Showing posts with label promo. Show all posts
Showing posts with label promo. Show all posts

Wednesday, April 16, 2008

IKLAN : TERATAK FZH UNTUK DISEWA

Assalamuálaikum wbt...

Sedikit iklan, jika ada yang berminat, sila hubungi Abu Nufayl, 013-3420200 atau email mzainal@yahoo.com.

Property Details
Type : Apartment/Condominum
State : Kuala Lumpur
City : Jalan Klang Lama
Price : RM 800 negotiable
Bedrooms : 3
Bathrooms : 2
Built Up Area : 920 sqft
Furnishing : Partially Furnished - kitchen cabinet/wardrobe/single bed/etcs
Address : Apartment 1C Pinang, Taman Seri Sentosa.

Property Features :
- Rent & Other terms are fully negotiable
- Owner occupied - moving to new house
- Available from June/July 2008
- Walk-up Apartment 1st Floor
- Beside Checkers Hypermarket, and walk distance to 7-Eleven & shoplots.
- Nicely painted
- Partly furnished (kitchen cabinet, and tiles tabletop, wardrobe) - 25 minutes to Putrajaya thru KL - Putrajaya Highway - 10 minutes to Tmn Jaya LRT Station- Putra Feeder Bus, Other Buses and Taxi Stand within 2 minutes walking
- Access to Komuter (Station Petaling), New Pantai Expressway
- Dedicated Parking Lot
- Guarded Area

Tuesday, May 22, 2007

sambungan kisah...part 4, 5

Sambungan kisah.

4. Pesta Buku Antarabangsa

2 kali ke sana. 2 Mei & 5 Mei.

Tapi, kali kedua tu tak beli apa-apa. Saja pusing-pusing keliling. Survey Tarbiyatul Aulad, tapi dah habis. Yang ada mahal sangat berbanding harga asal. So, kami diminta ke kedai buku di Wangsa Maju kalau nak Tarbiyatul Aulad (jilid 1 & 2).

So, cerita kali pertama. Kami singgah KLIBF, PWTC semasa dlm perjalanan balik ke rumah drp Perlis. Dah sampai rumah nanti malas nak keluar balikkan?!

Singgah sana...aku borong majalah2 NUR, PA & MA, I, RASA yang ketinggalan di pasaran dulu.
Dan beli beberapa buku/novel.

1. Pakej Novel Ramlee Awang Murshid : BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU
2. Buku Dr HM Tuah : NAK ATAU TAK NAK?
3. Novel Nostalgia - Novel2 lama yg baru dicetak semula oleh Karangkraf...yang saja aku nak jadikan koleksi. Dah baca tp itu yg Mama punya dulu. Agaknya dah koyak-rabak kot. Semuanya penulis2 kegemaran. Ingat lagi masa skolah rendah. Berulit dengan novel Badai Semalam sampai tercerai-berai. Aku punya pasallah tu! eheheh...

- Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad
- Jalur Sinar di Celah Daun, Zaharah Nawawi
- Badai Semalam, Khadijah Hashim
- Tuk Cai, Azizi Hj. Abdullah.

Abang cari Ensiklopedia Sirah/Tamadun Islam. Tapi, kat Dawama dah tak ada. Yang ada, drp pengedar lain...tapi harga pun lainlah. Tu lah, Tn. Hj. tu dah offer tahun lepas tapi taknak. Tahun ni nak, tapi dah naik harga. Sampai la pun, dia tengah cari. Masa KLIBF tak jadi beli, sbb harga tak sama dgn budget. hehe heh..sian suamiku.

Kira hadiah besday ek!


5. Forum Supermom @ Hotel Singgahsana, PJ.

Ok-ok...sampai masanya, kita bercerita pasal Forum ini. Saya, Ummu Muhammad (Kak Ija) & Ummi Ikmal (Kak Aza) bertiga ke sana. Cik Sarah yang dah commit pun tak jadi...sebab tuuut. :D

Mula dengan Ucaptama drp Dr. Sharifah Hayaati (UM). Bagus...banyak tips2 yang kami dpt drp beliau, especially tips DUIT (Doa, Usaha, Ilmu, Taqwa).

Kemudian, ada persembahan drp anak-anak UmmikuSayang - 'AlimKids, nyanyian nasyid "Your Mother" (nyanyian asal Yusuf Islam).

Tersentuh hati tengok muka anak-anak kecil tanpa dosa yang menyanyi tentang ibu mereka. Lirik nasyid tersebut memang menyentuh hati.

:)

Selepas tendok persembahan anak-anak ni, barulah mula Forum Supermom...yang panelnya spt yang diwarwarkan dlm iklan sbl ni. Panelnya cukup berkaliber & kaki lebar. Tapi sayang, masa terlalu singkat untuk membincangkan topik yang sangat menarik & semestinya berat untuk dibincangkan dalam masa yang pendek.

Kemudian, sesi makan-makan (brunch). Makan kat Hotel Singgahsana memang tau-tau aje lah.
Thumbs up! :)

Tapi, sebab ramai yang beratur...kami bertiga jalan-jalan dulu di gerai-gerai yang dibuka dalam Dewan tu - ada gerai Nona Roguy, Butik "?" (tak ingat), Ana Edar, Cool Mum Super Dad, UmmikuSayang, Butik Sri Munawwarah Design.

Apa lagi... borong!
Aku beli buku yang memang dah lama dah aim nak beli.
1. Cool Mum Super Dad (signed by the author)
2. Anakku Hebat Anakku Soleh (eheh..tak dapat Tarbiyatul Aulad...dpt buku yang extract drp Tarbiyatul Aulad pun jadilah!)
dan...heheh...2 lagi produk istimewa drp Ana Edar, jus minuman Qaseh Kekanda & Qaseh Adinda buat diri sendiri & suami.

Apa istimewanya dgn minuman ini?
Campuran Madu, Kurma, Habbatussauda', Gingko...errr banyaklah. Tak ingat!
Ia suci, membantu memberikan tenaga. Satu untuk suami dan satu untuk isteri.
Kenapa lain? Tanya Kak Aza.
Tanya Ustaz Azri yang berniaga produk Ana Edar tu...bahan-bahannya lain untuk perempuan dan lelaki. Lagi, do'a pun lain...untuk perempuan...do'anya spesifik untuk perempuan.
Harga asal RM 71.90...tapi, sbb borong 2 sekaligus...dapatlah harga spesel! :)

Ok...nak cerita sikit ilmu 'mahal' yang kami dapat drp sembang-sembang dengan Ustaz Azri Anak Edar ni. Dia belajar di Pondok sbl mengaji di Mekah..2 kali ke sana utk menuntut 'ilmu.

1. Makanan yang dimasak dengan penuh ikhlas & do'a2 drp ibu, akan memberikan roh yang baik kepada anak/suami.

2. Ibu2 & bapa2, elakkan bertengkar depan makanan & tengok tivi sambil makan (skrg ni jadi tabiat ni!) - sebab apa yang jadi depan makanan tu...semua benda masuk dan jadi roh makanan tersebut. Bila kita makan, masuklah semua jadi diri kita.

3. Bacakan do'a & bismillah kepada makanan & zarah akan jadi cantik & baik utk dimakan...memberikan kesan baik kepada diri.

4. Wanita yang dalam haidz ada aura yang negatif. Semangatnya lemah, menurut kajian.
So, ibu-ibu bila nak memasak untuk anak2 & suami dalam keadaan haidz, better angkat hadas kecil dahulu (wudhuk) untuk kurangkan aura tersebut.

Apa lagi tips2 yang Ustaz tu bagi lagi ek? Nanti orang confirm balik dgn Kak Aza.













Akhir sekali, gambar mereka yang berpenat-lelah untuk Forum Supermom.
Dari kiri : Tuan Hasnah (pemilik Sri Munawwarah), suami Kak Ina Munawwarah, Ustaz Abu Hassan (pemilik Galeri Ilmu), Kak Ina Munawwarah, -tak sure-, Pn. Jalilah (Majalah Anis).


~~~
Yang rindukan senyuman mereka.

Thursday, April 12, 2007

SUPER MOMS? JOM!!!

Geng! Jom!!!
*Sapa nak pi, habaq keyh...rasa tingin nak gi jugak...tapi xde geng.

Super Moms: Menjengah Keibuan Sejati
5 Mei 2007/ 9:00am – 1:30pm
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Anjuran BersamaUmmiku Sayang, ANIS dan Sri Munawarrah Design


Ucap Utama : Ustazah Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

Panel Forum :
1. Yg Bhg. Datin Hajah Sharifah Anisah Tan Sri Prof. Syed Agil Barakbah –Pengasas Produk Nona Roguy
2. Puan Hajah Tuan Hasnah Tuan Yusof - Pengasas Butik Sri Munawwarah Design
3. Puan Jamilah Samian - Pengarang buku 'Cool Moms Super Dads'

Moderator Forum :Puan Aliyah Sijari – Pengurus Komunikasi Koporat Galeri Ilmu Sdn. Bhd

ISTIMEWA
Panduan dan pertunjukan Busana Muslimah, oleh Puan Haslina Mohd. Ali - Perunding dan Penata Gaya Butik Sri Munawarrah Design

Bayaran PenyertaanRM100 sahaja
**Daftar sekarang, 50 peserta pertama akan mendapat "sebuah kotak misteri"dari penganjur.

Emel penyertaan anda ke *events@ummikusayan g.com* atau fax ke *03-80248664*dengan menyatakan nama, telefon nombor dan alamat surat menyurat.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun *MBB Ummiku Sayang Sdn Bhd *-*564191006958*atau melalui *Maybank2u* ke akaun *562272101937.*

Sila hantar bukti pembayaran melalui fax 03-80248664 atau emel kepada *events@ummikusayang .com* <events@ummikusayang .com>

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Zaida/Siti di 03-80248664atau datang sendiri ke Ummiku Sayang Activity & Books Centre,6B First Floor, USJ10/1J, Taipan, Subang Jaya. (Isnin-Sabtu 10am-7pm)