Isnin, 29 September 2008
Plannya nak keja half-day dan bertolak ke Pahang belah petang, tapi sebab kesihatan tak mengizinkan, tukar plan. Saya cuti dan suami bekerja.
Keluar drp rumah di Aman Perdana, 1.00 pm.
Selesai urusan di KL 2.30 pm. Ikut Karak Highway & LPT ke Pekan, Pahang.
Jumpa dgn Abah, Umi dan adik-adik ipar di Kuantan, simpan ke Pekan.
Iftar di rumah Mak Su Ani.
Shopping terakhir di Mydin Pekan (kopiah raya Nufayl, pampers & susu)
11.45 pm - tiba di rumah Tok, Nenasi, Pekan, Pahang.
Selasa, 30 September 2008
Sepanjang hari rehat saja. Menu berbuka : Gulai Ikan Mudok, Udang Goreng, Ikan Aya Goreng dan budu. Semuanya Abah yang buat kecuali gulai ikan by Umi. Dia tak sabar nak berbuka puasa kot. Kol 4.30 dah masak. Kami ke pantai selepas Asar - teman anak mandi-manda. Ummu Nufayl pun berendam sama.
Rabu, 1 Oktober 2008
1 Syawal. Solat di Masjid Nenasi. Menu pagi : Nasi Dagang. Sayangnya baju melayu Abang tak sempat Mak Su Ani siapkan. Jadi, kami bertiga saja yang pakai purple. Abang berjubah.
Ke kubur Tok Ki. Mak Su Ani sampai masa Subuh.
Lepas solat raya, Mak Ngah Selamah (sebelah rumah Tok) dan anak-anak datang beraya.
Ziarah rumah Pak We (Arwah abang sulung Tok Ki)
Balik. Tidur (rasa ni kali pertama tidur siang pada hari raya pertama).
Pak Jali (adik Abah) dan isterinya Mak Cik Rozi dan 3 anak sampai.
Petang - mandi laut lagi.
Malam - ziarah Mok Nik (adik Tok Ki).
Khamis, 2 Oktober 2008
Pagi, goreng nasi untuk sarapan by Mak Cik Rozi. Siap-siap.
Elok nak bertolak, Pak Hassan dan famili drp Dungun sampai. 11.30 am baru bertolak ke Kuantan. Ke rumah Pak Harun.
Di rumah Pak Harun, dijamu dgn bihun & mee sup tulang.
Selepas solat Zohor - bertolak pulang.
Singgah di Masjid Kristal utk solat Maghrib/Isyak (jamak taqdim).
Sampai di Selising jam 10.45 pm - masak nasi, ikan sardin & telur utk makan malam ekspress.
(terpaksa tolak pelawaan Nida utk ke rumah terbuka ibu mertuanya di Machang sebab Abah dah pening sangat).
Jumaat, 3 Oktober 2008
Semua orang tumbang.
Tengahhari : ke kenduri walimah kakak kawan Ida (adik ipar) di PP.
Petang, ke kubur Ayah di Bukit Merbau.
Hantar Acik ke stesen bas P.P. Ke Klinik Perdana (Nufayl kukunya patah) + beli susu Nufayl.
Balik - makan malam. Tak de lauk, so sardin lagi.
Sabtu, 4 Oktober 2008
Ziarah Siti Postnatal Ward, HUSM Kubang Kerian.
Makan di Pasar Buluh Kubu dan shopping ringkas, temankan Cik Zu.
Hantar Cik Zu di airport.
Balik - singgah rumah Kemar di Bachok.
Balik - makan malam. Ada telur dan sos-sos. So, masak telur sweetsour dan sardin.
Ahad, 5 Oktober 2008
Rehat. Lipat baju. Rehat. Tak join semua orang pi make gulai sebab rasa tak sihat.
Petang - ke KB Mall selepas hantar Ida ke asrama. Lapar. So, makan A&W.
Lepas maghrib, janji nak jumpa Nida di Restoran Syam, KB.
Nida dan Nasri belanja semua orang termasuk Umi, Abah & Akir makan besar kat Restoran Syam. Menu : Nasi Putih dengan 6 jenis lauk ; Tomyam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Butter Prawn, Ayam Goreng Kacang Gajus (Keteghe), Island Vege (mix of vege : 4 types), Daging Masak Halia. Kenyang. Alhamdulillah! (moga dimurah rezeki Nida & Nasri)
Singgah di rumah Momay di Kedai Lalat.
Balik - tidur.
Isnin, 6 Oktober 2008
Rehat. Lipat baju. Abang ke Pasir Puteh beli bahan mentah.
Masak Ikan Siakap 3 Rasa + Udang Goreng Tiram + Sotong Masak Asam.
Petang - ke Naz Indah, Pasir Tumboh.
Hajat nak makan kari gearbox tapi kedai tak bukak.
11.30 malam - bertolak pulang ke KL.
Apa yang tiada raya ni?
No ketupat (lemak), no rendang, no nasi impit-kuah satay-daging satay-no kek coklat kegemaran. Dan, no tv raya (err..takdan nak lepak dgn tivi pun).
So, hujung minggu nih plannya nak buat ketupat-rendang-nasi impit-kuah kacang-daging satay.
Kek coklat, ikutlah kalau dan. Kat kampung takleh nak buat sbb bahan mentah tak de (serius, sold out sampai raya ke-4. Daging & ayam jgn harap, yg ada pun ikan. Tu sebab makan sardin 3 hari, sebab peti ais kosong langsung.) Dah bagitau Abu Nufayl yg saya nak masak semua tu, dia gelak je. Jangan gelak Abang, orang teringin nih! Belikan bahan eh!
Sapa nak mai umah, habaq awai2...sebab plan banyak jugak hujung minggu ni...open house Farrah Aiza, Afie. Kami tak buat open house kot (takat la lah), sapa nak mai habaq awai2...insyaĆllah makanan ada.
Gambar? Lain kali makcik rajin, makcik upload keyh. Dah lenguh jari dah.
2 comments:
siannya mkn sardin...raya tahun depan jemput ke rumah k.bie di pasir tumboh laa plak.
yg selalu singgah tp jrg2 tinggal jejak.
salam kak bie. :) hehe, biasalah tu. kadang2 dapat dugaan, merasa orang susah beraya pulak. :)
btw, boleh aja singgah di pasir tumboh. salu gi wisma pondok situ. singgah2 tu...tinggal la jejak...boleh contact. :)
Post a Comment