Thursday, December 30, 2004

Sejenak, ada rasa...

Tengahhari tadi aku ke rumah seorang x-Manager di Keramat. Ada jamuan kesyukuran, sebelum dia berangkat ke Tanah Suci minggu depan. Kami berkonvoi 2 buah kereta. Aku menyelit dalam kereta Kak R dgn Kak J, Kak M, & Kak S (cam budak2 je aku rasa, dgn beg sandang kat belakang ni ;)...hehe).

Sampai di sana, ada Pn. H & Kak A...sedia menunggu untuk acara makan. Sambil-sambil menunggu...kami bergebang-gebang, pelbagai isu termasuklah meeting, kereta, tsunami dan sambutan tahun baru.

Syukurlah, ada sensitiviti daripada pihak kerajaan.
Sebelum ini sudah ditegur oleh pihak pembangkang, tapi tiada yang berani membuat keputusan...hinggalah PM-Paklang pulang ke tanah air. Beliau sendiri yang membuat pengumuman yang bewibawa itu. Satu pengumuman yang bersejarah. Doaku...biar sambutan tahun baru untuk 2005 ini dibatalkan (ada yg ditangguhkan saja kan?) dahulu. Untuk tahun-tahun hadapannya, kurang-kurangkanlah.

Kerajaan kepada Negara Islam harus praktik nilai-nilai yang membawa rakyatnya ke arah kemuliaan dunia dan akhirat. Bukan membenarkan konsert-konsert & sambutan yang akan melariskan DUREX (baca : kondom) serata negeri. Kita tak harus biarkan padang jadi tilam, langit jadi kelambu, dan kelam jadi selimut. Dan semuanya jadi halal, tak kira bangsa dan agama. Prinsip syariat ditendang melambung...dan jatuhnya ke muka siapa?
Jawablah di Padang Mahsyar kelak!

Ada sesuatu yang mahu ditunjukkan oleh Al-Mulk di negeri yang menganjurkan Pesta Pantai sempena cuti sekolah tempohhari. Teruk diserang buih-buih tinggi dari asalnya air. Cedera tubuh manusia, retak tiang konkrit, putus nafas habis nyawa...dek penangan air.
Kalah tanah! Kalah batu!

Subhanallah!!!

~~~
Pagi tadi, aku sempat kerling blog Nida membaca catatannya tentang kejadian tsunami. Terima kasih sahabat, kerana menjawab kerisauanku itu. Sayang Nida!

Subhanallah! Allah selamatkan RumahNYA!
Masjid Baitul Rahman jadi bukti, terperliharanya rumah Allah di atas kehancuran setiap batu dan kayu yang teguh terunjam jadi binaan gah di atas muka bumi Allah!

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki." Ibrahim :: 27


~~~
catatan terakhir @ 2004 (p/s: esok choti ;) )
Hany FF
18 Zulkaedah 1425 H
30 Disember 2004 M

No comments: