Monday, July 20, 2009

KULIAH BULANAN AP : PROF MKI!

Lamanya saya tak update blog ni! Tak update tak bermakna tiada cerita menarik. Banyak yang boleh dikongsi, cuma saya yang kurang kesempatan.

Harapkan Abu Nufayl saja!
;)

Semalam, kami ada tetamu istimewa untuk program Kuliah Bulanan Surau Baitur Rahman, Aman Perdana.
Siapa lagi kalau bukan penulis buku Best Seller - Travelog Haji.

Kehadiran Prof MKI memang ditunggu-tunggu. Kehadiran pun ramai...lebih kurang sama dengan Kuliah Bulanan Mei lalu (speaker : Drs. Rejab Sulaiman). Apatah lagi, saya yang mem'faks'kan surat kepada pejabatnya, dan berhubung dengan dengan P.A.nya. Tapi orang yang mula-mula menguruskannya bukan saya, tapi staff UiTM sendiri...jiran di AP, Am. Kami (saya-suami & Am) hanya berhubung melalui email tanpa mengenali wajah. Kami hanya saling mengenali ketika menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah, juga aktiviti Surau AP - semalam (siang). Am lah orangnya yang mencadangkan, mengusahakan dan memberikan contact no. kepada kami etc. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab seterusnya saja, membantu Abu Nufayl yang waktu itu sibuk di perantauan (outstation).









Gambar : Abu Nufayl sedang membuka majlis.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cerita-cerita daripada Prof. walau banyak yang telah saya baca dalam Travelog Haji dan di blognya (saya antara yang tak ketinggalan membaca setiap postnya - add dalam Google Reader), tapi ada juga cerita off-record rupanya! ;) Bagi saya beliau adalah insan yang dikurniakan oleh Allah dengan kelebihan intelektual dan semangat yang kuat. Beliau hanya perlu tahu apa yang baik untuknya, decide dan beliau akan determine dalam apa juga cara. Dan cerita ini bermula apabila beliau terbuka hati untuk mengenal Allah sesungguhnya pada usia 39/40 tahun. Sangat menarik dan boleh dijadikan iktibar!

Sempat juga kami mengambil tandatangan Prof untuk buku Travelog Haji saya yang dah lusuh (tertumpah kopi) masa tengah menela'ahnya.

Macam yang pernah saya sebut dalam azam saya dulu. Bila berjumpa orang yang hebat, saya tak mahu lagi anak-anak saya ketinggalan mengambil gambar bersama mereka. Ummi dan Abah tumpang sekakilah! Sayangnya, Nufayl dah tertidur dalam kereta waktu itu.


Terima kasih Prof.!

3 comments:

mudin001 said...

Nanti bolehlah jemput utk Muntada' pula. Kat AP!

:)

Nor Ramli said...

Salam hany..
try letak comment kat shoutbox tapi tak boleh plak.
Moga ukhuwah berpanjangan ye. Comel betul anak-anak and u seem familiar but I cant recall jumpa kat mana.

Hany FF said...

mudin, boleh aja. tempat tak kesah kat mana :P.

epelhijau...ada problem ek shoutbox tuh, nnt saya tgkkan. heh..pernah jumpa kat alam ruh kot! ;) nice to meet you too.