Wednesday, December 27, 2006

Manifestasi Qurban

To my life partner,

"kata nak upload dan boleh upload tetiap hari. Tader pun.. " heheh.. selamba jek sound tuan rumah.

Assalamualaikum wbt.

Orang selalu tanya diri mereka, apa yang diberikan kepada mereka. Tapi tidak terfikir apa yang mereka berikan kepada orang lain.

Falsafah agung ini tersebar luas di mana-mana. Negara kepada rakyatnya. Pemimpin kepada bawahannya. Syarikat kepada anggotanya. Ibu bapa kepada anaknya. Anak kepada ibu bapanya. Dan seterusnya tiada akhir.

Mungkinkah ia telah disalahgunakan? Jika asalnya ungkapan ini menjadi panduan agung untuk kita berbakti. Boleh kita katakan sekarang ini ia hanyalah ungkapan eskapisme mereka yang tidak mampu menunaikan tanggung jawabnya, tetapi menuntut haknya dipenuhi?

Wajarkah rakyat diseru berbakti jika negaranya menindas dari pelbagai segi? Berbakti adalah tanggung jawab rakyat. Tak usah dituntut hak negara.

Patutkah pengikut diminta bersabar, jika pemimpin tak sudi mengeluarkan duit poket sendiri menampung serba macam kekurangan dalam persekitarannya? Sabar itu memang sudah tanggung jawab mana-mana manusia, ditaklifkan Allah kepada makhluqnya.

Bolehkah Syarikat minta anggotanya menunaikan tugas dengan ikhlas, jika kerelaan Syarikat melihat permasalah akar umbi tidak pernah ditunaikan? Bertugas dengan ikhlas itu sudah jadi tanggung jawab anggota Syarikat.

Suami dan isteri minta pasangannya bersyukur pada apa yang ada, sedangkan tidak pula dia membekalkannya sewajarnya. Bersyukur itu sudah jadi tanggung jawab mana-mana hamba Allah swt.

Di mana pula tanggung jawab negara? Pemimpin? Syarikat? dan Suami, mahupun isteri? Kalau hanya hak yang dibicarakan dan dituntut, jauhi falsafah mahupun peribahasa.

Kita korbankan amarah kita, kerana ia hanya hak kita. Tetapi kita bertanggung jawab menenangkan hati manusia lain. Hati sahabat, hati anak, hati pasangan, hati ketua, hati anak buah dan segala macam hati.

Kita curahkan kasih sayang kita kerana itu tanggung jawab kita. Dan hak kita untuk mendapat kasih sayang adalah tanggung jawab orang lain menunaikannya.

Kita jangan cari apa yang betul pada kita kerana itu hanya hak kita yang menjadi tanggung jawab orang lain untuk menunaikannya. Tanggung jawab kita hanyalah memberikan yang terbaik secara betul kepada orang lain.

Luas persoalan hak dan tanggung jawab. Tapi jika kita berkorban kerana hak kita untuk mendapatkan pahala daripada pengorbanan kita, tidak perlulah berkorban. Kerana tanggung jawab kita sebagai hamba Allah adalah membuat pengorbanan. Hanya Allah memiliki hak mutlak memberikan balasan atau tidak.

Sebab itulah kita ini dikenali sebagai mukallaf. Kita hanyalah makhluq yang diberikan amanah dan tanggung jawab, untuk ditunaikan. Bukanlah kita ini penuntut kekuasaan, yang menuntut darah dan keringat makhluq lain, yang ada serba macam tanggung jawab tersendiri ingin ditunaikan.

Percayalah, semua orang inginkan haknya dipenuhi. Maka, disebabkan itulah semua orang perlu bertanggung jawab menunaikan hak orang lain.

Bertanggung jawablah ; dengan tidak mengatakan mengatakan AKU BERHAK! ...

Greek saying: "Those whom the God wants to destroy, they first made mad with Power."


Salam Eid al-Adha.

Wassalamu'alaikum wbt.

Monday, December 18, 2006

My Best Friend Wedding!

My Best Friend Wedding!

I'm back to my hometown, from last Wednesday nite until Sunday morning, then I'm in KL again. For what hah I applied leave for 2 days? :)
My best friend wedding!

It was so fun calling her and told her that I can't attend it due to work. I knew she frustrated. But looking at her eyes and face when she realized me in her wedding, I knew she really wants me there.

Untuk Nida & Nasri, selamat melayari alam rumahtangga. Alam rumahtangga tanpa pancaroba, mungkin masih belum cukup tinggi tangganya.
Alam rumahtangga tanpa rindu dan sengsara, agaknya belum masih cukup tebal cinta kasihnya.
Alam rumahtangga yang penuh mawaddah, rahmahnya perlu penuh hikmah. Agar kisah cintanya menjadi seunggul kisah Muhammad & Khadijah, Ali & Fatimah, Yusuf & Zulaikha. Sekadar menyusur sejarah, jauh dari membanding kisah.

**I know someone is waiting for the pics. Not yet! I'll upload after this. ASAP I promised. AnisZ, just be patient, keyh!

Tuesday, December 12, 2006

Fizikal Kaabah

Fizikal Kaabah

Baru-baru ni, tengok program Seruan Haji di RTM1. Baru tahu, rupanya Kaabah bukan berbentuk segi empat sama. Bentuknya hampir segi empat sama.

Ukuran Saiz Kaabah
Tinggi : 15 m
Drp Rukun Hajaratul Aswad ke Rukun Iraqi : 12 m
Drp Rukun Iraqi ke Rukun Yamani : 11 m
Drp Rukun Yamani ke Rukun Syami : 12 ½ m
Drp Rukun Syami ke Rukun Hajaratul Aswad : 10 ½ m

Setiap Rukun yang diberi nama Negara (Iraqi, Yamani, Syami) masing-masing betul-betul menghala ke arah Negara tersebut.


Friday, December 08, 2006

I Think I Can Update It Everyday

Apa tu?
Aku rasa aku dah boleh kembali jadi seperti dulu.

"Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu..."
(nyanyi ikut melodi Seperti Dulu-Exist)

Sebabnya?
Adalah dua tiga. Apa tu?

  1. Sampai awal di pejabat. Selalunya sebelum jam 8 pagi lagi.

  2. Sudah jauh dari tekanan Mr. T** yang sering buat aku pressure.

  3. Tiada lagi keletihan sebab berjalan drp Bukit Mahkamah ke Masjid Jamek.

  4. Tiada lagi kerimasan berhimpit-himpit dalam LRT masa balik kerja.

Di mana aku?
Aku bukan lagi di Bukit Mahkamah.
Walau masih di Department yang sama & ber'tuan'kan GM yang sama.
Tapi, aku sudah tidak directly reported to him. Dan, tugasku bukan lagi Technical Support yang kerja-kerja buat report-report-report.

Kerana,
Kini, aku di Kinrara yang hanya 10 minit daripada Seri Sentosa.
Kini, tugasku implemen projek. Projek apa? Projek ADSL. Best woo! ;)

Dan, aku gembira!!!


~~~
Hany FF, 17 Zulkaedah 1427h

Thursday, December 07, 2006

Yang Ku...


Yang Ku...

Yang memandang ke dalam mata yang sayang
Yang tersenyum penuh kasih
Yang membelai dengan tangan yang rindu
Yang mengucup dengan cinta yang tulus.

Dia yang kunamakan Fatma
Yang kuinginkan semulia akhlaq Fatimah kesayangan Rasulullah
Kesayangan keluarga seluruhnya.

Dia yang kunamakan Nuha
Bijaksana menyuluh hidup
Yang kuharapkan menerangi jalan dunia ke akhirat sana.

Kurafa'kan syukur
Atas kurniaanMu...Fatma Nuha.


Atas rasa cinta & kasih,
Ummimu.

Tuesday, November 21, 2006

Dari Allah kita, Allah jua tempat Kembalinya kita

Assalamualaikum.

Rujuk kepada posting sebelum ini, mewakili Ummu Nufayl, mewakili Ummu dan Abu Amir (Katrina & Amin), dimaklumkan, bahawa Amir telah pun selamat kembali ke pangkuan kasih sayang dan rahmat penciptaNya.

Didoakan agar kedua ibu bapanya, Cat, Amin, agar tabah dan sabar menghadapi ujian getir dari Allah swt ini. InsyaAllah, pemergian Amir tidak akan menjadi sebab untuk kasih sayang yang telah lama dipupuk dan dibelai pada anak ini hilang begitu sahaja.

Ia akan kekal terpahat dalam memori masing-masing, dan mudah-mudahan pertemuan seterusnya di syurga Allah swt akan menjadi janji penenang dan penyejuk hati kalian.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada kepada Tuhanmu dengan penuh keredhaan belas kasih dariNya. Maka termasuklah kamu ke dalam kelompok hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam SyurgaKu. (al-fajr 27-30)

al-Fatihah.

Friday, November 03, 2006

Salam Eidul Fitri

Salam Eidul Fitri!


I'm back! Hari ini hari ke-3 di pejabat setelah bercuti lebih 2 bulan (cuti bersalin + cuti raya). Ni baru betul-betul 'raya'.. heheh.

Baru berkesempatan update blog. So, apa cerita?

Ermmm...


JURNAL EIDULFITRI 1427h


Cerita raya

Kami beraya di Darul Naim di tanah kelahiran suami tercinta. Pulang seawal Khamis (tgh mlm) dan sampai di sana Jumaat pagi. Bersahur di kedai mahaii @ G.Musang.

Raya sebelum raya : dengan sapa?
Dengan Yati, Muslim & Luqman. Takut tak dan beraya bersama sebab raya 1 & 2 Yati kata dah penuh dengan program keluarga Muslim. Jadi, dia mai la ziarah kami sbl raya.

Eidul Fitri yang pertama :

Solat Hari Raya dengan si Nuha @ Masjid Kg Selising. Beraya di rumah saudara-mara di Selising & Pasir Puteh (Ma & Pa C. Dwe, C. Dwe, famili @ Permatang Sungkai). Cik Lan & Cik Nah ziarah ke rumah.



Eidul Fitri yang kedua :
Sambung beraya di sekitar Pasir Puteh. C. Dwe & famili ziarah ke rumah.

Eidul Fitri yang ketiga :
Beraya di sekitar Sg. Parit (sedara belah Umi). Open house Cikgu Adnan di Kok Lanas & makan gulai di Sg. Parit. Beraya dengan Mudin di Kok Lanas.


Eidul Fitri yang keempat :
Hari rehat di rumah. Sepupu-sepupu zauji, bersama isteri masing-masing datang beraya.

Eidul Fitri yang kelima :
Hari Istimewa Cik SsarahM. Jadi, kami sekeluarga sama-sama menghadiri walimahnya Cik Sarah di KT.

Cantiklah Cik Sarah! Sama padan!

Eidul Fitri yang keenam :
Lina NFY (x-rumetku) datang beraya di rumah. Balik drp Kolej dan ziarah sahabat lama. Dia langsung ke Selising. Kemudian, bermanja dengan dia ke rumah Abg Amir di KB. Hanya aku, Lina & Nuha. Yang lain-lain menyusul untuk mengambilku, tapi Mak Abg Amir masak dan ajak makan malam. Jadi, makan malam kami di sana. Selepas tu, tunai hajat adik-adik nak ke KB Mall. Jalan-jalan sampai malam.

Eidul Fitri yang ketujuh :
Awal pagi, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, kami singgah di CH untuk melangsaikan hajat makan strawberry. Kunjungan Nuha yang pertama ke sana..dan kunjungan ke 4 buat Nufayl.


Nuha posing dgn Ummi, Nufayl pula makan nasi dgn ayam kicap sambil berulamkan strawberry. ;)

Alhamdulillah. Rasa puas beraya tahun ni. Paling kurang, dapat juga aku menjamah juadah wajib hari raya (bg diriku) – ketupat & rendang, nasi impit, kuah kacang & daging spesel ala sate. Tahun ni, orang Klate pekena rendang Perlis (bak kata Abah). Aku buat Rendang Daging Hitam (resipi Mama), kek coklat dan daging utk kuah kacang tu. Walaupun rendang tu tak jadi macam yang sebenar-benarnya sebab tak ada gula merah - tak jadi hitam & tak rasa gula merah (baru kutahu @ Klate, orang tak kenal pun gula merah). Tapi, rasa tetap ok...aku gantikan dengan gula perang. Merata kami cari gula merah bila Umi kata nak rasa rendang orang Perlis, tapi bila tak ada tu mula-mula aku frust jugak. Tapi, lepas tu...pk pk takper lah. Gula perang pun boleh juga. ;) Mula-mula takut jugak. Takut tak kena dengan selera famili Klate. Tapi, bila dah siap, seronok tengok depa makan. Juadah tu memang faveret famili di Perlis. Alhamdulillah. :)

Bab ziarah pulak, ramai juga tak sempat kami ziarah. Antara yang dah disenaraikan tapi tak sempat : Ambo & famili, Kak Zaza & famili, Azlida & Mizie. Yang datang beraya tu - Lina & Yati, memang nak balas kunjungan. Tapi, tak sempat. Insya'Allah lain kali. Yang penting dah jumpa kan?!

p/s: why cannot upload the pics aarr?? ;((


~~~
Ummu Nufayl_Nuha

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri

Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullah

Kami sekeluarga, abu nufayl, ummu nufayl, nufayl & nuha ingin mengambil kesempatan terhad ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan dan yang belum berkenalan, asalkan membaca blog ini.

Sedih meninggalkan Ramadhan. Terasa lemah iman dalam diri untuk membuktikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Entahkan sempat, entahkah tidak, kami menjengah kembali ke bulan penuh barakah ini. Rindukan Ramadhan!

Secara khusus, Abu Nufayl menghulurkan salam kemaafan jika terdapat kekasaran dan keterlanjuran, baik dalam penulisan blog ini, kehidupan seharian, pemanduan kenderaan mahupun ketika di dalam lif dan di atas elevator. Begitu juga Ummu Nufayl, salam dari beliau yang kini sudahpun berada di Kuala Lumpur sejak hampir dua minggu yang lepas. Meneruskan pantang di KL pulak.

Kami akan berangkat ke kampung halaman abu Nufayl pada hari ini, dan akan kembali semula pada 30 atau 31 Oktober akan datang.

Ampun dan Maaf dari kami sekeluarga. Zahir dan batin. Dengan pesanan, jangan musnahkan dan hancurkan hasil latihan sebulan Ramadhan dengan sifat kita yang bertentangan dengan ajaran AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAQ Islam. DENGAN APA CARA SEKALIPUN!! ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHI al-HAMD!

Abu Nufayl, Ummu Nufayl, Aleef Nufayl, Fatma Nuha

Wednesday, October 04, 2006

Ertinya Penghujung Sebuah Kehidupan

Menjelang waktu tidur, kubelek lembaran mushaf Uthmani berkali-kali. Mata agak mengantuk untuk kuteruskan bacaan. Azamku asalnya cukup membara. 10 hari satu pusingan. 30 hari 3 kalilah khatamnya. Namun, apakan daya, tubuh longlai seharian, berhari-hari menatap dan melayani urusan duniawi. Hasilnya, baru separuh kitab suci dapat ku tatapi, baca dan mentadabburnya. Alangkah mantapnya keazaman berserta ikhtiar golongan terdahulu. Aku beleknya beberapa kali. Tak dapat aku teruskan bacaan pada helaian tersebut.

Akhirnya tanganku terarah pada suatu surah penawar hati. Sekali aku habiskan surah Yaasin, dengan hati terdetik sesuatu. Bagaikan pernah kurasa sebelum ini, beberapa kali, tetapi aku tak ingin ia selalu berlaku. Tidur. .

Seawal bangkit dari tidur, berita dari HUKM tiba. Melalui menantunya, kudimaklumkan pemergian seorang warga emas, yang kukira amat berjasa, dan pada masa yang sama dengan tidak mengambil kira faktor usia, boleh dikatakan amat rapat dengan kami sekeluarga. Tidak jemu berusaha memperbaiki diri. Hinggakan beberapa kali, dalam kerasnya beliau dan pendiriannya, masih lagi mahu kami bersama menjayakan usrah keluarganya, di rumahnya, di Shah Alam. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Bersiap..

Apa yang patut dibantu, kubantu. Kemudian terus ke pejabat buat seketika, ada mesyuarat yang terlalu penting untuk dihadiri. Hati tidak tenang, memaklumkan kepada beberapa teman yang berkaitan, aku lantas ke Shah Alam, rumah allahyarham. Bantu lagi sekadar terdaya. Kemudian ke Perkuburan MBSA Seksyen 21, Shah Alam. Proses pengkebumian..

Usai. Pengajaran jelas buat diri kecil ini kali ini, tampak jelas pada keseluruhan persekitaran profail allahyarham, membawa hingga ke saat terakhir jenazahnya ditimbusi tanah. Beliau adalah mantan Kapten TLDM, sama pangkatnya dengan Kolonel jika dalam tentera darat. Jika Kolonel memegang batalion. Kapten di TLDM bertindak sebagai Komandan. Kalau ada kapal dengan ribuan anggota. Itulah pemegang kuasanya. Dan pernah pula menguasai Woodland, puluhan tahun dahulu.

Besar pengaruhnya. Ramai anak buahnya. Meluas kuasanya. Digeruni, dihormati dan ditakuti. Keluarganya? Anak saudaranya Timbalan Panglima Tentera Darat. Berpangkat Leftenan Jeneral, aku terperasan bila duduk bersebelahan dengannya di perkuburan. Senyumnya agak sayu. "Kata-katanya jelas, "kuasa tidak menjamin segalanya" Meskipun jenazah allahyarham diangkat oleh sepasukan anggota TLDM ke perkuburan, kisah saat akhir kematiannya menyentuh hati..

Bertahun menderita sakit. Berbulan di hospital. Pulang ke rumah, kembali lagi, pulang lagi dan kembali lagi ke hospital untuk 'bersedia menerima panggilan Illahi'. Kedua paru-paru allahyarham gagal berfungsi. Bernafas sepenuhnya melalui tiub dan oksigen yang dibekalkan.
Allahyarham, setiap kali kusalami tangannya akan melafazkan, .."begini rasanya menunggu masa yang pasti". Dan setiap kali itulah aku terkelu, tidak tahu apa caranya untuk menjawab kembali. Hanya memandang wajah tua itu..

Kembali ke HUKM, bulan Ramadhan. Giliran isterinya yang setia menjaga allahyarham. Keletihan berminggu-minggu, namun kesetiaan isterinya terbukti. Semalam dapat kulihat, seusai mengimamkan solat tarawih dan witir, kuberpaling ke belakang, tangan isterinya masih lagi dalam keadaan berdoa, tapi mata sudah pejam, tubuh sudah tidur, menandakan betapa letihnya beliau selama ini, namun tak pernah disuarakan, walaupun usia menjangkau lebih tiga suku abad..

Kembali lagi ke HUKM, anak-anak sudah pulang ke rumah, esoknya sekolah dibuka, tugasan pejabat perlu dihadiri, maka si emaklah yang menemani si ayah. Sahur... Bersahur ringkas. Si isteri, sepertimana biasa, menyelesaikan solat malamnya, yang tidak pernah ditinggalkannya sejak dahulu. Menjenguk ke bilik sebelah, muka allahyarham tetap berseri, tidur, nyenyak. Sesekali tersedar, kumat-kamit kelihatan di bibirnya melafazkan kalimah tasbih, tahmid, takbir dan istighfar, yang sejak berbulan lalu tidak pernah ditinggalkan. Tenang melihat suami tercinta nyenyak dalam tidurnya, si isteri meneruskan munajat pada Allah di surau sementara..

Maklumlah, anak-anaknya doktor pakar, seorang daripadanya mereka memang doktor di HUKM bukan susah dapatkan keistimewaan tersendiri. Munajat.

Kembali ke bilik suami, salam diberi, ingin diteruskan khidmat dan kasih bakti kepada suami tercinta. Puluhan tahun mencurah kasih. Dihampirinya, dengan penuh lemah lembut. Ingin bertanya khabar jika sedar, ingin ditatap jika masih lena diulit mimpi. Masih nyenyak nampaknya. Segalanya seperti biasa. Cuma satu perkara yang lain, tiada pergerakan yang jelas. Sudah terhenti ombak dadanya. Kelibat gerak alis matanya juga tidak lagi kelihatan. Tinggallah anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah dan amal jariah. Berseorangan, tidak ingin dikongsi saat-saat akhir itu. Salam mesra tadi sudahpun tidak berjawab. Selamanya..

Lafaznya, "ya Allah ya Tuhanku, kehendakMu tidak dapat diubah. Betapa berkuasanya hambaMu. Betapa ramai kenalannya, betapa setianya ahli keluarga dan sahabat handai menunggu di tepinya. Namun, bila Kau inginkan hambaMu bersendirian denganMu ketika di akhir perjalanan hidupnya, siapa yang mampu menghalangnya?"

Aku kembali membelek surah Yaasin, tapi kali ini dengan berita yang sudah pasti. Bukan lagi detik hati. Bersendirian di rumah, jam 12.30 tengah malam, kembali dari Shah Alam, keletihan. Dengan suatu khabar yang pasti, dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Dan keadaannya, ku serahkan kepada Allah swt. Moga sedikit ikhtiar di waktu hidup ini, mampu membantu kita memperoleh husnul khaatimah. Ameen.

al-Fatihah ila allahyarham Mohd Daud bin Fatimah

Friday, September 29, 2006

Dua Kerdipan Mata : Kasih Ramadhan...

Betapa indahnya Islam. Allah 'campakkan' kepada hambanya nilai-nilai hikmah. Dan kemudian nilai hikmah ini diganjarkan pahala apabila diamalkan oleh penganut agamaNya. Maka rugilah mereka yang berpaling daripada ajaran agung Islam yang maha suci ini.

Senyum si muslim mempamerkan bersamanya keikhlasan. Tenangnya membawa rasa damai bernaung di bawah ajaran suci. Rendah dirinya penuh rasa tawadhu' terhadap kekuasaan Allah swt. Dan kadangkala tercetusnya rasa amarah dalam diri hamba Allah, disertai dengan kesabaran yang dibekalkan melalui pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Umat Islam tidak perlu memaki hamun jika marah. Bahasa yang diguna masih indah. Hanya susunan kata yang menggambarkan kemarahan. Hatinya segar mengingat Allah. Semangat dakwah sentiasa mekar di dalam dada. Hasrat ke arah memelihara silaturrahim sentiasa segar dalam jiwa masing-masing. Cinta kami, kerana Allah, kasih kami kerana Allah. Marah kami kerana Allah. Dan oleh kerana semuanya disandarkan pada Allah swt, maka kaedah umat Islam bergembira, bersahabat, bertolong-tolongan malahan berperang juga akan mengikut sibghah Allah swt.

Rakan-rakan sekalian, Ramadhan mencapai ke suku waktu. Masa terlalu cepat berlalu. Betapa penting kita menyediakan senarai semak apakah yang telah, akan dan perlu dicapai dalam me'rayakan' ibadah puasa Ramadhan kali ini, dan seterusnya, insyaAllah.

Prof Dr Wahbah az-Zuhayli, dalam Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, dengan merujuk beberapa keterangan lain, menggariskan, perlunya kita melihat beberapa perkara antaranya :

1. Bertambahnya sifat amanah kita sepanjang menjalani ibadah Ramadhan. Penulis mengamati, amanah ini boleh kita bahagikan kepada :

a. Ibadah kita khusus dan umum. Tidak menyeleweng dari garis panduan. Tidak meninggalkan segala rukun Islam yang lain. Mengutamakan ibadah sunat, tetapi mestilah mendahulukan memenuhi segala yang difardhukan
b. Amanah kepada ahli keluarga. Mencukupkan keperluan, fizikal dan rohani. Membentuk mereka dengan sewajarnya; jika kita inginkan mereka hadir di dalam jiwa sebagai 'qurrata a'yun'
c. Amanah kepada sumber rezeki. Waktu kerja, sumber makanan dan minuman yang halal agar keseluruhan ibadah diberkati dan diredhai/

2. Bertambah mantap cita-cita dan keazaman kita. Perlu kita pastikan keazaman kita menghabiskan seberapa banyak lembaran mushaf al-Quran, contohnya, akan menjadi sumber inspirasi kita untuk meneruskan di bulan-bulan yang lain. Bersedekah. Bantu-membantu. Manifestasi keazaman ini akan membentuk jiwa yang kental berjihad di jalan Allah swt, tanpa rasa gentar dan ingin berundur dari perjuangan.

3. Terbentuknya lebih kesabaran dalam diri. Kita yakin, secara fizikal, kita sudah cukup bersabar sepanjang hari berpuasa. Tetapi, adakah kita jadikan bulan Ramadhan bulan untuk melatih kita bersabar melihat makanan yang mewah-mewah. Sabar jika masakan suami atau isteri tidak menepati rasa yang diingini. Sabar jika air yang terhidang tidak cukup 14 warna. Sabar jika juadah kurang daripada 7 jenis setiap hari. Dan kesabaran yang dilatih ini memberikan kesan jangka panjang terhadap sikap zuhud, qana'ah, redha dan syukur terhadap kehidupan seluruhnya di muka bumi.

4. Kita lebih terpelihara daripada dosa, kecil mahupun besar. Syaitan yang terkutuk dirantai pada bulan mulia ini. Maka pastilah sebarang dosa yang kita lakukan merupakan SAHAM MILIK PENUH kita sendiri. Jangan salahkan syaitan, iblis, anak syaitan, mak saudara syaitan mahupun kakak ipar syaitan jika kita membuat dosa. Itu diri kita sendiri. Itulah diri kita yang sebenar. maka malulah kita kepada Allah swt jika kita tidak mampu menahan diri melakukan kemaksiatan, walaupun berdetik hati rasa hasad, marah, sangka buruk dan benci kepada manusia yang lain. Malu kita, sahabat-sahabat sekalian, akan berterusan hingga ke hari Akhirat. Cuci hati, bersihkan aqal fikiran dan perangi ammarah kita sewajarnya.

Tidak sempat saya petik dan huraikan semuanya. Ramai lagi yang lebih berkelayakan membicarakan bab ini. Dan banyak lagi sumber yang lebih 'ashoh dalam menghuraikan kaedah penghayatan Ramadhan ini. Sekadar menunaikan tanggung jawab sesama muslim. Memperingatkan diri sendiri, melatih aqal agar lebih berhati-hati.

Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah, kita sedang merayakan ibadah Ramadhan yang indah. Namun hari ini tidak menjamin hari esok. Entahkan hidup, entahkan tidak. Bezanya antara kehidupan dan kematian hanyalah sekadar dua kerdipan mata. Kita kelipkan mata, ia terbuka kembali, maka tandanya masih kekal roh kita dalam jasad.

Kita kerdipkan lagi, dan tidak berupaya membukanya kembali, maka ketahuilah, janji Allah telah pun tiba. Masanya untuk kita menghadap munkar dan nakir, menyaksikan kebenaran catatan Raqib dan 'Atid, menerima tanpa boleh berundur lagi segala janji Allah.

Dan ingatlah juga, jarak antara dua kerdipan mata, sebenarnya tidak lebih daripada perpuluhan lima saat. Itulah pemisah kita, antara Ramadhan hari ini dan Ramadhan hari esok. Dunia dan alam barzakh. Taubat dan terlambat.

Ihya' Ramadhan al-Mubarak. Percayalah, Ramadhan akan membawa Ketenangan; menjanjikan Kemenangan. Asalkan dilakukan penuh Keimanan!

Wasalamullahi Alaikum.

Thursday, September 21, 2006

Ekor Pari!

Memetik ucapan pakcik saya, kata, korang yang baca blog ni sekarang memang bodoh piang!! .. ups, saya menyesal, tarik balik.. haa,, amacam??

Assalamualaikum semua,

bagi yang beragama Islam. Kalau ada yang beragama lain, khususnya Kristian, dan lebih khusus lagi, yang mengiya dan menyokong petikan transkrip sejarah, kata-kata dari Manuel oleh Pope tempoh hari, boleh jalan! Make sure pergi tengah jalan, biar steamroll pijak, senang sikit nak cincang. Takpun tikam dengan ekor pari.

Pengerusi OIC takperla, tarik balik dan menyesal pun kira dah memadai. Tak sampai seminggu pun marahnya. Tak mencabar langsung keperibadian macam nih...

Okay, ganas pulak bunyinya sari dua ni. Emosi sikit, maklumla anak bini takde kat tepi.. hehe hehe.. jgn silap usik, penampo yang dapat.. ups, sopan santun, sopan santun, (kata Rais Yatim)

Nih ha, nak tenangkan jiwa, hujung minggu lepas balik Perlis, malam ni balik lagi, pancit rasa, namun sebagai seorang bapa yang penyayang, dan suami yang berwibawa, berdedikasi dan berbudi pekerti, kenala balik juga.. heheh.

Hasilnya : nih nak share :

Malas nak edjast, buat sendiri la yer..

Gambar Ummu Nufayl, takyah la letak sini ek, bukannya ada sesapa rindu dia kan? Ke ada?? Cuba cakap lek lok sket... rindu camner... (tgh pegang ekor pari nih..)

Wassalam, jumpa lagi keluaran seterusnya.

Monday, September 11, 2006

Apa Dosa kami?

Ecceh, tajuk macam ma'sum je kitorang nih. Tapi biasa la tu, ada orang tanya, apa salah saya? Kemudian bila disenaraikan sampai sembilan belas muka surat setengah, dia kata pulak, itu semua fitnah semata-mata! Kan ke haru dibuatnya. Bila takde respon, dia kata, akulah mujtahid, mujahid dan like to hide pulak!. Adey..


Manusia tak lepas dari berbuat silap. Tugas kita adalah memaafkan seadanya. Baki yang lebih, serahlah pada Allah swt untuk lunaskan di akhirat kelak.


Sama la juga, kalau duit dicuri, ucapan yang paling baik di pihak kita ialah 'aku sedekahkan ajelah'. Di pihak beliau pula, kaedahnya mendapatkan dengan cara mencuri pasti akan didedahkan dan dihukum ALlah kelak. Itulah kaedah dapat pahala daripada bala yang menimpa. Senang kan? Lepas tu, kalau si pencuri tu naik motor, pastu terjatuh, then patah tangan + putus kaki, terburai perut, otak bersepai kena gelek pulak dengan steamroll, pastu kena hanyut masuk sungai Klang, kena makan buaya (ada buaya ke?), lantakla dia. Kita cakaplah, innalillahi wainna ilaihi raji'uun. Pastu tolong kebumikan dia. Kan mantap kesabaran kita tu.


Tapi kaedah ini orang yang betul-betul wara' akan berjaya praktikkan. Bagi orang awam, ada yang mampu, ada yang tak mampu. Terpulanglah, apa yang kita nak. Kepuasan akhirat atau duniawi. Peluang untuk dapat pahala sentiasa ada.


Berbalik pada tajuk. Gatal nak buat tajuk macam tu, bila ada satu post tempoh hari kena kacau. Bukak je blog, uiks, ada karakter bukan-bukan. Klik je, ada link ke page lain. Post tu bertajuk Apa Nak Pelik? . Ingat lagi kan. Haa, si penceroboh ni hebat kemahirannya. Masuk blog orang lain, konon nak hack la tu. Sibb baik suami pemilik blog ni pun terer jugak. Dapatla diselesaikan. Heheh... ups..


Pada yang berusaha bersungguh-sungguh tu, saya ucapkan terima kasih kerana bersama-sama syaitan laknatullah untuk menguji secebis iman hambaMu ni. Kalau tak ada ujian macam ni, macam mana kita nak gauge kesabaran kita kan? Apa yang dapat saya buat, cuma banyakkan istighfar di pihak kita dan juga ta'awudz. A'udzubillahi mina as-syaithooni ar-rajeem!


Itulah kita, bila dikritik rasa panas. Nak menjawab tak pandai. Nak bertumbuk, lembek. Gunalah cara yang lebih rendah tahap dayusnya jika betul-betul kita pakar dalam perjuangan.


Okay, masuk tajuk lain, saya dah maafkan orang itu, nak dapat pahala katakan. Moga diberikan petunjuk oleh Allah swt, beserta dengan sedikit keberanian, dan kuasa kelelakian.


Tempoh hari, dua minggu selepas kelahiran, Fatma Nuha berjaya digondolkan. Buat kali keduanya Abu Nufayl berjaya menggondolkan anak-anaknya (dulu Nufayl) Bila cukur kepala dua orang budak ni, harapan ketika Nufayl dulu ialah agar rambutnya lebat dan handsome fizikalnya, baik pekertinya. Tapi bila cukur si Nuha, terasa cabarannya agak lebih. Beberapa tahun akan datang, Nuha akan membesar sebagai muslimat. Yang mana tanggung jawab ibu dan bapanya teramatlah berat. Orang biasa seronok dapat anak perempuan, tapi mesti diingat, dugaannya lebih untuk membesarkan anak ini. Memastikannya berakhlaq, satu isu, memastikannya menutup aurat dengan sempurna, satu cabaran lain. Dan zaman yang bakal ditempuhi pun pasti penuh liku. Tengoklah, kecik-kecik lagi dia dah pandai guna blog.


Harapnya dapat jadi baik, kurang-kurang macam Ummu Nufayl. Ummu Nufayl tu baik orangnya. Berdedikasi. Bersopan santun. Berbudi bahasa. Cerdik. Berperwatakan solehah. Cuma kalut je sket. Dengan suka bawak barang banyak. Balik kampung 2 hari, bekal untuk sebulan setengah. Bayangkan masa balik berpantang hari tu??!! Terus boleh sewakan rumah kat KL, kosong. Heheh.. ambik kesempatan sket.. (Ummu Nufayl, ingat lagi tak cara nak dapat pahala mudah?? hihi) Ameen ya Robbal 'aalamin. Sambung lain. Sibuk BP... ;)


Wassalam

Monday, August 28, 2006

Salam Pertama dari Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Baca sampai habis ye...

Saya rasa gembira bersama pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian. Tengoklah pada gambar tu, semua gembira, saya pun suka... hihi..



Saya pohon tunjuk ajar atas segala perkara yang baik dan tegur-tegurlah jika ada yang tidak kena. Doakan saya, ibu bapa saya, abam Nufayl saya agar menjadi insan yang senantiasa di bawah naungan rahmat dan keampunan Allah Yang Maha Esa.
Moga kita ketemu lagi. Terasa keseronokan yang tidak terhingga untuk terus bersama atuk dan nenek semua. Saya yakin, sebagaimana saya dahulu, kita semua terikat pada satu janji utuh antara roh ini dan Allah swt untuk senantiasa berpegang teguh pada al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, tunjuk ajar para sahabat r.anhum, ulama dan mujtahidin.

Mari Membangun Bersama Islam. Allahu Akbar


Saya yang benar,

FATMA NUHA

nota nama :
temanya sama macam Aleef Nufayl ;
FATMA (fa, tha meem): nama untuk perempuan dan ambilan daripada Fatimah - nama sahabat (puteri Rasulullah SAW)

an-NUHA (alif lam nuun ha besar dan ya' (takde titik) ) : nama untuk perempuan bermaksud bijaksana, yang meluas pengetahuannya dan kearifannya

(* sori yek, saya guna ID abah hari ni sebab surat beranak baru dapat hari ni, tak sempat register, lagipun kalut nak nyusu nih)

Thursday, August 24, 2006

Kami Panjatkan Syukur kepada Illahi


Tepat 12.39 pagi, 27 Rejab 1427 hijrah, bersamaan 21 Ogos 2006, hanya Isra' Mi'raj menjadi peristiwa yang lebih besar bagi kami sekeluarga. Tutup segala media massa yang sibuk bicarakan majlis besar-besaran selebriti, kami sibuk dengan kehangatan kegembiraan dan keceriaan tersendiri. Hanya kedukaan umat Islam ditindas kuffar tanpa dibantu sesama muslim yang mampu membuatkan kami berasa sedih.

Lahir puteri kami pada waktu tersebut. Buat jadi teman putera kami, Aleef Nufayl, dan pelengkap kami, suami isteri.

Ummu Nufayl mula sakit, jam 3.25 - 3.55 petang, 20 Ogos 2006; tiba di hospital kira-kira jam 5.30 petang. Hinggalah 7 jam 39 minit selepas itu, proses kelahiran selesai.

Sudahpun discharge, akan berada di sini hingga 30 Ogos 2006, kemudiannya di Perlis sehingga hampir 'Eid al-Fitr, kembali ke sini untuk check-up.

Syukur Alhamdulillah. Moga nikmat yang ditambah menjadi pendorong kepada kami untuk meneruskan usaha da'wah di muka bumi Allah, bersama anak-anak bakal jundullah. Membanteras kemungkaran dan kedayusan yang berleluasa kini. Haa! .. Mesti kena tapis KDN ;)

Wassalam

Thursday, August 17, 2006

Ringkasan Sebulan?

Ringkasan Sebulan

Waduh ibu, bapa, sudah sebulan kutinggalkan laman ini. Sejak meletusnya perang Lebanon dan Israel, mood berkurang untuk update sebarang isu. Rakyat negara OooICeee katakan

ASIA BARAT

Baru tak sampai seribu ahli Hizbullah dikerah, itu macam hasilnya bila melawan puluhan ribu Yahudi laknatullah. Cuba kalau tentera kerajaan Lebanon, Iran dan Syria tumpang semangkuk. Lepas, tu last fire, kasila kat Malaysia, hantar tokoh pemuda kita tu, huhu. Cuma sayang sikit, kali ini perjuangan berlaku melalui penganut Syiah. Tidak apa, janji Allah pasti tiba.

Perangnya antara tentera sebuah KERAjaan, dengan gerila, Hizbullah. Betul kata bijak pandai bila tentera dan gerila bertembung, TENTERA akan tewas apabila mereka tidak berjaya memenangi sesuatu pertempuran dengan gerila. Manakala gerila hanya perlu untuk tidak tewas bagi diisytiharkan sebagai pemenang.

KOMEN : Cayalah!

MALAYSIA TIMUR DAN BARAT

Haa! Ni ada jugak gerilanya. Seorang bekas pemimpin dengan sekerat dua konco-konconya lancar perang dengan tentera kerajaan. Kelam kabut juga dibuatnya. Habis terkeluar, terdedah segala macam benda. Aparaa, cakap besar, tentera gerila sorang ni pun tak dapat nak handle. Jeneral tentera ni pun jenis pendiam dan pemalu dan bersopan santun, so, dihantarnyalah tentera GELIla-GELIlanya untuk berdepan.

Kuat juga lagi yer!! Heheh, yang gerila sorang ni pun satu, patut-patutnya pergi ajela ke masjid, jadi tok siak ke, tok bilal ke. Tak habis-habis.

KOMEN : Gilalah korang!

SEMENANJUNG MALAYSIA-TENGAH
Satu

Nak jadi hal, tertengok sorang wanita yang macam tak betul sepenuhnya masa kat luar mahkamah, menjerit-jerit nak buat sidang akhbar dan sebagainya. Tapi kan, dalam tak betulnya dia ni, berjuta ringgit juga ditipunya (mengikut pertuduhan)orang-orang terkenal, high-high level semuanya. Lagi satu kartun, depa ni betul ke high level? Ke, huhuh, lagi tak betul dari yang tak betul. Abang, akak, hati-hati ya! Sekarang banyak tukang sihir. Nak kaya cepat. So, mereka yang kaya, jangan la jadi miskin cepat, berpautlah pada jalan Allah, dan mohon perlindungannya.

KOMEN : Ada otak, pakai!

Dua
Sebut pasal hantu, hari tu, pegi jugak pameran Hantu, niat asalnya biasalah, seperti objektif program, memantapkan aqidah. Bawak Nufayl sekali masuk. Saja jer. Masuk pun waktu Maghrib. Hembus-hembus sikit si kecik tu, then kami masuk, dengan adik ipar. Ummu Nufayl tak masuk, takut kacau kandungan. Kononnya. Masuk kat dalam, jalan-jalan, best jugak boleh tengok memacam hantu ni. Ada jenglot, toyol, ikan duyung (hantu ke ke ni, ke makhluk halus ke ni?). Lepas tu jenguk la kat bilik yang katanya ada pocong. Nufayl rilek je. Tu kira cam satelit la tu. Kalau dia nampak, Abu Nufayl cabut la langkah seribu. Heheh. Wal-hasilnya, kami gembira di dalam. Nufayl pun GEMBIRA tengok hantu. Dia buat bunyi WARGH! ARGH! UUU! OOO!! Bila dah kuar, terasa betul la, makin mantap aqidah!??!! Syabas penganjur.

KOMEN : Manusia sekarang memang hantu pun.

SEMENANJUNG MALAYSIA - UTARA

Sebut pasal sihir, sekarang dah heboh seantero dunia, masa outstation ke negeri X Darul Ridzuan tempoh hari, katanya musim konvo penuntut ilmu santau, terdiri dari lebih kurang 25 perempuan/gadis, apa-apa ajelah dah tiba. So, macam biasalah, depa kena cari ‘mangsa’ dalam 100 orang untuk berjaya grad. Haa! Lagi satu hal, Nak makan pun susah, terutamanya kaum lelaki. Memangla kita kata apa kejadahnya buat benda tu, dari bunuh, baik ajak seratus lelaki tadi kahwin, seratus malam, ada jugak pekdahnya. Untuk makluman, sudah 7 orang meninggal sehingga hari ini. Memanglah ajal maut ditangan Tuhan, namun sedih bila asbabnya melalui penderhaka ajaran agama ini.

Membunuh dengan zalim dan tidak bersebab diharamkan ajaran agama. Maka begitu jualah sihir dan yang sewaktu dengannya. Katakan Tak Nak, pada sihir!

KOMEN : Nak tuntut ilmu, kena berguru, nak berguru, kena tuntut ilmu dulu!

SEMENANJUNG MALAYSIA - TIMUR

Perkampungan Hadhari nak masuk Kelantan. Jom kita ramai-ramai meriahkan. Kalau tak ketahuan, ramai-ramai kita bakar kampong tu. Hiburan tak apa. Maksiat ko jangan!

Apa ke namanya, Taman Budaya, kerajaan Pusat nak kasi kat negeri Kelantan. Kelantan kata, go heik (go ahead), tapi kena ada hak guna sama. Maksudnya, nak bubuh-bubuhlah apa-apa pun, tapi kerajaan negeri kena pantau. Karang jadi lubuk maksiat pulak. Kalau tak pun karang jadi gajah putih.

KOMEN : memang banyak gajah kat Malaysia ni. Monyet lagi banyak.

DALAM RUMAH SENDIRI :

Oyeh!, sikit masa lagi dapat adik nombor dua. Haa! Adik? Ye la, Nufayl panggil Abu Nufayl ABAM, so, dia tu kira adiklah kan??!!

Suami penyayang, eceh, eceh, mendoakan isteri yang dikasihi, agar selamat segalanya. Dan terima kasih atas segala pengorbanan.

KOMEN : Cantik juga bila perut memboyot. Tapi kalau laki macam tu, confirm kena reject!

ALAM MAYA
Akan ada pemantauan untuk laman-laman web, blog, dan seumpamanya bagi menapis kandungan-kandungan yang boleh mengancam keselamatan dan perpaduan nasional. Alamaks!! Boleh tuan cerita sikit tak criteria lanjut??? Takutnya.. Takutnya!

KOMEN : Takut pada Allah, Kasih Pada Rasul, Sayang Ibu Bapa, sedap kan lagu tu?

Salam Sayang buat semua.

Monday, August 14, 2006

Cerita di Akhir Waktu

Bernafas? Alhamdulillah masih!
Bersalin? Ohh..belum lagi!
Ramai bertanya, sementelah saya lama meninggalkan blog ini tidak dikemaskini.
Sebenarnya, minggu lepas seminggu tak dapat mengakses internet. Hadir kursus di MMC. Minggu sebelumnya, usah ditanya. Sebelum dapat kerehatan 2 bulan ini, ada saja arahan itu & ini daripada si BOSS yang terpaksa menerima kenyataan pembantunya ini akan bercuti lama. Semua disuruh update. Ini disuruh tukar dan itu disuruh tukar lagi.

Tapi, itulah kerja kan? Tugasan perlu juga disiapkan.
Di rumah? Ohoh…saya sudah seminggu mohon cuti ‘memasak’ awal daripada ‘Tuan Rumah’ (saya baru tahu istilah ini masa kursus minggu lepas. Suami – Tuan Rumah, Isteri – Orang Rumah). Nasib baiklah zauji sangat berkompromi. Mengandung kali ini memang saya agak lemah. Mungkin keadaan diri yang kurang sihat ketika mula mengandung membuatkan saya jadi fragile tika mengandung kali ini. Memang tika mengandung kali ini saya kurang memasak di rumah. 4 bulan pertama tak boleh langsung terhidu bau-bauan di dapur. Bau peti ais pun pantang. Kalau terhidu, alamatnya sepanjang hari terbaring sebab pening berpanjangan. Masa kandungan masuk bulan ke-4 dan seterusnya, dah boleh memasak. Excited jugak memasak. Tapi itu pun, seminggu dalam 2-3 kali jer masak. Selang-seli. Ikut ke’larat’an lah! Tak seaktif sebelum mengandung. Jadi, boleh dikatakan saya agak ‘manja’ tika mengandung kali ini. Waktu mengandung kali pertama dulu pun tak semanja ini. Ini, awal-awal lagi dah minta cuti masak, lagi 2 minggu drp tarikh jangkaan bersalin. Heh…ngelat ke tak ek?!

Memang terasa mengandung kali ini, sebab sepanjang 9 bulan ni asyik tak selera makan. Selalunya hanya 3 bulan pertama. Tapi, yang kurang selera makan ni berlanjutan hingga kini. Satu masa (dalam 2-3 minggu lepas), my O&G kata “Your baby don’t eat well becoz you don’t eat well. You have to take a lot of protein, high protein.” Masa tu, berat baby dalam kandungan, lebih kurang 2.1 kg. Sedihnya, Tuhan saja yang tahu. Taknaklah sampai efek pada baby! Tapi, lepas tu saya pun pulun la. Satay Kajang!!! Banyak protein kan tu? Makan protein ajer! Heheheh…

Alhamdulillah, seminggu lepas tu berat baby naik kepada 2.6 kg dan minggu lepas, berat baby dianggarkan 3.0 kg. Oklah tu. Yang penting normal & sihat. Taklah kecik sangatkan. Saya pun makin ‘feel good’ sekarang. Makan masih kurang selera. Tapi, sebab ‘cuti’ dah dipohon, bolehlah saya request makan di tempat-tempat yang saya ‘rasa nak makan’ dengan zauji. Hasilnya, saya dapatlah makan dengan kenyang setiap hari. :D
Best tul rasa!

Jumaat ini, hari terakhir saya di pejabat sebelum bercuti panjang – 2 bulan!Lepas itu, bolehlah saya rehat kat rumah. Walaupun tarikh jangkaan bersalinnya 24 Ogos. Saya dah boleh berehat seawal 19 Ogos sebab saya mohon cutinya awal 3 hari, 21 Ogos (Isnin). Untung sebab tarikh kembali bertugas lebih kurang sama. Kalau saya bercuti 24 Ogos (tepat tarikh jangkaan), saya kena memohon cuti rehat tahunan sehari sebelum raya 23 Oktober sebelum dapat sambung cuti raya. Tapi, kalau bercuti 21 Ogos, saya kena mohon cuti rehat tahunan 2 hari sebelum cuti raya. Lebih kurang sama lah! ;) Apa pun, BOSS dah restu kembali bertugas lepas raya.

Projek untuk 2nd pregnancy?
  1. Cross-stich

  2. Set cadar baby

Cross-stich dah mula seawal bulan ke-5, tapi dah lama terhenti. Ikut mood. Masa bulan ke-6 ke 8 memang tak sentuh langsung. Gaya nak sentuh balik, tiba-tiba datang mood menjahit pulak. Terhentilah semula, sebab gian nak menjahit projek ke-2.

Projek ke-2, bermula dengan beli mesin jahit pada 26 Jun, kemudian beli kain pada minggu seterusnya. Dan, terbantut sebab agenda yang tak henti setiap hujung minggu & tetamu tak putus di rumah kami. Malas nak keluarkan mesin jahit sebab ramai orang. Jadi, minggu lepas bila rumah pun dah kosong balik saya jadi ‘sedar diri’. Alamak! Dah minggu ke-37, set cadar belum siap. Baru potong jer. Kena habiskan jugak, kalau tidak malu kat famili. Sibuk beli mesin jahit tapi nanti sampai bersalin tak ada hasil! (Malu terutama kat mentua lah…heheheh).

Alhamdulillah! Pulun dalam 3 hari, siaplah item akhir tu semalam. Bukan senang nak buat tu. Payah sebab budak kecik yang sorang tu. Cabaran Aleef Nufayl yang sangat jeles kalau Umminya menjahit. Dia pun sibuk nak tolong sama. Kadang-kadang tu, saja buat macam-macam kelakuan, sampai Ummi tak boleh fokus. Paling lucu, bila Ummi tekan pedal kaki..dia sama terangguk-angguk tiru jarum yang ke-atas-bawah & mulutnya berbunyi macam mesin jahit. Sampai tahap tu dia kaco Ummi. Kalau Ummi habis menjahit, dia pulaklah yang sibuk naik atas kerusi dan konon-konon menjahit tu.

So, alhamdulillah projek ke-2 dah siap. Nak sambung kembali projek pertama. Alamak, momentum dah ilang la. Errrmmm..baca novel pun best gak ni!

~~~
Ummu Nufayl
Minggu ke-38

Monday, July 31, 2006

Bila Mereka Bermain

Gambar-gambar kat Pangsun...as requested by Aini. Seronok tengok anak-anak main la (kan Aida). Umminya tak join dah aktiviti lasak. Mengah & sendat rasanya dgn usia kandungan yang mencapai 35 minggu (masa tu) ;)

Ni lah antara gambar yang sempat Ummu Nufayl tangkap :

Ummu Nufayl, Nufayl & Auntie Ika yang comel


Nufayl & Fawwaz dok ngorat Afiq yang menyusur nak main sama



Muhammad ajak Nufayl main senapang.


Nufayl main bola dengan Abah. Cepat kejar bola!


More pictures @ my fotopages

Friday, July 28, 2006

Dunia Sudah Gila!


Dunia sudah gila!
Condoleezza Rice jadi utusan, oh bukan utusan pengamanan. Tapi utusan bawa perang. Perang lebih ganas.

Apa sudah jadi?
Apa justifikasi mereka bertindak sebegitu?
Yang ganasnya siapa?
Yang jadi mangsanya siapa?
Kenapa yang menyerang dikatakan mempertahankan diri?
Sedang yang diserang, terpaksa berlawan yang benteng tubuh dan peluru alam.
Hasilnya, seorang demi seorang jadi anak yatim tiap saat.
Dan kanak-kanak tiada lagi tempat mengadu.
Lantas, mereka juga antara yang jadi tujuan.
Sasaran kekejaman atas nama keadilan.



BAYI malang, Shahd Okal, (gambar kiri) lapan bulan terbunuh bersama kakaknya, Maria Okal, 5, (gambar kanan)
apabila sebuah kereta kebal Israel menggempur rumah mereka di utara Gaza, kelmarin. – Gambar AFP/Reuters.


Israel memang gila.
Dendamnya pada Islam sudah panjang berjela.
Dijelajah Lubnan dengan bongkak di dada
Di Gaza terus mereka bermaharajalela
Dan pejuang Islam terus dilabel ganas.
Kerana mereka bertindak balas.

Hukum dunia sudah terbalik!
Kerana dunia di tangan mereka.
Apa diharap pada si kafir laknatullah begitu?!

Tuhan,
Apa harus kami lakukan?
Senjata do’a saja setakat ini. Atau adakah ruang kami membuktikan,
Islam itu saudara di mana sahaja?


~~~~
Hati kacau,
Ummu Nufayl
3 Rejab 1427 h
28 Julai 2006 m

Monday, July 24, 2006

Kian Hampir

Detiknya kurasakan kian dekat. 4 hari lagi, cukuplah usianya 36 minggu. Bermula detik itu, apa saja boleh berlaku demi menambah ummat Rasul junjungan di muka bumi Allah ini. Demi melahirkan seorang lagi khalifatullah ke dunia fana’ ini. Hitungnya bermula detik itu. Mungkin saatnya akan tiba seawal 36 minggu, atau selewat-lewatnya selepas 40 minggu. Do’aku, biarlah dia cukup matang di dalam alam rahimnya, sebelum menjengah alam dunia ini.

Jika diikutkan jadual Allah untuk anak pertama dahulu, lewat dua hari daripada perancangan manusia. Yang kali ini, berserahlah. Tapi, sebagai manusia yang lemah lebih baik kita buat persediaan awal.
  • Bahagikan tugas di pejabat.

  • Susun dokumentasi & siapkan back-up plan untuk kakitangan yang ‘cover’ tugas kita

  • Sediakan barangan asas bayi & ibu dlm kereta (patut, masa 7 bulan dulu dah sedia. Tapi, kali ni ralit la).

  • Re-assemble b. pump, Avent ISIS. Ada 3 item yang perlu diganti. Yang plastik tu la! Mana nak cari ek? Ada di kaunter Avent. Nantilah, minggu depan baru ada masa untuk mencari kot.

Di pejabat, hari ini rasa sangat panjang. Hati ingin saja pulang. Output? Mestilah ada! Takkan duduk bual kosong saja. Takkan nak makan gaji buta.

Ermm..bilalah masanya akan tiba? Penamat penantian panjang ini? Suka atau duka?

KepadaNYA saja kita melunas pasrah.
KepadaNYA saja kita menghulur minta.


Tuhan, makbulkanlah do’a. Percepat & selamatkanlah segalanya.

Ameen.


Wednesday, July 19, 2006

Great Vacation

Yes! The 2 days vacation to Pangsun is great. Like what Miss Shima said, "berendam dalam anak sungai tu rasa macam spa". I too - feel so clean after that. Huh! Menyesal tak berendam seluruh badan. Sekadar main air & duduk bersembang dalam sungai tu. Tapi, rasa terbanglah seluruh letih & penat.

Yang seronoknya yang lain, tengok budak-budak main la. Main bola, main bawah meja. Sampai terhantuk kepala kat meja tu pun, Nufayl wat tatau jek. Tengok dia macam tak sakit, Umminya takder la nak gi gosok-gosok. Kang kacau depa main pulak.

Nufayl suka betul berkawan dengan Muhammad & Amir. Juga Fawwaz & Afiq. Afiq tak sabar betul nak berjalan. Kalau dah jalan nanti, baru boleh main lari-lari cam abang-abang ni ek! Ikmal pulak kecik lagi. Nufayl usap kepala & panggil 'adik' je (tu time Ummi dia riba Ikmal la). Dan bahasakan semua orang sebagai 'abam'. Last sekali baru dia tunjuk diri dia tu 'abam' Tapi Amni & Sirah, Nufayl tak kaco. Anak dara orang tu! Amni pun gadis ayu sungguh. Mandi sungai pun tanak...heh heh.

Pagi Ahad, Nufayl taknak bangun pagi. Letih agaknya…malam tu dia berjaga sampai jam 1 am dan tak boleh tidur tengah malam pulak. Ngigau kot. Tapi, Umminya taknak terlepas tengok Abu Nufayl & yang lain bersukaneka. Jadi, Ummi dok kejut Nufayl. Dia taknak bangun sampailah Ummu Nufayl kata,
"Nufayl, jom la. Kawan-kawan Nufayl semua ada kat luar tu. Depa tengah main. Nufayl kan semalam suka main dengan kawan-kawan tu."

Dalam merengeknya dia, dia turun katil & menuju ke balkoni. Siap ngintai apa orang buat kat luar tu! Lepas tu, mudahlah kerja Ummu Nufayl. Mandikan & siapkan dia. Bila dah siap, dia tak sabar-sabar lagi berjalan ke arah lapangan tu & ok, Nufayl bersedia untuk main!

Balik drp Pangsun, Abu Nufayl terus ke Taiping. Sekadar berhenti mengambil barangan 10 minit. Nufayl pula yang tertidur dalam perjalanan pulang, terjaga. Say bye to Abah! Dua hari kemudian baru jumpa balik. Erm..sedihnya. Tadi, beramai-ramai di Pangsun. Ni dah berdua dengan anak saja. Rasa sunyi sangat. Entah mengapa! Tak apalah, cempedak dan manggis tu banyak untuk di'lantak'. Eh...upsss! Errr...makan sikit-sikitlah! :)

Friday, June 30, 2006

TARIKH-TARIKH PENTING (SEKITAR JUN/JULAI)

1. Tukar skin blog FitrahZH - 23 Jun 2006

2. Besday Umi - 24 Jun 2006

3. Beli Mesin Jahit Idaman Hati (model 2808, SINGER) - 26 Jun 2006

4. Adik Nufayl dalam perut ni dah masuk 8 bulan! - 28 Jun 2006

5. Besday Mama Tersayang - 1 Julai 2006

6. Cu, Paklang & the kids sampai drp Arab Saudi - 1 Julai 2006


Catatan :
- Besynya esok nak gi sambut Cu, Paklang & sepupu-sepupuku di KLIA dengan Dik Id & Ayeh (adik-adik).

- Esok jugak nak tengok reaksi Mama bila dapat bunga drp anak-anak yang dengan jahatnya semua kat KL pd 1 Julai tu...sian Mama...huhu.

- Tak sabar jugak nak pi cari kain untuk projek-projek jahitan yang dah disenarai-pendekkan. Kat KAMDAR ada kain murah-murah, yang tak cukup meter la. Ok la tu, utk buat projek kecil-kecilan kan.

- Projek apa? Tunggu lah!

- Ada orang tanya, Ummu Nufayl pandai menjahit ke? Pandai tu taklah, buleh la sikit-sikit. Kan ke ambil ERT dalam subjek KH masa sekolah dulu kan? Nak buat baju utk orang dewasa, kenalah berguru balik. Tak simpan skill tu. Kalau sikit-sikit macam bantal baby ke, sarung kusyen ke, langsir (yg lurus la) ke...buleh la kot.

- Tapi, Ummu Nufayl ada hati nak buat jubah sendiri. Senang sikit, sebab beli kain boleh terus buat. Tak payahlah hantar ke Perlis utk tempah jubah. Ni kena berguru dengan Ummu Anas ni! Bila ek nak buat kelas?

la..la..la!

MENCARI SAKINAH

Catatan tertangguh, 28 Jun.

Hari ini Rabu, 28 Jun, dalam perjalanan ke MMC, hari masih berbaur-baur pelbagai perasaan. Ada rasa yang tak seronok, ada rasa berat yang sangat dan ada rasa kosong. Hambar.

Semalam, ada sesuatu yang berlaku. Yang sungguh menjerat rasaku. Kesabaranku selama ini telah sampai ke hujungnya. Pencarianku mencari ikhlas dalam setiap tugas, aku rasa cukuplah saja di sini.

Airmataku mengalir tika dalam bilik kuliah di MMC. Aku tahan rasa, cuba mengail kembali kosentrasi di bilik kuliah. Marah, geram, kecewa...aku kongsi bersama yang berjanji untuk berkongsi hidup. Aku terlajak mengeluarkan kata-kata carut kepada yang dimarahi. "Kafir laknat!" Terlalu marah aku tika itu. Sejurus kemudian, baru teringat untuk istighfar, mohon ampun daripadaNYA atas keterlanjurandan mohon juga ampun jika ujian ini tanda ada salahku padaNYA. Kata zauji, sekesat mana kata kita pada dia pun, tak dapat menyelesaikan masalah. Benar juga ya! Hati mula menapis rasuk syaitan yang bergema.

Petang, lantaran sesi kursus yang diakhiri awal di MMC, aku ke pejabat zauji. Di sana, air mataku mengalir lagi. Sukar berhenti, apabila dirasakan yang memahami ada di sisi. Aku cuba menenangkan diri dan memancing toleransi dalam diri. Akhirnya, api dalam hatiku bagai disimbah air apabila zauji menutur kata lembut, "Bersabarlah, dapat juga pahala."

Aku diam. Bukan mudah melawan rasa yang sedang menggelojak. Bukan senang membunuh bara yang sedang membahang.

Aku cuba menyusur fahmi dalam diri. Menyubur iman dalam jiwa. Agar katanya dapat mengubah gejolak rasa dalam jiwaku agar lebih tenang.
Teringat aku, bukankah Rasulullah juga bersabar apabila dilempar najis tika sedang mengerjakan solat & lalu di bawah rumah si kafir. Jauh benar rasanya, jika cabaran sebegini pun aku tak dapat menahan sabar. Lemahnya iman ini.

Malam, ada masa rehat memandangkan zauji bermurah hati membenarkan sajian pasar malam jadi juadah di malam hari. Usai solat Maghrib, kami duduk dalam halaqah kecil (berdua, sesekali ditemani Nufayl yang lebih sibuk bermain). Madahnya : Menunaikan Amanat & Menjauhi Khianat, daripada Kitab 'Khuluqul Muslim' karangan Muhammad al-Ghazali. Bermula dengan skop amanah secara umum, perlahan-lahan perbicangan masuk kepada isu kerjaya.

Hatiku memang tidak dapat membendung rasa yang berkecamuk dan berat ini. Satu per satu pengisian/hujah yang disampaikan oleh zauji membuatkan hatiku meluahkan rasa melalui air mata. Daripada Maghrib ke 'Isya' ...tanpa henti aku lempias segalanya dalam tangisan yang panjang.

Kenapa?

Banyak isunya yang tidak dapat dijelaskan satu per satu dalam tulisanku di sini. Selama ini pun, berat yang kutanggung selalu kukongsi bersama zauji. Sekali-sekala bersama sahabat seperti Siti. Jarang sekali kutulis tentangnya di blog ini, kerana aku mahu lari daripada dunia kerja yang meletihkan dan menyerabutkan. Aku lebih gemar berkongsi tentang anak dan perkara yang menggembirakan.

Biar apa pun, doaku :

Moga Allah tunjukkan kepada kami (aku & zauji) jalan keluar walau yang tidak pernah kami fikirkan selama ini. Berikanlah sakinah dalam hidup yang fana' ini. Berikan kepuasan dalam diri dalam setiap perkara yang dilakukan, kerana kita hamba Allah yang ditugaskan sebagai khalifah. Masih jauh perjalanan. Sungguh berat amanah ini. Aku pohon sakinah dan jauhkanlah kesempitan rasa serta tekanan jiwa. Aku mahu menjadi insan yang besar jiwanya dalam melaksanakan amanah yang diberikan ini. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada qahril rijal.

Aku ingin fana' dunia ini diisi dengan jariah yang dilakukan dengan ikhlas & tenang. Kerana hidup ini sementara. Kerana kesementaraan ini hanya pinjamanNYA yang sebentar. Qabulkanlah Ya Allah.


Aku mengusap sisa-sisa air mata yang bertakung di pipi. Nufayl pun datang, merenung Ummi yang masih berkaca matanya. Dia mencium pipiku, dan tersenyum. Aku dapat merasakan sakinah yang kuhajati. Dia anak tanpa secalit dosa. Itu antara amanah besar hidup di dunia.


~~~~
Ummu Nufayl
Mencari ketenangan abadi.
~30 Jun 2006~

Tuesday, June 27, 2006

Special Announcement

Special Announcement!

Ummu Nufayl dah mula menjahit semalam kat umah… huhs…

Wednesday, June 21, 2006

MESIN JAHIT! OH MESIN JAHIT!

Semenjak-dua menjak nih…rasa nak memiliki sebuah mesin jahit melonjak-lonjak. Entah mengapa! Mesin jahitku di Perlis, tak sampai hati pula nak bawa ke KL. Kasihan pada Mama. Biarlah dia yang pakai mesin jahit tu, walaupun tu hadiahnya untuk aku masa aku di Tingkatan 3 dulu. Dah dekat 10 tahun dah. Banyak jugak jasanya. Projek PMR, belajar buat baju kurung dgn Cu, dan tak lupa kain langsir yang digunakan masa kenduri kawin aku pun...yang aku buat masa lepas habis degree dgn mesin tu jugaklah. Tapi, bukan langsir dlm bilik pengantin aaa. Yang tu, Mama buat baru...aku tak dan nak tolong jahitkan.

Aku pun, masa balik kampung, tak sempat nak menjahit. Banyak sangat agendanya. Kadang-kadang, bawak balik kain nak dijahit...sampai last day di kampung. Kain tetap tak berjahit jugak. Banyak sangat agendanya. Yang sempat, kadang-kadang Mama suruh betulkan mesin tu kalau dia ada masalah. heheh...nak tangan tuannya jugak!

Sekarang ni, rasa nak beli mesin jahit baru. Hari tu, ada tawaran di Pasaraya Checkers. Mesin jahit Raleigh RM 798 (model terkini dengan tap kaki elektrik) termasuk mesin jahit tepi. Harga asal >RM1K. Ingatkan dah murah. Tapi, hari ini bila surfing thru….baru tahu ada tawaran jenama yang sama RM 180 dsb. Gilos!

kat Makro pulak,semalam tengok ada mesin auto jenama Raleigh ni, harganya RM234. Tak sure pulak, sama dgn yang harga RM 798 tu ke tak.

Jenama Raleigh ni, memang terkenal sama dengan Singer zaman mesin jahit tangan (warna hitam) dulu tu! Tapi, model baru ini…kualitinya ok tak? Sapa pernah guna aaa?! Komen pleaseeee!

Hati memang dah terikat dengan Singer. Kat umah Perlis pun guna Singer. Bagus servisnya. Senang, call jer. Dalam website Singer , ada model baru (2808) harga RM 695 dgn 8 stich paterns. Model 5805C pula ada 5 stich paterns, harganya RM 795.Yang 32 stich paterns, harganya RM 995. Itu model 2732.
Semuanya yang di bawah RM 1K lah. Yang mahal lagi, berlambak. Features pun ganas-ganas. Tapi, tak apa lah. Yang penting perkara asas menjahit tu ada. Advance feature kang tak terguna pulak!

Details Mesin Jahit Model Singer :

1. Model 2808

· Portable Sewing Machine· Manual Button Hole for clothing, accessories, bed linen, cushions and much more· Up to 5mm stitch length· Top Drop-In Bobbin System· Easy Flat Bed / Free Arm Conversion· Electronic Foot Control· Reverse Sewing

Prices: RM 695 (WM) RM 715 (EM)


2. Model 5805C
· Portable Sewing Machine· 5 practical common design stitch patterns· 4-step Button Hole with Stitch Balance Control· Free Arm Sewing to sew sleeves, cuffs & hard-to-reach areas· 6mm Stitch Width for embroidery sewing of large motif made easier· Reverse Control to enable reverse sewing with ease & speed· Thread Cutter


Prices: RM 795 (WM) RM 815 (EM)

3. Model 2732
· Portable sewing machine· Built-in 32 stitch patterns· 4-Step buttonholer with stitch balance control· Stitch Patterns Selection - sliding lever to easily select stitch patterns· Top Drop Bobbin· Free Arm Sewing with removable U-shaped cloth plate· Horizontal Spool Pin· Replaceable Cam Stack for more stitch patterns· Snap on Presser Foot· Drop Feed Control for easy switching from ordinary sewing to free hand embroidery· Automatic Needle Threader· Auto Declutch for Bobbin Winding· Built-in Accessory


Prices: RM 995 (WM) RM 1,015 (EM)


Errmmm.… Yang mana satu ek! Singer ke Raleigh? Atau ada pilihan lain?
Pk! Pk!

p/s: tak sabar nak buat baju utk anak-anak. Dan boleh jugak buat baju untuk diri sendiri. Yang mudah2 la! ;)



~~~
Catatan,
Ummu Nufayl yang tak sabar menunggu Adik Nufayl

Friday, June 16, 2006

TOP TEN! TOP TEN!

Research by SkillSoft based on recent Gartner report :


TOP TEN STRESSFUL PROFESSIONS

IT
Medicine / CaringProfession
Engineering
Sales and Marketing
Education
Finance
Human Resources
Operations
Production
Clerical

TOP TEN WORK STRESSES
Workload
Feeling undervalued
Deadlines
Type of work people have to do
Having to take on other people's work
Lack of job satisfaction
Lack of control over the working day
Having to work long hours
Frustration with the working environment
Targets

TOP TEN COLLEAGUE IRRITATIONS
Seeing others not pulling their weight
Managers changing their minds about what they want doing
Lack of support from managers
Pressure from managers
Feeling put-upon by managers
Interruptions by colleagues
Interruptions by managers
Bullying behavior by managers
Lack of support from colleagues
Bullying behavior by colleagues

Hahs... THESE THREE TOP TEN findings are indeed interesting!!

Me, wondering ; how if the same research includes Mufti and Ulama of Malaysia in there. Surely, they will champion in stress profession, work stress and being irritated and cantankerous by half minded umara’ and quarter to go minded public who’re likely to make an emotional comments on syari’e issues… huhs.. until next updates!!

Abu Nufayl

Thursday, June 01, 2006

Emotions @ Work ....

Just finish my study for the next training session.. heheh..

Many of us emo at work. Either your work make you emo, or you yourself was born to be hyper emo person.. below statements work for me...

Even it is seems can make you look 'huru-hara' Emotions at work is OK.

It's actually the 'Hidden Dynamics' - (Faith Ralston) which is prohibited in traditional 'rational' world of business but not now.. :)..

Bcoz :
1. Emotional needs always express themselves one way or another
2. Anger is an expression of need
3. Sad + Stress are expressions of comitted
4. Calm is an expression of getting into the right rail, finally, even it doesnt guaranteed lasting forever.. Maybe just for 5 min/day.. :)

Actually,
1. Emotions are the gateway to vitality and feeling alive
2. Using the right way express our emo, we can still save face

My advise,
1. We must clarify (not exactly fulfil, but clarify) individual needs b4 solving probs with others/work
2.Other than negative feeling, express also our positive and lively feeling in accordance to the situation and environment..
3. Don't over emo, however.. it'll kills your thiqah, and others to you!!..

Salams.. overposting karang..

Dah 7 bulan!

Eh! Ummu Nufayl baru perasan. Semalam tulis 28 minggu. Maknanya, kandungan Ummu Nufayl dah masuk 7 bulan dah pada 31 Mei 2006 (semalam). Sekejapnya rasa!

Lagi 12 minggu. Lebih kurang 3 bulan lagi. Tak sabarnya. Tengok-tengok adik Nufayl jadi anak Merdeka...ekekek.

Wednesday, May 31, 2006

I Love You...I Too!

Lama betul tak mencoret di sini.
Macam-macam rasa. Macam-macam jadi.

Dari sakit mata (Nufayl & Ummi) ke demam selesema & batuk (3 beranak). Dari demam (Nufayl) ke HFMD (Nufayl). Dari wad ke Perlis. Dari Perlis ke KL. Dari tak krem jadi krem...ni sah-sahla Ummu Nufayl yg kena (heh...pelik betul krem kat paru-paru nih).

Kisah tak pernah berhenti.
Ujian tak pernah putus. Tanda Allah sayang, kata zauji.
Tapi, dalam banyak-banyak ujian...yang saya tak tahan batuk ni. Dulu masa mengandungkan Nufayl pun ada batuk-batuk jugak. Masa ni lah, dlm 6-7 bulan. Saya dah letih dah batuk.
Dalam 2001-2002 dulu, 9 bulan saya batuk. Sampai doc ingatkan saya ada athma. Makan ubat athma, jadi benda lain. Menggeletar satu badan. Letih tapi tak boleh tidur sampai >24 jam.
Dulu takpalah, tak mengandung. Tapi, bila mengandung ni...sakitnya lain. Pinggang. Atas perut. Perut. Tekak. Dada.
Itulah nikmat, kata Dik Id (adik saya yg ke-2).
Betul juga. Banyak pahalanya.
Biar apa pun. Doa saya, cepatlah sembuh. Saya cukup lelah dengan batuk ni.

Nufayl, Alhamdulillah dah sembuh drp HFMD. Waktu tu, Nufayl baru seminggu sembuh daripada demam selesema. Kemudian demam lagi. Tinggi! Dan, badannya habis naik ruam (terutama tangan & kaki lah). Mulutnya sakit (naik blister/pecah mulut) sampai tak dapat hisap susu dan minum lagi. Mula-mula ingatkan demam campak. Risau! Tengok ruam lain macam. Bawa ke hospital. Sah bukan Campak! Rupanya virus Coxsakie (mana la dia kutip virus tu! ;) ).

Ummu Nufayl baca dlm internet. Katanya HFMD kalau kena...hanya mild fever. Tapi demam Nufayl naik mencanak-canak. Sampai 39.8 darjah! Nasib baik Nufayl kuat. Masuk saja supp dalam badan, tak usah dipujuk-pujuk untuk tidur. Terus bangun dan ajak Ummi & Abah main. Turun sikit demam dia aktif macam biasa. Itulah yang hilangkan kerisauan Ummi & Abah. Demamnya kalau 38 darjah, macam tak demam bagi Nufayl. Bergelut nak 'jelum' kepala Nufayl. Nufayl tak bagi. Aduh! Aduh!

Nufayl kena tahan kat wad pun mungkin sebab demamnya lebih 38 darjah. Itu polisi doktor katanya...untuk bayi bawah 3 tahun yang kena HFMD. Dalam dua hari ruamnya kering dan mula mengelupas. Semuanya. Tapi, yang cepat bersalin kulit mestilah di dada & belakang badan. Tangan & kaki tu mengelupas, tapi jari Nufayl pun cepat juga. Cepat tarik kulit tu. Alamatnya, tak cukup keringlah dan terpaksa menunggu lagi untuk biar parut tu sembuh.

Tapi, Nufayl dah selamat drp virus tu. Doktor kata 2 hari lagi Nufayl dah boleh main dengan kawan-kawan dia. Kesian Nufayl, dah dekat dua minggu kami asingkan dia daripada orang. Takut berjangkit. Asyik tengok muka Ummi dan Abah saja. Balik kampung pun, Nufayl tak dpt main dgn kawan Nufayl.

Akibatnya penangan tu lah, pagi tadi meraung dia tak nak lepaskan Ummi & Abah pergi kerja.
Lama sangat kot spent time dengan dia. Dia mungkin ingat, kita dah nak bagi full attention kat dia. Takyah berpisah 7.30-7.00 dah!

Tapi, sejak demam (baca: demam selesema) dan bersambung dengan HFMD, perangai Nufayl berubah sikit.
1. Dia dah manja balik dengan Ummi dia (sbl ni, dia sangat manja dengan Abah - sejak Ummi mengandung lagi).

2. Dia tidur sangat lewat. Entah dari mana tenaga dia. Jam 12 malam ke atas, dia akan mula 'study'. Apa dia buat? Waktu tu lah, dia akan ambil segala buku-buku dia, poster pendidikan yg mana ada, flash card etc...dan panggil Abah/Ummi ("Up! Up! Up!", katanya).
Ajak belajar tengah-tengah malam.
Dia sangat suka dengan kucing (nyaum-patutnya miaw tapi Nufayl bunyi nyaum. Bukan bunyi harimau sebab bunyinya lembut sangat), budak lelaki (abam-abang), budak perempuan (tatak-kakak), biskut (kek), kek (pun 'kek' gak...kadang-kadang ditambah perisa 'dap' - sedap), anak patung (atung), teddy bear (bear), jaket hitam (aaajuu itam), ayam (yam).
Dah banyak perkataan Nufayl dapat dalam 3 minggu ni. Ni lah hasilnya kalau rajin study kan Nufayl kan! :)
Buku first words & alphabet kat umah tu Nufayl dah habis study. Sian dia takut dia bosan. So, Abu Nufayl kata...kenalah beli buku baru, walaupun ada lagi perkataan susah-susah yang dia belum dapat.
:)
Sekarang, habis majalah Ummi & Abah dia explore. Errr...jangan koyak Nufayl yer!

3. Nufayl memang dah sebut Ummi daripada umur dia setahun lagi. Tapi, sejak di wad hari tu...dia dah selalu sebut Ummi. Sebelum ini, takyah disuruh-suruh dia akan panggil Ummi as Abah gak. Malas la tu! Tapi, sejak 22 Mei...dia panggil Ummi.

4. Ummi pulak suka sebut "I love you" kat Nufayl. Sebelum ni, dia cium saja. Sekarang dia dah pandai menjawab. Katanya, "I too". Tu kalau rajinla. Kalau Nufayl tengah malas, dia reply "Too" saja. :) Ummi pasti Nufayl faham maksudnya kan? Sebelum ni, hanya dengan Ummi. Tapi sekarang, dia dah pandai request drp Abah dia pulak. Dia akan kata, "I too". Selagi Abahnya tak reply "I love you", selagi itulah "I too" di mulutnya. Ohohooo...demand ya!

5. Nufayl memang suka bagi flying kiss kat Ummi & Abah masa kami nak pi kerja, slp hantar dia kat babysitter. Tapi sekarang...Abah & Nufayl siap ada :
-set, gimme five & muahs-
lagi. Pastu ajak Ummi buat pulak.
Lepas buat tu, dia ambil tangan dan cium tangan Ummi/Abah. Aduh anak. Tunjuk kasih-sayang...macam-macam caranya ya!

6. Cerita Nufayl berdoa & solat pernah diceritakan di sini. Tapi, masa nak balik Perlis hari tu, ada sesuatu yang lucu berlaku. Selalunya, bila Ummi ajak Nufayl baca doa, Nufayl akan angkat tangan dan ameen bersama-sama. Tapi, lepas baca doa perjalanan & naik kenderaan masa nak berangkat ke Perlis hari tu. Tiba-tiba, mulut Nufayl yg coceh-coceh tu...menceceh entah apa..dan tiba-tiba ameen! Eh...dia berdoa ke? Ummi tak perasan dia angkat tangan. Lepas tu, dia angkat lagi. Doa lagi (dalam bahasa dia sendiri). Panjang! Adusss...apala doanya tu?! Lama. Pastu, baru ameen. Ada la 3 kali dia doa kot. Agaknya, doa supaya selamat dlm perjalanan ya!
Sampai sekarang, slp kita ajak dia baca doa. Dia sambung doa dia sendiri. Pastu baru ameen.

7. Lastly, tataulah Nufayl kena penangan World Cup juga ke atau apa. Macam belajar jugak. Start 12 tengah malam dia akan, "Up! Up! Up! Tum!" (baca : Bangun! 3x Jom!). Tarikh tangan Abah, dan mula baling bola. Cukup suka main bola dengan Abah dia. Sampaikan match Myteam vs Pasukan Muda Malaysia pun dia tunggu sampai habis (dgn Abah & Ummi). Tersenyum-senyum dia tengok Ummi menjerit bila gol. Upss...Ummu Nufayl memang tak boleh tengok bola. Apa-apa match pun emo sketlah. heheh.


Heheh...macam-macam pasal Nufayl. Memang banyak cerita tentang dia.
Tak habis menulis sampai jam 8 pulak nanti. Cabaran terbaru. Nak kena betulkan balik jadual Nufayl. Supaya tidur awal (& tak bangun jam 12 tgh mlm)...dan bangun awal. Semoga berjaya!


Ummu Nufayl bukan apa. Sekarang ini, mood menulis di blog amat kurang. Memang sibuk. Amat! Memang tak cukup tangan. Sangat! Memang kurang sihat. Mungkin mood tu tak berkembang di situ. Ada cerita pun malas nak menulis. Ada yang di minda pun tak terluah. Isu yang nak diketengahkan pun, akhirnya basi dalam minda. Ni lah penyakit namanya! :)

Alih-alih, cerita Nufayl la yg mudah dan pantas untuk dikongsi bersama.

Nasib baik ada Abu Nufayl. Seimbang jugak FITRAHZH nih. Taklah cerita Nufayl semuanya ;).




~~~
Ummu Nufayl
~dalam Minggu ke-28, menghitung 85 hari untuk Perjuangan Kedua~
3 Jamadil Awal 1427h
31 Mei 2006m

Thursday, May 25, 2006

Nikah Mesyar / Nikah Misyar ??

Sebutan aje… bendanya sama.

Wahh… Terpaku sejenak bila membaca perihal ini hari ini. Fenomena tsumawi berada di pertengahan umur, fenomena nikah misyar pula menapak di Malaysia. Menarik cerita ini. Pasti ramai suami akan membelek kembali kitab-kitab fiqh muktabar untuk mendalami ilmu ini. Sekurang-kurangnya untuk memberikan usrah ringkas kepada para isteri berkaitan bab ini – biarpun dah bertahun tiada usrah –

Bagaimana ya hendak dilaksanakan. Sebelum keretapi bergerak, lokomotif perlu digerakkan dulu. Bila dengar namanya dan maksudnya, agak meragukan. Syiahkah? Orientaliskah? Wahabikah? Orang boleh berdebat tentang itu, namun dalam Islam,

“dalam kebanyakkan kontrak, apa yang menjadi persoalan dan pertikaian adalah motif dan maksudnya, bukan struktur dan perkataan yang digunakan” al-Qardhawi..

Penulis suka menasihatkan agar kita tidak membuat sebarang komentar peribadi terhadap isu ini ; mengikut emosi sendiri kerana ilmu Islam terlalu luas. Jangan sampai kita menghalalkan yang haram mahupun mengharamkan yang halal akibat ulasan cetek kita.

Perkahwinan Misyar sudah agak lama berlaku dalam masyarakat Arab. Cuma bila ia menjadi fenomena kita tidak pasti. Namun, di Arab Saudi ia sudah pun dibolehkan melalui fatwa Sheikh Abdel Aziz bin Baz dan di Mesir oleh Imam Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi pada 1999.

Perkahwinan ‘kembara’ ini tidaklah jauh bezanya dengan perkahwinan biasa. Tetapi ia sama sekali berbeza. Pusing bukan? Kenapa tidak berbeza, ia masih lagi memerlukan suami dan isteri. Ia masih memerlukan penyempurnaan rukun dan syarat. Ia masih lagi berlandaskan perundangan Sunnah wal-Jamaah. Tidak ada nas yang menegahnya.

Kenapa ia berbeza? Perkahwinan memerlukan komitmen, penunaian tanggung jawab dan kufu’. Dalam nikah misyar, komitmen adalah sesuatu yang subjektif, kebanyakkan tanggung jawab suami tidak perlu ditunaikan – itulah persetujuannya, dan pastinya kesamaan taraf tidak menjadi isu. Asas misyar itu sendiri ialah perempuan yang berkedudukan lebih tinggi – hartawan, iron lady atau sebagainya tetapi sukar mendapat pasangan boleh memilih untuk meneruskan perkahwinan ini bagi mencari teman hidup. Walaupun lelaki tersebut tukang paip dan perempuan jutawan, jika si perempuan bersetuju, maka ia boleh diteruskan.

Banyak burung belatuk berkata-kata bahawa ini adalah muta’ah versi sunnah. Layak ditampar mulutnya. Menyamakan air susu dengan minuman malt beralkohol, itu lidah cabul namanya. Tidak dinyatakan tarikh perceraian di dalam nikah misyar. Dan had poligaminya tetap 4 orang.

Burung belatuk mematuk batu lagi, menegaskan ia tidak sesuai dengan adat. Mungkin mereka perlu rujuk kepada post terdahulu saya. Tidak sesuai dengan adat, tetapi tidak bersalahan dengan syariat – malah dibolehkan syariat, maka kita tidak boleh menolaknya.
Persoalan nikah misyar, carilah guru dan rujukan mu’tabar untuk mendapat penjelasan lebih. Jangan baca web. Lagipun ini blog, bukan kitab fiqh. Apa yang ingin saya ke utarakan ialah, apakah suasananya bila ia menjadi fenomena di Malaysia. Adakah anak dara dan anak dara tua di Malaysia yang ingin terlibat dalam misyar ini sudah cukup teguh kewangannya? Mampu merelakan si suami untuk tidak memberikan nafkah zahir seperti kediaman dan sokongan kewangan? Mempunyai emosi yang kental untuk berdepan dengan suami yang hanya akan ‘membuat’ lawatan sekali sekala’ bagi menunaikan tanggung jawab batin? Kerana kita tahu wanita Timur, bukan seperti timur tengah, emosinya mudah sangat terusik. Kuis sikit teriak, kuis sikit teresak-esak. Apa akan jadi pula jika jutawan wanita ini, tiba-tiba ingin bermanja dengan suami melalui perkahwinan ini, minta dibelikan berlian RM10k di Poh Kong, kemudian suami si tukang paip menolak kerana tidak mampu, kemudian bergaduh di depan khalayak? Itu perkara yang perlu dipertimbangkan

Keadaan ini membimbangkan kita, tetapi nikah misyar masih lagi dibolehkan. Jangan pula dikatakan tidak!..

Oleh itu saya ulang sekali lagi

“dalam kebanyakkan kontrak, apa yang menjadi persoalan dan pertikaian adalah motif dan maksudnya, bukan struktur dan perkataan yang digunakan” al-Qardhawi..

Saya terbayang, dengan gaji sekecil saya ini ingin terlibat sebagai suami dalam nikah misyar… Saya perlu kental emosi dan berupaya mengawal keegoan saya. Iyalah.. terasa pula sebagai lelaki kita ‘kureng’ sedikit bila dilepaskan tanggung jawab begitu sahaja. Saya masih teringin menunaikan tanggung jawab saya, memberikan nafkah, rumah, kereta Porsche kepada 3 isteri yang saya kahwini melalui nikah ini. Tetapi apakan daya, tidak mampu. Rasanya tercabar juga saya. Lebih-lebih lagi kalau isteri mengatakan, abang tu apa yang mampu. Takat yang boleh bagi tu bagi ajelah. Aduhh.. pedih rasanya..!!

Dan saya mengharapkan adik beradik saya yang lain tidak mengambil kesempatan. Istilahnya nikah misyar, tetapi rupa-rupanya si suami itu VIP, pergi kahwin sekali 2 orang di luar negara. 1 lagi pasangan misyarnya di Malaysia. Tidur satu malam, cerai. Nikah misyar lagi dengan 3 orang. Sedangkan dia VIP, mentang-mentanglah nikah misyar sudah dibenarkan di Malaysia, suka hati pula dia berbuat sedemikian. Kahwin, melaksanakan tanggung jawab batin, kemudian cerai, atau ditinggal, dibiar di perantauan tanpa diberikan nafkah zahir. Alasannya, nikah itu nikah misyar. Walaupun aku VIP, tetapi nikah misyar mengatakan nafkah zahir dilepaskan. Ha.. sudah… burung belatuk mematuk lagi. Kali ini lebih teruk terpapar kebodohannya. Dan lebih sedih, isteri VIP tersebut adalah anak dara tua dari kampung yang kerjanya bertani sahaja….

Perkara ini tampaknya semacam imaginasi liar penulis. Tapi harus diingat, kes-kes ini, yang merupakan keterbalikan matlamat asal nikah misyar ini telah berlaku di kalangan lelaki Kuwait dan Arab Saudi yang kaya raya. Mereka membuat 'lawatan' ke negara-negara miskin, bernikah misyar dan kemudian meninggalkan isteri-isteri mereka yang miskin ini terkapai-kapai setelah habis percutian mereka. Kemudian, setahun lagi baru bertemu, kalau tidakpun tunggulah surat cerai. Inilah yang menyebabkan sesetengah 'ahli' dalam bidang fiqh, berdiam diri bila diminta mengumumkan kehalalan perkara ini.

Penulis suka tersenyum bila melihat isu ini. Kemungkinan-kemungkinan di atas tidaklah menjadikan nikah misyar itu haram. Kita harus ingat, Islam tetap Islam, syariat tetap syariat. Seburuk mana umatnya, Islam tetap suci. Selalai mana pengikutnya, hukum syarak yang membolehkan tetap akan membolehkan. Cuma saya mengharap agar, biarlah rakyat Malaysia ini diberikan tarbiyah secukupnya, barulah isu-isu ini diketengahkan secara umum. Ini tidak, silabus pendidikan agama Islam sekolah menengah pun hanya setaraf dengan tahap 3 pengajian pondok. Tetapi kita menganggap rakyat umum seolah-olah sudah boleh menjadi ulama’ untuk memahami isu sebegini bila disiarkan kepada umum.

Biarlah Majlis Fatwa berbincang, memperincikan qawa’idnya, mengenal pasti method penerangan kepada rakyat, barulah diperdebatkan di peringkat peringkat wartawan yang mengambil jurusan komunikasi media. Ataupun di peringkat umarak yang bukan ulama’. Alangkah baiknya kalau jama'ah umarak kita adalah jama'ah ulama' ... Comel gitu...

Wassalam..


Abu Nufayl

Monday, May 08, 2006

Apabila Sisters in Islam kuasai anak-anak PM

Sorry, Ummu Nufayl memang betul-betul tak dapat nak update blog semenjak-dua menjak ni. Tapi, tadi terbaca artikel ni kat Harakahdaily. Menarik utk dikongsi. Bacalah & fikirlah.

Kan orang-orang yang bijak itu sentiasa berfikir :).

~~~~~~

Apabila Sisters in Islam kuasai anak-anak PM


Mon Apr 17, 06 04:34:19 PM Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

SAYA sempat menyemak maksud monolog seperti yang diberikan kamus, yang bererti sebuah ucapan panjang pelakon dalam sebuah drama atau filem. Namun, tidak pastilah sama ada bercakap seorang itu sesuatu yang sihat atau sebaliknya.

Demikian juga agaknya apa yang dibuat 'tiga pelakon', yakni anak-anak Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri. Mereka bercakap seorang tetapi buah butir mesejnya untuk diperdengarkan. Apa yang lebih dikhuatiri ialah apabila perkara keadilan Islam yang cuba disentuhnya.

Dalam apa jua celoteh, apa yang penting ialah ilmu. Tidak mungkin kritikan yang waras terhadap Islam boleh bertolak dari kejahilan. Mereka bukan setakat berbicara bahkan mengkritik keadilan Islam. Ini perkara serius.

Jika prasyarat seorang pensyarah universiti memerlukan Sijil Sarjana atau Ijazah Kedoktoran sebelum dibenarkan berkuliah maka apakah semua orang boleh berbicara hatta mengkritik mengenai Islam tanpa memerlukan sekerat sijil kelayakan pun. Bolehkah diterima sebarang petani kampung umpama Pak Mat atau Pak Leh membuka kuliah perdana mengenai matematik di London School of Economics?

Saya khuatir, mereka membebel seorang diri, menyatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak faham. Mengenai aurat? Mengenai kebebasan asasi? Mengenai hak pemilikan harta? Mengenai keselamatan peribadi? Saya percaya ini semua adalah perkara besar yang tidak boleh didramakan melalui persembahan monolog sesuka hati.


IFC

Sejurus sebelum ini, kita jangan lupa dengan matlamat IFC yang mahu meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan amat berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

Apa yang menghairankan lagi apabila ia disokong Sisters in Islam (SIS) yang juga penganjur International Consultation on Muslim Family Law yang kita sedang perkatakan ini. Dalam konteks perbincangan, mari kita imbas kembali tujuh tuntutan teras dari 14 tuntutan IFC yang sampai kini masih tidak ditolak kemungkinan pelaksanaannya oleh Kabinet Malaysia.

Ini semua bertujuan untuk mengukur niat IFC, SIS dan siapakah pihak yang bersama mereka:

1. Seseorang anak yang dilahirkan ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

4. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

5. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

6. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

7. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. Jika inilah pendirian IFC, sekali gus mencerminkan tahap tasawwur dan kefahaman SIS mengenai Islam, maka rakyat sudah boleh ramalkan buah butir kandungan monolog ketiga-tiga 'wanita pintar' yang dimaksudkan.

Membicarakan Islam, tidak boleh lari dari membicarakan soal petunjuk dan kesesatan. Ini ada disebut oleh kita dengan lafaz “Wa ladh-Dhaalliin” [bukan (pula jalan) mereka yang sesat] setiap kali dalam solat. Sepanjang pengamatan saya, SIS jarang sekali bertolak perbahasannya dari perkara seasas ini, itu pertama.

Kedua, SIS gemar menyentuh konsep sama rata dalam perkara keadilan jantina serta peranan lelaki dan perempuan yakni suami dan isteri. Sekali lagi SIS jarang merujuk premis keadilan yang diiktiraf Islam iaitu meletakkan sesuatu kena pada kejadian dan fitrah semula jadinya.


Golden share

Hatta dalam syarikat sekalipun ada amalan “golden share” iaitu 51:49. Mana ada 50:50? Mesti ada seorang yang dilebihkan untuk memimpin. Demikian juga dalam soal rumah tangga, persaksian, hak mencerai dan pembahagian harta pesaka. Semua ini ada asas dan premis tempat bertolaknya.

Saya cukup percaya pindaan ke atas Undang-Undang Keluarga Islam 2005 telah dirangka bahas dan diperincikan pelbagai fuqaha’ dan ustaz yang pakar dan terlatih dari dalam dan luar negeri. Setelah dibahas dan dipersetujui di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, saya semestinya terkejut apabila ia ditangguhkan.

Benar sungguhkah pihak yang membantah mengasaskan hujah bersandarkan ilmu? Jika diukur sikap keliru SIS yang menyokong 14 tuntutan IFC, maka rakyat mempunyai asas keraguan yang munasabah. “Beyond reasonable doubt” SIS perlu diragui niat suci dan suaranya dalam semua aspek yang menyentuh kepentingan Islam.

Ketiga, saya juga selalu perhatikan bahawa SIS jarang mahu mengaitkan persoalan Islam dengan pahala dan dosa. Bercakap mengenai aurat, keadilan, hak isteri atau apa saja yang memecat eleman dosa pahala samalah seperti amalan orang sekular yang ghairah bercakap mengenai nilai murni.

Ini pun satu lagi aspek yang sering dielakkan SIS sedangkan mereka berulang kali menekankan perkara keadilan untuk menunjukkan kononnya mereka sangat prihatin terhadap Islam.

Pendek kata, pada saya monolog ketiga-tiga pembicara dalam seminar itu cuma bercakap dalam pementasan drama yang ditutup lampunya. Dalam kegelapan itulah ketiga-tiganya meraba seekor gajah dan sedang mengatur khalayak mengikut apa yang disentuhnya.

Panjangnya belalai lalu disebutnya gajah itu bagaikan tali. Lebarnya badan maka disebutlah gajah itu bagaikan dinding dan besarnya kaki lalu diajarnya penonton yang gajah itu bagaikan batang kelapa. Mudah-mudahan, penonton tidak tertipu dengan permainan sarkis si buta.