Friday, January 30, 2009

Projek Tudung DIY


Ni hasilnya, menjahit semasa CNY. Dapat 11 helai tudung.

Saya buat 2 jenis kemasan hujung tudung; 1 jahit kelim guna rolled hem foot dan satu lagi guna twin needle. Dua-dua pun cantik asalkan jahitannya kemas (huhu...mine to practice more!).
Ada satu lagi kain J1 warna kelabu, belum ada awningnya.
Semalam pulak, baru beli kain jersey Nagoya (daripada Jepun), 4 warna (maroon, off-white, milo, purple gelap) - 1 meter bagi setiap warna. Untuk isi masa esok kat Selising. Tangan ni rasa kosong pulak kalau tak ada kain nak menjahit. Nasib baiklah, cik Abangku sporting habis. Sanggup singgah Nagoya bila isterinya ajak.
Saja nak test jahit dan pakai kain Nagoya pulak. Kainnya lembut dan berat jugak. Tapi yang warna gelap, rasa kainnya keras sikit.
Apa pun, tak sabar nak cuba jahit kain jersey Nagoya ni. Sebab lain kain, lain cara nak handle semasa menjahitnya. Tambah lagi kain jersey. Memang kena manja-manja.
Apa pun, tudung-tudung di atas bukan semuanya saya punya...jangan risau. :)
Farrah, Aida/Aini - korang register la kelas 21 Feb ni dgn Yela. Tinggal sikit je tempat kosong tu. :)

7 comments:

eLLe said...

waaaa besnyeee byk dah koleksi buat sendiri..tak bukak tuk business ke hany?

Hany FF said...

utk pakai sendiri dulu la. kalo dah terer lain cerita. ni pun tak larat tepis dah,pakat nak tempah.

kalo dah dpt pencerahan agung nnt kita habaq k. ;)

Anonymous said...

salam
hanny saya nak tny teknik guna double needle tu sbb bila saya guna benang tak lekat jugak .. mesin jahit saya jenis singer jugak ..any idea ?
-knoreza-

Hany FF said...

knoreza, mungkin boleh dapatkan advise drp singer. saya pun tak arif sangat. :)

Ronie Muller said...

hany..org turki kat sini dah tertarik ngan tudung style ni yg kami bawa..siap dia pulak dok try nak buat jugak mcm tu

Farra Da Smiley said...

bila nak dpt tarikh kelas kita ni?? hihi..dah excited nii

Hany FF said...

farrah, jom kita beremel2 jom!