Monday, January 05, 2009

Nufayl dan Kelas 5 Tahun

Hari ini, hari pertama Nufayl masuk ke Kelas 5 Tahun. Jumaat lepas, beria-ia Nufayl beritahu,
"Minggu depan, Nufayl masuk kelas Mak Teh (nama Cikgu untuk budak-budak 5 tahun). Kak Amy cakap."
Dan dia beritahu lagi, "Kak Amy kata, tak payah bawak botol susu dah. Budak 5 tahun tak minum dalam botol lagi."

"Oh, iya?!", Ummi yang terkejut. Memang confident cikgu-cikgu Nufayl ni.

Hari ini, Nufayl kata "Okay", apabila kami beritahu tiada botol susu lagi di sekolah.

Nufayl sebenarnya jenis yang tidak begitu sabar menunggu apabila nakkan susu. Tapi, dia juga jenis yang menerima justifikasi/penerangan jika kita menerangkan dengan jelas kepadanya. Perkataan "Okay" atau "Okaylah" penting untuk menunjukkan dia boleh menerima sesuatu keadaan yang mungkin sukar baginya. :)

Pagi ini juga, dia beria-ia mengemaskan begnya. Ni gambar dia bagi tadi.

Penuh beg sandang dia tu!

Tapi, dalam beg itu bukannya ada buku. Teka ada apa?








Blok Lego!

7 comments:

Zuraimah Ismail said...

Cutenye beg sekolah nufayl....masuk kelas 5 tahun dah xyah bekalkan baju ek hany? anisah still kat kampung sebab kene chicken pox...so lom masuk kelas 4 tahun lagi...:)

aida said...

ahahh comellah
bawa blok lego gi sekolah

p/s: saya lak rasa tua, tahun depan anak saya masuk darjah satu :P

Hany FF said...

kak siti, beg baju dah angkut masuk kereta. mestila kena bawak baju :D

aida..tu la, sekejap je masa berlalu kan?

Zuraimah Ismail said...

wohohoho ni style sama ngn anisah la ni..bawak 2 beg pegi sekolah...:)

Hany FF said...

heh...ye ke? :D

Anonymous said...

nape dia tak beli beg Ben 10?

Hany FF said...

huhu...yg tu blom dilayan. nufayl baru lepas kena punishment 1 bulan no mainan. bulan satu 2009 baru lepas hukuman.