Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Saturday, January 03, 2009

01012009 : Iqra'!

1 Januari 2009 - dimulakan penerusan sahutan seruan Iqra'!

Di mana?
Di Festival Jualan Buku DBP di Dawama, AU3/1, Keramat.

Dekat-dekat RM300 juga dilaburkan (mesti simpan resit untuk rebat cukai). Ok, apa yang kami dapat di sana?


Untuk Nufayl & Nuha :
1. Buku & VCD (3 set) - QAF, belajar al-Quran dan Tajwid
2. Siri Buku Sirah untuk kanak-kanak - 7 buah
3. Buku Bergambar - Keluarga Saya

Untuk Ummi & Abah :

--> Buku lama yang dibeli untuk koleksi & simpanan (buku fav. masa zaman sekolah rendah atau zaman dolu-dolu)
1. Novel : Di Bawah Lembayung - S.M. Zakir
2. Novel : Biarlah Kasihmu Terukir - Azmah Nordin
3. Novel : Debu Hiroshima - Othman Puteh
4. Novel : Ayah Kurindu, Ibu Kusayang - Nazel Hashim Mohamed
5. Novel : Di.Ar.Ti - Rahmat Haroun
6. Antologi Puisi : Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang (RM1 sahaja ok!, kesian Sasterawan Negara!)
7. Santau dan Kaedah Rawatan - Dr. Amran Kasimin
8. Pengembaraan ke Kedah, Perlis & Kelantan - Za'ba (pengembaraan tahun 1928)

--> Buku baru.

1. Novel : Jian - Fadli al-Akiti
2. Novel : Dominasi Tebrau - Aminah Mokhtar
3. Novel : Haruman Kencana - Zaharah Nawawi
4. Kumpulan Puisi : Kristal di Laut Bulan - Siti Zaleha M. Hashim
5. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Keluarga (Islam)
6. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Pekerjaan
7. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Trend Semasa

Jumpa sahabat di Dawama, Hj. Zahid dan juga Ummu Hani dan ayahnya, AHM.

Yang mula-mula saya jamah, tentulah Kumpulan Puisi Siti Zaleha M. Hashim! :)

Lepas itu Ayah Kurindu, Ibu Kusayang. Novel yang buat saya teresak-esak dalam perpustakaan SKPM semasa Darjah 4 (1990). Lepas ni, kalau fikiran lapang nak baca Di.Ar.Ti...seram! ;)

Hajat sebenar nak mencari buku pertama yang menerbitkan karyaku. Tapi sayang, tiada stok!Jadi, hajat dilangsaikan dengan membeli buku-buku lama kegemaran. Sayang tak nampak Novel Menuju Ke Puncak - Zaharah Nawawi. Ida (adik iparku) kata, ada. Kalau nampak, harus kubeli. Novel yang mengesankan jiwa juang membina hidupku.

Nufayl dan Nuha pula teruja sungguh dengan Qaf. Program malam dah mula. Harap-harap mereka dapat belajar al-Quran dengan mudah & cepat! Ameen!!! :)

Tuesday, April 29, 2008

My Classic Novels

Ingat lagi keluh saya minggu lepas, ingin koleksi buku ini?

Buku-buku(&filemnya)

20 April, kami ke AEON Bukit Tinggi. Popular di sana besar juga. Saya dapat 4 daripada hajat saya itu. DVD Little Woman, Afie dah offer untuk tolong belikan di sana! Bestnya!!!

Apa yang saya dapat?

4 novel klasik Inggeris yang saya suka. Ada yang pernah dimiliki, tapi akhirnya hilang entah ke mana. Sayangnya! Tapi kini, alhamdulillah sudah berganti! Self satisfaction, self reward (lagi!) :)

1. Little Woman, by Louisa May Alcott
2. Good Wives, by Louisa May Alcott
3. Anne of Green Gables (1#8), by L.M. Montgomery
4. Anne of Avonlea (2#8), by L.M. Montgomery

nota : (1#8) maksudnya novel no. 1 daripada 8 siri novel Anne of Green Gables.

Abu Nufayl & Nufayl dah bertolak ke Darul Naim petang tadi. Saya dan Nuha akan terbang dengan burung AirAsia ke sana, Khamis ini. ;) Pulang ke kampung halaman cuti-cuti begini memang amat ditunggu-tunggu!!!

Apa lagi...berdua dengan si kecil di rumah, peluang untuk layan novel lah!!

Friday, April 18, 2008

Buku-buku-buku (&filemnya)

Memang.
Macam-macam nak tulis.
Ada tujuannya sekadar nak catat. Ada yang nak bagi ingat. Supaya tak lupa!


1. Travelog Haji.


Salah satu buku yang khusus dibeli oleh Abu Nufayl. Dia sedang meladeninya. Bawa ke tidur...heh. ;) Kebetulan, saya terjumpa blog penulisnya, Dr Muhd Kamil. Baca-bacakanlah. Menarik!


2. Aku Terima Nikahnya.
Dah khatam! Memang best! Cetusan rasa & fikir seorang lelaki/suami/anak lelaki/ayah. Yang seringnya, sukar benar untuk diluahkan. Ya, lelaki lebih gemar memendam. Sukar menceritakan rasa, menjelaskan fikir. Sedang isteri suka penceritaan jelas tentang rasa, fikir dan cita bersama. Rasa 'full' selepas membaca. Rasa lebih terhayati & terkesan hidup yang bersama ini. Tapi bersama suami saya lah (bukan bersama penulisnya ok).


Dan...entah kenapa...rasa teringin nak memiliki :

3. Little Women
DVD/VCD Filem Little Women. Aku miliki novelnya, tulisan Louisa May Alcott. Sejak 1995, kubeli usainya kertas terakhir PMR. Antara novel kesayanganku dan yang sering kuunjukkan untuk dibaca gadis remaja yang kukenali - menyubur rasa kewanitaan ;)

Ceritakan itu banyak kali difilemkan. Aku pernah menonton versi 1949 di TV - agak lama dulu.
Entah kenapa, rasa teringin memiliki satu salinan filemnya. Versi 1994 pun jadilah!



4. Anne of Green Gables (AoGG)
Seringkali apabila teringatkan siri novel AoGG yang pernah aku & Ummi Fahim miliki dulu, rasa rindu untuk membacanya. Sebenarnya, aku baca novel ikut mood. Kalau masa tu mood nak bahan bacaan yang berbentuk kekeluargaan - aku pilih bahan bacaan begitu. Kadang-kadang nak yang berat - aku baca yang ilmiah.

Nak beli semua balik. Semua ada 6 siri novelnya yang pernah aku & Ummi Fahim miliki. Semuanya ada 8 sebenarnya. Dan pastinya, kalau dapat VCD/DVD lagi bagus.


Nak nak nak. Erks! Ni birthday Abu Nufayl yang dah dekat, tapi isteri dia yang sibuk nak macam-macam. Nak hadiah apa yer kat Abu Nufayl? Erm..pikir-pikir!

Thursday, April 10, 2008

Rihlah Ibn Battutah

Sungguh asyik baca Rihlah Ibn Battutah!
Selepas makan malam, adalah masa rehat.
Setelah seharian di pejabat dan pulangnya dengan tugasan lanjut di dapur,
saya mohon melegakan badan selepas makan malam.

Ambil masa rehat-rehat sambil menyelak helaian-demi-helaian karya agung Ibn Battutah itu sangat menyenangkan. Biarpun saya belum sampai ke sepatah kata mula penceritaan oleh Ibn Battutah, salah seorang pengembara agung dalam Islam, penulisan oleh Ibn Juzayy dan hasil terjemahan Adi Setia, Syed Nurul Akla & Wan Roslili ...dia sudah merentap cinta saya untuk mengembara bersamanya dalam karyanya itu.

Tajuk asalnya sangat panjang.
Cukuplah dengan Rihlah Ibn Battutah!

Kalaupun saya tak dapat pergi ke segenap pelosok bumi yang dijelajahinya, cukuplah kalau saya dapat melangsaikan karyanya!

Impian lagi : Jelajah demi belajar! Bila ya? Harap tiba masanya!

Monday, November 19, 2007

Yang Tersurat

Salam.
Salam.

Lama sangat tak berkongsi cerita. Apa ya yang mau dicerita?
Apa ya yang membangkitkan semangatku untuk menaip sepatah dua?

1. Reunion Dinnel - Intel '97-'07 di Anjung Mahligai, Hotel Singgahsana (17/11/2007)

Pasti ini antara agenda penting minggu sudah. Kerana hadir di sini juga, saya dapat novel-novel di bawah. Iya, dari seberang sana. Di bawa pulang oleh sahabat baik saya.

1a. Novel-Novel Import
-Diary Pengantin, oleh Izzatul Jannah & Rabiáh al-Adawiyah ~hadiah hari lahir saya drp dia
-Dalam Mihrab Cinta, oleh Kang Abik
-Ketika Cinta Bertasbih, oleh Kang Abik
-Hafalan Shalat Delisa, oleh Tere Liye

2 lagi novel tak dapat dibawa pulang. Habis di pasaran kata dia - Moga Bunda Disayang Allah oleh Tere Liye & Di Atas Sajadah Cinta oleh Kang Abik.

Tak mengapa. Ini pun sudah cukup Nida!

Kini, sedang menguliti Hafalan Shalat Delisa. Sempat juga mencelah walau sedang sibuk-sibuk ulangkaji. :) Wajib baca sebelum 'cuti panjang', pesan Nida.

Oh, tentang majlis reunion Intel '97-'07, alhamdulillah berjalan lancar. Dalam sederhana, silaturrahim masih terpaut. Biar antara kami bezanya ada, tapi hati tetap menyayangi kerana Allah.

Terutama dgn Ronie & Nida. Kan? ;)

Ok, itu saja. Perlu pulang segera. Nuha asyik demam-demam seminggu ni. Dah rasa bahang rindu agaknya dia. Tapi, di balik demam tu...dia makin ceria. Pandai mengusik & melayan lawak si Abang. Pandai menagih perhatian...dengan senyum dan keletahnya yang sentiasa 'lapar' tu.
Cakap? Dia pandai jerit, Äwah"untuk Abah. Untuk Ummi, "Miii" je lah!

Si Abang? Nufayl kini dalam perjalanan dr K. Terengganu ke KL dengan Abah & famili Klate.

Semalam Abahnya menunaikan janji dengan Nufayl...naik kapal terbang. Apa lagi, excited la kawan. Tapi, dalam kapal terbang...Nufayl tanya, Äbah, naper kapal terbang tak pusing gini-gini (sambil pusing tangan kiri-kanan).
Belum sempat Abah jawab, kakak pramugari jawab dulu, "Kalau kapal terbang pusing gitu-gitu, akak pun takutlah."
Agaknya dia bayangkan kapal terbang tu macam jet pejuang kot.
Memandangkan kapal terbang tak pusing-pusing, Nufayl buat lawatan..panjat kerusi & main lampu tu oklah. Tapi, bila melawat sampai belakang ruang kapal & siap lawat tandas sambil flush tandas...macam YB la pulak. Melawat kawasan sambil tinggal tanda.

btw, Nufayl memang tabiatnya suka bersihkan tandas. Tolong Ummi barangkali! ;)

Abu Nufayl cerita, 2 kali Nufayl jerit "Yey!", masa kapal terbang mula terbang & mendarat. Semua orang tengok Nufayl. Aduh-aduh!



Oklah, nak kena balik dah. Belum makan tengah hari lagi ni! Inilah hidup di sini (;)). Dah terbau Nasi Beriani & Ayam Masak Merah. Ayeh call katanya, Yong mesti balik cepat...dan makan juadah yang dia masak. Siapa Ayeh? Pak Lang kesayangan Nufayl.


~~~
Ummu Nufayl
10 Zulkaedah 1428h



Thursday, March 11, 2004

Bukankah Mati Syarat Menemui Cinta?

Dua hari lepas, senaskhah buku menjadi pilihan utk tatapan.
Tulisan seorang peguam yg cintakan kebenaran.
Menjejaki kebenaran dgn 'ilmu yang ada di dada dan
berusaha meredah samudera di lautan 'ilmu itu utk membela yg bernama 'kebenaran'.

Terpesonaku dgn bicara yg lebut, penuh hikmah.
Telusurilah bicaranya dlm siri
Warkah Cinta Buat Nurul Izzah : Bukankah Mati Syarat Menemui Cinta? ini.
Untuk kita kongsi bersama. :)

....

Dik,

Aku rindu melihat hadirnya mentari pagi di mana datangnya cahaya Islam membawa bersama udara segar bilamana kasih sayang dan keadilan melata di tengah masyarakat.
Rinduku kini membayangkan bagaimana pemimpin berlaku 'adil kepada rakyatnya dan rakyat pula bergotong-royong memberi ketaatan kepada pemimpinnya.
Aku rindu kan watak pemimpin soleh seperti Umar Al-Khattab yang malam harinya selalu dihabiskan mengintai-ngintai kesusahan rakyatnya.

Umar Al-Khattab juga pernah berkata kepada rakyatnya, "Kalau mati seekor kambing di Sungai Daljallah (Bahgdad), maka Umar bertanggungjawab!" Walhal Dik, letak jarak Sungai Daljallah dengan pusat pemerintahan Umar Al-Khattab itu (Madinah), ribuan batu jauhnya, namun dia tetap beranggapan bahawa dia bertanggungawab atas kematian kambing itu.


....
(petikan kandungan warkah 'cinta' drp Zabidi Mohamad kepada Nurul 'Izzah -
atau mungkin kepada kaum keluarganya yg terdekat)

Semoga kita mendapat pengajaran drpnya... :)

Salam sayang,
Hany FF ~19 Muharram 1425 H ~ 11 Mac 2004 H