2 hari baru jumpa?
Iya, dua hari sebelum saya bertolak pergi...baru jumpa dengan yang dicari sekian lama!
Kisahnya begini...
Ketika menelusuri hari di tanah kelahiran Rasulullah s.a.w, tanah yang dipilihNYA menjadi tanah haram...saya sering berharap untuk bertemu dengan Tok Guru Melayu yang diceritakan ada mengajar di dalam Masjidil Haram.
Suasana sebelum usainya Haji...terlalu ramai. Membuatkan saya & suami tak sempat mencari halaqah ilmu yang disampaikan dalam bahasa Melayu di Masjidil Haram. Saya bisikkan pada suami, seusainya Haji nanti...harap-harap kita dapat bertemu dengan halaqah tersebut dan dapat mengikuti pengajiannya.
Sesi soal jawab dengan Mufti Mesir & Mufti Makkah jumpa.
Halaqah ilmu Bahasa Urdu pun jumpa.
Halaqah ilmu Bahasa Arab pun jumpa.
Tapi halaqah ilmu Bahasa Melayu tak jumpa-jumpa.
Namun begitu, kami teruskan mencari dalam hari-hari yang terus berlari di sana. Sehingga tak kami sedar saat itu tinggal beberapa hari untuk bertolak ke Madinah al-Munawwarah. Saya bisikkan kepada sahabat jemaah Muslimah, untuk terus mencari & harap bertemu dengan Tok Guru Melayu yang diceritakan.
Keesokannya, kesesakan yang menghalang kami daripada solat di dataran Kaabah rupanya ada hikmahnya. Kami tersekat di kawasan solat berhawa dingin, dekat bab al-Malik Fahd. Selepas solat, kami meneruskan perjalanan untuk ke belakang Maqam Ibrahim. Tak jauh dari tempat hawa dingin itu, saya terdengar suara Tok Guru mengajar. Dalam bahasa Melayu! Cepat-cepat saya tarik suami...dan tergendalalah kami di situ mendengarkan kuliah Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Mandeley. Ingatkan orang jiran, Indonesia...rupanya Sheikh Muhammad Abdul Qadir asalnya daripada Kedah! Alhamdulillah!
Benarlah, ada kata orang...kalau nak cari Sheikh ni, cari di penjuru Yamani, dalam kawasan masjid. Setiap kali selepas Maghrib membawa hingga ke Isya'. Kalau tak silap kuliahnya cuti hari Khamis malam Jumaat.
Kuliahnya ringkas sahaja.
Sesi 1 : Penceritaan sirah Rasulullah s.a.w.
Sesi 2 : Soal-jawab. Tak terbatas kepada sirah sahaja, malah terbuka kepada persoalan fiqh etc.
~~~
Selasa, 8 Januari 2008 : Kisah Perang Uhud, dengan kisah Handzalah as-syahid yang dimandikan malaikat. Kenapa?
Rabu, 9 Januari 2008 : Kisah Perang Khandak/Ahzab, dengan kisah Huzaifah. Kenapa dia merasakan dirinya sebesar kuman? Dan, kenapa dia didoakan Rasulullah s.a.w menjadi temannya di syurga?
Kisah selanjutnya di tulisan akan datang khusus untuk kisah-kisah tersebut.
4 comments:
sudah tukar ka..? bukan dekat tempat saie ke dulu..
betul2 di rukun yamani. dekat je dgn tempat mula saĆe tu. tak jauh.
wahh hany, ika pun mmg teringin juga nak cari ni.. tapi masa kite gi dulu kite malu2 kucing jalan2 sana sini lebih2 kan.. itu pun tak jumpa la masa pusing2 tu.. ramai ke org pomwan kat situ yg dgr juga? teruja nak dgr kisah no. 2 tu especially...
p/s: hany cemana dgn soalan dr email ika tu ? tq
psl soalan tu, belum dpt call kak fari.
aah ler ika. kat situ memang tak ramai pompuan. masa hany pi tu pun ada la dua tiga kerat. tapi sebab ada hubby gak...taklah rasa janggal. hany dok kat blakang sket la...jauh drp orang.seken day pergi, baru ada makcik2 dua tiga orang lagi. depa mai berhimpun kat tmpt hany duduk...so, jadi la satu group pompuan. :) takper, nanti ada rezki pegi lagi. :)
Post a Comment