Friday, December 07, 2007
Tuai Padi Antara Masak
Yang dituju melambai hati kerdil ini
Yang ditinggal pasti redha ketentuanNya
Pada tiada yang lain melainkan Allah
Kami titipkan salam dan doa
Agar pertemuan ini tidak sia-sia
Kembali bertemu saling bermesra
Memori ini akan dirindui
Sahabat-sahabat yang dihormati, Abu Nufayl & Ummu Nufayl, mohon permisi sebentar. Ada tanggungan yang perlu disempurnakan. Terlalu jauh lagi diri kami ini dari mencapai redhaNya yang mutlak. Namun usaha perlu diteruskan. Dengan segenap kekuatan yang ada kami akan melangkah, menyahut lambaianNya, menadah rahmatNya, menghambakan diri padaNya yang Maha Esa.
Tiada kepastian dalam hidup ini, baik hari ini mahupun esok. Lantaran, kami panjatkan doa padaNya akan dipermudahkan segalanya. Kami pohon doa dari sahabat, kami harapkan kemaafan dari kalian. Pohon halalkan sebarang yang terusik tersentuh. Doakan kami dipermudahkan Allah.
Ya Allah, kami melangkah pergi, menujuMu, meninggalkan sebentar permata-permata hati kami. Kau jagailah mereka. Didiklah mereka dan lindungilah mereka. Kami kasih pada mereka, namun kasih dan rahmatMu lebih tinggi dari segalanya, kasih kami padaMu dan RasulMu tidak boleh dibanding-bandingkan. Rahmatilah mereka, ya Allah. Rahmatilah mereka ya Allah.
Kami sedih di satu sudut hati. Namun girangnya kami menuju lambang keagunganMu, tidak tergambar terbanding oleh sebarang apa pun. Kekalkan rasa hati ini, agar hanya padaMu kami menghambakan diri ini.
Kita ketemu lagi. InsyaAllah. Satu ketika, satu detik, yang diizinkan Allah. Walaupun segalanya belum pasti, namun selepas 20 Januari 2008 'mungkin' saatnya. Hanya Allah yang berhak menentukan segalanya.
Terima kasih atas nilai persahabatan yang manis dan indah.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Wassalam
Abu Nufayl & Ummu Nufayl
Tuesday, November 27, 2007
Merenung Waktu?
Tak terkira saat yang berlalu.
Menghisab diri?
Lebih baik sedikit daripada tiada.
Alangkah baik sentiasa daripada yang sedikit itu.
Merenung waktu?
Dah banyak pun yang berlaku.
Yang tiada...dah pun ada.
Yang kecil...dah pun besar.
Kira saja si Nufayl & Nuha. Dua putera-puteri itu dah pun cukup besar. Kenal Abah & Ummi.
Nufayl dah petah berkata-kata.
Nuha dah berjalan selangkah dua.
MEREKA YANG TELAH MENINGALKAN.
24 November...buat pertama kali...sungguh kami berpisah. Nuha dan Umminya.
Nufayl...sebelum ini...dah pernah berpisah dlm tempoh maksimum 5 hari, ketika Teambuilding 2005 & ketika dia ikut Abah pulang ke Kelantan 2 minggu lepas.
~~~~
1. CERITA NUHA
Aku & Nuha. Ini kali kedua selepas Kursus Perdana 27 Oktober lepas.
Sungguh-sungguh.
Dia masih menyusu sebenarkan. Dan dia tetap menolak botol susu.
Dia masih boleh disusukan (formula)...tapi melalui gelas.
Aku ada sedikit stok susu badan...untuknya melepas rindu nanti. Jika dia di KL lah.
Kalau dah dibawa ke Kelantan...EBM tak boleh bertahan.
Sejak 2 minggu lalu, Aku dah bercerita dengannya.
Tentang cerita dia di alam rahim. Cerita kelahirannya.
Dia mengangguk-angguk seolah faham.
Aku sambung kisah...tentang sejarah namanya yang kami pilih FATMA NUHA.
Dia angguk lagi. Faham benar nampaknya.
Aku cerita lagi...tentang dia yang memilih...hanya yang terbaik saja. Langsung menolak susu formula.
Kali ini, dia buat tak faham. Terus menerus meneguk dengan kedahagaannya.
Aku beritahu dia...dia perlu menerima kemungkinan perpisahan, rindu dendam dan ketiadaan Ummi.
Dia memejam mata rapat-rapat seolah tak mahu mendengarkan.
Sungguh...bila aku ulang cerita itu. Dia pejam mata. Buat tak faham...tak mahu mendengarkan.
Aku sayu.
Aku tatap wajahnya yang mongel.
Dia sangat ayu.
Kasih terhadapnya membuak-buak.
Dia puteriku. FATMA NUHA!
Terimalah sayang, kita akan berpisah sebentar. Teruskan hidupmu. Ummi akan kembali mengisi hidup kita bersama.
Isnin lepas, 17/11...famili Kelantan tiba di rumah. Tok Mi Nuha cuba-cuba tidurkan Nuha.
Tepat tengah malam dia kembali bersama Umminya. Khamis malam...dia berjaya hingga ke pagi...tidur bersama Tok Mi. Esoknya...malam terakhir bersama Nuha. Ummi dan Nuha kembali tidur bersama. Nuha seolah melepaskan rindu.
Ummi hanya boleh berdoa supaya Allah mempermudah segalanya.
Ummi tak sanggup buat petua orang tua-tua (bubuh bawang/benda2 pahit e.g : kapur, akar kayu) untuk ceraikan susu badan. Ummi sayu! Ummi nak beri yang terbaik hingga saat akhir.
Ummi hanya berdoa supaya Allah berikan kekuatan kepada Nuha untuk terima susu lain apabila Ummi berpergian nanti.
Dengan bantuanNYA. Bukan setakat susu yang Nuha tak cari. Nuha pun boleh terima...perpisahan ini. Pagi itu, dengan senyuman dan lambaian, Nuha pergi dengan Abang Nufayl & Tok Mi, Tok Ki ke Kelantan...meninggalkan Abah & Ummi bersunyian sendirian.
Sedangkan, sebelum ini...berpisah dengan Ummi pun jangan. Dia menangis sekuat hatinya.
Alhamdulillah! Kini Nuha di Kelantan...dah melangkah sendiri dan minum susu formula dengan baik dalam gelas. Malam hari pun, Nuha dah boleh sesuaikan diri dengan Tok Mi & Tok Ki.
Terima kasih Allah! Aku tak risau lagi.
~~~~
~~~~
1. CERITA NUFAYL
DIALOG DENGAN NUFAYL PADA PAGI 17/11
+Nufayl...anda sdg dirakam!
-Babaii....
+Nufayl nak pi mana?
-Nufayl nak makan. gelak
+OoO...lepas makan nak pi mana?
-Nak pi umah Tok Ki.
+OoO...Nufayl nak tinggal Ummi?
-Tinggal ummi, nak gi keja.
+Nufayl nak pi keja...? aaa..sapa nak pi keja? (Ummi kurang dengar sebab suara Nufayl kurang jelas)
-Nufayl nak balik umah Tok Ki!
+ok Ummi nak gi mana?
-Ummi nak pi keja.
+Abah?
-Abah nak gi keja.
+Nufayl tak sedih ke nak tinggal Ummi & Abah?
-Sedih la.
+Nanti Ummi nangis camne? Sapa nak pujuk?
-Nanti Nufayl ...
+Kalau Ummi letih sapa nak pijak Ummi?
-Nanti orang datang...
+Nanti orang datang?alorh, nanti sapa nak datang pijak Ummi?
-Nanti Nufayl datang!!!
+Ok...ok...heheh...baiknya anak Ummi janji. Ok...have a nice breakfast...babai...i love you!
-I laf u too!
Ya. Ummi sayang keduanya!
Monday, November 19, 2007
Yang Tersurat
Oklah, nak kena balik dah. Belum makan tengah hari lagi ni! Inilah hidup di sini (;)). Dah terbau Nasi Beriani & Ayam Masak Merah. Ayeh call katanya, Yong mesti balik cepat...dan makan juadah yang dia masak. Siapa Ayeh? Pak Lang kesayangan Nufayl.
Thursday, November 15, 2007
PENYAPU BERSIH!
Tak nak berpanjang lebar. Gambar menunjukkan segalanya. Dapat penyapu pun ada gambar juga. Gambar 4000 orang tak nampak pulak.
HJ PANTANG DICABAR tempoh hari dah maklumkan, 4000 polis akan dikerah 'mengawasi' BERSIH. YB CANNOT HEAR pula kata menerusi media sampah tunggangannya, hanya ada 4000 penunjuk perasaan. Jadinya 1 : 1 la kan? Seorang polis kawal seorang demonstran. Cam tu ka? Cuba kumpulkan balik orang seperti hari tersebut, dan bilang balik. Lepas sampai 4000, panggil consultant luar,tolong bilang pulak, takpun suruh budak tadika kasih sayang ka.. takutla tak reti nak bilang. Inilah masalahnya kalau belajar math tidur dalam kelas ni. Takpun memang jenis tak masuk dalam kepala. Dah besar dok kena gelak satu dunia.
Isu di Selangor, yang dapat penyapu kata itu pembakar semangat. Rakyat Malaysia pula kepoh dalam akhbar perdana tentang isu penyapu. Eloklah tu. Diamkan isu BERSIH, buka isu PENYAPU. Mari kita SAPU BERSIH!.
Bukan sengaja nak kata, tapi kena kata, pemimpin ni kita kena doakan juga, jangan kutuk aja. Nanti masin mulut, susah nak reverse. Tapi, kalau macam negara kita ni, rasanya dah telajak ego, bebal dan dungu, rasanya bolehla kot nak kata sikit-sikit..
Kalaulah isu penyapu dipandang dari segenap aspek ceruk sudut hukum dan pandangan, saya terpanggil nak tengok isu respon pemerintah terhadap BERSIH ni contohnya ; adakah dilihat dan disandarkan pada sudut yang sama? Ataupun munafik lagaknya? Kalaulah pejuang Hadharah Islamiyah ini (saya tetap tak ingin sebut Islam Hadhari), benar-benar layak untuk berbicara dan mengusulkannya menjadi agenda negara, adakah benar Muqaddimah Ibn Khaldun telah dikaji?
Nak rujuk pada Ibn Khaldun, tapi isi tentang kelembutan pemerintah terhadap rakyat tidak pula diamalkan. Saya pernah ter'baca' kitab tersebut, bab 3 ke 4, lupa dah, antaranya menyatakan "kekejaman/kekerasan berlebihan akan memudaratkan kedaulatan kekuasaan serta boleh menyebabkan kehancuran kuasa tersebut."
Hadharah Islamiyah perlu unsur hubungan aman dan lancar antara rakyat dan pemerintah. Saya tidak salahkan polis jika dihantar untuk mengawasi, kerana mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan dalam perhimpunan sebegini untuk mencuri, meragut dan sebagainya. Tetapi mengawasi dengan bertukar menjadi ANJING PELIHARAAN pemerintah, menendang rakyat hingga patah kaki dengan berpakaian preman, itu memang tindakan HARAM dari segi moral dan syarak. Patutnya dibalas qishas, patahkan balik kakinya.
Betullah, agaknya, kalau hudud dan qishas dilaksanakan di Malaysia, rasanya polis Malaysialah yang paling ramai akan cacat anggotanya. Takpun pemimpin-pemimpin kerajaan yang jaga polis dan media tu. Tak cukup tulang nak dipatahkan rasanya. Tu yang DEPA takut tu nak gunapakai, baghu tau ka?
Belum lagi menyembur air yang tak tahu apa kandungannya. Tanda halal JAKIM ada ke idak? Yang menyemburnya tuh memang dah sah TAK HALAL.
Bukan ini berprasangka, tetapi kalaulah isu permit dan pantang dicabar untuk bersih ini diumumkan dalam perhimpunan agung sebuah parti politik , itu maknanya ia adalah agenda parti, bukan lagi agenda KERAJAAN. Ada bezanya tu. Tungganglah apa sahaja haiwan yang kamu bela duhai umarak suu'. Dan akan tiba masanya, tunggangan itu dan mangsa-mangsanya akan menerkam kamu kembali, dan memperlakukan kamu, akibat tingkah laku munafik manusia yang asalnya diberikan aqal, lantas menyalahgunakannya dan tidak tahu , maka lebih teruklah ia dari binatang ternakan (bal hum adhol!).
Sambil-sambil mengutip-ngutip isu ini, kita masih lagi menunggu berita tentang isu allahyarham adik Nurin, dan berbelas-belas lagi yang masih samar, tanpa berita. Tenanglah wahai jiwa. Allah sentiasa bersama mereka yang sabar!
Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan Kami Pemimpin Yang Baik dan Soleh, Berjiwa Besar dan Bijaksana. Hancurkanlah Kemunafikan, Kekejaman, Penyalahgunaan Kuasa, Kami Tidak Inginkan Saham Akhirat Kami Lebur Dengan Kejelikan Ini. Ya Rabb Ya Lathiff. Ya Zaljalaali Wal Ikram.
Warga Negara Khalifah OIC..
Wassalam.
Tuesday, October 30, 2007
Sampai Hati Buat Tak Tahu
Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu
Dengar di sini
Baca di sini
Baca ucapan si tetamu di sini
Cerita Raya EidulFitri 1428h di Perlis
11 Oktober, Khamis
Bertolak pulang ke Perlis DarusSunnah.
12 Oktober, Jumaat - sehari sebelum raya
Sibuk menganyam ketupat (daun ibus) dengan Tok, bantu Mama masak Rendang Ayam Pedas, Rendang Daging Hitam, Nasi Himpit, Kuah Satay & Daging Satay.
Buat Kek Coklat Basah tradisi di JannatulHany sejak lebih sepuluh tahun lalu.
Suzy buat muffin blueberry & strawberry.
13 Oktober, Sabtu - Raya Pertama.
Pagi, solat raya di Masjid Padang Melangit.
*Nazim jadi Imam. Dia ingatkan jemaah tentang kebaikan mengangkat tangan ketika bertakbir.
Jumpa ramai kawan-kawan (Suhana, Irma, Makcik Norilyani), saudara-mara (tak tersenarai), cikgu-cikgi (Cikgu Lebar, Ustazah Midah) kat Masjid.
Pulang ke rumah - bermaaf-maafan dan makan-makan.
Tak sempat nak makan pun, dah ramai yang menyerbu ke rumah.
- Kanak-kanak keliling kampung
- Cu Ma, Cu Dan dan anak-anak
- Pak Ngah, Mak Ngah etc etc
Ziarah rumah jiran-jiran : Cu Ma, Mak Ngah Piah (bihun sup), Mak Cik Nah (laksa).
Terus ke Kodiang. Ziarah :
- Kubur abah, Allahyarham Fuad Salleh
- Rumah Tok Wan + Tok Yam
- Rumah Tok Su di Kampung Pondok Hj. Isa
- Rumah Tok Minah di Kampung Sena
- Rumah Mak Ngah di Kodiang juga,
Sampai rumah dah malam. Penat! Mak Cik Ani sampai.
14 Oktober, Ahad - Raya Kedua
Mama masak Soto Special Mama.
Ramai sedara-mara mai [Mak Ngah Ton, Tok Su Esah mai, Dik Lin, Dik Ina tak terbilang]
Anak-anak murid Mama (Kak Rin, Abang Aidi) mai.
Ziarah Cu Ton, Cu Kaq.
15 Oktober, Isnin - Raya Ketiga
Open House Abang Fendi
Ziarah rumah Abang Aidi
16 Oktober, Selasa - Raya Keempat
Temujanji untuk photoshoot di studio Redframe, Kangar dengan Azzaharry. Dia jurugambar perkahwinan Dik Id masa majlis di Perlis hari tu.
Selepas photoshoot, Mama dan yang lain ziarah ke rumah sedara-mara area Kangar. Abang, saya dan anak-anak lapik perut di Hanis Corner, Jalan Sekolah Derma dan langsung ke rumah AnisZ untuk Get-To-Gather-Gather Intel Raya. Makan nasi dan lauk-pauk masakan emak Anis. Ayam goreng dia best. Dah tanya resipi, tapi lupa sebelum sempat tulis.
Terus ke rumah Cikgu Siti (Hatifah).
17 Oktober, Rabu - Raya Kelima
Beraya di Changlun - rumah B.
Singgah di Kandang Kambing Ayeh, Capra Land di Kodiang.
18Oktober, Khamis - Raya Keenam
Bilang duit raya anak-anak.
19 Oktober, Jumaat - Raya Ketujuh
Rehat di rumah.
20 Oktober, Sabtu - Raya Kelapan
Pulang ke kota metropolitan. Tamat!
Agenda selepas ini - Kursus Perdana Haji di Masjid Putra, Putrajaya 27-28 Oktober dan kursus-kursus ekspress Haji kelolaan C.S. Holiday di KISAS, Klang.
No more raya!
Monday, October 29, 2007
Gambar & Cerita Raya?
Salam.
Andai kata masih ada yang beraya.
Kami sudah tutup diari raya. Banyak agenda lain yang menunggu. Kalau ada pun minggu depan nak ziarah mak-mak penakan yang duduk kat Lembah Klang ni.
Cerita raya 1428h baru-baru ini, saya tangguhkan dulu. Memang amat tak sempat. Nanti bila dah update, saya akan bagitahu. Mungkin saya 'backdate' kan.
p/s: Penghuni Jannatul Hany yang tiada dalam gambar, Tok Midah & Paksu.
Thursday, October 25, 2007
Rukun Islam ada 5?
Bersandar sekejap di kerusi. Membelek-belek kitab yang 'hampir' berdebu. Tersentuh hati sejenak. Memikirkan diri dan rakan taulan. Sejak kecil kita diajar rukun Iman dan rukun Islam. Bagi mengelakkan post terlalu panjang, mari kita tengok bab rukun Islam sahaja kali ini.
Rukun Islam ada lima. (atau enam? - sudah! ) .. Bila saja disebut rukun, wajib dipenuhi. Tak boleh diganti. Tak boleh ditampung dengan dam. Tak boleh niat sahaja. Qaul, qasad dan fi'il mesti sekali.
Yang pertama sampai keempat, bagi orang awam yang ta'at pasti akan melaksanakannya. Syahadahnya, Solatnya, Puasanya, Zakatnya - tak mau bicarakan yang ini ;Tapi yang kelima? Mari kita kecilkan sedikit lagi skop kita. Menunaikan haji ke baitullah jika mampu. Hurm.. klausa 'jika mampu' sebenarnya agak mengelirukan segelintir umat. Termasuk saya sendiri pada mulanya.
Menghuraikan perkataan mampu, saya teringat bila ditegur tentang tafsiran SUNAT oleh allahyarham datuk ketika kecil dulu. Seperti biasa, kita suka baca kitab fiqh. Sunat maksudnya buat dapat pahala, tak buat rugi. Tapi tak berdosa. Namun beliau menegur, katanya itu sebab ramai manusia tak buat perkara sunat. Sebab mereka ambil klausa tak buat tak apa. Dan kalau rugi bukannya nampak.! Takrifan yang lebih wara' ialah buat dapat pahala, tak buat, maka tak tertampunglah perkara wajib yang kita buat tak pernah sempurna tu. Kalau tak sempurna camana nak masuk syurga paling atas.
Tengok mantiq dan analogi sikit.
Ada dua jenis jalan raya, dari titik KL ke KB. Satunya macam hiway. Satunya berlubang-lubang. Keduanya akan sampai ke KB. Tapi jalan yang pertama lebih selesa, tenang dan aman. Sampai lebih cepat. Kereta tak rosak. Jalan yang kedua? Sampai juga. Badan sakit. Lewat 2 jam. Alignment lari. Absorber pun teruk bekerja.
Bila kereta dah rosak akibat jalan berlubang. Perlu ada 2 approach. Pertama, baiki jalan. Kedua, kalau S**Y Ve*** taknak baiki, kena la baiki kereta. Bab baiki jalan/kereta ni, wajib tu taklah. Tapi kalau baiki, perjalanan lebih lancar, kereta pun sihat balik. Lagi laju boleh bawak. Tak breakdown tgh jalan! ITULAH ANALOGI SUNAT!
Fardhu Haji, bila mampu. Ini yang payah. Bila nak mampu? Kita tak mampu kerana masih berhutang kereta dan rumah? Jawabnya paling cepat 5 tahun lagi. Takpun pinjaman rumah 40 tahun. Takkan nak tunggu umur 70 baru nak pi kot! . PERGILAH. Kalau kita mampu bayar ansuran tu secara bulanan, ia bukanlah dikira sebagai hutang yang menyekat kita pergi pada usia muda. Lainlah hutang yang tak tertanggung. Hutang dengan orang, dengan along, dengan ceti, dengan adik beradik. Dan langsungtak boleh bayar. Maka selesaikan dulu. Malah mereka boleh menghalang kita pergi menggunakan sebarang pendekatan jika kita dilihat sengaja tidak membayarnya, tapi masih nak pergi haji!
Mampu? ada yang tak mampu katanya. Tapi rumah sudah beli dua. Kereta pun ada dua. Pinjaman yangdibuat pula bukan 100%, siap boleh bayar downpayment belasan/puluhan ribu. Ini memang teruk. Kalau itu menyebabkan kita tak boleh pergi, jualkan salah satunya! Jangan terjebak dengan masalah yang dicari sendiri. Diulang, HAJI ITU RUKUN ISLAM!. Sebaik sahaja mampu, pergilah terus, walaupun usia baru 20 tahun.
Usia muda, masalah juga. Mau kahwin dulu. Okay, kalau tidak berkahwin maka akan berlaku maksiat, kahwinlah dulu. Tapi kalau memang rancang nak kahwin lagi 5 tahun. Duit di tangan dah ada RM9445.00 (minimum untuk musim 1428H - dan sedikit tinggalan perbelanjaan) makan PERGILAH HAJI DAHULU. 5 tahun kita menunggu utk berkahwin, dan 5 tahun kita abaikan rukun Islam ke-5 ini. Jangan kira harga pakej swasta. Bila nak mampu kalau gaji baru 3 ribu sebulan. Pergi haji bukan nak senang, tapi nak beribadah. Susah sikit tak apa.
Wang pergi haji memanglah AGAK banyak jumlahnya. Tapi bagi segelintir umat, ia bukanlah isunya. Isunya? Tak sampai seru! Seru kat mana? Sudah mendaftar dengan Tabung Haji? Syaratnya perlu ada minimum RM 1300.00 untuk mendaftar. Takkan tak ada kot. Habis.. kalau mendaftar pun belum, bila nak sampai serunya. Simpan dulu seru tu? Samalah kisahnya, mereka yang mendedahkan aurat dan mengatakan belum dapat hidayah! .. Hidayah apanya, kalau ditegur melenting, pastu buat bermacam mazhab sendiri. Kapal terbang nak landing pun kena ada airport. Inikan hidayah. Kalau hati sengaja dikeraskan, macam mana nak dapat? ..
Balik tajuk.. angka belasan ribu mungkin menakutkan kita mendengarnya. Tapi sebagai manusia, kita diajar dari kecil menabung. Kita menabung untuk belajar, kita juga menabung untuk beli kereta. Untuk kahwin, untuk mulakan perniagaan. Ada tak tabungan untuk perkara rukun ini?? Kalau tak ada, itu salah urus dana namanya. Mulakanlah sebelum terlambat. Takkan untuk haji nak tunggu wang KWSP umur 50 / 55 tahun kot. Kalau mati sebelum tu? Bukankah menyusahkan orang nak atur badal haji untuk kita pula. Biarlah ketika hidup aja kita susahkan orang! .. ups.. ameen..
Sahabat-sahabat sekalian, panjang lain pula jadinya. Tapi apa yang ingin saya pesan pada diri saya, pandanglah haji sebagai rukun, jangan pandang perkataan mampu dan tak mampu tu terlebih dahulu. Kalau letakkan perkataan 'mampu' itu di hadapan, rukun di belakang, maka nafsu kita akan selalu menghelah.
Ini pendapat saya sahaja, dari ilmu yang cetek, jangan jadikan hukum - dalam andaian yang paling teruk, kalau kita mampu berhutang RM200,000.00 untuk sebuah rumah, tetapi oleh kerananya kita abaikan/lambatkan rukun Islam ke-5 ini, maka ALANGKAH baiknya, kita buat pinjaman lain tak sampai RM40,0000.00. Dan selagi kita mampu membayarnya secara bulanan, kita memang dikira mampu. Bukan mahu mengajar menunaikan haji dengan hutang, tapi saya ingin andaikan perkara sebegini lebih baik dari kita membeli rumah kedua atau kereta kedua, atau isteri kedua dengan kos yang jauh lebih tinggi, tetapi fardhu haji masih lagi tertangguh!
Itu aspek kewangan. Ramai pula kata tak cukup ilmu. Hai, abang, kakak, bila nak cukupkan ilmu. Dah dapat degree. Dah jadi engineer. Tak cukup ilmu lagi? Fardhu kifayah dah selesai sampai tahap gaban (baca - Degree/Master/PHD). Ilmu fardhu ain takkan tak cukup lagi kot. Sapa ustaz yang ngajar agama sekolah menengah dulu, saya nak tanya sket.
Or tak cukup amal? bila nak cukup? Bukan patutnya dari baligh ke kita kena cukupkan amal! .. :) . Kadang-kadang saya tersenyum sendiri memikirkan ini semua.
Itu sahaja dulu. Sekadar cetusan idea dari pembacaan terhad - dan saya rasa sesuai dengan taraf hidup dan aqal para bloggers. Bukan untuk pak tani dan mak ladang yang benar-benar kesempitan!
Dan janganlah kita termasuk dalam statistik mereka yang memenuhi Tanah Haram pada usia 60 tahun dan ke atas! Yang betul-betul tak mampu, okaylah! Apa huraian mampu? :) ..
PERINGATAN : Ini bukan artikel berunsur fatwa atau hukum! .. Dan sama-samalah kita berdoa agar kita semua dapat melengkapkan Islam kita ini sebelum dua bibir mata bertaut selamanya, pada sebarang umur! .. Ameen
Wassalam
Wednesday, October 10, 2007
Salam EidulFitri 1428h
Mungkin beranjaknya tarikh ke 11 Oktober, kami akan mula bermusafir ke Perlis DarusSunnah.
Jadi, ini mungkin catatan terakhir kami sebelum bercuti panjang.
: 11-21 Oktober 2007 (of course cuti Mudin lagi panjang ;)).
Salam EidulFitri daripada kami sekeluarga, mohon ampun maaf zahir dan batin atas salah-silap-kekurangan-kekhilafan kami.
Kita sama-sama mendoakan agar kita semua digolongkan dalam golongan yang diberkati, diredhaiNYA.
Sedikit tips-tips untuk para musafir di EidulFitri :
1. Lakukan dahulu solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bertolak.
2. Baca Doa Bismillahillazi La Yadhu Ru" (yang juga dipanggil ayat segerak)
Baca ayat tersebut 3x, tetapi sekiranya bacaan tersekat-sekat atau ada halangan semasa membacanya, berhenti dahulu dan baca semula sehingga habis 3 kali dengan lancar dan sempurna baru mulakan perjalanan.
3. Sekiranya anda berhenti utk buang air di masjid, janganlah sesudah menunaikan hajat... pergi begitu sahaja, seeloknya isilah tabung-tabung yang ada di masjid/surau. Insya'Allah dengan derma yang anda hulurkan Allah akan selamatkan perjalanan kita dan selamatkan juga rumah yang kita tinggalkan.
4. Kalau boleh, kurangkan atau tak dengar lansung hiburan-hiburan yang melalaikan di sepanjang perjalanan...pasanglah CD Al Quran. Bacalah apa2 zikir yang kita tahu.
5. Sekiranya di perjalanan anda lalu di masjid-masjid atau surau-surau , ucapkanlah Allahuakbar 3x (byk pun tak apa) kemudian ucapkanlah Walillahilhamdd.
Bagi yang beraya/ bercuti/bertandang ke Perlis...sila-silalah hubungi saya, saya akan beri tunjuk-jalan seadanya. Jemputlah ke rumah. Apapun hubungi dulu tau...bukan apa, selalunya aktiviti Raya kami ni padat. :)
~~~
Daripada,
FitrahZH
Sunday, October 07, 2007
27! HANYA ANGKA?
Sempena usia yang bertambah menjadi 27 tahun ini,
Moga azamku termakbul, doaku terjawab.
Moga,
dalam keluh-kesah, ada kasih.
Ada bahagia.
Ada cinta.
Bukan sahaja dengan insan dalam hidupku.
Tapi juga denganMU, Tuhan!
Friday, October 05, 2007
Abadi...
Dengan hadirnya hari ini, bermakna 6 tahun lalu bermula satu kisah.
Dan hari ini, kisah itu semakin panjang.
Semoga sebagaimana permintaan kami untuk keberkatan daripadaNYA,
akan terjawab semuanya dengan jawapan-jawapan redhaNYA.
Thursday, October 04, 2007
Seaman Ramadhan Ini
Salam sejahtera buat semua yang membaca,
dan kerahmatan & keberkatan Allah kudoakan buatmu.
Ramadhan sudah menjejakkan kaki ke fasa terakhirnya...10 malam akhir.
Bagaimana kita dan pengembaraan rohani kita.
Sudahkah jiwa dididik untuk kembali menjadi hambaNYA yang bertaqwa?
Sementelah Allah yang Maha Pemurah telah menjanjikan 1001 kebaikan dan kelebihan.
Seawal akhir Syaaban kita mengetatkan azam...sempurnakan puasa, sempurnakan solat fardhu, kerapkan solat sunat, banyakkan bertartil al-Quran, banyakkan bersedekah...dan sepanjang-panjang senarai (kalau isteri, antara azamnya termasuklah masak sendiri untuk keluarga berbuka & sahur).
– beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam
– rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam
– dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam
Bagaimana ya mengukur kebaikan?
Bagaimana pula menghitung pahala?
Bagaimana pula membandingkan hari ini & semalam?
Jika Ramadhan lalu kita berjaya mengkhatamkan al-Quran,
tapi Ramadhan ini kita tingkatkan mutu bacaan al-Quran?
Jika Ramadhan lalu kita bertarawikh tak tinggal,
tapi Ramadhan ini kita bertarawikh berjemaah pula?
Jika Ramadhan lalu kita tidak terlibat dengan penyediaan juadah berbuka,
tapi Ramadhan ini kita sibuk dengan masak itu & ini?
Jika Ramadhan lalu solat malamnya bermula di malam pertama Ramadhan,
tapi Ramadhan ini tidak sempat bersolat malam seawal malam pertama?
Jika Ramadhan lalu airmata tumpah mengingatkan dosa,
tapi Ramadhan ini tumpahnya kering di pipi? Menangis hanya dalam hati?
Jika Ramadhan ini sedekahnya tak seberapa?
Sekadar mengundang tanya.
Bukan mempersoalkan, tapi mengingatkan.
Kita tidak sebijak DIA yang MAHA TAHU untuk mengukur kebaikan, menghitung pahala...membandingkan yang mana lebih baik hari ini atau semalam. Bagaimana mahu menghitung sedang mungkin kita khilaf dalam kenal.
Kita hanya boleh berusaha. Buat yang terbaik, klise kan? Tapi itulah kebenarannya.
Biarkan DIA menghitung, mengukur kerana DIA MAHA TAHU, hingga sehalus-halus ikhlas DIA dapat menilainya. Apatah lagi riak, moga kita dijauhkan olehNYA.
Moga Ramadhan ini melenturkan hati kita, jadi bersih jiwa, dan moga apabila Syawal nyata kelak, iblis & syaitan biar jauh dari hati kita dan kita dapat melayari hidup seaman Ramadhan ini.
Ya. Seaman Ramadhan ini.
Ameen!
p/s: Khas untuk Mudin. Ya, Abu Nufayl, Nufayl & saya suka warna hijau. Nuha belum kenal warna.
~~~
Dalam fikir, moga jadi zikir
Ummu Nufayl
Tuesday, October 02, 2007
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIÚUN
Hari ini, sekali lagi ungkapan itu diucapkan.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiúun.
Sesunnguhnya kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Pagi tadi, waktu bangun sahur saya baca satu sms,
"Yang, Wan dah selamat pulang ke rahmatullah malam tadi. Cu & Pak Lang akan balik flight jam .......".
Mula-mula, suspens juga saya. Ingatkan Tok Wan saya yang meninggal. Dia masih tegap & sihat. Dia tak memikul beban sakit yang berpanjangan. Masih aktif. Tapi, iyalah..sedang kematian itu tidak mengenal usia & rasa. Rupanya, Wan yang dimaksudkan ialah Tok Mat, ayah Pak Lang. Dia dengan sakit tua, masalah paru-parunya.
Setelah setahun (lebih sikit), pulangnya si isteri, Tok Bedah ke rahmatullah...kali ini giliran Tok Mat pulang kepada al-Khaliq.
Pak Lang & Cu dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi ke kampung halaman, Kg. Alor Janggus, Kedah.
Semoga semuanya selamat di sana.
Ameen!
Monday, October 01, 2007
3 TAHUN SUDAH! & CAPTION PERISTIWA
22 September lalu, genap usianya 3 tahun. Aleef Nufayl bin Mohd Zainal Badri.
Sekarang, dia dah pandai menyebut namanya "Nufayl". Bukan lagi "Upai" macam dulu. Berceloteh tak kenal penat mulut. Kecualilah dengan orang yang baru dikenali. Kira jaga thiqah gitu. (Garang pun garang juga. Kalau tak kenal, jaga-jaga!)
Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang majlis Iftar di Teratak FZH, 22 September 2007. Buat Ronie & Anis yang sudi membantu...sekalung jazakallahulkhoir. Dengan sokongan & bantuan hangpa, alhamdulillah semua juadah dapat dihidang pada masanya. Juga pada my new dear sis, Suzy & my dear bro, Dik Id yang membantu hingga semua jemputan pulang.
Pada jemputan yang tak dapat datang, insyaÁllah lain kali kita jamu-jamu lagi. Maaflah, hari tu...plan lain jadi lain. Intel yang diraikan datang berempat cuma. Kami nak menjemput yang lain...takut tak sempat bersedia sebab nun jauh dari Kelantan sana. Nasiblah jam 3 petang sampai di rumah & rasa yakin sempat sediakan juadah, kami mula menjemput...tapi ramai yang dah punya agenda lain. Tapi alhamdulillah...tetamu 18 dewasa dan 9 kanak-kanak (lebih-kurang) dah penuh rumah.
Senarai tetamu yang hadir : Ronie, AnisZ, Shahirul & Maya & baby Sofia, Azad, Yazid & Yati & Nurin, Hairi & Nina & anak-anak, Kak Misah & Kak Long, Along (Hafiz), Dik Id & Suzy, Farrah Aiza & Deman & Musáb & Mawaddah. Err...macam ada ke yang tertinggal?
Harap-harap, menu tempoh hari [baca : Nasi Carrot, Ayam Masak Merah, Kurma Daging, Agar-agar Pandan Santan, Puding Flan, Air Laici with Nata de Cincau] mampu memenuhkan kegembiraan orang yang berbuka puasa.
Sayangnya birthday boy tidur pada masa Iftar berlangsung. Jadi, kek hari lahir Nufayl & Nuha (sambutan disekalikan)...lewat baru dapat potong. Terima kasih kepada Smiley Cakes, Farrah yang sudi datang memeriahkan majlis dengan Super Moist Cakenya.
Doa Ummi & Abah agar Nufayl menjadi anak soleh yang patuh & taat kepada Ummi & Abah serta hormat orang tua. Menjalankan tanggungjawab sbg hambaNYA, amar ma'ruf nahi munkar. Jadi penjaga & penolong agamaNYA serta kalamNYA.
Hadiah apa untuk Nufayl & Nuha? Baru semalam beli (sbl Iftar kat UM).
Nuha pula dapat 2 Bruin's Toy - Magic Box (ada piano, ada cermin, ada shape, ada buku, ada kereta, ada haiwan-haiwan)...basically box yang ada macam-macam sound. Dan box yang masuk-masukkan shape tu. Ada musik sekali. Tengok gambar last tu, Nuha main hadiah sapa tu?
Hadiah untuk kedua-duanya, satu set Brick (macam LEGO, tapi keluaran China), yang Abah beli masa SMART KIDS bulan Mac lepas.
Nufayl suka & Nuha pun suka.
Semoga hadiah-hadiah ini membantu perkembangan anak-anak Ummi jadi anak yang cerdik dan cerdas.
Pastinya seungkap terima kasih buat penganjur Iftar di Rumah Universiti, UM & Kord dan Nida atas jemputan berbuka di rumah sahabat semalam. Hujung minggu nampaknya kami tak berbuka di rumah. Tak apalah, sebab hari kerja dapat pelepasan awal & boleh masak tiap-tiap hari. ;) Jazakallah!
Salam Nuzul Quran dalam bulan Ramadhan,
'baca : Membudayakan al-Quran di kalangan kanak-kanak dalam Utusan Malaysia Online hari ini.
Ummu Nufayl
Wednesday, September 26, 2007
Selamat Datang Mama!
Monday, September 24, 2007
Sibuk, Sedih, Hipokrit, Fasiq!
Ada celah, tulis sajalah. Kurang-kurang, kalau tidak kena tepat ke sasaran, lompat-lompat pun jadilah.
Terlebih dahulu takziah kepada keluarga allahyarhamah adik Nurin. Moga redha dengan ketentuan taqdir. Masanya tidak berubah untuk saat kehilangan itu akan dihadapi. Tetapi caranya kali ini mencarik adat kesabaran. Tetapi percayalah, setiap hamba Allah tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapinya. Mungkin masa akan membantu menenangkan mereka, jika tidak banyak, sedikit. al-Fatihah.
Walaupun begitu, kita tidak boleh juga melupakan belasan, malahan mungkin puluhan kanak-kanak lain yang masih lagi hilang. Ibu bapa mereka juga masih sugul. Tidak tentu arah tatkala hilang permata hati. Semuanya perlu diberi perhatian. Dan yang pasti, SESEGERA mungkin. Pihak berwajib jangan kecoh menegakkan undang-undang, kalau tahap kecekapan bertindak masih lagi di bawah par. Kalau gah semata, hasilnya lembap, tak usahlah bermegah kita ini ada pasukan yang cukup cekap. Cekap?, lembab, ego! Mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan mendakwa ibu bapa allahyarhamah Nurin oleh pak Menteri dan pak KPN pada hari pengesahan kematian allahyarhamah adalah satu kenyataan 'bahalol' pada masa yang tidak sewajarnya. Apa ini? Tunjuk kuasa?! Defense mechanism!
Kepada semua rakyat Malaysia, besarkanlah anak-anak sewajarnya. Berikanlah keperluan asas secukupnya. Tanam iman dalam diri dan ahli keluarga sedari awal. Agar hidup diberkati dan dilindungi Allah. Saya masih ingat, zaman kecil dahulu, bila ingin sahaja ke pekan, waima ke bandaraya sekalipun, ibu dan bapa tiada masalah untuk bekalkan sedikit wang, dan belikan tiket bas atau kapal terbang untuk ke sana ke sini. Tidak perlu khuatir. Apatah lagi kalau hanya meminta izin untuk berbasikal di sekitar taman atau kampung, ia sudah ada kebenaran 'by default'. Tapi kini, ke pasar malam berdekatan rumah pun sudah jadi ancaman. Apakah penghujungnya semua anak kini perlu dirantai kepada ibu bapa? Kalau tidak dikira cuai? Itu boleh didebatkan. Bukan sekarang ya!..
Cuai? Ibu bapa mungkin didakwa cuai jika tidak mengikut lunas undang-undang. Kalau begitu, sama sahajalah jika berkuasa tampak lembab menguruskan sesuatu kes. Jika berlarutan terlalu lama, rakyat juga boleh mendakwa mereka cuai dan sambil lewa. Isu ini amat subjektif! Kau kata aku, aku kata kau. Mangsa tetap jadi mangsa.
Satu persoalan.. sudah sampaikah masanya kita perlu menakutkan ibu bapa pula dengan segala macam undang-undang tatkala mereka berhempas pula mencurahkan kasih dan mendidik anak-anak mereka? Tidak cukupkah mereka perlu takut kepada penjenayah? Atau ini akan jadi satu lagi jenayah kemanusiaan? Pasti ada jalan yang lebih baik untuk hal ini. Akta, lokap, jel, penjara, denda.. BUKAN PENYELESAIAN MUTLAK bagi semua ini. Atau memang sudah kering idea? Mari kita jumpa dan bincang. Anak-anak sekolah pun boleh berfikir seribu macam cara tentangnya! Macam tak ada mak bapak pula rasanya mereka yang beridea sebegini!. - hush, nasib baik bulan Ramadhan.
Suasana sekarang sudah berlainan. Perang zaman Rasulullah, cukup banyak, tetapi umat manusia hidup aman dan berasa selamat setiap masa. Zaman kita sekarang, berjuta-juta kali diisytiharkan aman, negara Islam, dan bermacam tipu daya lagi ; tetapi ingin tinggalkan selipar di ruang tangga masjid pun kita gusar. Apatah lagi membiarkan anak bersendirian walau seketika. Apakah petandanya ini? Hanya Allah yang mengetahui.
Jika sudah sedar keadaan sudah tidak selamat, pihak berkuasa mestilah lebih bersiap sedia. SIMPANLAH peluru hidup untuk menjadi habuan penjenayah. Usahlah tembak orang awam sampai terbenam peluru di paru-paru hanya kerana rusuhan - jika iapun rusuhan. Nampak sangat bodohnya modus operandi yang digunapakai. Dan tidak berotak bila prosedur keselamatan penggunaan senjata pun luput dari dari otak udang ini. Kemudian menipu pula. Dada dikatanya bahu. Fail biollogi nampaknya.
Bahaya sangatkah rusuhan? Atau memang dirancang untuk jadi bahaya? Kita serahkan pada Allah untuk menjadi hakim yang Maha Adil. Siapa yang bersalah, tidak sempat taubat, carilah Syafie, al-Quran atau apa sekalipun, tapi kalau bila jumpa tidak diamal, NERAKALAH jua tempatnya!
Kalaupun rusuhan cukup bahaya, mungkinkah ada kategorinya? Bila arahan kerajaan ditentang, i.e isu pengurangan babi-babi montok itu, kita dapat lihat penternak membuat sekatan jalan, merusuh, tetapi seekor FRU pun tidak berani bertindak lebih tegas. Mana pergi water canon? Mana pergi gas pemedih mata? Takut kalah undi gamaknya. Itulah nilai 'kemanusiaan kita'.
Sudah lama kita lihat kecelaruan ini. Janganlah jadi juak-juak yang menjilat apa sahaja asalkan poket penuh. Muhasabah diri sebelum diri dihisab!
Pada sahabat yang lain, bila berdepan dengan sesuatu isu di zaman ini, menjadi kewajipan kepada kita untuk menyelidikinya dari segala genap aspek. Jangan jadi pak turut, bertaqlid buta tanpa haluan.
Zaman sekarang sudah ramai orang fasiq, jadi selidikilah berita sebelum buta-buta menerimanya.
Ayat hari ini ;
Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu."
[Al Hujurat; 49: 6]
Dan saya petik satu hadith yang disampaikan oleh As Sayyuti dalam Kitab Al Jami’ Kabir, daripada riwayat Ibn Abi Adduniya pada Zimmi al Ghadah daripada Mujahid (hadith mursal) dan Sa’id ibn Mansur daripada Hassan (hadith Mursal), dan al Khara’iti juga meriwayatkan di dalam bab Makaarimul Akhlaq dan al Baihaqi di dalam sunannya daripada Anas]
“ Menyelidiki dengan tenang adalah dari ALLAH dan tergopoh-gopoh itu adalah dari Syaitan."
Cukup banyak isu terpendam, tetapi ketiadaan masa ingin bersembang panjang. Ada ketika kita ketemu lagi.
Abu Nufayl
Friday, September 14, 2007
Seindah Kasih Ummi
Wednesday, September 12, 2007
Ramadhan Kareem
Selamat datang Ramadhan.
Bulan penuh berkat.
Bulan yang ada malam 1000 bulan.
Moga Ramadhan tahun ini memberi erti dan kesan mendalam buat kami.
Ameen!
Ramadhan kali ini, Ummu Nufayl sambut dengan cuti panjang.
Iyalah…MC dr Isnin-Khamis. Konjusktivitis!
Tengah fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka dan sahur nanti. Tengah fikir-fikir di mana nak bertarawih & apa strategi kali ini.
Ini kali kedua Ramadhan dengan 2 anak di sisi. Tapi, tahun lepas aku berpuasa >50% di Kg. Pdg Melangit, Perlis. Waktu tu, masih dalam pantang – melahirkan Fatma Nuha. Sebenarnya, kalau nak dihitung, tahun ini baru kali ke-2 aku merasa kerja di bulan Ramadhan (lepas kahwin la). Sebab 2 kali Ramadhan aku ketika berpantang. Memandangkan the company bagi balik pukul 4.30 petang…rasanya sempat nak masak untuk berbuka. :)
Ramadhan tahun lalu, aku berjaya puasa 100% tanpa tinggal sehari pun. Iyalah, belum lepas 40 hari pun! Orang tua-tua kata, dalam pantang lagi. Tapi, aku gembira dapat menunaikan fardhu puasa dalam keadaan begitu.
Mula-mula, bimbang juga sebab Nuha menyusu badan sepenuhnya. Aku just guna info drp pembacaan & pesan drp Yati (BIMS) – banyakkan minum air waktu malam/sahur. Aku pastikan lebih 8 gelas air diambil malam/sahur. Alhamdulillah! Nuha yang menyusu badan sepenuhnya waktu tu cukup susunya.
Oh...jangan lupa, doa! Doa banyak-banyak supaya 'makanan' si bayi cukup tika berpuasa. Tahun ini pun, Nuha masih menyusu badan. Tapi, memandangkan dia dah makan (solid food), aku rasa insya’Allah tak ada masalah. Dia kuat makan. Then, bagi dia minum air. Nuha tak nak minum guna botol (air). Bagi dalam gelas, baru dia mahu.
Susu formula? Dia memang tolak. Tak apalah, selagi dia makan & minum dgn baik dan minum susu Ummi dengan banyaknya bila jumpa, kira oklah tu.
Pasal tarawih. Erm, apa strategi kali ini ya? Kena gilir-gilir kot! Abu Nufayl buat 8 rakaat pertama. Tukar penjaga, kemudian giliran Ummu Nufayl pulak.Ke nak tarawih kat rumah saja, bagi Abu Nufayl tarawih kat Masjid. Tapi, teringin jugak nak berjemaah. Camana yer? Kalau ada pengasuh best juga kan?;)
Tarawih kat mana? Errmmm...Masjid Imam At-Tirmizi, Seri Sentosa baru buka (sejak seminggu lepas). Besar juga! Jom ramai-ramai!
Akhir kata, Ummu Nufayl mewakili warga FitrahZH mohon ampun & maaf kepada semua pengunjung/pembaca/sahabat/saudara yang mengenali/tidak mengenali kami. Kalau ada apa-apa tuntutan/hutang/hak yang ada pd kami...silalah hubungi ya! :) Semoga mendapat Ramadhan yang berkat!
Friday, September 07, 2007
Tunjal
1. Setuju dgn Cpol dalam tulisannya : Kreatif Tanpa Sensitif
Masih jahil atau degil, hingga sewenang-wenangnya menunjal-nunjal 'aqidah sebegitu rupanya.
Yang tak tahu, akan rasa ok. Yang tahu, mengucap saja apabila menyaksikan adegan sebegitu sbg iklan kemerdekaan!
Bila Cpol menulis gitu, alhamdulillah!
ref :
*Iklan kemerdekaan - adegan bertafakur & meletakkan kalungan di tugu negara.
*upacara ini pada Hari Pahlawan (lihat gambar)
* Fatwa mengharamkan letak kalungan bunga & bertafakur di tugu negara.
2. Nak hapuskan babi pun tak boleh, apa dah jadi dengan negaraku terchenta ni? Biar ternak-ternak jadi 1 juta agaknya. Waktu tu, kalau nak musnahkan pun...dah tak cukup ruang nak lupuskan. Ish! Ish!
Ulamak, kalau tak searus boleh diharamkan...tak boleh masuk tivi/media.
Lagu pun...kalau yang merosakkan 'aqidah...lambat baru respons.
Erm...akhir zaman, nak buat macam mana! Eh...kalau anda orang yang berkuasa...tak boleh kata gitu kan? Kena la ambil tindakan!
Kalau diikutkan panjang rasanya nak pot-pet 2x ni. Tapi, sabar ja lah. Banyak tugas menanti. Yang penting, sedar. Hati tak boleh mati. Kalau tidak, samalah kita biarkan hati kita ditunjal-tunjal. Lagikan 'aqidah pun dipermainkan...apatah lagi kita rakyat marhaen ni.
Monday, September 03, 2007
Melambai pada yang pergi
Masih berlegar-legar di sekitar khabar diri.
Bila ya Ummu Nufayl nak berkongsi cita fikir yang menjaring dalam minda ni? heh heh...
Nakal sungguh Ummu Nufayl ni, biar Abu Nufayl saja post benda2 tu!
Ok ok...will not be a long story keyh. Skrg Ummu Nufayl tgh saring gambar-gambar Walimah Dik Id. So, akan diupdate dlm fotopages hanyff dalam jangkamasa terdekat. Ronie & geng sabaq ek!
Semalam, melayan Cu, Paklang & adik-adik untuk hari yang terakhir mereka di tanah air, Malaysia yang terchenta. Petang, kami Asar di sana (baca : Pan Pacific KLIA).
Nufayl yang tertanya-tanya, ke mana arah tujuan kami semasa Ummi siapkan dia, terus teruja bila tahu nak pi jumpa Mak Teh Auni. Terus dia kosongkan bekas Pooh bear & ambil satu permainan Auni yang tertinggal. Katanya, "Nak bawak kat Mak Teh Auni."
Bila Ummi yang sedangkan siapkan Nuha minta tolong Abahnya kemas tempat lepak kat depan tu, Nufayl kalut buatkan. Uish...tak sabarnya Nufayl. Ummi kata, "Ummu & Abah nak solat dulu ek Nufayl, kita pi lepas solatlah." Mentang-mentang dia dah siap dengan seluar baru nak pi jumpa Mak Teh Auni, dia tunggu depan pintu dengan berkasut sekali.
Sampai di sana, berlari-lari dia ke bilik penginapan mereka (baca : Cu, Paklang & family). Cu & Paklang yang kepenatan yang tertidur di bilik mereka. Kami bergebang di bilik anak-anaknya. Auni tidur, jadi Nufayl pun buli Mak Ngah Mira juga Pak Tam Man yang ralit main PS3 barunya itu.
Sepetang tu, rasa cam tak ada anak. Coz Nuha & Nufayl dengan Mak Ngah Mira, Mak Lang Bi & Pak Tam Mannya. Nuha yang manja melekat dgn Ummi pun boleh lambai ja bila lalu kat Ummi. Huh..lega! Kalau tidak, meraung setiap kali nampak Ummi.
Bila Paklang ke klinik petang tu, Nufayl sibuk nak mengekor.
Bila Mira nak hantarkan beg ke kereta sbl dinner, Nufayl mati-mati tak nak keluar lif sbb tak nak ikut Ummi & Abah, nak ikut TokLang. Nufayl tak nak naik kereta katanya. Kena heret keluar lif dgn Ummi. Bila jumpa TokLang & the kids baru dia ceria balik.
Kat Foodcourt, memang ke sana-sinilah dia berlari. Man yang tolong tengok-tengokkan memandangkan dia habis makan paling awal. Adalah peluang Ummi & Abahnya sembang-sembang dgn Cu & PakLang. Nuha pun Unesh pegangkan & budak-budak tu main.
Nufayl nampak Ummi & Abah, siap mengelak sambil terkam kat MakNgah Mira.
Bila nak balik, Man dokong dia sampai keluar foodcourt. Dia menangis meraung...tak nak berpisah.
Bila Abu Nufayl kata, " Pak Tam sekolah jauh."
Nufayl kata, "Upai tulah jauh."
Abu Nufayl kata,"Pak Tam sekolah tempat lain."
Nufayl kata, "Upai tulah pat lain."
Abu Nufayl kata, "Pak Tam nak balik Saudi."
Nufayl kata, " Upai nak naik kapal tebang!"
Sebenarnya, kalau boleh taknak ikut dia tu. Sebab selama ni, Nufayl faham bila Ummi & Abah tak bagi dia buat something. Bila kita explain sebabnya, dia boleh terima. Kalau nangis pun sekejap saja.
Tapi semalam, dia menangis sampai teresak-esak. Ummu Nufayl rasa cam nak nangis sama.
Akhirnya, kami call semula PakLang. Aiman datang bawa kunci bilik. Excited dia dapat jumpa Pak Tam Man semula. Kami biar dia main dgn Pak Tam & Mak Teh puas-puas (termasuk main PS3) sampai dia tidur.
Pagi tadi, sebelum Subuh kami bertolak ke rumah.
Masa hantar ke rumah pengasuh dia belum bangun. Harap-harap dia ok.
Nuha pula sepanjang bersama Cu & famili...sikap dia berubah...jadi lebih ceria & galok.
Menakjubkan...
mereka yang kusebutkan itu...memang keluargaku yang rapat. Tapi, kami berjumpa hanya 1 tahun sekali. Mereka pulang ke Malaysia untuk tempoh 1 bulan. Tapi berapa hari yang kami spent bersama...boleh dibilang dengan jari.
Tapi, rapatnya Nufayl & gembiranya Nuha bila berada dengan mereka. Seolah-olah sentiasa bersama. Agaknya, mereka juga merasakan kesan saudara yang mengalir dalam tubuh mereka.
Oh, tak lupa...terima kasih kepada Kak Najah yang sudi hadir ke majlis Walimah Dik Id di Padang Melangit 25/8 baru-baru ni. Pertama kali dapat bertemu mata. Kak Najah, ni Hany tunai janji upload gambar kita yer. Hujung minggu lepas baru dapat download semua gambar & susun ikut peristiwa & tarikh.
Gambar yang 1st tu, tok tengah bercerita masa kami nak ambil gambar. Yang seken tu, baru dapat ambil gambar elok-elok...sebab tok dah habis cerita dah. Dia beletiaq apa ntah masa tu...heh heh...
So, ni baru boleh senyum kat kamera!
Thursday, August 30, 2007
Hari Merdeka ke-50?
Buat pengantin baru, selamat melayari bahtera bahagia. Juga ambil amanah & tanggungjawab sbg cabaran. Baru kerja 2 hari, dah cuti semula esok..hingga Ahad. 3 hari tu!!!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-50, esok! Apa ya acara & agendanya?
Merdeka? Betul ke? Kalau benar, kenapa agaknya sayang sangat nak lepaskan Common Law?
Mungkin macam Jamal Abdillah kata, dadah itu macam 'kekasih'.
Itulah agaknya rasa pemimpin kita dengan Common Law & warisan drp Barat kot. 'Kekasih' la kot?!
Apalah harga kemerdekaan jika diri masih dibelenggu 'kekasih' / dijajah 'kekasih'?
p/s: Ummu Nufayl teringin nak rasa hirup udara bebas pada Hari Kebangsaan ke-50 nanti.
Harap-harap bau kopi. Janganlah bau Coke dah lah. Atau...minta dijauhkan bau wine/Guinness.
Errr...tapi, kilangnya tak jauh di hujung Jln Klang Lama sana.
Emmm...mungkin itulah yang besarnya...MERDEKA itu.
Tuesday, August 21, 2007
Untuk 2 yang Istimewa; Selamat Hari Lahir Nuha & Selamat Berumahtangga Dik Id
1) Setahun yang lalu, Nuha...
Setahun yang lalu, Nuha...mata kecilmu kutatap.
Setahun yang lalu, Nuha...tangan mungilmu kugenggam.
Setahun yang lalu, Nuha...kaki halusmu kubelai.
Setahun yang lalu, Nuha...pipimu kucium.
Setahun yang lalu, Nuha...kau mula kudakap.
Mendakapmu, terasa hangat. Masuk ke jiwa & atma. Rasa cinta yang membakar hati seorang Ummi.
Memandangmu, kurasa tenang. Menatapmu selalu, kurasa senang.
Alhamdulillah, genap setahun sudah...kau dilahirkan. Melihat alam.Menghirup hawa dunia.
Kini, senyummu menghiasi dunia Ummi & Abah. Kasih sayangmu meriangkan jiwa Abang Nufayl. Ummi lega & gembira...punya dua anak yang berkasih sayang.
Kasihlah, Abangmu Nuha. Dia sayangkanmu.
Cintailah Ummi & Abah, sepertimana kami mencintaimu sejak kau ada. Ingatlah & do'akan kami sentiasa, sepertimana kami tak jemu-jemu menyebut namamu.
Jadilah anak yang solehah, penjaga & penolong Agama Allah ini.
------------
2) Majlis Nikah & Walimah Dik Id & Suzi di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis nikah pada malam 18 Ogos berjalan dengan sempurna.
Rombongan Perlis terdiri drp :-
1. Mama sekeluarga termasuk Ayeh, Aku, Abu Nufayl, Nufayl & Nuha.
2. Keluarga Cu (Mak Penakanku belah Mama)& Pak Lang serta anak-anaknya Along, Mira, Bi, Aiman & Auni (& Unish).
3. Keluarga Mak Ndak (Mak Penakanku belah arwah Abah), Pak Ndak serta anak-anaknya Nadirah, Nabilah, Najihah, Taufik & Natrah.
4. Keluarga Abang Zam (Sepupuku belah arwah Abah) serta anak-anaknya Afrina & adik.
5. Keluarga Mak Lang Pina (Mak Penakan Pupuku, belah arwah Abah) & Pak Lang serta anak-anaknya bertiga.
6. Keluarga Pakcik Nan (Aznan) & Cik Ta
7. Keluarga Pakcik Li (Azli) & isteri-isteri.
Dengan sekali lafaz, sahlah ikatan mereka sebagai suami isteri. Semoga mendapat keredhaan Allah. :)
Majlis Walimah pada 19 Ogos pula, pengantin lelaki sampai di rumah pengantin perempuan jam
2.00 pm. Kira meriah & sakan jugak kenduri orang KL ni!
Rombongan Perlis terdiri drp :-
1. to 7. -- sama spt di atas
8. Mak Njang Melah (Mak Penakan Pupu, belah Mama & Tok)& anak-anaknya.
9.Keluarga Abang Izhar (dua pupuku belah Mama & Tok) & Kak Ha
10. Keluarga Dik Ina (dua pupuku belah Mama & Chaq), suami & 3 anaknya.
11. Keluarga Abang Mie (adik angkat Cu & Paklang) bersama isteri & anaknya, Wan Luqman
Hakim.
11. Keluarga En. Azam (kawan Paklang) & bersama isteri dan anak-anaknya.
13. In & Un (Shahrin & Shahrun), sedara sepusat sepusing kata orang Perlis. Sebenarnya depa
ni anak kepada Abang Angkat Mama zaman sekolah menengah dulu. Tapi kami rapat. :)
Jam 3.45 petang...kami berangkat pulang. Lega!
Tunggu majlis 25hb ni pulak. Sapa nak turun Perelih? Jom la!!!
~~~~~~~
Salam sayang drp Ummi,Untuk Nuha yang genap setahun usianya.
dan drp Yong, Untuk adiknya yang berubah status & bertambah tanggungjawabnya.
Monday, August 20, 2007
LAGU KEBANGSAAN
Mula la tu. Sebelum lebih jauh, Abu Nufayl rasa seronok dengan semangat patriotik yang warga Malaysia tunjukkan. Dan ada segelintirnya yang kurang siviknya. Bukan sengaja, tapi jahil gamaknya dengan perundangan dan perlembagaan negara. Mahu main-main katanya. Dan lagi katanya, tidak sengaja.
Walhasilnya, gelap masa depan. Tiada lagi pengampunan. Tidak sengaja bukan satu alasan kukuh. Tidak tahu juga bukan satu alasan logik. Berpuluh tahun jadi anak Malaysia, masakan tidak tahu. Gedegum... Hukuman akan dijatuhkan. Tiada rakyat Malaysia, waima ahli kabinet yang boleh memaafkan kesalahan ini. Ini kesalahan terhadap negara. Mesti dan tidak boleh tidak, pengajaran harus diberikan.
TEGAS. Itu komen saya bila melihat kepada isu ini. Baguslah. Ada juga pemahaman yang jelas terhadap pengertian undang-undang. Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Pengampunan bukan milik rakyat, ia milik perlembagaan!
Saya tampak cukup bersemangat kali ini. Cintakan negara gamaknya. Betullah tu.
Cuma...
Alangkah indahnya ketegasan itu turut digunapakai terhadap perundangan Islam. Penganut agama Islam, contohnya jika melakukan kemaksiatan terhadap agama dan Allah, wajar dihukum. Wajib dihukum. Jika tertangkap di dalam pub, berpakaian seksi, minum arak, mesti dihukum. Jika bersubahat dengan membiarkan gejala perjudian dengan memberikan lesen, juga wajib dihukum. Jika melanggar syariat, baik dari berseluar pendek, tidak bertudung, memakai pakaian ketat menggiurkan, meraikan agama lain seolah-olah merelainya, juga wajib dihukum.
Dan hukuman ini, tidak ada mana-mana umat Islam yang boleh mendabik dada memberikan justifikasi dengan membuat hukum sendiri. Apatah lagi memaafkan atau menghalalkannya! Itu munafik namanya jika semangat cinta negara melepasi ketaatan terhadap hukum Allah. Malah boleh membawa kepada kekafiran jika i'tiqadnya mengatakan syariat Islam tidak sesuai dengan zaman atau perlu dihalakan hanya kerana meraikan penganut agama kufur yang tidak pun pernah ingin meraikan keterbukaan Islam. Malah sentiasa mengintai peluang menginjak kepala dan hati umat Islam.
Sayangnya, kita lepaskan kemaksiatan ini. Alasannya, ada penganut agama lain. Alasannya, mereka tidak sengaja. Mereka tidak tahu. Kepala beku apakah ini mengguna pakai alasan picisan, goblok dan 'moron' ini. Nyahlah dari rahmat Allah, bagi mereka yang merasa seronok meninggalkan prinsip perundangan Islam, tetapi mengangkat KERIS, menyatakan mereka perjuang perlembagaan, pejuang bangsa.
Allah telah pun memberikan satu kisah untuk kita teladani melalui kes penghinaan lagu kebangsaan kita ini. Betapa zalimnya kita bila secara tidak sedar kita telah pun menjadi penganut fahaman kebangsaan, tanpa sedikit rasa jelik meninggalkan aturan kehidupan dan perundangan Islam.
Sedarlah, kita wajib menyayangi negara bangsa. Tetapi sanjungan mutlak kita hanyalah al-Quran dan Sunnah.
Wallahua'lam.
Friday, August 17, 2007
Bisik Rasa & Apa Makna + Kisah Di Sebalik Nama Si Buah Hati?
Today is no-mood-day.
Work is there for me to do...but I just don't want to settle it. I feel no hurry & confident I will complete it by 5pm.
My head cramp. Really. I'm not joking! Left side at the back of my head. The muscle/urat (whatever!) from the neck until 2" above the ear.
I'm starving. Nobody here. The guys should be in Masjid for Friday prayer. The women...actually there are only 8 of us. Since my AGM transfered & the replacement AGM is a guy...we are only 7 of us here...women! 3 Engineer (including me), 2 technicians & 2 admin = 7.
2 Engineers are out of office for meeting, 1 technician on leave - long holiday, 1 technician is currently in early stage of pregnancy, 1 admin MC, 1 admin I don't know where she is. So, end up with I don't have partner for lunch. ;) I do go out with the guys but provided the other women staff with me.
Today, I just had 1 mug of Milo.At 9.00 am, this morning. And now, I'm finishing my stocked biscuit. So, my lunch might be at 4pm...if anybody bought Pisang Goreng lah! Oh dear...this is my life here at new office. Errm...I just realized that I've never told you before right?
I'm so hoping that I could go back early today. But somebody cheer me up. Thanks Aida! With the story of her children name...Im' inspired to share the same story also. This is the story behind my kids' name. Baru 2 ok...Aida dah 3. ;)
----
2) Apa Makna + Kisah Di Sebalik Nama Si Buah Hati?
Ini kisahku.
Bagi aku, antara hikmah yang paling besar selepas mendapat cahaya mata ialah - memberikan nama kepada mereka. Aku tak terkesan dengan hikmah ini semasa mencarikan nama untuk sepupu-sepupuku. Tapi, ketika berhadapan dengan keadaan memberikan nama kepada anak sendiri...hatiku benar-benar tersentuh untuk mencari nama yang baik bagi mencerminkan keperibadian si permata hati.
Aku merasakan benar tanggungjawab ibu & bapa ini berat...sungguh berat.
Mula-mula...daripada tiada...DIA adakan. Dalam rahimku.
Kemudian...daripada kecil...DIA besarkan. Dalam rahimku. Dengan segala payah dugaan. Tugas ibu menjaga emosi, pemakanan, akhlaq & membanyakkan baca Qur'an...untuk memberikan kesan positif kepada si permata hati yang sedang membesar dalam dunia rahim.
Kemudian, daripada tiada di dunia...DIA benarkan si permata hati selamat dilahirkan. Hidup di dunia. Menghirup nafas sendiri. Dan, sekali lagi...melalui mehnah kelahiran yang mencabar, nyawa dipertaruhkan untuk kelahiran seorang hamba Allah ke muka bumi.
Dan, kemudian inilah datangnya pemberian nama kepada hamba Allah yang selamat dilahirkan, bernafas & memerhatikan. Dia seolah bertanya...siapa nama saya? Lalu, Ummi & Abah menjawab...namamu.... (baca : Nama) ..........& jadilah seperti........ (baca : Makna) ........yang kami harap & doakan melalui namamu yang indah.
Kisahnya di bawah.
ALEEF NUFAYL
Ketika mengandungkan anak yang pertama ini, kami tak tahu dia lelaki atau perempuan. O&Gku (Dr. Delaila, SJMC) sempat kami pesan, kami tak mahu tahu jantinanya semasa ujian imbasan dilakukan. Namun, dia yang berada dalam kandungan seolah mahu memberi tahu...kerana setiap kali Ummi buat kuiz kepada dia. Jawapannya istiqamah!
Kuiz bermula bila dia mula menendang (dalam minggu ke-19). Ummi tanya,
"Anak Ummi, anak Ummi ni lelaki ke perempuan? Kalau lelaki tendang sekali. Kalau perempuan tendang dua kali."
Walaupun jumlah tendangan tu, aku tukar-tukarkan...jawapannya sering merujuk kepada lelaki.
Itu yang menambah rasa gelora untuk mengetahui apakah jantinanya memandangkan dia memang jawab...tapi Ummi & Abah tak boleh nak sahkan jawapannya tu. Nak tunggu kelahirannya...lambat! Jadi, kami sediakan nama untuk lelaki dan perempuan (ni yang mana ingat la ek..balik nanti orang rujuk buku catatan balik!).
Nama perempuan : Aiesyah Humaira', Asma' Sakinah, Asma' Sumayyah
Nama lelaki : Zarith Haiqal, Zaid Harithah (sempena mengambil pangkal nama Z & H), Fawwaz, Atif Miqdad, Aleef Nufayl
Selain Zarith Haiqal & Zaid Harithah yang bersempena pangkal nama Z & H, yang lain semua temanya nama-nama sahabat Rasulullah s.a.w yang digabungkan dengan kata sifat bagi melengkapkan nama si permata hati.
Kami menimbangkan juga fakta bahawa nama yang bermula dengan Z akan meletakkan si anak di kemudian sekali dalam kelasnya di sekolah kelak. Kami lebih memilih untuk pangkal nama A atau F atau H (bukan Z lah).
Tapi, sebaik Nufayl dilahirkan. Ketika pertama kali aku melihat wajahnya. Hatiku berdetik. Dia Aleef Nufayl! Rupanya bukan aku seorang yang terdetik hati sebegitu...Abu Nufayl juga sama.
Apabila aku diberi peluang memangkunya selepas melahirkan...aku renung wajahnya. Aku melihat kelembutan dalam wajahnya (walaupun dia lelaki). Dalam wajahnya sungguh...ada kelembutan. Abu Nufayl bertanya...Aleef Nufayl atau Zarith Haiqal atau Atif Miqdad?
Aku kata pilihan yang pertama itulah. Kerana nama Zarith Haiqal...bunyinya agak keras...tak sesuai dengan wajahnya yang lembut. Dan nama Atif Miqdad macam kurang sesuai untuk dia yang dari awal nampak cerah.
Pelikkan? Tapi jangan suruh aku tengok anak orang lain. Tak reti! Itu hanya rasa hati seorang ibu. Intuisi yang berbisik pada hatinya tentang anaknya.
:)
Makna nama Aleef Nufayl :
Aleef : Yang mesra/manja ...harapan kami supaya anak yang pertama ini dapat merapat & menyatukan keluarga keseluruhannya.
Nufayl : Pemberian/Anugerah. *Jangan silap dengan Naufal. Naufal maksudnya Pemurah.
Nufayl juga ialah nama sepupu Rasulullah s.a.w. yang merupakan Qadhi pertama dalam Islam.
Dia merupakan sepupu Rasulullah s.a.w yang wajahnya mirip Rasulullah s.a.w. Dia seorang penyair yang menulis sya'ir yang indah tentang Islam. Orangnya lembut.
(Nama penuh & kisah ttg Nufayl sepupu Rasulullah s.a.w. ni saya tak ingat penuh. Nanti saya update part ni ek!) ...harapan kami dia mencontohi akhlaq sepupu Rasulullah s.a.w ini & semangat perjuangannya seolah Baginda di sisi.
***Cadangan nama Aleef Nufayl drp Ummu Nufayl.
FATMA NUHA
Semasa mengandungkan Nuha pun kami tak tahu jantinanya. 1 sebab Nuha taknak jawab soalan kuiz drp Ummi. Orang suruh jawab dengan tendang 1 kali atau 2 kali bagi merujuk kepada lelaki atau perempuan, Nuha tendang sampai 7 kali! Memang saja nak sakat Ummi & Abah ek! ;)
Masa ultrasound pun kedudukan Nuha buatkan O&G tak nampak genital dia. Menelungkup kot! Sujud ek? heheh...
Jadi...nama-nama yang disediakan...
1. Hafsah Sumayyah
2. Fatma Az-Zahra
3. Fatma 'Alya
Aku buang choice untuk nama Aisyah memandangkan ramai sangat yang bagi nama anak Aisyah (Julie...dan banyak lagi lah). Nama Khadijah panjang - 3 suku kata.
Nama Hafsah pun antara nama isteri Rasulullah s.a.w. yang aku suka sangat selepas Aisyah, tapi kalau Hafsya memang confirm aku letak nama kat baby. Tapi, nama Hafsah...S merujuk kepada SHOD bukan SHIN. So, aku rasa better ambil nama Fatma.
Jadi...the next wanita yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. ialah Fatimah r.a. Sempena namanya & diinspirasikan oleh seorang budak perempuan bernama Fatma binti Hj. Abdul Qadir yang aku jumpa di Makkah semasa Umrah pada 1994, kami sepakat untuk bagi nama Fatma.
Memandangkan Nuha lahir pada malam 27 Rejab (Isra' Mikraj), kami sangat-sangat merasakan Fatma 'Alya sangat sesuai untuk dia. Maksudnya :
Fatma : Yang putus susu/berdikari. Daripada nama puteri Rasulullah s.a.w.
'Alya : Ketinggian. Ketinggian boleh rujuk kepada ketinggian iman, akhlaq, budi pekerti, ilmu etc.
Tapi, ada konflik sikit. Konflik ini aku & suamiku yang fikirlah.
Consideration kami dalam bagi nama anak, selain drp combination nama sahabat/saudara Rasulullah + nama sifat yang terpilih ialah :
1. Kalau boleh 2 suku kata...membolehkan orang panggil anak dengan nama penuh (bukan singkatan), e.g : Hany. Kalau 3 suku kata...orang akan tend to ringkaskan jadi 1 atau 2 suku kata, e.g : Hanisah --> Nisah.
2.Kalau boleh biarlah mereka sebut nama itu dengan sebutan yang betul yang merujuk kepada makna nama tersebut yang baik.
Jadi, 'Alya ada masalah sikit. Huruf 'IN di awal & akhir nama tu..takut ramai yang tinggal. Nak eja pun...kalau letak 'Alya'....nampak pelik pula.
Abu Nufayl dok berkenan nama Nuha, maknanya Yang Cerdik/Bijaksana. Ummu Nufayl diam saja. No comment sebab terasa nama tu cam 'keras' sikit.
Akhirnya pada hari ke-7, Abu Nufayl pegi daftar kat JPN nama Fatma Nuha.
Fatma : Yang putus susu/berdikari. Daripada nama puteri Rasulullah s.a.w.
Nuha : Yang Cerdik / Bijaksana.
Harapan kami, biarlah dia membesar & menjadi anak solehah spt puteri Rasulullah s.a.w. dan bijaksana dalam kehidupannya di dunia & akhirat.
Mula-mula nak panggil Fatma, tapi kemudian baru kami perasan. Nufayl & Nuha!
p/s: Tatau kenapa, masa Nuha baru lahir...Nufayl panggil dia sbg "Aiyaaaa"...seolah-olah refer to 'Alya yang Ummi target untuk baby. Lepas bagi nama Nuha, Nufayl payah betul nak sebut. Dia kata, "Nu'ooooo". Sekarang dia panggil adik dia, "Uhhaa".
& Nasib baik tak bagi nama 'Alya sebab 2 baby yang baru lahir (yang dijaga oleh pengasuh yang sama) juga nama Alya/Aliya/Aleeya...heh heh.
***Cadangan Nama Fatma drp Ummu Nufayl, Cadangan Nama Nuha drp Abu Nufayl.
Come...share with us your story behind your kids' name! It must be interesting for us & may be inspired some of us! Won't you?
~~~
Yang Ingin Menjadi Ibu Sejati, Ummi Mithali
Ummu Nufayl & Nuha
Thursday, August 16, 2007
Too much training right? Like over-trained (hahah...of course if the course is like already-knew-thing).
Errmmm...yesterday, I wrote something on my training notes. Not concentrate huh?!
Maybe, I'll write again tomorrow.
Thursday, August 09, 2007
Lagi tentang Photography (ref : Nufayl)
Gambar-gambar :
Kalau Nufayl pun boleh ambil gambar camni, ini yang menyemarakkan semangat Ummu Nufayl nak snap & touch-up gambar hebat-hebat ni. Hobi Nufayl yang ni stat awal tahun 2007 ari tu. pantang nampak kamera, dialah yang punya kamera tu. Orang lain tak boleh sentuh.
Wednesday, August 08, 2007
Lapang Dada
Walaupun tailor untuk baju kenduri belum dapat, tapi at least dah dapat ganti Wedding Photographer tu.
Dah call Jun & cancel the confirmation. Dan dah confirm dengan RedFrame, Azzaharry. Memandangkan RedFrame ni pun located kat Perlis, senanglah sikit. Nasib baik jugak dia masih available 25hb ni. Call Mama pagi tadi, dia kata price ok...so, aku just confirmkan. Tinggal nak bayar confirmation fee lah...by end of this week. Ambil Special Package...ok kot.
SPECIAL PACKAGE
- Akad Nikah & Reception
- 400 Gambar (Digital)
- 2 Cetakan 8R
- 1 Cetakan 11R
- Custom made album(22 pages, susunan gambar kreatif yang telah diedit, black cover)
- CD (jpeg)
So, lepas ni taknak fikir benda lain. Just nak siapkan Baju Kurung Nuha & Baju Melayu Nufayl.
Baju Melayu Nufayl tu, aku tak pandai buat leher Cekak Musang...so, buat leher Baju Melayu Johor je lah. Ada pesak tak baju dia ek? Confius...lama tak tengok Baju Melayu. Cik Abangku tak pakai Baju Melayu sepasang...dia pakai Baju Raihan saja.
Target nak potong dalam weekdays. Jahit tepi selewat-lewatnya Jumaat petang. Sabtu terus cantum.
Lagi nak fikir apa? Sebenarnya banyak benda kena fikir. Nuha kena latu nyamuk masa balik kampung last weekend. Demam tinggi jugak...cecah 40 darjah celcius. Cik Abangku masih belum sihat-sihat.
Erm...sebenarnya...nak menjahit ni pun entah bila boleh curi masa. Dengan Nuha yang pantang berpisah dengan Umminya. Dan Cik Abang yang tak sihat & memerlukan rehat.
Erm....Harap-harap sempatlah!
btw: Ayu ada fwdkan url Kak Zubye untuk ambil gambar kanak-kanak. Lovely pics! Kalau aku boleh ambil gambar & edit sebegitu cantik kat best!
Tuesday, August 07, 2007
Tak best!
Hari ini, entah kenapa...berita sedih saja yang datang.
Mula-mula, Akak Ofis yang janji nak jahitkan baju untuk kenduri Dik Id serah balik kain yang aku bagi minggu lepas. Sebab dia yang mengandung 2 bulan, rasa loya setiap kali pegang gunting nak potong kain tu. Akak ni memang bila mengandung, loyanya tak terkawal. Kalau nampak nama restoran tertentu pun dia boleh loya. Yang bestnyer, bila dia tak suka satu lagu tu. Dengar lagu tu kat radio pun dia loya.
So, dalam pencarian...tailor segera untuk jahit baju makcik ni. Nak buat sendiri belum confident. Kain mahal lorh!
Berita tak best yang kedua...dpt email drp my junior yang dah confirm as photographer wedding my bro. Dia tak dapat & suggest to replace with another photographer, yang bila aku surfed websitenya...tak cantik sangatlah ataupun not up to my junior std tu pun.
Errmmm....
Apa lagi berita tak best?
Ntah!
Rasa cam nak belajar photography sendiri. Edit gambar cantik2!
Buat sendiri boleh?
Kat mana nak belajar?
Frust!
Thursday, August 02, 2007
But sometimes, I feel like to keep it to myself.
New buy books :
1. Pudarnya Pesona Cleopatra, oleh Habiburrahman El-Shirazy
2. Atas Nama Cinta, oleh Isa Kamari
New Projects :
1. Baju Kurung Nuha (3 pasang)
2. Baju Tidur Nufayl (2 pasang)
3. Baju Melayu Nufayl (1 pasang)
Nuha, now 11 months. Coming to 1 yo this 21st August.
She can sit by herself, by age 10 mth old. Now, Ummi is hoping for her first step before 1yo...but she seems not to stand by herself yet. Meniti ye lah...merata dia pergi. Asalkan pegang - dinding, kerusi dsb. 1 baju kurung is ready for her. Made by Ummi for her beloved daughter. Nuha, come on! Dah berjalan nanti, pakai baju kurung Ummi buat keyh!
My dear bro's wedding day is around the corner.
Nikah ceremony will be on 18th August, night at Kg. Malaysia Tambahan (orang kampung Kak Ema tu!).
Then, wedding reception at Kg. Malaysia Tambahan, Sg. Besi on 19th August. Everybody will be on dark yellow color dress keyh.
Majlis Walimah at Perlis insya'Allah on 25th August. The theme color is pink-purple.
[Insya'Allah, Geng Intel97 & bloggers area Kedah/Perlis, feel free to come, especially : Kak Raiyan, Amoi, Gopi...I'll send invitation card.]
My aunt's family (Cu, Paklang & the kids) has arrived from Saudi Arabia on Monday. After 1 night rest at my home, they drove back to Kedah/Perlis.
Our digicam, Nikon out of order. My PDA phone, Motorola e6801 also-battery kong! Dah 1 minggu tak boleh on hp. Just to send sms pun, bateri off. Kena connect charger baru boleh tahan. Hmm.. we just don't know the sale of electronic gadget at PJ last week. Kalau tidak boleh ganti apa yang patut kan?
What else ha? Its life kan?
Sihat-sakit. Gaduh-baik. Sayang-benci. Suka-duka. Penat-rehat. Ada-tiada.
;)
Will off to Kelantan this weekend. Have something to order? 60" tudung bawal? Boleh...just email me. Remember, my phone off so sms my dear hubby keyh.
Monday, July 30, 2007
EQ & Makaroni Daging Tiram
Kali ini, topiknya merupakan kegemaran saya. Apadia?
EMOTIONAL INTELLIGENCE (EQ)
Best! Memang best! Dan terasa aplikasinya.
But I suppose not as effected as ESQ 165 lah kot since ESQ 165 lebih berbentuk ketuhanan.
;) ESQ 165, kebanyakan yang hadir program tu kata...lepas program asyik menangis ingatkan kebesaran Allah (quote : testimoni drp Kak Fari).
Ok...back to OrenBijak : EQ ni...ingatkan nak buat kan kisah Bila Dah Kawin yang saya tulis sbl ini sbg kes study...tapi tokde la mokcik...heheh...lepas ni deh.
Kali ini rasa nak kongsi resipi baru Makaroni goreng.
Sejak Laici NARKISSUSS dikatakan Haram dalam email, rasa cuak jugak nak beli cendawan dalam tin etc tu. Jadi, bila nak masak makaroni/spaghetti...kan kita selalu nak guna cendawan butang dalam tin tu. So, ni Ummu Nufayl cadangkan satu resipi ringkas yang mudah dibuat menggantikan resipi tradisi makaroni/spaghetti.
RESIPI : MAKARONI DAGING TIRAM
Makaroni (sebanyak yang nak dimakan, rebus dalam air mendidih + minyak + garam hingga kembang)
Minyak untuk menumis
Bawang Besar Holand - cincang halus
Bawang Putih - tumbuk kasar
Cili Padi (ikut suka kepedasan sendiri) - tumbuk kasar
Daging -potong kecil-kecil
1 tin Tuna Flakes In Oil (Ayambrand)
Sos Tiram (dicadangkan cap Mahsuri)
Garam/ Gula/ Perasa (jika suka)
Caranya :
Tumis bawang-bawang + cili padi hingga naik bau.
Masukkan daging...masukkan garam & gula. Goreng sampai masak.
Masukkan sos tiram secukup rasa. Biar daging tu masak & garing sikit je.
Masukkan Tuna & kacau biar tuna jadi hancur.
Tambah garam/ gula atau perasa sesedap rasa.
Masukkan makaroni & kacau sebati.
Siap dihidang & dimakan!
Nota kaki :
1. Cili padi : Ummu Nufayl bubuh 3 biji je...sbb Nufayl pun nak makan.
2. Serbuk perasa : Ummu Nufayl tak bubuh sebab tak suka.
;)
Wednesday, July 25, 2007
Teh Susu
Malaysia, sebuah negara demokrasi. Dan juga diperakui sebagai sebuah negara Islam. Oleh itu, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi Islam. Baca - demokrasi cara Islam. Rasanya itu definisi ideal Malaysia, menurut persepsi pemerintah yang amat dicintai. Lupa tambah, demokrasi Islam Hadhari..
Maka, prinsip demokrasi dalam negara Islam hadhari ini perlulah selari dengan prinsip Islam. Seperti teh dan susu. Jika minum teh, lain rasanya. Minum susu lain pula rasanya. Jika mahu dicampur teh dan susu, perlulah menerima rasa air yang bernama teh susu, bukan hanya teh, bukan hanya susu. Mudah bukan?! ..
Mari kita lihat teh susu di Malaysia. Maaf.. demokrasi negara Islam hadhari ini.
Perlu kita ceritakan tentang demokrasi? Ramai di sini ahli sejarah, jadi tidak perlulah kita ulang fakta-faktanya secara keseluruhan. Sekadar ulangkaji, jika ingin merujuk. Bermula tahun 1215, lahirnya Magna Charta Libertatum, bagi mengelakkan perang saudara antara raja dan bangsawan (baca, ADA MOTIF PERSONAL), seterusnya bermacam lagi fahaman dari puluhan malahan ratusan ahli falsafah seperti Locke, Spinoza, Voltaire, Montesquieu dan Rousseau dan John Stuart Mill maka, kemudian dengan pelbagai peristytiharan seperti oleh Declaration of Independence oleh Thomas Jefferson dan seterusnya pendek cerita satu ketika muncullah pula Universal Declaration of Human Rights (UDHR) yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris, Perancis.
Apa yang menarik, UDHR mengandungi 30 artikel yang digariskan PBB (dibaca: pihak yang menang Perang Dunia II). Dan pada ketika yang sama ketika itu, negara-negara Islam kebanyakannya masih lagi dijajah barat, lantas penerimaannya di kalangan negara-negara yang masih dijajah amat sinis.
Ketika itu pun sudah kelihatan, cakap tak serupa bikin di peringkat antarabangsa. Mentang-mentanglah menang perang. Pada masa yang sama diisytiharkan UDHR, pada masa yang sama mereka masih menjajah. Coraknya serupa di mana-mana. Bila-bila masa. Eh, hai-hati bila menulis!..
Negara Amerika adalah antara yang mendaulatkan prinsip demokrasi. Samalah seperti Malaysia. Cuma kita demokrasi berpelembagaan. Yang mana demokrasi berpandukan dan berteraskan perlembagaan. (atau kadangkala demokrasi memimpin perlembagaan? - mungkin saya kurang arif dengan definisi ini - saya bukanlah budak sejarah, politik, ekonomi atau falsafah dari Oxford!)
Balik cerita asal, seterusnya wujudlah pelbagai senario menarik di negara Islam ini. Jika dilihat pada prinsip Islam yang mendaulatkan Ilah, pastinya Allah penentu segala segala macam disiplin, peraturan dan perlembagaan. Allah hakim yang Maha Tinggi. Tiada jenis perlembagaan boleh memodifikasi ketetapan hukum Allah. Contohnya jika kategori hudud, hududlah. Qishas, maka qishaslah!. Jangan pula semuanya didefinisikan sebagai dalam bab ta'zir, hanya kerana alasan kita berbilang kaum. Macamlah zaman Nabi tiada kaum dan agama lain. Tapi baguslah, Malaysia, sebuah negara Islam, masih menghormati semua ini. Baguslah. Kan?
Mendaulatkan dan mentauhidkan Allah tidak semestinya menunjukkan Islam tiada sistem kepimpinan yang mantap. Prinsip musyawarah ada untuk diamalkan. Suara ramai masih lagi berpaut pada ketetapan Allah dan Rasulnya. Dalam negara musyawwarah, pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyatnya ; rakyat pula wajib bermuhasabah terhadap pemerintahnya. Barulah NGAM! ..
Di Malaysia, amat bagus, kerana sentiasa ada musyawarah di dalamnya. Contohnya jika rakyat DIRASAKAN berbuat salah, khususnya terhadap pemerintah, maka mereka dijemput ke lokap beberapa hari untuk bermesra dengan pemerintah dan penguasa. Jika didapati tidak bersalah, maka murah hatinya mereka dibebaskan. Itulah indahnya hubungan antara rakyat dan pemerintah. Saya gembira dengan keadaan ini. Sebab itulah saya yakin bila ada kata-kata
"kita tidak akan menyekat penulis-penulis blog, tetapi mereka mestilah bertanggung jawab atas tulisan mereka".
Definisi 'bertanggung jawab' ini harapnya dibuat dengan bertangungjawab. Jika tidak, munafiklah mereka ini. Bukan saja nak kata, tapi telah terbukti dalam sejarah. Merujuk kepada satu zaman lampau, Socrates telah dikenakan hukuman mati atas tuduhan meracuni pemikiran pemuda-pemudi Athens. Beliau dikatakan mengajar (baca : Rujuk Akta Hasutan 1948 dan/atau Akta Rahsia Rasmi 1972) pemuda-pemudi ini untuk bertanya-tanya. Kerajaan Athens gusar keadaan ini akan membawa kepada mempersoalkan kekuasaan mereka. Akhirnya dengan kematian Socrates, pemuda-pemudi Athens akhirnya ditakut-takutkan untuk terus berbuat demikian. KONONNYA!. Kebebasan bersuara dikawal oleh ketakutan. Perlu diingat, Athens kuno adalah yang terawal menggunapakai amalan demokrasi tulen! ..
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga
Sahih Muslim
Bila berbual dengan rakan-rakan 'lain' tentang keadaan ini, mereka mengatakan kita terpaksa menerima keadaan ini, dan jangan terlalu ideal. Kerana kita bukanlah negara Islam tulen. (Islam tidak tulen?, pulak!!). Dihujannya lagi, bukan Rasulullah, atau para sahabat agung yang memerintah kita sekarang. Pasti (dibaca : CONFIRM 200%) ada kelemahan. Kerana kita negara demokrasi, bukan syura. PULAK! .. Teh ka susu ni...?
Daripada kenyataan rakan tersebut, saya rujuk pula kes-kes di negara yang mendaulatkan demokrasi. Antara pengisian demokrasi mereka pula ialah :
"But what should the government do in cases where the news media or other organizations abuse freedom of speech with information that, in the opinion of the majority, is false, repugnant, irresponsible, or simply in bad taste? The answer, by and large, is nothing. It is simply not the business of government to judge such matters. In general, the cure for free speech is more free speech. It may seem a paradox, but in the name of free speech, a democracy must sometimes defend the rights of individuals and groups who themselves advocate such non- democratic policies as repressing free speech. Citizens in a democratic society defend this right out of the conviction that, in the end, open debate will lead to greater truth and wiser public actions than if speech and dissent are stifled."
U.S. Department of State's Bureau of International Information Programs
Saya rasa kita sudah mula keliru. Jadi apa prinsip yang sebenarnya kita ikut? Kepala ular, tubuh manusia? Atau kepala manusia tubuh buaya? Apa namanya haiwan ini? Teh ka, susu ka? Teh susu? pun bukan. Tsu? Hsu? Tu? Haha.. ups.. Jaga akhlaq...!
Saya hanya berbicara dari ruang lingkup mikro sahaja dulu. Hanya salah satu elemen demokrasi. Dan dibandingkan dengan satu elemen kecil syura. Sudah nampak kekelabuannya. Dan syarat-syarat menjadi Imam, mestilah sempurna bacaannya. Pemimpin mestilah sempurna fikirannya. Pemandu mesti terang penglihatannya. Jika Imam tak betul sangat tajwidnya, pemimpin tidak fokus pegangannya, dan pemandu kelabu penglihatannya, pergilah buat langkah pembetulan terlebih dahulu. Atau jika degil kepalanya tidak mahu, biarkanlah mereka menjadi Imam, pemimpin dan pemandu berseorangan. Syok sendiri! Sebagai pengikut, tidak semestinya prinsip You Jump, I Jump - Titanic perlu diamalkan selalu. Ini kerana ; sabda Rasulullah SAW,
قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين
"Janganlah seseorang Mukmin itu terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali"
HR Abu Hurairah
Bertitik tolak daripada itu, marilah kita sama-sama membantu menyelesaikan kekeliruan ini, agar tidak diwarisi oleh generasi yang akan datang. Caranya jelas. Masanya juga kian hampir! ..
Dan satu lagi pesanan, janganlah dibuka ruang untuk kita diperangkap. Patuhilah adab dan kaedah yang telah disarankan Islam yang sempurna sifatnya ini, jika ingin berdebat atau berdiskusi. InsyaAllah, selamat dunia akhirat. Lillahi Ta'ala.
Ingat prinsip teh dan susu. Dan jika teh susu pula, janganlah susunya masam!!
Hingga ketemu lagi! ..
Wallahua'lam.