Impian untuk berbudi kepada tanah (kecil-kecilan) di rumah sendiri telah ada sejak dulu.
Malah sejak dalam sekolah rendah, saya dan sahabat-sahabat mempunyai kebun kecil (yang comel!) di belakang kelas kami di SKPM (Sekolah Kebangsaan Padang Melangit). Kami bertanam cabai, kacang panjang, bawah, halia, serai dan taugeh. Mula-mula, kami ingin menjual dan kongsi hasilnya beramai-ramai. Tapi, setelah Pakcik Kantin sekolah kami bersetuju mengambil dan membayar hasil tanaman kami, kami tak berlengah lagi. Anaknya, Ahmad Sani namanya - juga dalam kumpulan kami. Lantas kami usahakan kebun kami bersungguh-sungguh.
Setiap petang kami bersantai sambil bergilir-gilir merumput, menggembur tanah dan membajainya. Sambil tu, sempat juga kami main konda-kondi, gasing dsb di bawah pohon rendang di situ.
Sejak pindah ke AssaakinatusSakiinah, saya dan suami tak pernah melupakan impian tersebut. Sehinggalah pada 21 November lalu, kami membuat keputusan untuk meneruskan projek Laman Sakinah. Pada tarikh itu, kami berbincang dengan tukang tanam rumput yang juga orang yang sama yang meratakan tanah, membuat pengairan dan ratakan pasir seawal menduduki AssaakinatusSakiinah dulu.

Kami setuju untuk menanam rumput Filiphina di seluruh Laman Sakinah dengan 3 bukit kecil (bukan bukit pun, hanya sedikit tinggi) berhampiran pagar.
Pokok bunga-bungaan; bunga proton saga, bunga tahi ayam, bunga Blue Diamond, pokok Raphis, bunga raya, pokok puding daun halus, pokok teh kuning, keladi, ditanam di sepanjang dinding luar rumah, pokok payung di tengah laman depan.
Pokok Yellow Palm di tepi tembok pagar hadapan.
Pokok Kelapa Pandan menghiasi laman tengah, di sebelah pagar.
Pokok Buluh hiasan di sudut belakang pagar dan ditemani pokok Mempelam & pokok Belimbing Buluh di bahagian belakang.
Di bahagian belakang rumah, kami tinggalkan sekadar 7'x3' untuk Taman Herba kami. Yang telah menghuni ketika itu;
3 rumpun Serai, 2 rumpun Pandan - dibawa daripada Selising, Kelantan.
3-4 pokok Karapole (Kari), 1 rumpun Pokok Ulam Raja - daripada Padang Melangit, Perlis.
Kawasan itu, kami tambun tanah.
*Nota kecil : rumput masih belum panjang ketika ambil gambar ini, baru tanah seminggu camtu. Sekarang dah gebu dah. ;)
Dan, kini...makin meriah dengan penghuni baru. Ada pokok cili yang kami beli daripada Carrefour Kapar. Ada juga yang baru kami beli daripada Bukit Jalil Nursery, selepas pulang daripada Jamuan Birthday Alya di rumah Mudin @ 11/1/2009.
Pokok Limau Kasturi, Pokok Limau Purut, dan Pokok Karapole (Kari). Itu untuk Taman Herba.
Untuk hiasan, sempat juga sambar Pokok Kipas satu...untuk salah satu daripada 2 bukit yang masih tidak berpenghuni. ;)Cerita sedih? Mestilah ada.
1. Pokok-pokok Karapole yang dibawa daripada Perlis mati semuanya setelah proses pemindahan selepas tanam rumput. :(. Terpaksa beli untuk ganti.
2. Biji benih cili padi yang dibajai dan disiram sungguh-sungguh oleh Abu Nufayl mati waktu Eidul Adha baru-baru ini. Sayang, sebab dah naik 10"! Lupa nak letak kat luar hari tu. Matilah dia, tuan rumah cuti lama beraya.
Ini gambar Taman Herba Laman Sakinah yang saya ambil 2 hari lalu. Senang betul sekarang, asyik-asyik petik Ulam Raja, cicah dengan budu! Limau kasturi dan cili, petik saja di belakang rumah.
Notakaki : Serai tu gondol sebab dah kena kerat daunnya oleh Abu Nufayl yang sangat rajin. Kalau tak daun serai melimpah-limpah sampai rumah sebelah.
Nak meriahkan lagi Taman Herba Laman Sakinah?Erm...halia, bawang, lengkuas, daun ketumbar saja lagi kot. Ada cadangan lain tak? Yang saya tak terfikir? Jomla kongsi!
5 comments:
bestnya hany..dah ada rumah sendiri,lepas tu ada tempat bercucuk tanam plak tu..jelesnya..bilalah dpt buat camtu juga.. :D
lepas ni kalau ada rezeki rumah bertanah, bolehlah minta advice eh ;)
hiks...buleh ajer ika. :P
Salam, Hany, cantik sungguh teratak puan. Selamat bercucuk tanam yerr.. :)
wah2....sgt seronok..bilala buleh p umah hany. nampaknya nnti kalu kami sampai bila abeh blaja, sure pokok2 dah besar kan..errr silap2 durian pun dah berbuah..kekekek
kat umah sewa kami ada pokok bunga kantan.seronok sgt bila ada bunga dia, mulala mereka buat nasi goreng kerabu, nak buat laksa tak terdaya rasanya..ahakssss
Azah, silalah bertamu ke rumah :)
Ronie, kata nak balik tiap2 tahun? eheks...jgn la balik lambat sgt nanti tak terdaya menanggung rindu! ;)
Post a Comment