Monday, March 17, 2008

Lagu Fav Nufayl

Lama tak berceloteh. :)

Apa kabar ya Nufayl. Nufayl sekarang dah jadi budak cerdik Internet. Pernah tengok iklan Broadband Maxis..."Kanak-kanak yang melayari internet, lebih terbuka mindanya."

btw, Nufayl suka surfing tengok video (kat youtube) Ultraman, Hikayat Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah...dan main Game Online Barney, Thomas & Friends, Bob The Builder.
Tapi, kami bagi limit kepada dia. Bila dia boleh tengok dan lama mana! :)

Kesukaan Nufayl yang baru?
Dia sekarang tengah minat sangat dengan lagu nasyid "Nabi Anak Yatim" dendangan Raihan. Lagu lama dah ni, album Senyum (kalau tak silap). Katanya setiap kali naik kereta, "Nufayl nak dengar lagu Muhammad." Tapi, setelah Ummi & Abah betulkan dia...dia dah sebut Nabi Muhammad. Jenuh Ummi & Abah cerita kepadanya sirah Rasulullah s.a.w setiap kali dia tanya soalan bila dengar lirik nasyid tu.

~~~~
Muhammad Mustofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya HalimatusSaa'diah

Ayahnya meninggal dunia,
Tika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda

Muhammad Mustofa

Semasa di dalam perjalanan
Ibu yang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwak
Kembali ke alam baqa'

Muhammad Mustofa

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Terpadam api biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Makkah diterangi cahaya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Sallallahuála Muhammad, Sallallahu álaihi wasallam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah, tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung


Ok..so, lagu is one of a good tool to inspired the kids to learn history esp sirah, right? Nufayl very keen on Rasulullah s.a.w. story & sirah now.

Thanks Raihan! Keep it on!


Oh ya, Nuha?
Nuha dengan hobi makannya, masih!
Sangat excited dengan Abah. Senyum sampai telinga nampak Abah. Jeles Ummi tau!
Nasib baik, Abang Nufayl menghibur Ummi.
Ungkapan romantik Nufayl, "Nufayl sangat sayang pada Ummi, Nufayl sangat rindu pada Ummi, Nufayl sangat suka pada Ummï" selalu bermain di bibir Nufayl.
Sweet talker hah? ;)

Oh...hobi baru Nuha. Jadikan Abangnya Imam. Pantang Abang angkat tangan, dia tumpang sama mengámeen'kan. Sambil senyum-senyum kat Abah & Ummi dan bagi isyarat suruh angkat tangan, doa sama-sama.

Alahai anak-anakku!

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.