangor yang selama ini karat dengan Dacing. Alhamdulillah! Segala pujian hanya layak baginya.

Satu per satu keputusan disertai dengan pujian dan takbir kepadanYA.


Walau benar, saya sangat kecewa dengan beberapa keputusan. Paling saya kecewa apabila tokoh agama yang disegani yang popular dan disebut-sebut menang pada peringkat awalnya...akhirnya diumumkan 'kalah'...memang saya belum percaya...dan saya sangat berfikir apa helah mereka hingga Ustaz Haron Din jadi 'kalah'.

Memang, sepanjang saya di Perlis...di sana sangat 'sepi'. Angin perubahan...hanya pada anak-anak muda dan orang tua yang mengerti senario politik semasa. Yang lainnya, hanya ikut yang mana bagi RM100 bla bla bla. Orang kampung, hanya tahu hidup mereka dibantu...tidak dikacau. Mereka tiada tol/kenaikan tol. Petrol pun tak banyak pakai...naik motor saja. Harga barang naik? Harga makanan di Perlis tetap murah (berbanding KL etc lah!).

Saya tak nafikan gelombang itu ada. Terutama di kalangan orang muda. Di kalangan orang dewasa (a.k.a >50thn...mereka ada kesedaran)... Yang pasti, ia lebih hebat daripada 2004, dan agar matang daripada 1999. Sebab itu, saya sangat terkejut dengan keputusan di negeri kecintaan saya. Menang besar mereka...hampir 100%, tak terasa 'genuine' pada kami. Sangat pelik pada beberapa keputusan yang 'lewat' sangat diumumkan dan ada kejutan berbanding keputusan awal yang dikatakan.

Biarlah, apa pun...kita yang diajar oleh Guru menjadi hamba yang bersyukur...tetap perlu menyatakan kesyukuran. PRU-10, 1999 pun tidak sebegini keputusannya, memihak Pembangkang. Sayangnya, pakatan pembangkang tidak sekuat 1999. Semoga hari ini menjadi titik tolak, supaya pembangkang menjadi lebih bersedia dengan pakatan yang rapi. Saya kira DAP cukup kuat di Perak, Pulau Pinang. PAS & PKR di Kelantan, Kedah, Selangor tak lupa di Terengganu. Kubu kuat BN dah pecah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka. Juga Parlimen KL yang hanya 1 dimenangi BN. Oh...untuk keputusan detail...sila-silalah layari site yang lebih afdhal yer! :)

Bagi saya, benar kata Prof. Agus...pengundi muda akan menentukan halatuju negara. Mereka ini intelektual, melihat isu dan tidak lagi to'to' kepada parti seperti generasi terdahulu. Bagi saya, tamparan paling besar BN ialah kalah di Parlimen KL, Parlimen Selangor (menang 4 kerusi sahaja), DUN Selangor kerana...mereka ini órang bandar' yang intelek & yang selalu dikaitkan dengan 'kerajaan'. Jika di bandar oun orang tolak BN...nampaknya...orang di negeri kecintaan saya...kenalah belajar 'cerdik-cerdik'kan diri...macam Kelantan & Kedah. Belum cakap Perak & Pulau Pinang yang saya kira memang buat dunia mereka 'terbalik'.

:)


Bila lagi kita nak bersatu?

Sekarang? Bila lagi nak hunjamkan kerajaan zalim BN?
Bila lagi nak julangkan Islam dan menyebarkan rahmat yang diturunkan 1428 tahun lalu ke seluruh umat Malaysia?

Sekaranglah masanya, kita kongsikan...dengan amanat yang diamanahkan oleh rakyat kepada Barisan Alternatif.


Suara Rakyat mula bergema!!!



p/s: Mata saya belum boleh lelap selagi tiada pengumuman rasmi tentang Selangor & Perak. Keputusan di SPR Online pun belum penuh. Tak nak mengakui? Kedah dah ada pengumuman di Harakahdaily.

Friday, September 07, 2007

Tunjal

Tak sempat-sempat nak nulis apa-apa. Ada keluangan sekejap ni, bolehlah.


1. Setuju dgn Cpol dalam tulisannya : Kreatif Tanpa Sensitif
Masih jahil atau degil, hingga sewenang-wenangnya menunjal-nunjal 'aqidah sebegitu rupanya.
Yang tak tahu, akan rasa ok. Yang tahu, mengucap saja apabila menyaksikan adegan sebegitu sbg iklan kemerdekaan!
Bila Cpol menulis gitu, alhamdulillah!

ref :
*Iklan kemerdekaan - adegan bertafakur & meletakkan kalungan di tugu negara.

*upacara ini pada Hari Pahlawan (lihat gambar)

* Fatwa mengharamkan letak kalungan bunga & bertafakur di tugu negara.





2. Nak hapuskan babi pun tak boleh, apa dah jadi dengan negaraku terchenta ni? Biar ternak-ternak jadi 1 juta agaknya. Waktu tu, kalau nak musnahkan pun...dah tak cukup ruang nak lupuskan. Ish! Ish!

Ulamak, kalau tak searus boleh diharamkan...tak boleh masuk tivi/media.
Lagu pun...kalau yang merosakkan 'aqidah...lambat baru respons.

Erm...akhir zaman, nak buat macam mana! Eh...kalau anda orang yang berkuasa...tak boleh kata gitu kan? Kena la ambil tindakan!

Kalau diikutkan panjang rasanya nak pot-pet 2x ni. Tapi, sabar ja lah. Banyak tugas menanti. Yang penting, sedar. Hati tak boleh mati. Kalau tidak, samalah kita biarkan hati kita ditunjal-tunjal. Lagikan 'aqidah pun dipermainkan...apatah lagi kita rakyat marhaen ni.

Thursday, August 30, 2007

Hari Merdeka ke-50?

Kami dah kembali. Menghuni TeratakFZH semula. Meninggalkan JannatulHany di tempatnya.


Buat pengantin baru, selamat melayari bahtera bahagia. Juga ambil amanah & tanggungjawab sbg cabaran. Baru kerja 2 hari, dah cuti semula esok..hingga Ahad. 3 hari tu!!!





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-50, esok! Apa ya acara & agendanya?

Merdeka? Betul ke? Kalau benar, kenapa agaknya sayang sangat nak lepaskan Common Law?
Mungkin macam Jamal Abdillah kata, dadah itu macam 'kekasih'.

Itulah agaknya rasa pemimpin kita dengan Common Law & warisan drp Barat kot. 'Kekasih' la kot?!

Apalah harga kemerdekaan jika diri masih dibelenggu 'kekasih' / dijajah 'kekasih'?





p/s: Ummu Nufayl teringin nak rasa hirup udara bebas pada Hari Kebangsaan ke-50 nanti.
Harap-harap bau kopi. Janganlah bau Coke dah lah. Atau...minta dijauhkan bau wine/Guinness.
Errr...tapi, kilangnya tak jauh di hujung Jln Klang Lama sana.




Emmm...mungkin itulah yang besarnya...MERDEKA itu.

Monday, August 20, 2007

LAGU KEBANGSAAN

31 Ogos 2007 bakal menjelma. Semangat kemerdekaan dah muncul dah rasanya. Erm.. yaa.. semangat.Kita mestilah bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dicapai Malaysia; kini telah pun mencecah tahun ke-50. Malaysiaku, negara Islam yang makmur, harmoni, sejahtera dan penuh dengan pembangunan.. Fizikal.

Mula la tu. Sebelum lebih jauh, Abu Nufayl rasa seronok dengan semangat patriotik yang warga Malaysia tunjukkan. Dan ada segelintirnya yang kurang siviknya. Bukan sengaja, tapi jahil gamaknya dengan perundangan dan perlembagaan negara. Mahu main-main katanya. Dan lagi katanya, tidak sengaja.

Walhasilnya, gelap masa depan. Tiada lagi pengampunan. Tidak sengaja bukan satu alasan kukuh. Tidak tahu juga bukan satu alasan logik. Berpuluh tahun jadi anak Malaysia, masakan tidak tahu. Gedegum... Hukuman akan dijatuhkan. Tiada rakyat Malaysia, waima ahli kabinet yang boleh memaafkan kesalahan ini. Ini kesalahan terhadap negara. Mesti dan tidak boleh tidak, pengajaran harus diberikan.

TEGAS. Itu komen saya bila melihat kepada isu ini. Baguslah. Ada juga pemahaman yang jelas terhadap pengertian undang-undang. Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Pengampunan bukan milik rakyat, ia milik perlembagaan!

Saya tampak cukup bersemangat kali ini. Cintakan negara gamaknya. Betullah tu.

Cuma...

Alangkah indahnya ketegasan itu turut digunapakai terhadap perundangan Islam. Penganut agama Islam, contohnya jika melakukan kemaksiatan terhadap agama dan Allah, wajar dihukum. Wajib dihukum. Jika tertangkap di dalam pub, berpakaian seksi, minum arak, mesti dihukum. Jika bersubahat dengan membiarkan gejala perjudian dengan memberikan lesen, juga wajib dihukum. Jika melanggar syariat, baik dari berseluar pendek, tidak bertudung, memakai pakaian ketat menggiurkan, meraikan agama lain seolah-olah merelainya, juga wajib dihukum.

Dan hukuman ini, tidak ada mana-mana umat Islam yang boleh mendabik dada memberikan justifikasi dengan membuat hukum sendiri. Apatah lagi memaafkan atau menghalalkannya! Itu munafik namanya jika semangat cinta negara melepasi ketaatan terhadap hukum Allah. Malah boleh membawa kepada kekafiran jika i'tiqadnya mengatakan syariat Islam tidak sesuai dengan zaman atau perlu dihalakan hanya kerana meraikan penganut agama kufur yang tidak pun pernah ingin meraikan keterbukaan Islam. Malah sentiasa mengintai peluang menginjak kepala dan hati umat Islam.

Sayangnya, kita lepaskan kemaksiatan ini. Alasannya, ada penganut agama lain. Alasannya, mereka tidak sengaja. Mereka tidak tahu. Kepala beku apakah ini mengguna pakai alasan picisan, goblok dan 'moron' ini. Nyahlah dari rahmat Allah, bagi mereka yang merasa seronok meninggalkan prinsip perundangan Islam, tetapi mengangkat KERIS, menyatakan mereka perjuang perlembagaan, pejuang bangsa.

Allah telah pun memberikan satu kisah untuk kita teladani melalui kes penghinaan lagu kebangsaan kita ini. Betapa zalimnya kita bila secara tidak sedar kita telah pun menjadi penganut fahaman kebangsaan, tanpa sedikit rasa jelik meninggalkan aturan kehidupan dan perundangan Islam.

Sedarlah, kita wajib menyayangi negara bangsa. Tetapi sanjungan mutlak kita hanyalah al-Quran dan Sunnah.

Wallahua'lam.

Wednesday, July 18, 2007

Condolences


Takziah kepada keluarga mereka.

Semua terkorban

Setelah lima hari, akhirnya bertemu juga.
Moga dapat disempurnakan jenazahnya segera.


NURI & 6 krewnya yang telah terkorban...mereka telah pergi.

Yang masih hidup/wujud/ada....bagaimana? Err...maksud saya si burung NURI yang masih 'hidup'/wujud/ada.


:)

Friday, July 13, 2007

Pelbagai Makhluk!

Pelik. Pelik.
Dunia ni memang didiami oleh pelbagai 'makhluk'.
Yang macam ni pun ada.


Baca di sini :
Suami pernah mengaku miliki ‘mata ketiga’

Nota : Peguam si isteri tu...my senior, Kak Raudzah. Orang Padang Pauh. Anak Ustazah Aisyah, Cikgu Lughotul Arabiah di SMKAP.

Wednesday, June 13, 2007

Kosong!
Tak terasa nak menulis!

Cuma ada satu yang ingin dikongsi bersama.
Baca berita ni?

Kanak-kanak Malaysia pertama meluncur di udara

:) Aku dengar berita ni masa dalam teksi, dalam perjalanan ke pejabat.
Mula-mula dengar subjeknya - meluncur di udara.
Kedua, dengar namanya - Qabir (macam Kaber Hero Kaber Zero, drama TV3 la pulak...boleh terbang-terbang).
Ketiga, dengar nama ayah budak tu - Abd Rahman (ermm..ok).
Keempat, dengar nama tempat budak tu meluncur - Jugra (uiks...macam salu dengar je. En. Rahman suka buat gliding kat sana!)
Err...Rahman? Jugra? Qabir?

Tu anak my ex-staff @ Support! Kat Bukit Mahkamah!

Sampai di pejabat, terus call dia.
Dia pun terpinga-pinga, tak tahu keluar surat khabar hari tu.
Katanya, "Si Angah tu berminat sangat. Along tak. Saya ajar la dia!"
Kata saya, "Mestilah dia berminat. Tengok abah dia meluncur tiap-tiap minggu kan!"

:) Tumpang gembira.

Friday, April 13, 2007

Yang Bernama Rezeki

hoho...
Alhamdulillah...dah ada 'Hukum Jelas' oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang :
1. Pelaburan saham melalui Internet
2. Pameran hantu, jin dan keranda
3. Penggunaan nada dering berupa ayat al-Quran dan azan di telefon bimbit (baca di akhir artikel)

Harap-harap yang bernama umat Islam terutama yang 500 000 tu, boleh ambil serius perkara ini. Ambil tindakan sepatutnya. Yang belum masuk golongan 500 000 tu, pk kan lah cara halal yang lain untuk rezeki anda. Kita hanya boleh berusaha, Allah yang tambahkan rezeki. Tul dak? Yang penting bukan tambah rezeki, tapi keberkatan kepada rezeki yang kita dapat tu.

Kata klise yang selalu kita dengar, "Dia tu pemandu lori je, isterinya tak bekerja. Anak lima. Semua masuk U."
Tapi, ada benarnya kan?

Sebenarnya kita bersusah-susah nak 'tambah rezeki' tu utk apa?

Utk bagi anak-pinak pakai baju mahal-mahal?
Nak beli kereta baru yg mewah kat isteri? (tak cukup ke kereta skrg?)
Nak buat rumah besar kalahkan istana raja?
Nak bercuti tetiap tahun ke luar negara dengan seluruh kerabat tetangga?
Sanggup ke pergi Mekah tunaikan haji dgn duit tu? Kalau tak sanggup, baik takyah guna untuk apa apa pun!

Teringat kata-kata husband saya waktu kami berbincang isu ni, beberapa minggu lalu.
Dia kata,

"Kenapa nak tunggu Fatwa? Benda ni (pelaburan internet/fixed return etc yg berkaitan isu pelaburan internet) kan dah jelas. Ada dalam Quran & Sunnah (rujuk ayat Quran "dihalalkan perniagaan diharamkan riba' & hadis yang menerangkan tentang riba') . Yang Ijma',Qias atau lain-lain baru perlu difatwakan mengikut keadaan."

Tapi, ya lah...orang sekarang. Buat dulu, tak kaji dalam-dalam hukum hakamnya. Bila dah terperangkap, baru cari alasan...escapisme. Nak tunggu Fatwa Kebangsaan lah...(Fatwa Negeri tak nak pakai!). Yang dalam Quran...Allah dah kata, kenapa masih buat jugak?!!!



Moga kita tak digolongkan dalam golongan yang mengenepikan hukum Allah utk kepentingan peribadi. Ameen!



p/s: Belajarlah bersyukur dengan rezeki yang didapati. Nak berusaha pun, sentiasa tanya kepada diri...halalkah cara ini. Bersyukurlah.
Bersyukur dan dengan penuh yaqeen, yaqeenlah pada janjiNYA dlm al-Quran,
"la in syakartum la azidannakum, wa la in syakartum inna 'aza bi la syadid"

Moga dapat keberkatan drpNYA.

Friday, March 16, 2007

Hutang?

Hutang?

Baca Utusan hari ini?
Khususnya laporan ini?

Syukurlah, kami tak tergolong dalam golongan itu.

Hutang baik, hutang jahat? Sesetengah pengamal Kewangan menamakan hutang kepada 2 kategori. Hutang baik dan hutang jahat.

Nak maksudnya, bukaklah buku dan baca. Bukankah Iqra' itu, yang pertama diseruNYA?

Oklah, hutang baik ada lah...ehehhe...
Kad kredit? Itu hutang sangat jahat!
Ah Long? Itu sangat sangat jahat!!!

Wednesday, February 28, 2007

Pasal Untung Besar lagi

Ni pasal untung besar lagi. 'ONGG' kata orang Cina. Nak baca catatan awal, baca post saya 8 Feb '07 : Semua Pasal Untung Besar.

Jawapan pasal EmPay dah keluar. Baca di sini!.
Bagi yang pernah dengar pasal ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund atau Winlifund, sila klik dan bacalah!

Pasal EmPay ni kecoh kat ofis saya. Drp mula-mula masuk sini. Semua orang sibuk pasal EmPay. Ada yang sampai dapat riban-riban sehari. Ada yang Rm500 sehari. Ikut kerja lah depa kata. Kalau kerja lebih, dapatlah duit lebih. Sanggup turun ke Borneo sana untuk promote kepada orang sana. Semua pasal duit.Hidup mau duit.

Tapi, nak hidup di akhirat mau apa ek? Halal ke Haram?!

Jawab! Jangan tak jawab.

;)

Thursday, February 08, 2007

Semua Pasal Untung Besar

Saya sedang mengkaji.
Tentang pelaburan dan perniagaan yang bagaimana yang dibenarkan.

Banyak maklumat di zaharuddin.net.

---
ASB

1. Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra
2. Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB. Jawapan Ringkas

Baca juga
3. Penjelasan Salah Faham Berkaitan ASB Dan Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti

Apa jadi ek kalau ASB tak melabur di Maybank, BAT, MNR & Commerce Asset?
Kenapa yer ASB yang diwar-warkan HALAL oleh Kerajaan tak pernah pun dibincangkan statusnya oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti? Kenapa tak apply utk status HALAL?
Kenapa PNB/Kerajaan takut utk minta Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti yang beri jaminan status halalnya? Kenapa PNB sendiri yang perlu bagi jaminan pelaburan tersebut?

Kita sendiri bolehlah, kita faham status ASB tu macammana. Tapi, mak bapak kat kampung. Nenek & Tok yang ikut saja apa kata 'kerajaan' yang claim benda tu halal camana? Jenuh terang...depa bukan nak terima hujah kita. Balik-balik katanya, 'Kerajaan kata halal. Depa tanggung la kalau tak halal.'

Aduh! Aduh!

Dunia dah tak kenal halal haram!
Eh bukan! Kerajaan Islam Had-hari yang 'simpan' semuanya.

---
MLM

Utk yang ingin/sedang bergiat cergas dlm MLM. Jgn lupa baca ini.
Biar kita jelas dgn apa yg kita lakukan. Bukan sekadar taqlid buta.

---
DINAR IRAQ

Yang kat ofis ni, memang ada yang bising pasal Dinar Iraq ni. Jom baca apa kata Zaharuddin.

---
PERNIAGAAN INTERNET

Setiap apa yang dilakukan ada hukumnya. Biarlah kita jelas.
Baca ini!


p/s: Bukan apa, bila ofis di sini...yg ramai golongan lelaki berusia 40-an. Macam-macam side income yang dipromote pd kita. Lemas pun ada. Sebab tu, kena kaji dulu sbl join apa-apa. Biar susah dulu. Jangan lepas 'kenyang makan harta', baru tau sebenarnya haram.

Tak semuanya haram. Cari yang halal. Senang hati!

Nak tahu yang Halal?
Senarai Pelaburan Islam


~~~
Suara Hati Rakyat yang Gundah!

Thursday, August 17, 2006

Ringkasan Sebulan?

Ringkasan Sebulan

Waduh ibu, bapa, sudah sebulan kutinggalkan laman ini. Sejak meletusnya perang Lebanon dan Israel, mood berkurang untuk update sebarang isu. Rakyat negara OooICeee katakan

ASIA BARAT

Baru tak sampai seribu ahli Hizbullah dikerah, itu macam hasilnya bila melawan puluhan ribu Yahudi laknatullah. Cuba kalau tentera kerajaan Lebanon, Iran dan Syria tumpang semangkuk. Lepas, tu last fire, kasila kat Malaysia, hantar tokoh pemuda kita tu, huhu. Cuma sayang sikit, kali ini perjuangan berlaku melalui penganut Syiah. Tidak apa, janji Allah pasti tiba.

Perangnya antara tentera sebuah KERAjaan, dengan gerila, Hizbullah. Betul kata bijak pandai bila tentera dan gerila bertembung, TENTERA akan tewas apabila mereka tidak berjaya memenangi sesuatu pertempuran dengan gerila. Manakala gerila hanya perlu untuk tidak tewas bagi diisytiharkan sebagai pemenang.

KOMEN : Cayalah!

MALAYSIA TIMUR DAN BARAT

Haa! Ni ada jugak gerilanya. Seorang bekas pemimpin dengan sekerat dua konco-konconya lancar perang dengan tentera kerajaan. Kelam kabut juga dibuatnya. Habis terkeluar, terdedah segala macam benda. Aparaa, cakap besar, tentera gerila sorang ni pun tak dapat nak handle. Jeneral tentera ni pun jenis pendiam dan pemalu dan bersopan santun, so, dihantarnyalah tentera GELIla-GELIlanya untuk berdepan.

Kuat juga lagi yer!! Heheh, yang gerila sorang ni pun satu, patut-patutnya pergi ajela ke masjid, jadi tok siak ke, tok bilal ke. Tak habis-habis.

KOMEN : Gilalah korang!

SEMENANJUNG MALAYSIA-TENGAH
Satu

Nak jadi hal, tertengok sorang wanita yang macam tak betul sepenuhnya masa kat luar mahkamah, menjerit-jerit nak buat sidang akhbar dan sebagainya. Tapi kan, dalam tak betulnya dia ni, berjuta ringgit juga ditipunya (mengikut pertuduhan)orang-orang terkenal, high-high level semuanya. Lagi satu kartun, depa ni betul ke high level? Ke, huhuh, lagi tak betul dari yang tak betul. Abang, akak, hati-hati ya! Sekarang banyak tukang sihir. Nak kaya cepat. So, mereka yang kaya, jangan la jadi miskin cepat, berpautlah pada jalan Allah, dan mohon perlindungannya.

KOMEN : Ada otak, pakai!

Dua
Sebut pasal hantu, hari tu, pegi jugak pameran Hantu, niat asalnya biasalah, seperti objektif program, memantapkan aqidah. Bawak Nufayl sekali masuk. Saja jer. Masuk pun waktu Maghrib. Hembus-hembus sikit si kecik tu, then kami masuk, dengan adik ipar. Ummu Nufayl tak masuk, takut kacau kandungan. Kononnya. Masuk kat dalam, jalan-jalan, best jugak boleh tengok memacam hantu ni. Ada jenglot, toyol, ikan duyung (hantu ke ke ni, ke makhluk halus ke ni?). Lepas tu jenguk la kat bilik yang katanya ada pocong. Nufayl rilek je. Tu kira cam satelit la tu. Kalau dia nampak, Abu Nufayl cabut la langkah seribu. Heheh. Wal-hasilnya, kami gembira di dalam. Nufayl pun GEMBIRA tengok hantu. Dia buat bunyi WARGH! ARGH! UUU! OOO!! Bila dah kuar, terasa betul la, makin mantap aqidah!??!! Syabas penganjur.

KOMEN : Manusia sekarang memang hantu pun.

SEMENANJUNG MALAYSIA - UTARA

Sebut pasal sihir, sekarang dah heboh seantero dunia, masa outstation ke negeri X Darul Ridzuan tempoh hari, katanya musim konvo penuntut ilmu santau, terdiri dari lebih kurang 25 perempuan/gadis, apa-apa ajelah dah tiba. So, macam biasalah, depa kena cari ‘mangsa’ dalam 100 orang untuk berjaya grad. Haa! Lagi satu hal, Nak makan pun susah, terutamanya kaum lelaki. Memangla kita kata apa kejadahnya buat benda tu, dari bunuh, baik ajak seratus lelaki tadi kahwin, seratus malam, ada jugak pekdahnya. Untuk makluman, sudah 7 orang meninggal sehingga hari ini. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan, namun sedih bila asbabnya melalui penderhaka ajaran agama ini.

Membunuh dengan zalim dan tidak bersebab diharamkan ajaran agama. Maka begitu jualah sihir dan yang sewaktu dengannya. Katakan Tak Nak, pada sihir!

KOMEN : Nak tuntut ilmu, kena berguru, nak berguru, kena tuntut ilmu dulu!

SEMENANJUNG MALAYSIA - TIMUR

Perkampungan Hadhari nak masuk Kelantan. Jom kita ramai-ramai meriahkan. Kalau tak ketahuan, ramai-ramai kita bakar kampong tu. Hiburan tak apa. Maksiat ko jangan!

Apa ke namanya, Taman Budaya, kerajaan Pusat nak kasi kat negeri Kelantan. Kelantan kata, go heik (go ahead), tapi kena ada hak guna sama. Maksudnya, nak bubuh-bubuhlah apa-apa pun, tapi kerajaan negeri kena pantau. Karang jadi lubuk maksiat pulak. Kalau tak pun karang jadi gajah putih.

KOMEN : memang banyak gajah kat Malaysia ni. Monyet lagi banyak.

DALAM RUMAH SENDIRI :

Oyeh!, sikit masa lagi dapat adik nombor dua. Haa! Adik? Ye la, Nufayl panggil Abu Nufayl ABAM, so, dia tu kira adiklah kan??!!

Suami penyayang, eceh, eceh, mendoakan isteri yang dikasihi, agar selamat segalanya. Dan terima kasih atas segala pengorbanan.

KOMEN : Cantik juga bila perut memboyot. Tapi kalau laki macam tu, confirm kena reject!

ALAM MAYA
Akan ada pemantauan untuk laman-laman web, blog, dan seumpamanya bagi menapis kandungan-kandungan yang boleh mengancam keselamatan dan perpaduan nasional. Alamaks!! Boleh tuan cerita sikit tak criteria lanjut??? Takutnya.. Takutnya!

KOMEN : Takut pada Allah, Kasih Pada Rasul, Sayang Ibu Bapa, sedap kan lagu tu?

Salam Sayang buat semua.

Friday, March 26, 2004

RENDANG LANGIT MUKTAH (mampukah memayungi sejiranan?)

Rendang langit Mu'tah,
memayungi bayu yang hembusnya kian kencang,
menghayun dada yang resahnya kian goncang.

Redup langit Mu'tah,
masihkah menyimpan semangat
Jaafar Abi Talib, Zaid Harithah, Abdullah bin Rawahah?

Bersama gugurnya mujahid musafir,
masih terhunjamkah azam juang?
Seiring semadinya syuhada' padang pasir,
siapa lagi sudi - juang ke akhir mati?
Terdampar sepi dataran Mu'tah,
sesepi, sesunyi itukah?
...keping keping hati ummat jelata.

...

Bila hak dirampas,
saksama dilontar, adil dilempar.
Tika 'dada' diinjak dionak,
Nafas yang ribut songsang, sudikah dilindungi?
Tika 'paha' dikelar dicalar,
Siapa yang bergelut mem'balut'?
Tika 'wajah' dirobek semboyan kehancuran,
Siapa peduli,
...sedang sibuk menyolek 'wajah' sendiri.

Hanya RABB pembela abadi.
Ampunkan RABB,
aku hanya mendamping doaku,
setiap sujud kepadaMU.

Hembus sayu kian mampir,
Hayun resah kian hampir,
Belum bangunkah juang di hati ini?


Hany FF
25 November 2002
Mu'tah - KL


~~~catatan pd 25 Nov 2002 ini, sekali lagi menjadi teman...di saat huru-hara ditimbulkan oleh pihak 'musuh' kpd wilayah Islam, saudara kita. Mu'tah hanya sebagai satu simbol...simbol kemenangan umat Islam...satu ketika dahulu. Untuk renungan kita semua............................

Thursday, March 25, 2004

Syeikhul Syaheed

Setelah lima hari pemergiannya. Rakyat Malaysia turut berkabung dengan kembalinya pengasas pergerakan Hamas ini ke rahmatullah, sekaligus berkabung mengenangkan perjuangan Islam di tanahair ini yang 'lebur' di tangan pihak-pihak berkepentingan duniawi ('lebur' kali ini tidak bermakna terkubur!).



Masing-masing ada sebab yang tersendiri untuk menyatakan rasa sedih dan kesal.
Sedih dan kesal dengan sikap umat Islam yang masih belum 'bersatu' menentang musuh durjana, Yahudi laknatullah!

Benci dan marah (kerana Allah) kepada laknatullah ini yang masih selesa bertakhta di bumi Allah, dan dengan bangga berkata, "Kami telah menghapuskan satu bencana kezaliman dan keganasan di dunia ini dengan membunuh Syeikh Ahmad Yasin." (Wajarkah kita berdiam diri?!)

Serentak apabila pejuang Hamas dengan tegasnya berkata, "Mereka (Israel) baru saja memulakan peperangan!" Terfikir pula kita...apa pula peranan kita? Saat mereka bergelut utk berperang habis-habisan mempertahankan maruah Islam, apa yg boleh kita bantu?

...(semoga peranan Malaysia sbg Pengerusi Tetap OIC akan dimainkan oleh PM baru kita yg mendpt mandat besar drp rakyat Malaysia ini...dgn harapan dpt membela nasib umat Islam di negara lain juga.)

Salah seorang jemaah solat jenazah Syeikh Yassin berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. Beliau pernah berkata kepada saya, "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Syeikhul Syaheed...semoga kau tenang di sana :)

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap org2 yg gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan(sebenarnya) mereka itu hidup*, tetapi kamu tidak menyedari."
-maksud ayat Surah al-Baqarah : 154.

(* iaitu hidup di alam lain yg bukan di alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan2 di sisi Allah, dan hanya Allah shj yg mengetahui bagaimana keadaan hidup itu)


~~~
Hany FF
"Dunia boleh mengatakan 'boleh!' utk apa saja", tapi kami takkan berganjak untuk mem'benar'kan yg tidak di'boleh'kan"
3 Safar 1425 H ~ 25 Mac 2004 M

Tuesday, March 23, 2004

Umum? Tak UMUM!

Pilihanraya ke-11 sudah tinggal sejarah.
Keputusan yg sudah dikeluarkan, bolehkah ditarik semula? Walau hanya dengan undi satu mata?
Kemenangan yg sudah diraikan, bolehkan diundur semula? Walau pasti kami menuntut pilihan semula!

Walau barisan ulama' rebah di jalan rencanamu,
Pasti rakyat yg bijak akan terfikir seribu agendamu,
Barisan ulama' tidak jatuh...'kalah' bukan bererti kalah,
Mereka tak perlu memeras 'mengerah',
Kerana kami...warga yang pandai 'mengasah'...
(minda dan hati kami masih basah)

Semalam, kami belajar mengenal peti besi,
Dan belajar memahami erti demokrasi (di Malaysia),
Erti sebuah perjuangan...yg penuh strategi,
Entah bagaimana kami harus rencana lagi,
Hanya kepadaNYA kami berserah...semoga pertolongan KAUberi!

Kami pasti terus melangkah menuju,
Menuntut kebenaran dan keadilan yg kau buat seteru,
Dengan demokrasi...yg 'kunci'nya di tanganmu!

---
Hany FF
"World can count the best, we're here to cover the rest"
1 Safar 1425 H ~ 23 Mac 2004 M