Orang Bangi yang tag. Mula-mula saya tak perasan kena tag jugak. Almaklum, semuanya dia guna nama gelaran ;)
My 7 Facts
1. Bergelar anak yatim sejak berusia 6 tahun selepas abah tercinta meninggal dunia selepas berperang dengan leukimea. Hidup dengan Mama, ibu tunggal yang cekal membesarkan tiga anaknya (dan saya puteri tunggal, yang sulungnya). Pengalaman hidup sebagai anak yatim yang kehilangan abah, anak kepada Mama yang kemudiannya berkongsi pengalaman-pengalaman hidupnya sebagai isteri, ibu, dan pelbagai lagi mehnah sebagai ibu tunggal dan jalan yang dipilihnya selepas itu. Semuanya banyak mengajar saya erti kehidupan dan kematangan. Memberi saya bekal yang berharga dalam menelusuri hidup sementara di dunia dan abadi di 'sana'. Biar apa, hingga kini DIA telah menganugerahkan 'redha' dalam hati ini hingga biar apa pun yang berlaku dalam keluarga. Saya sentiasa merasa bersyukur atas nikmat dan pemberianNYA, yang bagi saya AMAT MAHAL, sebenarnya.
2. 5 tahun selepas abah tercinta kembali kepada al-Khaliq kerana sejenis kanser...puterinya pula didiagnos dengan penyakit bernada serupa tapi berbeza. Kali ini giliran saya dengan Cancer Thyroid, dalam usia 11 tahun. Yang paling mencabar dalam keadaan tersebut, pastilah Mama. Dalam kebersendiriannya melayari hidup, dia terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan atau tidak thyroid saya dibuang pada ketika saya masih dalam alam kanak-kanak dan memerlukan kelenjar & hormon tersebut untuk tumbesaran fizikal & mental. Walaupun kalenjar berpenyakit dan gengnya itu dibuang pada 1991, 9 tahun saya ditaqdirkan hidup dengan penyakit tersebut yang menjalar-jalar sesuka hatinya (pernah merebak ke peparu, sabar sajalah! Saya sangat anti ROKOK!!!) dan hidup dengan rutin rawatan yang banyak membantu mematangkan saya. Biar apa pun rawatannya, ia bukan kemoterapi yang paling ditakuti oleh pesakit kanser. Saya tidak merasakan itu. Perubatan nuklear, radioiodine bagaimana pun salah satu kaedah rawatan unik yang cara penjagaannya dan kesannya perlu difahami pesakit dan orang sekelilingnya. Pengalaman ini melatih saya untuk ketahanan mental yang kuat dan erti usaha, tawakkal, dan redha kepadaNYA. Dan tahun ini, saya menyambut tahun ke-8 saya bebas cancer. InsyaĆllah untuk selamanya. Doakan!
3. Mungkin kerana rentetan-rentetan hidup yang saya coretkan di ataslah, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran peringkat menengah di kampung halaman saya sahaja (SMKAP + SMKAA), berdekatan dengan Mama dan keluarga. Tika itu saya masih dalam rutin rawatan dan saya tak mahu menyusahkan Mama jika dia terpaksa berulang-alik lebih daripada yang sepatutnya untuk saya. Saya tidak boleh pentingkan diri. Saya masih ada adik-adik yang memerlukan perhatian Mama, bukan saya seorang (yang telah banyak mengambil masanya). Dengan yang demikian, saya telah menolak tawaran ke SBP/MRSM. Selepas UPSR - tawaran ke SSP saya tolak. Selepas PMR - tawaran ke MRSM Taiping & KISAS saya lepaskan. Saya tidak menoleh sejak saya memilih untuk menolak, melainkan saya membuktikan kepada diri saya, guru-guru dan pastilah yang pertama sekali, Mama bahawa saya tidak silap dalam membuat keputusan kerana saya akan menjadi yang terbaik biar dalam apa jua keadaan. Dan, saya berusaha....
4. Saya suka berdikari dan sangat tidak suka menunggu. Ketika di zaman persekolahan, Mama terlalu penat untuk pergi hantar saya/kami adik beradik ke sekolah dan mengambil kami. Semasa sekolah rendah, dia francaiskan kepada Pak Lang Malik, si pemandu Van. Semasa sekolah menengah, saya selesa bergerak dengan jadual bas. Namun, semua perjalanan ini membuatkan saya perlu menunggu. Penantian memang satu penyiksaan! Itu yang saya rasa setiap kali terpaksa menunggu. Jadi, ada beberapa perkara yang mungkin boleh menenangkan saya; membaca buku ilmiah/novel/majalah (kini, dulu & selamanya) atau nota (ketika zaman belajar) atau melayari net melalui pda phone (zaman bekerja, terkini). Atau kalau tiada bahan bacaan, alamatnya saya bakal mencuka (jika lupa mengawal diri, pasti saya akan menyakitkan hati orang...mesti selalu ingatkan diri supaya manis-maniskan muka, terutama dengan suami), atau jika dengan Mama dulu (tuisyen dsb), saya pasti mendahuluinya dalam mencari jalan pulang sendiri. Saya memang tak betah menunggu (Mama tak kisah, baginya suka begitu). Oh...dengan suami, saya tak bisa melakukan ini lagi, kerana ada 'pantang'nya yang mesti saya ikut kini. :)
5. Kawan-kawan yang rapat saya, mereka memang 'kenal' saya. Antaranya 'kenal' saya melalui rapatnya persahabatan zaman belajar (study group, rumah sewa - Apartment 1D & Zeta 204), pengembaraan bersama (Jalan2x Ke T'ganu dgn Warga Aptmt 1D-1998, Pondok Sri Permai, Kelantan -2000, Delegasi Cyber-Bumi Anbiya' (Jordan-Mesir-Madinah-Makkah)-2001, Kembara Hajj (Makkah-Madinah)-2007). Semuanya tak perlu saya sebut nama, tapi saya pasti setiap mereka tahu mereka dalam kumpulan mana dan sejauh mana rapatnya mereka dengan saya. Saya banyak belajar daripada mereka. Dan, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua.
6. Saya berkahwin dikira dalam kelompok awal. Antara kelompok awal juga bagi geng MMU, dan antara yang terawal bagi geng SMKAA. Kini, dalam usia 28 tahun saya adalah Ummi bagi 2 permata hati - putera dan puteri. Saya dan suami sangat gembira meneroka dunia rumahtangga dan keibubapaan yang bagi kami, pasti tidak boleh dijalani dengan prinsip try-and-error. Kerana itu, kami sering melengkapkan diri kami dengan ilmu supaya pendidikan anak-anak serta tarbiyah mereka terarah, terarah dan islamik. Sering saya katakan kepada kawan-kawan saya (terutama yang masih belum kahwin dan masih mengejar cita-cita), "I consider myself as young mom!". Ada satu lagi fakta yang tak mungkin saya lupa. Saya dapt suami yang ketika dahulu saya pernah berkata tidak suka kepada 3 ciri-ciri ini :- Tak suka orang telinga capang, Tak suka anak no. 2, Tak suka orang Kelantan. Dan alhamdulillah, Allah menganugerahkan kepada saya apa yang saya perlukan...kerana ketika saya katakan apa yang saya tidak suka itu, saya tidak lebih hanyalah hambaNYA yang TIDAK TAHU. Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan si dia yang sering mendampingi hati ini untuk sering mendampingiMU. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat. Ameen!
7. Saya sangat suka bercerita tapi juga kuat berahsia. Juga digelar 'mysterious girl'. Zaman sekolah, nombor telefon rumah pun tak ramai yang tahu. Siapa yang pernah kena tahulah bagaimana nak dapatkan no telefon rumah saya (waktu tu tiada telefon bimbit). Kalau anda rasa saya banyak bercerita di sini. Nyata anda belum kenal saya. Ada terlalu banyak cerita dan pengalaman hidup yang saya bungkus baik-baik kerana menjaga hak dan amanah diri dan orang yang terdekat. Yang saya ceritakan, baru sekelumit pengalaman yang setelah saya timbang-timbang, tapis-tapis (kena tapis, mohon Allah jauhkan riya')...ada kebaikan yang boleh dikongsi bersama. Maka, saya kongsikan tanda kasih kepada sahabat-sahabat.
Saya nak tag...
1. Cik terasa sejuk-sejuk bayu menghembus mega-mega
2. err...tatau
3. saya minta masa untuk berfikir siapa yang hendak ditag ok
4. ;)
5. :)
6. :P
7. :>
2 comments:
menarik
suka bercerita yer?
btol la tu
cerita hany mmg best2 le hihi
tu lah. dapat je orang dengar abih la :P
samalah hany & ika. kan ika kan? bila kita bercakap, sapa yg dengar ek? heheheh
Post a Comment