Wednesday, February 13, 2008

Backwards! (Baca Dari Bawah Kalau Taknak Baca Backwards)

Rabu, 13/2 : Hari ini Pak Lah dah umumkan, Parlimen bubar. Tunggu tarikh PRU. Sebelum tu, kena la masuk gear 5 yer?

Selasa, 12/2 : Semalam, hari pertama saya guna dopod 838Pro (dengan 3G & WiFi tu!) Suka!
Semalam, saya tidak lagi bawa Motorola e680i yang saya beli + Abang hadiahkan pada 30 Ogos 2005. Tapi, contact no. belum saya update semuanya.

Semalam juga, hari pertama Nufayl ke 'sekolah'di TM Dynamic Kids (francis kepada Tadika Dzul Iman), Menara TM. Minggu lepas, dia dapat tawaran. Tambahan dengan minatnya untuk belajar, saya tidak menghalang...walau asalnya kami tidak merancang untuk menghantar Nufayl ke sekolah.

Paginya, kejut Nufayl bangun awal untuk mandi + berus gigi. Dia minum sebotol susu + makan roti. Dia suka betul dengan baju sekolah warna oyen (oren). Di sana, dia enggan ke sekolah terus. Setelah menemankan Abah pegi hantar beg ke pejabat...dia merelakan ditinggalkan di sekolah. Katanya, Äbah boleh pegi dah."
Itu pun selepas merengek nak kereta etc etc...

Cikgunya (Kak Haza) beritahu, dia termenung + bersedih selepas Abah balik ke pejabat. Kemudian, dia menangis sebentar. Selepas dipujuk dia tidur. Dan selepas bangun, dia join the club tanpa ragu. Baliknya dia ceritakan pada Ummi segala kegiatannya di sekolah dengan ceria. Alhamdulillah!

Isnin, 11/2 : Follow-up appointment dengan Dr. Delaila di SJMC. Memandangkan nombor giliran yang lambat, kami ke PKNS Shah Alam untuk ke TH. Ramai sangat orang, agaknya pasal dividen TH yang 7% tu dah masuk. Rupanya TH bagi dividen based on pro-rate amount. Alhamdulillah! Rezeki balik haji...masuk duit lagi. Kalau dia guna baki terakhir...ada yang dapat 50 sen je kot! ;)

Ke IT Mall - get my dopod 838Pro! Alhamdulillah!
Balik ambil Nufayl & Nuha. Bawa Nufayl tinjau keadaan di TM Dynamic Kids. Dia suka dan boleh terima walau malu-malu sket. Maklumlah...dia belum pernah ke sekolah. Sebelum ni...tinggal dengan pengasuh saja. Dah dapat kawan, namanya Aiman.
Bawa Nuha ke Klinik Medicare untuk suntikan imunisasi.
Ke Midvalley, beli pouch...& update software dopodku...sebab tadi tak sempat, kejar masa.

Ahad, 10/2 : Rehat-rehat sambil kemas rumah.

Sabtu, 9/2 : Midvalley Exploration - JJ, Carrefour.
Ada orang tu beli All-In-One Colour Printer, jenis Brother MPC-240C.

Jumaat, 8/2 : Rehat-rehat di rumah lagi.

Khamis, 7/2 : Rehat di rumah. Sambil godek-godek bb.

Rabu, 6/2 : Jam 5.30 petang...dapat install Streamyx di rumah. Yey! Dah ada broadband!



***Nota kaki :
Banyak betul yang berlaku cuti CNY ni. Kami tak balik ke kampung sebab masih 'letih' dengan perjalanan [KL-PERLIS-KELANTAN-CH-KL] sebelum ini. Awal bulan depan balik pun (kenduri kahwin sepupu), dengan adik...tumpang dia je lah. PRU bila? Tunggu SPR umum esok, baru decide keyh. Selain banyak yang berlaku, banyak juga yang aku dapat. Dapat bb di rumah, dapat PDA Phone baru selain Abang dapat printer baru & Nufayl dapat sekolah baru, kakak baru & kawan-kawan baru.

Aku doakan semoga apa juga yang kami dapat, akan mendekatkan diri kami dengan Allah. Bukan menjauhkan kami denganNYA. Ameen!

No comments: