Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Monday, July 20, 2009

KULIAH BULANAN AP : PROF MKI!

Lamanya saya tak update blog ni! Tak update tak bermakna tiada cerita menarik. Banyak yang boleh dikongsi, cuma saya yang kurang kesempatan.

Harapkan Abu Nufayl saja!
;)

Semalam, kami ada tetamu istimewa untuk program Kuliah Bulanan Surau Baitur Rahman, Aman Perdana.
Siapa lagi kalau bukan penulis buku Best Seller - Travelog Haji.

Kehadiran Prof MKI memang ditunggu-tunggu. Kehadiran pun ramai...lebih kurang sama dengan Kuliah Bulanan Mei lalu (speaker : Drs. Rejab Sulaiman). Apatah lagi, saya yang mem'faks'kan surat kepada pejabatnya, dan berhubung dengan dengan P.A.nya. Tapi orang yang mula-mula menguruskannya bukan saya, tapi staff UiTM sendiri...jiran di AP, Am. Kami (saya-suami & Am) hanya berhubung melalui email tanpa mengenali wajah. Kami hanya saling mengenali ketika menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah, juga aktiviti Surau AP - semalam (siang). Am lah orangnya yang mencadangkan, mengusahakan dan memberikan contact no. kepada kami etc. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab seterusnya saja, membantu Abu Nufayl yang waktu itu sibuk di perantauan (outstation).









Gambar : Abu Nufayl sedang membuka majlis.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cerita-cerita daripada Prof. walau banyak yang telah saya baca dalam Travelog Haji dan di blognya (saya antara yang tak ketinggalan membaca setiap postnya - add dalam Google Reader), tapi ada juga cerita off-record rupanya! ;) Bagi saya beliau adalah insan yang dikurniakan oleh Allah dengan kelebihan intelektual dan semangat yang kuat. Beliau hanya perlu tahu apa yang baik untuknya, decide dan beliau akan determine dalam apa juga cara. Dan cerita ini bermula apabila beliau terbuka hati untuk mengenal Allah sesungguhnya pada usia 39/40 tahun. Sangat menarik dan boleh dijadikan iktibar!

Sempat juga kami mengambil tandatangan Prof untuk buku Travelog Haji saya yang dah lusuh (tertumpah kopi) masa tengah menela'ahnya.

Macam yang pernah saya sebut dalam azam saya dulu. Bila berjumpa orang yang hebat, saya tak mahu lagi anak-anak saya ketinggalan mengambil gambar bersama mereka. Ummi dan Abah tumpang sekakilah! Sayangnya, Nufayl dah tertidur dalam kereta waktu itu.


Terima kasih Prof.!

Tuesday, March 03, 2009

Membina Syurga dalam Rumahtangga? (Bahagian I)

Amat jarang sekali saya berkongsi inspirasi dalam wadah ini, kini.
Dulu ya, sering. Kini? Inspirasi saya terbiar kering tanpa sempat saya kongsi dengan sesiapa.
Kalau ada, mungkin dengan Abu Nufayl saja. Mujurlah dia yang banyak meniupkan semangat ketika saya berkongsi cita dengannya.

Benarkah sukar membina syurga dalam rumahtangga?


Ini bukan tentang Syurga Allah yang dijanjikanNYA di akhirat sana. Namun, pengertian syurga sedikit sebanyak didorong oleh kewujudannya. Syurga bagi saya, satu tempat yang damai, bersih, harum, menyenangkan, meginspirasikan, tenang. Itu pengertian saya tentang syurga. Mewujudkan syurga di rumah, memang satu cabaran yang amat sukar buat saya. Sukar, maknawiahnya bukan saja sukar fizikal, malah sukar dalam membentuk rohani & emosi, menyemai jiwa, membangun cita dan memupuk roh yang cintakanNYA.

Setiap tunggak keluarga (baca : ayah & ibu) masing-masing punya peranan yang besar di sini. Saya tidak bercadang membahaskan tentang peranan orang yang lebih tua, contohnya nenek atau datuk yang tinggal sekali dalam keluarga induk, kerana itu sudah diertikan sebagai keluarga besar (extended family).

Biarpun saya contohnya, tidak membesar dalam keluarga induk, malah membina jiwa dalam keluarga besar bersama nenek, sepupu dan bapa saudara...saya malah amat menghargai pengalaman ketika itu, dan kini, bersama keluarga sendiri; suami dan anak-anak, menyemai cintaNYA dalam setiap hati anggota keluarga. Pengalaman kini sangat mengujakan saya, yang seolah baru merasakan lengkapnya sebuah keluarga dengan adanya anggota yang dikatakan tunggak keluarga dan juga anak-anak sebagai pelengkapnya.

Biarlah saja topik kecil ini membawakan perspektif keluarga induk - ayah, ibu dan anak-anak, untuk lebih mudah dihadami dan dihayati. Tulisan ini adalah sedikit persepsi daripada saya, tentang membina syurga daripada perspektif keluarga induk yang sedang membesar dan membina jiwa.

Sekadar lontaran persoalan :

Kenapa ya, seorang ibu berpayah lelah mengemas rumah juga menghidang juadah, selepas pulang daripada bekerja di luar?

Kenapa agaknya, seorang bapa sanggup tidak melelapkan mata, atau mengorbankan siri tivinya untuk membaca sehelai dua buku, menyahut seruan Iqra' dariNYA?

Kenapa juga ya, si ibu dan bapa tadi kadang-kadang merasa stress (tekanan) jika keadaan di rumah tidak seperti yang diimpikannya? Contohnya, keadaan fizikal rumah yang tahap kekemasannya di bawah standard yang ditetapkan keluarga? Atau, karenah anak-anak yang makin menjadi-jadi walau perhatian & kasih-sayang telah diberi?

...

(bersambung)

Tuesday, April 15, 2008

Mengotakan Janji!

Saya mengotakan janji saya untuk memotretkan anak-anak bersama bakat besar yang saya temui.

Siangnya, bertemu Pak Samad. Beli Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri, dapatkan tandatangannya, tandatangani petisyen hakcipta Pak Samad & mengabadikan kenangan di sini!

Malamnya pula, bertemu seorang lagi yang punya potensi diri yang cerah dalam satu program sahabat.

Memang meriah! Sabtu malam di Puri Pujangga, UKM.
Sebuah jamuan makan.
Dengan sahabat-sahabat lama.
Dan keluarga yang sedang berkembang anak-anak mereka.
Ada perbentangan rancangan ekonomi kelab.
dan, yang istimewa...
penampilan Abu Saif sebagai penceramah utama di awal majlis.

Memang, dengan anak-pinak yang pelbagai karenah...ramai ibu-bapa yang terpaksa keluar-masuk dewan. Bimbang ceramah menarik itu dilatari tangisan anak-anak yang bermacam ragam. Saya keluar sekali dua. Melayan Nufayl yang tika itu agak mengantuk. Dia terlelap masa dalam perjalanan dari PJ-Bangi. Tiba di sana, dah jaga...tapi masih melayan emongantuknya. ;)
Sayang juga. Saya pesan pada suami, tolong 'serap'kan untuk saya.

Tentang keluarga.
Tentang strategi Rasulullah s.a.w.
Tentang fitrah manusia.
Tentang aturan yang dijadikanNYA.
Tentang membina biáh solehah dalam diri, unit terkecil, masyarakat.


Sekali lagi, saya mengabadikan kenangan bertemu dengan Abu Saif yang entah bila lagi, dengan memotretkan gambar dan tandatangannya dalam naskhah karyanya, Aku Terima Nikahnya.
Tahun 2005, ketika usrah di rumah Abu Amiir. Nufayl pegang apa tu? Pensil warna besar, hadiah dia dapat apa ya? Naik pentas sorang-sorang ambik hadiah. Sabo je la, pantang orang sebut nama dia! ;)
Sebenarnya, depa tak tau...Nufayl tak sempat mandi daripada Subuh. Macam sapa ya? heh...tapi, bukan sebab bizi. Nufayl lena masa balik rumah. Kesian nak kejut, jadi...tukarkan seluar saja. Baju pun tak bertukar.
hehe...kalau depa tau...mesti Nufayl tak menang malam tu!
Apa pun, memang meriah dengan anak-anak, baca : Ikmal, Sirah, Fawwaz, Amni, Muhammad, Amiir, Afiq, 'Ali, Fahim, Ziyad, Adam, Fahri, Nufayl & Nuha. Ada lagi yang masih belum join the club - Alya, Amin, Alif Fitri.
yang apabila belum disuruh naik pentas, dah conquer pentas. Dah suruh naik pentas, tak nak turun-turun. Orang suruh buat fashion show, depa buat tayangan perdana Ultraman vs Power Ranger. Orang suruh nyanyi, pakat peluk hadiah masing-masing sambil lawan-lawan. Tau macam mana depa turun pentas?

Bila ada sorang bukak loud speaker la.
Mula-mula Ziyad. Lepas tu, Nufayl.
;)
p/s:Ummu Nufayl sedang meladeni Aku Terima Nikahnya. Target nak habiskan hari ini + serapkan ilmunya + amalkan pengajarannya.

Tuesday, February 05, 2008

Terasakah di hati kita?

Jika cubit paha kiri, paha kanan terasakah?
Jika adik yang jatuh, abang sakitkah?
Jika ibu sahabat yang meninggal, kita sedihkah?

Ini bukan setakat cerita cubit, sakit, dan soal nyawa seorang sahabat. Bukan setakat sahabat.
Mereka adalah saudara. Saudara seIslam. Mereka yang áqidahnya sama dengan kita.
MengESAkan ALLAH.
Membenarkan Rasulullah s.a.w.
Menghidupkan Kalamullah.
Menjalankan syariáh.

Dalam kondisi serba ketat, serba sempit, serba dhaif.
Jangan kata air-cond, kipas pun tak ada. Jangan kata kipas, elektrik pun tiada.
Jangan kata mahligai, rumah berteduh pun payah.
Jangan kata KFC, sesuap makanan pun bertempur.
Tak terungkap kepayahan mereka dengan kata-kata. Jika ada rasa dalam hati, bacalah seruan & amaran Sheikh Dr. Abdul Rahman As-Sudais ini.

Imam Masjidil Haram beri amaran

Sempadan Gaza, Mesir ditutup sepenuhnya

dan, gadis ini...nampaknya kembali bertabir di balik sempadan Palestin-Mesir. Hingga bila? Belum ada ketentuan.


Memetik tulisan Catrin Ormestad di blognya :

The border to Egypt is open, but Palestinians are still not able to travel abroad for work, studies or medical treatment. Cigarette prices may have plunged, but the cost of basic goods like sugar, rice and flour is soaring, and most gas stations are still closed. Jerry cans of gasoline, brought in on donkey carts, cannot compensate for the loss of the Israeli supply. The blackouts are still making life uncomfortable and the winter nights unbearable, and there is still no escape from the Israeli bombs and artillery shells.

Soon, the Israeli iron wall will be replaced by Egyptian barbed wire, cigarette prices will surge, and the only lasting memory of the days of freedom will be the graffiti on a wall in Rafah: "Egypt in the heart." Nothing has changed in Gaza.

~~~~~~~~~~

Jadi, konklusinya...apa kita boleh buat.
Gunakanlah senjata paling ampuh ada pada kita.
Ada wang, sedekahkanlah.
Ada tenaga & kemampuan, berjihad...silakanlah.
Ada luang & senggang, doákanlah mereka. Selagi ada nyawa, kita masih ada masa untuk mensedekahkan doá. Semoga setiap bicara kita denganNYA untuk mohon perlindungan & keselamatan saudara kita yang diancam di sana mendapat keredhaan & dimakbulkanNYA.

Jangan pula kita jadi saudara yang sibuk dengan urusan sendiri,
hingga berdo'a pun lupa.

Bersedekahlah, walau hanya dengan doá.

Thursday, October 04, 2007

Seaman Ramadhan Ini



Salam. Salam.
Salam sejahtera buat semua yang membaca,
dan kerahmatan & keberkatan Allah kudoakan buatmu.

Ramadhan sudah menjejakkan kaki ke fasa terakhirnya...10 malam akhir.
Bagaimana kita dan pengembaraan rohani kita.

Sudahkah jiwa dididik untuk kembali menjadi hambaNYA yang bertaqwa?
Sementelah Allah yang Maha Pemurah telah menjanjikan 1001 kebaikan dan kelebihan.


Seawal akhir Syaaban kita mengetatkan azam...sempurnakan puasa, sempurnakan solat fardhu, kerapkan solat sunat, banyakkan bertartil al-Quran, banyakkan bersedekah...dan sepanjang-panjang senarai (kalau isteri, antara azamnya termasuklah masak sendiri untuk keluarga berbuka & sahur).

Dan, kita sering diingatkan dengan pesan bahawa hari ini perlu lebih baik daripada semalam.
– beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam
– rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam
– dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam

Bagaimana ya mengukur kebaikan?
Bagaimana pula menghitung pahala?
Bagaimana pula membandingkan hari ini & semalam?

Jika Ramadhan lalu kita berjaya mengkhatamkan al-Quran,
tapi Ramadhan ini kita tingkatkan mutu bacaan al-Quran?

Jika Ramadhan lalu kita bertarawikh tak tinggal,
tapi Ramadhan ini kita bertarawikh berjemaah pula?

Jika Ramadhan lalu kita tidak terlibat dengan penyediaan juadah berbuka,
tapi Ramadhan ini kita sibuk dengan masak itu & ini?

Jika Ramadhan lalu solat malamnya bermula di malam pertama Ramadhan,
tapi Ramadhan ini tidak sempat bersolat malam seawal malam pertama?

Jika Ramadhan lalu airmata tumpah mengingatkan dosa,
tapi Ramadhan ini tumpahnya kering di pipi? Menangis hanya dalam hati?

Jika Ramadhan ini sedekahnya tak seberapa?

Sekadar mengundang tanya.
Bukan mempersoalkan, tapi mengingatkan.

Kita tidak sebijak DIA yang MAHA TAHU untuk mengukur kebaikan, menghitung pahala...membandingkan yang mana lebih baik hari ini atau semalam. Bagaimana mahu menghitung sedang mungkin kita khilaf dalam kenal.

Kita hanya boleh berusaha. Buat yang terbaik, klise kan? Tapi itulah kebenarannya.
Biarkan DIA menghitung, mengukur kerana DIA MAHA TAHU, hingga sehalus-halus ikhlas DIA dapat menilainya. Apatah lagi riak, moga kita dijauhkan olehNYA.

Moga Ramadhan ini melenturkan hati kita, jadi bersih jiwa, dan moga apabila Syawal nyata kelak, iblis & syaitan biar jauh dari hati kita dan kita dapat melayari hidup seaman Ramadhan ini.

Ya. Seaman Ramadhan ini.


Ameen!


p/s: Khas untuk Mudin. Ya, Abu Nufayl, Nufayl & saya suka warna hijau. Nuha belum kenal warna.

~~~
Dalam fikir, moga jadi zikir
Ummu Nufayl

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem!

Selamat datang Ramadhan.
Bulan penuh berkat.
Bulan yang ada malam 1000 bulan.
Moga Ramadhan tahun ini memberi erti dan kesan mendalam buat kami.
Ameen!


Ramadhan kali ini, Ummu Nufayl sambut dengan cuti panjang.
Iyalah…MC dr Isnin-Khamis. Konjusktivitis!

Tengah fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka dan sahur nanti. Tengah fikir-fikir di mana nak bertarawih & apa strategi kali ini.

Ini kali kedua Ramadhan dengan 2 anak di sisi. Tapi, tahun lepas aku berpuasa >50% di Kg. Pdg Melangit, Perlis. Waktu tu, masih dalam pantang – melahirkan Fatma Nuha. Sebenarnya, kalau nak dihitung, tahun ini baru kali ke-2 aku merasa kerja di bulan Ramadhan (lepas kahwin la). Sebab 2 kali Ramadhan aku ketika berpantang. Memandangkan the company bagi balik pukul 4.30 petang…rasanya sempat nak masak untuk berbuka. :)

Ramadhan tahun lalu, aku berjaya puasa 100% tanpa tinggal sehari pun. Iyalah, belum lepas 40 hari pun! Orang tua-tua kata, dalam pantang lagi. Tapi, aku gembira dapat menunaikan fardhu puasa dalam keadaan begitu.

Mula-mula, bimbang juga sebab Nuha menyusu badan sepenuhnya. Aku just guna info drp pembacaan & pesan drp Yati (BIMS) – banyakkan minum air waktu malam/sahur. Aku pastikan lebih 8 gelas air diambil malam/sahur. Alhamdulillah! Nuha yang menyusu badan sepenuhnya waktu tu cukup susunya.

Oh...jangan lupa, doa! Doa banyak-banyak supaya 'makanan' si bayi cukup tika berpuasa. Tahun ini pun, Nuha masih menyusu badan. Tapi, memandangkan dia dah makan (solid food), aku rasa insya’Allah tak ada masalah. Dia kuat makan. Then, bagi dia minum air. Nuha tak nak minum guna botol (air). Bagi dalam gelas, baru dia mahu.
Susu formula? Dia memang tolak. Tak apalah, selagi dia makan & minum dgn baik dan minum susu Ummi dengan banyaknya bila jumpa, kira oklah tu.

Pasal tarawih. Erm, apa strategi kali ini ya? Kena gilir-gilir kot! Abu Nufayl buat 8 rakaat pertama. Tukar penjaga, kemudian giliran Ummu Nufayl pulak.Ke nak tarawih kat rumah saja, bagi Abu Nufayl tarawih kat Masjid. Tapi, teringin jugak nak berjemaah. Camana yer? Kalau ada pengasuh best juga kan?;)

Tarawih kat mana? Errmmm...Masjid Imam At-Tirmizi, Seri Sentosa baru buka (sejak seminggu lepas). Besar juga! Jom ramai-ramai!

Akhir kata, Ummu Nufayl mewakili warga FitrahZH mohon ampun & maaf kepada semua pengunjung/pembaca/sahabat/saudara yang mengenali/tidak mengenali kami. Kalau ada apa-apa tuntutan/hutang/hak yang ada pd kami...silalah hubungi ya! :) Semoga mendapat Ramadhan yang berkat!

Monday, August 20, 2007

LAGU KEBANGSAAN

31 Ogos 2007 bakal menjelma. Semangat kemerdekaan dah muncul dah rasanya. Erm.. yaa.. semangat.Kita mestilah bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dicapai Malaysia; kini telah pun mencecah tahun ke-50. Malaysiaku, negara Islam yang makmur, harmoni, sejahtera dan penuh dengan pembangunan.. Fizikal.

Mula la tu. Sebelum lebih jauh, Abu Nufayl rasa seronok dengan semangat patriotik yang warga Malaysia tunjukkan. Dan ada segelintirnya yang kurang siviknya. Bukan sengaja, tapi jahil gamaknya dengan perundangan dan perlembagaan negara. Mahu main-main katanya. Dan lagi katanya, tidak sengaja.

Walhasilnya, gelap masa depan. Tiada lagi pengampunan. Tidak sengaja bukan satu alasan kukuh. Tidak tahu juga bukan satu alasan logik. Berpuluh tahun jadi anak Malaysia, masakan tidak tahu. Gedegum... Hukuman akan dijatuhkan. Tiada rakyat Malaysia, waima ahli kabinet yang boleh memaafkan kesalahan ini. Ini kesalahan terhadap negara. Mesti dan tidak boleh tidak, pengajaran harus diberikan.

TEGAS. Itu komen saya bila melihat kepada isu ini. Baguslah. Ada juga pemahaman yang jelas terhadap pengertian undang-undang. Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Pengampunan bukan milik rakyat, ia milik perlembagaan!

Saya tampak cukup bersemangat kali ini. Cintakan negara gamaknya. Betullah tu.

Cuma...

Alangkah indahnya ketegasan itu turut digunapakai terhadap perundangan Islam. Penganut agama Islam, contohnya jika melakukan kemaksiatan terhadap agama dan Allah, wajar dihukum. Wajib dihukum. Jika tertangkap di dalam pub, berpakaian seksi, minum arak, mesti dihukum. Jika bersubahat dengan membiarkan gejala perjudian dengan memberikan lesen, juga wajib dihukum. Jika melanggar syariat, baik dari berseluar pendek, tidak bertudung, memakai pakaian ketat menggiurkan, meraikan agama lain seolah-olah merelainya, juga wajib dihukum.

Dan hukuman ini, tidak ada mana-mana umat Islam yang boleh mendabik dada memberikan justifikasi dengan membuat hukum sendiri. Apatah lagi memaafkan atau menghalalkannya! Itu munafik namanya jika semangat cinta negara melepasi ketaatan terhadap hukum Allah. Malah boleh membawa kepada kekafiran jika i'tiqadnya mengatakan syariat Islam tidak sesuai dengan zaman atau perlu dihalakan hanya kerana meraikan penganut agama kufur yang tidak pun pernah ingin meraikan keterbukaan Islam. Malah sentiasa mengintai peluang menginjak kepala dan hati umat Islam.

Sayangnya, kita lepaskan kemaksiatan ini. Alasannya, ada penganut agama lain. Alasannya, mereka tidak sengaja. Mereka tidak tahu. Kepala beku apakah ini mengguna pakai alasan picisan, goblok dan 'moron' ini. Nyahlah dari rahmat Allah, bagi mereka yang merasa seronok meninggalkan prinsip perundangan Islam, tetapi mengangkat KERIS, menyatakan mereka perjuang perlembagaan, pejuang bangsa.

Allah telah pun memberikan satu kisah untuk kita teladani melalui kes penghinaan lagu kebangsaan kita ini. Betapa zalimnya kita bila secara tidak sedar kita telah pun menjadi penganut fahaman kebangsaan, tanpa sedikit rasa jelik meninggalkan aturan kehidupan dan perundangan Islam.

Sedarlah, kita wajib menyayangi negara bangsa. Tetapi sanjungan mutlak kita hanyalah al-Quran dan Sunnah.

Wallahua'lam.

Friday, June 29, 2007

Exam/War? Strength?

I just forget what I gonna write. Just now, I'm so keen to write sumthin. What is that sumthin hah? Ntahlah...dah lupa.

Oh...yes, I remember now.

What will you do if you are going to sit for exam or you are going to a war?!

Of course, we will get ourself ready, so by that 'time' (xm/war)...we have something in mind/physically prepared. With our 'little' (for HIM) and maybe 'soo much' (for us)...may our usaha diberkati. Yeah...we must not forget to do'a also.

I think I'm gonna sit to xm soon. What xm? Exam as hambaNYA. :) Pls pray I'll pass with flying colors keyh!

---

One more thing. I think I should share with all of you (becoz sharing is caring right?).
Last weekend, our good friends a.k.a mentor a.k.a naqib/naqibah a.k.a sister/brother a.k.a like a family to us...pay a visit to our house since we couldnot make to visit them. My hubby was not well last weekend.

What do you expect when a good friend visits you?

Well, some friends will share your smiles...while some good friends just understand the meaning inside your smiles. You just don't need to explain it...they understood.

And, one advice that I want to share with you my friends...


Don't let go the practice of Do'a al-Mathurat in your life...every morning & evening. Very much hikmah with the practice...you won't know...just amalkan. You will see the hikmah on iman strength...istiqamah...etc.



Yes...it is one my naqibah's advice (during usrah after SPM). Sometime, somehow...after I got 2 kids...I let the practice...with 'kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak'. And now, afterall the ujian that we faced...I realised...now is the time for us to strengthen ourselves inside-out.

Al-Mathurat!

:)


~~~
From bottom of my heart,
Hany FF

Wednesday, February 28, 2007

Pasal Untung Besar lagi

Ni pasal untung besar lagi. 'ONGG' kata orang Cina. Nak baca catatan awal, baca post saya 8 Feb '07 : Semua Pasal Untung Besar.

Jawapan pasal EmPay dah keluar. Baca di sini!.
Bagi yang pernah dengar pasal ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund atau Winlifund, sila klik dan bacalah!

Pasal EmPay ni kecoh kat ofis saya. Drp mula-mula masuk sini. Semua orang sibuk pasal EmPay. Ada yang sampai dapat riban-riban sehari. Ada yang Rm500 sehari. Ikut kerja lah depa kata. Kalau kerja lebih, dapatlah duit lebih. Sanggup turun ke Borneo sana untuk promote kepada orang sana. Semua pasal duit.Hidup mau duit.

Tapi, nak hidup di akhirat mau apa ek? Halal ke Haram?!

Jawab! Jangan tak jawab.

;)

Tuesday, February 27, 2007

Ilmu Itu Milik Tuhan

Saya dpt forwarded email. Semoga kita mendapat kebaikan drpnya.
~~~~~~
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum Subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
~~~
Yang no 4 tu, kitab mana ek kata tak boleh makan makanan darat campur mknn laut?

Sesiapa yg tahu boleh tolong jelaskan?

Thursday, February 08, 2007

Semua Pasal Untung Besar

Saya sedang mengkaji.
Tentang pelaburan dan perniagaan yang bagaimana yang dibenarkan.

Banyak maklumat di zaharuddin.net.

---
ASB

1. Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra
2. Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB. Jawapan Ringkas

Baca juga
3. Penjelasan Salah Faham Berkaitan ASB Dan Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti

Apa jadi ek kalau ASB tak melabur di Maybank, BAT, MNR & Commerce Asset?
Kenapa yer ASB yang diwar-warkan HALAL oleh Kerajaan tak pernah pun dibincangkan statusnya oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti? Kenapa tak apply utk status HALAL?
Kenapa PNB/Kerajaan takut utk minta Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti yang beri jaminan status halalnya? Kenapa PNB sendiri yang perlu bagi jaminan pelaburan tersebut?

Kita sendiri bolehlah, kita faham status ASB tu macammana. Tapi, mak bapak kat kampung. Nenek & Tok yang ikut saja apa kata 'kerajaan' yang claim benda tu halal camana? Jenuh terang...depa bukan nak terima hujah kita. Balik-balik katanya, 'Kerajaan kata halal. Depa tanggung la kalau tak halal.'

Aduh! Aduh!

Dunia dah tak kenal halal haram!
Eh bukan! Kerajaan Islam Had-hari yang 'simpan' semuanya.

---
MLM

Utk yang ingin/sedang bergiat cergas dlm MLM. Jgn lupa baca ini.
Biar kita jelas dgn apa yg kita lakukan. Bukan sekadar taqlid buta.

---
DINAR IRAQ

Yang kat ofis ni, memang ada yang bising pasal Dinar Iraq ni. Jom baca apa kata Zaharuddin.

---
PERNIAGAAN INTERNET

Setiap apa yang dilakukan ada hukumnya. Biarlah kita jelas.
Baca ini!


p/s: Bukan apa, bila ofis di sini...yg ramai golongan lelaki berusia 40-an. Macam-macam side income yang dipromote pd kita. Lemas pun ada. Sebab tu, kena kaji dulu sbl join apa-apa. Biar susah dulu. Jangan lepas 'kenyang makan harta', baru tau sebenarnya haram.

Tak semuanya haram. Cari yang halal. Senang hati!

Nak tahu yang Halal?
Senarai Pelaburan Islam


~~~
Suara Hati Rakyat yang Gundah!

Wednesday, January 31, 2007

Halalan Thoyyiba

BACA INI DAHULU :
http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=531

Bagus sangat kan? Kalau benda ni kita mampu beli, kena guna everytime before makan/beli mknn. Baru selamat.

Halalan Thoyyiba. Kan?

Wednesday, December 27, 2006

Manifestasi Qurban

To my life partner,

"kata nak upload dan boleh upload tetiap hari. Tader pun.. " heheh.. selamba jek sound tuan rumah.

Assalamualaikum wbt.

Orang selalu tanya diri mereka, apa yang diberikan kepada mereka. Tapi tidak terfikir apa yang mereka berikan kepada orang lain.

Falsafah agung ini tersebar luas di mana-mana. Negara kepada rakyatnya. Pemimpin kepada bawahannya. Syarikat kepada anggotanya. Ibu bapa kepada anaknya. Anak kepada ibu bapanya. Dan seterusnya tiada akhir.

Mungkinkah ia telah disalahgunakan? Jika asalnya ungkapan ini menjadi panduan agung untuk kita berbakti. Boleh kita katakan sekarang ini ia hanyalah ungkapan eskapisme mereka yang tidak mampu menunaikan tanggung jawabnya, tetapi menuntut haknya dipenuhi?

Wajarkah rakyat diseru berbakti jika negaranya menindas dari pelbagai segi? Berbakti adalah tanggung jawab rakyat. Tak usah dituntut hak negara.

Patutkah pengikut diminta bersabar, jika pemimpin tak sudi mengeluarkan duit poket sendiri menampung serba macam kekurangan dalam persekitarannya? Sabar itu memang sudah tanggung jawab mana-mana manusia, ditaklifkan Allah kepada makhluqnya.

Bolehkah Syarikat minta anggotanya menunaikan tugas dengan ikhlas, jika kerelaan Syarikat melihat permasalah akar umbi tidak pernah ditunaikan? Bertugas dengan ikhlas itu sudah jadi tanggung jawab anggota Syarikat.

Suami dan isteri minta pasangannya bersyukur pada apa yang ada, sedangkan tidak pula dia membekalkannya sewajarnya. Bersyukur itu sudah jadi tanggung jawab mana-mana hamba Allah swt.

Di mana pula tanggung jawab negara? Pemimpin? Syarikat? dan Suami, mahupun isteri? Kalau hanya hak yang dibicarakan dan dituntut, jauhi falsafah mahupun peribahasa.

Kita korbankan amarah kita, kerana ia hanya hak kita. Tetapi kita bertanggung jawab menenangkan hati manusia lain. Hati sahabat, hati anak, hati pasangan, hati ketua, hati anak buah dan segala macam hati.

Kita curahkan kasih sayang kita kerana itu tanggung jawab kita. Dan hak kita untuk mendapat kasih sayang adalah tanggung jawab orang lain menunaikannya.

Kita jangan cari apa yang betul pada kita kerana itu hanya hak kita yang menjadi tanggung jawab orang lain untuk menunaikannya. Tanggung jawab kita hanyalah memberikan yang terbaik secara betul kepada orang lain.

Luas persoalan hak dan tanggung jawab. Tapi jika kita berkorban kerana hak kita untuk mendapatkan pahala daripada pengorbanan kita, tidak perlulah berkorban. Kerana tanggung jawab kita sebagai hamba Allah adalah membuat pengorbanan. Hanya Allah memiliki hak mutlak memberikan balasan atau tidak.

Sebab itulah kita ini dikenali sebagai mukallaf. Kita hanyalah makhluq yang diberikan amanah dan tanggung jawab, untuk ditunaikan. Bukanlah kita ini penuntut kekuasaan, yang menuntut darah dan keringat makhluq lain, yang ada serba macam tanggung jawab tersendiri ingin ditunaikan.

Percayalah, semua orang inginkan haknya dipenuhi. Maka, disebabkan itulah semua orang perlu bertanggung jawab menunaikan hak orang lain.

Bertanggung jawablah ; dengan tidak mengatakan mengatakan AKU BERHAK! ...

Greek saying: "Those whom the God wants to destroy, they first made mad with Power."


Salam Eid al-Adha.

Wassalamu'alaikum wbt.

Tuesday, December 12, 2006

Fizikal Kaabah

Fizikal Kaabah

Baru-baru ni, tengok program Seruan Haji di RTM1. Baru tahu, rupanya Kaabah bukan berbentuk segi empat sama. Bentuknya hampir segi empat sama.

Ukuran Saiz Kaabah
Tinggi : 15 m
Drp Rukun Hajaratul Aswad ke Rukun Iraqi : 12 m
Drp Rukun Iraqi ke Rukun Yamani : 11 m
Drp Rukun Yamani ke Rukun Syami : 12 ½ m
Drp Rukun Syami ke Rukun Hajaratul Aswad : 10 ½ m

Setiap Rukun yang diberi nama Negara (Iraqi, Yamani, Syami) masing-masing betul-betul menghala ke arah Negara tersebut.


Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri

Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullah

Kami sekeluarga, abu nufayl, ummu nufayl, nufayl & nuha ingin mengambil kesempatan terhad ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan dan yang belum berkenalan, asalkan membaca blog ini.

Sedih meninggalkan Ramadhan. Terasa lemah iman dalam diri untuk membuktikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Entahkan sempat, entahkah tidak, kami menjengah kembali ke bulan penuh barakah ini. Rindukan Ramadhan!

Secara khusus, Abu Nufayl menghulurkan salam kemaafan jika terdapat kekasaran dan keterlanjuran, baik dalam penulisan blog ini, kehidupan seharian, pemanduan kenderaan mahupun ketika di dalam lif dan di atas elevator. Begitu juga Ummu Nufayl, salam dari beliau yang kini sudahpun berada di Kuala Lumpur sejak hampir dua minggu yang lepas. Meneruskan pantang di KL pulak.

Kami akan berangkat ke kampung halaman abu Nufayl pada hari ini, dan akan kembali semula pada 30 atau 31 Oktober akan datang.

Ampun dan Maaf dari kami sekeluarga. Zahir dan batin. Dengan pesanan, jangan musnahkan dan hancurkan hasil latihan sebulan Ramadhan dengan sifat kita yang bertentangan dengan ajaran AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAQ Islam. DENGAN APA CARA SEKALIPUN!! ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHI al-HAMD!

Abu Nufayl, Ummu Nufayl, Aleef Nufayl, Fatma Nuha

Friday, September 29, 2006

Dua Kerdipan Mata : Kasih Ramadhan...

Betapa indahnya Islam. Allah 'campakkan' kepada hambanya nilai-nilai hikmah. Dan kemudian nilai hikmah ini diganjarkan pahala apabila diamalkan oleh penganut agamaNya. Maka rugilah mereka yang berpaling daripada ajaran agung Islam yang maha suci ini.

Senyum si muslim mempamerkan bersamanya keikhlasan. Tenangnya membawa rasa damai bernaung di bawah ajaran suci. Rendah dirinya penuh rasa tawadhu' terhadap kekuasaan Allah swt. Dan kadangkala tercetusnya rasa amarah dalam diri hamba Allah, disertai dengan kesabaran yang dibekalkan melalui pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Umat Islam tidak perlu memaki hamun jika marah. Bahasa yang diguna masih indah. Hanya susunan kata yang menggambarkan kemarahan. Hatinya segar mengingat Allah. Semangat dakwah sentiasa mekar di dalam dada. Hasrat ke arah memelihara silaturrahim sentiasa segar dalam jiwa masing-masing. Cinta kami, kerana Allah, kasih kami kerana Allah. Marah kami kerana Allah. Dan oleh kerana semuanya disandarkan pada Allah swt, maka kaedah umat Islam bergembira, bersahabat, bertolong-tolongan malahan berperang juga akan mengikut sibghah Allah swt.

Rakan-rakan sekalian, Ramadhan mencapai ke suku waktu. Masa terlalu cepat berlalu. Betapa penting kita menyediakan senarai semak apakah yang telah, akan dan perlu dicapai dalam me'rayakan' ibadah puasa Ramadhan kali ini, dan seterusnya, insyaAllah.

Prof Dr Wahbah az-Zuhayli, dalam Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, dengan merujuk beberapa keterangan lain, menggariskan, perlunya kita melihat beberapa perkara antaranya :

1. Bertambahnya sifat amanah kita sepanjang menjalani ibadah Ramadhan. Penulis mengamati, amanah ini boleh kita bahagikan kepada :

a. Ibadah kita khusus dan umum. Tidak menyeleweng dari garis panduan. Tidak meninggalkan segala rukun Islam yang lain. Mengutamakan ibadah sunat, tetapi mestilah mendahulukan memenuhi segala yang difardhukan
b. Amanah kepada ahli keluarga. Mencukupkan keperluan, fizikal dan rohani. Membentuk mereka dengan sewajarnya; jika kita inginkan mereka hadir di dalam jiwa sebagai 'qurrata a'yun'
c. Amanah kepada sumber rezeki. Waktu kerja, sumber makanan dan minuman yang halal agar keseluruhan ibadah diberkati dan diredhai/

2. Bertambah mantap cita-cita dan keazaman kita. Perlu kita pastikan keazaman kita menghabiskan seberapa banyak lembaran mushaf al-Quran, contohnya, akan menjadi sumber inspirasi kita untuk meneruskan di bulan-bulan yang lain. Bersedekah. Bantu-membantu. Manifestasi keazaman ini akan membentuk jiwa yang kental berjihad di jalan Allah swt, tanpa rasa gentar dan ingin berundur dari perjuangan.

3. Terbentuknya lebih kesabaran dalam diri. Kita yakin, secara fizikal, kita sudah cukup bersabar sepanjang hari berpuasa. Tetapi, adakah kita jadikan bulan Ramadhan bulan untuk melatih kita bersabar melihat makanan yang mewah-mewah. Sabar jika masakan suami atau isteri tidak menepati rasa yang diingini. Sabar jika air yang terhidang tidak cukup 14 warna. Sabar jika juadah kurang daripada 7 jenis setiap hari. Dan kesabaran yang dilatih ini memberikan kesan jangka panjang terhadap sikap zuhud, qana'ah, redha dan syukur terhadap kehidupan seluruhnya di muka bumi.

4. Kita lebih terpelihara daripada dosa, kecil mahupun besar. Syaitan yang terkutuk dirantai pada bulan mulia ini. Maka pastilah sebarang dosa yang kita lakukan merupakan SAHAM MILIK PENUH kita sendiri. Jangan salahkan syaitan, iblis, anak syaitan, mak saudara syaitan mahupun kakak ipar syaitan jika kita membuat dosa. Itu diri kita sendiri. Itulah diri kita yang sebenar. maka malulah kita kepada Allah swt jika kita tidak mampu menahan diri melakukan kemaksiatan, walaupun berdetik hati rasa hasad, marah, sangka buruk dan benci kepada manusia yang lain. Malu kita, sahabat-sahabat sekalian, akan berterusan hingga ke hari Akhirat. Cuci hati, bersihkan aqal fikiran dan perangi ammarah kita sewajarnya.

Tidak sempat saya petik dan huraikan semuanya. Ramai lagi yang lebih berkelayakan membicarakan bab ini. Dan banyak lagi sumber yang lebih 'ashoh dalam menghuraikan kaedah penghayatan Ramadhan ini. Sekadar menunaikan tanggung jawab sesama muslim. Memperingatkan diri sendiri, melatih aqal agar lebih berhati-hati.

Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah, kita sedang merayakan ibadah Ramadhan yang indah. Namun hari ini tidak menjamin hari esok. Entahkan hidup, entahkan tidak. Bezanya antara kehidupan dan kematian hanyalah sekadar dua kerdipan mata. Kita kelipkan mata, ia terbuka kembali, maka tandanya masih kekal roh kita dalam jasad.

Kita kerdipkan lagi, dan tidak berupaya membukanya kembali, maka ketahuilah, janji Allah telah pun tiba. Masanya untuk kita menghadap munkar dan nakir, menyaksikan kebenaran catatan Raqib dan 'Atid, menerima tanpa boleh berundur lagi segala janji Allah.

Dan ingatlah juga, jarak antara dua kerdipan mata, sebenarnya tidak lebih daripada perpuluhan lima saat. Itulah pemisah kita, antara Ramadhan hari ini dan Ramadhan hari esok. Dunia dan alam barzakh. Taubat dan terlambat.

Ihya' Ramadhan al-Mubarak. Percayalah, Ramadhan akan membawa Ketenangan; menjanjikan Kemenangan. Asalkan dilakukan penuh Keimanan!

Wasalamullahi Alaikum.

Thursday, August 17, 2006

Ringkasan Sebulan?

Ringkasan Sebulan

Waduh ibu, bapa, sudah sebulan kutinggalkan laman ini. Sejak meletusnya perang Lebanon dan Israel, mood berkurang untuk update sebarang isu. Rakyat negara OooICeee katakan

ASIA BARAT

Baru tak sampai seribu ahli Hizbullah dikerah, itu macam hasilnya bila melawan puluhan ribu Yahudi laknatullah. Cuba kalau tentera kerajaan Lebanon, Iran dan Syria tumpang semangkuk. Lepas, tu last fire, kasila kat Malaysia, hantar tokoh pemuda kita tu, huhu. Cuma sayang sikit, kali ini perjuangan berlaku melalui penganut Syiah. Tidak apa, janji Allah pasti tiba.

Perangnya antara tentera sebuah KERAjaan, dengan gerila, Hizbullah. Betul kata bijak pandai bila tentera dan gerila bertembung, TENTERA akan tewas apabila mereka tidak berjaya memenangi sesuatu pertempuran dengan gerila. Manakala gerila hanya perlu untuk tidak tewas bagi diisytiharkan sebagai pemenang.

KOMEN : Cayalah!

MALAYSIA TIMUR DAN BARAT

Haa! Ni ada jugak gerilanya. Seorang bekas pemimpin dengan sekerat dua konco-konconya lancar perang dengan tentera kerajaan. Kelam kabut juga dibuatnya. Habis terkeluar, terdedah segala macam benda. Aparaa, cakap besar, tentera gerila sorang ni pun tak dapat nak handle. Jeneral tentera ni pun jenis pendiam dan pemalu dan bersopan santun, so, dihantarnyalah tentera GELIla-GELIlanya untuk berdepan.

Kuat juga lagi yer!! Heheh, yang gerila sorang ni pun satu, patut-patutnya pergi ajela ke masjid, jadi tok siak ke, tok bilal ke. Tak habis-habis.

KOMEN : Gilalah korang!

SEMENANJUNG MALAYSIA-TENGAH
Satu

Nak jadi hal, tertengok sorang wanita yang macam tak betul sepenuhnya masa kat luar mahkamah, menjerit-jerit nak buat sidang akhbar dan sebagainya. Tapi kan, dalam tak betulnya dia ni, berjuta ringgit juga ditipunya (mengikut pertuduhan)orang-orang terkenal, high-high level semuanya. Lagi satu kartun, depa ni betul ke high level? Ke, huhuh, lagi tak betul dari yang tak betul. Abang, akak, hati-hati ya! Sekarang banyak tukang sihir. Nak kaya cepat. So, mereka yang kaya, jangan la jadi miskin cepat, berpautlah pada jalan Allah, dan mohon perlindungannya.

KOMEN : Ada otak, pakai!

Dua
Sebut pasal hantu, hari tu, pegi jugak pameran Hantu, niat asalnya biasalah, seperti objektif program, memantapkan aqidah. Bawak Nufayl sekali masuk. Saja jer. Masuk pun waktu Maghrib. Hembus-hembus sikit si kecik tu, then kami masuk, dengan adik ipar. Ummu Nufayl tak masuk, takut kacau kandungan. Kononnya. Masuk kat dalam, jalan-jalan, best jugak boleh tengok memacam hantu ni. Ada jenglot, toyol, ikan duyung (hantu ke ke ni, ke makhluk halus ke ni?). Lepas tu jenguk la kat bilik yang katanya ada pocong. Nufayl rilek je. Tu kira cam satelit la tu. Kalau dia nampak, Abu Nufayl cabut la langkah seribu. Heheh. Wal-hasilnya, kami gembira di dalam. Nufayl pun GEMBIRA tengok hantu. Dia buat bunyi WARGH! ARGH! UUU! OOO!! Bila dah kuar, terasa betul la, makin mantap aqidah!??!! Syabas penganjur.

KOMEN : Manusia sekarang memang hantu pun.

SEMENANJUNG MALAYSIA - UTARA

Sebut pasal sihir, sekarang dah heboh seantero dunia, masa outstation ke negeri X Darul Ridzuan tempoh hari, katanya musim konvo penuntut ilmu santau, terdiri dari lebih kurang 25 perempuan/gadis, apa-apa ajelah dah tiba. So, macam biasalah, depa kena cari ‘mangsa’ dalam 100 orang untuk berjaya grad. Haa! Lagi satu hal, Nak makan pun susah, terutamanya kaum lelaki. Memangla kita kata apa kejadahnya buat benda tu, dari bunuh, baik ajak seratus lelaki tadi kahwin, seratus malam, ada jugak pekdahnya. Untuk makluman, sudah 7 orang meninggal sehingga hari ini. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan, namun sedih bila asbabnya melalui penderhaka ajaran agama ini.

Membunuh dengan zalim dan tidak bersebab diharamkan ajaran agama. Maka begitu jualah sihir dan yang sewaktu dengannya. Katakan Tak Nak, pada sihir!

KOMEN : Nak tuntut ilmu, kena berguru, nak berguru, kena tuntut ilmu dulu!

SEMENANJUNG MALAYSIA - TIMUR

Perkampungan Hadhari nak masuk Kelantan. Jom kita ramai-ramai meriahkan. Kalau tak ketahuan, ramai-ramai kita bakar kampong tu. Hiburan tak apa. Maksiat ko jangan!

Apa ke namanya, Taman Budaya, kerajaan Pusat nak kasi kat negeri Kelantan. Kelantan kata, go heik (go ahead), tapi kena ada hak guna sama. Maksudnya, nak bubuh-bubuhlah apa-apa pun, tapi kerajaan negeri kena pantau. Karang jadi lubuk maksiat pulak. Kalau tak pun karang jadi gajah putih.

KOMEN : memang banyak gajah kat Malaysia ni. Monyet lagi banyak.

DALAM RUMAH SENDIRI :

Oyeh!, sikit masa lagi dapat adik nombor dua. Haa! Adik? Ye la, Nufayl panggil Abu Nufayl ABAM, so, dia tu kira adiklah kan??!!

Suami penyayang, eceh, eceh, mendoakan isteri yang dikasihi, agar selamat segalanya. Dan terima kasih atas segala pengorbanan.

KOMEN : Cantik juga bila perut memboyot. Tapi kalau laki macam tu, confirm kena reject!

ALAM MAYA
Akan ada pemantauan untuk laman-laman web, blog, dan seumpamanya bagi menapis kandungan-kandungan yang boleh mengancam keselamatan dan perpaduan nasional. Alamaks!! Boleh tuan cerita sikit tak criteria lanjut??? Takutnya.. Takutnya!

KOMEN : Takut pada Allah, Kasih Pada Rasul, Sayang Ibu Bapa, sedap kan lagu tu?

Salam Sayang buat semua.

Monday, March 01, 2004

AnAK-AnAk ItU BeRsIH...

Assalamu'alaikum wbt

Bermula satu lagi minggu yg baru dlm hidup ini. Alhamdulillah semuanya dlm keadaan selamat & sejahtera hingga hari ini. Pagi ini, sambil menghitung hari yg telah berlalu, sempat juga muhasabah diri dgn apa yg telah berlaku akhir-akhir ini. Teringinnya nak jadi wanita solehah. Entah bila akan tercapai...dgn diri yg tak seberapa. Terlalu besar halangan rasanya. Tapi takleh nak kata gak kan...alau usaha...mesti DIA tak menghampakan! :)

Sebenarnya...yg tersentuh rasa hati tu...bila tgk Ustazah Dr Sharifah Hayaati last saturday. Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1425 H yg dibuat di TM Bkt Mahkamah ni, Dr Sh. Hayaati dijemput utk bagi sedikit pengisian. Kecil comel saja orangnya...bukan spt yg dilihat di TV.

Antara yang terkesan dlm penyampaiannya ialah....Azam bermula dengan penyesalan. Taubat bermula dgn kesedaran. "Sesal itu satu proses taubat"...quote kata-katanya.
Betapa pentingnya taubat itu, hingga dlm du'a akhir tahun dituliskan secara terang akan keampunan diminta drp DIA bagi dosa2 sepanjang tahun yg berlalu.
Betapa pentingnya taubat...hinggakan Rasulullah s.a.w. sendiri bertaubat lebih 70 kali sehari (mengikut sesetengah qaul...dan ada pula yg berkata lebih 100 kali sehari). Kita...cukupkah dgn 3x5 waktu solat = 15 kali sehari (kebiasaan bagi majoriti kita)? Atau cukupkah dgn lafaz tanpa penghayatan yg mendalam terhadap kalimah "Astaghfirullahal'Adzim" (walau berapa kali pun kita lafazkannya)?

Rasulullah s.a.w. hinggakan ketika ditanya 'Aisyah r.a. dlm satu bulan Ramadhan...-lebih kurg ceritanya beginilah- "Kalau kau dpt Malam Lailatul Qadr, apa yg ingin kat du'akan ya Rasulullah?" Dan jawab Rasulullah s.a.w. "Allahumma innaka 'afwun kariim, tuhibbul 'afwa, fa'fu'anni, faghfirli"
Du'a yg memohon ampun juga yg diminta...bukan du'a lain yg menjadi pilihannya. Kalau kita juga boleh 'amalkan du'a ma'sur ini...alangkah bagusnya :).

Akhir sekali,
Dr. Sh. Hayaati bagi satu tips...utk murah rezeki, diberkati selalu, buleh 'naik' dlm bidg yg kita ceburi, awet muda & kesihatan yg baik... ;)
nak tau dakkk??? hehehe...jeng jeng jenggg...

"Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa'aafini wa'fu'anni"

Pernah dengar tak du'a tuh..of course la kan. Kita baca 17 kali sehari semalam. Samada kita hayati atau tak jek. Du'a antara dua sujud. Dan diceritakan...antara dua sujud merupakan antara waktu mustajab utk berdu'a. Bermula dgn minta diampunkan dosa, then minta kesihatan yg baik (warhamni), minta dinaikkan darjat (warfa'ni), minta dimurahkan rezeki (warzuqni) dan berakhir dgn minta diampunkan dosa. Minta-minta dosa kita dibersihkan drp dosa-dosa kecil dan menjadi pengampunanNYA utk dosa-dosa yg besar.
Ameen....

p/s:

Tersentuh juga hati dgn nyanyian nasyid, dendangan anak Cik Yusof (staff JND tgkt 4)...
Comel dan mendayu-dayu suaranya...menyampaikan nasyid "Rumahku Syurgaku"-Aura

"Anak-anak itu bersih...ibarat kain putih...
Bimbinglah kami mengenal Allah...
Mengenal dosa dan pahala...
Rumahku Syurgaku...ayah juga ibuku..."


Sunguh mendayu-dayu...

---
Hany FF
"wahmanka abghii ya Ilaahi....raajiyan...."
9 Muharram 1425 H
1 Mac 2004 M

Friday, February 27, 2004

MENANGISlah di SINI!

Assalamualaikum wbt semua!
Hari nih mula dgn lembaran baru @ fitrahzh.blogspot.com! :D

Salam buat semua. Semoga hari-hari yang berlalu meninggalkan kalaupun tak banyak, cukuplah sedikit kesedaran dlm hati-hati kita semua utk menjadi insan yg lebih baik pd hari ini :)

Dua tiga hari ini...rasa cam maleh nak nulih kat blog...ghalit baca blog org pulak ;) (dah sampai stage mcm muding dah :P). Berkongsi pengalaman? Ermmm...apa yg boleh kuceritakan ya? Tepu rasa minda nih...tak terungkap satu pun. Cuma yg boleh dikongsi...akan satu artikel...yg cukup menyentuh hati. Selamat membaca! :)


MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!.............



SUMBER : http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=118

---
HANY FF

6 Muharram 1425 H
27 Februari 2004 M