Wednesday, December 01, 2004

Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikanda ;)[serikandi]
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

p/s: copy lirik nasyid drp InTeam. Selalu dengar dalam kereta, jatuh cinta pulak dgn lagu ini. Khas ditujukan buat suami tersayang...sempena ulangtahun perkahwinan :). Moga dirahmatiNYA.



No comments: