Mother's Day?
A tiring day! Jarang kami lekat di rumah hujung minggu (erm...sibuk ke sana ke mari, survey itu ini). Tapi, minggu ini...kami ambil masa untuk berada di rumah. Itulah keistimewaan Hari Ibu yang lalu. Setiap Ahad pertama bulan Mei setiap tahun...dikatakan Hari Ibu.
Keluarga saya di Perlis, Mama memang sensitif dengan waktu-waktu istimewa seperti ini. Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir...semuanya ada ucapan-ucapan istimewa dan waktu kecil dahulu siap dengan sambutannya. Selalunya kami memasak untuk Mama pada Hari Ibu beserta kad buatan sendiri dengan Dik Id, Ayeh dan Dik Mimi. Selalunya, tukang masaknya Ayeh-adik saya yang bongsu. Dia pandai memasak sejak umurnya 6 tahun. Jadi, dialah jadi mangsa kami...goreng mee atau apa saja untuk dihidangkan kepada Mama pada malam Hari Ibu. Selalunya yang perempuan - saya & Dik Mimi buat desert lah. Dik Id jadi tukang tengok dan usherer. Kalau Mama datang ke dapur...kami cepat-cepat berlakon seolah tiada apa untuknya.
Kadang-kadang, kami hantar bunga. Balik sekolah kami ke Noor Florist di Medan Mara, Kangar atau di dekat Bulatan Kangar untuk tempah bunga supaya dihantar kepada Mama.
Kadang-kadang, kami sediakan hadiah untuk dia dan letak dalam biliknya seawal pagi dia nak ke sekolah.
Sama-sama pakat cari idea. Dan sama-sama mengejutkan Mama. Dia pastilah gembira!
Memang, kita menghargai Ibu bukan saja pada Hari Ibu...tapi sekurang-kurangnya ada juga satu hari yang kita melebihkannya dan menggembirakan hatinya. Hari yang bukan hari biasa, dan tentu saja dia teruja dan gembira. Tak kurang tersentuh dengan usaha kita yang tak seberapa tapi hati ibu, terlalu mudah tersentuh.
Hari Ibu kali ini, saya sekadar menghantarkannya sekeping kad dan 2 keping gambar yang telah diedit - bersaiz A4 kepadanya. Semalam (agak terlambat), bungkusan itu sampai setelah saya memberitahunya pada Ahad lalu...ada sesuatu yang saya kirimkan untuknya. Kata Mama, sebaik membukanya...tangisannya lerai. Kemudian, baru dia dapat menelefon saya memberitahu penerimaannya itu.
Saya tidak kecil hati jika saya tidak menerima ucapan istimewa pada Hari Ibu daripada si dia. Memang dia tidak pernah meraikan pun. Bagi saya, itu bukan kewajipan. Saya kenal sangat si dia yang saya pilih menjadi suami. Jadi, kenapa harus kecil hati dan menyimpan rasa? Kalau saya sound dia pun, dia sekadar senyum tanpa apa-apa ucapan. Sungguh kontra dengan saya! Tapi entah kenapa, sejak 'pulang' ini, hati ini bagai tiada benci untuknya. Tiada marah. Kalau ada pun hanya geram sikit-sikit...hehe biasalah suami-isteri. Dan dia seperti biasa. Tersenyum cuma.
Kerana memahami kebiasaannya itulah, saya menghormatinya. Untuk keluarga di Kelantan...seringkali saya faham kebiasaan mereka yang tidak meraikannya. Jadi, seringkali saya memberi hadiah dan saya bisikkan kepada Umi (MIL)...ni hadiah Hari Ibu. Sekadar itu. Saya tak berani berlebih-lebih. Kerana saya hormatkan si dia dan kebiasaan mereka.
Jadi, apa ada Hari Ibu tahun ini?
Cik Abang yang tolong buat heavy duty job for house cleaning. Thank you my dear!
Anak-anak yang behave well semasa Ummi sedang sibuk membersihkan rumah ke segenap inci.
Dan,cukuplah dengan ciuman kasih sayang yang bernama anak - Nufayl dan Nuha. Nuha pastilah hanya menurut kelakuan abangnya yang mencium Ummi dengan begitu lama.
Kata Nufayl, "Kak Ina (cikgu sekolahnya) kata kena sayang Ummi banyak-banyak."
Jadi, dia pun cium Ummi...1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat....tak terbilang berapa saat. Sampai basah pipi Ummi. Diikuti pula ciuman Nuha.
Rupanya anak saya dah besar dan dah pandai mengucapkannya!
No comments:
Post a Comment