Thursday, January 22, 2009

MUTAKHIR Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

Innalillahi wa inna ilahi raajiúnn.
Kemalangan ini berlaku dekat kampung halaman saya dan di Jalan Padang Melangit.
Jarang berlaku kemalangan di jalan tu. Takziah buat keluarga Tok ni.

MUTAKHIR
Penjual minyak angin hancur dilanggar lori

KANGAR: Seorang penjual minyak angin terbunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori di Jalan Guar Jentik-Padang Melangit dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitenden Che Man Mat Dros berkata, badan Ahmad Kasa, 78, dari Padang Sera, Kedah hancur dalam kejadian 10.30 pagi.

“Seluruh badannya hancur menyebabkan organ dalamannya terkeluar dan botol-botol minyak angin juga dilihat bertaburan di jalan raya,” kata Che Man.

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Guar Jentik menghala Padang Melangit dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian.

Che Man berkata, pemandu lori berkenaan menghilangkan diri dan setakat ini tiada laporan dibuat berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik di Balai Polis Padang Besar, Inspektor Shazlan Mohamad melalui talian 04-9490825 atau 013-9398189 untuk membantu siasatan. - Bernama

No comments: