Kerana sayangnya DIA,
Bashir itu jadi cinta di jiwa hamba.
Kerana kasihnya DIA,
Sami' itu jadi rindu,
Dalam penantian menyahut janji pada af'idah.
Kerana cintanya DIA,
Maka nafas ini jadi permata,
Tersia senafas?
Lantas apalagi ni'mat yang didamba,
Sedang cintaNYA agung pada kita!
Walau senafas dibelainya dalam dakapan dunia.
Fana',
namun inilah jambatan kita,
ke alam abadan abada.
Kalaulah dapat dilukiskan pengalaman itu, pasti lukisan itu takkan kujual di mana-mana. Ia amat mahal dan berharga. Tetapi, kerana namanya ialah pengalaman, maka dijual tidak. Setiap detik yang ditelusuri boleh dikongsi bersama. Andai kau mahu bersama merasai indahnya ia. :)
Kenangan itu takkan luput.
Cerita-ceriti :
Senario 1
Akhir bulan Mac yang lalu, saya terfikir rindunya nak tengok balik program Kembara Bumi Anbiya yg pernah ditayangkan di Astro Ria (tahun 2002), hasil pengembaraan kami-DCBA.
Rindunya rasa hati! Sunyinya rasa jiwa!
Teringat dalam satu slot usrah DCBA yang kami adakan selepas pengembaraan DCBA. Topik malam itu, HIDAYAH. Ingat tak? Slot usrah itu dan pengisian itu merupakan antara pengisian usrah yang paling terkesan buat saya. Betapa sukarnya mendapat HIDAYAH.
Betapa susahnya menjaga kekhusyukan solat ketika solat di dalam bilik berbanding solat di hadapan Baitullahilharam.
Betapa berharganya doa,
"Rabbana la tuzie' quluubana ba'da izhadaitana wahablana minladunka rahmah"
dan...
betapa mencabarnya untuk mengekalkan kesucian hati daripada noda maksiat sebagaimana sucinya hati ketika di dalam Raudhah & dan di hadapan Baitullah.
Entah bagaimana pula cabaran untuk mengejar para mad'ue demi mewujudkan bi'ah solehah idaman kita, atau kita sudah capek dicantas urusan duniawi fana' ini.
Itu cabaran kita sahabat!
:)
Senario 2
"Kak Hany, Kak Hany nih artis ke?" tanya seorang kanak-kanak, anak kenalan saya yang berusia dalam 5 tahun kepada saya 3 minggu lepas.
"Kenapa?" Soal saya yang kebingungan dengan soalannya.
"Ye lah...Dijah ada nampak Kak Hany dalam TV. Rancangan pegi Arab tu! Kak Hany ada cakap-cakap, Kak Hany artis ke?"
Erkss...apa saya nak jawab nih, fikir saya.
"Tak semestinya. Abang Zainal pun ada jugak dalam TV kan? Takkan Abang Zainal artis" jawab saya...memikirkan jawapan yg berhikmah utk kanak-kanak zaman sekarang nih sungguh mencabar.
"Abang Zainal ustaz, memang masuk TV"
Erks...terkedu saya. Itulah pemikiran anak-anak zaman sekarang. Golongan yang masuk TV hanyalah ustaz & artis bagi mereka. Semua yang masuk TV mesti digolongkan dalam antara dua golongan itu agaknya.
"Dijah pun boleh masuk TV, kalau kamera tu tangkap gambar Dijah. Kak Hany cuma pegi Arab dengan kawan-kawan sekolah, dengan Pak Ngah jugak."
"O0o0oo...Kak Hany bukan artis la yer?"
Saya tersenyum.
"Bukan."
p/s: Saya rasa rugi tak sedar ada tayangan ulangan Kembara Bumi Anbiya di Astro Ria walaupun ada astro di rumah. Langsung tak tertengok pun buku intisari rancangan astro tu. :D.. Tapi, syukurlah ada jua segelintir yang bermanfaat drp program tersebut, ref komen di tulisan Patriotik : oleh Zueika.
Akhir sekali,
Solatu wassalamu 'ala rasuli, Muhammad ya nabiyil kareem
wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'een.
Selamat Hari Lahir.
~~~
Hany FF
11 Rabi'ul Awal 1426 H
No comments:
Post a Comment