Wednesday, December 22, 2004

Dedikasi...[Almarhumah Kak Shiqin]

Mencari renung-renung dalam
Seorang ukhti yang sayang
Redup makna makin soreh
Dalam toreh erti yang unjurnya tak bertepi

Ertinya kumaklumi kini
Senyum tangis yang bersatu
Kuhalusi pantas tindakmu
Kerana hayatmu hanya hingga kala itu
Yang bertangguh pasti tak tersentuh

Serumu sampainya jauh
Balik-balik bukit
Seberang laut luas
Tegak semua berdiri. Hati!
Teguh semua berpaut. Silah ar-Rahim!
Perjuanganmu bersambut.


~~~
Masih berkabung :)
Hany FF
Rabu, 10 Zulkaedah 1425
22 November 2004

p/s : Hari ni, genap usia Aleef Nufayl - 3 bulan. Selamat membesar anakku, moga jadi anak soleh :).

No comments: