Monday, December 13, 2004

Tiga Episod : versi Episod 1

Episod 1 : Piala Malaysia

Sabtu, 4 Disember 2004. Sejarah terukir apabila Perlis buat pertama kali menerajui takhta Piala Malaysia. Walaupun sebelum ini pernah 4 kali mencuba di peringkat Separuh Akhir namun gagal...Perlis tidak mengalah. Siapa sangka tahun ini Singa Utara yang bertakhta.

Aku tidaklah terlalu teruja dengan pencapaian bumi tumpah darahku itu melangkah ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2004. Cuma jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan peningkatan itu (semenjak diasuh jurulatih Cikgu Norizan Bakar).

Sebelum perlawanan bermula, aku tidak menaruh harapan tinggi. Harapanku, "Perlis, lakarlah sejarah!" Melangkah ke Perlawanan Akhir memang sudah satu sejarah bagi Perlis., apatah lagi jika jadi Juara!

Sebenarnya, daripada pemerhatianku arena bola sepak cukup memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian negeri2 di Malaysia. Mungkin tak kena dengan negeri lain...tapi bagiku, sinonim dengan Perlis.

10 tahun dahulu, langkah Perlis dalam sukan bola sepak tidak setara mana. Jauh bezanya dengan Kedah yang gah, jauh berlari di hadapan. Maka tika itu, ada 'rakyat Malaysia' yang tidakpun mengenali negeri Indera Kayangan ini, walaupun ada tertera namanya dalam mata pelajaran Sejarah yang dipelajari di sekolah.

Hatta, tika aku masih di alam kampus...ada satu ceritera yang terpahat di kotak fikirku.
Kisah itu berlaku 5 tahun yang lalu.
Aku berada di sebuah hospital, lalu insan di sebelah menegur tanda ramahnya rakyat Malaysia. Diriku aku perkenalkan, dan dia juga. Dia seorang gadis lepasan Universiti yang mengambil KPLI - sedang mengajar di sebuah sekolah. Asalnya dari Melaka.
"Ajar subjek apa?" Aku bertanya.
"Geografi" Jawabnya pendek.
"Oo0o0...susah tak ajar Geografi? Ajar tingkatan berapa?" Aku bertanya sekadar memanjangkan perbualan.
"Errmmm...ok la jugak." Dia menjawab.
Aku diam.
"Asal mana?" Dia kembali bersuara.
"Negeri di utara."Aku berbahasa.
"O0o0...Perak?" Dia meneka.
"Tak...negeri di atas lagi"
"Erm...Pulau Pinang"
"Bukan...atas lagi"
"Kalau gitu...Kedah lah"
"Bukan...sikit lagi dah nak betul"
"Erm..apa yer?"
"Lah...negeri di atas Kedah apa?"
"Tak ada dah!"
"Ish Cikgu Geografi ni...takkan negeri2 kat Malaysia pun tak tahu. Negeri di atas negeri Kedah dlm peta Malaysia?"
Dia diam...lama.
"Perlis la..." Aku akhirnya menamatkan teka-teki itu. Dalam hatiku,"Ish...pass Geografi tak cikgu ni"
Reaksinya : Dia tak ketawa kerana terlupa dsb, cuma mengangguk perlahan "o0o0ooo..."

Terkesan aku dengan perbualan dan pertemuan ringkas ini.
Betapa negeri Indera Kayangan ini kurang amat yang mengenali.
Mungkin kerana kecilnya di hujung peta Malaysia...atau mungkin juga kerana kurang rakyatnya yang berhijrah ke ibu kota.
Atau...mungkinkah pencapaian anak negeriku tidak terserlah di mata rakyat senegara?

Perihal fikirku berkata.
Dalam arena sastera, orang Perlis tak kurang hebatnya (Rahman Shaari, Fawana, Rejab F.I...terbaru Shukri Abdullah dll)
Dalam arena politik, sejak MB sekarang menerajui...dengar jugalah orang berkata-kata tentang Ps...kalau tidak low profile sungguh.
Namun, dalam arena sukan...sejak pencapaian aksi bola sepak Ps meningkat...rata-rata nama Ps jadi sebutan.

Alhamdulillah!

p/s: Perlis bukanlah ramai penaja untuk rombongan penyokong. Balik-balik Bernas (baca:Pengerusinya MB Ps) & Kerajaan Ng Perlis juga. Lainlah Kedah ramai penajanya-tak perlu kusebut penajanya satu-satu.

* Sebelum perlawanan bermula Hany FF terfikir, "Mak org Perlis, Ayah org Kedah...nak sokong mana satu yer?"

No comments: