Tuesday, December 28, 2004
Telah DijemputNYA Pulang...
~Tsunami melanda Pantai Marina di Madras, India pd 26 Disember lalu~
Lebih 23,000 nyawa diambil serta-merta olehNYA, Yang Maha Berkuasa.
23,000 nyawa yang dipinjamkanNYA ke tubuh-tubuh insan ditarik semula.
Di Indonesia, Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India...tiada lagi sempadan geografi.
Kuasa Allah tidak kenal sempadan geografi & nasional ciptaan manusia.
Itulah gambaran betapa kuasaNYA tiada tolok bandingnya.
Bumi di Sumatera bergempita gempa.
Plat bumi yang bersendal dijentikNYA.
Maka, dahsyat sekali ancaman bencana.
Balakah?
Amarankah?
23,000 nyawa lupus daripada muka bumi 26 Disember lalu.
Betapa DIA mahu ramai pulang. DIA mahu mengingatkan dunia ini fana' sahaja.
DIA mahu mengingatkan yang masih dipinjamkan nyawa, bila-bila masa kita akan dijemput pulang.
Pulang ke mana? Kita bertanya.
Ke mana kita mahu pulang? Soalan ditanya kembali.
Terpulang...ke mana akan dibawa? Kita seoalah-olah malu menjawab.
Ke mana kau akan pulang, itu bergantung kepada amalan kita.
Soal kubur Munkar Nankir mula bicara...
Setelah Qiamat, di Padang Mahsyar...
Catatan diberi, tangan manakah yg menyambut?
Mizan menanti, timbang manakah yang memberat?
Akan dapatkan Syafaat?
Maka, benarlah janjinya, setiap kebaikan, kebajikan atau kejahatan itu akan dihitung walau seberat zarah!
[rujuk Surah Al-Zalzalah: 7 & 8]
Tak kira bersedia atau tidak! Walau dirayu untuk pulang sebentar demi untuk berbuat kebaikan di dunia...ia takkan dimakbulkanNYA.
[rujuk Surah A-Munafiquun : 10 & 11]
Lalu disambungkan perjalanan di Akhirat sana dengan titian sehalus rambut dibelah 7.
Siratul Mustaqim!
Aduh!
Jauhnya tak terkata bagi yang merasai jauh.
Bagi yang merasai dekat...sampai tak terasa lintas ke Syurga sana.
Hati-hatilah sahabatku,
ada 7 soalan yang akan diperiksa ketika melintas Siratul Mustaqim :
1.Kalimah Syahadah
2.Solat
3.Puasa
4.Zakat
5.Haji
6.Thoharah - bersuci
7.Mu'amalah
Sahabat, kita masih dipinjamkanNYA nyawa.
Setiap hembusan nafas ini adalah milikNYA.
Setiap gerak jari ini adalah pinjamanNYA.
Setiap kata yang disambung suara ini adalah hakNYA.
Setiap langkah kaki ini adalah atas kebenaranNYA.
Semalam, yang terdekat denganku telah diambil kembali [Allahyarham Abah, Chaq & Kak Qin]...dan aku bersedih atas kehilangan mereka dalam hidupku yang fana' ini.
Hari ini 23, 000 nyawa telah diambil kembali. Entah bagaimana keluarga mereka menghadapi kehilangan itu.
Tarbiyahlah diri, agar pemergian mereka kita redhai selalu.
Yang hidup kita peringati agar sentiasa menyatukan setiap saat dalam perjuangan menegakkan kalimahNYA.
Yang sudah kembali...buatlah sebagai hisab diri di dunia ini.
Cukup sudahkah amal bakti, jariah diberi?
Kembalilah...
masih ada masa untuk 'kembali'.
Tiada yang 'jauh', sekali kita masih dipinjamkan nafas ini.
Ingatlah, "Inna ma'al 'usri yusra" ~ Sesungguhnya dengan kesusahan itu ada kesenangan~
[rujuk Surah Al-Insyirah : 5 & 6]
Usah berkira payah di dunia,
Telah dijanjikanNYA senang di ~sana~.
Jika rajin, jalan-jalanlah ke site ini Tanbihul Ghafillin : Kedahsyatan dan Kengerian Hari Qiamat. Kisah Hari Qiamat. Moga terbit insaf di hati kita.
:)
~~~
Hany FF
16 Zulkaedah 1425 H
28 Disember 2004 M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment