Wednesday, December 29, 2004

Fakta Tentang Tsunami

Merenung kejadian Tsunami 2004 dan Bukti Lain Kekuasaan Allah.

Gempa di Shansi, 23 Januari 1556 mengorbankan 830,000 nyawa
Tsunami akibat gunung berapi meletup di Pulau Jawa dan Sumatera pada 27 Ogos 1883, meragut 36,000 nyawa.

Gempa dan Tsunami, di Itali 28 Disember 1908, meragut 100,000 nyawa.

Gempa di Chile, mengakibatkan Tsunami dan telah mengorbankan 5,700 nyawa.

Gempa di Tangshan, China, 27 Julai 1976, meragut jumlah rasmi 255,000 nyawa dan anggaran tubuh yang tidak ditemui kembali hingga ke hari ini 400,000 nyawa. Menjadikan kehilangan jiwa berjumlah 655,000 orang

Gelombang besar, diiringi Cyclone Marian di Bangladesh pada 1991, mengorbankan 140,000 nyawa.

BAGAIMANAKAH DAN DIMANAKAH ROH KITA AKAN BERCERAI DARI BADAN?

Kita semua memberi pinjam sesuatu. Namun, untuk menuntutnya kembali sesuatu yang sememangnya hak kita, ia sukar dilaksanakan. Perlu ada kontrak, undang-undang bertulis dsb nya.

Namun Allah SWT, hanya memerlukan satu gempa sahaja, bagi mendapatkan kembali puluhan, ratusan, ribuan, ratusan ribuan pinjamanNya kepada kita. Bersedialah, ajal dan maut bukan sekadar di hujung pedang atau di hujung derita penyakit.

No comments: