Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Thursday, June 26, 2008

Lumix!!!

Rindunya kat Lumixku!!!
Bila nak keluar wad nih?

Ermmm...Ummi rindu nak potretkan gambar anak-anak Ummi lagi.

Tambah-tambah sejak akhir-akhir ni, Nuha makin ceria dan galok menyakat abangnya. Dengan keletahnya yang ketawa sambil menutup mulutnya. So sweet! Nufayl pula dengan tak henti-henti bercakap dan pelbagai soalan dan analisisnya. Rindu nak potretkan mereka.

Tambah pula, dua hari lalu (24/6) Cu, Mira, Bi, Man dan Auni sampai dari al-Khobar. Beria-ia mereka menyambut semua saudara yang baru tiba. Nufayl sampai tak mahu berpisah dengan Mak Teh Honi (Auni). Nuha yang malu-malu akhirnya tewas dengan Mak Lang Bi (tapi masih jual mahal dengan Tok Cu). Semuanya berlalu tanpa dapat aku abadikan dalam walau sekeping gambar.

Sayangnya dengan saat yang berlalu ini!

Ummi boring-boring ni, Ummi kongsi gambar anak-anak Ummi yang sedang dirindui. ;)



Moga-moga Lumix Ummi cepat keluar daripada wad dan dapatlah release tension nak ambil gambar yang indah di mata. :)

Thursday, April 17, 2008

Membentuk Syukur?


Saya tersentuh!

Semalam, saya bertemu dengan sahabat yang sama-sama menunaikan kewajipan di Tanah Suci hujung tahun lalu dan awal tahun ini. Kami berpisah selepas kali terakhir bertemu di Makkah apabila dia bertolak ke Madinah, sedang saya masih di Makkah. Saya ingat, sebelum Haji...kami bertemu ketika saya sedang mencari saf untuk solat Zuhr di Masjidil Haram. Pandangan mata bertaut lantas masing-masing terjerit nama sahabat lalu dia melambai dan memberi ruang untuk saya dan mama solat di sebelahnya. Dan sesungguhnya pertemuan di Masjidil Haram ini berlaku sejurus selepas saya teringatkan dia ketika saya dalam perjalanan ke Masjidil Haram. Ya...sekilas namanya terlintas di fikiran, lalu Allah temukan kami di sini.

Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon. Usai haji, dia ada mengajak saya bertemu, tapi ketika itu saya demam dan tak dapat menunaikan hajat itu. Selepas berjaya mengatur pertemuan di laluan saíe baru, dia pula demam. Sebelum dia bertolak ke Madinah, kami outing bersama selepas Isyak dan makan-makan di at-Tazajj, restoran makan segera di Marwah al-Haram Mall.

Tadi, saya nampak kelibatnya seolah menunggu saya ketika suami saya baru parking di lobi pejabat suami. Dia & Nufayl turun di lobi dan saya sibuk bersalam-salam dengan mereka.

"Kejap!", kata saya.

Selesai bersalam-salaman, dia tunjuk perut saya dan bertanya,
"Ko dah berapa bulan?"
Saya kaget. Kenapa dia tanya begitu. Perut saya buncitkah?
Tiba-tiba terlintas di hati saya apa yang berlaku sebelum ini. Allah! Sungguh saya lupa!

"Oh...dah tak ada!", jawab saya kepadanya.
Dia pula mengambil giliran; kaget. Kenapa?

"Dah tak ada. Aku bleeding, seminggu lepas balik Malaysia.", aku jelaskan padanya.

"Aaa...maksud ko...gugur?", dia minta penjelasan lagi.

Aku mengiyakan.

"Patutlah aku tengok kempis je perut ko. Patut dah 6 bulan kan?"

"Aahla...kalau tak dah besarlah perut aku ek!", aku ketawa. Menelan kepahitan dengan ketawa, ya itu yang selalu aku lakukan.

"Agaknya, penat sangat kat sana kot. Lasak!", tekanya.

Aku hanya tersenyum sambil menceritakan keadaan sebenar padanya,
"Sebenarnya, waktu aku gugur tu...13 minggu. Baby dah tiada heartbeat dan tidak membesar. Dia hanya sebesar 6 minggu. Menurut doktor dah 7 minggu dia tiada dalam rahimku."

"Maksud ko waktu ko tahu tu...8 minggu kan? 'Dia' dah tak ada?"

Aku hanya mengiyakan.
Aku hanya menambah, yang sering aku katakan kepada mereka yang bertanya,
yang sering menyejukkan hatiku di saat gundah.

"Dia tidak sempat 'hidup' dalam rahimku. Hanya ditemankan Allah untuk perjalananku ke sana. Biar apa pun, aku tetap bersyukur...kerana Allah meminjamkannya kepadaku...dan hikmahnya, perjalanan kerjaku di sana lancar. Biar sebentar, aku bersyukur atas hikmahnya itu."

Itulah hikmahnya yang dibuka hijabnya pada fikir áqalku. Yang sering kuguna untuk pujuk diri ini. Bagiku, setiap ketentuannya itu besar hikmahnya. Tak semua benda kita boleh kongsi di saat kita resah atau bersedih. Dan, bagi yang mengenali diri ini...mereka tahu. Apabila saya mula bercerita, itu maksudnya...saya dah redha dengan perkara itu.

Biar apa pun yang berlaku, kita sebagai hambanya...patut bersyukur! Dalam tulis komen saya kepada Ummu Auni, saya berkata...biarlah sakit itu mengambil tempat dalam diri kita. Telah ditentukanNYA. Kita jalankan saja kerja kita sebagai hamba - bersyukur! Biar susah, biar payah...dan kalau mudah membentuk hati, bersyukurlah atas kemudahan itu. Kerana DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Dan, jika kita hambaNYA yang bersyukur...tentu kita tidak akan menyalahkanNYA. Apatah lagi, untuk wanita yang tidak seimbang thyroid level ini...kebarangkalian gugur lebih tinggi. Jadi, untuk apa dikesalkan? Sudah dua anugerahnya. Mereka sempurna áqal dan fizikalnya. Itu lebih daripada cukup untuk disyukuri.
31 Julai. Ya! Tarikh adik Nufayl & Nuha dijangkakan menjengah dunia. Tapi dia tidak ditaqdirkan begitu. Walau Ummi & Abah pernah teruja dengan 'yang ditiup rohnya di Madinah al-Munawwarah' ini (menurut Imam Syafie roh ditiupkan pada minggu ke-10, ketika itu kami di Madinah), dan Ummi dah beli satu suit baju tidur di Makkah dan sehelai selimut kain kapas di Jeddah (barang baby terawal yang saya beli sepanjang sejarah mengandung), biar apa pun...kami redha dengan ketentuanNYA!

Friday, September 14, 2007

Seindah Kasih Ummi


Hadiah drp Ummi buat Nuha sempena Hari Lahirnya yang pertama, 21 Ogos lalu.
;) Saja jer try picnik yang Semah promote dalam blog dia. Bestlah!!!
Thumbs up!!! Tapi gambar kat blog ni blur sikit. Nak clear warnanya, tengok kat fp.
p/s: Tapi online ek? Kalau ada software best gak...ekekek. Dah gilo!


Thursday, August 09, 2007

Lagi tentang Photography (ref : Nufayl)


Hari ini tak sempat nak tulis panjang-panjang. Just nak letak gambar. Sebab tengah bahang photography, maka di sini...saya letakkan gambar-gambar. Bukan gambar yang saya ambil. Atau pun gambar yang Abu Nufayl ambil. Tapi gambar yang Nufayl ambil. Diulangi - Nufayl yang jadi tukang ambil gambarnya. Sekitar bulan Mac/April 2007.

Gambar-gambar :
*di TeratakFZH, Seri Sentosa, KL
1 & 2) Pn. Ocin (baca:Oshin) & En. Mazidul pun sempat diambil oleh En. Nufayl.
*di JannatulHany, Padang Melangit, Perlis
3) Nuha & Wa
4) Pak Lang & Nyang
5) Ummi & Nuha
6) Abah sedang menjamu selera
7) Ummi & Abah mengadap Kambing 'Aqiqah Nuha
***yang bestnya, Nufayl panggil dulu sebelum snap. Bila dia panggil Ummi, Abah...jadilah gambar no. 7 tu***
























































Kalau Nufayl pun boleh ambil gambar camni, ini yang menyemarakkan semangat Ummu Nufayl nak snap & touch-up gambar hebat-hebat ni. Hobi Nufayl yang ni stat awal tahun 2007 ari tu. pantang nampak kamera, dialah yang punya kamera tu. Orang lain tak boleh sentuh.
Kalau sebelum stat ambil gambar, dia jadi-yang-diambil-gambarnya saja & dengan kalutnya "nak tinuk" (baca : nak tengok) - nak tengok screen kat digi cam after snap gambar.
Kini Nufayl tak boleh ambil gambar dah sebab Nikon 4100 ku rosak!