Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts

Saturday, January 03, 2009

01012009 : Iqra'!

1 Januari 2009 - dimulakan penerusan sahutan seruan Iqra'!

Di mana?
Di Festival Jualan Buku DBP di Dawama, AU3/1, Keramat.

Dekat-dekat RM300 juga dilaburkan (mesti simpan resit untuk rebat cukai). Ok, apa yang kami dapat di sana?


Untuk Nufayl & Nuha :
1. Buku & VCD (3 set) - QAF, belajar al-Quran dan Tajwid
2. Siri Buku Sirah untuk kanak-kanak - 7 buah
3. Buku Bergambar - Keluarga Saya

Untuk Ummi & Abah :

--> Buku lama yang dibeli untuk koleksi & simpanan (buku fav. masa zaman sekolah rendah atau zaman dolu-dolu)
1. Novel : Di Bawah Lembayung - S.M. Zakir
2. Novel : Biarlah Kasihmu Terukir - Azmah Nordin
3. Novel : Debu Hiroshima - Othman Puteh
4. Novel : Ayah Kurindu, Ibu Kusayang - Nazel Hashim Mohamed
5. Novel : Di.Ar.Ti - Rahmat Haroun
6. Antologi Puisi : Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang (RM1 sahaja ok!, kesian Sasterawan Negara!)
7. Santau dan Kaedah Rawatan - Dr. Amran Kasimin
8. Pengembaraan ke Kedah, Perlis & Kelantan - Za'ba (pengembaraan tahun 1928)

--> Buku baru.

1. Novel : Jian - Fadli al-Akiti
2. Novel : Dominasi Tebrau - Aminah Mokhtar
3. Novel : Haruman Kencana - Zaharah Nawawi
4. Kumpulan Puisi : Kristal di Laut Bulan - Siti Zaleha M. Hashim
5. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Keluarga (Islam)
6. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Undang-Undang Pekerjaan
7. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia - Trend Semasa

Jumpa sahabat di Dawama, Hj. Zahid dan juga Ummu Hani dan ayahnya, AHM.

Yang mula-mula saya jamah, tentulah Kumpulan Puisi Siti Zaleha M. Hashim! :)

Lepas itu Ayah Kurindu, Ibu Kusayang. Novel yang buat saya teresak-esak dalam perpustakaan SKPM semasa Darjah 4 (1990). Lepas ni, kalau fikiran lapang nak baca Di.Ar.Ti...seram! ;)

Hajat sebenar nak mencari buku pertama yang menerbitkan karyaku. Tapi sayang, tiada stok!Jadi, hajat dilangsaikan dengan membeli buku-buku lama kegemaran. Sayang tak nampak Novel Menuju Ke Puncak - Zaharah Nawawi. Ida (adik iparku) kata, ada. Kalau nampak, harus kubeli. Novel yang mengesankan jiwa juang membina hidupku.

Nufayl dan Nuha pula teruja sungguh dengan Qaf. Program malam dah mula. Harap-harap mereka dapat belajar al-Quran dengan mudah & cepat! Ameen!!! :)

Tuesday, April 29, 2008

Hadiah untuk dia...

Buat seorang lagi insan yang menyambut hari bahagia, 27 April 2008...

Selamat Hari Lahir!

Tahun lepas, tak berpeluang kami menyambut ulangtahunnya, kerana pulangnya Ayah (baca : datuknya) ke rahmatullah. Tanggal ini, tahun lepas...dia sedang sibuk menguruskan jenazah Ayah.

Apa hadiah daripada saya?

Ermm...tahun lepas, sebentuk cincin (dah hilang pun, dia memang tak lekat pakai cincin) dan al-Bidayah wan Nihayah (separuh saja hadiah drp isterinya, separuh lagi dia beli sendiri). Dah lima tahun berturut-turut, kalau tak silap Ummu Nufayl...hadiah hari lahir untuk Abu Nufayl berupa kitab. Bermula dengan
(i) 2003 : Rasulullah sebagai Suami, Bapa & Pemimpin (tak tepat tajuknya)
(i) 2004 : Mustika Hadith : Hadith Qudsi
(ii) 2005 : Siri Kebangkitan Islam : Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia karya Marshall G.S. Hodgson
(iii) 2006 : tak ingat!
dan akhir sekali tahun lepas
(iv) 2007 : Kitab al-Bidayah wan Nihayah karya Ibn Kathir (+cincin zamrud).

Dah ulangtahun Abu Nufayl tiap-tiap tahun dekat-dekat Pesta Buku. Nasib ler! Tapi apa pun, buku bukan sekadar berkulit keras atau nipis, kertas cantik atau tidak, atau harganya RM19.00 atau RM5.00 atau lebih empat angka.

Ilmu yang termaktub dalam buku itu, tiada harga yang dapat menilainya...kecuali penghayatan ilmu itu dan menyebarkannya kepada orang yang terdekat khususnya dan masyarakat amnya. :)
Itulah cabaran saya buat suami setiap kali menghadiahkannya kitab-kitab itu.


Tahun ini masih buku. Dan sedikit kelainan...

bukan lagi kitab-kitab agama. Saya sahut seruan Abu Saif pada jamuan makan malam dan dalam bukunya, Aku Terima Nikahnya untuk memastikan kita membaca buku ini. Jadi hadiah saya untuk suami tersayang, ialah :


Hasil karya Dr. John Gray, dan sebuah bingkai gambar khas untuk dia letakkan gambar saya di meja kerjanya. Kenapa saya buat begitu? Saja!

(Nota : cetakan yang saya beli kulitnya lain sedikit).





Semoga FitrahZH mendapat manfaatnya! ;)

Monday, April 14, 2008

Apa ya mau tulis hari ni?


Aktiviti usung rumah segarkan gotong-royong
(am not promoting the YB ok, it is about the community)
*heheh...pasal usung rumah...lama tak dengar. Lama dah sejak
Kalau usung rumah, macam kenduri. Riuh. Tahun 1986, pakat usung rumah Pak Non, jauh jugak. Ada la 500 m. Dari tapak kedai Pak Lang Deruih ke belakang rumah Pak Mat PuĂșn (ayah Pak Non).

Lepas tu usung rumah Cik Ami, yang ni tak jauh sangat. Dalam 20 m kot.

Sekarang ni, pakat buat rumah batu. Rumah yang dulunya diusung pun dah diikat batu dah. Tak boleh pindah dah. Kalau nak pindah? Kena la buat rumah baru dan pindahkan barangan.

Teringat permintaan adikku, Dik Id bila Abah meninggal dan kami terpaksa pindah dari Ipoh ke Perlis. Dia seolah tak mahu menerima apabila Mama kata kami kena tinggal di rumah tok. Mungkin rumah sendiri di Ipoh lebih selesa bagi dia kot. Dia mengamuk tak benarkan orang angkat barang (masa nak load masuk lori). Alih-alih, bila ditanya apa yang dia nak. Jawabnya, dia nak usung bawa balik rumah tu ke Perlis. Jauh dah la satu hal, tapi ni rumah batu. Ni kesan tengok orang usung rumah Pak Non la. Jenuh terangkan, akhirnya baru dia terima kenyataan.

~~~~

Ada yang menarik aktiviti hujung minggu lepas?
Mesti ada tapi tangguh dulu tulisnya. Kenapa? Tunggu esok!
Lupa bawa kamera untuk muat-turun dan papar gambarnya. Tambahan, saya mau habisi bukunya dulu. Boleh tulis review sekali!

Oh...hari Sabtu, kami ke Pesta Buku lagi. Daripada jam 11 petang-1.30 petang, dan sambung jam 3.00 petang-6.30 petang. Beli apa?

Kali ini, saya dapatkan
1. Memeluk Gerhana & Tawassul - Isa Kamari (jumpa penulis + autograf)
2. Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri - A. Samad Said (jumpa penulis + autograf)
3. Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya (jumpa penulis + autograf)
4. Zahra de Tigris - Khairyn Othman (dapat kad comel drp penulisnya)
5. Tuhan Manusia - FT
juga saya dapatkan buku-buku Impiana & Anjung Seri yang fokus Dapur.

Penat seharian di Pesta Buku diteruskan malamnya ke Puri Pujangga.
Ada apa? Geng mesti tau! Tapi, kita tengoklah gambarnya & dengarkan ceritanya esok ya!

Thursday, April 10, 2008

Rihlah Ibn Battutah

Sungguh asyik baca Rihlah Ibn Battutah!
Selepas makan malam, adalah masa rehat.
Setelah seharian di pejabat dan pulangnya dengan tugasan lanjut di dapur,
saya mohon melegakan badan selepas makan malam.

Ambil masa rehat-rehat sambil menyelak helaian-demi-helaian karya agung Ibn Battutah itu sangat menyenangkan. Biarpun saya belum sampai ke sepatah kata mula penceritaan oleh Ibn Battutah, salah seorang pengembara agung dalam Islam, penulisan oleh Ibn Juzayy dan hasil terjemahan Adi Setia, Syed Nurul Akla & Wan Roslili ...dia sudah merentap cinta saya untuk mengembara bersamanya dalam karyanya itu.

Tajuk asalnya sangat panjang.
Cukuplah dengan Rihlah Ibn Battutah!

Kalaupun saya tak dapat pergi ke segenap pelosok bumi yang dijelajahinya, cukuplah kalau saya dapat melangsaikan karyanya!

Impian lagi : Jelajah demi belajar! Bila ya? Harap tiba masanya!

Sunday, April 06, 2008

Cerita Perjalanan Buku

Mestilah! Minggu ini sampai minggu depan kan Minggu Buku!
Mestilah saya ke sana.

Walau dalam penuhnya jadual untuk merealisasikan impian (a.k.a Dreams), kami rancang awal untuk ke sana Sabtu petang, 5 April. Jadi semalam, selepas satu temujanji di kawasan KLCC dan menunaikan solat Asar...kami tiba di KLIBF '08 jam 5.45 petang.

Saya habis RM300 bersih! Suami mungkin dalam RM200 lebih.
Kali ini perbelanjaan paling sedikit di Pesta Buku. Sebenarnya, memang itu pun bajetnya. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun ada lagi yang tak terbeli, tapi saya letakkan itu di tempat kurang utama. Apa saya & suami beli?

1. Novel FT, RM100 (lebih kurang)
- Bedar Sukma Biru, Manikam Kalbu di Gerai Dawama (dengan diskaun 25%, ihsan Hj. Zahid yang jadi rapat dengan kami sejak KLIBF 2005)
- Bila Tuhan Berbicara, Karbala, Nama Beta Sultan Alaudin, Karya Nan Indah di Gerai Al-Ameen Serve (tempat FT mencatat di muka bukunya).
2. Novel Zaid Akhtar - Salju Sakinah di Gerai PTS
3. Buku Psikologi di Gerai PTS, RM 180 semuanya di PTS (selepas diskaun 15%)
- Kewangan : 4 judul
- Kendiri : 1 judul
- Penulisan : 2 judul
- Trevelog Haji : 1 judul
dan yang terakhir, cita-cita sejak KLIBF 2006 agaknya...tapi sering ditangguhkan, dan akhirnya kami sepakat menghadiahkan senaskhah
4. VCD Learn Solah with Zaky, untuk Nufayl & Nuha, RM22

5. Pengembaraan Ibn Battutah di Gerai IKIM, RM225 (selepas diskaun 10%) sempena Bonus 2007 buat diri kami berdua.

*Gambar buku-buku baru yang bakal memenuhkan lagi rak buku di TeratakFZH. Agaknya, di rumah baru nanti kena buat rak buku terus kot. Nanti bersepah pulak buku-buku ni kan? Err...apa nama rumah baru FZH tu nanti yer? hehe...tunggu!

***Yang belum saya beli : Buku panduan untuk Home Decorating. Persediaan untuk rumah baru nanti! ;) Yang tiada stok, Tuhan Manusia (FT). Kalau sempat pergi lagi ke KLIBF, mungkin saya akan cari. Selalunya kami pergi banyak kali, tahun lepas 3 kali. Satu lagi nak cari, FT kata ada MPR buka gerai. Di dewan mana ya?

Dan, yang manisnya di KLIBF '08 ni, walaupun tanpa dirancang...saya berpeluang bertemu dengan penulis besar yang berdua ini, FT & Ustaz Zaid Akhtar (bersama isterinya, cantik orangnya!). Jadi, semua novel FT yang baru saya beli dapatlah ditandatangani beliau. Sayangnya, walau 2 kali jumpa Ustaz Zaid & bersembang-sembang dengannya...ketika itu, saya belum mendapatkan naskhah Salju Sakinah di gerai PTS. Jadi, belum ditandatangani oleh penulisnya. Sayang!

Oh...lain kali, jika ada kesempatan bertemu penulis berbakat besar seperti FT & Ustaz Zaid Akhtar ini lagi, saya mesti memotretkan gambar Nufayl & Nuha dengan mereka. Memang semalam tiada orang pun! Lapang! Tapi sayang, semalam tak teringat langsung. Sekurang-kurangnya, apabila mereka besar nanti...mereka tahu mereka pernah berjumpa bakat besar seperti ini kan? Tak langsung, jadi inspirasi buat mereka! Sedang Ummi mereka?heh...saya malu-malu saja, mengaku juga MPR '98 kepada FT...heh produknya? Terakhir ke media, Mac 2005. 3 tahun tanpa karya di media. Tidak produktif!!!

Harap-harap buku motivasi tu dapat meruntut semangat menulis saya semula! ;)

Kami pulang setelah banyak gerai ditutup sudah. Jam lebih 9 malam. Kemudian, kami makan besar di Restoran Alissara, Puchong Perdana. Makan Thai di situ memang asli! Sedap!


Alhamdulillah!!!