Thursday, December 16, 2004

Anniversary 2004

Akhirnya, sambut ulangtahun perkahwinanku jadi kenyataan.
Walaupun kami sudah tidak menaruh harapan (sebab dah 3 minggu berlalu tarikh bersejarah itu). Namun, apabila peluang datang...pasti tidak akan dilepaskan.



Selasa, 14 Disember : Tengah hari - Aku dan Abang merancang untuk makan malam bersama (berdua ;) ) malam ini memandangkan Umi & Abah dah sampai (bolehlah depa jaga Nufayl ;) ).
Tapi tak tahu di mana. Kalau di tanya di mana tempat bersejarahnya - tentulah di Concorde. Ada apa di Concorde? Oh...panjang ceritanya. Yang pasti, bukan cerita aku demand nak yg mewah-mewah. Tapi, kebetulan 'tuah'nya pasti ada di sana.

Buffet di Corconde KLIA lebih murah...tapi di Shah Alam agak 'mahal'. Nak gi yg mana ek?
Aku jawab, "Tak kisah, asalkan dpt makan berdua jek. Restoran biasa pun ok"
Abang balas, "Tapi, kat Concorde ada kisah. Tak best la kalau gi tempat tak ada kaitan."
Aku senyum, "Ye lah, tapi Concorde KLIA tu jauh. Minyak kereta pun dah berapa. Kalau Shah Alam pulak, mahal kan? p/s: lagipun 15hb nih nak ke Melaka pun...lalu Sepang jugak, Abang sure rasa letih bila drive jauh-jauh gitu."
Abang kata, "Ermmm....tengokla macammana nanti."
Aku pun tak tanya apa-apa lagi. Terpulang pada kemampuan dia lah.

Malam tu, kami akhirnya bertolak juga ke destinasi yang aku tak ketahui (kerana Abang tak confirmkan destinasi mana pilihannya kat aku), selepas bawa Nufayl ke klinik dan dia pun dah ok sikit selepas makan ubat batuk & kahak. Juga selepas tetamu kami, Pak Harun (bapa sedara Abang) pulang. Kebetulan dia ke KL...langsung ke rumah kami, jenguk anak sedara baru.

Sepanjang perjalanan Abang berteka-teki. Destinasi tidak pula diberitahu, hinggalah dia letak kereta di hadapan Concorde Shah Alam. Oh...di sini rupanya!

Nak tahu apa hadiah dia pada aku sempena ulangtahun perkahwinan kami?
:)



Digi Cam - Nikon 4100! Jazakallahulkhoir suamiku. Terima kasih atas sambutan, kad dan hadiah ini.
Menitis airmataku kerana terharu. Memang sebelum ini ada kusebut-sebut tentang digi cam. Tak sangka pula Abang akan berusaha penuhi impianku itu.

Hadiahku padanya taklah seberapa. Hanya set Cadar & Quilt Cover Jean Perry baru yang ada sulam-sulam gitu (aku yang berkenan ;) ). Konsepnya, hadiah itu boleh diguna bersama untuk satu keluarga.

Terima kasih Abang.
:) Tiada kata mampu kuucapkan.
Sekadar mampu bersyukur, atas segala kurniaan Tuhan!


p/s: Semalam dapat la bergambar sakan dengan digi cam baru masa gi antar Abe Cik (adik Abang) register MMU - December intake. Nak tengok gambo? Gih tengok kat Hanyff Fotopages

~~~
Catatan seorang isteri,
4 Zulkaedah 1425 H
16 Disember 2004 M

No comments: