Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu & Milestone Fudhayl

Hari Ibu.
Selalunya memang tiada apa pun sambutan. Sekadar ucapan dan kadang-kadang hadiah untuk ibu-ibu tercinta. Kali ini agak istimewa kerana anak-anak dah pandai buat kad Selamat Hari Ibu untuk Ummi. Hasil kreativiti cikgu-cikgu di Tadika. Terima kasih Teacher As, Kak Linda & Kak Ina kerana membimbing anak-anak ini mencuit hati Umminya pada Hari Ibu sebegini.

Kad Nufayl warna hitam, kad Nuha warna kuning. Comel jer kadnya. Nuha tu, cikgu yang tolong tulilskan. Nufayl pula tulis sendiri "Ummi Sayang, I love you so much, from ~ada lukisan 5 orang lidi (termasuk Ummi!~)







































Ini pulak aksi Fudhayl yang sedang berlatih mengangkat badannya. Posisi merangkak. Cuma dia belum bergerak ke depan. Lokasi di kedai kabinet, Meru. ;)

Wednesday, January 28, 2009

WEEKEND HIGHLIGHT : 2 STORIES

CUTI 24-27 JANUARI 2009, JAHIT TUDUNG

Cuti lama hujung minggu lalu sempena Tahun Baru Cina, membolehkan saya menyiapkan projek menjahit tudung saya. Itu pun, hanya Isnin dan Selasa yang dapat diperuntukkan untuk menjahit. Alhamdulillah, 11 tudung siap. Campur 2 tudung awal yang saya buat...jumlah semua 13. Tapi bukan semuanya saya punya. Ada yang untuk dihadiahkan, ada pula untuk lelong.

Gambar? Belum lagi...baru hantar jahit tepi. Minggu depan, semasa outstation ke Pantai Timur sempena IQA...bolehlah saya melaram. ;)

Rasa kosong pula malam ni tanpa kain untuk dijahit. Nampaknya ada azam baru sebelum bertolak ke Kelantan, Jumaat ini. Saya kena beli kain lagi...penuhkan masa lapang. hehe. Bukan apa, practice makes perfect orang White Sand kata. :P

CUTI HUJUNG MINGGU : 10 JANUARI 2009, LIQA' & ZIARAH AJIKIK

Hari yang sangat menyegarkan. Ada Liqa' Usrah di lokasi pilihan, rumah Jie & Nuar di Kajang Perdana. Hari yang ditunggu Nufayl juga, bertemu dengan sahabat baiknya Fahim. Abu Nufayl dibuli beri tazkirah oleh incik mudin. Alhamdulillah, tak sia-sia Ummu Nufayl merungut-rungut...inputnya segar dan mengesankan (ataupun, nak bagitau yang Ummu Nufayl suka sangat dengan topik sirah dan pengajaran serta kaitannya dengan masa kini...heheh).


Usai tazkirah dan sesi makan-makan termasuk menyantap kek hari lahir Ziyad yang seminggu daripada tarikh tersebut...kami solat Zohor berjemaah. Kemudian, mulalah sesi Ziyad merampas Ummu Nufayl daripada Nuha. Terus tak nak berrenggang lagi dengan Ummu Nufayl. Nuha boleh tahan jelesnya juga. Si Ziyad siap nak ikut kami pulang. Comel sangat!

Dari Kajang Perdana, kami ke Universiti Notthingham...tak jauh, hanya beberapa kilometer daripada rumah Jie. Ziarah sepupu Ummu Nufayl, Fatin Amirah di sana. Lepak-lepak dalam bilik Mira (single room, Apartment Kapas) sambil menghabiskan stok makanannya. Dia dalam mood study sebab sedang dalam minggu peperiksaan. Saja kacau dia yang khusyuk dengan Engine Maths!

Kemudian, ziarah En. Hamid dan isteri yang baru mendapat cahayamata ke-empat. 4.5 kg & normal! Anaknya yang baru 10 hari...memang nampak besar betul! Lama juga di sana. Sambung pula ke gerai Char Koewtiaw yang sedap.

Tak jauh daripada gerai itu, kami ke Taman Mesra...hajatnya nak ziarah Pakcik Ismail Ahmad dan Makcik Khadijah yang sama-sama menunaikan haji 1428h. Tapi, masa beranjak ke Maghrib semasa kami dalam proses mencari rumah. Solat jemaah di Surau taman tersebut. Akhirnya, dengan bantuan En. Johari, penduduk yang terpilih untuk membantu kami (tanya soalan waktu dia menyiram pokok bunga)...kami dapat nombor lot rumahnya dan sesi ziarah bermula.



Pakcik Ismail sebenarnya adalah seorang penulis. Dulu, dia bekerja dengan DBP. Dia salah seorang pengasas Dewan Siswa(atau HSSBR?). Dia tak lain dan tak bukan ialah AJIKIK. Saya mengetahuinya semasa sembang-sembang dengannya sewaktu minum kopi di tingkat mezanine. Teruja sungguh saja apabila tahu dia adalah AJIKIK. Ceritanya nama AJIKIK diperoleh daripada pangkal namanya dan kawan-kawan satu biliknya yang rapat. Saya juga berkongsi dengannya tentang pengalaman saya, pernah 2 kali memenangi HSSBR. Dia sangat teruja dan kami banyak berkongsi cerita. Mama? Yang juga minat sastera, terus memperkenalkan Pakcik AJIKIK kepada kawan-kawan jemaah yang lain. Tapi...siapalah yang kenal orang sastera kan? Lagikan Sasterawan Negara ada yang tak kenal.

Kami ditaqdirkan rapat dengannya dalam perjalanan haji kami. Mereka adalah contoh pasangan romantik dan sangat seadanya semasa di sana. Bayangkan, semasa sa'ie...selangkah pun dia tidak meninggalkan isterinya yang berjalan sambil memegang/'bergayut' bahunya. Hikmahnya jelas terasa pada saya dan suami. Ingin benar mencontohi.

Apa pun, ziarah ke rumahnya juga memberi pengajaran...bahawa kenapa bersilaturrahim itu sangat dianjurkan. Pakcik AJIKIK yang sangat tajam dan kuat ingatannya membuatkan kami terpana kerana kami yang muda ini, kadang-kadang kurang mengambil tahu/ mengingati tentang sahabat lain. Sesuatu untuk diteladanikan?

Hari Sabtu, 10 Januari cukup indah...kerana senyuman yang diterima atas ziarah kami sangat mengesankan. Menyentuh jiwa.

Apa lagi yang perlu saya tulis. Tak terungkap. Hanya jiwa bisa merasa.
Cukuplah catatan untuk hari ini.
Saya memilih untuk meneladani.

Anda? Apa pilihan anda?

:)

Thursday, October 09, 2008

Cerita Raya EidulFitri 1429h - Pahang + Kelantan

Isnin, 29 September 2008
Plannya nak keja half-day dan bertolak ke Pahang belah petang, tapi sebab kesihatan tak mengizinkan, tukar plan. Saya cuti dan suami bekerja.
Keluar drp rumah di Aman Perdana, 1.00 pm.
Selesai urusan di KL 2.30 pm. Ikut Karak Highway & LPT ke Pekan, Pahang.
Jumpa dgn Abah, Umi dan adik-adik ipar di Kuantan, simpan ke Pekan.
Iftar di rumah Mak Su Ani.
Shopping terakhir di Mydin Pekan (kopiah raya Nufayl, pampers & susu)
11.45 pm - tiba di rumah Tok, Nenasi, Pekan, Pahang.

Selasa, 30 September 2008
Sepanjang hari rehat saja. Menu berbuka : Gulai Ikan Mudok, Udang Goreng, Ikan Aya Goreng dan budu. Semuanya Abah yang buat kecuali gulai ikan by Umi. Dia tak sabar nak berbuka puasa kot. Kol 4.30 dah masak. Kami ke pantai selepas Asar - teman anak mandi-manda. Ummu Nufayl pun berendam sama.

Rabu, 1 Oktober 2008
1 Syawal. Solat di Masjid Nenasi. Menu pagi : Nasi Dagang. Sayangnya baju melayu Abang tak sempat Mak Su Ani siapkan. Jadi, kami bertiga saja yang pakai purple. Abang berjubah.
Ke kubur Tok Ki. Mak Su Ani sampai masa Subuh.
Lepas solat raya, Mak Ngah Selamah (sebelah rumah Tok) dan anak-anak datang beraya.
Ziarah rumah Pak We (Arwah abang sulung Tok Ki)
Balik. Tidur (rasa ni kali pertama tidur siang pada hari raya pertama).
Pak Jali (adik Abah) dan isterinya Mak Cik Rozi dan 3 anak sampai.
Petang - mandi laut lagi.
Malam - ziarah Mok Nik (adik Tok Ki).

Khamis, 2 Oktober 2008
Pagi, goreng nasi untuk sarapan by Mak Cik Rozi. Siap-siap.
Elok nak bertolak, Pak Hassan dan famili drp Dungun sampai. 11.30 am baru bertolak ke Kuantan. Ke rumah Pak Harun.
Di rumah Pak Harun, dijamu dgn bihun & mee sup tulang.
Selepas solat Zohor - bertolak pulang.
Singgah di Masjid Kristal utk solat Maghrib/Isyak (jamak taqdim).
Sampai di Selising jam 10.45 pm - masak nasi, ikan sardin & telur utk makan malam ekspress.
(terpaksa tolak pelawaan Nida utk ke rumah terbuka ibu mertuanya di Machang sebab Abah dah pening sangat).

Jumaat, 3 Oktober 2008
Semua orang tumbang.
Tengahhari : ke kenduri walimah kakak kawan Ida (adik ipar) di PP.
Petang, ke kubur Ayah di Bukit Merbau.
Hantar Acik ke stesen bas P.P. Ke Klinik Perdana (Nufayl kukunya patah) + beli susu Nufayl.
Balik - makan malam. Tak de lauk, so sardin lagi.

Sabtu, 4 Oktober 2008
Ziarah Siti Postnatal Ward, HUSM Kubang Kerian.
Makan di Pasar Buluh Kubu dan shopping ringkas, temankan Cik Zu.
Hantar Cik Zu di airport.
Balik - singgah rumah Kemar di Bachok.
Balik - makan malam. Ada telur dan sos-sos. So, masak telur sweetsour dan sardin.

Ahad, 5 Oktober 2008
Rehat. Lipat baju. Rehat. Tak join semua orang pi make gulai sebab rasa tak sihat.
Petang - ke KB Mall selepas hantar Ida ke asrama. Lapar. So, makan A&W.
Lepas maghrib, janji nak jumpa Nida di Restoran Syam, KB.
Nida dan Nasri belanja semua orang termasuk Umi, Abah & Akir makan besar kat Restoran Syam. Menu : Nasi Putih dengan 6 jenis lauk ; Tomyam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Butter Prawn, Ayam Goreng Kacang Gajus (Keteghe), Island Vege (mix of vege : 4 types), Daging Masak Halia. Kenyang. Alhamdulillah! (moga dimurah rezeki Nida & Nasri)
Singgah di rumah Momay di Kedai Lalat.
Balik - tidur.

Isnin, 6 Oktober 2008
Rehat. Lipat baju. Abang ke Pasir Puteh beli bahan mentah.
Masak Ikan Siakap 3 Rasa + Udang Goreng Tiram + Sotong Masak Asam.
Petang - ke Naz Indah, Pasir Tumboh.
Hajat nak makan kari gearbox tapi kedai tak bukak.

11.30 malam - bertolak pulang ke KL.


Apa yang tiada raya ni?
No ketupat (lemak), no rendang, no nasi impit-kuah satay-daging satay-no kek coklat kegemaran. Dan, no tv raya (err..takdan nak lepak dgn tivi pun).

So, hujung minggu nih plannya nak buat ketupat-rendang-nasi impit-kuah kacang-daging satay.
Kek coklat, ikutlah kalau dan. Kat kampung takleh nak buat sbb bahan mentah tak de (serius, sold out sampai raya ke-4. Daging & ayam jgn harap, yg ada pun ikan. Tu sebab makan sardin 3 hari, sebab peti ais kosong langsung.) Dah bagitau Abu Nufayl yg saya nak masak semua tu, dia gelak je. Jangan gelak Abang, orang teringin nih! Belikan bahan eh!

Sapa nak mai umah, habaq awai2...sebab plan banyak jugak hujung minggu ni...open house Farrah Aiza, Afie. Kami tak buat open house kot (takat la lah), sapa nak mai habaq awai2...insyaÁllah makanan ada.



Gambar? Lain kali makcik rajin, makcik upload keyh. Dah lenguh jari dah.

Thursday, May 15, 2008

Tentang Palestin?


Hari ini, menyahut seruan ramai; dia, dia, dia dan dia untuk menulis tentang Palestin...
saya terpanggil untuk bercerita tentang ini.

Intro

Ketika saya kecil, antara peraturan-peraturan di rumah yang kami diami di Skyfield (baca : Padang Melangit), adalah hanya boleh tengok RTM1. RTM2 banyak cerita cina. TV3 banyak cerita orang putih. Semua tu Tok tak berkenan. Sebab kami tinggal di rumah Tok, jadi tak banyak boleh dikomplen...kami ikut saja. Antara rancangan tivi kegemaran Tok ialah; Bola, Gusti dan Berita. Tiga rancangan ni...kena bagi can kat Tok tengok kalau ada. Jadi, Berita Jam Lapan dan Dunia Jam Sepuluh antara slot wajib yang Tok tengok dan kami pun sama-sama tumpang tengok.

Setiap kali tengok Dunia Jam Sepuluh, hati bagai diruntun-runtun melihat penderitaan rakyat Palestin yang bagai tak kunjung sudah. Satu konflik ke satu konflik. Usah cerita pasal perang saudara di Bosnia dan Iraq.
Sebagai kanak-kanak (baca : pelajar sekolah rendah), saya melihatnya sebagai SATU. SATU konflik. Satu kisah. Satu rentetan cerita. Kisah daripada berita dapat saya fahami. Tapi, 'aqal saya yang masih mentah itu selalu terfikir-fikir...bagaimana ia bermula.
Mama seorang guru lepasan ijazah. Minornya Sejarah. Majornya Sastera. Seringkali apabila saya tidak dapat memahami tentang sejarah...saya bertanya kepadanya. Dan dia pun bercerita.
Tapi, 'aqal mentah saya bagai tidak dapat menghubung-kait kisah dan peristiwa itu dengan puncanya. Satu-persatu saya cungkil dan semakin itu saya sukar unutk memahaminya.
Semakin saya cungkil, kisah dan konflik itu semakin panjang, kisahnya semakin merumitkan untuk saya fahami. Dengan kisah silam...apatah lagi kisah semenjak Nabi Musa diselongkar dan dikaitkan dengan pelbagai rentetan peristiwa semasa.

TENTANG PALESTIN
Akhirnya, saya bertemu dengan dua buah buku terbitan DBP, hadiah daripada RTM - Radio 3 Kangar antara hadiah, hasil penyertaan kami dalam Album Keluarga.

1. Protokol Komplot Zionis ancam dunia terbitan 1990.
2. Projek PL 5 - sebuah novel oleh Shaari Isa terbitan 1988.

Yang pertama saya baca tentulah novel Projek PL 5. Mama sungguh-sungguh memberi galakan. Walau tidak mengisahkan secara terus tentang krisis di Palestin tapi cukup membuatkan saya faham permusuhan yang berlaku Israel-Palestin. Antara novel milik keluarga yang saya sering ulang-baca dan aset berharga bagi kami.

Dan, Protokol Komplot Zionis yang saya baca kemudiannya memberikan saya gambaran tentang krisis yang berlaku...bukan saja dengan Palestin rupanya. Tapi dengan semua penduduk dunia.

Kemudian, semakin kita menginjak dewasa...semakin luas pembacaan...dan semakin mendalam pemahaman. Semakin saya rasa mengerti konflik ini. Cukuplah saya kongsilah rajah ini untuk kita mengerti apa yang berlaku sejak 1946-2000 (dan kini!).

Nak dikongsikan apa dalam buku itu, tiada dalam tangan saya di KL ini.
Jadi, sedikit maklumat untuk kesedaran kita.

Perkembangan Bilangan Penduduk Palestin
(semasa Penjajahan British)
Arab Yahudi
1918 : 600 ribu, 91.6% 55 ribu, 8.4%
1948 : 1.4 juta, 68.3% 646 ribu, 31.7%
sumber : ISMA

'PENGECUTAN' TANAH PALESTIN

Mengimbas 1948 : Dengan perancangan licik, tipu muslihat, akhirnya Yahudi Zionis yang dibantu penjajah British berjaya menguasai negara Palestin.
Dan bermulalah pembentukan negara haram Israel (yang tidak diiktiraf Islam tetapi diiktiraf US) pada 15 Mei 1948 dan 'penguasaan 78% bumi Palestin'.
Lebih 800,000 (60% daripada 1.4 juta) umat Islam Palestin diusir dengan cara kekerasan. Mereka ke khemah pelarian di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lebanon dan Syria.
sumber : ISMA
Kini, berjuta-juta umat Islam Palestin menjadi pelarian. Rumah tanpa bekalan elektrik. Sekadar tempat berlindung yang bila-bila masa boleh dibom dan diterbak dengan senjata ganas Israel di 'negara Israel'.

komen : Ermm...saya rasa pendek sangat tulis pasal Palestin. Inilah jadinya, kalau intro saja sudah panjang!

Friday, April 25, 2008

Tiada Hadiah Materi

Kadang-kadang, aku mahu ketawa keras dengar kata-kata suamiku.

Katanya, "Orang yang lahir bulan 4...baik-baik belaka." Siap ada senarai orang yang lahir bulan April dan dibuktikannya semuanya baik belaka.

Oh! Bolehkah generalisasi begitu? Diterima-pakai? :)
Yang bukan bulan April tak baik? Ha...hujahnya Ummu Nufayl tak nak layan. Perasan!

Hari lahir Rasulullah s.a.w juga dalam bulan April ikut kalendar Masihi nya ya? Ingat lagi, Ustazah Áisyah, ustazah Lughah Árabiah di SMKAP dulu... suka benar dia mempromosikan tarikh lahirnya 20 April sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w. dalam bulan Masihi.

Biar apa jua dakwaannya, dua lelaki yang kusayangi lahir dalam bulan April.

Hari ini, hari lahir Abah.

Seperti yang sering kuabadikan segenap tahun yang lalu, Selamat Hari Lahir buat arwah Abah. Walau hanya 6 tahun kita bersama...kenangan itu sering buat aku hidup dalam kasih sayangmu, seorang Abah yang penyayang dan bererti buat anak perempuan yang merinduimu...selalu! Semoga kita bertemu lagi di 'sana' seperti do'aku sejak aku tahu berdo'a.

Hari ini...25 April 2008, setelah 57 tahun kau lahir dan setelah 21 tahun 6 bulan kau kembali kepadaNYA.


Tiada hadiah materi untuk Abah. Hanya doá, zikir, qur'an yang muga-muga menerangi hari dan malammu di 'sana'.


Hadiah daripada puterimu yang kaucintai sepenuh hatimu, menantumu yang tak sempat yang mencium tanganmu dan cucu-cucumu yang tak sempat kau cium keningnya....



- Yang.

Monday, April 14, 2008

Apa ya mau tulis hari ni?


Aktiviti usung rumah segarkan gotong-royong
(am not promoting the YB ok, it is about the community)
*heheh...pasal usung rumah...lama tak dengar. Lama dah sejak
Kalau usung rumah, macam kenduri. Riuh. Tahun 1986, pakat usung rumah Pak Non, jauh jugak. Ada la 500 m. Dari tapak kedai Pak Lang Deruih ke belakang rumah Pak Mat Puún (ayah Pak Non).

Lepas tu usung rumah Cik Ami, yang ni tak jauh sangat. Dalam 20 m kot.

Sekarang ni, pakat buat rumah batu. Rumah yang dulunya diusung pun dah diikat batu dah. Tak boleh pindah dah. Kalau nak pindah? Kena la buat rumah baru dan pindahkan barangan.

Teringat permintaan adikku, Dik Id bila Abah meninggal dan kami terpaksa pindah dari Ipoh ke Perlis. Dia seolah tak mahu menerima apabila Mama kata kami kena tinggal di rumah tok. Mungkin rumah sendiri di Ipoh lebih selesa bagi dia kot. Dia mengamuk tak benarkan orang angkat barang (masa nak load masuk lori). Alih-alih, bila ditanya apa yang dia nak. Jawabnya, dia nak usung bawa balik rumah tu ke Perlis. Jauh dah la satu hal, tapi ni rumah batu. Ni kesan tengok orang usung rumah Pak Non la. Jenuh terangkan, akhirnya baru dia terima kenyataan.

~~~~

Ada yang menarik aktiviti hujung minggu lepas?
Mesti ada tapi tangguh dulu tulisnya. Kenapa? Tunggu esok!
Lupa bawa kamera untuk muat-turun dan papar gambarnya. Tambahan, saya mau habisi bukunya dulu. Boleh tulis review sekali!

Oh...hari Sabtu, kami ke Pesta Buku lagi. Daripada jam 11 petang-1.30 petang, dan sambung jam 3.00 petang-6.30 petang. Beli apa?

Kali ini, saya dapatkan
1. Memeluk Gerhana & Tawassul - Isa Kamari (jumpa penulis + autograf)
2. Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri - A. Samad Said (jumpa penulis + autograf)
3. Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya (jumpa penulis + autograf)
4. Zahra de Tigris - Khairyn Othman (dapat kad comel drp penulisnya)
5. Tuhan Manusia - FT
juga saya dapatkan buku-buku Impiana & Anjung Seri yang fokus Dapur.

Penat seharian di Pesta Buku diteruskan malamnya ke Puri Pujangga.
Ada apa? Geng mesti tau! Tapi, kita tengoklah gambarnya & dengarkan ceritanya esok ya!

Wednesday, February 06, 2008

Kenangan di Cameron Highlands & Yang dikhatam

Semalam, saya dah update fotopages. Sapa rindu kat Nufayl & Nuha (especially MakCik AnisZ yg declare rindu kat Nuha tu), silalah ke fp saya keyh. ;)

Kat sini saya letak 2 gambar saja. Selebihnya di sana keyh.


~Nufayl ni sebenarnya dia tengah fikir nak start buat gaya Otromen3 camana ni. Aksi lepas ni adalah aksi Otromen3 lawan dengan AyahCik.


~Nuha tengah jiwang sorang-sorang. Sambil belek kasutnya yang kena chewing gam. Sian kasut Nuha!

btw, sejak balik drp 'sana' dan dalam mode 'bercuti'...saya dah habiskan :

1. Ketika Cinta Bertasbih, Kang Abik *adeh, bersambung pulak...geram!
KCB2...kat M'sia dah ada tak?
2. Dalam Mihrab Cinta, Kang Abik *tak puas baca kisah si rambut ngondrong.


dan dalam mode membaca nukilan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

1. Tundukkan Hati
2. Bunga Kebahagiaan

Saya tak habiskan satu-satu buku, sebab baca ikut mode...per bab. Best! Bahasanya simple & rasa dekat di hati. Eh...pernah dengar tak slogan tu? :D



Tuesday, October 30, 2007

Cerita Raya EidulFitri 1428h di Perlis

Sekadar coretan, untuk ingatan. :)

11 Oktober, Khamis
Bertolak pulang ke Perlis DarusSunnah.

12 Oktober, Jumaat - sehari sebelum raya
Sibuk menganyam ketupat (daun ibus) dengan Tok, bantu Mama masak Rendang Ayam Pedas, Rendang Daging Hitam, Nasi Himpit, Kuah Satay & Daging Satay.

Buat Kek Coklat Basah tradisi di JannatulHany sejak lebih sepuluh tahun lalu.

Suzy buat muffin blueberry & strawberry.

13 Oktober, Sabtu - Raya Pertama.
Pagi, solat raya di Masjid Padang Melangit.
*Nazim jadi Imam. Dia ingatkan jemaah tentang kebaikan mengangkat tangan ketika bertakbir.
Jumpa ramai kawan-kawan (Suhana, Irma, Makcik Norilyani), saudara-mara (tak tersenarai), cikgu-cikgi (Cikgu Lebar, Ustazah Midah) kat Masjid.
Pulang ke rumah - bermaaf-maafan dan makan-makan.
Tak sempat nak makan pun, dah ramai yang menyerbu ke rumah.
- Kanak-kanak keliling kampung
- Cu Ma, Cu Dan dan anak-anak
- Pak Ngah, Mak Ngah etc etc
Ziarah rumah jiran-jiran : Cu Ma, Mak Ngah Piah (bihun sup), Mak Cik Nah (laksa).
Terus ke Kodiang. Ziarah :
- Kubur abah, Allahyarham Fuad Salleh
- Rumah Tok Wan + Tok Yam
- Rumah Tok Su di Kampung Pondok Hj. Isa
- Rumah Tok Minah di Kampung Sena
- Rumah Mak Ngah di Kodiang juga,
Sampai rumah dah malam. Penat! Mak Cik Ani sampai.

14 Oktober, Ahad - Raya Kedua
Mama masak Soto Special Mama.
Ramai sedara-mara mai [Mak Ngah Ton, Tok Su Esah mai, Dik Lin, Dik Ina tak terbilang]

Anak-anak murid Mama (Kak Rin, Abang Aidi) mai.

Ziarah Cu Ton, Cu Kaq.

15 Oktober, Isnin - Raya Ketiga
Open House Abang Fendi
Ziarah rumah Abang Aidi


16 Oktober, Selasa - Raya Keempat
Temujanji untuk photoshoot di studio Redframe, Kangar dengan Azzaharry. Dia jurugambar perkahwinan Dik Id masa majlis di Perlis hari tu.
Selepas photoshoot, Mama dan yang lain ziarah ke rumah sedara-mara area Kangar. Abang, saya dan anak-anak lapik perut di Hanis Corner, Jalan Sekolah Derma dan langsung ke rumah AnisZ untuk Get-To-Gather-Gather Intel Raya. Makan nasi dan lauk-pauk masakan emak Anis. Ayam goreng dia best. Dah tanya resipi, tapi lupa sebelum sempat tulis.
Terus ke rumah Cikgu Siti (Hatifah).

17 Oktober, Rabu - Raya Kelima
Beraya di Changlun - rumah B.
Singgah di Kandang Kambing Ayeh, Capra Land di Kodiang.

18Oktober, Khamis - Raya Keenam
Bilang duit raya anak-anak.

19 Oktober, Jumaat - Raya Ketujuh
Rehat di rumah.

20 Oktober, Sabtu - Raya Kelapan
Pulang ke kota metropolitan. Tamat!


Agenda selepas ini - Kursus Perdana Haji di Masjid Putra, Putrajaya 27-28 Oktober dan kursus-kursus ekspress Haji kelolaan C.S. Holiday di KISAS, Klang.

No more raya!

Sunday, October 07, 2007

27! HANYA ANGKA?


27 tahun lalu, dia melahirkan.
Kini, anak itu telah menjadi wanita, isteri & ibu.

Terima kasih kerana melahirkan, Mama.
Terima kasih tak ternilai kerana tak akan cukup ucapan itu untuk harga budi & kasihmu.

Buat Abang, atas ingatan dalam meraikan Yang, jazakallah.

Setelah 3 tahun, ini baru dapat belanja Yang makan betul-betul ek.
Ya lah,
2004 - dalam pantang selepas bersalin Nufayl, @Perlis.
2005 - dalam bulan puasa, masak-masak kat rumah, @KL.
2006 - dalam bulan puasa, dalam pantang selepas bersalin Nuha, @Perlis.
2007 - dalam bulan puasa, dapat belanja Yang makan. Thanks!

Rezeki kita pulak, dapat 50% diskaun. Eh...rezeki Yang la tu kan!
Bagus customer service tu, nampak Nuha tidur...dia susunkan kerusi & hampar selimut untuk letakkan Nuha. Bila nak bayar pulak, instead of 2 pax...dia suruh bayar 1 pax je. Agaknya, dia nampak kita makan tak banyak kot! Apa pun, terima kasih. Yang penting keikhlasan dan kasih sayang tu. Tak ternilai dengan harga yang tertulis. :)
Tahun ni, yang pertama bagi ucapan & hadiah pertama (telekung) - drp Ummi, Abah & famili Kelantan. Terima kasih! hohoho..Mama menjerit sebab dia 'kalah' tahun ni. Dia jadi orang ke-3 yang wish. Ok lah tu, waktu besday Mama hari tu, Yang jadi orang ke-3 jugak sebab bakal menantu (skrg dah menantu) Mama masa tu wish dulu. ehheh..fair kan! :)

Sempena usia yang bertambah menjadi 27 tahun ini,
Moga azamku termakbul, doaku terjawab.
Moga,
dalam keluh-kesah, ada kasih.
Ada bahagia.
Ada cinta.
Bukan sahaja dengan insan dalam hidupku.
Tapi juga denganMU, Tuhan!


p/s: Teringat nasyid Ummi yang Ustazah SMKAP ajar masa orientasi Tingkatan Satu (back to 1993). Ronie, AnisZ, Sarah...hangpa ingat/ ada simpan tak lirik penuh dia? Rasa nak salin balik & simpan elok-elok (Nasyid Ummi, Ad-Dik, al-Wardah, apa lagi ek?). Buku Hany hilang!

Nasyid Ummi
Ummi turabbini, 2x
Bil 'atfi tahmini wa tahmini,
....................(tak ingat, hangpa sila sambung)
syukran laha Ummi,
syukran laha Ummi laha Ummi.

Lala lalala lalalala (yang korus la la la ni kami ingat).