Tuesday, May 06, 2008

Alhamdulillah!
Hati saya terdetik syukur yang mendalam. Moga Islam terus bertunjang di negeri Darul Sunnah kelahiran dan kecintaan saya ini. Semoga orang-orang yang dipertanggungjawabkan menjaga rakyat dan agama dapat bekerjasama terus menegakkan syiarNYA.

;)

---PETIKAN DARI BLOG DR. ASRI, MUFTI PERLIS---

Menang- Menang Dalam Isu ‘Jom Heboh’

Jom Heboh TV3 telahpun bermula di Perlis. Dari 3 hingga 4 May. Mufti telah mengemukakan garis panduan untuk Jom Heboh. Mudah dan jelas.

Apa kesudahan cerita antara SS Mufti Perlis dan TV3?

Hanya MB Perlis Dr Mohd Isa Sabu boleh menyelesaikannya. Garis panduan Jom Heboh hanya boleh dilaksanakan oleh beliau. Mahu atau tidak, terpulang kepadanya.Kesudahan menang menang adalah penyelesaian terbaik. Garis panduan SS Mufti dilaksanakan dan Jom Heboh TV3 dapat berjalan dengan lancar.

MB Perlis berjaya mengakhiri isu ini dengan keputusan menang-menang.
TV3 akan terus dengan Jom Heboh di Perlis dan akur dengan semua tuntutan Perlis termasuk tidak akan menurunkan Faizal Tahir.

Konsert pula tetap dijalankan namun dijanjikan bebas dari unsur Rock dan Dangdut (barangkali budayanya). Konsert akan berakhir pada pukul 11.30 malam.

TV3 juga ada menyediakan surau di tapak expo dengan bilal yang akan melaungkan azan bila masuk waktu solat. Manakala pada waktu itu, semua aktiviti akan dihentikan sementara.

Mereka juga akan menyediakan program agama berbentuk ceramah dan forum.
Semua yang cintakan kebaikan mengharapkan Jom Heboh dapat berjalan dengan suasana baik dan terkawal.

Sekalung tahniah kepada SS Mufti, MB Perlis dan TV3 kerana berjaya bersikap matang dalam mengatasi isu ini.

Juga tahniah kepada PAS Perlis dan sayap pemudanya yang sentiasa berada di belakang SS Mufti mendokong garis panduan untuk Jom Heboh TV3. Bukan atas sebab politik tetapi demi kebaikan umat Islam perlis.

Negeri-negeri lain patut mencontohinya.




------

Media? Hanya highlight isu Faizal Tahir! Sedang intipati peraturannya dilindungi. Dan nampak seolah memusuhi sesetengah pihak sedangkan usahanya mencakupi amanah yang lebih besar.

Juga tertarik dengan sajak Dr Asri yang ini, Biarlah Aku Di Daerah Ini.

No comments: