Friday, January 09, 2009

WALIMAH IKA ++ JALAN-JALAN DI BUMI HANG TUAH

Salam,

WALIMAH IKA-KHAIRIL NIZAM
3 Januari - hari bersejarah sahabat baikku, Ika. Dia yang 'sehati'.
Kami bukanlah pasangan sahabat yang baiknya hingga tak boleh berpisah.
Atau yang sentiasa ke mana bersama.

Saya hanya benar-benar rapat dengannya setelah saya punya 'hidup' saya sendiri.
Tapi perkenalan rapat dengannya, membuatkan kami tahu...yang kami dilahirkan punya banyak persamaan. Apa yang belum diungkapkannya, seringkali terus saya fahami tanpa suara. Begitu juga dia. Hingga satu waktu kami meresolusikan,
Dalam banyak perkara, Kita suka perkara yang sama. Tapi bukan suka orang yang sama.

Hari ini, saya mengetahui sudah. Siapa yang dia suka.
[Kerana jawapan siapa yang saya suka dah lama dah ada!]

Cukuplah berkata-kata. Biar gambar yang berbicara.

Gambar pengantin baru.

Riang-ria bertemu sahabat sejiwa di Majlis Walimah Ika-Khairil. Ada Jie+famili, Siti + baby Insyirah yang mantop, Aida+famili, Aini+famili, Azlida+famili,Teghe+famili, okhairio+famili, tak lupa Abu Amiir+famili.

Notakaki : Juga gembira dapat bertemu Jun, junior MMU Cyberjaya merangkap photographer rasmi Majlis Walimah Ika. Baru tahu Jun kini pensyarah di Politeknik Perlis. Nanti datang rumah akak kat Perlis ye Jun!

JALAN-JALAN DI BUMI HANG TUAH

Kalau ikut hati, dah malas nak tulis, sebab Mudin dah tulis di sini & sini. Dan Ummu Adam pun dah tulis.
Tapi, tak beranilah nak link ke Ummu Adam. Kena tanya kebenaran dulu! :D

Trip bermula selepas selesai sesi mengenyangkan perut dan solat di Masjid dekat rumah Ika.

Destinasi 1 : Zoo Melaka

Destinasi 2 : Pameran Aliens di MITC

Destinasi 3 : Makan di Umbai Baru

Destinasi 4 : Rehat & Rawat di Rumah Yati & Muslim
Sayang tak dapat ambil gambar Nuha tiba-tiba mengurut kakinya dengan OSIM (buat sendiri ok) sebab bateri kamera dah habis. ;)

Kemudian, 11.59 malam kami di Tol Ayer Keroh menghala pulang ke rumah.
Mudin dan Walida singgah di R&R Seremban sebab agaknya tak cukup R&R kat rumah Yati kot! Bising ek! :)
Kami pula meneruskan perjalanan tapi malangnya di Hiway ELITE, dekat exit ke KLIA.
Pop! Tayar belakang (belah kiri) pecah! Sempat himpit ke tepi dan Abu Nufayl call Plus Line.
1.12 am - berhenti tepi jalan
1.15 am - call Plus
1.18 am - Plus Ronda sampai
1.35 am - siap dan meneruskan perjalanan.

TAMAT CERITA! :)

9 comments:

Ummu Auni said...

berdebar2 baca tayar kereta pecah...nasib baik selamat. Alhamdulillah

Hany FF said...

aini, cepatnya baca. tak sempat hany nak aplod gambar lagi. baru nak aplod jap gih.

Farra Da Smiley said...

wah..sampai keesokan hari!
sungguh menarik

siti pon ada....tak sempat pon jumpa
aida aini pon sama

ar_nieda said...

haa..baru nak tanya mana gambar?
tak upload lagi...ok.

Anonymous said...

ada timbang tak berat badan sebelum dan selepas ke Melaka?

hehheh! :D

Hany FF said...

farah, bestkan jumpa kawan2. jom la umah jie sabtu ni!

aida, waa..gambar tokde lagi la...bz giler nih. tgk malam ni kotss.

mudin, uhuks...sib baik tak timbang berat badan! :D

ieka said...

terima kasih dtg memeriahkan majlis.. :)

ieka said...
This comment has been removed by the author.
ieka said...

oh ya..lupe nak ckp..nama suami saya Khairul Nizam ..hehehhe

and hany..ur entry this time reminded me of our old times together :P