Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Sunday, December 14, 2008

Ceritera Eidul Adha 1429h FZH

Salam Eidul Adha!

Raya kami di Perlis Darul Sunnah kali ini! Ummi, Nuha & Nufayl pulang ke 'kayangan' awal sehari daripada Abu Nufayl. Petang Khamis, 4 Disember kami pulang bersama Nanny. Abu Nufayl pula pulang esoknya dengan Pak Ngah Farid & Mak Ngah Suzy. :)

Di kampung, aktiviti biasa...kami bergotong-royong menganyam ketupat daun ibus, masak rendang ayam pedas, nasi impit, kuah kacang. Tok yang dah hampir 80 tahun tu pun masih memainkan peranannya! :)

Usai Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha, kami makan jamaĆ­e. Kemudian, ada sesi gambar-gambar dengan Jurugambar keluarga (amatur lagi katanya), Abang Fendi sepupuku yang baru berjinak-jinak as Photographer di Perlis. Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar berempat sekeluarga...Abu Nufayl dah kalut tukar baju sebab penyembelih korban dah sampai.

Kita tengok gambar-gambar ni...biarkan gambar berbicara.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara :
(i) penyembelihan
(ii) pelapahan
(iii) penyiangan, penimbangan dan pengasingan
Kemudian, ada dua tugas utama...
1. Aktiviti masak-memasak...kenduri untuk jiran-tetangga dan saudara-mara.
2. Aktiviti menghantar daging korban yang telah dibungkus kepada yang berhak.

Seterusnya, mestilah aktiviti makan :)

Malam, pun masih belum selesai berjamu-jamuan kepada tetamu yang datang.

Esoknya, pagi : kami ke kenduri di rumah Cik Nah (jiran depan saja).
Tengahhari, kami ke rumah Tok Minah (mak arwah abah), Tok Wan Leh (ayah arwah abah) dan Tok Su (adik Tok). Juga rumah Mak Cik Not (adik arwah abah). Semuanya di Kodiang. Tak larat dijamu daging korban...di rumah Makcik Not...sempat juga cicah jambu air dengan garam belacan. Rasanya garam belacan lagi dapat sambutan daripada bihun sup Mak Cik Not yang sedap sangat tu.

Hari raya ke tiga...hari kepulangan ke KL dah. Kami bertolak tengahari...selepas makan tengah hari di rumah. Alhamdulillah! Selesailah beraya di kampung halaman.

Perjalanan pulang ke KL dihiasi dengan acara singgah di Pulau Pinang - masuk P.P lalu Jambatan Pulau Pinang(6.30pm) dan keluar - naik feri (11.30pm). Nufayl dan Nuha punyalah teruja. Dalam perjalanan, singgah lagi di MMC Taiping, Abu Nufayl ada tugasan. Hampir jam 3.00am baru teruskan perjalanan ke KL.

Esoknya, cuti Keputeraan Sultan Selangor. Ummu Nufayl rehat-serehatnya sebelum memulakan tugas semula pada 12 Disember 2008, setelah bercuti hampir 3 minggu. :)

Tuesday, May 06, 2008

Alhamdulillah!
Hati saya terdetik syukur yang mendalam. Moga Islam terus bertunjang di negeri Darul Sunnah kelahiran dan kecintaan saya ini. Semoga orang-orang yang dipertanggungjawabkan menjaga rakyat dan agama dapat bekerjasama terus menegakkan syiarNYA.

;)

---PETIKAN DARI BLOG DR. ASRI, MUFTI PERLIS---

Menang- Menang Dalam Isu ‘Jom Heboh’

Jom Heboh TV3 telahpun bermula di Perlis. Dari 3 hingga 4 May. Mufti telah mengemukakan garis panduan untuk Jom Heboh. Mudah dan jelas.

Apa kesudahan cerita antara SS Mufti Perlis dan TV3?

Hanya MB Perlis Dr Mohd Isa Sabu boleh menyelesaikannya. Garis panduan Jom Heboh hanya boleh dilaksanakan oleh beliau. Mahu atau tidak, terpulang kepadanya.Kesudahan menang menang adalah penyelesaian terbaik. Garis panduan SS Mufti dilaksanakan dan Jom Heboh TV3 dapat berjalan dengan lancar.

MB Perlis berjaya mengakhiri isu ini dengan keputusan menang-menang.
TV3 akan terus dengan Jom Heboh di Perlis dan akur dengan semua tuntutan Perlis termasuk tidak akan menurunkan Faizal Tahir.

Konsert pula tetap dijalankan namun dijanjikan bebas dari unsur Rock dan Dangdut (barangkali budayanya). Konsert akan berakhir pada pukul 11.30 malam.

TV3 juga ada menyediakan surau di tapak expo dengan bilal yang akan melaungkan azan bila masuk waktu solat. Manakala pada waktu itu, semua aktiviti akan dihentikan sementara.

Mereka juga akan menyediakan program agama berbentuk ceramah dan forum.
Semua yang cintakan kebaikan mengharapkan Jom Heboh dapat berjalan dengan suasana baik dan terkawal.

Sekalung tahniah kepada SS Mufti, MB Perlis dan TV3 kerana berjaya bersikap matang dalam mengatasi isu ini.

Juga tahniah kepada PAS Perlis dan sayap pemudanya yang sentiasa berada di belakang SS Mufti mendokong garis panduan untuk Jom Heboh TV3. Bukan atas sebab politik tetapi demi kebaikan umat Islam perlis.

Negeri-negeri lain patut mencontohinya.




------

Media? Hanya highlight isu Faizal Tahir! Sedang intipati peraturannya dilindungi. Dan nampak seolah memusuhi sesetengah pihak sedangkan usahanya mencakupi amanah yang lebih besar.

Juga tertarik dengan sajak Dr Asri yang ini, Biarlah Aku Di Daerah Ini.