Monday, January 19, 2009

WEEKLY HIGHLIGHT - 18 JAN 2009 : KELAS TUDUNG DIY

Yuhu!

Teka apa saya buat semalam? Ups...are there anybody care to guest?

Tak kisahlah! Yang penting saya memang sangat teruja semalam.
Ini kerja kami semalam. Sampai di lokasi tepat jam 10 pagi, dan pulak lebih 4 petang. ;)


Kerja apa?
Bagi yang belum jelas, inilah kelas menjahit Tudung DIY (Tudung Berawning).
Saya pergi dengan Suzy, my SIL (isteri Dik Id) mengisi satu tempat kosong yang available untuk saya.

Terima kasih kepada sifu-sifu : Mektwain, Faziraniq, Kak Sheila, Lina atas ilmu tak ternilai. :)
Terima kasih juga kepada Yela, Adeeda, & Anis yang bawa banyak awning+ Yela bawa jersey (saya tak jamu mata masa Meabadi hidangkan awning-awning di atas meja).
Paling istimewa buat Abu Nufayl yang sangat sporting - layan anak-anak shopping dan lepak kat rumah Pak Ngah Nufayl di Bandar Seri Putra. Juga Cik Da yang tolong jagakan budak-budak tu sementara mak budak pi belajar. ;)

Hasilnya, wow! Saya suka (saya je suka, tak tentu lagi orang lain suka okay :P)

Gambar belum saya ambil lagi. Sebab?
Belum siaplah. Belum buat finishing - jahit tindih pada keseluruhan tudung. *Part ni yang saspen sikit sebab ia akan menggambarkan kualiti tudung yang dihasilkan sebab jahitannya nampak daripada luar.*
Pasal apa saya tak siapkan tudung semalam? Sebab mesin jahit portable saya jadi waqaf semalam. Saya biarkan kawan-kawan + Suzy siapkan tudung mereka. Tudung saya boleh habiskan di rumah ;).
Lagipun benang warna sama tak ada...saya tukar kain di saat-saat akhir. ;)
Target, nak kena beli jarum mesin yang sesuai dengan kain jersey, benang warna kain dan tapak untuk jahit tepi ('longkang' besar). Tapak jahit tepi saya kecil sangat 'longkang'nya. Tak commey!

Apa pun, memang bestlah!

Notakaki : Memang berbunga-bunga hati dapat buat tudung sendiri. Nasiblah tak 'makan awning' banyak sangat semalam. Kalau tidur mau kenyang lima hari (tak makan!) heh...gurau saja. Tak apa...lepas ni masih boleh JV. ;)

Ups lagi, jumpa Elly (MMU-batch sama) --> dia shopping awning. Dan belajar sama dengan Kak Yati (Nurminah), dan Kak Ziana --> dua-dua MMU & T*.

Buat Aida, Aini & Farrah...bila kita nak buat projek kita? Boleh kongsi-kongsi ilmu ;)

9 comments:

Anonymous said...

salam ,
salam perkenalan . saya pun dok belajar jugak menjahit tudung ni tapi tak berkesempatan nak p kelasnya, nak mintak tips sket bleh ?
1. untuk kain jersey ni .. mcm mana nak elakkan jarum bila menjahit tu melompat2 ? bila nak jahit keliling tudung tu mcm gagal jer
2. kain corak2 cantik ni , selain dari beli kat people katanya ada kat SS2 tapi kat kedai mana yer ?
3.berklenaan dengan tapak mesin tu .. tapak dgn jarum mana yg sesuai digunakan untuk mejahit kain jersey ? ( saya ni kununnya baru nak beli mesin jahit )
maaf yer banyak soalan la plak .. almaklumla sbb saya ni tak p kelas .. tapi teringin nak menjahit sendiri
tq!!

-knoreza-

Hany FF said...

Salam knoreza,
Saya juga baru belajar, tapi sama-sama kita kongsi maklumat ya.
1. Semalam saya guna jarum mesin (Singer) yang biasa, saiz:11. Kata orang berpengalaman di sana, kena guna jarum saiz:9, atau jarum khas utk kain streachable, atau jarum emas. Saya call Singer pun kata mereka kena beli jarum kuning/jarum emas. Harga tak sure. Plannya esok nak pi HQ Singer.

2. Zhou Sua Textile
(info drp tudungcari.forumotion)
Berdekatan dengan McD SS2 dan sebaris dengan Bank Muamalat, KAMDAR & Secret Recipe
Tel : 03-78762555

3. Tapak Jahit Mesin utk kain jersey...tapak biasa boleh guna utk cantum biasa. Tapi untuk tindih hujung tudung...bermasalah sket sebab kain jersey selalu lari alignmentnya tu. Kena guna rolled hem foot. Saya baru nak pi cari kat HQ Singer. Taktaulah mesin jahit model yang saya pakai tu ada ke tak tapak kelim tepi tu. Apa pun, bila ada update nanti saya cerita keyh.

Semoga berjaya dengan projek Tudung DIY ;)

nurminah said...

Salam.

Mmg syok buat tudung ni although tak cantik pun jahitannya. Janji sendiri pakai.Terima kasih byk kat awak smalam. Kalau tak ada awak & mesin jahit tu nampaknya kitorang yg jarang pegang jarum ni mmg balik bawak awning & jersey tak siap la..hehe..kalau dah ada yg siap nnt jgn lupa amik gambo letak kat blog ek..

Hany FF said...

heh...kak nurminah. akak upload la gambar tudung yg dah siap tu. kasi motivation sket kat kami2 ni. kim salam kat kak ziana skali ek! ;)

Anonymous said...

tq Hany FF
selamat berjaya untuk kita semua membuat tudung awning!
heheh insyaAllah akan saya cari kedai tu dan tools2 tu

-knoreza-

Hany FF said...

knoreza, good luck! :)

Anonymous said...

salam ,
nak tanya lagi ni .. saya sedang survey mesin jahit , selain dari singer ada tak brand lain yg logik sket harganya ? btw hanny pakai mesin jahit brand apa yer ?

Hany FF said...

saya pakai singer. bagi saya singer harga dia reasonable juga. model baru yg low price dlm RM600 lebih.
Selain Singer, ada orang pakai Raleigh, ada orang pakai Apple, ada orang pakai Kawan (jenama Malaysia)...tapi saya personally tak pernah guna jenama-jenama ni. Kena tanya comment drp penggunanya lah. :)

Hany FF said...

saya pakai singer. bagi saya singer harga dia reasonable juga. model baru yg low price dlm RM600 lebih.
Selain Singer, ada orang pakai Raleigh, ada orang pakai Apple, ada orang pakai Kawan (jenama Malaysia)...tapi saya personally tak pernah guna jenama-jenama ni. Kena tanya comment drp penggunanya lah. :)