Friday, April 25, 2008

Tiada Hadiah Materi

Kadang-kadang, aku mahu ketawa keras dengar kata-kata suamiku.

Katanya, "Orang yang lahir bulan 4...baik-baik belaka." Siap ada senarai orang yang lahir bulan April dan dibuktikannya semuanya baik belaka.

Oh! Bolehkah generalisasi begitu? Diterima-pakai? :)
Yang bukan bulan April tak baik? Ha...hujahnya Ummu Nufayl tak nak layan. Perasan!

Hari lahir Rasulullah s.a.w juga dalam bulan April ikut kalendar Masihi nya ya? Ingat lagi, Ustazah Áisyah, ustazah Lughah Árabiah di SMKAP dulu... suka benar dia mempromosikan tarikh lahirnya 20 April sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w. dalam bulan Masihi.

Biar apa jua dakwaannya, dua lelaki yang kusayangi lahir dalam bulan April.

Hari ini, hari lahir Abah.

Seperti yang sering kuabadikan segenap tahun yang lalu, Selamat Hari Lahir buat arwah Abah. Walau hanya 6 tahun kita bersama...kenangan itu sering buat aku hidup dalam kasih sayangmu, seorang Abah yang penyayang dan bererti buat anak perempuan yang merinduimu...selalu! Semoga kita bertemu lagi di 'sana' seperti do'aku sejak aku tahu berdo'a.

Hari ini...25 April 2008, setelah 57 tahun kau lahir dan setelah 21 tahun 6 bulan kau kembali kepadaNYA.


Tiada hadiah materi untuk Abah. Hanya doá, zikir, qur'an yang muga-muga menerangi hari dan malammu di 'sana'.


Hadiah daripada puterimu yang kaucintai sepenuh hatimu, menantumu yang tak sempat yang mencium tanganmu dan cucu-cucumu yang tak sempat kau cium keningnya....



- Yang.

No comments: