Tuesday, April 29, 2008

My Classic Novels

Ingat lagi keluh saya minggu lepas, ingin koleksi buku ini?

Buku-buku(&filemnya)

20 April, kami ke AEON Bukit Tinggi. Popular di sana besar juga. Saya dapat 4 daripada hajat saya itu. DVD Little Woman, Afie dah offer untuk tolong belikan di sana! Bestnya!!!

Apa yang saya dapat?

4 novel klasik Inggeris yang saya suka. Ada yang pernah dimiliki, tapi akhirnya hilang entah ke mana. Sayangnya! Tapi kini, alhamdulillah sudah berganti! Self satisfaction, self reward (lagi!) :)

1. Little Woman, by Louisa May Alcott
2. Good Wives, by Louisa May Alcott
3. Anne of Green Gables (1#8), by L.M. Montgomery
4. Anne of Avonlea (2#8), by L.M. Montgomery

nota : (1#8) maksudnya novel no. 1 daripada 8 siri novel Anne of Green Gables.

Abu Nufayl & Nufayl dah bertolak ke Darul Naim petang tadi. Saya dan Nuha akan terbang dengan burung AirAsia ke sana, Khamis ini. ;) Pulang ke kampung halaman cuti-cuti begini memang amat ditunggu-tunggu!!!

Apa lagi...berdua dengan si kecil di rumah, peluang untuk layan novel lah!!

Hadiah untuk dia...

Buat seorang lagi insan yang menyambut hari bahagia, 27 April 2008...

Selamat Hari Lahir!

Tahun lepas, tak berpeluang kami menyambut ulangtahunnya, kerana pulangnya Ayah (baca : datuknya) ke rahmatullah. Tanggal ini, tahun lepas...dia sedang sibuk menguruskan jenazah Ayah.

Apa hadiah daripada saya?

Ermm...tahun lepas, sebentuk cincin (dah hilang pun, dia memang tak lekat pakai cincin) dan al-Bidayah wan Nihayah (separuh saja hadiah drp isterinya, separuh lagi dia beli sendiri). Dah lima tahun berturut-turut, kalau tak silap Ummu Nufayl...hadiah hari lahir untuk Abu Nufayl berupa kitab. Bermula dengan
(i) 2003 : Rasulullah sebagai Suami, Bapa & Pemimpin (tak tepat tajuknya)
(i) 2004 : Mustika Hadith : Hadith Qudsi
(ii) 2005 : Siri Kebangkitan Islam : Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia karya Marshall G.S. Hodgson
(iii) 2006 : tak ingat!
dan akhir sekali tahun lepas
(iv) 2007 : Kitab al-Bidayah wan Nihayah karya Ibn Kathir (+cincin zamrud).

Dah ulangtahun Abu Nufayl tiap-tiap tahun dekat-dekat Pesta Buku. Nasib ler! Tapi apa pun, buku bukan sekadar berkulit keras atau nipis, kertas cantik atau tidak, atau harganya RM19.00 atau RM5.00 atau lebih empat angka.

Ilmu yang termaktub dalam buku itu, tiada harga yang dapat menilainya...kecuali penghayatan ilmu itu dan menyebarkannya kepada orang yang terdekat khususnya dan masyarakat amnya. :)
Itulah cabaran saya buat suami setiap kali menghadiahkannya kitab-kitab itu.


Tahun ini masih buku. Dan sedikit kelainan...

bukan lagi kitab-kitab agama. Saya sahut seruan Abu Saif pada jamuan makan malam dan dalam bukunya, Aku Terima Nikahnya untuk memastikan kita membaca buku ini. Jadi hadiah saya untuk suami tersayang, ialah :


Hasil karya Dr. John Gray, dan sebuah bingkai gambar khas untuk dia letakkan gambar saya di meja kerjanya. Kenapa saya buat begitu? Saja!

(Nota : cetakan yang saya beli kulitnya lain sedikit).





Semoga FitrahZH mendapat manfaatnya! ;)

Friday, April 25, 2008

Tiada Hadiah Materi

Kadang-kadang, aku mahu ketawa keras dengar kata-kata suamiku.

Katanya, "Orang yang lahir bulan 4...baik-baik belaka." Siap ada senarai orang yang lahir bulan April dan dibuktikannya semuanya baik belaka.

Oh! Bolehkah generalisasi begitu? Diterima-pakai? :)
Yang bukan bulan April tak baik? Ha...hujahnya Ummu Nufayl tak nak layan. Perasan!

Hari lahir Rasulullah s.a.w juga dalam bulan April ikut kalendar Masihi nya ya? Ingat lagi, Ustazah Áisyah, ustazah Lughah Árabiah di SMKAP dulu... suka benar dia mempromosikan tarikh lahirnya 20 April sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w. dalam bulan Masihi.

Biar apa jua dakwaannya, dua lelaki yang kusayangi lahir dalam bulan April.

Hari ini, hari lahir Abah.

Seperti yang sering kuabadikan segenap tahun yang lalu, Selamat Hari Lahir buat arwah Abah. Walau hanya 6 tahun kita bersama...kenangan itu sering buat aku hidup dalam kasih sayangmu, seorang Abah yang penyayang dan bererti buat anak perempuan yang merinduimu...selalu! Semoga kita bertemu lagi di 'sana' seperti do'aku sejak aku tahu berdo'a.

Hari ini...25 April 2008, setelah 57 tahun kau lahir dan setelah 21 tahun 6 bulan kau kembali kepadaNYA.


Tiada hadiah materi untuk Abah. Hanya doá, zikir, qur'an yang muga-muga menerangi hari dan malammu di 'sana'.


Hadiah daripada puterimu yang kaucintai sepenuh hatimu, menantumu yang tak sempat yang mencium tanganmu dan cucu-cucumu yang tak sempat kau cium keningnya....



- Yang.

Tuesday, April 22, 2008

Indahnya PanggilanMu Ya Allah (3)

Setelah kami putuskan pakej, sampai masanya untuk menetapkan hati. Apakah jenis haji yang hendak di buat. Terdapat 3 pilihan buat kami. Ifradkah, Tamattu' kah, atau Qiran kah? Bukan agensi yang sediakan pilihan, tetapi Allah dan RasulNya yang berikan . Jadi biarpun banyak pendapat tentang kelebihan ketiga-tiganya, kami tetap mengatakan, kesemuanya bagus, kerana itulah hadiah dari Allah dan Rasulnya buat kita semua.

Qiran, maksudnya disekalikan umrah dan haji. Tamattu', kita selesaikan umrah dahulu dan diikuti dengan ibadah haji. Ifrad, haji dahulu dan kemudian umrah. Itulah ringkasnya, panjang? buka kitab! Kami bertolak pada 7 Disember 2007. Maksudnya sekitar 10 hari lagi sebelum tiba hari Wuquf.

Jika ambil ifrad, yang mana itu merupakan pilihan asal dan hajat di hati kami, maka, setelah berihram dari Kelana Jaya, dan memasang niat ihram di Miqat, apabila tiba di Makkah, kami perlu buat tawaf qudum (sunat bagi haji ifrad), diikuti dengan sa'ie haji dan kekal dalam keadaan berihram sehingga kira-kiranya selesai melontar jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah (tahallul awal). Maksudnya 10 hari dalam pakaian dan hukum ihram.

Jika ambil tamattu', maka, setiba di Makkah, kami boleh tawaf rukun (umrah), sa'ie dan tahallul. Kemudian boleh berpakaian biasa sehinggalah tiba hari wuquf. Ihram dalam 3 - 5 hari sahaja.

Pertimbangan awal nampak sangat mudah. Tetapi rupa-rupanya bila ingin membuat keputusan, saya sendiri hanya dapat memutuskannya ketika di dalam kapal terbang, kira-kira 5 minit sebelum tiba di miqat, yang mana di sana para jemaah perlu memasang niat, samaada niat haji (haji ifrad), atau niat umrah jika ingin membuat haji tamattu'.

Apa sebabnya? banyak faktor perlu difikirkan, faktor 'ubudiyyah adalah pasti, yang mana kita inginkan yang terbaik. Faktor lain menjadi elemen sahaja untuk membuat keputusan. Bagaimana jangkaan cuaca? Sejauh mana kita bertahan dengan cuaca jika ia panas atau sejuk. Jika orang biasa tidak apa, tetapi jika pernah ada sejarah kesihatan, mesti rujuk kepada pandangan doktor. Nanti di sana, jantung terhenti kerana terlalu sejuk, atau kulit terbakar bagi mereka yang ada masalah berkaitan.

Semua itu perlu dipertimbangkan. Tabiat harian juga perlu diubah dari awal, ataupun jika terbukti gagal ambillah jenis haji yang bersesuaian. Contohnya, jika kepala gatal, dan gatal pula tangannya suka garu kepala, cabut rambut, tarik bulu hidung, gigit kuku, tarik bulu telinga dan segala jenis bulu di badan, dan tabiat itu langsung sudah tidak dapat diubah, maka berhati-hati dengan dam yang bakal dikenakan jika kita lama dalam keadaan ihram.


'Kegiatan murni menjana produktiviti dan ummah' antara suami dan isteri juga perlu dipantau. Ukur 'kekuatan' mental kita. Jika kita jenis tenang, bolehlah dalam keadaan ihram yang lama. Tetapi jika memang jenis tidak boleh tengok isteri lama sikit, itu kena kawal, dan kena hati-hati. Takut haji ke mana, hajjah ke mana. Jadi hajjiahh... Habislah unta di Makkah! Kesimpulannya, awasi kegagalan dan kegatalan tabiat! .

Tetapi percayalah, faktor kecil ini akan dapat diatasi jika faktor 'ubudiyyah mengatasi segalanya. Cuma kadang-kadang orang jadikannya alasan. Cuma harus kita ingat, antara mana-mana jenis haji, semuanya diiktiraf syari'at. Jangan memandang cara ini lebih hebat dan orang yang buat cara itu kurang iman. Itu bukan hak kita.

Berbalik dengan saat hendak meninggalkan Malaysia. Keluarga telah pun berkumpul di rumah. Wasiat dan segala dokumen berkaitan semuanya diserahkan kepada wasi (pemegang amanah). Pastikan nama anak dan ibu bapa terkandung di dalam wasiat. Pastikan agihan manfaat takaful kematian dan pampasan Syarikat di arahkan untuk membayar hutang-piutang secukupnya. Pastikan wang lebih dari itu diwasiatkan kepada amal jariah, sedeqah dan waqaf. Tidak perlu lagi wasiatkan untuk beli saham, skim cepat kaya atau simpan di akaun semasa. Tiada gunanya. Jangan susahkan diri sendiri di dalam kubur kelak. Lepaskan harta dunia sedapatnya.

Kami berkumpul anak-beranak , dengan berihram dari awal, kami menyampaikan permohonan maaf dan wasiat ringkas. Meminta halal dan keredhaan orang tua. Sambil lirik mata agak berat untuk melepaskan wajah anak-anak yang bakal ditinggalkan, hampir dua bulan. Muka mereka terlalu comel ketika itu. Jam 12.00 tengah malam, dengan laungan (bunyinya pelan ja sebenarnya) azan oleh adik tengah Ummu Nufayl, kami melangkah pergi penuh yakin dan keazaman, dan sedikit ruang kosong di dalam hati untuk diletakkan ingatan fitrah terhadap anak-anak.

Setelah masanya tiba, kami rasa tak perlu hendak memanjangkan cerita. Pengalaman di Kelana Jaya, ramai orang pernah mengalaminya. Walaupun tidak pergi haji, tetapi tetap merasainya. Masakan tidak, yang menghantar 2 jemaah haji adalah ahli keluarganya yang berjumlah 20 orang, malah ada satu bas mini. Kadang-kadang di Kelana Jaya, jemaah haji sendiri tak sempat merasai pengalaman di sana, malah sibuk melayan kerenah sahabat handai dan sanak-saudara.


Kegembiraan ingin bertemuNya di bumi penuh barakah tidak dapat disembunyikan lagi. Cuma sementara masa menunggu, kami hadapi sedikit cabaran. Apa dia? Ya Allah, sukarnya digambarkan hati ketika itu! Adakah kami akan kembali menemui mereka? Atau ...


Saturday, April 19, 2008

Jin Afrit?

Selingan, lihat gambar, dan ini bukan tipu, cuba ke sini, dibawakan khas oleh media lidah syaitan.

1. Besarnya Pak Lah!

2. Tun Salleh tak nak pandang mata Pak Lah ka waktu bersalam!

3. Ada apatu kat tangan Pak Lah. Takkan kuang ajaq sangat kot bersalam sambil pegang barang kat tangan!

4. Aik, tangan PM punya kot guna kain lain warna kot, badan kain gelap sikit, tangan brownish. Haha.. Sian tukang jahit dia!

5. Betul ka gambar ni? Atau photographer media tunggangan ni memang tak bertauliah, atau graphic designernya tahap gagal diploma? Ingatkan editornya beritanya aja yang ngok.. Atau ini nak perlihatkan kita permainan syaitan? Atau ... atau? Udahlah. Gi baca Quran.

Friday, April 18, 2008

Indahnya PanggilanMu Ya Allah (2)

Terbaca entri di bawah, terkedu sebentar. Gembiranya hati kami ketika itu, tawaf bersama bakal cahaya mata, doa tidak putus agar dia menjadi anak soleh, mendapat aroma iman dan akhlak di Tanah Suci, namun ALlah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Hanya saja hati dan jiwa ini yang diuji Allah, melihat tahap kesabaran dan syukur kita.


:) . Tak mau terbuai lama. Teruskan kehidupan, teringat pula, selepas episod satu, demam PRU menterlupakan diri untuk pergi ke episod seterusnya.

Melangkah setapak lagi.

Bila menang tiket radio Eera, yeaayy jerit pemenangnya. Terima kasih EeRA. Pra syarat bersyukur kepada radio tersebut mesti dibuat. Bagaimana kalau kita memenangi tiket ke Tanah Suci?

Lain rasanya. Sayu rasa hati. Takut tidak bersedia. Terlalu banyak dosa. Layakkah kami menerimanya? Mahu serahkan pada orang lain. Sayang! Mahu ambil? fikirnya panjang. Tambah lagi pada usia muda. Anak masih menyusu (dengan ibunya, bukan bapanya). Yang sudah usai menyusu, sedang ligat dengan kerenah dan keletahnya. Berjauhan 3 hari outstation ke Marang pun sudah gelisah hati. Ini pula hampir 2 bulan.

Rumah pun siapa yang ingin tengokkan? Ini bandar, bukan kampung. Kereta?. Belum lagi fikir, betulkah sudah cukup perbelanjaan?. Pergi ok. Di sana macam mana?. Berapa perlu persiapkan?. Ada orang kata lima ribu. Ada orang kata sepuluh ribu. Kami kata dua ribu sudah ok. tiga ribu agak selesa. Lima ribu? itu pergi melancong namanya. Bila pulang? Masih ada baki wang? Haii.. Seperti kes kami. Pulang saja, hardisk notebook buat hal. Mesin basuh jem sebab tidak diguna lama. Ada pula jemputan tambahan dari SJayMC, melawat dan menginap di wadnya beberapa hari. Semuanya kos. Ribu-ribu lagi. Boleh pusing kepala.

Tetapi percayalah. Itu fikiran kita. Itu makar kita. Makar Allah lebih hebat. Kalau tipu dayaNya hebat, apa perlu dirisaukan perancanganNya. TaqdirNya. Bulatkan tekad. Katakan YA pada jemputan itu, semuanya berjalan lancar dari semasa ke semasa. Tawakkal mesti 100%. Doa jangan putus. Halangan dapat ditempuh bak menghanyut dedaunan kecil mengikut rentak arus.

Kami memutuskan untuk melangkah ke depan. Tetapi, maklum sajalah, orang muda, anak-anaknya kecil. Sukar juga pada awalnya. Bukan ketika hendak pergi sahaja, sebelum pergi pun sudah banyak cabarannya. Kursus haji ke mana, anak nak letak mana. Sudahlah sepanjang minggu bekerja, kepenatan. Mau ambil pembantu rumah, tak ada 'privacy'. Akhirnya, hanya Kursus Haji Perdana mampu kami hadiri. Bertempat di Putrajaya, mabit semalam di sana. Itupun sudah rindu bagai nak rak pada anak. Tambah lagi ibunya, masih menyusu si kecil Nuha. Dugaan.

Kursus seterusnya adalah sebanyak 3 kali, anjuran pakej yang kami ambil. Itu sajalah kursus yang kami hadir. Takut rasa hati. Tetapi di sini kami bersyukur, bila ilmu yang ada sedikit ada di dada, ditimba suatu ketika dahulu, dibantu pula dengan deretan kitab-kitab muktabar yang ada di rumah, memang membawa jasa kepada kami kali ini. Moral, banyakkan beli buku berfaedah. :)

Memilih pakej, asalnya kami bertanya orang sekitar, rakan-rakan dan sedikit pengetahuan internet, google namanya. Bagi yang ingin memilih pakej, faktor penyebabnya BUKAN KERANA HENDAK HAJI JADI MUDAH, tetapi UNTUK MEMUDAHKAN KITA MEMBANYAKKAN IBADAH HAJI DAN SEGALA MANASIKNYA.


Pengajaran bagi kami, faktor memilih pakej, IKUT URUTAN, lihatlah pada 1. KANDUNGAN / MODUL TARBIYAHNYA. 2. USTAZ-USTAZNYA 3. JARAK PENGINAPAN DARI MASJID 4. HARGA 5. KESELESAAN.

1. Kandungan/Modul Tarbiyahnya
Pastikan ada sesi-sesi pengisian sebelum dan lebih penting, ketika di Tanah Suci. 24 hrs support untuk permasalahan agama. Waktu pengisian tidak bercanggah dengan waktu untuk ke Masjidil Haram/Masjid an-Nabawi. Kerana di sana, ketika waktu puncak, sejam sebelum pun belum tentu dapat masuk ke masjid. Kalau kuliahnya lepas Asar, jawabnya, terlepas jemaahlah kita. Mulalalah berjemaah di hotel. Sama sahaja ganjarannya dengan bersolat di dalam masjidil Haram kata sesetengah ustaz. Kami tidak pegang pendapat itu. Kalau macam itu, usah di buat dinding langsung masjidil Haram. Solat di sahajalah sempadan masuk Makkah. Kalau hotel jaraknya 50 meter dari pintu masjid, masih ingin solat jemaah di hotel, masalah besar nampaknya perkumpulan itu. Apa? hebat lagi imam di hotel berbanding imam masjidil Haram? Belum bicara tentang ganjarannya lagi. Hurm.

2. Ustaz-ustaznya.
Biarlah yang tinggi thiqahnya. Disebut ramai secara positif, dan valid dalilnya. Mampu berhujah dan memperhalus sumber hukum, bukan hanya bagi hukum. Ini kena kaji dari awal. Berapa pula nisbah ustaz kepada jemaah. Nisbah ideal dan praktikal bagi kami ialah seorang ustaz kepada 20 jamaah, maksimum 40 jamaah. Kalau lebih, sudah haru sedikit.

3. Jarak Penginapan
Kalau sudah ambil pakej, tapi 30 minit dari masjid, lebih baik jangan ambil pakej. Kita mahu cepat pergi dan cepat perjalanan pulang. Ini boleh bantu kita beriktikaf di masjid lebih kerap. Terutama bagi perempuan yang banyak aksesori. Hanya boleh dipakai dibuang di tempat penginapan. Tengah malam tidak rasa malas untuk buat qiyam. Penting tu adik kakak sekalian.

4. Harga
Jangan sampai papa udah. Ambillah yang seratus ribu pun kalau mampu. Pastikan ada wang sebelum dan selepas haji. Banyak dugaan menanti. Percayalah, sedar atau tidak.

5. Keselesaan.
Kalau mahu selesa, daftar pakej pelancongan, pergi New Zealand. Itu bukan matlamat mutlak bakal hujjaj. Haji itu sendiri adalah debu dan kusut masai. Terlalu banyak berharap untuk senang akan membawa kesulitan nanti. Wal'iyazubillah.


Yang perlu dilihat dan ditanya orang ialah, susun atur logistik, makanan dan minuman. Dengan kata lain, kebajikan jamaah. Bab ini, paling penting banyakkan doa, kuatkan tawakkal dan pupuk sifat redha dalam diri. Makan nasi putih saja pun okaylah. Masih ada yang tak dapat makan di Palestin sana. Tapi jangan sampai tubuh lemah tak boleh beribadah sudah. Selalu-selalulah kunjungi restoran Indon, Pakistan di sana kalau seleranya lain macam. Nyumm.. ayam goleknya sedab. Beriani kambing pun mengancam.

Pakej yang kami pilih? Ada yang rendah skor itemnya. Tetapi bagi kami, syukur seadanya. Dalam senang ada susah. Dalam susah ada senang. Dalam suka ada benci, dalam benci ada suka.

Sahabat-sahabat sekalian, kalau posting sebelum ini melibatkan persiapan hati dan rohani, posting ini nampaknya belum lagi sampai Kelana Jaya, baru persiapan fizikal. Jadi kita tunggu episod seterusnya. Wallahua'lam.

Buku-buku-buku (&filemnya)

Memang.
Macam-macam nak tulis.
Ada tujuannya sekadar nak catat. Ada yang nak bagi ingat. Supaya tak lupa!


1. Travelog Haji.


Salah satu buku yang khusus dibeli oleh Abu Nufayl. Dia sedang meladeninya. Bawa ke tidur...heh. ;) Kebetulan, saya terjumpa blog penulisnya, Dr Muhd Kamil. Baca-bacakanlah. Menarik!


2. Aku Terima Nikahnya.
Dah khatam! Memang best! Cetusan rasa & fikir seorang lelaki/suami/anak lelaki/ayah. Yang seringnya, sukar benar untuk diluahkan. Ya, lelaki lebih gemar memendam. Sukar menceritakan rasa, menjelaskan fikir. Sedang isteri suka penceritaan jelas tentang rasa, fikir dan cita bersama. Rasa 'full' selepas membaca. Rasa lebih terhayati & terkesan hidup yang bersama ini. Tapi bersama suami saya lah (bukan bersama penulisnya ok).


Dan...entah kenapa...rasa teringin nak memiliki :

3. Little Women
DVD/VCD Filem Little Women. Aku miliki novelnya, tulisan Louisa May Alcott. Sejak 1995, kubeli usainya kertas terakhir PMR. Antara novel kesayanganku dan yang sering kuunjukkan untuk dibaca gadis remaja yang kukenali - menyubur rasa kewanitaan ;)

Ceritakan itu banyak kali difilemkan. Aku pernah menonton versi 1949 di TV - agak lama dulu.
Entah kenapa, rasa teringin memiliki satu salinan filemnya. Versi 1994 pun jadilah!



4. Anne of Green Gables (AoGG)
Seringkali apabila teringatkan siri novel AoGG yang pernah aku & Ummi Fahim miliki dulu, rasa rindu untuk membacanya. Sebenarnya, aku baca novel ikut mood. Kalau masa tu mood nak bahan bacaan yang berbentuk kekeluargaan - aku pilih bahan bacaan begitu. Kadang-kadang nak yang berat - aku baca yang ilmiah.

Nak beli semua balik. Semua ada 6 siri novelnya yang pernah aku & Ummi Fahim miliki. Semuanya ada 8 sebenarnya. Dan pastinya, kalau dapat VCD/DVD lagi bagus.


Nak nak nak. Erks! Ni birthday Abu Nufayl yang dah dekat, tapi isteri dia yang sibuk nak macam-macam. Nak hadiah apa yer kat Abu Nufayl? Erm..pikir-pikir!

Thursday, April 17, 2008

Membentuk Syukur?


Saya tersentuh!

Semalam, saya bertemu dengan sahabat yang sama-sama menunaikan kewajipan di Tanah Suci hujung tahun lalu dan awal tahun ini. Kami berpisah selepas kali terakhir bertemu di Makkah apabila dia bertolak ke Madinah, sedang saya masih di Makkah. Saya ingat, sebelum Haji...kami bertemu ketika saya sedang mencari saf untuk solat Zuhr di Masjidil Haram. Pandangan mata bertaut lantas masing-masing terjerit nama sahabat lalu dia melambai dan memberi ruang untuk saya dan mama solat di sebelahnya. Dan sesungguhnya pertemuan di Masjidil Haram ini berlaku sejurus selepas saya teringatkan dia ketika saya dalam perjalanan ke Masjidil Haram. Ya...sekilas namanya terlintas di fikiran, lalu Allah temukan kami di sini.

Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon. Usai haji, dia ada mengajak saya bertemu, tapi ketika itu saya demam dan tak dapat menunaikan hajat itu. Selepas berjaya mengatur pertemuan di laluan saíe baru, dia pula demam. Sebelum dia bertolak ke Madinah, kami outing bersama selepas Isyak dan makan-makan di at-Tazajj, restoran makan segera di Marwah al-Haram Mall.

Tadi, saya nampak kelibatnya seolah menunggu saya ketika suami saya baru parking di lobi pejabat suami. Dia & Nufayl turun di lobi dan saya sibuk bersalam-salam dengan mereka.

"Kejap!", kata saya.

Selesai bersalam-salaman, dia tunjuk perut saya dan bertanya,
"Ko dah berapa bulan?"
Saya kaget. Kenapa dia tanya begitu. Perut saya buncitkah?
Tiba-tiba terlintas di hati saya apa yang berlaku sebelum ini. Allah! Sungguh saya lupa!

"Oh...dah tak ada!", jawab saya kepadanya.
Dia pula mengambil giliran; kaget. Kenapa?

"Dah tak ada. Aku bleeding, seminggu lepas balik Malaysia.", aku jelaskan padanya.

"Aaa...maksud ko...gugur?", dia minta penjelasan lagi.

Aku mengiyakan.

"Patutlah aku tengok kempis je perut ko. Patut dah 6 bulan kan?"

"Aahla...kalau tak dah besarlah perut aku ek!", aku ketawa. Menelan kepahitan dengan ketawa, ya itu yang selalu aku lakukan.

"Agaknya, penat sangat kat sana kot. Lasak!", tekanya.

Aku hanya tersenyum sambil menceritakan keadaan sebenar padanya,
"Sebenarnya, waktu aku gugur tu...13 minggu. Baby dah tiada heartbeat dan tidak membesar. Dia hanya sebesar 6 minggu. Menurut doktor dah 7 minggu dia tiada dalam rahimku."

"Maksud ko waktu ko tahu tu...8 minggu kan? 'Dia' dah tak ada?"

Aku hanya mengiyakan.
Aku hanya menambah, yang sering aku katakan kepada mereka yang bertanya,
yang sering menyejukkan hatiku di saat gundah.

"Dia tidak sempat 'hidup' dalam rahimku. Hanya ditemankan Allah untuk perjalananku ke sana. Biar apa pun, aku tetap bersyukur...kerana Allah meminjamkannya kepadaku...dan hikmahnya, perjalanan kerjaku di sana lancar. Biar sebentar, aku bersyukur atas hikmahnya itu."

Itulah hikmahnya yang dibuka hijabnya pada fikir áqalku. Yang sering kuguna untuk pujuk diri ini. Bagiku, setiap ketentuannya itu besar hikmahnya. Tak semua benda kita boleh kongsi di saat kita resah atau bersedih. Dan, bagi yang mengenali diri ini...mereka tahu. Apabila saya mula bercerita, itu maksudnya...saya dah redha dengan perkara itu.

Biar apa pun yang berlaku, kita sebagai hambanya...patut bersyukur! Dalam tulis komen saya kepada Ummu Auni, saya berkata...biarlah sakit itu mengambil tempat dalam diri kita. Telah ditentukanNYA. Kita jalankan saja kerja kita sebagai hamba - bersyukur! Biar susah, biar payah...dan kalau mudah membentuk hati, bersyukurlah atas kemudahan itu. Kerana DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Dan, jika kita hambaNYA yang bersyukur...tentu kita tidak akan menyalahkanNYA. Apatah lagi, untuk wanita yang tidak seimbang thyroid level ini...kebarangkalian gugur lebih tinggi. Jadi, untuk apa dikesalkan? Sudah dua anugerahnya. Mereka sempurna áqal dan fizikalnya. Itu lebih daripada cukup untuk disyukuri.
31 Julai. Ya! Tarikh adik Nufayl & Nuha dijangkakan menjengah dunia. Tapi dia tidak ditaqdirkan begitu. Walau Ummi & Abah pernah teruja dengan 'yang ditiup rohnya di Madinah al-Munawwarah' ini (menurut Imam Syafie roh ditiupkan pada minggu ke-10, ketika itu kami di Madinah), dan Ummi dah beli satu suit baju tidur di Makkah dan sehelai selimut kain kapas di Jeddah (barang baby terawal yang saya beli sepanjang sejarah mengandung), biar apa pun...kami redha dengan ketentuanNYA!

Wednesday, April 16, 2008

IKLAN : TERATAK FZH UNTUK DISEWA

Assalamuálaikum wbt...

Sedikit iklan, jika ada yang berminat, sila hubungi Abu Nufayl, 013-3420200 atau email mzainal@yahoo.com.

Property Details
Type : Apartment/Condominum
State : Kuala Lumpur
City : Jalan Klang Lama
Price : RM 800 negotiable
Bedrooms : 3
Bathrooms : 2
Built Up Area : 920 sqft
Furnishing : Partially Furnished - kitchen cabinet/wardrobe/single bed/etcs
Address : Apartment 1C Pinang, Taman Seri Sentosa.

Property Features :
- Rent & Other terms are fully negotiable
- Owner occupied - moving to new house
- Available from June/July 2008
- Walk-up Apartment 1st Floor
- Beside Checkers Hypermarket, and walk distance to 7-Eleven & shoplots.
- Nicely painted
- Partly furnished (kitchen cabinet, and tiles tabletop, wardrobe) - 25 minutes to Putrajaya thru KL - Putrajaya Highway - 10 minutes to Tmn Jaya LRT Station- Putra Feeder Bus, Other Buses and Taxi Stand within 2 minutes walking
- Access to Komuter (Station Petaling), New Pantai Expressway
- Dedicated Parking Lot
- Guarded Area

Tuesday, April 15, 2008

Mengotakan Janji!

Saya mengotakan janji saya untuk memotretkan anak-anak bersama bakat besar yang saya temui.

Siangnya, bertemu Pak Samad. Beli Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri, dapatkan tandatangannya, tandatangani petisyen hakcipta Pak Samad & mengabadikan kenangan di sini!

Malamnya pula, bertemu seorang lagi yang punya potensi diri yang cerah dalam satu program sahabat.

Memang meriah! Sabtu malam di Puri Pujangga, UKM.
Sebuah jamuan makan.
Dengan sahabat-sahabat lama.
Dan keluarga yang sedang berkembang anak-anak mereka.
Ada perbentangan rancangan ekonomi kelab.
dan, yang istimewa...
penampilan Abu Saif sebagai penceramah utama di awal majlis.

Memang, dengan anak-pinak yang pelbagai karenah...ramai ibu-bapa yang terpaksa keluar-masuk dewan. Bimbang ceramah menarik itu dilatari tangisan anak-anak yang bermacam ragam. Saya keluar sekali dua. Melayan Nufayl yang tika itu agak mengantuk. Dia terlelap masa dalam perjalanan dari PJ-Bangi. Tiba di sana, dah jaga...tapi masih melayan emongantuknya. ;)
Sayang juga. Saya pesan pada suami, tolong 'serap'kan untuk saya.

Tentang keluarga.
Tentang strategi Rasulullah s.a.w.
Tentang fitrah manusia.
Tentang aturan yang dijadikanNYA.
Tentang membina biáh solehah dalam diri, unit terkecil, masyarakat.


Sekali lagi, saya mengabadikan kenangan bertemu dengan Abu Saif yang entah bila lagi, dengan memotretkan gambar dan tandatangannya dalam naskhah karyanya, Aku Terima Nikahnya.
Tahun 2005, ketika usrah di rumah Abu Amiir. Nufayl pegang apa tu? Pensil warna besar, hadiah dia dapat apa ya? Naik pentas sorang-sorang ambik hadiah. Sabo je la, pantang orang sebut nama dia! ;)
Sebenarnya, depa tak tau...Nufayl tak sempat mandi daripada Subuh. Macam sapa ya? heh...tapi, bukan sebab bizi. Nufayl lena masa balik rumah. Kesian nak kejut, jadi...tukarkan seluar saja. Baju pun tak bertukar.
hehe...kalau depa tau...mesti Nufayl tak menang malam tu!
Apa pun, memang meriah dengan anak-anak, baca : Ikmal, Sirah, Fawwaz, Amni, Muhammad, Amiir, Afiq, 'Ali, Fahim, Ziyad, Adam, Fahri, Nufayl & Nuha. Ada lagi yang masih belum join the club - Alya, Amin, Alif Fitri.
yang apabila belum disuruh naik pentas, dah conquer pentas. Dah suruh naik pentas, tak nak turun-turun. Orang suruh buat fashion show, depa buat tayangan perdana Ultraman vs Power Ranger. Orang suruh nyanyi, pakat peluk hadiah masing-masing sambil lawan-lawan. Tau macam mana depa turun pentas?

Bila ada sorang bukak loud speaker la.
Mula-mula Ziyad. Lepas tu, Nufayl.
;)
p/s:Ummu Nufayl sedang meladeni Aku Terima Nikahnya. Target nak habiskan hari ini + serapkan ilmunya + amalkan pengajarannya.

Monday, April 14, 2008

Apa ya mau tulis hari ni?


Aktiviti usung rumah segarkan gotong-royong
(am not promoting the YB ok, it is about the community)
*heheh...pasal usung rumah...lama tak dengar. Lama dah sejak
Kalau usung rumah, macam kenduri. Riuh. Tahun 1986, pakat usung rumah Pak Non, jauh jugak. Ada la 500 m. Dari tapak kedai Pak Lang Deruih ke belakang rumah Pak Mat Puún (ayah Pak Non).

Lepas tu usung rumah Cik Ami, yang ni tak jauh sangat. Dalam 20 m kot.

Sekarang ni, pakat buat rumah batu. Rumah yang dulunya diusung pun dah diikat batu dah. Tak boleh pindah dah. Kalau nak pindah? Kena la buat rumah baru dan pindahkan barangan.

Teringat permintaan adikku, Dik Id bila Abah meninggal dan kami terpaksa pindah dari Ipoh ke Perlis. Dia seolah tak mahu menerima apabila Mama kata kami kena tinggal di rumah tok. Mungkin rumah sendiri di Ipoh lebih selesa bagi dia kot. Dia mengamuk tak benarkan orang angkat barang (masa nak load masuk lori). Alih-alih, bila ditanya apa yang dia nak. Jawabnya, dia nak usung bawa balik rumah tu ke Perlis. Jauh dah la satu hal, tapi ni rumah batu. Ni kesan tengok orang usung rumah Pak Non la. Jenuh terangkan, akhirnya baru dia terima kenyataan.

~~~~

Ada yang menarik aktiviti hujung minggu lepas?
Mesti ada tapi tangguh dulu tulisnya. Kenapa? Tunggu esok!
Lupa bawa kamera untuk muat-turun dan papar gambarnya. Tambahan, saya mau habisi bukunya dulu. Boleh tulis review sekali!

Oh...hari Sabtu, kami ke Pesta Buku lagi. Daripada jam 11 petang-1.30 petang, dan sambung jam 3.00 petang-6.30 petang. Beli apa?

Kali ini, saya dapatkan
1. Memeluk Gerhana & Tawassul - Isa Kamari (jumpa penulis + autograf)
2. Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri - A. Samad Said (jumpa penulis + autograf)
3. Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya (jumpa penulis + autograf)
4. Zahra de Tigris - Khairyn Othman (dapat kad comel drp penulisnya)
5. Tuhan Manusia - FT
juga saya dapatkan buku-buku Impiana & Anjung Seri yang fokus Dapur.

Penat seharian di Pesta Buku diteruskan malamnya ke Puri Pujangga.
Ada apa? Geng mesti tau! Tapi, kita tengoklah gambarnya & dengarkan ceritanya esok ya!

Thursday, April 10, 2008

Care to know?

Let me update only a little on this.
After reading Sufiah's shocking confession, I wonder what her mom would say if am beside her and really close to her for heart-to-heart talk.

Its hard. But it is a reality.
She confess, publicly!!!

It is good that the menteri at least learn to listen to rakyat and claim to dismiss the mission to "Safe Sufiah."

Oh btw, you can approach the family via their blog Yusof Family & see the pics of them all. Also, if you interested, you can subscribe to the newsletter. Their site of story (the real facts) for a balance info, since media coverage filter it anyway.

After all, I extremely agree with what her x-husband said, "My view is that people can blame childhood to a certain extent, but there also comes a point where you have to take responsibility for your own actions."

I believe he in a very 'good' hand now. In the hand of Allah. And she? Hmmmh...!

Rihlah Ibn Battutah

Sungguh asyik baca Rihlah Ibn Battutah!
Selepas makan malam, adalah masa rehat.
Setelah seharian di pejabat dan pulangnya dengan tugasan lanjut di dapur,
saya mohon melegakan badan selepas makan malam.

Ambil masa rehat-rehat sambil menyelak helaian-demi-helaian karya agung Ibn Battutah itu sangat menyenangkan. Biarpun saya belum sampai ke sepatah kata mula penceritaan oleh Ibn Battutah, salah seorang pengembara agung dalam Islam, penulisan oleh Ibn Juzayy dan hasil terjemahan Adi Setia, Syed Nurul Akla & Wan Roslili ...dia sudah merentap cinta saya untuk mengembara bersamanya dalam karyanya itu.

Tajuk asalnya sangat panjang.
Cukuplah dengan Rihlah Ibn Battutah!

Kalaupun saya tak dapat pergi ke segenap pelosok bumi yang dijelajahinya, cukuplah kalau saya dapat melangsaikan karyanya!

Impian lagi : Jelajah demi belajar! Bila ya? Harap tiba masanya!

Monday, April 07, 2008

Puspawangi dan Musang Berjanggut


Saya tidak berani memberi komen tentang sumbangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee terhadap perkembangan Islam di Malaysia. Namun dari segi nilai kemasyarakatan, beliau kerap kali dilihat telah berjaya menampilkan kewibawaan dalam wawasan berfikirnya terhadap apa yang bakal berlaku pada zaman-zaman seterusnya.

Tertarik dengan salah satu dialog beliau dalam filemnya Musang Berjanggut, mafhumnya antara lain (tidak sempat untuk menggeledah balik rak cd untuk mendapatkan dialog 100% sebenar)

“Saya akan kahwini perempuan, bukan betina!”

Lanjutan itu, Tun Nila Utama @ Raja Muda Pura Cendana telah berjalan dan mengembara, membawa bersama seuncang beras yang bercampur aduk dengan garam dan rempah ratus. ‘Perempuan’ menurut baginda adalah yang berjaya mengasingkan semua ramuan itu dengan sabar, tekun dan rela hati. Ramai gadis yang ditemui, menawan rupanya tetapi tidak berjaya, ataupun tidak cukup sabar mengasingkan kandungan uncang tersebut, lalu tidak ‘terpilih’ untuk dikahwini baginda. Akhirnya baginda bertemu dengan Puspawangi yang cukup sabar dan tekun walaupun ibu Puspawangi pada satu ketika turut mengomel tentang ‘kegilaan’ Tun Nila Utama yang membawa uncang sedemikian serta juga ‘kegilaan’ anaknya mengasingkan semua ramuan itu.

Saya ingin melihat dari perspektif Tun Nila Utama. Pertamanya, manusia di atas muka bumi ini rambutnya sama hitam (dan ada juga berwarna-warni), tetapi hati adalah milik masing-masing. Tidak boleh ditilik dengan pandangan mata kasar tetapi perlu diuji. Kerana hanya ada dua jenis manusia di muka bumi, baik atau jahat. Jika baik, tidak jahatlah dia, jika jahat, tidak baiklah dia. Jika perempuan, bukan betinalah dia, jika betina, bukan perempuanlah dia.

Keduanya, ramuan yang dicampur adukkan itu dan kemudiannya minta diasingkan. Ini adalah satu ujian yang unik. Kerana ia memperlihatkan kepada kita Tun Nila Utama tidak begitu risaukan paras rupa. Juga tidak begitu melihat kepada sejarah kehidupan dan latar belakang keluarga, biarpun kaya mahupun miskin. Beberapa gadis yang ditemui sebelum pertemuan baginda dengan Puspawangi, keluarga mereka cukup baik, mesra dan peramah. Ini secara teorinya tidak memungkinkan anak-anak mereka boleh menjadi betina. Namun ia dibuktikan sebaliknya. Kurangnya kesabaran dalam diri ‘betina-betina’ tadi, kurangnya ketekunan, kasarnya tutur dan budi setelah mereka dewasa adalah pilihan betina-betina itu sendiri setelah keluarganya memainkan peranan yang besar dalam pendidikan asas dan sebagainya.

Akhirnya Puspawangi, yang tidak begitu disokong oleh ahli keluarganya sendiri dalam memisahkan ramuan kerana dikatakan cari penyakit dan buat kerja gila, tetapi hasil inisiatif sendiri, pilihannya sendiri, ketekunan dan kerelaan hati beliau telah membolehkan beliau mengahwini Tun Nila Utama. Itulah perempuan pilihan putera kepada Raja Alam Syahbana.

Filem ini digarap sebegitu rupa, dan saya ingin menggunakan cermin Islam untuk melihat potensi wawasan pemikiran ini pada kacamata kita selaku manusia pada zaman ini.

Dalam post terdahulu, saya telah secara ringkas menghuraikan bagaimana potensi diri manusia boleh terjaga dan juga boleh tercemar. Kali ini, saya suka untuk menekankan bahawa, jika mempersalahkan orang lain apabila kita menjadi betina, binatang, mahupun dajal sekalipun bukanlah satu tindakan yang bijak. Saya terpanggil untuk melihat perilaku ini sebagai salah satu daripada eskapisme individu itu sendiri atau masyarakat yang simpati dengannya. Pada kita ; yang jelas itu jelas. Jika perempuan, perempuanlah, jika betina, betinalah. Jika manusia itu waras, maka manusialah dia, jika tidak waras, maka jadi manusia gilalah dia.

Perdebatan tentang proses yang menyampaikan seseorang manusia itu sampai ke tahap betina, gila atau waras amat subjektif. Tetapi kita harus sedar, sampai ke satu peringkat atau tahap, manusia di anugerahkan Allah swt aqal untuk berfikir dan menilai segala baik buruk dengan menggunakan aqal sendiri. Sampai bila kita hendak mempersalahkan orang yang sebelumnya? Jika kita gagal pada tahap yang kita sepatutnya sudah mampu berfikir, maka itulah kegagalan kita. Bukan salah orang lain.

Kereta baru, bila dibeli, kerap rosak, memang pada peringkat awalnya kita akan persalahkan pengeluar kereta itu. Tetapi apabila sudah terlalu kerap rosak dan membuat onar, biasanya kita akan nyahkan kereta itu dari garaj kereta itu ; bukan pengeluarnya ; kerana kereta itu yang bermasalah. Selagi boleh repair, kita repair, sampai satu tahap, humban saja!

Kita panas baran, suka melahu, meraban dan berleter, siapa peduli tentang asal-usul kita. Biasanya kita akan dibenci atau disukai berdasarkan diri kita sendiri. Kita suka berpolitik kotor, atau berpolitik lembik, jangan salahkah rakyat bila kita tewas. Kita memilih jadi pelacur, baik mengaku sahaja memang kita yang ingin kehidupan sebegitu, senang bagi masyarakat melabelkan kita sebagai haiwan durjana, tak perlu teragak-agak lagi. Tak perlu belas ihsan lagi. Dan selepas segalanya sudah terang, barulah kita tahu doa apa yang patut dibaca untuk itu dan untuk ini.

Wahai insan, terimalah hakikat, dalam dunia ini, memang banyak faktor penyebab untuk kita jadikan alasan untuk menyelamatkan diri sendiri. Tetapi percayalah, sampai ke satu tahap, menjadi tanggung jawab kita sendiri bagi memastikan diri kita ini selamat dunia dan akhirat. Apa pilihan yang kita buat, itulah kita, dan terimalah akibatnya.


Maka berbahagialah orang yang waras aqalnya dan menyandarkan pada iman sebarang keputusan yang ingin diambil dalam hidupnya. Bukan menjadi betina, mahupun orang gila. Gandakan usaha, banyakkan berdoa, ikhtiar dan tawakkal jadi sandaran hidup muslim. Buatlah pilihan seperti yang dibuat Puspawangi agar dapat kita kahwini putera raja!


Wallahua’lam.

Sunday, April 06, 2008

Cerita Perjalanan Buku

Mestilah! Minggu ini sampai minggu depan kan Minggu Buku!
Mestilah saya ke sana.

Walau dalam penuhnya jadual untuk merealisasikan impian (a.k.a Dreams), kami rancang awal untuk ke sana Sabtu petang, 5 April. Jadi semalam, selepas satu temujanji di kawasan KLCC dan menunaikan solat Asar...kami tiba di KLIBF '08 jam 5.45 petang.

Saya habis RM300 bersih! Suami mungkin dalam RM200 lebih.
Kali ini perbelanjaan paling sedikit di Pesta Buku. Sebenarnya, memang itu pun bajetnya. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun ada lagi yang tak terbeli, tapi saya letakkan itu di tempat kurang utama. Apa saya & suami beli?

1. Novel FT, RM100 (lebih kurang)
- Bedar Sukma Biru, Manikam Kalbu di Gerai Dawama (dengan diskaun 25%, ihsan Hj. Zahid yang jadi rapat dengan kami sejak KLIBF 2005)
- Bila Tuhan Berbicara, Karbala, Nama Beta Sultan Alaudin, Karya Nan Indah di Gerai Al-Ameen Serve (tempat FT mencatat di muka bukunya).
2. Novel Zaid Akhtar - Salju Sakinah di Gerai PTS
3. Buku Psikologi di Gerai PTS, RM 180 semuanya di PTS (selepas diskaun 15%)
- Kewangan : 4 judul
- Kendiri : 1 judul
- Penulisan : 2 judul
- Trevelog Haji : 1 judul
dan yang terakhir, cita-cita sejak KLIBF 2006 agaknya...tapi sering ditangguhkan, dan akhirnya kami sepakat menghadiahkan senaskhah
4. VCD Learn Solah with Zaky, untuk Nufayl & Nuha, RM22

5. Pengembaraan Ibn Battutah di Gerai IKIM, RM225 (selepas diskaun 10%) sempena Bonus 2007 buat diri kami berdua.

*Gambar buku-buku baru yang bakal memenuhkan lagi rak buku di TeratakFZH. Agaknya, di rumah baru nanti kena buat rak buku terus kot. Nanti bersepah pulak buku-buku ni kan? Err...apa nama rumah baru FZH tu nanti yer? hehe...tunggu!

***Yang belum saya beli : Buku panduan untuk Home Decorating. Persediaan untuk rumah baru nanti! ;) Yang tiada stok, Tuhan Manusia (FT). Kalau sempat pergi lagi ke KLIBF, mungkin saya akan cari. Selalunya kami pergi banyak kali, tahun lepas 3 kali. Satu lagi nak cari, FT kata ada MPR buka gerai. Di dewan mana ya?

Dan, yang manisnya di KLIBF '08 ni, walaupun tanpa dirancang...saya berpeluang bertemu dengan penulis besar yang berdua ini, FT & Ustaz Zaid Akhtar (bersama isterinya, cantik orangnya!). Jadi, semua novel FT yang baru saya beli dapatlah ditandatangani beliau. Sayangnya, walau 2 kali jumpa Ustaz Zaid & bersembang-sembang dengannya...ketika itu, saya belum mendapatkan naskhah Salju Sakinah di gerai PTS. Jadi, belum ditandatangani oleh penulisnya. Sayang!

Oh...lain kali, jika ada kesempatan bertemu penulis berbakat besar seperti FT & Ustaz Zaid Akhtar ini lagi, saya mesti memotretkan gambar Nufayl & Nuha dengan mereka. Memang semalam tiada orang pun! Lapang! Tapi sayang, semalam tak teringat langsung. Sekurang-kurangnya, apabila mereka besar nanti...mereka tahu mereka pernah berjumpa bakat besar seperti ini kan? Tak langsung, jadi inspirasi buat mereka! Sedang Ummi mereka?heh...saya malu-malu saja, mengaku juga MPR '98 kepada FT...heh produknya? Terakhir ke media, Mac 2005. 3 tahun tanpa karya di media. Tidak produktif!!!

Harap-harap buku motivasi tu dapat meruntut semangat menulis saya semula! ;)

Kami pulang setelah banyak gerai ditutup sudah. Jam lebih 9 malam. Kemudian, kami makan besar di Restoran Alissara, Puchong Perdana. Makan Thai di situ memang asli! Sedap!


Alhamdulillah!!!