Assalamualaikum warahmatullah.
1. Selit sebentar. Selamat tahun baru 2010 buat rakan dan sahabat sekalian. Saya agak janggal mengucapkannya. Adakah orang menyambutnya selamat, atau tahunnya sahaja selamat? Atau kedua-duanya tidak selamat?
2. Saya sudah terlepas mengucapkan selamat tahun baru 1431H tempoh hari kerana berada dalam situasi yang terlalu kritikal untuk berfikir apa pun. Hanya sambutan dengan tikar solat, solat dan doa sahaja yang mampu pada tika itu.
3. Tahun baru kali ini dimeriahkan dengan kenaikan harga gula, hadiah daripada kerajaan Malaysia. Saya tidak tahu apakah untungnya peneroka ladang tebu hasil kenaikan ini. Dan berapa kayakah petani-petani di kampung dengan hadiah kerajaan 1Malaysia ; 20senGula ini.
4. Kita juga 'menyambut' tahun baru GREGORIAN yang diperkenalkan Pope GregoryXIII ini dengan hadiah daripada Mahkamah Tinggi yang membenarkan kembali penggunaan perkataan Allah pada penerbitan Herald Hakim yang bijaksana telah membuat satu keputusan yang secara sivilnya perlu diterima. Pada saya, isu ini adalah perkara cabang dalam bab aqidah. Perkara asasnya adalah SIAPA ALLAH pada i'tiqad kita. Dan apa yang telah kita laksanakan dan tinggalkan dalam menegakkan kepercayaan bahawa Allah ada Ilah yang tiada sekutu baginya. Secara positifnya, memandangkan yang berebutkan nama ALlah itu adalah penganut agama bukan Islam, baiklah kita mengambil sangka yang baik, mudah-mudahan, setelah berebut nama ALlah ni, mereka sedar bahawa, ini adalah tuntunan Allah SWT kepada agama yang sesat supaya pada suatu hari mereka mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan ALlah. Jika mereka merosakan sistem ini, tiada kurangnya pada kita. Kita tetap Islam. Mereka tetap akan dibakar api neraka jahannam sekiranya tidak sempat kembali ke cara hidup yang diktiraf Allah iaitu Islam. (Islam bukan sekadar 'religion')
5. Yang membimbangkan adalah, perkara asasnya dalam aqidah, ialah membuat yang disuruh, meninggal yang dilarang Allah. Apa faedahnya memperjuangkan NAMA Allah. Menggunakan pula AGAMA ISLAM sebagai paksi sesebuah negara, tetapi pada malam sambutan tahun baru, setiap tahun, diadakan konsert, melibatkan percampuran lelaki dan wanita, terlepas Isyak dan Subuh, tidak pula mengerjakan solat sunat khusuf walaupun serentak dengan itu adalah malam gerhana bulan separa? Belum disebut dengan pembaziran wang meletupkan bunga api, mercun dan bom? Dan sambutan Tahun Baru setiap tahun yang pada asalnya HARUS, pada saya sekarang sebenarnya sudah mencapai status HARAM.
6. Ketika awal Muharram? Pak Lebai Hadhari, mahupun Salafi, mahupun Wahabi, tidakkah nasihatkan PM dan konconya untuk sama-sama dari Asar ke Isyak berjemaah dan beribadah dengan rakyat di masjid?
7. Jangan sebut lagi sambutan Krismas lebih meriah berbanding Hari Raya Aidiladha yang tenggelam, walau itulah satu daripada dua sambutan sebenar yang diiktiraf oleh Islam, ALlah dan RasulNya?
8. Saya tersenyum biri-biri, hinggakan Pusat Zakat sendiri dalam iklannya, 'Bayarlah Zakat Sebelum 31 Disember'. Nampak betul, tetapi cuba kaji lebih mendalam, kaedah kiraan genap haulnya mengikut kalendar mana? Syabas 1Malaysia Hadhari!
9. Jika perkara sebeginilah kebanggaan kita, nyahlah dengan 1Malaysia. Nyahlah Islam Hadhari. Ia lebih kepada kemunafikan kerajaan Islam Malaysia dan rakyatnya (yang terjebak) dan tiada untungnya memakai topi Islam, jika itu perilaku kita. Bukan ingin berfikiran negatif, tetapi di mana ruang positifnya?
Selamat Tahun BaTu 2010. Jumpa lagi. Ummu Nufayl kembali ke FitrahZH hari ini, insyaAllah. Dan gambar di bawah, Ummu Nufayl bersama salah seorang doktor (pakar neuro) kesayangannya sejurus sebelum discharge (010110)
Wassalam
Abu Nufayl
9 comments:
alhamdulillah, dah balik rumah rupanya
Semoga Hany cepat sembuh seperti sediakala....Take care dear..:)
alhamdulillah.kiutnya doktor pakar itu :)
Salam tahun baru (nak ucap juga :D) dan selamat kembali ke rumah, untuk kedua-duanya (dan ketiga-tiga anak tersayang).
:)
welcome back hany...moga sihat slalu. betul kata farra....kiutnyer doc pakar tu cam budak skolah :p
nasib baik bukan doktor kesayangan abu nufayl... ish.. apa hal.. neurologist tu pulak jadi bahan perbincangan.. nurse kat belakang tak ada siapa yang prihatin..
alhamdulillah hany..semoga Hany cepat sembuh.maaf akak tk berkesempatan lg nk menziarah hany.tp sentiasa buka dan baca blog ni nk tau perkembangan Hany.take care ya dear.
-kak maini.
hehe..hany dah sihat dah :) alhamdulillah :)
doakan agar terus dan benar2 sihat...ameen! :)
Post a Comment