Thursday, December 02, 2004

Susu Ibu ; Ibu Susu

Hatiku tersentuh dengan nasyid terbaru drp kumpulan InTeam tentang kisah Halimatus Saadiah, ibu susu baginda Rasulullah s.a.w.

Hayatilah liriknya...aku dan pengertianku menunggu di akhir coretan ini.

~~~~~~~~~~
Halimatus Saadiah - InTeam

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya
Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman
~~~~~~~~~~

Liriknya sungguh menyentuh hatiku. Mungkin jika dulu aku tidak tersentuh, lantaran tiada pengalaman sebagai ibu yang menyusui anak. Namun kini, setelah segalanya kulalui (walau baru 2 bulan bergelar ibu...sedang dia menyusui Rasulullah selama 2 tahun)...aku mengerti dalam rasa seorang ibu yang menyusui anak.

Berapa ramai wanita yang melahirkan anak, tetapi sedikit sungguh yang menyusui anaknya. Daripada 400 000 hanya 28% yang menyusui badan anak mereka. Cabarannya bukan sedikit. Iltizamnya harus tinggi. Depressi harus dibuang ke tepi. Kurniaan ni'mat harus disyukuri.

Cabarannya drp puting merekah dan luka, air susu yang kurang, puting yang leper, tidur malam yang harus dikorbankan & ancaman gigitan oleh bayi yang sudah tumbuh gigi (sekadar menyebut beberapa), ibu harus menghadapi cabaran ini dengan jayanya untuk meneruskan penyusuan badan.

Iltizam harus tinggi, usaha mesti jitu. Kalau usaha sambil lewa tak lewa...pemakanan tak dijaga, rangsangan pengeluaran susu tidak diteruskan setelah bekerja (e.g: perah susu)...penyeusan badan mungkin menemui jalan buntu.

Depressi sering menghantui ibu selepas bersalin atas banyak faktor! Antaranya, depressi mudah berlaku jika ibu merasakan mereka tidak dapat membekalkan susu yang cukup kepada anak. Dan andainya susu yang dibekalkan oleh Yang Maha Pemurah itu mencukupi/banyak...mereka tidak harus lupa untuk bersyukur atas kurniaan itu.

Itu sedikit drp cabaran yang dihadapi oleh ibu yang menyusui anak.
Aku juga pernah berasa depressi. Apabila jururawat mengatakan anakku kelaparan kerana air susuku kurang(tika dia demam kuning di hospital) dan memerlukan supplement (susu botol). Aku sungguh tertekan, sedang aku cuba sedaya upaya untuk menyusukannya sunguh-sungguh.
Syukurlah aku punya suami yang memahami. Selepas rawatan berurut 3 hari, Alhamdulillah air susu datang mencurah-curah. Tika itu, jika ada yang kata, "Kita bancuh susulah" apabila anakku menangis selepas aku menyusukannya...aku pasti kecil hati. Kecil hati yang amat!

Tetapi, selepas lama masa berlalu...keyakinan diriku bercambah. Aku yakin dengan kemampuanku. Cuma, aku ambil keputusan untuk teruskan supplement untuk membiasakan anakku dengannya apabila aku mula berkerja semula. Alhamdulillah, dia tidak keliru puting (dua-dua dia mahu!) Di tempat kerja, I express my milk for his feeding the next day. Sekarang, jadual itu masih berjalan. Tapi pastinya, iltizamku harus kuat lagi...jika tidak, mungkin usahaku akan berhenti separuh jalan.

Menariknya Nufayl, jika siang...dia tidak kisah diberi susu perahan dlm botol & susu formula...tetapi jika malam, dia mahukan aku! [Pernah terjadi, selepas aku pulang drp kerja, aku keluar semula untuk menghantar suamiku ke KL Sentral. Semasa pemergianku menghantar suami, dia menangis mahukan susu...tetapi apabila diberi susu formula, dia menolak seolah mencari ibunya, lantas terus menangis. Tika aku pulang, dia terus mencari-cari susu di dadaku.]Tersentuhnya hati wahai anak kecil. Pada wajahmu ada nuur yang Allah pinjamkan utk bayi. Bayi sesungguh amat menawan rasa, kerana mereka suci & bersih, tiada berdosa. Pandang & lihatlah mana-mana bayi, kau akan jatuh hati.

Begitulah sekelumit kisah ibu yang menyusui anaknya...drp pengalamanku yang cetek cuma.

Bagaimanakah pula kisah seorang ibu miskin yang mengecap ni'mat berganda (walau upahnya tidak seberapa) tika menyusui Kekasih Allah?

Bayangkan, seorang ibu yang kematian anaknya, mencari rezeki dengan mengambil upah menyusui bayi yang memerlukan.
Bayangkan, wanita itu terpilih menyusui Kekasih Allah!
Bayangkan, daripada hidup serba kurang...Allah menambah ni'mat serta-merta! Rezeki yang murah!

Halimatus Saadiah. Dia juga wanita terpilih. Rasulullah s.a.w. menyusu drp badannya!
Baginda bukan sebarang insan, baginda insan pilihan!

Betapa banyak kurniaanNYA atas kehadiran Rasulullah dlm hidupnya.
Betapa bersyukurnya dia atas kurniaan rezeki itu.

~~~
Hany FF
19 Syawal 1425
2 Disember 2004

No comments: