Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, October 08, 2008

7 Oktober Datang Lagi

Semalam, hari lahirku yang ke-28.

7 Oktober kembali mengisi ruang hidup.
Dalam sangka-waktu yang penuh,
Seringkali terasa senggang oleh kadang-kadang yang menyelit di rasa.

Seputar sedikit luah rasa. :)

Alhamdulillah, 7 Oktober datang lagi. Semalam, hari terakhir cuti raya. Semalam, kami tiba di KL awal pagi. Subuh di Masjid Abu Bakar, Bangsar...terus mandi-manda dan siap-siap untuk ke pejabat. Semalam, mesyuarat pertama setelah bertukar ke Bahagian Implementasi Projek.

Semalam juga, setelah lebih seminggu seharian suntuk dengan anak-anak (kan cuti raya), saya merindui keletah mereka.

Semalam mereka mencium berkali-kali dan menunjukkan masing-masing handal menjadi anak yang baik dengan ucapan kasih-sayang untuk Ummi yang menyambut hari lahirnya.
(oh ya, Nufayl dan Nuha dalam peringkat 'bersaing'. Dan yang jelas cemburu, cik adik Nuha).

Semalam juga, ramai yang menghantar sms & emel ingatan dan ucapan Selamat Hari Lahir dengan doa yang saya ameenkan sentiasa.

Semalam, suami menghadiahkan doa.

Dia juga menunaikan salah satu impian saya (katanya, impian saya banyak sangat...tak boleh nak bagi semua ;) *wink*). Apadia?

:)
























Built-in Oven Fagor 6H-185X - telah menempati 'rumahnya' di sini.

Terima kasih Abang.

Senarai impian dan target :-

1. DSLR ---> impian nak belajar photog nampaknya belum tercapai. Tapi Kak Uda dah bagi kata-kata semangat dgn digicam biasa pun boleh dapatkan photo yang menarik kalau kena angle etc etc. Tengah study concept & basic of photog. ;)

2. Taman damai di Saakinatussakiinah --> dalam peringkat design dan cari baka untuk pokok/tanaman pilihan. Pokok ceri (baka drp rumah Pak Harun, Kuantan) dah selamat mengambil tempatnya semalam. Target nak tanam pokok Nyiur Mawar (yang renek tu). Tak sempat ambil drp Kelantan. Lain kalilah. Bunga-bunga tunggu dulu. Ingat nak setelkan rumput, kalau ada rezeki dalam jangkamasa terdekat ini.

3. Taman herba di sudut belakang --> yang ini dah mula, tinggal tengah tambah tanaman.

4. Partition antara dapur basah dan dapur kering --> konsep terbuka memang nampak luas. Tapi, saya lebih suka kawasan dapur basah terlindung drp pandangan tetamu. Yang ini belum ada plan lagi. Tunggulah masa yang sesuai.

5. Breadmaker --> teringin nak buat roti sendiri. Tangan tak kuat nak uli. Lagikan menulis pun crammed. Targetnya beli Cosway punya pun ok kot (brand Empress) sebab Oven dah dapat yang elok.

Apa lagi ek? Macam banyak lagi...tapi ini saja yang teringat buat kali ini.


---
Dan, terima kasih Allah...segala nikmat datangnya dariMU, atas khabar berita terbaru akan kenaikan gred dan pertukaran jawatan.

Semoga kami menjadi hambaMU yang bersyukur.

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI LAHIR KE-4, NUFAYL

Hari ini, Ramadhan telah melangkah ke fasa 10 malam terakhir. Menjejak malam ke-23. Betapa masa itu kini pinjaman daripadaNYA yang amat mahal.Sebentar cuma, dipinjamkan kepada kita.
[Betapa catatan saya di blog ini sebelum ini, belum pun bersua Ramadhan.Kini, hampir Ramadhan pergi baru saya mencatat kembali.]

Hari ini, 22 Ramadhan 1429h bersama 22 September 2008. 4 tahun lalu adalah hari Ahad yang indah tapi mendebarkan.Dan, saat itu adalah saat yang paling menyakitkan tetapi yang paling membahagiakan.

Episod : Imbas Kembali, Ahad 22 September 2004.

Saat itu, 4 tahun yang lalu. Saya menanti hari untuk menimang cahayamata sulung yang telah 2 hari terlebih hari. Sambil memanfaatkan masa melengkapkan cross-stich...projek 2004, saya penuhi masa dengan membaca.

Boleh saja ditelusuri kisahnya di sini.

Hari ini : Isnin, 22 September 2008.

Dia berusia 4 tahun sudah. Sejak beberapa minggu belakangan ini, dia sudah tidak perlu memakai pampers ketika tidur. Alhamdulillah! Mudahnya mengajar dia. Hanya tegaskan kepadanya. Dia menerima. Dan insya'Allah dia boleh menerima perubahan.

Nufayl, perwatakannya mudah.
Apa bukti dia mudah? Mari kita telusuri sedikit kisahnya.

- Bercerai susu (Februari 2006).
Ketika usianya 1 tahun 4 bulan, saya disahkan mengandung 2 bulan. Doktor O&G, Dr. Delaila (SJMC) memang langsung tidak benarkan saya menyusu badan lagi kerana keadaan kesihatan saya. Kepada Nufayl, saya hanya katakan kepadanya 1 ayat ketika dia menolak susu botol dan saya minta dia menerima susu botol ketika tidur dan memberitahu dia apa yang menyebabkan saya tidak boleh meneruskan susu badan lagi. Terkebil-kebil matanya seolah faham. Dan, dia terus mencapai botol tanpa merayu lagi.

- Berhenti pakai pampers (siang-siang dan jalan-jalan).(Mac '08)
Waktu itu, dia gemar beritahu jika dia berhajat ke bilik air. Selepas selesai, saya perlu pakaikan pampersnya semua.
Saya kata kepadanya, "Nufayl tak payah pakai pamperslah. Ummi penatlah. Nufayl kan dah besar."
Katanya,""Tapi Nufayl nak pakai pampers lagi. Ermmm...oklah."
Dan sejak itu, dia berulang-alik ke bilik air untuk menyelesaikan hajatnya dengan ditemani Umminya. Kali ke-4 (hari yang sama), dia mula menguruskan semuanya sendiri.

- Berhenti pakai pampers malam (Ogos '08).
Nufayl mula menunjuk kecenderungan untuk tidak lagi menyusu sebelum tidur (sebalik zikir sebelum tidur). Saya sering lihat pampers paginya jarang-jarang basah (kalau basah pun, sikit saja). Dia juga beberapa kali, terbangun daripada tidur apabila berhajat ke bilik air. Lalu, saya katakan kepadanya, "Nufayl boleh bangun kan bila nak kencing.""Ya", dia angguk."Tak payah pakai pamperslah. Nufayl dah cerdik. Dah besar."Dia pun oklah, katanya. Sejak itu, kami hanya perlu pastikan dia kencing sebelum tidur dan kena agak peka dengan dia jika dia mengejutkan kami di tengah malam (ini jarang-jarang).

Mudahkan dia? (Juga mungkin kerana Ummi dan Abahnya bukan jenis yang memaksa ;))

Dia gemar membuat keputusan. Dan setelah membuat keputusan, selalunya dia tidak mudah berubah kepada pilihan yang lain. Ada pro dan kons nya. Cabaran untuk Ummi dan Abah supaya Nufayl seimbang dalam menerima keputusan orang lain atau mengajak orang menerima keputusannya.

Sejak kecil perwatakan romantiknya telah saya kesan. Sikapnya apabila akan tidur contohnya akan berubah, juga dengan Ummi, Abah dan adik dalam keadaan/situasi tertentu. Itulah istimewanya Nufayl. Sejak kecil dah romantik. Besar-besar? heh...tak taulah pulak!

Nufayl orangnya juga agak memilih dengan makanan. Juga agak terhad dengan pilihan makanan. Dia hanya makan jenis-jenis pilihannya. Jika bercampur-gaul, sering ditolaknya. Suapannya pun perlu diasingkan kadangkala. Agak cerewet ya dia! :)

Hampir terlupa saya, tentang membaca! Topik atau buku kegemarannya berkisarkan kenderaan (terutama kapal terbang) dan tentang angkasawan. Oh ya, dia pernah digelar Mr. Astronout oleh cikgu sekolahnya kerana rambut kerintingnya yang bagaikan topi angkasawan. Apa pun, Nufayl suka dengan gelarannya itu. ;)

Jika Nuha pernah saya ceritakan sebagai procedure-oriented, Nufayl pula process-oriented. Dia tak begitu cerewet dengan prosidur, tetapi prosesnya perlu mengikut kehendaknya.

Saya sering juga harus mengingatkan diri yang terlupa, pada saat Nufayl menampakkan sisi dirinya yang nakal (ultraman, spiderman etc etc), tidak mahu mengalah dengan adiknya, dan percubaan menguasai Ummi dan Abah...bahawa Nufayl ketika usianya mencecah 2 tahun, dan apabila adiknya hadir ke dalam keluarga kecil kami, dia banyak berkorban kasih Ummi kepada Nuha yang seringkali dalam waktu memerlukan perhatian yang banyak. Pun begitu, sebenarnya dalam itu berlaku, saya sering mengingatkan diri saya agar tidak mengkesampingkan Nufayl dalam apa jua hal. Andaikata, masih ada kekurangan, maafkanlah khilaf kami.

Perkataan paling mahal Nufayl, "Oklah." Itu bermaksud dia menerima saranan kita, dan baginya dia mengorbankan 'kehendak'nya.

Ada ketikanya mereka bergaduh, adat dua beradik. Namun, dalam banyak ketikanya, mereka sangat cocok bermain bersama. Kadangkala, gelak tawa mereka menghadirkan misteri dalam hati Ummi dan Abah, kerana gurau-senda mereka hanya mereka yang fahami. Dia sangat menyayangi adiknya, bersifat pelindung dan sering memimpin Nuha pada ketika Ummi dan Abah dalam haluan masing-masing menangani rutin hidup ini.

Dia sering mengerti senyumannya dapat melegakan resah lelah Ummi dan Abah. Dan itulah yang sering dihadiahkan (bersama ciumannya) apabila Ummi dan Abah mengadu kepenatan.

Dia memang kanak-kanak yang mudah dan cepat menangkap muzik/irama. Kerana itu, kami menggalakkannya untuk mendengar nasyid bagi menyalurkan minatnya ke arah yang positif (oh tapi Tom Tom Bak juga ada nyanyi, nyanyi! :(). Akibat terlalu minat dengan nasyid "Nabi Anak Yatim" - Raihan...dia jadi menghafalkan. Dan, dalam sedar-tak sedar kami, banyak juga nasyid kegemaran kami yang dia dah hafal liriknya. Tau-tau, dia dah ikut perlahan-lahan.

Dan, yang paling menyentuh hati tentang Nufayl ialah, apabila dia kadang-kala sering mengungkapkan dan mengulangi kerinduannya kepada Allah dan kekasihNYA, Muhammad s.a.w. Betapa seorang anak kecil, dapatkah merasa rindu kepadaNYA dan kekasihNYA? Itulah yang dia ungkapkan. Ummi doakan semoga Nufayl dapat merasakan cinta dan rindu kepada Rabbul 'Alamin dan habibullah, Rasulullah s.a.w dengan sebenar-benar cinta dan rindu, hingga akhir hayat.


Yang mencintai Nufayl dan mendoakan Nufayl selalu,
Ummi dan Abah.

Wednesday, July 30, 2008

Kembara Merentasi Masa & Jarak (Isra'Mi'raj)

Giliran Ummu Nufayl pula menulis.

Hari in 27 Rejab - Hari Isra' dan Mi'raj.
Malam tadi...lebih 1400 tahun dulu seorang kekasih Allah dibawa dari Makkah ke Masjidil Aqsa dan dari situ, ke Sidratul Muntaha serta bertemu Allah.

Sabtu malam lalu, sejak berpindah ke Aman Perdana yang berada dalam DUN Meru (semangat bawah PAS tu!)...kami sempat ke Forum Isra' Mi'raj, 26 Julai di Kg Bukit Kapar. Panelnya : Dr. Hassan Ali, Dr. Jamnul Azhar Mulkan (drp Kedah), dan Dr. Abd. Rani (DUN Meru) sendiri. Perasan tak semuanya doktor (samada PhD atau Doktor Perubatan, kedua-duanya memartabatkan perjuangan Islam dengan ilmu).

Aku masih ingat ceramah Dr. Jamnul Azhar ketika di SMKAP ketika tingkatan 2 atau 3 dulu, dengan bukunya ISLAM DAN SAINS (atau SAINS dan ISLAM). Sangat segar! Kawan-kawan SMKAP masih ingat?

Berbalik tentang forum. Memang kupasannya masih & sangat menarik. Antara yang menarik tentang Isra'Mi'raj yang diperkatakannya, tentang kembara antara jarak dan masa dalam Isra'. Bagaimana Rasulullah s.a.w. boleh bertemu dan mengimamkan Nabi Adam dan nabi-nabi lain di Masjidil Aqsa sedang ketika itu semuanya telah wafat, dan di alam masa manakah Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dengan sekalian nabi-nabi itu?

Apa kaitannya dengan hadis "As-syuyukh la yadkhulul jannah" (mafhumnya : Orang tua tak masuk syurga), dengan salam Nabi Adam kepada Nabi Muhammad, "...yakni, anakku, sahabatku Muhammad". Mereka sebaya? Diriwayatkan dalam syurga, wanita berusia 17 tahun dan lelaki berusia 25 tahun. Jadi memanglah tak ada orang tua dalam syurga! :)

Kenapa Allah terlebih dahulu memberi salam kepada Nabi Muhammad selepas Rasulullah s.a.w. melepasi Sidratul Muntaha?
-Ada pendapat mengatakan betapa istimewanya Nabi Muhammad (iya, memang Baginda manusia istimewa, yang digabungkan nama Allah dan nama baginda, LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH).
-Ada juga yang mengatakan kerana Nabi Muhammad tidak nampak Allah...wallahua'lam.
Cara Rasulullah s.a.w menjawab salam daripada Allah juga menunjukkan Baginda seorang yang tidak mementingkan diri dan sangat menyayangi umatnya.

Pelbagai lagi yang menarik dikongsi ketika forum tersebut. Sayangnya saya selalu berulang-alik menemani Nufayl ke tandas kerana dia cb. :)

Hari ini masuk hari ke-4 saya pula, demam+cb+muntah+lemah-lemah (sebab tak makan!).



Apa lagi tentang Isra'Mi'raj?
Iya Nuha! Mestilah tentang Fatma Nuha!

Semalam, jam 12.39 malam...genap 2 tahun hijriah Fatma Nuha dilahirkan. Ya, malam Isra'Mi'raj. Kawan-kawan yang melawat sebelum Nuha diberikan nama tentu ingat, sebelum bernama...Nuha digelar...puteri Isra' Mi'raj...heh! (beria-ia Ummu Nufayl bagitau, tu bukan nama Nuha).

Moga Nuha mewarisi ketinggian ilmu dan budi pekerti dan menjadi mukminah solehah yang hafizah. Semoga mewarisi tekad semangat Rasulullah s.a.w, kekasih Nabi yang cintakan Allah dan umatnya...Nuha jadi anak Ummi dan Abah yang menyayangi Ummi, Abah, Abang dan semuanya. Sayang Iman, Ilmu, Quran. Ameen!



Tengok gambar kat atas ni. Dah besar dah Nuha! :)

Wednesday, May 14, 2008

Mother's Day?

Mother's Day?

A tiring day! Jarang kami lekat di rumah hujung minggu (erm...sibuk ke sana ke mari, survey itu ini). Tapi, minggu ini...kami ambil masa untuk berada di rumah. Itulah keistimewaan Hari Ibu yang lalu. Setiap Ahad pertama bulan Mei setiap tahun...dikatakan Hari Ibu.

Keluarga saya di Perlis, Mama memang sensitif dengan waktu-waktu istimewa seperti ini. Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir...semuanya ada ucapan-ucapan istimewa dan waktu kecil dahulu siap dengan sambutannya. Selalunya kami memasak untuk Mama pada Hari Ibu beserta kad buatan sendiri dengan Dik Id, Ayeh dan Dik Mimi. Selalunya, tukang masaknya Ayeh-adik saya yang bongsu. Dia pandai memasak sejak umurnya 6 tahun. Jadi, dialah jadi mangsa kami...goreng mee atau apa saja untuk dihidangkan kepada Mama pada malam Hari Ibu. Selalunya yang perempuan - saya & Dik Mimi buat desert lah. Dik Id jadi tukang tengok dan usherer. Kalau Mama datang ke dapur...kami cepat-cepat berlakon seolah tiada apa untuknya.

Kadang-kadang, kami hantar bunga. Balik sekolah kami ke Noor Florist di Medan Mara, Kangar atau di dekat Bulatan Kangar untuk tempah bunga supaya dihantar kepada Mama.

Kadang-kadang, kami sediakan hadiah untuk dia dan letak dalam biliknya seawal pagi dia nak ke sekolah.

Sama-sama pakat cari idea. Dan sama-sama mengejutkan Mama. Dia pastilah gembira!

Memang, kita menghargai Ibu bukan saja pada Hari Ibu...tapi sekurang-kurangnya ada juga satu hari yang kita melebihkannya dan menggembirakan hatinya. Hari yang bukan hari biasa, dan tentu saja dia teruja dan gembira. Tak kurang tersentuh dengan usaha kita yang tak seberapa tapi hati ibu, terlalu mudah tersentuh.

Hari Ibu kali ini, saya sekadar menghantarkannya sekeping kad dan 2 keping gambar yang telah diedit - bersaiz A4 kepadanya. Semalam (agak terlambat), bungkusan itu sampai setelah saya memberitahunya pada Ahad lalu...ada sesuatu yang saya kirimkan untuknya. Kata Mama, sebaik membukanya...tangisannya lerai. Kemudian, baru dia dapat menelefon saya memberitahu penerimaannya itu.

Saya tidak kecil hati jika saya tidak menerima ucapan istimewa pada Hari Ibu daripada si dia. Memang dia tidak pernah meraikan pun. Bagi saya, itu bukan kewajipan. Saya kenal sangat si dia yang saya pilih menjadi suami. Jadi, kenapa harus kecil hati dan menyimpan rasa? Kalau saya sound dia pun, dia sekadar senyum tanpa apa-apa ucapan. Sungguh kontra dengan saya! Tapi entah kenapa, sejak 'pulang' ini, hati ini bagai tiada benci untuknya. Tiada marah. Kalau ada pun hanya geram sikit-sikit...hehe biasalah suami-isteri. Dan dia seperti biasa. Tersenyum cuma.

Kerana memahami kebiasaannya itulah, saya menghormatinya. Untuk keluarga di Kelantan...seringkali saya faham kebiasaan mereka yang tidak meraikannya. Jadi, seringkali saya memberi hadiah dan saya bisikkan kepada Umi (MIL)...ni hadiah Hari Ibu. Sekadar itu. Saya tak berani berlebih-lebih. Kerana saya hormatkan si dia dan kebiasaan mereka.

Jadi, apa ada Hari Ibu tahun ini?

Cik Abang yang tolong buat heavy duty job for house cleaning. Thank you my dear!

Anak-anak yang behave well semasa Ummi sedang sibuk membersihkan rumah ke segenap inci.

Dan,cukuplah dengan ciuman kasih sayang yang bernama anak - Nufayl dan Nuha. Nuha pastilah hanya menurut kelakuan abangnya yang mencium Ummi dengan begitu lama.

Kata Nufayl, "Kak Ina (cikgu sekolahnya) kata kena sayang Ummi banyak-banyak."
Jadi, dia pun cium Ummi...1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat....tak terbilang berapa saat. Sampai basah pipi Ummi. Diikuti pula ciuman Nuha.


Rupanya anak saya dah besar dan dah pandai mengucapkannya!

Tuesday, April 29, 2008

Hadiah untuk dia...

Buat seorang lagi insan yang menyambut hari bahagia, 27 April 2008...

Selamat Hari Lahir!

Tahun lepas, tak berpeluang kami menyambut ulangtahunnya, kerana pulangnya Ayah (baca : datuknya) ke rahmatullah. Tanggal ini, tahun lepas...dia sedang sibuk menguruskan jenazah Ayah.

Apa hadiah daripada saya?

Ermm...tahun lepas, sebentuk cincin (dah hilang pun, dia memang tak lekat pakai cincin) dan al-Bidayah wan Nihayah (separuh saja hadiah drp isterinya, separuh lagi dia beli sendiri). Dah lima tahun berturut-turut, kalau tak silap Ummu Nufayl...hadiah hari lahir untuk Abu Nufayl berupa kitab. Bermula dengan
(i) 2003 : Rasulullah sebagai Suami, Bapa & Pemimpin (tak tepat tajuknya)
(i) 2004 : Mustika Hadith : Hadith Qudsi
(ii) 2005 : Siri Kebangkitan Islam : Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia karya Marshall G.S. Hodgson
(iii) 2006 : tak ingat!
dan akhir sekali tahun lepas
(iv) 2007 : Kitab al-Bidayah wan Nihayah karya Ibn Kathir (+cincin zamrud).

Dah ulangtahun Abu Nufayl tiap-tiap tahun dekat-dekat Pesta Buku. Nasib ler! Tapi apa pun, buku bukan sekadar berkulit keras atau nipis, kertas cantik atau tidak, atau harganya RM19.00 atau RM5.00 atau lebih empat angka.

Ilmu yang termaktub dalam buku itu, tiada harga yang dapat menilainya...kecuali penghayatan ilmu itu dan menyebarkannya kepada orang yang terdekat khususnya dan masyarakat amnya. :)
Itulah cabaran saya buat suami setiap kali menghadiahkannya kitab-kitab itu.


Tahun ini masih buku. Dan sedikit kelainan...

bukan lagi kitab-kitab agama. Saya sahut seruan Abu Saif pada jamuan makan malam dan dalam bukunya, Aku Terima Nikahnya untuk memastikan kita membaca buku ini. Jadi hadiah saya untuk suami tersayang, ialah :


Hasil karya Dr. John Gray, dan sebuah bingkai gambar khas untuk dia letakkan gambar saya di meja kerjanya. Kenapa saya buat begitu? Saja!

(Nota : cetakan yang saya beli kulitnya lain sedikit).





Semoga FitrahZH mendapat manfaatnya! ;)

Tuesday, March 18, 2008

My Dreams

I'm dreaming! Yes, I'm dreaming.

Tomorrow is the day, 2 months back...I reached here...back to Malaysia.
Since then, I open my new life...seek for HIS redha & rahmat.

I think about 3 ...eh, actually 4 things after get back from my Hajj journey.
Now the time for me to share it (have been thinking long ago...but delay in writing).

1. To buy a house for settlement.
2. To get helper.
3. To buy a small car.
4. To further my study (its more than 3 years serving in this company already).


HOUSE

I'm dreaming a lot on item no. 1. I love sketching my own bungalow floor plan. My husband gave me a software for architecture design. He knows me well & what I'm keen in.

(Sikit lagi nak pilih Architecture...tapi my auntie didn't allow me due to my health. So, I choosed Engineering).

Its hard to choose my dream house. Of course after getting married, it is our dream house!

Factors that I'm considering :
1. Type of house, build-up, floor plan, land area
2. Location (population, school, shop, and of course masjid, flooded or not)
3. Price of the house
4. Cost incurred due to new location of house (tol, petrol)
5. Quality of the house, Developer reputation

Yes, I'm quite choosy and details. May it help us to find for the best. Ameen!
My husband & me agreed that this cannot be delayed anymore. The price are increasing from time to time. Btw, may be we can commit within this economic slow-down (down-turn?) period.

If you have info on the property I look for, pls inform me ASAP.
Area : preferrably in Bandar Baru Bangi/Bangi
Type of Property : Semi-D/Corner Link House (with big land space)
Build-up : 2000sqft
Price : limit until RM400K. This is actually beyond our limit already. But for survey purpose, I open it up.

So, if you have info...inform me ASAP keyh!

SMALL CAR

If we do not proceed for a house. Then, I think we should consider for a small car. Due to my condition of 1. my husband a bit late to his office, 2. me sometimes do not have transport to go for lunch since I work at site.

I consider this is not a critical need for me/us now since I always have the way out of the condition by opt for something else. >:). Why want to add burden hah (I consider new loan for a car that depreciate every year as a burden...you have to maintain it summore!)


HELPER

I don't know why, but last month...I think a lot about helper. I feel stress that I can't serve my hubby well without a helper. May be my health not stable yet...hehe..so, I get exhausted very easily. Yes...very easily.

But now, improving a lot. And am start cooking for our dinner now (after get a long holiday since Hajj...4 months leave aa?!) :)

My principle...as I've clearly stated in Antara Khadijah atau Fatimah? I'm not rejecting the concept to have helper but a bit sceptical to Indonesian maid. Unlucky Malaysian...(geleng kepala). Do we have other choice aa?

I put this as 3rd priority after a house & a small car. Not very important but may be critical when the time needed. May be when I proceed with item no.4.


FURTHER STUDY

Actually, I want to put it as 1st priority...but a house is more important (not for me only, but for my growing family). I can delay this first. After getting a 'home sweet home' and our budget allow me to do so...I'll. I have surveyed within local University, but I do not apply yet. This is a sacrifice towards my family. Actually, something inspiring me. I'm not doing this for my own sake of. It is for Ummah. I believe...one day, HE will give the best to me. May be I could further my study with my husband? Or...I got study leave (can do it full-time instead of tiring part-time)? Or...I can do it abroad?

Oh me, dreaming again!
:)
By the way, it is a sweet dream!


~~~

Oh, lupa pulak nak ucapkan Tahniah. Mabruk untuk sahabat saya (drp darjah 2) yang baru mendirikan masjid seusainya PRU-12 baru-baru ini. Walimahnya di Perlis tak dapat saya sekeluarga hadiri walaupun jemputan & kadnya sampai sebab kami bekerja hari Khamis. Mama dah pun wakili. :)
Kata Mama, semua pakcik-pakciknya termasuk yang baru bertanding ada. Kumpulan nasyid pun sibuk menghiburkan tetamu. Memanglah...kan dia dah jadi artis. ;)

Semoga berbahagia dunia & akhirat buat Nabil & Suzana.