Tuesday, October 07, 2008

7 Oktober 2008

Kadang-kadang kita tidak sedar kita ada pilihan. Walaupun begitu kita akan sedar ketika memilih pilihan yang ada itu. Yang pasti, kita tidak mungkin dapat mengetahui apa hasilnya pilihan yang telah kita buat, melainkan Allah SWT sahaja yang Maha Mengerti dan Maha Bijaksana terhadap sesuatu perkara yang berlaku.


Apa yang pasti, sehingga kini, di antara sekian banyak pilihan yang telah dibuat terhadap bermacam perkara, ada satu di antaranya yang sangat tepat dan bermanfaat dan menyejukkan. Kini telah pun setia di sisi diri ini, APAKAH 'PILIHAN ITU'?


Anak perempuan sulung dan tunggal kepada Allahyarham Fuad dan Cikgu Hanisah; Ummu Nufayl, yang telah dilahirkan pada 07 Oktober, puluhan tahun yang lalu.

Selamat Hari Lahir. Moga Dirahmati Allah, dan bertambah mantap dan kekal menjadi mu'minah sejati dan isteri yang solehah (without another hah). Tenang dan sejuk dalam kehidupan seharian. Berakhlak terpuji, tinggi sabarnya, istiqamah redhanya

ermm.. Masa dan tenaga kurang mengizinkan untuk sambutan di Dewan Philharmonik. InsyaAllah, ada rezeki kita 'kaw tim' ek. Buat masa ni, terimalah secubit pemberian buat 'tatapan'. Hehe.. Nak ayam golek! ...



Wassalam.

No comments: