saya terpanggil untuk bercerita tentang ini.
Intro
Ketika saya kecil, antara peraturan-peraturan di rumah yang kami diami di Skyfield (baca : Padang Melangit), adalah hanya boleh tengok RTM1. RTM2 banyak cerita cina. TV3 banyak cerita orang putih. Semua tu Tok tak berkenan. Sebab kami tinggal di rumah Tok, jadi tak banyak boleh dikomplen...kami ikut saja. Antara rancangan tivi kegemaran Tok ialah; Bola, Gusti dan Berita. Tiga rancangan ni...kena bagi can kat Tok tengok kalau ada. Jadi, Berita Jam Lapan dan Dunia Jam Sepuluh antara slot wajib yang Tok tengok dan kami pun sama-sama tumpang tengok.
Setiap kali tengok Dunia Jam Sepuluh, hati bagai diruntun-runtun melihat penderitaan rakyat Palestin yang bagai tak kunjung sudah. Satu konflik ke satu konflik. Usah cerita pasal perang saudara di Bosnia dan Iraq.
Sebagai kanak-kanak (baca : pelajar sekolah rendah), saya melihatnya sebagai SATU. SATU konflik. Satu kisah. Satu rentetan cerita. Kisah daripada berita dapat saya fahami. Tapi, 'aqal saya yang masih mentah itu selalu terfikir-fikir...bagaimana ia bermula.
Mama seorang guru lepasan ijazah. Minornya Sejarah. Majornya Sastera. Seringkali apabila saya tidak dapat memahami tentang sejarah...saya bertanya kepadanya. Dan dia pun bercerita.
Tapi, 'aqal mentah saya bagai tidak dapat menghubung-kait kisah dan peristiwa itu dengan puncanya. Satu-persatu saya cungkil dan semakin itu saya sukar unutk memahaminya.
Semakin saya cungkil, kisah dan konflik itu semakin panjang, kisahnya semakin merumitkan untuk saya fahami. Dengan kisah silam...apatah lagi kisah semenjak Nabi Musa diselongkar dan dikaitkan dengan pelbagai rentetan peristiwa semasa.
TENTANG PALESTIN
Akhirnya, saya bertemu dengan dua buah buku terbitan DBP, hadiah daripada RTM - Radio 3 Kangar antara hadiah, hasil penyertaan kami dalam Album Keluarga.
1. Protokol Komplot Zionis ancam dunia terbitan 1990.
2. Projek PL 5 - sebuah novel oleh Shaari Isa terbitan 1988.
Yang pertama saya baca tentulah novel Projek PL 5. Mama sungguh-sungguh memberi galakan. Walau tidak mengisahkan secara terus tentang krisis di Palestin tapi cukup membuatkan saya faham permusuhan yang berlaku Israel-Palestin. Antara novel milik keluarga yang saya sering ulang-baca dan aset berharga bagi kami.
Dan, Protokol Komplot Zionis yang saya baca kemudiannya memberikan saya gambaran tentang krisis yang berlaku...bukan saja dengan Palestin rupanya. Tapi dengan semua penduduk dunia.
Kemudian, semakin kita menginjak dewasa...semakin luas pembacaan...dan semakin mendalam pemahaman. Semakin saya rasa mengerti konflik ini. Cukuplah saya kongsilah rajah ini untuk kita mengerti apa yang berlaku sejak 1946-2000 (dan kini!).
Nak dikongsikan apa dalam buku itu, tiada dalam tangan saya di KL ini.
Jadi, sedikit maklumat untuk kesedaran kita.
Jadi, sedikit maklumat untuk kesedaran kita.
Perkembangan Bilangan Penduduk Palestin
(semasa Penjajahan British)
Arab Yahudi
1918 : 600 ribu, 91.6% 55 ribu, 8.4%
1948 : 1.4 juta, 68.3% 646 ribu, 31.7%
Mengimbas 1948 : Dengan perancangan licik, tipu muslihat, akhirnya Yahudi Zionis yang dibantu penjajah British berjaya menguasai negara Palestin.
Dan bermulalah pembentukan negara haram Israel (yang tidak diiktiraf Islam tetapi diiktiraf US) pada 15 Mei 1948 dan 'penguasaan 78% bumi Palestin'.
Lebih 800,000 (60% daripada 1.4 juta) umat Islam Palestin diusir dengan cara kekerasan. Mereka ke khemah pelarian di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lebanon dan Syria.
sumber : ISMA
Kini, berjuta-juta umat Islam Palestin menjadi pelarian. Rumah tanpa bekalan elektrik. Sekadar tempat berlindung yang bila-bila masa boleh dibom dan diterbak dengan senjata ganas Israel di 'negara Israel'.
komen : Ermm...saya rasa pendek sangat tulis pasal Palestin. Inilah jadinya, kalau intro saja sudah panjang!
No comments:
Post a Comment