Saturday, February 16, 2008

Kongsi Hikmah : Intro al-Haramain

Ramai yang bertanya saya, bila nak menulis di blog tentang pengalaman haji.
Ada pula yang berkata, Hany tulisla di blog...kami nak baca.

Pada awalnya, saya rasa tiada apa yang perlu saya kongsi bersama...kerana pengalaman itu sama saja dengan yang lainnya.
HAJI - Wukuf di Arafah - Bermalam di Muzdalifah - Tawaf & Saíe - Bermalam di Mina - Melontar di Jamrah (Aqabah & 3 jamrah).

Jadi, takkan saya huraikan yang itu? Baik beli buku manasik haji & umrah kan?
Kalau ada yang ingat saya akan cerita tentang sejarah & kelebihan al-Haramain, ada dalam buku. Oh ya, di sana...ada buku Bahasa Melayu (Indon yang rasmi) tentang Sejarah Makkah, Sejarah Madinah, Sejarah Masjid Nabawi (ditulis oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani & diterjemah oleh Anang Rikza Mesyhadi) & Buku Kelebihan dan Sejarah Makkah oleh Abdul Basit Abdul Rahman, orang Kelantan, anak pengasas Madrasah Muhammadiyah (Pondok Sg Durian), Kuala Krai...yang mengaji di Universiti Madinah. Elok baca terus di buku tu.

Cuma, dua tiga hari ni...hati saya terdetik untuk berkongsi pengajaran, hikmah daripada pengalaman di sana. Jadi, tulisan saya lebih bersifat perjalanan personal....tetapi, kutiplah hikmah & pengajarannya. Dan jika boleh tambahkan dalam diari pengalaman anda. :)

Alhamdulillah, kami dikurniakan kemudahan dalam mengerjakan segala manasik haji & umrah. Ujian mestilah ada...cuma bagi saya...ujian tersebut amat ringan jika dibandingkan dengan orang lain. Alhamdulillah, di sana...tanpa 'cuti', saya DIA benarkan melakukan ibadah di al-Haramain. Sakit-sakit ringan...bak kata orang...imbuhan untuk jemaah haji; batuk, selesema...seorang sedikitlah bahagiannya. Itu pun saya dapat bahagian saya selepas musim haji. Dan DIA menyembuhkannya menjelang pulang ke tanah air.

Maklumat asas kami di sana :

MAKKAH
1. Penginapan di Makkah : Hotel Farah (lebih kurang 70m dgn pintu masuk tmpt tawaf/saíe tgkt 3 Masjidil Haram). Tapi, kami lebih gemar masuk ikut pintu 45 (al-fath), tgkt 1 atau pintu 50 (jisruzzubair), tgkt 2 atau pintu 52 (jisrunnadwa), tgkt 2.

---> 3 orang sebilik : dgn my hubby & my mom. Alhamdulillah, bersyukur pergi dengan mereka & dapat sebilik dengan mereka. Senang untuk pergerakan & jaga kebajikan masing-masing.
Dulu, sebelum pergi saspen juga, sebab ada yang menasihatkan saya...kalau sayang suami, jangan duduk sebilik di sana...takut ada masalah, tak tahan etc. Tapi saya abaikan kata-kata tu, dan berdoa saja untuk kebaikan kami. Alhamdulillah...dijauhkan dari kami dugaan seteruk itu. Tak boleh berenggang ye lah...ekekek. Macam orang bercinta (dah pun salu ada anak-anak tagging along, kali ni berdua saja).

2. Cuaca : maksimum pun seingat saya dalam 27 darjah celcius...dan petang-petang (waktu asar gitu), dah turun ke 21 darjah celcius. Macam di sini saja cuacanya, tidaklah terlalu sejuk. Malamnya pun biasa saja. Kecuali malam di Mina lah! Malam terakhir yang saya ingat. Sejuknya yang amat! Ya...3 malam terakhir di Makkah sejuk...sejuk oleh angin yang bertiup. Kalau tawaf waktu malam tu...alamatnya...(batuk je lah)!


MADINAH
1. Penginapan di Madinah : Hotel Al-Ansar Golden (kurang drp 30 m dgn pintu masuk muslimah no. 25, uthman ibnu 'affan)...betul-betul sebelah kiri pintu masuk muslimah tu. Boleh tengok gambar kat sebelah.

Kali ini dapat bilik berempat pulak. Pakej kami untuk 3-4 orang sebilik (sama harga). Jadi saya & Mama terpisah daripada suami saya. Buat rayuan kepada pihak pengurusan pakej sebab ada masyaqqah untuk keperluan tersebut. Selepas 3 hari di Madinah, kami dapat 1 bilik yang boleh memuatkan 3 orang dengan bayaran tambahan sikitlah. Tapi Mama dah kesian kat makcik-makcik sebilik kami...so, dia tak jadi pindah dengan kami.

2. Cuaca : sesampai di Madinah...dah terasa hawa sejuknya itu. Memang kena pakai sweater. Paling sejuk waktu & sbl Subuhlah. Hari pertama belum beli sarung tangan lagi. Hari kedua...masa lepas solat'sunat di Masjid Quba', aduhai lama pulak coaster kami nak sampai. Apa lagi...saya borong sarung tangan, topi untuk suami & sarung muka (yang nampak mata & hidung saja tu) untuk suami. Pagi 2 hari sebelum pulang ke Malaysia...kami & rombongan ada acara ziarah Madinah...pagi tu & pagi sebelumnya antara pagi tersejuk di Madinah. Ada student Madinah bagitahu...suhu cecah 0 darjah celcius. Cerita mereka lagi, 6 orang budak meninggal dunia begitu saja setelah sampai di sekolah. Jantung stop. I dunno why...tapi di Madinah...ramai sangat budak meninggal dunia. Masa solat jenazah, bila Imam umumkan hampir setiap solat waktu (bukan semua)...tp dalam sehari...mungkin 1 sahaja yang tiada "tifli atau tiflaini atau atfal" (yang membawa maksud seorang budak atau dua orang budak atau tiga/lebih budak)...waktu solat lain...boleh kata ada saja jenazah budak yang disolatkan.

Ada banyak perkara yang sangat saya terkesan daripada perjalanan ini :

1. Makbulnya doa di sana, sampaikan hanya kata-kata...tak angkat tangan untuk berdoa pun dah makbul. Yang diangkat tangannya? Yang dijaga adab berdoanya? Yang ada wudhuknya? Tambah lagilah! Dan dengan itu, jaga-jaga dengan kata-kata & doa anda, apatah lagi niat. :)
Yang baik dibalas baik insyaÁllah.

2. Di sini saya dapat mengenal diri saya & suami dengan lebih mendalam. Sejauh mana saya mengenal dia & sebaliknya, dan sejauh mana kami bersedia untuk berkorban untuk satu sama lain. Agaknya sebab kami berdua tanpa anak-anak. Jadi, banyak masa terluang di situ. Lagikan, di sana tempatnya mencari pahala. Kalau seorang sakit dan seorang sibuk dengan ibadahnya tanpa menghiraukan pasangan...kan membuatkan kita rasa dekat dengan Rasulullah s.a.w yang menasihati sahabatnya yang berusaha untuk zuhud dalam ibadah & melupakan dunia untuk memberikan hak kepada diri & kepada pasangan sewajarnya. Kerana apa? Hanyalah satu. Kerana di sana tanah haram, yang dibuat satu kebaikan dan diberikan beratus ribus ganjaran. Kerana di sana tanah yang diberkati, dimakbuli. Kerana di sana tanah hidupnya kekasih Allah, yang digabungkan namaNYA dan nama kekasihnya. Betapa cintanya Allah kepada DIA, Rasulullah s.a.w.

Apalagi ya? Dah lost pulak, la haula wa la quwwata illa billahil áli yil ádzhim.

Biarkan itu di situ, kali ini saya nak berkongsi tentang hal yang lain.

Sebenarnya saya nak berkongsi dengan bagaimana kami terkesan dengan semangat daripada sirah, dua orang sahabat yang bergelar 'H'.

Tapi memandangkan saya dah tulis panjang, lain kalilah saya tulis lah.

Ceritanya menarik, ingatkan saya!

No comments: