Friday, July 20, 2007

Bila Dah Kahwin!

Terkesan membaca luahan hati seorang baba, Dalam Derita Ada Bahagia.
Benar, perkahwinan bukan semudah yang disangka.

Seorang lelaki menjadi suami. Seorang perempuan menjadi isteri.

Yang lelakinya, anak harapan keluarga. Pembikin keputusan. Seringnya dirujuk oleh ibu & ayahnya.
Yang perempuannya, anak sulung & manja. Biasa 'memerintah' adik-adik yang jika dibiarkan, jatuh terduduk dia & ibunya menyelesaikan kerja. Dibesarkan oleh hanya satu tangan ibu, tanpa tangan ayah yang pergi dulu.

Yang suaminya, diam. Senyap sebu. Cakapnya sepatah-sepatah. Hanya tika perlu.
Senyumnya bertapis. Jaga adab katanya, jaga akhlak.
Yang isterinya, mulutnya taklah sampai seramai murai. Senyumnya murah. Bertegur sana-sini...saudara-mara. Suka memeriahkan keluarga. Biar rasa senang dan tak 'rengsa'.

Bila si isteri bercerita, suami dengar saja. Pendengar yang baik. Tapi dengar sajalah.
Suka tidak, tak suka pun tidak.
Setuju entah, tak setuju pun entah.

Bila suami buat kerja, si isteri jeling-jeling. Bila nak luang masa dengan aku.
Bila isteri sibuk, si suami menggumam dalam hati. Tak reti duduk diam?

Bila suami berehat, si isteri membebel dalam hati. Tak reti menolongkah?
Bila isteri lunjur kaki sekejap, si suami dah ajak ke sana-sini...temankan dia.

Ni belum masuk bab anak.
Bila tambah 1 lagi watak si anak...macam mana yer?

Macam ni.
Bila tambah 1 anak. Yang itulah dibelai-belai.
Bila ada 2 anak. Kenalah bagi sama-rata. Jangan dipilih-pilih. Takut anak terasa. Simpan dalam hati. Kasih satu. Sayang satu.

Waktu tu, isteri ke mana. Suami pun entah ke mana.
Bila fokus kepada anak SAHAJA. Diulangi SAHAJA.

Itu belum 3, 5, 10, 13?

Bukan anak saja nak perlukan tumpuan.
Kerja? Hala tuju peribadi? Err...isteri lagi?


~~~~~~~~~~
Sebenarnya, nak jadi insan ...Allah melalui Islam yang syumul ini telah mengajar kita.
Berpada-padalah.
Wasatiah.
Hidup kena bersederhana.


Seimbangkan. Isteri pertama, kedua & ketiga.
Anak pertama, kedua, ketiga...dan seterusnya.


Seimbangkan fokus kehidupan...dunia & akhirat.
Pastinya kerja...perjuangan...dan kehidupan peribadi.


;)


p/s: Tanya Abu Nufayl...ni bukan cerita kami. Kan? ;)

No comments: