Salam Eidul Adha!
Raya kami di Perlis Darul Sunnah kali ini! Ummi, Nuha & Nufayl pulang ke 'kayangan' awal sehari daripada Abu Nufayl. Petang Khamis, 4 Disember kami pulang bersama Nanny. Abu Nufayl pula pulang esoknya dengan Pak Ngah Farid & Mak Ngah Suzy. :)
Di kampung, aktiviti biasa...kami bergotong-royong menganyam ketupat daun ibus, masak rendang ayam pedas, nasi impit, kuah kacang. Tok yang dah hampir 80 tahun tu pun masih memainkan peranannya! :)
Usai Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha, kami makan jamaĆe. Kemudian, ada sesi gambar-gambar dengan Jurugambar keluarga (amatur lagi katanya), Abang Fendi sepupuku yang baru berjinak-jinak as Photographer di Perlis. Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar berempat sekeluarga...Abu Nufayl dah kalut tukar baju sebab penyembelih korban dah sampai.
Kita tengok gambar-gambar ni...biarkan gambar berbicara.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara :
(i) penyembelihan
(ii) pelapahan
(iii) penyiangan, penimbangan dan pengasingan
Kemudian, ada dua tugas utama...
1. Aktiviti masak-memasak...kenduri untuk jiran-tetangga dan saudara-mara.
2. Aktiviti menghantar daging korban yang telah dibungkus kepada yang berhak.
Seterusnya, mestilah aktiviti makan :)
1. Aktiviti masak-memasak...kenduri untuk jiran-tetangga dan saudara-mara.
2. Aktiviti menghantar daging korban yang telah dibungkus kepada yang berhak.
Seterusnya, mestilah aktiviti makan :)
Malam, pun masih belum selesai berjamu-jamuan kepada tetamu yang datang.
Esoknya, pagi : kami ke kenduri di rumah Cik Nah (jiran depan saja).
Tengahhari, kami ke rumah Tok Minah (mak arwah abah), Tok Wan Leh (ayah arwah abah) dan Tok Su (adik Tok). Juga rumah Mak Cik Not (adik arwah abah). Semuanya di Kodiang. Tak larat dijamu daging korban...di rumah Makcik Not...sempat juga cicah jambu air dengan garam belacan. Rasanya garam belacan lagi dapat sambutan daripada bihun sup Mak Cik Not yang sedap sangat tu.
Hari raya ke tiga...hari kepulangan ke KL dah. Kami bertolak tengahari...selepas makan tengah hari di rumah. Alhamdulillah! Selesailah beraya di kampung halaman.
Perjalanan pulang ke KL dihiasi dengan acara singgah di Pulau Pinang - masuk P.P lalu Jambatan Pulau Pinang(6.30pm) dan keluar - naik feri (11.30pm). Nufayl dan Nuha punyalah teruja. Dalam perjalanan, singgah lagi di MMC Taiping, Abu Nufayl ada tugasan. Hampir jam 3.00am baru teruskan perjalanan ke KL.
Esoknya, cuti Keputeraan Sultan Selangor. Ummu Nufayl rehat-serehatnya sebelum memulakan tugas semula pada 12 Disember 2008, setelah bercuti hampir 3 minggu. :)
No comments:
Post a Comment