Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Lahirnya ke dunia, yang ketiga

Salam,

Ini kisah kecil. Namun, catatannya penting untuk Ummi & Abah terus mengingatinya.
Aku punya buku kecil, yang kucatatkan semuanya yang penting tentang yang pertama, kedua dan yang ketiga. Tetapi tanpa berkongsi, kurasakan tidak lengkap catatan itu.

Fudhayl Nashwan dijadualkan lahir ke dunia fana' pada Khamis, 26 November, hari 'Arafah ~ 9 Zulhijjah 1430h. Hari yang bagus, namun Ummi berdoa sejak lama...ingin ketemu dengan hari 'Arafah dan melengkapkan puasa sunnat hari itu. Sementelah, tahun sebelumnya Ummi keuzuran dan tahun sebelumnya lagi adalah hari Ummi, Abah & Nanny menginsafi kewujudan kami di dunia dan segala dosa kami di As-Sakhrakh, bumi 'Arafah. Berkongsi kalimah Sayyidul Istighfar yang menenggelamkan rasa kami sebagai hamba Allah :

"Allahumma anta rabbi laa ilaaha illa anta. Khalaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala ngahdika wa wa'dika mastata'tu, a'uuzubika min sanaqtu, abuu ulaka bi ni'matika 'alaiya wa abuu u bi zanbi. Faghfirli...fa inna hu la yaghfiruzzunuba illa anta."

maksudnya :
"Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau."

Akhirnya, Allah memakbulkan do'aku untuk melengkapkan puasa Hari 'Arafah. Fudhayl tidak menjengah dunia pada hari tersebut. Ketika check-up dengan O&G, dia mengatakan dinding rahimku masih tebal. Masa seminggu diberikan. Dia juga memberi peluang untuk aku dan suami memilih tarikh. Akhirnya kami memilih 30 Nov bersamaan tarikh ulangtahun perkahwinan kami.

Kami meraikan masa bonus yang Allah kurniakan dengan masak juadah hari raya, solat jemaah 'Eidul Adha di Masjid as-Syariff Meru Klang, berziarah dengan jiran, dan seperti biasa exercise di Shopping Complex. Hari Raya kedua di One Utama dan Hari Raya ketiga di Jusco Bukit Tinggi Klang. Juga dengan aktiviti makan-makan di Uptown Damansara, Pizza Hut dan Ramai Seafood, Port Klang...ni kira 2 bulan tak jumpa dah makanan ni ;).

Hari raya ke-empat, 30 Nov 2009 bersamaan 13 Zulhijjah 1430h...aku dijadualkan ke labour room SDMC SJ untuk induction. Sepatutnya jam 8.00 pagi tapi kami lewatkan sedikit dengan notis awal kepada pihak hospital. Aku mendaftarkan diri jam 10.15 pagi selepas selesai menghantar Nufayl & Nuha ke sekolah mereka dan bersarapan.

Jam 10.30 pagi, CTG mula dipasang dan contraction serta heartbit baby akan diawasi untuk jangkamasa 1 jam. Bukaan serviks ketika itu 2 hingga 3 cm. Midwife yang menjagaku ialah Zakiah namanya. Comel & lembut orangnya.

Jam 11.30 pagi, ubat untuk melembutkan rahim dimasukkan. CTG terus disambungkan.

Tepat jam 12.30 tengah hari, midwife masuk lagi untuk memulakan drip. Aku dan suami menolak induction secara drip dan minta midwife hubungi Dr. Delaila, O&Gku untuk pecahkan air ketuban sebagai salah satu cara untuk indcution.

Lunch, solat Zohor sambil rehat-rehat dan sembang-sembang dengan suami. Laptop sentiasa mengumandangkan alunan surah-surah al-Quran. Yang mana surah yang dihafaz, sempatlah aku mengikutnya. Yang tak hafaz, dengar sajalah. Bestnya kalau hafaz Quran kan, mesti boleh ikut semua surah (tak ikut pun, baca sendiri je).

Jam 1.45 petang, O&G sampai. Bukaan serviks baru 3.5 cm. Oklah sebab aku masih belum sakit lagi.
O&G terus pecahkan ketuban. Selepas itu, contraction datang tapi pelan-pelan saja. Aku bagi notis untuk panggil Pakar Bius untuk Epidural.

Jam 2.00 petang, contraction kuat terus datang. 2 minit sekali. Kuat! Kami follow-up bila Pakar Bius nak datang, tapi semuanya ada tugas lain. Suamiku terus menemaniku, menggenggam erat apabila sakit datang dengan kuat.

Jam 2.30 petang, Dr. Dalina (Pakar Bius yang sama menjalankan Epidural untukkan semasa kelahiran Nuha) sampai. Suamiku diminta keluar sebentar. Jam 3.00 petang, proses penyuntikan Epidural selesai. Sebelum sempat Epidural menjalankan operasinya dalam tubuhku, aku memberitahu widwife yang aku dah rasa nak meneran. Midwife Chan memeriksa bukaan, dan katanya,"Fully dilated!" Dr. Dalina terus terkejut dan risaunya dia takut Epidural tak sempat membantuku. Notis panggilan kepada Dr Delaila dibuat. Ups! Aku disuruh tahan, jangan meneran sampai doktor datang. Aduh, dah la sakit contraction, rasa nak push, kena tahan lagi. Tanpa aku sedar hampir setengah jam aku menunggu doktor sampai.
Waktu itu, Midwife Norziela & Sumanthi (Sumi) dah bersedia nak sambut baby (Midwife Zakiah tak ada sejak selepas 1.45 pm tadi, Midwife Chan masuk waktu Epidural sahaja. Selepas itu, aku diambil alih oleh Midwife Ziela & Sumi). Kata mereka, "Ok push, takpe doktor takde saya sambut." Belum sempat aku push, doktor sampai.

Jam 3.30 petang mula push dan 3.35 petang, lahirlah Fudhayl Nashwan bin Mohd Zainal Badri.

Sangat mudah bagiku kerana sakit hanya bermula jam 2.00 petang dengan 3.5 cm, dan jam 3.00 petang dah fully dilated (10cm). Cuma episod kena tunggu doktor tu yang menambah lagi setengah jam. Nasib baik waktu tu, Epidural dah membantu aku mengawal rasa sakit sikit-sikit walaupun sakit pinggang tak langsung dibantu oleh Epidural. (hoho...anak lelaki memang sakit pinggang ler. Nuha dulu tak sakit pinggang pun).

Lahirnya dia diiringi tangisannya kerana dilahirkan ke dunia. Alhaq dia memegang janji dengan Tuhannya.
Selepas dipotong tali pusat oleh suamiku, dan dibersihkan oleh Midwife, dia diazankan oleh suamiku.

Kemudian, sebelum jam 4.00 petang...dia akhirnya berada dalam dakapanku dan menjamah susu Ummi yang tercipta untuknya. Lama dia menyusu, kedua-dua belah, hinggalah nurse datang untuk membawanya ke nursery untuk checkup oleh Paed.

Begitulah kisah kelahiran Fudhayl Nashwan.

Allahu Akbar! Walhamdulillah!

Friday, November 27, 2009

A Note by 40wk pregnant mom

Alhamdulillah, dikurniakan Allah ni'mat untuk melengkapkan puasa Hari 'Arafah semalam walaupun semalam adalah hari jangkaan bersalinku @ 26 November 2009/ 9 Zulhijjah 1430h.

Semalam bermula dengan bangun awal pagi untuk bersahur dengan sebiji kurma dan segelas air (of course wajib makan ubat-ubatku sebelum aku 'boleh' berpuasa).

Kemudian, bermula jam 10 am, mula membersihkan rumah. Aku menyapu dan Abang mengemop. Clear!
Lepas siap-siap, mandi dan solat Zohor, terus ke SDMC-SJ untuk check-up dengan O&G yang sememangnya dijadualkan hari ini. Confirm belum ada tanda nak bersalin - dinding rahim masih tebal! Memandangkan bayi di dalam rahimku ok (degupan jantungnya bagus) dan keadaan Umminya pun bagus lagi, doktor bagi masa sampai 7 hari selepas tarikh jangkaan bersalin (kalau tak, kena induce la!)

*Nufayl overdue 2 hari.
*Waktu Nuha dulu, ketika checkup 39 wk, doktor kata dinding rahim tebal dan ada kemungkinan overdue, tapi selepas 2 hari bayi dah menjengah dunia. Nuha awal 2 hari daripada tarikh jangkaannya.

Selepas check-up dengan my O&G, dapat juga :-
- jalan-jalan di Sunway Pyramid - window shopping di Jusco & shopping bahan mentah di Giant untuk masak juadah raya
- berbuka puasa dgn ABC (tak tau napa, tingin sangat nak makan ABC semalam)
- juga dapat masak Nasi Himpit, Kuah Kacang, Daging ala Satay, Ketupat Palas (of course yg segera punya -NONA) dan Rendang Daging Hitam Mama serta bakar kek coklat dalam masa 4 jam (10.30pm - 2.30am), dengan dibantu oleh Incik Suami. ;)
- Incik Suami dan anak-anak pukul 3am baru nak tidur
- Aku hanya tidur sejam sebelum bangun Subuh dan bersiap ke masjid (buat apa? ada siapkan deco jubah raya Nuha, ada final cleaning the house pastu etc etc la)

Hari ini pula, dapat solat sunat Eidul Adha di Masjid Asy-Syarif Meru, walaupun masa nak bangun Subuh tu...kaki macam dah tak boleh gerak, dan pinggang rasa nak putus. Tak boleh nak tidur tegak langsung. Semangat nak pi solat raya, terus hilang rasa sakit-sakit tu.

Lepas makan juadah raya dengan suami dan anak-anak + Cik Da (adik ipar) baru semua sakit tu datang balik, dan aku rehat. Belum sempat rehat, ada jiran datang ziarah. Lepas layan jiran, akhirnya dapat masa untuk rehat. Lepas Solat Jumaat, kami ziarah rumah jiran.

Petang, Dik Id & Suzy yang datang beraya di rumah sambil share tentang pregnancy, delivery & breastfeeding dengan mereka yang akan menimang anak sulung dalam jangkamasa terdekat ini.

Sekarang tengah buat apa? Of course, NUR KASIH-FINALE!

Alhamdulillah, bahagia!

Wednesday, November 04, 2009

Ujian dan Nikmat ;)

Alhamdulillah, semalam walaupun diuji dengan kesakitan sepanjang hari (paru-paru & tulang rusuk dihimpit oleh baby 37wk ni sampai Umminya sesak nafas, sakit sampai tulang rusuk ke-berapa ntah, tak boleh duduk langsung), ada 3 nikmat dapat :-

1. Parcel yang ditunggu-tunggu drp US selamat dapat juga, walaupun cik abangku kena pi POS Malaysia kat LCCT pelepasan kastam (nasib baik tak kena cukai!) --> MEDELA FREESTYLE :D

2. Katil Super Single yang diorder Ahad lepas selamat dipasang di bilik bawah dah. Cepat-cepat dipasangkan Comforter Set S.S NOVELLE yang dibeli drp Jusco. Diskaun 80% tu!

3. Dapat makan pulut durian ++ buat kuah durian. Ni kes walaupun sakit tapi sebab teringin nak makan, malam-malam pun sanggup! ;)

So, hari nih Umminya masih tidak ke office sebab melayan baby yang menyendalkan kakinya di tulang rusuk Ummi. Bila la, baby nak tengok dunia ni? Habaq awai-awai no!

Monday, June 01, 2009

Perihal Hidup

Minggu lepas, minggu ujian buat kami.

Bermula dengan 'down' di sebelah petang Sabtu & Ahad (23 & 24 Mei), akhirnya Ummu Nufayl kena penangan Tekanan Darah Rendah pada Isnin & Selasa. Seharian (dua hari) tu tak boleh bangun. Kepala terasa berat, pening, rasa nak pitam, tak ada selera makan...pelbagai rasa.

Campur pula dengan demam yang menyerang pada hari Selasa. Ummi menggigil keseorangan pada waktu tengahhari. Adeh! Segala yang dimakan, keluar semula. Nak minum air pun ngeri.

Rabu, tekanan darah kembali normal & demam pun dah kebah.
Tapi...satu lagi penyakit apabila Ummu Nufayl sakit pinggang yang amat sangat. Tak boleh duduk langsung...hatta nak minum segelas milo pun tak sempat habis. Sakit pinggang menyerang.

Abu Nufayl menyarankan kami buat appointment dengan doc di SJMC (padahal baru last week check-up). Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan normal kecuali Ummi. Yang di dalam, last week scan 13w. Selang seminggu saiznya dah membesar seperti 15w. O0o0..dalam Ummi tak selera makan ni, dia bahagia ya?! :)

Ummi ditahan di wad 371 (double bedded, 1 hari sementara menunggu single room ready), kemudian transferred to bilik 363. 4 pain air & 2 pain minerals (ntah apanya, warnanya kuning) dimasukkan melalui drip.

Hari Jumaat jam 10 pagi...drip dah dihentikan. Dengan jarum yang masih melekat di tangan, nak tahu Ummi buat apa?

*Ini versi masih dalam proses. Yang dah siap nanti Ummi upload dalam blog lagi satu keyh.

Sabtu, Alhamdulillah Ummi dibenarkan pulang.

Ahad, operasi cuci rumah ;) dan juga menyusun-atur semula bilik menjahit, juga mengemas peti ais. Eh, jengok-jengok dapur FZH tu ada penghuni baru ya?

Hari ini, dah mula kerja kembali setelah seminggu MC.

Errmm...ngidam nak gi IKEA la. Ada orang tu minta hadiah birthday Working Area. Ummi nak intai Heavy Cotton IKEA la...lawa designnya. Kalau rajin, ziarahlah Ummi & cerita tentang hobinya di HeavenHanyFF.

Monday, August 14, 2006

Cerita di Akhir Waktu

Bernafas? Alhamdulillah masih!
Bersalin? Ohh..belum lagi!
Ramai bertanya, sementelah saya lama meninggalkan blog ini tidak dikemaskini.
Sebenarnya, minggu lepas seminggu tak dapat mengakses internet. Hadir kursus di MMC. Minggu sebelumnya, usah ditanya. Sebelum dapat kerehatan 2 bulan ini, ada saja arahan itu & ini daripada si BOSS yang terpaksa menerima kenyataan pembantunya ini akan bercuti lama. Semua disuruh update. Ini disuruh tukar dan itu disuruh tukar lagi.

Tapi, itulah kerja kan? Tugasan perlu juga disiapkan.
Di rumah? Ohoh…saya sudah seminggu mohon cuti ‘memasak’ awal daripada ‘Tuan Rumah’ (saya baru tahu istilah ini masa kursus minggu lepas. Suami – Tuan Rumah, Isteri – Orang Rumah). Nasib baiklah zauji sangat berkompromi. Mengandung kali ini memang saya agak lemah. Mungkin keadaan diri yang kurang sihat ketika mula mengandung membuatkan saya jadi fragile tika mengandung kali ini. Memang tika mengandung kali ini saya kurang memasak di rumah. 4 bulan pertama tak boleh langsung terhidu bau-bauan di dapur. Bau peti ais pun pantang. Kalau terhidu, alamatnya sepanjang hari terbaring sebab pening berpanjangan. Masa kandungan masuk bulan ke-4 dan seterusnya, dah boleh memasak. Excited jugak memasak. Tapi itu pun, seminggu dalam 2-3 kali jer masak. Selang-seli. Ikut ke’larat’an lah! Tak seaktif sebelum mengandung. Jadi, boleh dikatakan saya agak ‘manja’ tika mengandung kali ini. Waktu mengandung kali pertama dulu pun tak semanja ini. Ini, awal-awal lagi dah minta cuti masak, lagi 2 minggu drp tarikh jangkaan bersalin. Heh…ngelat ke tak ek?!

Memang terasa mengandung kali ini, sebab sepanjang 9 bulan ni asyik tak selera makan. Selalunya hanya 3 bulan pertama. Tapi, yang kurang selera makan ni berlanjutan hingga kini. Satu masa (dalam 2-3 minggu lepas), my O&G kata “Your baby don’t eat well becoz you don’t eat well. You have to take a lot of protein, high protein.” Masa tu, berat baby dalam kandungan, lebih kurang 2.1 kg. Sedihnya, Tuhan saja yang tahu. Taknaklah sampai efek pada baby! Tapi, lepas tu saya pun pulun la. Satay Kajang!!! Banyak protein kan tu? Makan protein ajer! Heheheh…

Alhamdulillah, seminggu lepas tu berat baby naik kepada 2.6 kg dan minggu lepas, berat baby dianggarkan 3.0 kg. Oklah tu. Yang penting normal & sihat. Taklah kecik sangatkan. Saya pun makin ‘feel good’ sekarang. Makan masih kurang selera. Tapi, sebab ‘cuti’ dah dipohon, bolehlah saya request makan di tempat-tempat yang saya ‘rasa nak makan’ dengan zauji. Hasilnya, saya dapatlah makan dengan kenyang setiap hari. :D
Best tul rasa!

Jumaat ini, hari terakhir saya di pejabat sebelum bercuti panjang – 2 bulan!Lepas itu, bolehlah saya rehat kat rumah. Walaupun tarikh jangkaan bersalinnya 24 Ogos. Saya dah boleh berehat seawal 19 Ogos sebab saya mohon cutinya awal 3 hari, 21 Ogos (Isnin). Untung sebab tarikh kembali bertugas lebih kurang sama. Kalau saya bercuti 24 Ogos (tepat tarikh jangkaan), saya kena memohon cuti rehat tahunan sehari sebelum raya 23 Oktober sebelum dapat sambung cuti raya. Tapi, kalau bercuti 21 Ogos, saya kena mohon cuti rehat tahunan 2 hari sebelum cuti raya. Lebih kurang sama lah! ;) Apa pun, BOSS dah restu kembali bertugas lepas raya.

Projek untuk 2nd pregnancy?
  1. Cross-stich

  2. Set cadar baby

Cross-stich dah mula seawal bulan ke-5, tapi dah lama terhenti. Ikut mood. Masa bulan ke-6 ke 8 memang tak sentuh langsung. Gaya nak sentuh balik, tiba-tiba datang mood menjahit pulak. Terhentilah semula, sebab gian nak menjahit projek ke-2.

Projek ke-2, bermula dengan beli mesin jahit pada 26 Jun, kemudian beli kain pada minggu seterusnya. Dan, terbantut sebab agenda yang tak henti setiap hujung minggu & tetamu tak putus di rumah kami. Malas nak keluarkan mesin jahit sebab ramai orang. Jadi, minggu lepas bila rumah pun dah kosong balik saya jadi ‘sedar diri’. Alamak! Dah minggu ke-37, set cadar belum siap. Baru potong jer. Kena habiskan jugak, kalau tidak malu kat famili. Sibuk beli mesin jahit tapi nanti sampai bersalin tak ada hasil! (Malu terutama kat mentua lah…heheheh).

Alhamdulillah! Pulun dalam 3 hari, siaplah item akhir tu semalam. Bukan senang nak buat tu. Payah sebab budak kecik yang sorang tu. Cabaran Aleef Nufayl yang sangat jeles kalau Umminya menjahit. Dia pun sibuk nak tolong sama. Kadang-kadang tu, saja buat macam-macam kelakuan, sampai Ummi tak boleh fokus. Paling lucu, bila Ummi tekan pedal kaki..dia sama terangguk-angguk tiru jarum yang ke-atas-bawah & mulutnya berbunyi macam mesin jahit. Sampai tahap tu dia kaco Ummi. Kalau Ummi habis menjahit, dia pulaklah yang sibuk naik atas kerusi dan konon-konon menjahit tu.

So, alhamdulillah projek ke-2 dah siap. Nak sambung kembali projek pertama. Alamak, momentum dah ilang la. Errrmmm..baca novel pun best gak ni!

~~~
Ummu Nufayl
Minggu ke-38

Thursday, June 01, 2006

Dah 7 bulan!

Eh! Ummu Nufayl baru perasan. Semalam tulis 28 minggu. Maknanya, kandungan Ummu Nufayl dah masuk 7 bulan dah pada 31 Mei 2006 (semalam). Sekejapnya rasa!

Lagi 12 minggu. Lebih kurang 3 bulan lagi. Tak sabarnya. Tengok-tengok adik Nufayl jadi anak Merdeka...ekekek.

Thursday, February 09, 2006

Expecting!

Yes, I am expecting again!

Baru 3 bulan dia bermukim di rahimku. Dan sejak 3 bulan yang lalu, rahimku didiami lagi. Namun, tiga bulan itu rasa bagai panjang. Kerana banyaknya perkara yang telah berlaku.

Bagi saya kali ini memang lain daripada sebelumnya. Lain dan menarik.

Cara saya mengetahui kewujudannya sahaja sudah membuat hati saya berdebar-debar. Dua hari selepas ke'lewat'an jadual yang sbl ini Allah susunkan dengan baiknya, saya bermimpi seseorang datang kepada saya, sambil mendukung seorang budak perempuan. Dia memakai tudung bidang 60", dan budak perempuan tersebut memakai gaun merah jambu yang sungguh comel. Saya terkelip-kelip memandangnya mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dengannya.

Lantas saya bertanya kepadanya (dengan nada gembira),
"Eh, akak! Akak dapat anak perempuan ek!!!"

Dia hanya tersenyum. Manis sungguh senyumannya hingga kelihatan lesung pipitnya. Sambil dua tangannya dihulur ke arah pipi saya. Dua tapak tangannya memegang & meramas pipi saya, tanda sungguh gembira. Dan saya terjaga (jam 3 pagi lebih kurang), dengan terasa kehangatan tangannya di pipi.

Dah tahu siapa 'dia' dalam mimpi tersebut? Dialah kakak yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi pd 16 Disember 2004 lalu.

Kak Qin datang seolah-olah memberitahu, "Hany nak dapat baby lagi!"

Sejak itu, saya terfikirkan...eh, saya mengandungkah? Lebih kurang 5 hari selepas itu (takut jugak nak test tu!), baru dapat dapat sahkan status saya mengandung. Alhamdulillah!

Sejak itu juga macam-macam yang berlaku.
Nufayl mengamuk luar biasa. Sudah pandai hentak kaki ke lantai jika tidak dapat sesuatu. Dan, entah mengapa dia gemar memukul perut saya. Kemudian, dengan tips daripada Mama (Perlis), baru saya tahu perubahan emosi anak sulung bila Umminya mengandungkan adiknya. Saya tumpu lebih perhatian padanya. Dia mula positif kembali. Kini, sebut saya 'sayang adik', dia pasti menghulurkan mulutnya utk mencium perut Ummi, tempat adiknya bermastautin. Nufayl! Tiada kurangnya kasih sayang Ummi & Abah. Nufayl permata hati kami yang pertama!

Umi (Kelantan) pula bermimpi saya pakai gelang emas. Lucu! ;)

Dan, yang terkini, isu posting saya dan rakan sekerja. Oh...my pregnancy was one of the issue! Hmmm...but, now I'm relief. All the issue settled, after direct comm with the boss. Cerita dia panjang, tapi kami melalui sesuatu yang mengejutkan dan drastik sejak 3 hari lalu. Nasib baiklah, semuanya selesai dalam keadaan win-win situation.

Sekarang saya sedang melalui, masa-masa payah dalam trimester awal ini. Ujiannya lebih sedikit daripada Abangnya, Nufayl. Tapi, insya'Allah masa makin dekat untuk memasuki trimester yang lebih stabil. Insya'Allah!

Salam Hari 'Asyura!
- Hari Nabi Adam & Nabi Daud diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.
- Hari Nabi Ibrahim berjuang menentang Namrud, dan dibakar hidup-hidup.
- Hari Nabi Yunus dikeluarkan daripada perut ikan Nun setelah 40 hari di dalamnya.
- Hari Nabi Ayub dilepaskan daripada penderitaan penyakitnya setelah 7 tahun diduga.
- Hari Allah menjatuhkan Firaun dan bala tenteranya dengan menenggelamkan mereka dalam Laut Merah.
- Hari Nabi Yaakub pulih daripada buta, dan dipertemukan dengan Nabi Yusuf.
- Hari Nabi Nuh dan kaumnya diselamatkan Allah daripada ancaman banjir besar dan bahteranya terdampar di Bukit Judi.
- Hari Nabi Isa diselamatkan Allah daripada disalib.

Hari kita hayati hari 10 Muharam ini. Hayati semangatnya untuk mendekatkan diri dengan Allah, bertaubat, berjuang menentang kebatilan, berdoa dengan penuh tulus untuk dilepaskan daripada penderitaan, berdoa dengan bersungguh agar yang berkuasa & batil dijatuhkanNYA. Hayatilah semangat 10 Muharam ini, untuk perbaiki 'aqidah kita agar tulus & yaqin kepadanya dalam setiap perbuatan & ikhtiar. Jalan keluar ada padaNYA.



~~~
Salam 'Asyura,
Hany FF
10 Muharam 1427h
9 Feb 2006m

Friday, September 17, 2004

A Pregnant Lady's Note

Upsss...I'm in my 40th weeks of pregnancy rite now!!!
Hiksss...!

It has been 7 days after my last post here.
And it has been 5 days I rest here in my home with advanced SC from my O&G.
Very relaxing, but goshh...I dunno whut to do in such very ample day & nite.
Luckily, Tok arrived on Monday's eve (13 Sept) to just stand by me during my delivery period.
So, I've 'teman' to sleep together in front of TV, or chit-chatting, or doing 'makan-makan' thing.
:)

What can I say about having all day in home is; it can drive me crazy! As active lifestyle is mine since...(couldn't say when). Yes, it is my dream to be housewife...and to quit this 8-5 office job. But, if the time comes...as I've said to my hubby, I'll do 'other things'. Like what? Ermmm...may be teaching tuition or other activity that generate income but no need 4me to commit 8-5 per day...heheh.

I've finished 4 novels, & more than 10 mags from cover to cover again and again during this SC period! Heheh...and one more, I'm really crazy with my hubby's new bought book on Baby & Mother's Care by Elizabeth Fenwick. Akhirnya, dapat jugak aku buku tu. Thanks Abang! :)
Nak mintak Abang belikan buku lagi, tapi awal-awal dia dah sound : "Kitab banyak kat umah tu...habiskanlah"...hihihi :">.
Teringat sebuah buku Fathi Yakan yg aku beli masa 3rd year...dan aku terlupa sampailah Abang pilih buku tu utk pengisian usrah kami. Erkss..hehehehehe...iyolah Abang, terima kasih peringatkan sayer.

Lagi? Apa yg aku buat? Selain telaah buku-buku & majalah...macam biasa...projek cross-stich yg aku nak siapkan sbl bersalin lah! Tapi sayang, benangnya pulak ada yang tak cukup. Nak pegi beli? Bila yek? Aku tak perasan benang tu tak cukup...kalau tak, dah lama standby benang. Sekarang nih, nak kirim kat Abang pun...dia tak biasa beli benda-benda gitu. Hopefully, lepas dpt baby nanti...boleh la aku gantung hasil kerja tangan tu. ;)
~Satu lagi aktiviti, main Same Game. Game yg aku dah explore drp 1st year...sajer main balik....ilangkan tensen. Tapi herannya, Abang baru tahu pasal Same Game. Ye lah kot...masa 1st year, mana dia ada masa main game...hihihi.

Next...what? Ermmm...
Nothing to say my frenz...
Kak Nuun...tq for ur do'a. May 'he' (general third party named) will join Amiir Husaini ;) as our dreamed da'ie and mujahid...Insya'Allah. :)
Siti, ur blog seems to be active lately. I just open urs tonite n I can see ur active entries ;)
Ika, miss u. Laa nih sibuk lagi ka? Remember, don't let work drive us, but we the one who must drive the work...okeys?
Mudin dah cuti...takleh cakap ngan dia dah.
Nida...gudluk for ur midterm test keyh. Bawa semangat yg dikutip sepanjang pulang ke Malaysia. Usah capek2 blajar dong! Usaha mesti kuat! :D (broken Indon-jgn marre! :P)
Salwa, Anis, Qama...teruskan usaha majukan hidup. Pesanku, jgn lupa hidup di 'sana'...usaha utk 'ke sana' jgn diabaikan! Sahabat, lama tak jumpa...tak bermakna doaku putus buatmu. Gudluk in life! (tak sabar nak jumpa Salwa...bulan 10 balikkan? Dan celebrate besday kita sama-sama tak?)


p/s: Hari ini Besday Auni...my beloved cousin. Kalau anakku dilahirkan hari nih...akan galakkah dia macam Auni yg galokss? hihihi...


~~~
Hany FF
"Yang menanti hari...."
2 Syaaban 1425 H
17 September 2004 M

Thursday, August 12, 2004

35th Week Fetal Development

Your baby now weighs more than 5.5 pounds/ 2.5 kilograms and is 19.5 inches/ over 49 centimetres from top to toe. She's filling out and getting rounder — she'll need her fat layers later to regulate her body temperature.

If you don't already talk to your baby, this is a good time to start — at 35 weeks her hearing is fully developed. Don't feel ridiculous if you're already chatting in baby talk. Some evidence shows that newborns pay closer attention to high-pitched tones.

If you've been nervous about going into premature labour, you'll be happy to know that 99 per cent of babies born at week 35 can survive outside the womb — and most have no major problems. Although your baby's central nervous system is still maturing, her lungs are nearly fully developed by now.

Many women start to notice a tingling sensation or numbness in the pelvic region or pain as they walk. This may be caused by the pelvic joints loosening, ready for labour. If you're terribly uncomfortable, mention it to your midwife or doctor and check out our self-help tips.


Hany FF
25 Jamadil Akhir 1425 H
12 Ogos 2004 M
~~~Ingin kucatatkan lebih drp ini, tapi masa menginjak hingga intaian waktu pun lelap bersama kerunsingan tugas yang tak mudah kulari. Sahabat, andai ini penghubung kita, izinkanlah aku tidak bersuara buat seketika. Kerana ampuhnya persahabatan kita, beribu kata yang ingin kuucapkan hanya mampu kuterjemah dengan catatan maklumat ini. Moga ia mampu menceritakan khabar daripadaku sementara ini~~~

Tuesday, August 03, 2004

Mom's Diary - 8th months

Salamullahi'alaikum wbt

Meniti bulan ke-8 dengan penuh makna :).
Membilang saat-saat yang berlalu, adakah akan tiba waktunya yang bererti itu?
Atau aku akan tersungkur di pintu satu perjuangan yang baru bermula?
Mengertilah akan keluh-rasa seorang wanita,
yang baginya hidupnya kini diiringi ketidaktentuan.
Walau hakikatnya, dia disulami keazaman yang dikongsi bersama.
Abang, terima kasih atas segalanya.
Sahabat, sokonganmu amat tulus nilainya.

~Meniti 7 minggu yang terakhir~

:)



Your Baby
Rapid brain growth continues. Fetus is too big to move around much but can kick strongly and roll around. You may notice the shape of an elbow or heel through your abdomen. Bones of the head are soft and flexible to make it easier for baby to fit through the birth canal. Lungs may still be immature. If born around 37 weeks, fetus is premature but has an excellent chance for survival. Fetus is now about 18 inches long and weighs about 5 pounds.

Your Body
Stronger contractions may be felt this month. You may have some leakage of colostrum (the fluid that will feed Your Baby until your milk comes in) from your breasts as they begin to produce milk. May have trouble sleeping because it is hard to get comfortable. Try putting several pillows under your head. May develop shortness of breath as baby crowds your lungs. Baby may crowd your stomach. Try eating 5 or 6 smaller meals during the day. Top of your uterus lies just under your rib cage.

Prenatal Care Guide
After the 32nd week, visit your health care provider every 2 weeks for prenatal care checkups. You should gain 1 pound a week this month. Call your health care provider right away if you have:

Bleeding or a gush of fluid from your vagina.
Cramps, stomach pains or a dull backache.
Blurry vision, or spots before your eyes.
A feeling that the baby is pushing down.
A noticeable decrease in the baby's movements.
More than 5 contractions in one hour.

By the end of the 8th month, the fetus is about 18 inches long and weighs about 5 pounds.


~~~
Hanyff's Diary
Week 33rd
16 Jamadil Akhir 1425 H
3 August 2004 M

Tuesday, July 06, 2004

Mom's Diary - 7th months

Salams...
Baru pulang setelah lama tiada di pejabat ini.
Bersepah pejabat ini aku kerjakan...
5S? hihi..entahlah.
Aku sedang synchronise semula kerja-kerja aku setelah dapat satu timbunan tugas baru ;).
Cool! Tapi, yg pastinya...ada satu kotak lagi file aku belum buka. Bila eh? By this week. But not now! I'm crazy with my 5S!(?) ekekekek...

Oklah...
just to share my mom's diary with my dear frens.
FYI...in some other time...when you'll experience these.... ;)

How Your Baby Grows -- A monthly diary of your baby's development (MONTH SEVEN)



Your Baby
Fetus can open and close its eyes, suck its thumb and cry. Exercises by kicking and stretching. Fetus responds to light and sound. If born now, fetus has a good chance for survival. Fetus is now about 15 inches long and weighs about 3 pounds.

Your Body
If your ankles and feet swell from standing, lie down with your feet raised. If swelling lasts longer than 24 hours, or if hands and face swell suddenly, call your health care provider. Stretch marks may appear on the abdomen and breasts as they get bigger. You may feel false labor contractions, also called Braxton Hicks. This is normal but call your health care provider if you have more than 5 contractions in one hour. As your belly gets bigger, you may lose your sense of balance. This makes it easier to fall. Be careful!

Prenatal Care Guide - for my dear frens ;)
Visit your doctor or health care provider for one prenatal care checkup. Continue to eat a variety of foods that are good for you. You should gain 1 pound a week this month. Get plenty of rest -- your body is working hard. Start childbirth education classes soon. Most health care providers do a blood test for maternal diabetes at 28 to 30 weeks. By the end of the 7th month, the fetus is about 15 inches long and weighs about 3 pounds.



Tuesday, June 29, 2004

Menanti kepastian...

Salam 'alaikum warah matullah...

Minggu ini, genap sudah usia kandunganku 7 bulan.
Ingin sekali kucatatkan...agar tarikh dan masanya tak mati diluput masa, agar kenangan ini akan bersemadi abadi.

Alhamdulillah...kerisauan yang menjentik hati minggu lepas dapat kuharungi tanpa keraguan...lantas, menafikan kerisauan itu.
Tiga hari di bawah langit Kota Kinabalu (bukan setakat dua hari seperti yang kucadang pada awalnya), pulang ke kediaman di kota KL. Berehat semalam...pagi bertugas di pejabat, kemudian berkemas untuk ke Port Dickson pula menikmati udara nyamannya di sana(bermakna aku tak sempat sampai seharian di KL). Hidup penuh dengan jadual yang padat.
Alhamdulillah...aku tak sampai kepenatan yang amat. Alhamdulillah...setiap langkah mampu kususun sendiri. Alhamdulillah...cergasnya aku ke sana ke sini tanpa rasa letih. Tanpa sakit kepala, atau sakit kaki, atau sakit perut, atau sakit belakang. Lega betul rasanya!
Kerisauan itu tidak menjadi kenyataan.

**Kenangan kat Sabah : hiks, shopping memang langsung rasa tak penat...walaupun bejalan & berdiri berjam2. Dengan Akmar (junior MMU Melaka) pulak tu...best tul. Sampai Pasar Filiphina nak tutup dah...baru kami berdua balik ke hotel. Alhamdulillah, Akmar ada geng kat KK...Hernie, leh dia bawak jalan2 kat KK. Aku & Akmar gih merayau malam-malam dengan Hernie (of course Hernie yg bawak :P) ke Tanjung Aru, Likas, Tanjung Lipat & UMS! Believe me...UMS is really beautiful! Sayangnya, tak dapat nak abadikan dalam gambar...sebab malam pekat sangat...dan lampu jalan tak cukup cerah untuk kamera kami merakamkan suasana & pemandangan kat UMS tu. Caya lah Akmar! Walaupun lepas nih kita akan 'berpisah'...tapi hopefully musafirnya kita ke KK nih dapat mengukuhkan ukhuwah antara kita ;).

Esok malam, aku akan bertolak ke Kelantan untuk pulang ke kampung halaman suamiku. Ada sedikit kenduri doa selamat. Aku berdoa amat, agar kesihatan dan kecergasanku diperpanjang...agar semua urusan dapat berjalan lancar tanpa halangan.

Cuma hari ini, letihku menjadi. Dari pagi ke site untuk inspection renewal contract untuk Kontraktor JKH. Jam 1.50 petg tiba di pejabat tadi, aku sungguh-sungguh kepenatan. Kepala bagai pusing, mata bagai pinar sahaja (bagaimana entah wajahku, entah cukup menjelaskan 'rasa' itu). Mungkin cuaca di kota ini yang menjelmakan lesu itu sepantas mungkin.

Semalam, seorang tetamu datang ke rumahku. Sedihnya kalau lepas nih 'dia' tu tak leh mai umah selalu dah. ;)

Apa pun, kepada semua sahabat...kudoakan yang terbaik untuk kalian fiddunya wal akhirah.
Ingatlah, matlamat hidup kita sebagai Khalifatullah & 'Ibadullah. Dalam mencapai matlamat peribadi, jangan sekali-lagi dipinggirkan visi & misi ini. Kebahagiaan terletak kepada redha Allah, ibu bapa & ketenangan naluri, jauh sekali harta yang menakluki semesta.
Hanya kebaikan kudoakan...
agar hidup ini diberkati...setiap detik dan waktu, tidak tersia dengan alpa kita kepadaNYA.


~~~
Hany FF

11 Jamadil Awwal 1425 H
29 Jun 2004 M

Tuesday, June 22, 2004

Menunggu hari esok

Menunggu hari esok...
aku bagai diselubungi taufan.

Entah mengapa...aku begitu mudah terkesan...
Dengan setiap gerak laku, langkah bisu, dan pantas bicaraku sendiri.
Terkesan...terkesan, hingga lelah itu tak terbayar oleh tidur seadanya.

Mungkin inilah dugaan untuk satu kurnia yang tentunya dinantikan.
Kaki yang membengkak pantang lasak,
Pinggang yang meragam bila duduknya panjang,
Belakang yang menjerit andai postur itu lama ditegakkan,
Perlu baring, perlu direhatkan, perlu bersandar...

Semua ini adalah ni'mat...
Tidak dikesalkan, bukan dikeluhkan.
Cuma aku takut menanti hari-hari yang bakal menyesakkan perjalanan hidupku.

Esok ke Sabah, pulang saja...berehat sehari...ke PD pula...berehat 4 hari...ke Kelantan pula.
Semuanya ada tujuan yang murni.
Ke Sabah untuk mesyuarat,
Ke PD untuk mengeratkan ukhuwah,
Ke Kelantan untuk kenduri doa selamat.

Tapi, aku cukup takut aku jadi penat...hingga menyusahkan orang lain.
Tuhan, bantulah aku untuk menjadi kuat hingga penat itu tidak terkesan oleh orang lain.

p/s: Termangu seketika, ini baru anak belum lahir...aku 'pancit' bagai apa. Rehat cukup cukup secukup-cukupnya...jika tidak, maaflah. Kalau anak 2,3,5,10??? Bagaimana agaknya ya? Apa pun...hidup ini amanah Tuhan. Hidup mesti diteruskan dengan tujuan utamanya : sbg Khalifah, & sbg 'Ibadullah. Ingat, hidup kita nih bukan untuk peribadi semata...kita harus punya masa untukNYA, untuk jemaah Islamiah (harakah), dan untuk hal-hal peribadi...jangan diabaikan!

Ya Rabbul Qahhar, berilah daku kekuatan melaksanakan semua tanggungjawab itu. Ameen.

Tuesday, June 08, 2004

Saat Ini : Minggu ke-25

Hari ini genap 6 bulan 1 minggu usia kandunganku. Lagi 3 minggu untuk mengharungi trimester kedua kehamilan ini. :)
Tak sabar rasanya untuk menggapai trimester ketiga, bermula bulan ke-7! ;)

Menurut pembacaanku, waktu ini kulit baby sepatutnya merah, berkedut-kedut, dan diliputi oleh bulu-bulu yang halus dan lembut. Dia masih terlalu kecil, dan paru-parunya masih belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibunya. Jika dia dilahirkan pada tahap ini, dia mungkin boleh hidup dengan penjagaan yang intensif. Dua kelopak matanya mula boleh dipisahkan, dan matanya mula boleh dibuka...perlahan-lahan. Tapak jari tangan dan kaki mula dilihat (cop jari maksudnya).

Tika ini...dia mengalami proses tumbesaran yang hebat.
Harap-harapnya, pada penghujung bulan ke-enam ini, dia akan mencecah 11-14 inci panjang dan beratnya mencapai 1-1.5 pounds, sepertimana baby lain yang normal. :)

Bermula drp usianya 23 minggu tempohari (5 bulan setengah), dia mula bergerak dan menendang dengan kuat hingga dapat dilihat dari luar, kulit perutnya bergerak-gerak! :D Comellnya :)...

Tapi sayang, Umi selalu sakit belakang sekarang. Baby sedang membesar dengan pesat, patutla! Heheh...
Bak kata penulis tentang kehamilan ni,
"Wear low-heel shoes or flats. Exercise can help prevent backaches. Don't stand for long periods of time. You may feel pain down the side of your belly as your uterus stretches."


[Insya'Allah, exercise tak diabaikan... ;)]
Tapi sayang...Umi perasan,Umi selalu sakit di bahagian bawah bila berjalan sedikit. Risau jugak Umi, takut-takut kerja berat masa memindah barang dari rumah lama ke rumah baru hari tu bagi kesan kpd rahim atau kandungan...rupa-rupanya normal ya sakit tu! Rahim menegang rupanya...alhamdulillah! :)

Waktu-waktu begini, elok minum banyak air dan jus buah-buahan, makan sayur-sayuran & buah-buahan...dan jgn lupa exercise!!! (tapi semalam, kaki Umi mula bengkak sikit. Banyak sangat berjalan ke naper ek? Atau kesan berdiri banyak?)
Orang kata, kalau nak elak drp jantung jadi terlalu laju berdegup (sesungguhnya, jantungku sering berdegup kencang setiap kali selepas makan...hingga aku jadi penat dan penat....), kena makan 4-5 lima kali sehari. Tapi pastikan makanan diambil dlm kuantiti yang sedikit! ;)

Wahai anakku, tak sabar melihat wajahmu saat kau lahir ke dunia ini.
Sempatkah aku menatapnya?

Biar apa pun, itu adalah ketentuan daripadaNYA.
Saat ini, biarlah kau kujaga dengan sepenuh tumpuan...agar kau berpeluang hidup di alam fana' ini, bersama-sama kita mengharungi hidup ini. Jika ada kesempatan....


:)



~~~
HANY FF
Catatan seorang bakal Umi buat anaknya,
Selasa
19 Rabi'ul Akhir 1425 H
8 Jun 2004 M



Friday, May 21, 2004

menyeka resah...

Salam 'alaikum ya ikhwah...

Masuk hari nih...genap 8 hari blog nih sepi tanpa update. Tapi dalam pada tu, ada pulak org yogya muncul ekk...rindu ya? eheheh...kenduri yuni nih balik tak? ;)
tak apa...kirimkanlah do'amu walau jarak memisahkan. [psss : kalau balik...jgn lupa mai umah kami noo.... :P]

Maaf teman...tugas tanpa henti sejak minggu lalu menghimpit masaku untuk mengutus bicara.
(cewahhh..eekkeke). isnin-rabu...ada tugasan yang tak mengizinkan untuk rehat sekalipun.
tup-tup...khamis, terus kedemaman melanda! hikss...bukan la 'la-ih' sangat ('la-ih' = lekeh : loghat Perelih). Mungkin sebab terlalu letih dengan tugasan pejabat yang tak mengenal waktu...ditambah pulak dengan nak pindah rumah sekarang nih...bejalan merata kami mencari cat...dan barang-barang lain untuk pastikan rumah tu cukup bersedia utk diduduki sebaik kami pindah ujung bulan nanti. Ye lah...malam-malam sampai umah kol 11, sedang aku memang mudah 'penat' sekarang nih. Perlu cukup rehat (hikss..taper...semalam dah mc ;))

Hari rabu...ada check-up utk bulan ke-5 (skrg, umur kandungan dah mencapai 5 bulan 1/2 = 22 minggu). Buat urine test...alhamdulillah...paras gula normal :). Blood test pun ok semuanya...normal, kecuali hemoglobin kurang sket...kena amik iron banyak2 hiksss.

Detail scan pun dah start...tengok brain baby, kepala & saiznya, ukur panjang tulang paha dan dah leh la kalau nak tau gender. nasib baik O&G tanya...nak tau tak. kami dedua jawab tanak tau (nak la saspen..anak sulung katakan! :P) Alhamdulillah...saiz baby normal, posisinya pun bagus. cuma ada satu kata-kata O&G tuh yg menyebabkan aku tersenyum sorang-sorang..."Mari kita ukur panjg tulang paha, ini caranya kita nak tau baby tuh kerdil ke tidak. Selalunya, panjg tulang paha sama dengan panjang kepala baby. Eh...tulang paha nih panjang sket la saiz dia, anak you nanti nih tinggi sket nih!"
ekekekek...commellnyerr. Umi ngan Abah dier dedua 'comey'...dia nak lebih ek...ermmmmmmmmm ;)

KebesaranMU Tuhan...Kau yang Maha Sempurna...sempurnakanlah, Kau yang Maha Cantik...cantikkanlah...

~~~~~
Hany FF
Seri Sentosa
1 Rabi'ul Akhir 1425 H
21 Mei 2004 M

Thursday, May 06, 2004

Ya Ruuhi..Ya! Alhamdulillah...

Alhamdullillah...dah masuk minggu ke 20!
I have 20 weeks more to go to the big day!!!

Dah sampai ke 'pertengahan episod'... :)
Last week...balik Perlissss!!!! Kg Pdg Melangit kujejaki jua akhirnya!!!
4 hari...seronokkk sangatt! Alhamdulillah!
Niat nak balik mkn durian, nasik beriani & azra soya...tapi yg dpt lebih drp tuh...
hehehehe...tu lah...nak sangat mkn...kan dah dpt.
Nasib baiklah skrg selera makan dah ok sket drp ari tuh...leh la sumbat! :D :P

Skrg baby suka tendang hala ke petg & malam-malam. Hiksss...comeyyy...
Kalau time kiter tido...lagi dia suka kaco...esk esk...
Kaco umi ek...gigit kang! (jegeyy mata) >:) upss :P

Setiap hari...rasa cam tertunggu-tunggu jek respons dia. Indahnya! :)

Quote from Parenthood.com :
"During the fourth month the fetus reaches almost 6 inches (15cm) in length. Arms and hands are fully shaped with fingernails. Feet and legs are fully molded, and hair has already started to appear. In the fourth and fifth month the fetus begins reacting to sound, and hair becomes courser and colored."

Patutlah...ada waktunya, kalau bunyi bising sket...dia nendang tak benti...
Semalam la...abang tgk batman...on subwoofer sumer (nak menghayati citer la katakan)....aku nak tido...tapi baby pulak aktif. hiksss...commeyy...

"Ya Allah...permudahkanlah kelahiran zuriat kami ini...
Permudahkanlah utk kami menjadi ibu bapa yang dpt mendidik anak ini agar menjadi khalifahMu, mampu menunaikan syariatMu, dan mampu menegakkan syiarMu di muka bumiMu ini Ya Allah...perkenankanlah"

~~~

Hmmm...cam tak caya...ibu bapa dia yg disyaki mendera dia. Kasihan Norizayani Emilya...
Mula-mula org dok syak pembantu rumah Indonesia tu...tapi bila kesan dera tu disyaki dilakukan dlm jgkamasa terdekat...hanya ibu bapanya lah yg duduk dgn Norizayani tu...

Tak sabar nak tau keputusan sabitannya tu.
Ya Allah..ke manalah lupusnya sifat Rahiim & Rahman yang KAU pinjamkan kepada mereka itu...ibu bapa itu. Sudah karamkah sifat yg KAu pinjamkan itu, akibat hubbudunya yang tak pernah kurang?
Kerana hasutan Syaitankah, maka benci dan geram itu digenggam...lalu dilempiaskan kepada seorang kanak-kanak yang masih belum mampu melawan? Berdosa apakah dia?

Subhanallah!!!..................................


~~~
"Ult li albi bissaraha
Hayya nab'idil karaha
Syakkireena a' kulli ni'ma
Ba' ideena anil fattana"

Hany FF
6 Mei 2004 M
16 Rabiul Awwal 1425 H

Monday, April 26, 2004

Semalam... :)

Semalam...
Tarikh bersejarah! :)
25 April 2004 M ~ 5 Rabi'ul Awal 1425 H
Baby mula menendang dalam rahimku! :) :) :)

Mula-mula, dalam pukul 1.30 ptg, aku sedang tidur (keletihan...tatau kenapa...), tiba-tiba aku terjaga sebab rasa ada 'benda' bergerak dan seolah menendang dlm 'perut'. Agaknya takdak apapa kot.
Aku pun bangkit dan teruskan hidup cam biasa lah.

Then, dalam jam 5.45 ptg gitu, aku sedang baring sambil buat cross-stich (azam nak abihkan sbl bersalin hehe...moga2 tercapai), sama jugak...tiba-tiba rasa ada pergerakan dlm 'perut'. Then, pup...eh eh...ada insan yg menendang ya! (:> cubit kang)...ekekek...sure dah.
Maka, tercatatlah tarikh 25/4/04 sbg kali pertama dia menggunakan kakinya utk menendang...(sbb apa doktor tak penah cakap...baby dah mula menumbuk ke blom? agaknya baby tak pandai guna tangan lagi kot dlm 'perut' ek).

Sebelum nih (sejak minggu ke-17 onwards)...ada dua tiga pergerakan 'dalaman' yang aku perasan...tapi aku takleh nak pastikan samada itu pergerakan baby..atau perut aku yg sakit sbb angin.
Tapi, yg semalam nih...sahih! :)
Alhamdulillah...respons gak dier...tatkala umurnya dlm minggu ke-19, lagi seminggu nak masuk 5 bulan! :)

Syukur sangat rasa. Happy..excited. 'Terasa'nya kita dah bawa insan-jasad-jiwa yang hidup dalam rahim kita.
Start last week jugak, aku mula terasa ada baby dlm perut. Time solat terutamanya...bila nak rukuk & sujud...rasa pembawakannya tuh. Kalau kat luar solat...time nak lari (erksss..takleh lari ekk...). Biasa la...wanita mengandung yg sorang nih...time nak melintas jalan mesti lari...puas dinasihat...
Jawabnya, "ok ok..lenkali saya tak lari ekk...."

Insaf! Insaf! :D


Hany FF
26 April 2004 M ~ 6 Rabi'ul Awal 1425 H
~Lagi 6 hari utk tiba @ Maulid Rasulullah s.a.w

Friday, April 09, 2004

...menyambung sketsa kehidupan.

pagi nih...sampai jer kat ofis...ghalit carik nasyid2 lama. tatau naper...rasa tingin sangat nak dengar.
nasib baik jumpa...Sunnah Berjuang 1 & 2, Antara 2 Cinta, Tak Seindah Sentuhan Mata, Secerah Pawarna, Munajat, Nun di Sana, Rahmani bilQuran...Ya Rasulullah...dan yg baru2 sket (tapi nasyid lama dah la)...Sesungguhnya, Peristiwa Subuh ...dan banyak lagi la!

Puas hati..dpt nasyid2 tuh...
feel lain sket ;)

cerita lain? ermhh..tak ada...cuma semalam cuti...sbb kononnya nak gih checkup la.
last minute, before keluar umah...dpt call dr spital...doc emergency leave 3 hari...so, appointment smlm ke tunda ke minggu depan. Apalagi..rehat jer la kat umah puas2 (walaupun tau..kat ofis banyak sgt keja menanti). Org kata...time ngandung nih la nak cuti dan bleh diberi cuti without byk soal (org kata laaa..kiter tak amal :P). hiks...bukan sengaja ek...kebetulan dah nak jadi. Allah nak soh kiter rehat nak umah kot semalam :D.

lastly...aku pun rehat dengan tenangnya kat umah...setelkan kemas umah dan mandi..kol 9.30 dah siap sumer...konon2 tunggu masa nak gih spital, tapi bila dah kansel...kiter pun mula la arrange schedule sorg2...
wat per sorg2? nak tau? heheheheh...
KAL HO NA HO!!! (KHNH)
tgk sorg2 pun tak besy gak..nak ada cik abang kat tepi. leh ngendeng time nak nangih..ekekkekek (jgn marre)

Ok la citer tuh...cam besa sbb ada shah rukh...kekekeke. sedihnya cerita nih bukan sbb kisah melankolik yang dipanjang2kan (kisah melankolik tuh..cam kabhi khusyi kabhi gham...byk sgt adegan airmata)..
tapi lainnya KHNH nih sbb dalam cerita tuh tgh ceria...kita faham watak yg sebenarnya sdg menderita...
(eceh!)...ups...tuh yg tersentuh tu! (lagi mahal tau).

Pas tu...yg paling menyentuh hati...ada satuuu part.
bila Jenny (Jaya Bachan-mak Naina : Naina refered to Preity Zinta) pertahankan Gia (budak pompuan...yg diambil jadi anak angkat dlm keluarganya) drp dikutuk dan dinafikan haknya oleh mak mentua Jenny sendiri (mak suami dia) sbb budak tuh anak angkat saja...bukan anak kandung famili tuh.
tehn, dtg Aman (Shah Rukh) menyuluh kebenaran kpd mak mentua yg sombong tu.
sbnrnya...suami Jenny ada hubungan sulit. Suaminya berjaya menutup hubungan sulit itu, tapi dia tak dpt menyembunyikan hasilnya...hasilnya ialah Gia (bdk pompuan tu). Jenny pegi ambil anak luar nikah tu dan pelihara anak tersebut dengan kasih sayang (mak budak pompuan tuh pun tak dpt terima dia lahirkan anak luar nikah..so, mak kandung dia taknak pelihara dia). ayat dia lebih kurg : "Dia angkat dendam dengan tangan kasih sayangnya...Dia boleh memilih utk melihat kecurgn suaminya pd anak itu dgn mata yg sempurna, tetapi dia memilih utk tidak melihat dengan sempurna..."
Tekezut mak mentua Jenny.

hiks...gitu la sket jek citer nya...
kita? (yg pompuan ler)...leh ke jadi se'mulia' tu? boleh ke memaafkan kesalahan suami dengan penuh kasih sayang spt itu...tanpa menyimpan dendam sedikit pun (kita org Islam memang tak menghalalkan hubungan tanpa nikah...tapi bayangkan kalau tu anak isterinya yg lain?...bolehkah kita terima?).
Awal sangatkah pertanyaan ini? Simpanlah...cernalah.
Andai saat itu datang, awasilah gerak lakumu.
Hati itu milikNYA.

Pada seorang wanita yang kutahu hatinya jua REDHA sebegitu (bukan dlm filem la),
Tabahlah menghadapi dugaan hidup...kau diuji di dunia fana' ini.
Aku tahu...kalau kau hadapi situasi sebegini..mulianya hatimu...kau akan sanggup ketepi segala sengketa utk mencurahkan kasih sayangmu kepada yang tidak b'daya dan yg t'aniaya itu ---mungkin hanya kita berdua sahaja yg memahami kisah ini...



Friday, March 12, 2004

Meniti Hari.............

Tadi bersembang sebentar dgn Kak Qin.
Heheh...teringat sesuatu yg lupa diceritakan semalam.
Bukan 'lupa'...tapi saja- kata tgh 'hangat' pilihanraya kan...nak bagi 'cool' dulu. ;)

Tapi sbl tu...nak mintak tolong kat kawan2 yg specially selected to know this FITRAHZH blogspot,
kalau boleh mintak usah diletakkan link di blog korg.
Bukan apa...sbb kadang2..ada nak letak jugak rasa hati yg mungkin hanya boleh dikongsi bersama anda sahaja. Rasanya, blog nih tak terlepas jauh lagi kan? :D

Hihi..ngader2 kan. Nak gak citer ek.
10 Mac ari tuh...second checkup appointment.
Betul kata org...jadi ibu bapa nih satu pengalaman yg cukup indah utk dialami oleh setiap insan. Alhamdulillah, masa scan tuh...dah nampak semua yg terbentuk - kepala, tangan, kaki...jantung yg berdegup...dan :
Doktor kata, "Ni genital dia.....(pause)"...pandang kiri kanan...doktor senyum jer...dia pun faham...
Of course anak sulung, mesti nak suprise kan!
...hehe..tapi dah nampak ke genital dlm masa 12 minggu nih? Dr Nida...tolong la jawab, tak pun Ibu mengandung yg berpengalaman...Kak Nuun ;).

Suspen kan...tapi alhamdulillah.
Semuanya dlm keadaan yg baik dan terpelihara. Walaupun aku sendiri bukan dlm keadaan yg baik sangat.
Dgn tak selera makannya...dan tak tentu apa yg aku makan tiap2 hari.
Tapi at least masih ada yg sayang...tiap2 hari buat Quality Control tak gitu? (jgn jadik Damage Control dah aa :P).
Moga baby dapat zat2 yg diperlukan utk tumbesaran agar jadi kuat dan sihat! :D

Sedar tak sedar saja..dah mencecah 12 minggu.. I have 28 weeks to go to the 'big day'!



- profile baby @ 12 weeks -


Sahabat, doakan daku.
:)



---
Hany FF
20 Muharram 1425 H
12 Mac 2004 M
"In some other world we've met, in some other days we'll be..........."