Airmata menitis lagi ketika membaca tulisan Abang Faizal.
Catatan yang ringkas, namun cukup padat menggambarkan hati seorang suami dengan pemergian isteri tersayang. Dia sungguh tabah! Tuhan, makbulkanlah doa itu...Ameen!
Maafkan aku.
Bukan tidak rela atas pemergiannya.
Tapi aku masih belum benar-benar bangkit dari mimpi...mampukah aku meneruskan perjuangan kami? Cukup kuatkah aku menelusuri jalan ini?
p/s: teringat reaksiku ketika menerima berita pemergian Almarhumah Kak Shiqin, lembik seluruh anggota badan...suara tak terucap sudah. Air mata usah disebut sama.
Dalam hatiku berkata, Hany Fariza...tabahlah!
Tarbiyahlah dirimu menghadapi berita kematian!
Bukankah kau sudah dididik sejak 6 tahun, untuk tabah pada setiap berita kematian?
Sedang ketika umurmu 6 tahun, Abah yang sangat-sangat engkau kasihi telah pulang ke rahmatullah (semoga dia tenang di sana dalam rahmat Allah)...ini kan pula sahabatmu!
Tapi, yang ini aku pasrah.
Sudah masa berlalu, longlai aku ke bilik PA GM untuk minta kebenaran keluar awal. Alhamdulillah, aku tenang selepas berkongsi rasa dengannya.
Cuma, sekali-sekala ketika kenangan lama terimbas kembali
...aku pasrah lagi.
No comments:
Post a Comment