Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Monday, July 02, 2012

Mengasah Pena





Mengasah pena. Kembali ke laman maya.
Kiranya. Cukuplah masa yang ditinggalkan.
Kerana gegar di alam maya, mengundang tidak selesa yang nyata.
Tanpa perhatian, rasanya lebih aman.
Cukuplah kenalan.

Di sini,
Seringnya ada hati yang mengungkapkan,
Ada abah juga ummi yang menceritakan,
Ada suami juga isteri yang berkongsikan,
Ada rakyat yang punya fikiran,
Ada hamba Allah dengan ceritanya yang terkesan.

Rasa jiwa, dan zikir fikir.
Memori keluarga untuk kenangan.
Kisah teladan dan pengajaran.
Prinsip agama meliputi siyasah yang dipertahan.
Jiwa hamba yang rindu Tuhan.



HanyFF
2 Julai 2012
11.25am

Friday, January 23, 2009

Laba Nyawa dari Gaza

Menyabung-nyabung kurung dan ladung,
Ritau jiwa dan airmata, saudara kami penuh mehnah.

Menyabung-nyabung kurung dan ladung,
Yang kau perbuat,
Daripada tanah dan darah.
Daripada dosa dan nanah.
Dipipis pasir, noda dan kering payah.

Rintih!
Ibu-ibu dalam payah, dalam sengsara,
Mengendong rasa dan cita,
Antara diri atau wasi,
Bisa-bisa jerih anak-anak rintih,
Bukan lagi sisa, malah dosa yang hidup sentiasa.

Bukan lagi ketuanan bangsa pokoknya,
Kerana juang itu membawa nama agama,
Demi al-Quds dan jiwa,
Demi Ahad, Ahad, Ahad...Allah cuma!

"Aduh!"
Mampukah mereka menjerit lagi,
Dalam teriak "Allahu Akbar!!!",
Rencong tanah serong itu,
Digigit dengan nanah dan darah,
Diratah dengan rogol dan rasuk.

Busuk sungguh laba yang kau tagih,
Hingga Gaza jadi neraka,
Rafah jadi pintunya,
Adalah dosamu segala!
Gagau-gagau tanganmu yang berahi nyawa,
Ketawa romamu, bingit telinga dunia!

Di sinikah,
Antara dua sungai itu?
Tanah yang dijanjikan Allah,
Hidup dengan payah, berjuang penuh mehnah?

Demi tanah yang disucikanNYA. Demi DIA.

Menyabung-nyabung kurung dan ladung.
Kita? Demi apa lagi, masih berdiam diri?
Dan mereka yang berdusta,
menagih laba daripada yang masih...
bernyawa!


~~~
Hany FF
22 Jan 2009m, 25 Muharram 1430h

Sunday, April 06, 2008

Cerita Perjalanan Buku

Mestilah! Minggu ini sampai minggu depan kan Minggu Buku!
Mestilah saya ke sana.

Walau dalam penuhnya jadual untuk merealisasikan impian (a.k.a Dreams), kami rancang awal untuk ke sana Sabtu petang, 5 April. Jadi semalam, selepas satu temujanji di kawasan KLCC dan menunaikan solat Asar...kami tiba di KLIBF '08 jam 5.45 petang.

Saya habis RM300 bersih! Suami mungkin dalam RM200 lebih.
Kali ini perbelanjaan paling sedikit di Pesta Buku. Sebenarnya, memang itu pun bajetnya. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun ada lagi yang tak terbeli, tapi saya letakkan itu di tempat kurang utama. Apa saya & suami beli?

1. Novel FT, RM100 (lebih kurang)
- Bedar Sukma Biru, Manikam Kalbu di Gerai Dawama (dengan diskaun 25%, ihsan Hj. Zahid yang jadi rapat dengan kami sejak KLIBF 2005)
- Bila Tuhan Berbicara, Karbala, Nama Beta Sultan Alaudin, Karya Nan Indah di Gerai Al-Ameen Serve (tempat FT mencatat di muka bukunya).
2. Novel Zaid Akhtar - Salju Sakinah di Gerai PTS
3. Buku Psikologi di Gerai PTS, RM 180 semuanya di PTS (selepas diskaun 15%)
- Kewangan : 4 judul
- Kendiri : 1 judul
- Penulisan : 2 judul
- Trevelog Haji : 1 judul
dan yang terakhir, cita-cita sejak KLIBF 2006 agaknya...tapi sering ditangguhkan, dan akhirnya kami sepakat menghadiahkan senaskhah
4. VCD Learn Solah with Zaky, untuk Nufayl & Nuha, RM22

5. Pengembaraan Ibn Battutah di Gerai IKIM, RM225 (selepas diskaun 10%) sempena Bonus 2007 buat diri kami berdua.

*Gambar buku-buku baru yang bakal memenuhkan lagi rak buku di TeratakFZH. Agaknya, di rumah baru nanti kena buat rak buku terus kot. Nanti bersepah pulak buku-buku ni kan? Err...apa nama rumah baru FZH tu nanti yer? hehe...tunggu!

***Yang belum saya beli : Buku panduan untuk Home Decorating. Persediaan untuk rumah baru nanti! ;) Yang tiada stok, Tuhan Manusia (FT). Kalau sempat pergi lagi ke KLIBF, mungkin saya akan cari. Selalunya kami pergi banyak kali, tahun lepas 3 kali. Satu lagi nak cari, FT kata ada MPR buka gerai. Di dewan mana ya?

Dan, yang manisnya di KLIBF '08 ni, walaupun tanpa dirancang...saya berpeluang bertemu dengan penulis besar yang berdua ini, FT & Ustaz Zaid Akhtar (bersama isterinya, cantik orangnya!). Jadi, semua novel FT yang baru saya beli dapatlah ditandatangani beliau. Sayangnya, walau 2 kali jumpa Ustaz Zaid & bersembang-sembang dengannya...ketika itu, saya belum mendapatkan naskhah Salju Sakinah di gerai PTS. Jadi, belum ditandatangani oleh penulisnya. Sayang!

Oh...lain kali, jika ada kesempatan bertemu penulis berbakat besar seperti FT & Ustaz Zaid Akhtar ini lagi, saya mesti memotretkan gambar Nufayl & Nuha dengan mereka. Memang semalam tiada orang pun! Lapang! Tapi sayang, semalam tak teringat langsung. Sekurang-kurangnya, apabila mereka besar nanti...mereka tahu mereka pernah berjumpa bakat besar seperti ini kan? Tak langsung, jadi inspirasi buat mereka! Sedang Ummi mereka?heh...saya malu-malu saja, mengaku juga MPR '98 kepada FT...heh produknya? Terakhir ke media, Mac 2005. 3 tahun tanpa karya di media. Tidak produktif!!!

Harap-harap buku motivasi tu dapat meruntut semangat menulis saya semula! ;)

Kami pulang setelah banyak gerai ditutup sudah. Jam lebih 9 malam. Kemudian, kami makan besar di Restoran Alissara, Puchong Perdana. Makan Thai di situ memang asli! Sedap!


Alhamdulillah!!!

Thursday, May 13, 2004

.: kerana Ghariblah maka ini terjadi :.

GHARIB YANG KEMBALI
(Yang Ganjil itu kembali...haruskah kita lari?)



Gharib!
Yang berselindung itu gharib,
Yang lantang itu gharib,
Kerana yang gharib itu
ganjil
dan
terasing.

Kesaksianmu dicabar oleh gharibnya pasak tauhid,
Keperibadianmu diselar oleh gharibnya tutur seru.

Kerana gharib itulah,
Yang Haq terserlah,
Yang Batil terbantah,
Oleh tindak gharib yang menyatu kaum,
Ditempa fikir gharib yang membina tamadun,
Ditunjangi tauhid gharib yang menyusun
adab,
tindak,
dan
fikirmu.

Itu lebih 1425 tahun yang lalu.

Kini,
Gharib kembali lagi,
Pada fikir dan laku pengamal Sunnahmu,
Pada taubat dan kesal pencinta AyatMU,
Pada penguasa yang ikhtiarnya...menjulang syiarMU di tanah ini.

Biar manusia itu menjeling gharib ini,
Lantas, akan terbiarkah gersang yang usang?
Pantas, atas laku apakah kita bertunjang?
Hisablah diri!

Tiada apa yang syadid di sini,
Kerana yang gharib itu sudah dijanjikan,
Kerana itulah...muncul ia kembali.




Hany FF
Seri Sentosa
23 Rabi'ul Awwal 1425 H
13 Mei 2004 M

Wednesday, May 12, 2004

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...hari ini pihak NUR minta maaf atas kesilapan typo dalam Puisi Rendang Langit Mu'tah (NUR Mei 2004).
Terima kasih Kak Salina tolong semak kembali salinan asal puisi tu! :)
Harap-harap ada Ralat yang akan mengusaikan semua kekusutan pemahaman...(heheh)
Alhamdulillah...

Hari ini...
Hidup aku macam biasa. Masih terpilih utk dikurniakan ni'mat oleh 'AzzaWajalla.
Rindu nak jumpa Nida...Raudhah...Bijah...dan Ustz Fuziah. Entah naper...nak suntikan kottt...ekekek. Suntikan rohani :P

Raudhah ada tanya ttg rumah sewa area UIA, kos sewa dlm RM 400 sebulan. Aku baru tanya seorang hambaAllah yang tinggal di Taman Melati. Kalau ada yang ada info lain...tolong bagitau aku ya! Sian sahabatku Raudhah...agaknya letih berulang-alik ke UIA kot.

Oklah...aku berundur dulu!

Wednesday, April 28, 2004

Sudahlah jadi....

sedihnya...
aku baru perasan semalam...
Rendang Langit Mu'tah yang kutulis jadi
Rendang Langit Mut'ah dalam Majalah NUR tuh.

Ermmm...biasalah tu...typo error. Tapi yang sedihnya...salah tu kat Tajuk dalam keseluruhan isinya jadi melencong pulak..
aku pun tak paham apa maksudnya.

Abang yang perasan kesalahan tu...aku perasan yang 'hampir' (baris kedua dr bawah) tu dieja hamper.
Tapi sbb tulisan dia bersambung...so, org takkan nampak sangat..kecuali yg perhati.
Sedihla! Ermm..takpa lah..hopefully dpt kontek Editornya...Pn Laila Halilah ni. ermmmm....

Tuesday, April 27, 2004

Pena yang masih...

Cubaan kembali menjadi..Alhamdulillah!
:)
Ish..takdok gapolah. Sket jek.
Dah lama menyepi...

Erm..selalu jadi camtu...kalau tulisanku keluar dalam mana-mana penerbitan...aku selalu jadi org terakhir yang baca tulisan tu diterbitkan.

Dulu..waktu aku main-main emailkan ANIS puisi Tusuk Duri di Halmahera, tak sangka pulak akan terpilih utk tersiar. Waktu tu aku beli beberapa Majalah - Anis, Al-Islam dgn Muslimah (kalau tak silap)...tapi, majalah lain yg lebih menarik perhatian utk kutelaah...bukan Anis Jan 2001 (cover : Tok Guru Nik Aziz) yg menyiarkan puisiku. Hmmmh...yg besynya...walaupun dah terbaca puisi Halmahera tuh..aku rasa cam familiar jer... tak tingat nak tgk nama penulis. Pas tu...aku baca setiap baris...ok gak penulis ni, komenku sendiri. Pastu..aku tgk footer...penulis tuh...drp Cyberjaya...eh eh...satu tempat dgn aku la! Aku kenal tak? (bingung sendirian)...lasttttt sekali, baru tgk nama..erksss.. Hany Fariza? (kenal kot...:"> - malu-malu!)

Then, time...artikel psl Mama terpilih utk slot Wanita Dalam Hidupku (Anis Dec 2003), aku tak jumpa langsung Anis bulan tuh. Penuh inbox hp aku dgn sms kawan2 yg dah baca dan ucap tahniah - waktu tuh on the way balik kg. Balik Perlis time tu pun hampa sbb Anis baru tak sampai lagi kat Kangar!
Artikel tuh..jadi hadiah utk Mama sempena Majlis Perkahwinan aku dlm bulan yg sama. Menangis dia baca tulisan tu...drp seorang anak perempuan dia yg manja yg akan dilepaskan menjadi isteri org (time tu). hiksss....:)

Yg terkini pulak...NUR Mei 2004, aku beli semalam dgn majalah Anis. Ntah sbb apa...sampai umah semalam...aku lebih berminat belek Anis drp NUR. Habis artikelnya aku telaah satu persatu. Then, Baru aku pegg NUR...tapi aku tak teringat nak belek laman kreatifnya (puisi & cerpen) dulu...tapi ghalit baca artikel ttg ibu yg memonopoli ruang. Terharu betul baca pasal pengorbanan ibu-ibu ni. Hari nih pun..aku tak teringat nak habiskan belek NUR from front to end. Tapi, ntah tiba2 after jumpa GM ptg nih..tingat nak belek ruangan puisi NUR. Pas tu...mula2 tgk bg dia cantik...ada pantai. Pastu...tgk tajuk...Rendang Langit Mu'tah (cam kenal)...pastu...tgk nama,,,eh eh aku la (hiks..baru pasan...tak pasan tadi!) :P
- yg hantar tu pun...saja jek..try nasib...sbb jeles tgk ada sorg kawan tgh membina nama...dah bina nama, buat luper kiter lak..cik ati... btw, bagus gak ada saingan ni...baru ada encouragement nak develop diri ;) - WINK WINK! -

Oklah...tu hadiah spesel utk Abang..sempena Besday hari nih ek!

Agaknya...rezeki aku kot. Tak perlu susah-sudah macam org lain utk menempatkan diri dlm dunia ini. Cuma kini, aku yg menyendiri dan mengasingkan diri. Alhamdulillah takat ni...setiap yg kuhantar ke penerbitan akan tersiar dlm jangkamasa yg singkat. Tak perlu follow up or urging the editor (like some of my frens in dunia Sastera like to do). Cuma, aku yg lebih cenderung utk tidak menghantar hasil penulisanku ke meja penerbitan...(mogok! ekekek).

Yg kuhantar..itulah...yg tersiar Jan 2001, Dec 2003, Mei 2004. 3 jek yg kuhantar sejak 3 tahun nih, walaupun hasilnya berlonggok dlm pc aku ni...ampeh tul Hany Fariza nih.
Dulu pun 1997-1998...setahun aku hanya hantar satu puisi ke meja editor D.Siswa. Alhamdulillah...setiap satunya keluar dan berjaya meraih Anugerah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (HSSBR) tahun 1997 dan
jugak HSSBR 1998.

Org kata kalau nak berjaya kena banyak berusaha...sbb tuh aku belum boleh menempa nama dlm dunia ini. Sbb usaha aku ciput sangat...walau peluang tu sentiasa ada.

Adeh Mama...cita-cita Mama nak tgk anak Mama ganti Mama nih...entah bila la tercapai. Agaknya tahun 2020 kot. :P

"Pena itu mula bergerak tatkala hidupku bercampur resah dan pasrah,
Pena itu mula rancak tatkala aku mengenal ketenangan yg hakiki,
Pena itu tak pernah berhenti...
Andai dipisah juga...maka resahku akan menggunung.
Cuma aku tiada lagi yg bernama semangat...utk membina juang
dalam dunia...yg penuh "..." itu. "


Hany FF
27 April 2004 M ~ 7 Rabi'ul Awal 1425 H

Wednesday, April 21, 2004

Bukankah Ikhlas Syarat Menyalami Hasrat?

Warkah utk teman...

~~~
"Buat yang bernama teman,
Hidup ini jika dipusing, maka taqdir itu tetap akan menyapa kita.
Watak dalam kehidupan ini telah ditetapkan. Dasarnya!
Kita yang mencorakkan manisnya watak, atau pahit yang kita pilih.

Dunia ini pentas yang penuh 'jiwa'. Rabbul 'Izzati itu Maha Pengasih. Segala jiwaNYA telah dipinjamkan kepada kita hamba-hambaNYA sedikit seorang. DIA yang MAHA, kita yang kerdil ini meminjam secebis cuma!

Bukankah ikhlas syarat menyalami hasrat?
Bukankah hasrat yang unggul harus dijerumati kasih sayang, agar yang bernama hati itu tunduk kepada Haq?
Indahnya bersama menyulami kebenaran.Kebenaran yang kian dipuput birokrasi masa. Kebenaran yang kian dijajah eksplorasi tamadun yang dikata kian terkehadapan. Sedang kita mengakui realiti,betapa jauhnya kita di belakang.

Sedang yang maju itu berkata selayaknya, tanpa mempeduli air muka orang lain. Layakkah kita berlagak sedemikian. TUHAN telah mewariskan ajarannya, melalui Rasul yang mengajar kita akan langkah yang sepatutnya.

Jika Rasulullah jua ditegur oleh Allah yang Maha Penyayang dengan teguran, "Maka dia memalingkan mukanya..."(Surah 'Abasa:80).
Teladanilah...agar kita tak jauh memudik arah. Walau jalan kita dan jalan Baginda tidak serupa, apatah lagi sama.

Dunia ini pentas. Kau dan aku antara yang terpilih melakonkan watak. Watak kita seperti yang telah ditaqdirkan. Betapa selama ini, walau rapatnya masih kurang...tapi kita sejalan menjejak langkah dalam arena yang sama, seiring membina cita yang lingkungan yang dekat...aku sungguh menghargai teman yang prihatin. Sungguh kurang sahabat yang memulakan satu teguran itu...sepertimu. Jazakallahul khoir!

Tiada marah yang ingin kulempiaskan. Cuma pesanku,

Biarlah ikhlas menyalami hasrat,
Biarlah kasih menjerumati hasrat,
Agar hati-hati ini mudah tunduk kepada Haq!

Terima kasih, teman. Aku rindu akan hikmah. Jangan dibiar hikmah itu tumpah!"


Temanmu,
...


~~~

p/s : Petikan drp Cerpen : HIKMAH ITU TUMPAH ;)

Hany FF
21 April 2004 M ~ 1 Rabi'ul Awal 1425 H