Tuesday, June 08, 2004

Saat Ini : Minggu ke-25

Hari ini genap 6 bulan 1 minggu usia kandunganku. Lagi 3 minggu untuk mengharungi trimester kedua kehamilan ini. :)
Tak sabar rasanya untuk menggapai trimester ketiga, bermula bulan ke-7! ;)

Menurut pembacaanku, waktu ini kulit baby sepatutnya merah, berkedut-kedut, dan diliputi oleh bulu-bulu yang halus dan lembut. Dia masih terlalu kecil, dan paru-parunya masih belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibunya. Jika dia dilahirkan pada tahap ini, dia mungkin boleh hidup dengan penjagaan yang intensif. Dua kelopak matanya mula boleh dipisahkan, dan matanya mula boleh dibuka...perlahan-lahan. Tapak jari tangan dan kaki mula dilihat (cop jari maksudnya).

Tika ini...dia mengalami proses tumbesaran yang hebat.
Harap-harapnya, pada penghujung bulan ke-enam ini, dia akan mencecah 11-14 inci panjang dan beratnya mencapai 1-1.5 pounds, sepertimana baby lain yang normal. :)

Bermula drp usianya 23 minggu tempohari (5 bulan setengah), dia mula bergerak dan menendang dengan kuat hingga dapat dilihat dari luar, kulit perutnya bergerak-gerak! :D Comellnya :)...

Tapi sayang, Umi selalu sakit belakang sekarang. Baby sedang membesar dengan pesat, patutla! Heheh...
Bak kata penulis tentang kehamilan ni,
"Wear low-heel shoes or flats. Exercise can help prevent backaches. Don't stand for long periods of time. You may feel pain down the side of your belly as your uterus stretches."


[Insya'Allah, exercise tak diabaikan... ;)]
Tapi sayang...Umi perasan,Umi selalu sakit di bahagian bawah bila berjalan sedikit. Risau jugak Umi, takut-takut kerja berat masa memindah barang dari rumah lama ke rumah baru hari tu bagi kesan kpd rahim atau kandungan...rupa-rupanya normal ya sakit tu! Rahim menegang rupanya...alhamdulillah! :)

Waktu-waktu begini, elok minum banyak air dan jus buah-buahan, makan sayur-sayuran & buah-buahan...dan jgn lupa exercise!!! (tapi semalam, kaki Umi mula bengkak sikit. Banyak sangat berjalan ke naper ek? Atau kesan berdiri banyak?)
Orang kata, kalau nak elak drp jantung jadi terlalu laju berdegup (sesungguhnya, jantungku sering berdegup kencang setiap kali selepas makan...hingga aku jadi penat dan penat....), kena makan 4-5 lima kali sehari. Tapi pastikan makanan diambil dlm kuantiti yang sedikit! ;)

Wahai anakku, tak sabar melihat wajahmu saat kau lahir ke dunia ini.
Sempatkah aku menatapnya?

Biar apa pun, itu adalah ketentuan daripadaNYA.
Saat ini, biarlah kau kujaga dengan sepenuh tumpuan...agar kau berpeluang hidup di alam fana' ini, bersama-sama kita mengharungi hidup ini. Jika ada kesempatan....


:)



~~~
HANY FF
Catatan seorang bakal Umi buat anaknya,
Selasa
19 Rabi'ul Akhir 1425 H
8 Jun 2004 M



No comments: