Friday, January 30, 2009

Minda Separuh Sedar Berbahas...

Saya tidak tertarik menyentuh dan memperincikan beberapa isu nasional. Sekadar merehatkan otak, saya ingin petik beberapa perbualan ringkas berkaitan persepsi kita terhadap beberapa perkara.

1. Rakan sekerja saya menyatakan rasa 'terkejutnya' bila ada anggota dilihat meminum air kencing syaitan bernama arak. Sedangkan beliau Muslim.

Jawapan saya, memang kita tidak nafikan arak itu haram. Dan kita risau dengan keadaan ini. Tetapi rasanya jauh untuk saya berasa terkejut. Kenapa? Jawapannya mudah, yang tidak minum arak, kononnya, tetapi cuai dalam solat, malahan tidak solat, lebih ramai dari jumlah itu. Dan apa bezanya status dosa orang yang meninggalkan solat dan berasa 'senang' dengan perbuatannya dibandingkan dengan peminum arak? Mereka ini semuanya bencana kepada agama Islam. Dan dosanya besar bagi kedua-dua kategori.

Kata pula Ummu Nufayl, bukankah arak pintu maksiat, jadi kita kena risau la. Saya jawab, jika tidak solat, itu kunci kepada nafsu minum arak. Orang rajin solat, pastinya tidak akan minum arak. Jadi yang mana lebih teruk? Pintu maksiat, atau kunci kepada pintu maksiat itu?

Tolonglah jangan lihat dari aspek hudud, tapi saya sekarang sedang membebel tentang salah letak persepsi kita terhadap sesetengah perbuatan. Mentang-mentanglah yang haram itu babi dan arak. Jadi kita tidak terasa pun hendak membenci tingkahlaku mencuaikan solat, tinggalkan solat, puasa. Liat bayar zakat pendapatan. Tak mahu belajar Fatihah dengan betul sampai solat hancur. Itu semua kita pandang - masalah dia dengan Tuhan. Ya, memang betul, masalah itu dengan Tuhan, tetapi manusia yang ada masalah dengan Tuhan, pasti akan lebih bermasalah dengan manusia. Dari sinilah lahirnya golongan hubbud dun-ya. Wa karahiatul maut. Yang workaholic, lupakan dakwah. Heret pula kita selaku orang bawahannya untuk balik lewat, tidak sempat berjemaah. Mesyuarat sehingga ter'jama' solat Asar dan Maghrib. Belum lagi sebut rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Saya sentiasa ingat kata-kata saya sendiri, manusia, kalau sudah berani buat masalah dengan Tuhan, pasti dia lebih berani buat masalah dengan sesama manusia. Dan takut kita yang jadi mangsanya!

Panjang juga komen pendek hari ini. Sambil-sambil membelek isu terkini, saya hanya terlintas satu perkara, maklumlah, tengah malam. Apa dia?

Kalaulah seseorang itu pernah buat jenayah. Jenayahnya tetap jenayah. Jangan jadikan dia pejuang bangsa. Dan tutup semua perbuatannya. Tetapi pada masa yang sama, apa yang berlaku padanya, jika tidak kena dengan fitrah alam, itu memang tanggung jawab kita memperbetulkan keadaan. Cuma satu pesan saya, jangan biarkan minda separuh sedar menguasai terlalu banyak hujah kita. Allah Maha Adil. Allah Maha Bijaksana.

Wallahua'lam.

Projek Tudung DIY


Ni hasilnya, menjahit semasa CNY. Dapat 11 helai tudung.

Saya buat 2 jenis kemasan hujung tudung; 1 jahit kelim guna rolled hem foot dan satu lagi guna twin needle. Dua-dua pun cantik asalkan jahitannya kemas (huhu...mine to practice more!).
Ada satu lagi kain J1 warna kelabu, belum ada awningnya.
Semalam pulak, baru beli kain jersey Nagoya (daripada Jepun), 4 warna (maroon, off-white, milo, purple gelap) - 1 meter bagi setiap warna. Untuk isi masa esok kat Selising. Tangan ni rasa kosong pulak kalau tak ada kain nak menjahit. Nasib baiklah, cik Abangku sporting habis. Sanggup singgah Nagoya bila isterinya ajak.
Saja nak test jahit dan pakai kain Nagoya pulak. Kainnya lembut dan berat jugak. Tapi yang warna gelap, rasa kainnya keras sikit.
Apa pun, tak sabar nak cuba jahit kain jersey Nagoya ni. Sebab lain kain, lain cara nak handle semasa menjahitnya. Tambah lagi kain jersey. Memang kena manja-manja.
Apa pun, tudung-tudung di atas bukan semuanya saya punya...jangan risau. :)
Farrah, Aida/Aini - korang register la kelas 21 Feb ni dgn Yela. Tinggal sikit je tempat kosong tu. :)

Wednesday, January 28, 2009

WEEKEND HIGHLIGHT : 2 STORIES

CUTI 24-27 JANUARI 2009, JAHIT TUDUNG

Cuti lama hujung minggu lalu sempena Tahun Baru Cina, membolehkan saya menyiapkan projek menjahit tudung saya. Itu pun, hanya Isnin dan Selasa yang dapat diperuntukkan untuk menjahit. Alhamdulillah, 11 tudung siap. Campur 2 tudung awal yang saya buat...jumlah semua 13. Tapi bukan semuanya saya punya. Ada yang untuk dihadiahkan, ada pula untuk lelong.

Gambar? Belum lagi...baru hantar jahit tepi. Minggu depan, semasa outstation ke Pantai Timur sempena IQA...bolehlah saya melaram. ;)

Rasa kosong pula malam ni tanpa kain untuk dijahit. Nampaknya ada azam baru sebelum bertolak ke Kelantan, Jumaat ini. Saya kena beli kain lagi...penuhkan masa lapang. hehe. Bukan apa, practice makes perfect orang White Sand kata. :P

CUTI HUJUNG MINGGU : 10 JANUARI 2009, LIQA' & ZIARAH AJIKIK

Hari yang sangat menyegarkan. Ada Liqa' Usrah di lokasi pilihan, rumah Jie & Nuar di Kajang Perdana. Hari yang ditunggu Nufayl juga, bertemu dengan sahabat baiknya Fahim. Abu Nufayl dibuli beri tazkirah oleh incik mudin. Alhamdulillah, tak sia-sia Ummu Nufayl merungut-rungut...inputnya segar dan mengesankan (ataupun, nak bagitau yang Ummu Nufayl suka sangat dengan topik sirah dan pengajaran serta kaitannya dengan masa kini...heheh).


Usai tazkirah dan sesi makan-makan termasuk menyantap kek hari lahir Ziyad yang seminggu daripada tarikh tersebut...kami solat Zohor berjemaah. Kemudian, mulalah sesi Ziyad merampas Ummu Nufayl daripada Nuha. Terus tak nak berrenggang lagi dengan Ummu Nufayl. Nuha boleh tahan jelesnya juga. Si Ziyad siap nak ikut kami pulang. Comel sangat!

Dari Kajang Perdana, kami ke Universiti Notthingham...tak jauh, hanya beberapa kilometer daripada rumah Jie. Ziarah sepupu Ummu Nufayl, Fatin Amirah di sana. Lepak-lepak dalam bilik Mira (single room, Apartment Kapas) sambil menghabiskan stok makanannya. Dia dalam mood study sebab sedang dalam minggu peperiksaan. Saja kacau dia yang khusyuk dengan Engine Maths!

Kemudian, ziarah En. Hamid dan isteri yang baru mendapat cahayamata ke-empat. 4.5 kg & normal! Anaknya yang baru 10 hari...memang nampak besar betul! Lama juga di sana. Sambung pula ke gerai Char Koewtiaw yang sedap.

Tak jauh daripada gerai itu, kami ke Taman Mesra...hajatnya nak ziarah Pakcik Ismail Ahmad dan Makcik Khadijah yang sama-sama menunaikan haji 1428h. Tapi, masa beranjak ke Maghrib semasa kami dalam proses mencari rumah. Solat jemaah di Surau taman tersebut. Akhirnya, dengan bantuan En. Johari, penduduk yang terpilih untuk membantu kami (tanya soalan waktu dia menyiram pokok bunga)...kami dapat nombor lot rumahnya dan sesi ziarah bermula.



Pakcik Ismail sebenarnya adalah seorang penulis. Dulu, dia bekerja dengan DBP. Dia salah seorang pengasas Dewan Siswa(atau HSSBR?). Dia tak lain dan tak bukan ialah AJIKIK. Saya mengetahuinya semasa sembang-sembang dengannya sewaktu minum kopi di tingkat mezanine. Teruja sungguh saja apabila tahu dia adalah AJIKIK. Ceritanya nama AJIKIK diperoleh daripada pangkal namanya dan kawan-kawan satu biliknya yang rapat. Saya juga berkongsi dengannya tentang pengalaman saya, pernah 2 kali memenangi HSSBR. Dia sangat teruja dan kami banyak berkongsi cerita. Mama? Yang juga minat sastera, terus memperkenalkan Pakcik AJIKIK kepada kawan-kawan jemaah yang lain. Tapi...siapalah yang kenal orang sastera kan? Lagikan Sasterawan Negara ada yang tak kenal.

Kami ditaqdirkan rapat dengannya dalam perjalanan haji kami. Mereka adalah contoh pasangan romantik dan sangat seadanya semasa di sana. Bayangkan, semasa sa'ie...selangkah pun dia tidak meninggalkan isterinya yang berjalan sambil memegang/'bergayut' bahunya. Hikmahnya jelas terasa pada saya dan suami. Ingin benar mencontohi.

Apa pun, ziarah ke rumahnya juga memberi pengajaran...bahawa kenapa bersilaturrahim itu sangat dianjurkan. Pakcik AJIKIK yang sangat tajam dan kuat ingatannya membuatkan kami terpana kerana kami yang muda ini, kadang-kadang kurang mengambil tahu/ mengingati tentang sahabat lain. Sesuatu untuk diteladanikan?

Hari Sabtu, 10 Januari cukup indah...kerana senyuman yang diterima atas ziarah kami sangat mengesankan. Menyentuh jiwa.

Apa lagi yang perlu saya tulis. Tak terungkap. Hanya jiwa bisa merasa.
Cukuplah catatan untuk hari ini.
Saya memilih untuk meneladani.

Anda? Apa pilihan anda?

:)

Friday, January 23, 2009

Laba Nyawa dari Gaza

Menyabung-nyabung kurung dan ladung,
Ritau jiwa dan airmata, saudara kami penuh mehnah.

Menyabung-nyabung kurung dan ladung,
Yang kau perbuat,
Daripada tanah dan darah.
Daripada dosa dan nanah.
Dipipis pasir, noda dan kering payah.

Rintih!
Ibu-ibu dalam payah, dalam sengsara,
Mengendong rasa dan cita,
Antara diri atau wasi,
Bisa-bisa jerih anak-anak rintih,
Bukan lagi sisa, malah dosa yang hidup sentiasa.

Bukan lagi ketuanan bangsa pokoknya,
Kerana juang itu membawa nama agama,
Demi al-Quds dan jiwa,
Demi Ahad, Ahad, Ahad...Allah cuma!

"Aduh!"
Mampukah mereka menjerit lagi,
Dalam teriak "Allahu Akbar!!!",
Rencong tanah serong itu,
Digigit dengan nanah dan darah,
Diratah dengan rogol dan rasuk.

Busuk sungguh laba yang kau tagih,
Hingga Gaza jadi neraka,
Rafah jadi pintunya,
Adalah dosamu segala!
Gagau-gagau tanganmu yang berahi nyawa,
Ketawa romamu, bingit telinga dunia!

Di sinikah,
Antara dua sungai itu?
Tanah yang dijanjikan Allah,
Hidup dengan payah, berjuang penuh mehnah?

Demi tanah yang disucikanNYA. Demi DIA.

Menyabung-nyabung kurung dan ladung.
Kita? Demi apa lagi, masih berdiam diri?
Dan mereka yang berdusta,
menagih laba daripada yang masih...
bernyawa!


~~~
Hany FF
22 Jan 2009m, 25 Muharram 1430h

Yang Turquoise...Yang Kedua :)

Pagi Jumaat ini, ada berita gembira. Tudung DIY kedua (selepas yang pertama, yang ungu) dah siap semalam. ;)

Saya ujipakai jarum kuning/emas, jarum kembar (twin needle) dan tapak rolled hem baru.

Semua best! Mesin jahit 2808 Singer saya tu, boleh saja pakai jarum kembar. Saya beli tiang benang yang baru. Memang ada lubang pun yang disediakan untuk benang kedua tu! Sabar sajalah HQ Singer nih.

Tapak rolled hem pulak bagus...tak payah gi jahit tepi. Tapi untuk jahit hujung tudung tak cantik sangatlah...sebab kecik jugak. Besar sikit daripada tapak gulung zigzag saja.

Apa pun, jahit hujung tepi tudung memang cantik bila guna jarum kembar. :)

Malu nak letak gambar sebenarnya. Ada sikit lagi saya perlu perbaiki. Kualiti jahitannya. :)
Ini projek saya masa kelas Tudung DIY Ahad lepas kat Impian Qaisara, dengan bimbingan cikgu-cikgu berkaliber...baru saya sudahkan finishingnya semalam. Kain dan Awning beli daripada Yela; Tudung - kain Jersey J1 ZH SS2 - warna greenish blue sebenarnya, Awning Blue Brocade with Silver Leaves (kat ZH SS2 pun ada).
Ups! Abaikan 'benda' kat dagu saya tu. Dah bertahun tak naik jerawat. Tup, tup 2 hari lepas jerawat timbul. Besar pulak tu. Sabar je la.

Thursday, January 22, 2009

MUTAKHIR Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

Innalillahi wa inna ilahi raajiúnn.
Kemalangan ini berlaku dekat kampung halaman saya dan di Jalan Padang Melangit.
Jarang berlaku kemalangan di jalan tu. Takziah buat keluarga Tok ni.

MUTAKHIR
Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

KANGAR: Seorang penjual minyak angin terbunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori di Jalan Guar Jentik-Padang Melangit dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitenden Che Man Mat Dros berkata, badan Ahmad Kasa, 78, dari Padang Sera, Kedah hancur dalam kejadian 10.30 pagi.

“Seluruh badannya hancur menyebabkan organ dalamannya terkeluar dan botol-botol minyak angin juga dilihat bertaburan di jalan raya,” kata Che Man.

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Guar Jentik menghala Padang Melangit dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian.

Che Man berkata, pemandu lori berkenaan menghilangkan diri dan setakat ini tiada laporan dibuat berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik di Balai Polis Padang Besar, Inspektor Shazlan Mohamad melalui talian 04-9490825 atau 013-9398189 untuk membantu siasatan. - Bernama

Wednesday, January 21, 2009

Abu Nufayl MC hari ni...jadi, Ummu Nufayl boleh memandu ke pejabat.

Hari ini juga, saya dah dapatkan jarum emas/kuning 1 paket, twin needle sepasang, benang-benang untuk dipadankan dengan kain jersey yang dibeli semalam, juga rolled hem foot yang lebar sikit longkangnya.

Heran betul, semalam di HQ Singer semua tak ada. Semua tak boleh. Katanya mesin jahit saya tak boleh guna twin needle. Tapi, Auntie Kedai Singer Puchong ni kata boleh pulak. Saya beli saja dulu, malam ni boleh cuba.

Semalam juga, selepas ke HQ Singer, saya ke Zhou Hua SS2. Ini kredit kepada Abu Nufayl. Walaupun dia demam dapat MC semalam. Jadinya, lewat juga kami pulang sebab temankan saya membeli dan membelah ;). Baik betul budi Abu Nufayl yang demam ni. :P

Kat sana memang banyak pilihan! Nasib baik saya dah buat senarai warna jersey yang nak saya beli awal-awal. Kalau tidak, mesti saya confius nak buat pilihan.
Tak apa, beli sikit-sikit dulu...nanti kalau nak tambah koleksi...boleh beli lagi.

Eh...apa relevannya kisah tu dengan kisah memandu hari ini?

Kalau tak memandu sendiri hari ini...boleh jadi apa yang saya ceritakan dalam perenggan kedua tu, sukar menjadi kenyataan.

Apa pun, saya gembira! ;)

Monday, January 19, 2009

WEEKLY HIGHLIGHT - 18 JAN 2009 : KELAS TUDUNG DIY

Yuhu!

Teka apa saya buat semalam? Ups...are there anybody care to guest?

Tak kisahlah! Yang penting saya memang sangat teruja semalam.
Ini kerja kami semalam. Sampai di lokasi tepat jam 10 pagi, dan pulak lebih 4 petang. ;)


Kerja apa?
Bagi yang belum jelas, inilah kelas menjahit Tudung DIY (Tudung Berawning).
Saya pergi dengan Suzy, my SIL (isteri Dik Id) mengisi satu tempat kosong yang available untuk saya.

Terima kasih kepada sifu-sifu : Mektwain, Faziraniq, Kak Sheila, Lina atas ilmu tak ternilai. :)
Terima kasih juga kepada Yela, Adeeda, & Anis yang bawa banyak awning+ Yela bawa jersey (saya tak jamu mata masa Meabadi hidangkan awning-awning di atas meja).
Paling istimewa buat Abu Nufayl yang sangat sporting - layan anak-anak shopping dan lepak kat rumah Pak Ngah Nufayl di Bandar Seri Putra. Juga Cik Da yang tolong jagakan budak-budak tu sementara mak budak pi belajar. ;)

Hasilnya, wow! Saya suka (saya je suka, tak tentu lagi orang lain suka okay :P)

Gambar belum saya ambil lagi. Sebab?
Belum siaplah. Belum buat finishing - jahit tindih pada keseluruhan tudung. *Part ni yang saspen sikit sebab ia akan menggambarkan kualiti tudung yang dihasilkan sebab jahitannya nampak daripada luar.*
Pasal apa saya tak siapkan tudung semalam? Sebab mesin jahit portable saya jadi waqaf semalam. Saya biarkan kawan-kawan + Suzy siapkan tudung mereka. Tudung saya boleh habiskan di rumah ;).
Lagipun benang warna sama tak ada...saya tukar kain di saat-saat akhir. ;)
Target, nak kena beli jarum mesin yang sesuai dengan kain jersey, benang warna kain dan tapak untuk jahit tepi ('longkang' besar). Tapak jahit tepi saya kecil sangat 'longkang'nya. Tak commey!

Apa pun, memang bestlah!

Notakaki : Memang berbunga-bunga hati dapat buat tudung sendiri. Nasiblah tak 'makan awning' banyak sangat semalam. Kalau tidur mau kenyang lima hari (tak makan!) heh...gurau saja. Tak apa...lepas ni masih boleh JV. ;)

Ups lagi, jumpa Elly (MMU-batch sama) --> dia shopping awning. Dan belajar sama dengan Kak Yati (Nurminah), dan Kak Ziana --> dua-dua MMU & T*.

Buat Aida, Aini & Farrah...bila kita nak buat projek kita? Boleh kongsi-kongsi ilmu ;)

Thursday, January 15, 2009

Alkisah Laman Sakinah FZH

Impian untuk berbudi kepada tanah (kecil-kecilan) di rumah sendiri telah ada sejak dulu.

Malah sejak dalam sekolah rendah, saya dan sahabat-sahabat mempunyai kebun kecil (yang comel!) di belakang kelas kami di SKPM (Sekolah Kebangsaan Padang Melangit). Kami bertanam cabai, kacang panjang, bawah, halia, serai dan taugeh. Mula-mula, kami ingin menjual dan kongsi hasilnya beramai-ramai. Tapi, setelah Pakcik Kantin sekolah kami bersetuju mengambil dan membayar hasil tanaman kami, kami tak berlengah lagi. Anaknya, Ahmad Sani namanya - juga dalam kumpulan kami. Lantas kami usahakan kebun kami bersungguh-sungguh.
Setiap petang kami bersantai sambil bergilir-gilir merumput, menggembur tanah dan membajainya. Sambil tu, sempat juga kami main konda-kondi, gasing dsb di bawah pohon rendang di situ.

Sejak pindah ke AssaakinatusSakiinah, saya dan suami tak pernah melupakan impian tersebut. Sehinggalah pada 21 November lalu, kami membuat keputusan untuk meneruskan projek Laman Sakinah. Pada tarikh itu, kami berbincang dengan tukang tanam rumput yang juga orang yang sama yang meratakan tanah, membuat pengairan dan ratakan pasir seawal menduduki AssaakinatusSakiinah dulu.

Kami setuju untuk menanam rumput Filiphina di seluruh Laman Sakinah dengan 3 bukit kecil (bukan bukit pun, hanya sedikit tinggi) berhampiran pagar.

Pokok bunga-bungaan; bunga proton saga, bunga tahi ayam, bunga Blue Diamond, pokok Raphis, bunga raya, pokok puding daun halus, pokok teh kuning, keladi, ditanam di sepanjang dinding luar rumah, pokok payung di tengah laman depan.

Pokok Yellow Palm di tepi tembok pagar hadapan.

Pokok Kelapa Pandan menghiasi laman tengah, di sebelah pagar.

Pokok Buluh hiasan di sudut belakang pagar dan ditemani pokok Mempelam & pokok Belimbing Buluh di bahagian belakang.

Di bahagian belakang rumah, kami tinggalkan sekadar 7'x3' untuk Taman Herba kami. Yang telah menghuni ketika itu;

3 rumpun Serai, 2 rumpun Pandan - dibawa daripada Selising, Kelantan.
3-4 pokok Karapole (Kari), 1 rumpun Pokok Ulam Raja - daripada Padang Melangit, Perlis.

Kawasan itu, kami tambun tanah.

*Nota kecil : rumput masih belum panjang ketika ambil gambar ini, baru tanah seminggu camtu. Sekarang dah gebu dah. ;)

Dan, kini...makin meriah dengan penghuni baru. Ada pokok cili yang kami beli daripada Carrefour Kapar. Ada juga yang baru kami beli daripada Bukit Jalil Nursery, selepas pulang daripada Jamuan Birthday Alya di rumah Mudin @ 11/1/2009.

Pokok Limau Kasturi, Pokok Limau Purut, dan Pokok Karapole (Kari). Itu untuk Taman Herba.

Untuk hiasan, sempat juga sambar Pokok Kipas satu...untuk salah satu daripada 2 bukit yang masih tidak berpenghuni. ;)

Cerita sedih? Mestilah ada.
1. Pokok-pokok Karapole yang dibawa daripada Perlis mati semuanya setelah proses pemindahan selepas tanam rumput. :(. Terpaksa beli untuk ganti.

2. Biji benih cili padi yang dibajai dan disiram sungguh-sungguh oleh Abu Nufayl mati waktu Eidul Adha baru-baru ini. Sayang, sebab dah naik 10"! Lupa nak letak kat luar hari tu. Matilah dia, tuan rumah cuti lama beraya.

Ini gambar Taman Herba Laman Sakinah yang saya ambil 2 hari lalu. Senang betul sekarang, asyik-asyik petik Ulam Raja, cicah dengan budu! Limau kasturi dan cili, petik saja di belakang rumah.


Notakaki : Serai tu gondol sebab dah kena kerat daunnya oleh Abu Nufayl yang sangat rajin. Kalau tak daun serai melimpah-limpah sampai rumah sebelah.

Nak meriahkan lagi Taman Herba Laman Sakinah?

Erm...halia, bawang, lengkuas, daun ketumbar saja lagi kot. Ada cadangan lain tak? Yang saya tak terfikir? Jomla kongsi!

Monday, January 12, 2009

Sejak 2 hari sebelum tahun 2009 menjelma, pelbagai kisah yang kita baca dan dengar tentang nasib saudara kita di Palestin. Pelbagai gambar penderitaan mereka kita tatapi.

Entah mungkin adakah umat Islam yang masih berpaling ketika isu Palestin dibicarakan?
Entah kenapa mungkin mereka tidak menyahut sepatah menyatakan kebencian kepada Israel?
Entah mungkin apa silapnya kita jadi malu atau takut bersuara menyatakan benci kezaliman dan penindasan?
Entah bila lagi kita mahu membaca Qunut Nazilah buat saudara yang teraniaya?
Jika hingga Qunut Nazilah pun kita tidak endahkan? Apa lagi cara dan gaya kita membantu saudara di sana?

Tuhan! Ampunkan!

Memang suara tanpa langkah, buat cerita jadi buta.

Cerita Palestin, boleh baca di mana-mana,
ref :
http://www.palestine-info.co.uk/en/,
http://www.palestinkini.info/,
http://ifamericansknew.org/.

Yang ingin saya kongsi, bukan cerita atau kisah atau sejarah tentangnya. Tapi rasa yang bercambah dan langkah resah yang boleh kita manfaatkan bersama. Pelbagai cara disuarakan, sebagai satu langkah untuk kita 'menyuarakan penentangan kepada Israel/Amerika' atau 'menentang terus pihak yang menzalimi (Israel/Amerika)'.

1. Boikot Amerika/ Israel
rujuk : PPIM - Boikot
Lumpuhkan ekonomi dan kekayaan Israel walau anda mampu hanya dengan 1 sen.
Jika seluruh umat Islam melakukannya, pasti mereka akan terasa. Walau rasanya sekadar satu gigitan semut cuma, tapi sekurang-kurangnya kita telah melakukannya. Mahu dengar cerita Honston, si Gajah yang penyayang? Nanti saya kisahkan!

2. Doa, Qunut Nazilah
Bacalah! Kuasa doa tiada tandingannya.
Apalah sangat jika doa untuk mereka pun kita tak mampu. Betapa lemahnya iman kita.

Rujuk di sini : Qunut Nazilah dan panduannya - oleh MUIS

3. Sumbangan walau satu ringgit buat Palestin kepada pihak yang dipercayai.
Mereka memerlukan lebih daripada wang anda sebenarnya (baca tulisan Ustaz Nik Adli). Jika kita telah melakukan 2 yang di atas, jangan ragu-ragu bahawa mereka juga memerlukan sumbangan. Banyak yang boleh dilakukan daripada sumbangan ikhlas anda.
Mereka telah lama menjadikan rumput sebagai makanan.
Rumah mereka dibom.
Hospital dan ubat kekurangan.
Elektrik hatta di hospital pun dimatikan.
Pesakit menderita.

Semoga setiap sumbangan yang ikhlas dan disalurkan melalui cara yang betul akan bernilai (kepada mereka) lebih dan berganda-ganda. Sumbangkanlah bahagian anda kepada agensi-agensi contohnya, MERCY. Sangat jelas ke mana arah tujuan mereka daripada sumbangan anda.


Baca tulisan-tulisan mereka tentang Palestin dan sumbangan kita, di sini :
- Ustaz Nik Adli
- Muhtar Suhaili
- Elisataufik
- SaifulIslam
- Yasmin Ahmad
- UmmuHani

Friday, January 09, 2009

WALIMAH IKA ++ JALAN-JALAN DI BUMI HANG TUAH

Salam,

WALIMAH IKA-KHAIRIL NIZAM
3 Januari - hari bersejarah sahabat baikku, Ika. Dia yang 'sehati'.
Kami bukanlah pasangan sahabat yang baiknya hingga tak boleh berpisah.
Atau yang sentiasa ke mana bersama.

Saya hanya benar-benar rapat dengannya setelah saya punya 'hidup' saya sendiri.
Tapi perkenalan rapat dengannya, membuatkan kami tahu...yang kami dilahirkan punya banyak persamaan. Apa yang belum diungkapkannya, seringkali terus saya fahami tanpa suara. Begitu juga dia. Hingga satu waktu kami meresolusikan,
Dalam banyak perkara, Kita suka perkara yang sama. Tapi bukan suka orang yang sama.

Hari ini, saya mengetahui sudah. Siapa yang dia suka.
[Kerana jawapan siapa yang saya suka dah lama dah ada!]

Cukuplah berkata-kata. Biar gambar yang berbicara.

Gambar pengantin baru.

Riang-ria bertemu sahabat sejiwa di Majlis Walimah Ika-Khairil. Ada Jie+famili, Siti + baby Insyirah yang mantop, Aida+famili, Aini+famili, Azlida+famili,Teghe+famili, okhairio+famili, tak lupa Abu Amiir+famili.

Notakaki : Juga gembira dapat bertemu Jun, junior MMU Cyberjaya merangkap photographer rasmi Majlis Walimah Ika. Baru tahu Jun kini pensyarah di Politeknik Perlis. Nanti datang rumah akak kat Perlis ye Jun!

JALAN-JALAN DI BUMI HANG TUAH

Kalau ikut hati, dah malas nak tulis, sebab Mudin dah tulis di sini & sini. Dan Ummu Adam pun dah tulis.
Tapi, tak beranilah nak link ke Ummu Adam. Kena tanya kebenaran dulu! :D

Trip bermula selepas selesai sesi mengenyangkan perut dan solat di Masjid dekat rumah Ika.

Destinasi 1 : Zoo Melaka

Destinasi 2 : Pameran Aliens di MITC

Destinasi 3 : Makan di Umbai Baru

Destinasi 4 : Rehat & Rawat di Rumah Yati & Muslim
Sayang tak dapat ambil gambar Nuha tiba-tiba mengurut kakinya dengan OSIM (buat sendiri ok) sebab bateri kamera dah habis. ;)

Kemudian, 11.59 malam kami di Tol Ayer Keroh menghala pulang ke rumah.
Mudin dan Walida singgah di R&R Seremban sebab agaknya tak cukup R&R kat rumah Yati kot! Bising ek! :)
Kami pula meneruskan perjalanan tapi malangnya di Hiway ELITE, dekat exit ke KLIA.
Pop! Tayar belakang (belah kiri) pecah! Sempat himpit ke tepi dan Abu Nufayl call Plus Line.
1.12 am - berhenti tepi jalan
1.15 am - call Plus
1.18 am - Plus Ronda sampai
1.35 am - siap dan meneruskan perjalanan.

TAMAT CERITA! :)

Monday, January 05, 2009

Nufayl dan Kelas 5 Tahun

Hari ini, hari pertama Nufayl masuk ke Kelas 5 Tahun. Jumaat lepas, beria-ia Nufayl beritahu,
"Minggu depan, Nufayl masuk kelas Mak Teh (nama Cikgu untuk budak-budak 5 tahun). Kak Amy cakap."
Dan dia beritahu lagi, "Kak Amy kata, tak payah bawak botol susu dah. Budak 5 tahun tak minum dalam botol lagi."

"Oh, iya?!", Ummi yang terkejut. Memang confident cikgu-cikgu Nufayl ni.

Hari ini, Nufayl kata "Okay", apabila kami beritahu tiada botol susu lagi di sekolah.

Nufayl sebenarnya jenis yang tidak begitu sabar menunggu apabila nakkan susu. Tapi, dia juga jenis yang menerima justifikasi/penerangan jika kita menerangkan dengan jelas kepadanya. Perkataan "Okay" atau "Okaylah" penting untuk menunjukkan dia boleh menerima sesuatu keadaan yang mungkin sukar baginya. :)

Pagi ini juga, dia beria-ia mengemaskan begnya. Ni gambar dia bagi tadi.

Penuh beg sandang dia tu!

Tapi, dalam beg itu bukannya ada buku. Teka ada apa?








Blok Lego!

Saturday, January 03, 2009

01012009 : Iqra'!

1 Januari 2009 - dimulakan penerusan sahutan seruan Iqra'!

Di mana?
Di Festival Jualan Buku DBP di Dawama, AU3/1, Keramat.

Dekat-dekat RM300 juga dilaburkan (mesti simpan resit untuk rebat cukai). Ok, apa yang kami dapat di sana?


Untuk Nufayl & Nuha :
1. Buku & VCD (3 set) - QAF, belajar al-Quran dan Tajwid
2. Siri Buku Sirah untuk kanak-kanak - 7 buah
3. Buku Bergambar - Keluarga Saya

Untuk Ummi & Abah :

--> Buku lama yang dibeli untuk koleksi & simpanan (buku fav. masa zaman sekolah rendah atau zaman dolu-dolu)
1. Novel : Di Bawah Lembayung - S.M. Zakir
2. Novel : Biarlah Kasihmu Terukir - Azmah Nordin
3. Novel : Debu Hiroshima - Othman Puteh
4. Novel : Ayah Kurindu, Ibu Kusayang - Nazel Hashim Mohamed
5. Novel : Di.Ar.Ti - Rahmat Haroun
6. Antologi Puisi : Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang (RM1 sahaja ok!, kesian Sasterawan Negara!)
7. Santau dan Kaedah Rawatan - Dr. Amran Kasimin
8. Pengembaraan ke Kedah, Perlis & Kelantan - Za'ba (pengembaraan tahun 1928)

--> Buku baru.

1. Novel : Jian - Fadli al-Akiti
2. Novel : Dominasi Tebrau - Aminah Mokhtar
3. Novel : Haruman Kencana - Zaharah Nawawi
4. Kumpulan Puisi : Kristal di Laut Bulan - Siti Zaleha M. Hashim
5. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Keluarga (Islam)
6. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Pekerjaan
7. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Trend Semasa

Jumpa sahabat di Dawama, Hj. Zahid dan juga Ummu Hani dan ayahnya, AHM.

Yang mula-mula saya jamah, tentulah Kumpulan Puisi Siti Zaleha M. Hashim! :)

Lepas itu Ayah Kurindu, Ibu Kusayang. Novel yang buat saya teresak-esak dalam perpustakaan SKPM semasa Darjah 4 (1990). Lepas ni, kalau fikiran lapang nak baca Di.Ar.Ti...seram! ;)

Hajat sebenar nak mencari buku pertama yang menerbitkan karyaku. Tapi sayang, tiada stok!Jadi, hajat dilangsaikan dengan membeli buku-buku lama kegemaran. Sayang tak nampak Novel Menuju Ke Puncak - Zaharah Nawawi. Ida (adik iparku) kata, ada. Kalau nampak, harus kubeli. Novel yang mengesankan jiwa juang membina hidupku.

Nufayl dan Nuha pula teruja sungguh dengan Qaf. Program malam dah mula. Harap-harap mereka dapat belajar al-Quran dengan mudah & cepat! Ameen!!! :)

Friday, January 02, 2009

Menyaingi Masa, al-fatihah untuk Allahyarhamah Tok Minah

Biasa benar kita mendengar, peringatan "WalÁsr", Demi Masa.
Biasa benar kita membaca, yang terikat dengan amanah, melihat masa lalu...tanpa sempat mengejar. Kerana beratnya amanah itu.
Biasa juga kita menerima, kata-kata sesal...atas dasar masa lampau yang tidak boleh dikembalikan. Kerana ia, hanya pinjaman kepada kita. Haq hanya kepunyaan DIA.

Benar, masa telah banyak dipersia.
Hari ini, hari kedua 2009m. Hari ke 5 1430h. Tahun baru yang lebih menyapa rohku, tahun baru hijrah. Tahun masehi, hanya buat kayu ukur untuk prestasi penilaian kerja. Entah mengapa, tanyalah azam tahun baruku 2009...tak terungkap. KPI 1430h ada...hasil persetujuan bersama dengan si dia. Misi peribadi? Haruskah ditatakan untuk 2009m atau 1430h? Biar nanti saya tetapkan.

Hari ini, lagi bukti masa pinjamanNYA telah diambil semula.
Daripada sebatang tubuh bernama Aminah binti Hj. Dahaman.

Terasa baru seminggu kami pulang menziarahinya yang baru keluar wad hujung Syawal lalu.
Terasa baru semalam saya bertemunya dalam keadaan sihat dan ceria, ketika ziarah Eidul Adha lalu.
Masih terasa hangat genggaman tangan Tok ketika kami pulang menziarahinya yang tenat 25-28 Disember lalu. Masih terbayang wajah Tok yang menahan sakit dengan tiub-tiub yang dipasang seluruh badan dan hujung-hujung suara yang menyebut "Laa Ilaha IllaLLah."

Biar apa pun rasa itu, masa untuknya telah tiada. Dia telah pulang kepada penciptaNYA.



Al-Fatihah untuk Tok, Aminah bt Hj. Dahaman yang pulang ke rahmatullah sebelum Zuhr, 5 Muharam 1430h bersamaan 2 Januari 2009 pada usia 79 tahun. Tok, semoga berkampung bersama hamba-hambaNYA yang soleh dan diredhaiNYA di sana. Semoga bertemu anak kesayangan, di sana.

Semoga pemergian Tok di sana, menjadi muhasabah yang berkesan buat insan-insan yang ditinggalkan di sini. Mereka yang ditinggalkan; Tok Su Lah (adik Tok), Mak Ngah Normah (kakak sulung arwah Abah), Mak Ndak, Pak Tam, Mak Cik Not (adik arwah Abah), menantu-menantu dan cucu-cucu.

Menanggapi saudara seIslam di Palestin yang lebih sengsara dalam jihad mempertahankan nyawa mereka, saya jadi tak mahu sedih dibiar berjela. Masa Tok sudah tiba, dan kami yang ditinggalkan semuanya sudah membina redha untuk itu. Itu yang terbaik untuknya.

Jika tiada aral, insyaÁllah selepas Ásar...jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di belakang Masjid Kodiang.

Al-Fatihah untuk Tok.

Nota kaki : Gambar diambil ketika ziarah akhir Syawal, selepas Tok keluar daripada wad. Sayangnya, ketika Eidul Adha lepas, detik hati mengatakan tak perlu ambil gambar. Juga detik hati berkata, mungkin lepas ini tak sempat dah ambil gambar dengan Tok tapi tak pa lah,gambar sebelum ini masih baru. Tapi, entah mengapa...saya membiarkan detik rasa itu pergi. Hanya lambaian yang mengiringi ketika kami pulang daripada ziarah Eidul Adha itu. Rupanya benar, dia pergi dan tak akan kembali.